Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan dialog di bawah dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Pak Senik Insaf

Gayah

: Ayah, jemputlah makan. Saya masakkan lauk yang sedap untuk ayah. Mesti ayah suka dengan masakan saya.

Pak Senik :Betul ke? Wah, harum sungguh bau masakan kamu! Cepatlah hidangkan kepada ayah. Ayah dah lapar ni. Tanpa membuang masa, Gayah menghidangkan masakan gulai kambing kepada Pak Senik. Pak Senik terus memakan hidangan yang telah disediakan. Dia makan dengan berselera sekali kerana Pak Senik tidak pernah menikmati lauk-pauk yang begitu sedap. Dolah dan Gayah hanya memerhatikan sahaja gelagat Pak Senik.

Dolah Ayah Dolah Ayah Dolah

: Ayah, sedap tak masakan gulai kambing itu? : Mmmmmm...sangat sedap! Dari mana kamu dapat daging kambing ini? : Saya sembelih seekor kambing ayah. : Hah, berani kamu Dolah! Kamu mesti membayar ganti rugi kepada ayah. : Kami tidak makan sedikit pun daging kambing itu. Ayah, ayah sudah tua. Harta ayah sudah banyak. Jika ayah bermurah hati dan suka bersedekah, tentu orang kampung akan menghormati ayah. Tuhan juga akan memberkati ayah. : Betul tu ayah. Ayah kena berubah dari sekarang.

Gayah

Pak Senik : huuurrrrmmm.....baiklah. Ayah akan ubah sikap mulai hari ini .

Sejak kejadian itu, Pak Senik telah berubah dan menjadi seorang yang baik serta suka bersedekah kepada fakir miskin.