Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan (2005) perguruan merupakan satu bidang pekerjan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Profesion merujuk kepada satu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut tahap kemahiran tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh sesorang individu diperlukan. Peranan guru pada masa dahulu lebih tertumpu kepada proses penyampaian ilmu sahaja berbanding dengan guru sekarang yang menjadi pemudahcara ilmu pengetahuan. Oleh itu, guru perlu lebih bersedia dan peka dengan situasi-situasi pembelajaran yang cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan tugas guru atau peranan pendidik guru perlu lebih inovatif, cekap, kreatif dan efektif dalam menyampaikan dan sentiasa memikirkan pendekatan baru dalam amalan mereka Menurut Ornstein & Levine (1993) empat ciri ciri profesion ialah penguasaan ilmu yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang, menggunakan kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli dan kebenaran atau persetujuan diberi kepada satu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. Manakala Hoyle (1980) menghuraikan profesionalisme sebagai sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Oleh itu guru perlu komited dengan tugastugas yang diamanahkan untuk menjaga profesionnya. Menurut Etzioni (1969), jika

guru tidak mengawal standard profesional mereka, maka guru dianggap separa profesional. Aspek keguruan dianggap satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui latihan dalam satu tempoh jangka masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan. Sebelum seorang guru menjadi guru yang bertauliah,

beliau perlu menerima latihan keguruan dari segi pengetahuan mendalam tentang matapelajaran, pengetahuan kandungan pedagogi, kaedah dan teknik penyampaian serta mempunyai sahsiah yang baik. Seterusnya selain mempunyai ilmu yang mendalam tentang pengetahuan yang diajar, guru juga perlu mempunyai pengetahuan tentang pelajar. Antara aspek yang perlu diambil kira ialah dari segi kognitif, emosi, fizikal dan sosial. Pemahaman tentang kecerdasan pelbagai, perbezaan individu dari segi kognitif, budaya dan emosi dapat membantu gutu memperkembangkan potensi pelajar ke peringkat yang optimum. Selain itu, cara belajar dan keperluan murid agar guru dapat memberikan pendekatan yang sesuai. Sebagai guru yang profesional, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah dan teknik pengajaran perlu diperkemaskan dari semasa ke semasa. Guru perlu menyediakan diri mereka dengan perubahan-perubahan kurikulum supaya tidak ketinggalan jauh seiring dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam dunia pendidikan. Profesion keguruan bukan sahaja bidang kerjaya yang mengajar ata mendidik anak bangsa, malah mentadbir dan guru perlu membuat satu keputusan

dalam melaksanakan satu tindakan dengan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan. Justeru guru perlu meningkatkan profesionalisme diri masing-masing.

Profesionalisme diri merupakan hasil daripada satu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ia suatu proses dimana guru menyemak semula, memperbaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran. Guru adalah penggerak dalam sistem pendidikan di negara kita. Tanpa bantuan guru segala perancangan yang disediakan oleh kementerian Pelajaran Malaysia akan terbengkalai begitu sahaja.

PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU


Trotter (1986) telah mengemukakan lima peringkat perkembangan untuk seseorang menjadi pakar dalam bidang yang diceburinya. Lima peringkat perkembangan tersebut ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Peringkat guru novis Peringkat guru novis lanjutan Peringkat guru cekap Peringkat guru mahir Peringkat guru pakar

Secara amnya, seseorang mengambil jangka masa antara 10 hingga 15 tahun untuk berganjak dari peringkat novis menjadi seorang pakar dalam bidangnya.

i)

Peringkat Guru Novis

Peringkat ini bermula apabila berdaftar sebagai pelajar pendidikan guru dalam program Ijazah. Pada peringkat ini, guru novis berusaha mempeljari fakta-fakta yang spesifik secara objektif serta menguasai konsep asas dan peraturan untuk bertindak. Guru novis dikatakan pasif, tidak aktif, dan kurang berimaginatif. Guru novis juga tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak sekolah. Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi. Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling

mempengaruhi antara individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru. Kefahaman novis tentang fungsi guru dengan erti kata sebenar masih tidak lengkap.

Guru novis mula mengaplikasikan kaedah mengajar dan memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran. Kesimpulannya, Guru novis belum memiliki kemahirankemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan pengajaran di dalam sesebuah kelas.

ii)

Peringkat Guru Novis Lanjutan

Peringkat kedua dalam perkembangan penguasaan guru ialah peringkat novis lanjutan. Untuk peringkat ini guru berterusan mengumpul fakta, mengenali dan membetulkan fakta yang belum difahami sepenuhnya. Guru novis lanjutan juga berusaha menambah maklumat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran, memantapkan peristilahan dan konsep-konsep yang berkaitan dengan profesionnya. Pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri. Guru novis lanjutan mempunyai semangat yang tinggi untuk mempraktikkan secara teori, namun jika reality bilik darjah seperti yang dijangkakan mereka mungkin patah semangat dan mula mempersoalkan kebolehan diri. Bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis lanjutan.

iii)

Peringkat Guru Cekap

Peringkat guru ketiga ialah guru mencapai peringkat ketrampilan dalam bidang yang diceburi. Guru pada peringkat ini telah mempunyai sijil atau ijazah keguruan untuk

memenuhi syarat keperluan yang telah ditetapkan. Pada peringkat ini, guru mula mengenali lebih banyak prinsip dan konsep serta mampu memahaminya mengikut situasi. Pada penghujung peringkat ini, guru mula menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapinya. Guru yang cekap akan dapat menyiasat menggunakan amalan refeksinya. Untuk mencapai peringkat guru cekap kebiasaanya apabila seseorang guru menerima tawaran lantikan ke jawatan guru bergantung kepada guru tersebut. Ciri-ciri guru cekap terbahagi kepada tiga iaitu ciri peribadi, cirri mengajar dan ciri intelektual. Ciri peribadi adalah seorang guru menjadi bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar. Ciri

mengajar adalah mempunyai gaya tersendiri, kepakaran dan bermotivasi tinggi. Dari segi ciri intelektual pula guru cekap ini sangat suka membaca, mempunyai pemikiran terbuka, mempunyai kesungguhan kendiri dan minda yang sihat.

iv)

Peringkat Guru Mahir

Guru mahir merupakan guru yang terbaik dalam bidangnya. Guru mahir ini merupakan insan yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima. Guru yang mahir dengan mudahnya dpat mengenalpasti elemen-elemen penting dalam sesuatu tugas. Guru mahir mempunyai semangat kognitif yang tinggi untuk mencerakinkan dan menganalisis persekitaran pembelajaran secara kreatif. Guru mahir mempunyai pengalaman yang cukup banyak dan dapat

membantunya memahami situasi yang dihadapinya. Pada peringkat ini, guru mahir

mempamerkan gaya pengajarannya yang tersendiri. Guru mahir mempunyai kebolehan untuk membimbing dan menjadi mentor kepada guru novis. Mereka boleh berkongsi idea, pengalaman, dan kemahira melalui forum, kursus latihan dalam perkhidmatan, seminar penyelidikan, diskusi intelek dan sebagainya. Guru mahir akan terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum dan memastikan kelab, persatuan, atau unit beruniform dibawah seliaannya berjalan lancar. Guru mahir perlulah mahir berkomunikasi dengan anak muridnya supaya menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik. Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti dengan cara sentiasa mengaplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru yang perlu ada ialah kemahiran penyampaian, kemahiran penilaian, kemahiran merangsang dan kemahiran

pengurusan bilik darjah.

v)

Peringkat Guru Pakar

Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru pakar menyerlahkan diri secara profesionalisme dan menggunakan pengalamannya secara holistik. Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah kerana dia dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya Hasil kerjanya berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej yang berkesan. Ciri-ciri guru pakar ialah berwawasan, proaktif, responsif, inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara ialah berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.