Anda di halaman 1dari 7

MOTOR ARUS ULANG-ALIK 3 FASA (3 PHASE MOTOR)

Motor 3 fasa merupakan motor yang paling banyak digunakan di industri. Ini disebabkan binaannya ringkas dan tahan lasak. Terdapat tiga jenis motor tiga fasa yang utama iaitu motor aruhan, motor aruhan pemutar berlilit dan motor segerak. Perbezaan yang ketara di antara motor-motor ini ialah pada bahagian pemutar dan cara ia berkendali. Motor tiga fasa mempunyai ukuran yang lebih kecil pada kuasa yang sama dengan motor-motor lain. Harga dan kecekapannya juga sama dengan motor-motor lain dan ini menjadi faktor utama mengapa motor-motor tiga fasa paling banyak digunakan.

1. Prinsip Kendalian Motor Aruhan Belitan medan atau belitan pemegun bagi kesemua motor tiga fasa hampir sama, tambahan mungkin dibuat pada bilangan kutub, litar dwivoltan dan susunan kepelbagaian kelajuan. Belitan medan ini pada amnya sama seperti tiga belitan fasa tunggal di pemegun yang dipisahkan di antara satu dengan lain sebanyak 120 elektrik. Apabila bekalan tiga fasa diberikan, medan magnet berputar akan terhasil di pemegun, penghasilan medan magnet ini disebabkan oleh turun naiknya arus dibelitan mengikut gelombang frekuensi bekalan. Medan magnet yang berputar ini akan memotong pengalir-pengalir di pemutar. Voltan akan terhasil di pemutar sama seperti janakuasa a.t. apabila medan memotong pengalir (Hukum Faraday elektromagnet). Voltan ini dihasilkan juga oleh prinsip-prinsip pengubah di mana belitan pemegun menjadi belitan utama pengubah dan pengalir di pemutar menjadi beltan sekunder pengubah. Oleh kerana medan di pemegun mengembang dan menguncup, ia seolah-olah memotong pengalir-pengalir di pemutar dan d.g.e. balik akan terhasil. Prinsip penghaasilan ini menyebabkan voltan dikenali sebagai d.g.e. pengubah.

Belitan Stator 3 fasa Dengan litar lengkap pengalir di pemutar (litar pintas), arus akan mengalir. Arus ini cukup kuat kerana litar selari (berlitar pintas) boleh menghasil medan magnet yang kuat. Kutub magnet pemutar ini akan ditarik oleh kutub magnet berputar (kutub yang berlainan menarik) dan seterusnya pemutar akan berputar mengikut arah putaran medan magnet. Dari sini dapatlah difahami bahawa motor-motor aruhan mempunyai kebolehan menghidupkan motor sendiri dengan tambahan bantuan luar. Ini menjadikan motor aruhan mudah dikendalikan. Motor aruhan sangkar tupai lebih banyak digunakan kerana: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Ia tahan lasak Ia tidak perlu alat tambahan untuk menghidupkan motor. Ia tidak ada belitan di pemutar, jadi ianya ringkas. Ia murah Ia tidak memerlukan penyelenggaraan lebih Saiznya lebih kecil pada kuasa yanng sama dengan motor pemutar berlilit jika dua sangkar tupai digunakan. Pengaturan kelajuannya yang baik mengikut perubahan beban.

Jenis-jenis Motor Aruhan 3 Fasa Motor 3 fasa boleh dibahagikan ke dalam dua kumpulan yang umum, iaitu, motor aruhan sangkar tupai dan motor aruhan pemutar berllilit. Kedua-dua motor in mempunyai pemegun yang serupa tetapi berbeza pada bahagian pemutar. Satu mempunyai pemutar sangkar tupai dan satu lagi mempunyai pemutar berlilit. Motor aruhan pemutar berlilit dikenali sebagai motor gelang gelincir kerana sambungan belitan ke pemutar dibuat melalui 3 gelang gelincir. Prinsip kendalian kedua-dua motor ini sama di mana arus kearuhan saling yang terhasil di pemutar akan menghasilkan medannya sendiri. Fluks di pemutar ini akan berputar bersama pemutar mengikut arah medan magnet yang berputar di pemegun. Tujuan pemutar dibelitkan ialah untuk mengawal kelajuan motor di mana arus aruhan yang terhasil di pemutar dapat dikawal dengan menggunakan perintang. Oleh kerana itu motor ini mempunyai satu kelebihan berbanding dengan motor aruhan sangkar tupai.

Bahagian-bahagian Utama Motor Aruhan Dan Fungsinya Hampir kesemua motor 3 fasa tidak terkecuali daripada mempunyai tiga bahagian berikut. Ini termasuklah motor aruhan. Perbezaan yang wujud di antara motor-motor ini ialah dari segi binaan pemutar dan bilangan kutub untuk pelbagai kelajuan motor atau voltan. Tiga bahagian itu ialah pemegun, pemutar dan perisai hujung. Pemegun Pemegun atau utama ialah bahagian yang pegun dalam motor. Pemegun motor-motor aruhan pada prinsipnya sama dengan pemegun pengulang-alik. Ia diperbuat daripada lapisan keluli dan mempunyai lurah-lurah alur (lubang alur)

hampir mengelilingi keseluruhan belitan pemegun. Pemegun ini disokong oleh rangka motor yang diperbuat daripada besi tuang atau plat keluli. Terdapat 3 belitan satu fasa di pemegun. Ia diletakkan pada sudut 60 mekanik atau 120 elektrik dan disambung sama ada secara bintang atau delta. Di kotak pangkalan kotor ini terdapat enam pangkalan untuk maksud sambungan luar sama ada secara delta atau bintang. Setiap dua pangkalan mewakili satu belitan. Tugas utama pemegun ialah sebagai teras untuk menghasilkan medan magnet di pemegun di samping sebagai pelengkap litar magnet. (b) Pemutar Pemutar atau sekunder ialah bahagian yang berputar. Ia berbentuk silinder dan berpenebukan keluli atau lapisan-lapisan besi bertebat. Bagi motor jenis pemutar berlilit, terdapat 3 set belitan gegelung pada lubang alur pemutar yang diakhiri dengan tiga gelang gelincir. Belitan ini disambungkan secara bintang. Motor pemutar sangkar tupai pula mempunyai batang-batang kuprum atau aluminium dipasang selari denga aci berhampiran dengan permukaan pemutar. Kedua-dua hujung kesemua batang-batang itu akan dikimpal atau dipateri keras secara gelang agar berlitar pintas. Batang-batang pengalir ini tidak ditebat (bersentuh dengan teras). Kadangkala terdapat juga batang-batang pengalir tidak dipasang selari dengan aci tetapi melintang dengan sudut beberapa darjah. Ini bertujuan untuk mendapat daya kilas yang lebih sekata dan mengurangkan bunyi dengung magnet semasa motor bekerja. Tugas pemutar ini ialah untuk memutar aci (motor). Bagi membolehkan ia berputar ia perlulah menjadi magnet dan seterusnya magnet ini dapat berputar mengikut putaran medan magnet di pemegun. Oleh kerana itu secara tidak langsung tugas pemutar ini ialah sebagai penghasil medan magnet yang akan bertindak balas dengan medan berputar. Aci yang disambungkan ke pemutar akan dipasanng ke beban. Ini beerti pemutar menjadi perantaraan yang membolehkan aci dan beban dipasang. (c) Perisai hujung

Perisai ini digunakan untuk memegang galas yang menyokong aci pemutar. Di samping itu perisai ini juga melindungi bahagian-bahagian dalaman motor daripada disentuh atau kerosakan mekanik. Terdapat berbagai-bagai bentuk perisai di kiri dan kanan kuk motor. Bentuk-bentuk ini disesuaikan dengan jenis motor, misalnya jenis tutupan rapi, tutupan separuh terbuka, tutupan kalis air, tahan letupan, tahan panas dan sebagainya. Perisai ini diperbuat daripada berbagai-bagai bahan mengikut sesuatu jenis motor, Umumnya ia diperbuat daripada bahan yang sama dengan kuk motor dan akan dicagakkan ke kuk dengan pegas.

3.6

Motor Segerak

Motor segerak sebenarnya adalah pengulang-alik tetapi ia dijalankan sebagai motor. Nama motor ini diperolehi daripada kelajuan segerak yang dimiliki oleh motor ini ( NS = Nr). Oleh kerana itu ia tidak ada gelinciran. Kelajuan motor berubah mengikut frekuensi dan bilangan kutub atau diringkaskan dalam formula berikut : NS = Nr = 120f P

Di mana NS = Nr = F = P =

kelajuan segerak kelajuan pemutar frekuensi bilangan kutub

Motor ini mempunyai kelajuan yang malar. Motor segerak tidak boleh bergerak sendiri, ia memerlukan bantuan penggerak samada di luar atau di dalam motor sebelum berputar. (a) Prinsip kendalian asas motor segerak Apabila bekalan tiga fasa dibekalkan kepada pemegun motor segerak, medan magnet berputar akan terhasil di pemegun pada kelajuan NS = 120f P pusingan seminit. Putaran medan magnet ini tidak berguna untuk menghasilkan arus aruhan di pemutar kerana pemutar akan digerakkan oleh satu penggerak luar pada arah putaran medan magnet di pemegun. Kelajuan putaran pemutar itu (Nr) mestilah hampir sama dengan kelajuan segerak (NS). Setelah kelajuan pemutar dan kelajuan medan magnet hampir sama, bekalan a.t. akan diberikan ke pemutar melalui gelang gelincir. Fluks yang dihasilkan oleh belitan di pemutar akan bertindak balas dengan medan magnet yang berputar. Seterusnya pemutar akan berputar selaju putaran segerak (medan magnet berputar) iaitu, Nr = NS.. Walaupun penggerak pemutar ditanggalkan, ini disebabkan oleh tindakan saling kunci di antara medan magnet berputar dengan medan magnet di pemutar. Daya yang mengunci pemutar dengan pemegun diistilahkan sebagai daya kilas tarik ke dalam (perapat). Bagi motor auto segerak, pemutarnya mempunyai batang pengalir sangkar tupai dan motor segerak ini akan dijalankan mengikut prinsip kendalian motor sangkar tupai sebelum bekalan a.t. diberikan ke pemutar apabila kelajuan pemutar hampir menyamai kelajuan segerak. Tetapi cara ini terbatas kepada motor-motor segerak berukuran sederhana sahaja. (b) Bahagian-bahagian dan fungsi motor segerak Binaan motor segerak sama dengan pengulang-alik jenis medan berkisar arus pegun di mana dua bahagian utama yang perlu ada ialah pemegun dan pemutar. (i) Pemegun Pemegun motor segerak boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut fungsi, iaitu sebagai teras magnet dan litar medan magnet dan sebagai tempat belitan pemegun sama seperti motor aruhan tiga fasa. Teras pemegun ini diperbuat daripada lapisan besi-besi nipis yang telah ditebat bagi mengurangkan kehilangan arus pusar saling dari lubang alur untuk mengisi belitan pemegun. Pemegun juga

mempunyai lubang-lubang untuk pengalih udaraan yang berada pada kedudukan melintang lubang alur. Tujuannya ialah untuk menyejukkan teras akibat kehilangan besi. (ii) Pemutar Bagi motor segerak yang kecil, pemutarnya diperbuat daripada magnet kekal dan motor ini tidak memerlukan tambahan pemula di luar. Ia akan terus berputar apabila bekalan diberikan. Lazimnya pemutar motor segerak ini terdiri daripada 3 bentuk iaitu kutub tertonjol, kutub turbin dan jenis aruhan segerak. Pada bahagian pemutar ini ditempatkan dua gelang gelincir dan berus karbon bagi sambungan belitan pemutar ke bekalan a.t. untuk mendapatkan arus ujaan di pemutar. Bagi pemutar yang mempunyai sangkar tupai, sangkar tupai itu biasanya dipasangkan berhampiran dengan permukaan pemutar dan ia diperbuat daripada kuprum.

Kesimpulan Penjana 3fasa , dge dijanakan menggunakan tiga gegelung pengalir yang disusun supaya memberi tiga dge yang sama amplitudnya dan mempunyai anjakan fasa 120 elektrik. Disebabkan ketiga-tiga gegelung pengalir mempunyai lilitan gegelung yang sama dan berputar pada kelajuan tetap, tiga (3) dge yang mempunyai bentuk, nilai puncak dan frekuensi yang sama terjana.

Tiga (3) gegelung pengalir dalam fluks magnet