Anda di halaman 1dari 124

Iman Nizrina

Prolog
KATAN penikahan ini wujud kerana satu salah faham. Itu sahaja yang Nasira mampu bariskan sepotong ayat menggambarkan ikatan yang membawa gelaran isteri padanya ketika ini. Bagaimana untuk dirinya menerangkan kisah ini setebal satu novel cinta, kalau dia tahu yang dirinya, Nur Nasira menjadi isteri Nuqman Hafiz setelah berkenalan hanya untuk dua jam sebelum tiga hari kemudian terjadinya penikahan ini. Termenung? Kenapa? Fikirkan keadaan rumah mertua ke apa ni? tanya Mak Su Habibah yang melambungkan Nasira kembali ke alam nyata dari kisah yang menyedihkan semalam. Mak Su Habibah yang entah bila munculnya, tahu-tahu sudah duduk di sebelah dia. Magis betullah Mak Su Habibah ini. Jangan-jangan dulu Mak Su Habibah ini penuntut David Blaine agaknya. Tak ada apalah mak su, balasnya lemah dengan wajah yang cuba Nasira ceriakan. Tak berkesan langsung lakonannya apabila Mak Su Habibah hanya tersenyum nipis, tanda faham apa yang tersirat di hati anak saudaranya yang

Dah Jodoh

seorang ini. Dengan Mak Su Habibah ni memang Nasira tak boleh berbohong. Mak su ingat kamu risaukan hal mertua kamu. Mama kamu cakap, kamu nak terus balik ke rumah mertua kamu hari ni. Kenapa awal sangat? Tak nak ajak Nuqman tidur kat sini dulu ke? Mak Su Habibah cuba mengorek rahsia hati Nasira. Bak kata Kak Ogy, gali sampai jumpa. Pertanyaan berserta soalan itu sesungguhnya menyentak dirinya. Nasira tidak ingat bila masanya dia memberitahu mama yang dia akan terus balik ke rumah mertua. Rasanya sejak dari malam Nasira ditangkap bersama Nuqman, dia langsung tidak berborak dengan mama. Agaknya mama memang dah tak nak tengok muka aku lagi kat rumah ni kut. Yalah, akukan anak yang menconteng arang ke muka keluarga. Aku juga yang membuatkan keluarga malu dengan keluarga Hasni. Hasni, lelaki yang suatu ketika dahulunya Nasira puja dan diterima baik keluarga. Walaupun sebenarnya lelaki itu hantu berkepala jembalang. Termenung lagi. Kamu susah hati, kan Sira? Mak su tau kamu susah hati. Tapi kamu sabarlah. Setiap kejadian itu ada hikmahnya dan setiap ujian itu ada nikmatnya. Allah tak akan menguji hamba-Nya yang tidak mampu menanggung ujian. Walau apa pun kata mereka, mak su yakin kamu dan Nuqman tak bersalah, ujar Mak Su Habibah dengan ikhlas. Sedikit terhibur hati Nasira mendengarnya. Nasira tahu di sebalik penyatuan Nasira dan Nuqman, banyak yang memandang serong dan mengeji mereka. Yalah, penyatuan yang berbau bunga tahi ayam dan baunya yang semerbak tidak menyenangkan semua orang.

Iman Nizrina

Namun di sebalik semua itu, Mak Su Habibah memang sentiasa menyayanginya. Mak Su Habibah sahaja yang percayakan dan yakin dengan dia. Sedihnya, bukan Mak Su Habibah yang membesarkannya. Sejak malam kejadian dihukum tanpa keadilan. itu, Nasira langsung

Terima kasih mak su. Nasira peluk Mak Su Habibah, tanda penghargaannya kepada wanita itu. Seikhlas hatinya. Sama-sama. Mak su tak nampak pun Nuqman. Dia ke mana? Dahi Mak Su Habibah berkerut memandang Nasira. Soalan Mak Su Habibah membuatkan Nasira sedar yang dia tidak jumpa lagi dengan Nuqman selepas usai majlis pembatalan air sembayang tadi. Mana pulalah mamat ni hilang? Jangan dia tinggalkan aku, sudah. Nanti lagi teruk aku kena kutuk. Dahlah kahwin kerana kena tangkap basah, lepas tu kena tinggal. Mahu tujuh benua aku kena tahan malu di depan keluarga. Dia kat luar kut mak su. Biarlah Sira pergi cari dia. Nasira secara tidak langsung meminta diri daripada Mak Su Habibah.

Dah Jodoh

Bab 1
ASIRA menekan butang lif ke tingkat lima Blok A, Apartmen Seri kerana di situlah kediaman bakal tunangnya. Entah kenapa hari ini tergerak pula hatinya hendak ke sini buat pertama kalinya. Mungkin sebab Nasira risaukan bakal tunangnya, Hasni. Yalah, tadi saat dia menghubungi pejabat Hasni, Nasira diberitahu yang Hasni bercuti. Risau pula Nasira dibuatnya. Takut kalau-kalau buah hatinya itu jatuh sakit. Namun, pelik juga dia kenapa Hasni bercuti tanpa memaklumkan padanya? Berdebar-debar pula hati Nasira ini. Tak tahu kenapa? Adakah perasaan itu kerana ini kali pertama Nasira menjejakkan kakinya ke rumah Hasni? Atau kerana ada pertanda kurang baik akan berlaku? Nasira tidak dapat hendak menentukan perasaannya kini. Lantas dia tetap melangkah tenang dengan sebungkus buah-buahan di tangan. Nasira tergamam sesampainya di hadapan pintu rumah Hasni. Berkali-kali dia memastikan nombor rumah itu betul sementelah ada kasut tumit tinggi di hadapan pintu

Iman Nizrina

rumah. Berkali-kali Nasira meyakinkan diri yang dia berada di tempat yang betul, barulah jarinya berani menekan loceng rumah tersebut. Agak lama dirinya menanti sebelum Hasni yang hanya memakai seluar pendek dan seakan bangun tidur itu muncul di hadapannya. Nasira? Awak buat apa kat sini? Tergagap-gagap Hasni menyoal, menambah keraguan di hati Nasira yang sememangnya waswas. Saya datang nak jenguk awak. Dengar kata dah dua hari awak cuti. Awak sakit ke? Nasira tetap bertanya dengan sopan walaupun hatinya dipanah seribu curiga. Nyatanya Nasira tidak mampu untuk marah apatah lagi untuk bertanya lebih-lebih kerana jauh di sudut hati, dia takut kalau jawapan yang diberikan itu tidak menyenangkan hati. Nasira bukannya seberani mana pun. Adakalanya dia sedar yang dirinya lebih suka mengelak daripada tahu sesuatu yang menyakitkan. Saya tak apa-apa. Awak baliklah. Walaupun lembut nada itu, namun hati Nasira cukup tahu itu tandanya Hasni menghalaunya. Senaif mana pun dia, Nasira tetap bukan gadis dungu yang tidak faham bahasa. Dia faham bahasa jika orang tidak perlukan dirinya, malah Nasira faham sebenarnya yang kehadiran dia sudah lama tidak diperlukan oleh lelaki itu. Baiklah. Saya balik dulu. Nah, ini untuk awak. Nasira tetap menghulurkan bungkusan buah-buahan itu pada Hasni sebelum berlalu. Nasira nampak Hasni tersenyum sambil menutup pintu rumah. Perasaan lega terlukis di wajah lelaki itu. Bukan Nasira tak perasan di mata Hasni, dia hanya seorang yang menurut kata, yang naif dan percayakan dirinya. Nasira tidak salahkan Hasni kerana selama ini dia

Dah Jodoh

yang melukiskan hubungan mereka sebegini. Langsung tidak pernah bertanya, apatah lagi melawan apa yang Hasni katakan. Nasira biarkan Hasni melayannya seumpama dia tidak ada rasa curiga. Sesekali terlintas di fikiran, kenapa dia masih ingin meneruskan perhubungan ini sedangkan dia sendiri tahu ada rasa ragu di hatinya terhadap ikatan ini. Bersama hati yang ragu dan akal yang penuh curiga, lambat-lambat kaki Nasira melangkah pergi. Ingin hatinya berpatah balik dan bertanya pada Hasni, milik siapa kasut tumit tinggi yang tersadai di hadapan pintu rumahnya itu. Ingin bertanya kenapa Hasni bercuti tanpa memberitahunya, sedangkan hampir setiap malam mereka bertanya khabar di talian. Ingin juga Nasira bertanya kenapa mudah sangat Hasni bercuti sekarang sedangkan saat Nasira meminta dia menemaninya membeli barang untuk majlis pertunangan mereka, jawapan mudah lelaki itu berikan adalah tidak dapat cuti. Saat Nasira sibuk ke hulu ke hilir menyiapkan barang untuk majlis mereka, dia beralasan sibuk. Tetapi kenapa sekang mudah saja untuk dia bercuti? Nak tau, tapi kenapa tak nak tanya? Kenapa nak berlalu macam tu aje? Suara yang datang entah dari arah mana itu memberhentikan langkahnya. Menyedarkan Nasira daripada terus lemas dengan soalan-soalan yang menyerabutkan kepala. Nasira berpaling ke sekeliling. Tiada siapa yang dilihat, kecuali seorang pemuda yang selesa bersandar di dinding sambil menunduk memandang hujung kasut. Awak cakap dengan saya ke? soal Nasira dengan nada takut-takut. Sudah sememangnya Nasira ketakutan sekarang. Dia tidak kenal siapa pemuda ini. Entah penyangak, entah penjenayah. Bukannya dia tahu.

Iman Nizrina

Jom! Tanpa menjawab soalan Nasira, lelaki itu pantas menarik Nasira kembali ke hadapan pintu rumah Hasni. Lepaskan saya. Awak ni siapa? Lepaslah! Nasira meronta minta dilepaskan tangannya. Ketakutan mula menguasai diri. Ingin sekali Nasira melepaskan diri daripada genggaman tangan lelaki yang sedang menekan loceng rumah Hasni itu. Senyaplah. Aku nak tunjukkan kau sesuatu, arah lelaki itu tegas. Nasira berhenti meronta. Bukan kerana arahan itu, tetapi kerana Hasni muncul semula di balik pintu berwarna putih itu. Sira? Apehal ni? Siapa pula ni? Hasni yang tegak berdiri di hadapannya memandang mereka dengan wajah penuh tanda tanya dan kemarahan. Dia sedar, Hasni marah melihat Nasira berdiri di hadapannya dengan seorang lelaki. Apatah lagi ketika tangannya masih digenggam kuat oleh lelaki yang entah siapa gerangannya itu. Nasira meronta lagi. Namun hasilnya sama, genggaman tetap tidak lepas. Awak... saya.... Nasira cuba menerangkan apa yang terjadi sebelum kata-katanya mati oleh tengkingan Hasni. Saya apa? Ni kenapa dia genggam tangan awak ni? Awak tu tunang saya. Awak memang sukalah menyusahkan saya. Hei, kau lepaslah tunang aku! tengking Hasni. Nasira terus merentap tangannya daripada genggaman lelaki itu. Akhirnya pegangan tersebut terlerai. Pandai pula kau marah aku sentuh tunang kau. Tunang aku kat dalam tu apa khabar? soal lelaki itu, sinis.

Dah Jodoh

Kata-kata yang lahir daripada mulut lelaki itu membuatkan Nasira tergamam. Berulang kali dia menggeleng kepala cuba meyakinkan diri apa yang terjadi kini. Entah kenapa mudah benar untuk Nasira percaya kata-kata lelaki yang dia tidak kenali itu. Mungkin kerana hatinya selama ini telah diulit keraguan. Apa kau cakap ni? Aku duduk sorang aje kat sini. Ini tunang aku. Agak rapuh suara Hasni menerangkan kebenaran sambil dia menarik lengan Nasira agar berdiri berhampiran dengannya. Kenapa bukan perasaan lega yang Nasira rasakan kala Hasni menunjukkan betapa pentingnya kewujudannya saat ini? Sebaliknya Nasira rasa seperti dirinya dipergunakan. Bagaikan dia ini adalah human shield untuk Hasni. Tidak sepatutnya Nasira rasa begitu, tetapi sememangnya itu yang dia rasai saat ini. Kau seorang... jadi siapa tuan punya kasut tinggi ni? Takkan kau ni dua alam kut sampai perlukan kasut tinggi macam ni. Come on bro, aku bukan bodoh sangat. Kasut tu aku yang belikan untuk Zura minggu lepas. Kau cakap dengan Zura, esok keluarga aku akan putuskan pertunangan kami secara rasmi. Lepas ni kau pandai-pandailah buat keputusan. Berani buat, berani tanggung la bro, ujar lelaki itu sambil tersenyum sinis. Namun di matanya penuh kelukaan, Nasira dapat rasakan itu. Namun belum sempat lelaki yang tidak Nasira kenali itu melangkah jauh, kedengaran suara perempuan dari dalam rumah Hasni memanggil seseorang. Lelaki tadi berhenti dan berpaling untuk berhadapan semula dengan mereka. Nasira memandang gadis itu dan Hasni silih berganti. Tanpa pinta dia melurutkan tangan Hasni daripada terus melekap di lengannya. Tidak perlu penerangan, rasanya

Iman Nizrina

dia dapat membaca apa yang berlaku. Keraguannya selama ini menjadi nyata. Prasangkanya selama ini adalah realiti. Awak... saya.... Kali ini Hasni pula tergagap untuk menjelaskan sesuatu. Nampak sangat bersalah. Nasira hentikan kata-kata Hasni itu dengan gelengan. Tidak sanggup rasanya dia terus ditipu. Tanpa kata, Nasira berlalu pergi. Dia tak lagi perlukan penjelasan apabila segala-galanya sudah terang di hadapan mata.

LEMAH kepala lutut Nasira dibuatnya. Berkali-kali Nasira rasa ingin terduduk sehinggakan dia terpaksa menyokong dirinya dengan bantuan dinding yang memandunya untuk terus berjalan. Dia cuba untuk kuat. Berkali-kali dia memikirkan persoalan demi persoalan yang sama. Persoalan untuk membolehkan Nasira mencari jawapan pada apa yang berlaku dan persoalan itu hanya bermula dari perkatan kenapa? Kenapa benda ini berlaku setelah bertahun mereka berkawan? Kenapa semua ini berlaku saat tinggal dua minggu sebelum pertunangan mereka? Kenapa selama ini dirinya terlalu percayakan Hasni? Pokoknya kenapa ia boleh terjadi? Salah dirinya ke? Apa yang Nasira rasakan kini adalah kesakitan yang terlampau. Umpama Nasira ditinggalkan di dalam satu dunia yang senyap dan gelap. Semakin lama semakin sempit Nasira rasakan dunia itu. Sehinggakan pada satu saat, Nasira merasakan diri ini dimasukkan ke dalam satu tong yang sempit. Jangan katakan untuk bergerak, bernafas pun Nasira rasakan terlalu sukar rasanya kerana ruangan itu terlalu sempit dan terhimpit.

Dah Jodoh

Akhirnya Nasira terduduk sambil merenung ke hadapan. Memandang dunia dengan pandangan kosong dan terluka. Saat ini jika sesiapa pun yang menjumpainya, dia umpama robot yang sudah kehabisan bateri. Habis tenaga. Habis kehilangan memori. Ini memang tamparan paling perit buatnya. Bagaimana Nasira lalui semua ini nanti? Bagaimana dengan keluarganya nanti? Apa reaksi mereka? Bagaimana untuk dia teruskan perhubungan ini? Mampukah dia bertahan di hadapan keluargnya untuk membatalkan majlis itu? Apakah keluargnya percaya apa yang dia katakan nanti? Percayakah mereka sedangkan selama ini keluargnya terlalu memuja dan memuji Hasni. Bagaimana hubungan keluarga mereka nanti? Hasni kawan baik abangnya, ibu bapanya pula teman akrab orang tua Hasni. Satu yang pasti kalau dia meminta diputuskan hubungan. Nasira hanya akan dipandang sebagai beban yang selalu menimbulkan masalah. Makin Nasira fikirkan, semakin gila dia rasakan. Gila hingga Nasira tidak sedar yang dia telah menjerit kuat lalu mematikan kesunyian di pekarangan tempat kereta itu. Kini kerana kelantangan jeritan itu juga mengheret sepasang kaki berdiri di hadapan tempat Nasira terduduk. Nasira yakin itu manusia, kerana kakinya menjejaki tanah. Perlahan-lahan dia mengangkat muka. Berharap bukan kaki pengawal keselamatan ingin menghalaunya. Dia terlalu terluka untuk menanggung rasa malu pula. Wajah lelaki tadi menyapa matanya. Kalau selalunya ini terjadi, pasti Nasira sudah tertunduk malu, tapi pada ketika ini... pada masa ini... pada saat ini, Nasira cuma mampu memandang kosong wajah di hadapannya. Sudah tiada lagi rasa. Sudah tiada lagi perasaan.

10

Iman Nizrina

NUQMAN memandang sepi wajah di sisinya. Nuqman tidak tahu siapa nama si gadis dan entah kenapa dia boleh membawa gadis ini ke mari untuk bertenang setelah melihat betapa lemah dan tidak berdayanya dia. Entah kenapa simpatinya buat gadis ini bagaikan di laut paling dalam sekali. Mungkin kerana mereka baru mengalami nasib yang sama. Mungkin kerana mereka baru dikhianati. Itulah alasannya. Mereka telah dikhianati oleh pasangan masing-masing kerana kesetiaan mereka dan kejujuran mereka dipandang enteng. Atas rasa yang sama, simpati itu terbit di hati. Nuqman sememangnya sudah bersedia untuk hadapi apa yang mereka baru lalui tadi. Dia telah lama bersedia sejak curiga melanda dirinya apabila Zura sering tersalah hantar pesanan ringkas padanya. Nuqman sedar yang bersedia itu hanya dia, bukan gadis di sebelahnya. Gadis itu langsung tidak bersedia. Nuqman pasti itu. Lihat saja reaksi gadis itu bagaikan kaca dihempas ke lantai. Bersepai segalagalanya. Lama Nuqman merenung wajah itu. Wajah tembam yang serabut. Rambut yang diikat satu itu kelihatan tidak lagi seketat tadi. Gadis itu cukup sempurna di matanya. Tetapi kenapa Hasni boleh memilih untuk melukai gadis ini? Entahlah. Kalau difikir-fikirkan balik, tidak tercapai dek akal alasannya. Manusia ini terlalu banyak ragamnya. Terlalu banyak kerenah. Terlalu banyak perangainya. Macam mana saya nak beritahu keluarga saya ni? Macam mana saya nak batalkan majlis? Pasti mama mengamuk. Pasti abah akan marahkan saya. Mereka pasti salahkan saya. Kenapalah Hasni buat hal masa ni? Nasira menekup mukanya.

11

Dah Jodoh

Luahan dari mulut comel itu membuatkan Nuqman terkejut. Tidak sangka dek akal, air mata dan kesedihan gadis itu berpunca kerana perkara lain. Sangkanya gadis itu terlalu kecewa dengan Hasni, tetapi nyata gadis itu sedih kerana maruah keluarga yang mungkin akan tercalar. Pelik sungguh! Cakap kat keluarga you hal yang sebenarnya. Mereka pasti akan faham. Nuqman cuba menasihatkan. Mereka tak akan percaya. Hasni abang saya. Keluarga dia dan keluarga saya baik. Mama dan papa saya akan sebelahkan saya, jawab gadis itu dengan lemah. Riak terpamer di raut wajahnya itu. tu kawan baik adalah kenalan Hasni daripada kerisauan jelas

Nuqman tidak faham cara gadis itu berfikir. Gadis di sebelahnya berkata-kata bagaikan semua masalah berpunca daripadanya. Lagipun keluarga mana yang memilih orang luar daripada anak sendiri? Betul ke tidak gadis ni? Tak faham I cara you berfikir. Macam you pula salah sekarang. Nama you siapa? Baru terbuka mulut Nuqman bertanyakan nama si gadis yang pelik itu. Nur Nasira. Awak? Ujar si gadis. Nuqman. Pendek pengenalan Nuqman sementelah perasan tempat mereka berbual dihampiri oleh sekumpulan lelaki. Naluri Nuqman menyatakan ada masalah lebih besar akan berlaku.

12

Iman Nizrina

Bab 2
ESAH Nasira tiada bertepi. Dia menunduk sahaja. Tidak terkeluar perkataan terima kasih pada Nuqman kerana menguruskan perkara ini bagi pihaknya. Hari ini rasanya hari paling malang buat dirinya. Sudah jatuh ditimpa tangga, kini dihempap pula dengan batu bata yang cukup memberatkan kepala dan perasaan. Nasira tidak menduga apatah lagi menyangka hari ini dua titik perubahan dalam hidupnya berlaku. Titik pertama saat dia bakal menjadi bekas bakal tunang pada Hasni dan tidak sampai dua jam dari titik itu, titik kedua dalam hidupnya muncul apabila dia menjadi penjenayah syariah atas kesalahan ditangkap berkhalwat. Dalam berapa jam sahaja dia melalui dua perkara yang paling menyakitkan selama dua puluh lima tahun hidupnya di dunia ini. Nasira tidak tahu reaksi keluarganya nanti. Tiba-tiba Nasira menyesal menghubungi papanya tadi. Namun hanya itu yang dia terfikir pada saat dirinya cukup panik apabila diserbu tadi. Kalau dia tahu Nuqman bisa menguruskan semuanya tanpa melibatkan keluarga,

13

Dah Jodoh

pasti Nasira juga akan menguruskan semuanya. Saat ini Nasira hanya mampu menanti reaksi keluarganya. Tidak perlu menunggu lama. Jawapan kepada persoalannya tadi sudah terpancar di hadapan mata. Melihat gerak langkah panjang milik ibu bapanya, Nasira sudah dapat baca tahap kemarahan mereka. Sangat menyusahkan hati saat memandang ke arah kedua-dua orang tuanya itu. Mama.... Hanya itu terkeluar daripada bibir Nasira sebelum satu tamparan padu hinggap di pipinya. Kemudian tanpa henti, tubuhnya dipukul dengan bag tangan Prada milik Puan Noor. Beg yang pernah dia hadiahkan sempena hari jadi mamanya dahulu, kini menjadi senjata memukulnya. Rasa menyesal pula membeli beg tangan itu untuk mamanya dahulu. Mama, sakit! Itu saja mampu terkeluar daripada bibir Nasira sambil tubuhnya cuba menepis pukulan demi pukulan. Rayuannya langsung tidak diendahkan. Akhirnya yang pasti dia dapat rasakan tubuhnya ditarik menjauhi mamanya yang sedang menggila, sebelum ada satu tubuh kekar yang melindunginya di hadapan. Sabar puan. Sakit Nasira tu. Suara Nuqman sekali lagi menyelamatkan Nasira. Sakit apa? Hati aku ni lagi sakitlah. Kau tak malu ke Sira? Kau tu bakal tunang orang. Tak malu ke buat perangai macam ni? Geramnya aku! Sekali lagi Puan Noor cuba mendapatkan tubuh Nasira. Namun pantas dihalang oleh lelaki di hadapannya itu. Makin geram Puan Noor melihat anaknya bersembunyi di belakang lelaki yang tidak dikenali itu. Terdetik di kepalanya, lelaki itukah yang sama melemparkan tahi ke halaman maruahnya?

14

Iman Nizrina

Kau ni siapa? Kau ke lelaki yang tak guna tu? Tinggi nada suara Puan Noor menempelak Nuqman. Dengan yakin Nuqman mengangguk sahaja. Setuju atas tohmahan ke atasnya itu. Dia bimbang sebenarnya kalau dia menggeleng nanti makin teruk Nasira dikerjakan. Dia sudah cukup kesian dengan nasib yang menimpa Nasira kini. Apatah lagi melihat gadis tu hanya diam walaupun dibelasah dengan teruk sekali sedangkan gadis itu langsung tidak bersalah. Jadi kau ni la yang rosakkan anak aku ya? Jika tadi Nasira menjadi mangsa pukulan Puan Noor, kini Nuqman pula menjadi mangsanya. Habis tubuh tingginya menerima hentaman demi hentaman daripada Puan Noor. Mama tolonglah, Nuqman tak salah. Sira yang salah. Nasira cuba menghalang mamanya daripada terus memukul Nuqman. Namun Nuqman pantas menghalang dirinya pula. Tubuhnya ditarik ke dalam pelukan Nuqman, sebelum lelaki itu memberi belakangnya menjadi perisai mereka daripada pukulan Puan Noor. Puan... sudahlah tu. Malu kat orang. Farhan, peguam kepada Nuqman cuba menenangkan kemarahan Puan Noor. Tangannya cuba menahan keganasan Puan Noor apabila dilihatnya abah kepada gadis itu hanya membiarkan kemarahan isterinya terhadap Nuqman dan gadis bernama Nasira itu. Farhan, tolong call keluarga aku! Nuqman memberi arahan pada temannya yang membantu menenangkan Puan Noor itu. Temannya yang bekerja sebagai peguam itu, yang membantu mereka melangkah keluar dari balai polis atas tuduhan berkhalwat.

15

Dah Jodoh

Kalau tadi sebolehnya dia ingin menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan keluarga. Namun melihat keadaan menjadi sebegini teruk, Nuqman tahu dia terpaksa meminta bantuan keluarganya walaupun di sudut hati yang paling dalam, dia bimbang akan penerimaan keluarganya nanti. Nuqman pasti, keluarganya akan cuba memahaminya namun dalam pada itu dia tetap tahu yang dia telah melukakan hati mereka yang membesarkannya.

TAK guna punya anak! Ini yang kau balas penat lelah aku menjaga kamu. Tak cukup ke ajaran agama yang aku berikan pada kau selama ini? Tak cukup ke apa yang dah kami korbankan, sampai kau malukan kami macam ni sekali. Setelah penat menghukum, akhirnya Puan Noor berhenti dengan sendirinya. Sebak dan sedih sungguh mendengar luahan hatinya yang sadis itu. Sudahlah Noor.... Baru kedengaran suara Encik Zamri, abah Nasira menenangkan isterinya sambil memeluk tubuhnya yang bergetar menahan rasa itu. Saya geram, bang. Kita sayangkan dia. Kita belai dia penuh manja, tapi sudahnya muka kita ni dipalitnya arang. Kedengaran suara Puan Noor yang cukup terluka itu. Nasira yang mendengar menjadi sebak. Ingin dia mendekati Puan Noor namun pantas dihalang oleh Nuqman. Nuqman menggeleng, risau Puan Noor akan bertindak gila seperti tadi agaknya. Benda dah berlaku, Noor. Tak guna kita nak marah macam ni. Dia bukan lagi anak yang kita kenal. Yang kita bela dulu.

16

Iman Nizrina

Ayat yang keluar daripada bibir Encik Zamri itu membuat Nasira rasakan bagaikan satu bumi ini menghukum dia. Abahnya seperti ingin membuang dia sebagai anak. Papa!!! Meraung Nasira dibuatnya. Tidak terluah dengan kata-kata. Seribu penjelasan ingin diberi untuk mengembalikan kepercayaan kedua-dua orang tuanya saat ini. Dia memang tidak bersalah, tetapi bagaimana untuk dia nyatakan yang dia benar-benar tidak bersalah? Ini jalan yang kau pilih, kan? Kau ikutlah jalan ni. Kami dah tak peduli... tapi kau ingat mula hari ini kau bukan anak kami lagi, putus Encik Zamri, mengesahkan satu kepastian yang menzahirkan dia dengan rasminya memutuskan hubungan anak dan ayah. Abang? Puan Noor terkejut dengan apa yang dikatakan oleh suaminya itu. Tidak sangka dia, suami yang selama ini cukup bangga dengan anak gadisnya yang satu ini, akan membuat keputusan sebegitu. Sememangnya dia juga marah dengan Nasira, tetapi tidaklah tergamak membuang anak yang dia kandung sembilan bulan sepuluh hari itu. Encik, tunggu dulu. Jangan buat keputusan yang terburu-buru. Kita boleh bincang perkara ni. Kami boleh terangkan apa sebenarnya terjadi. Nuqman pantas cuba membetulkan keadaan. Tak terduga dek akalnya yang Nasira akan dibuang keluarga. Tak terduga dia begitu sekali impak yang datang pada gadis itu. Bincang apa? Kau nak sangat kat dia, kan? Mula hari ini kau jagalah dia tu. Kau belailah dia. Aku dah tak kisah. Kau, Nasira jangan kau tunjuk muka kau di hadapan aku lagi, putus Encik Zamri dengan tegas. Abang. Dia anak kita abang... tolonglah faham perasaan saya. Saya pun marah, tapi dia tetap anak kita. Kita

17

Dah Jodoh

bincang ya abang. Kita kahwinkan aje mereka. Lepas tu kalau abang nak lepas tangan pun, saya tak kisah... pujuk Puan Noor yang tidak setuju dengan apa yang diputuskan oleh suaminya itu. Dia dah kotorkan keluarga kita, Noor. Abang kecewa... ujar Encik Zamri menahan kesedihan di hati. Saya tau abang, tapi dia tetap anak kita. Biar kita selesaikan tanggugjawab kita abang. Jangan nanti makin malu kita dibuatnya.... Rayu Puan Noor lagi. Kali ini Encik Zamri mengangguk, setuju dengan kata-kata isterinya itu. Kekecewaannya membuatkan dia hampir terlupa tanggungjawabnya. Bapa mana yang tidak kecewa kalau anak yang dididik dengan penuh kasih sayang, kini menconteng arang ke mukanya. Apatah lagi anak sebaik Nasira, anaknya yang paling mendengar kata. Tidak sesekali dalam seribu tahun sekalipun, dia akan dapat mengagak anaknya seorang ini yang akan memalit kecewa di hatinya. Terkilan sungguh dia. Kecewa bagaimanapun dia, terluka sepertimana pun dia, Encik Zamri sedar tanggungjawabnya sebagai bapa perlu dijalankan. Dia tidak mahu satu-satu anak perempuannya, kahwin tidak berwali.

ASSALAMUALAIKUM? Suara orang memberi salam memecah kesunyian rumah milik keluarga Nasira. Nuqman pantas bangun lalu menuju ke pintu bersama Encik Zamri kerana dia pasti ibu dan abahnya yang datang. Tadi dia menghantar pesanan ringkas agar ibu dan abahnya datang ke alamat ini.

18

Iman Nizrina

Waalaikumussalam. Masuklah... saya Zamri, kata papa Nasira, memperkenalkan diri. Lega sedikit Nuqman atas adab tertib yang masih ditunjukkan ketika menyambut kedatangan kedua-dua orang tuanya oleh papa Nasira. Sekurang-kurangnya tidaklah memburukkan keadaan. Saya Nasir, abahnya Nuqman. Ini isteri saya, Hadiyah. Abah Nuqman memperkenalkan diri sambil bersalaman dengan Encik Zamri. Nuqman pantas menyalami ibu dan abahnya setelah Encik Zamri mengajak sepasang suami isteri itu masuk. Dari sinar mata kedua-dua orang tuanya Nuqman tahu mereka terluka. Harapannya agar pertemuan ini akan dapat menerangkan apa yang tersirat pada apa yang telah berlaku malam ini. Baik pada Nuqman mahupun Nasira, saat ini mereka rasakan bagai menunggu hukuman mati sahaja. Sudah hampir setengah jam kehadiran ibu bapa Nuqman di rumah keluarga Nasira, namun hanya khabar dan pengenalan diri yang bertukar. Selebihnya, sunyi melindungi ruang dan waktu kerana kedua-dua orang tua Nasira bertegas untuk menunggu kehadiran abang sulung Nasira yang bernama Zahir, sebelum memulakan perbincangan. Everythings going to be fine. Sempat Nuqman cuba meredakan keresahan Nasira yang berpanjangan. Terima kasih. Sungguh, Nasira sangat menghargai apa yang Nuqman lakukan padanya saat ini. Buat seketika Nasira merasakan ketenangan yang rasanya sudah berkurun tidak mengunjunginya. Nasira tidak tahu apa yang dia akan lakukan kalau Nuqman tiada. Kehadiran Nuqman banyak memberi erti

19

Dah Jodoh

padanya. Saat ini pada dia, kehadiran Nuqman umpama King Ramualdo menyelamatkan Puteri Fantaghiro pada akhir tayangan filem kisah cinta indah Itali itu. Segaris senyuman menghiasi bibir Nasira bersamasama khayalan romantis yang entah apa-apa. Sudah tidak kisah di mana dan apa situasi mereka sekarang. Ketenangan itu hanya hadir seketika saja ruparupanya. Menggeletar kembali tubuh Nasira apabila terdengar kereta abangnya masuk ke halaman rumah. Dia berteka-teki. Entah apa reaksi abangnya, walaupun hatinya pasti yang penampar sulung akan menjamah pipinya nanti. Itu yang pasti. Yang tak pasti lagi, itu yang dia takutkan. Abangnya amat menyayangi dan sentiasa melindunginya. Namun Nasira juga tahu abangnya ada satu tahap panas baran yang tidak bertepi. Itu yang dia takutkan. Pap! Seperti yang diduga, seperti yang disangka, tanpa salam atau kata, satu penampar hinggap di pipi Nasira. Tidak ada siapa yang dapat menghalang tamparan pertama itu. Masing-masing tergamam apabila Zahir meluru masuk, pantas memberi tamparan pada Nasira sehingga terluka hujung bibir comel itu. Namun saat tamparan kedua melayang, Nuqman pantas menahan. Tangan kirinya tegar menggenggam lengan tangan kanan Zahir yang hampir ke pipi Nasira. Kini dua pasang mata gagah bertentangan. Nuqman kini berhadapan dengan Zahir. Isyarat matanya memberitahu yang dia tidak suka dengan tindakkan melampau Zahir. Manakala Zahir pula, jelas marahkan Nuqman yang menghalang tindakannya itu. Luka egonya apabila lelaki itu melindungi adiknya. Seolah-olah memberitahu yang lelaki itu lebih berhak pada adiknya, berbanding dirinya sendiri.

20

Iman Nizrina

Masya-Allah. Apa jadi ni? Sudahlah tu Nuqman, sudah! Encik Nasir pantas menenangkan kedua-dua darah muda yang bagai ingin membuka gelanggang tinju itu. Isterinya Puan Hadiyah pula pantas merapati Nasira. Kesian pula melihat anak gadis itu ditampar sehingga luka. Perlahan-lahan dia memeluk bahu gadis comel itu. Dia tidak sabar ingin tahu apa sebenarnya terjadi. Jauh di sudut hati tidak percaya jika anaknya dan gadis ini bersalah. Lebihlebih apabila memandang wajah polos anak gadis ini. Dari sinar matanya saja membuatkan naluri keibuan Puan Hadiyah percaya bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Kita berkumpul ni hendak berbincang, bukan bergaduh. Nuqman duduk, arah Encik Nasir apabila melihat anak bujangnya itu masih tidak berkutik. Betul kata Encik Nasir tu. Kita berbincang, jangan nak bergaduh aja. Encik Zamri meredakan kemarahan anak bujangnya pula. Bincang apa lagi papa? Kahwinkan aje mereka dua ni. Papa nak simpan ke lagi perempuan macam dia ni dalam rumah kita? Ini nanti macam mana kita nak berhadapan dengan Hasni? Dengan keluarga dia. Patutlah Hasni macam ragu-ragu aje nak bertunang. Agaknya dia tahu bakal tunang dia tak reti nak jaga diri! Lantang suara Zahir menyangkah kata-kata papanya dengan kemarahan yang tidak boleh dibendung. Tapi adik tak salah. Adik baru jumpa Nuqman kat rumah Hasni. Hasni tak nak bertunang sebab dia ada Nasira cuba membela dirinya. Namun pantas dipatahkan oleh Zahir. Sebab apa? Kau jangan nak buat ceritalah. Aku tau kau saja nak beri alasan tutup kesalahan kau, kan? Geramnya

21

Dah Jodoh

aku dengan kau ni! Zahir sekali lagi merapati Nasira, namun Nuqman lebih pantas berdiri di hadapannya. Aku akan bertanggungjawab. Dia akan jadi isteri aku dan aku tak nak kau sentuh dia walau satu jari sekalipun! Kata-kata Nuqman mengejutkan satu ruang tamu itu. Nasira terjerit kecil kerana terkejut. Malah Nuqman sendiri terkejut dengan keputusannya. Tetapi entah kenapa dia rasakan semua ini betul dan tepat. Idea dia dan Nasira sebagai suami isteri itu dirasakan sangat betul dan tidak ada satu sudut pun yang salah. Nampaknya kita dah ada jalan penyelesaian. Kita kahwinkan ajalah mereka ni kalau mereka pun dah setuju. Walaupun tergesa-gesa, tapi kami harap kita buat jugalah cara beradat ya tak? Esok, selepas asar, saya dan orang rumah saya akan datang masuk meminang. Kita tunangkan dia orang ni sekali. Apa kata Encik Zamri? Nampak gayanya Encik Nasir menerima keputusan anaknya dengan keadaan terbuka. Mungkin dia juga merasakan apa yang Nuqman rasakan. Ini jalan terbaik untuk menyelamatkan gadis itu. Kalau dia dah nak bertanggungjawab, kami ikutkan ajalah. Lagipun kami tak nak bertambah malu pula di kemudian hari. Sinis suara Encik Zamri menuturkannya. Bagai sudah terputus dengan seribu kepastian yang Nuqman dan Nasira memang bersalah. Kalau macam tu kira setujulah. Esok kami akan ke sini lagi. Ini pun dah lewat sangat dah ni. Kami minta diri dululah, pinta Encik Nasir. Kiranya mereka sudah mencapai kata pemutus. Rasanya lebih baiklah mereka minta diri dulu. Lagipun dari

22

Iman Nizrina

mereka sampai, terasa kedatangan mereka ini tidak dialualukan. Walaupun disambut baik, namun kedinginan itu tetap terasa. Bukan meminta layanan kelas pertama, tetapi kalau air pun tidak dihidang, nampaklah sangat kehadiran mereka tidak dialu-alukan untuk berlama di sini. Kerlingan diberikan pada isterinya sebagai tanda mereka sudah bersedia untuk pulang. Nuqman. Encik Nasir memanggil anaknya sekali lagi apabila Nuqman masih berdiri berhadapan dengan Nasira. Kedua-dua pasang mata itu hanya memandang tanpa sebarang suara. Mata Nasira penuh tanda tanya kenapa Nuqman mengambil keputusan sebegini. Anak mata Nuqman pula tenang tanpa sebarang alasan. Sekejap, abah. menunggu sebentar. Nuqman meminta abahnya

Nuqman ragu-ragu untuk meninggalkan Nasira sendiri di sini malam ini. Takut keluarga itu menggila selepas mereka pulang. Namun dia tidak juga boleh membawa gadis itu pergi ataupun terus tinggal di sini sendirian. Bagaimana untuk dia halang daripada tubuh gadis itu terus disakiti oleh bakal mertuanya? Bagaimana dia hendak lindungi Nasira? I dah nak balik ni. I risaulah you tinggal sendiri kat sini. You masuk bilik sekarang, kunci pintu dan jangan keluar walau apa-apa pun berlaku. Esok pagi-pagi I datang sini jumpa you, kita pergi cari cincin. Pergilah masuk, I tunggu sampai you masuk bilik. Jangan keluar. Pergilah, arah Nuqman tanpa memberi sebarang peluang untuk Nasira bersuara. Kerisauan jelas kedengaran pada nadanya dan di raut wajahnya. Seketika Nasira terleka dengan perhatian dan sikap

23

Dah Jodoh

ambil berat Nuqman. Terkhayal sekejap dalam keadaan yang cemas ini. Apabila Nuqman menggesanya untuk lekas naik, sekali lagi Nasira menurut. Pantas kakinya masuk ke dalam bilik tanpa menoleh lagi. Meninggalkan mereka yang masih setia di luar sana. Nuqman hanya memerhati laju tubuh sederhana tinggi itu naik ke atas. Kemudian baru dia tersedar yang dia belum ada nombor telefon milik gadis itu. Tetapi tidak apa, nanti dia boleh bertanya pada Farhan. Pasti sahabatnya itu tahu maklumat gadis itu. Lagipun dia sememangnya perlu tahu siapa gadis itu dan dia hanya ada tiga hari untuk mengumpul maklumat.

24

Iman Nizrina

Bab 3
Aku terima nikahnya Nur Nasira binti Zamri.... Ikatan ini termeterai sudah. ASIRA duduk di atas katil pengantin sambil merenung cincin emas putih bertatahkan batu berbentuk hati yang tersarung di jarinya itu. Batu yang berwarna ungu lut sinar itu kelihatan sangat cantik, nampak unik. Terfikir Nasira jika itu cincin yang Nuqman sediakan untuk bekas tunangnya dulu. Nasira pasti cincin itu ditempah kerana batunya bukanlah batu biasa. Sinarnya bukanlah belian, bukan juga intan, zamrud mahupun nilam jauh sekali. Nasira sendiri tidak tahu batu apa yang menjadi tanda di jarinya itu kerana bukan dia memilih cincin ini. Yang dia pilih hanyalah cincin tunang mereka dan cincin untuk Nuqman. Nuqman membuat kejutan dengan sejumlah hantaran yang besar untuknya. Dan cincin di jari Nasira itu tersarung muat-muat di jarinya. Tiada hantaran berbalas hantaran. Tiada dulang bersusun menghiasi majlisnya.

25

Dah Jodoh

Majlis cukup ringkas. Apa yang dia mampu sediakan dalam tempoh dua hari? Nasib baik simpanannya ada, jadi boleh juga dia membeli baju nikah segera ini. Baju yang sangat mahal pada pendapatnya. Tetapi dalam keadaan terpaksa, dia tidak punya pilihan lain. Oleh kerana itu dia sedikit terkejut apabila tuk kadi membaca hantaran yang dihantar oleh Nuqman tadi. Sangkanya hanya cincin pengikat mereka, namun rupa-rupanya Nuqman lebih bersedia daripada apa yang dia sangkakan. Tersenyum seketika Nasira mengenangkan saat mereka memilih cincin tunang dua hari lepas. Hari yang agak kekok sedikit, tetapi ceria apabila bertemankan Nasrul Hadif ataupun Adif, adik bongsu Nuqman yang cerdik dan nakal. Terbayang lagi muka Nuqman yang merah kerana dipaksa oleh Adif berlutut di hadapannya, seakan melamar dirinya apabila Nasira enggan mencuba sebarang cincin yang dipilih. Dari situ dia belajar, Nuqman seorang lelaki yang penuh kelembutan, namun dia sangat tegas dengan apa yang dia inginkan. Dia akan lakukan segala-galanya untuk menjadikan keinginan itu satu kenyataan. Dalam tersenyum, Nasira terkenang pernikahan ini. Ke manalah hala tujuan perhubungan yang baru ini? Nasira menjadi isteri Nuqman Hafiz setelah berkenalan hanya untuk dua jam sebelum tiga hari kemudian terjadinya penikahan ini. Terlalu cepat. Tidak sempat untuk dia kenali siapa pendamping hidupnya itu. Tidak sempat untuk dia belajar apa-apa tentang Nuqman. Namun kenyataan tetap kenyataan kini, dia milik Nuqman. Mungkinkah Nuqman juga miliknya?

TERMENUNG? Kenapa? Fikirkan keadaan rumah mertua ke

26

Iman Nizrina

apa ni? tanya Mak Su Habibah yang melambungkan Nasira kembali ke alam nyata dari kisah yang menyedihkan semalam. Mak Su Habibah yang entah bila munculnya, tahu-tahu sudah duduk di sebelah dia. Magis betullah Mak Su Habibah ini. Jangan-jangan dulu Mak Su Habibah ini penuntut David Blaine agaknya. Tak ada apalah mak su, balasnya lemah dengan wajah yang cuba Nasira ceriakan. Tak berkesan langsung lakonannya apabila Mak Su Habibah hanya tersenyum nipis, tanda faham apa yang tersirat di hati anak saudaranya yang seorang ini. Dengan Mak Su Habibah ni memang Nasira tak boleh berbohong. Mak su ingat kamu risaukan hal mertua kamu. Mama kamu cakap, kamu nak terus balik ke rumah mertua kamu hari ni. Kenapa awal sangat? Tak nak ajak Nuqman tidur kat sini dulu ke? Mak Su Habibah cuba mengorek rahsia hati Nasira. Bak kata Kak Ogy, gali sampai jumpa. Pertanyaan berserta soalan itu sesungguhnya menyentak dirinya. Nasira tidak ingat bila masanya dia memberitahu mama yang dia akan terus balik ke rumah mertua. Rasanya sejak dari malam Nasira ditangkap bersama Nuqman, dia langsung tidak berborak dengan mama. Agaknya mama memang dah tak nak tengok muka aku lagi kat rumah ni kut. Yalah, akukan anak yang menconteng arang ke muka keluarga. Aku juga yang membuatkan keluarga malu dengan keluarga Hasni. Hasni, lelaki yang suatu ketika dahulunya Nasira puja dan diterima baik keluarga. Walaupun sebenarnya lelaki itu hantu berkepala jembalang. Termenung lagi. Kamu susah hati, kan Sira? Mak su tau kamu susah hati. Tapi kamu sabarlah. Setiap kejadian

27

Dah Jodoh

itu ada hikmahnya dan setiap ujian itu ada nikmatnya. Allah tak akan menguji hamba-Nya yang tidak mampu menanggung ujian. Walau apa pun kata mereka, mak su yakin kamu dan Nuqman tak bersalah, ujar Mak Su Habibah dengan ikhlas. Sedikit terhibur hati Nasira mendengarnya. Nasira tahu di sebalik penyatuan Nasira dan Nuqman, banyak yang memandang serong dan mengeji mereka. Yalah, penyatuan yang berbau bunga tahi ayam dan baunya yang semerbak tidak menyenangkan semua orang. Namun di sebalik semua itu, Mak Su Habibah memang sentiasa menyayanginya. Mak Su Habibah saja yang percayakan dan yakin dengan dia. Sedihnya, bukan Mak Su Habibah yang membesarkannya. Sejak malam kejadian dihukum tanpa keadilan. itu, Nasira langsung

Terima kasih mak su. Nasira peluk Mak Su Habibah tanda penghargaannya kepada wanita itu. Seikhlas hatinya. Sama-sama. Mak su tak nampak pun Nuqman. Dia ke mana? Dahi Mak Su Habibah berkerut memandang Nasira. Soalan Mak Su Habibah membuatkan Nasira sedar yang dia tidak jumpa lagi Nuqman selepas usai majlis pembatalan air sembayang tadi. Mana pulalah mamat ni hilang? Jangan dia tinggalkan aku, sudah. Nanti lagi teruk aku kena kutuk. Dahlah kahwin kerana kena tangkap basah, lepas tu kena tinggal. Mahu tujuh benua aku kena tahan malu di depan keluarga. Dia kat luar kut mak su. Biarlah Sira pergi cari dia.

28

Iman Nizrina

Nasira secara tidak langsung meminta diri daripada Mak Su Habibah.

NASIRA berjalan di luar rumah sambil matanya tajam mencari seseorang. Di celah-celah saudaranya dan saudara Nuqman, Nasira cuba mencari bayangan milik lelaki bernama Nuqman Hafiz itu. Agak ramai juga yang hadir. Sesekali senyuman diukir lebar buat mereka yang mengenalinya dan senyuman lembut buat mereka yang memerhatikannya. Alhamdulillah... walaupun pernikahan kami mempunyai sejarah seharum bau bunga tahi ayam, namun keluarga Nuqman berkeras untuk melangsungkan penikahan ini secara beradab Melayu. Nasira tetap dipinang, tetap bertunang walaupun hanya untuk dua hari dan kini sah menjadi isteri orang. Nun di sudut sana, Nasira terpandangkan si dia yang sedang berbual dengan ibu bapanya dan Nasrul Hadif yang sentiasa ceria. Anak muda itu sentiasa ceria dan sentiasa terbuka dalam menerima keadaan Nasira dan abangnya. Malah tiga hari ini, dialah menjadi penghibur mereka berdua. Nasira menarik nafas panjang sebelum melangkah ke arah keluarga itu yang akan menjadi keluarga barunya menjelang esok hari. Hai, kak long! Adif terlebih dahulu menegur Nasira. Tersentak Nasira mendengar panggilan kak long itu. Hai... semalam Adif masih memanggilnya Kak Sira, sekejap betul budak ni buat adjustment terus panggil Nasira dengan panggilan kak long.

29

Dah Jodoh

Sira, tegur Encik Nasir juga mengalu-ngalukan Nasira dengan senyuman. Sejak dari mula Nasira melihat ibu dan abah Nuqman ini lebih terbuka menerima kenyataan tentang dirinya dan Nuqman. Tidak seperti keluarganya yang terus membuang dirinya. Bagaikan haiwan perliharaan yang tidak disayangi lagi lalu ditinggalkan di tepi rumah orang lain. Pak cik, mak cik. Nasira menegur sopan ketika Nasira sudah berdiri di dalam kelompok keluarga barunya itu. Keluarga yang dia harap dapat menumpang kasih. Keluarga untuk dia jadikan dahan tempat dia berpaut sayang. Pak cik? Mak cik? His... apalah kak long ni, mana boleh panggil pak cik dengan mak cik dah. Sekarang dah jadi abah dan ibu la. Sah aje kata tuk kadi, panggilan kena tukarlah. Tengok Adif kan dah panggil kak long. Ya tak along? Adif ni memang manusia paling kecoh dalam keluarga ni. Mulut dia adakalanya menghiburkan. Adakalanya boleh buat orang migrain dengan kenakalannya. Nuqman tidak menjawab, dia hanya memerhatikan Nasira. Sedari majlis membatalkan air sembahyang tadi, dia hanya memerhatikan gadis itu. Langsung dia tidak berkata apa pun padanya. Agaknya dia tidak tahu bagaimana untuk bereaksi pada Nasira dengan keadaan mereka yang terpaksa kahwin kira ala koboi ini. Semestinya dia juga kesiankan keadaan mereka yang sebegini. Namun di sebalik rasa kesian itu, dia terpaku melihat air muka Nasira yang nampak lebih tenang dan lembut berbanding hari-hari sebelumnya. Along ni, taulah kak long cantik sangat hari ni. Tak perlulah tenung macam tu sampai orang cakap pun tak dengar. Geli aje. Adif kembali mengusik Nuqman.

30

Iman Nizrina

Terus sepasang anak mata itu tidak lagi tertumpu pada Nasira, tetapi sebaliknya pada kedua ibu bapanya. Ehem, ehem. Nuqman membetulkan suaranya. Menutup rasa malu akibat tertangkap oleh adik sendiri. Adik yang kepoh pula tu. Nuqman, saya nak cakap sikit boleh? Nasira memulakan mukadimahnya. Segan juga rasanya hendak bercakap dengan Nuqman. Dia masih belum biasa. Cakaplah. Nuqman menjawab tanpa memandang wajah Nasira. Takut jika dia melihat wajah itu lagi, akan terpakulah matanya di situ. Aduh, pening betul aku dengan mamat ni. Kalau boleh Nasira ingin bercakap berdua aje dengan dia. Jadi taklah malu sangat Nasira nak minta Nuqman bawanya balik untuk malam ni. Ini gayanya macam hendak Nasira bercakap dengan dia di depan semua yang ada. Nasira boleh berbincang di hadapan mereka, tetapi nanti nampak sangat Nasira ini telah dihalau oleh keluarga. Dengan keluhan dan rasa segan, Nasira tebalkan juga mukanya. Nasira menunduk sambil bercakap. Dia sudah tiada pilihan lain. Malam ni boleh tak bawa saya balik ke rumah awak? Malam ni aje. Nasira terasa segan sangat apabila terpaksa bercakap macam tu, tetapi dia tidak ada pilihan. Ini ajelah cara Nasira mengangkat sedikit sisa maruahnya di mata keluarganya. Sekurang-kurangnya apabila dia balik dengan Nuqman nanti, Nasira dapat menunjukkan pada keluarganya, masih ada yang sudi membawa dia pulang dan suaminya ini benar-benar ingin bertanggungjawab padanya. La, kenapa pula cakap macam tu? Tak adanya rumah Nuqman ke... rumah Sira ke... sekarang ni rumah Sira

31

Dah Jodoh

juga. Tak perlu nak minta kebenaran macam tu. Along, bawa Sira kemaskan barang dia. Mulai hari ni dia tinggal dengan kita. Nasira dengar suara Encik Nasir menjawab. Nasira masih tidak mengangkat mukanya. Ingin menitis air matanya kerana rasa segan tadi dan kerana terasa rendah maruahnya memohon simpati orang. Fuhyooh! Ini baru best. Kalau kak long balik rumah kita, Adif dah ada kakak. Kak long nak minta Adif tolong kemaskan sekali ke? Suara nakal Adif bertanya. Eh, tak perlu. Nasira pantas menjawab. Adif berjaya membuatkan Nasira mengangkat wajahnya. Nasira lihat Nuqman kembali merenungnya. Nuqman melangkah ke arah Nasira. Berdiri dekat di hadapan Nasira. Muka Nasira diangkat bertentang dengan wajahnya. Tersenyum hambar melihat bekas air mata yang ada di pipi mulus itu. Pipi tembam itu disentuh perlahan. Bekas air mata yang menitis di pipi tadi dihapuskan dengan ibu jarinya. Itu rumah kita. Hak I pada rumah itu, tak ada bezanya dengan hak you sekarang. You sama berhak seperti I juga. Kita balik ke rumah kita, ujar Nuqman dengan lembut. Seakan berbisik di telinga Nasira. Tergamam Nasira sebentar dibuatnya. Terbuai rasa. Namun rasa itu terhenti dengan sendirinya apabila terdengar suara Adif menyebut nama yang dia tidak duga akan hadir. Along... Kak Zura, ujar Adif sambil menunjuk ke arah pagar. Nasira dan Nuqman terus berpaling. Manusiamanusia yang telah melukakan mereka kini muncul di hadapan mata.

32

Iman Nizrina

Nasira tegak berdiri pada mulanya. Namun apabila Nuqman menariknya untuk melangkah ke arah pasangan itu, entah kenapa kakinya menurut walaupun sebenarnya dia tidak ingin bertemu mereka. Erat tangannya membalas genggaman Nuqman. Bagai mematerikan satu ikatan sah di mata mereka yang memandang. Kini empat pasang mata bertentangan. Nasira hanya memandang kosong wajah manusia-manusia di hadapannya. Tangannya masih erat dalam genggaman Nuqman. Terima kasih kerana sudi datang ke majlis kami. Suara Nuqman bernada tenang itu menyapa pendengaran. Seolah-olah kedatangan mereka itu dijemput. Bagai tiada apa-apa yang terjadi pada mereka sebelum ini. Reaksinya, Zura hanya menunduk dan Hasni asyik merenung garang ke arah Nasira. Tidak tahu kenapa dan untuk apa renungan itu. Renungan yang menyatakan Nasira pula yang berhutang dengan dia, bukan sebaliknya. Ingin Nasira membalas tegas renungan itu namun hanya seketika cuma sebelum Nasira menunduk, mengalah. Ini semua tak sepatutnya berlaku, Sira. Awak sepatutnya jadi hak saya. Sepatutnya ini majlis kita. Hasni bagaikan tidak ada rasa bersalah berbicara sedemikian. Sepertimana Hasni, Nasira juga tidak berperasaan pun kala Hasni menuturkannya. Nasira hanya diam membisu dan membiarkan Nuqman dengan baik hati membalasnya. Patut atau tak semuanya dah terjadi. Hakikatnya ia sudah terjadi dan aku rasa kau juga tau kenapa ini terjadi, tegas Nuqman. Menghantar rasa bersalah di hati Hasni dan menyedarkannya, kerana dia semua ini terjadi. Jika dia ingin salahkan sesiapa, dia hanya perlu menunjuk dirinya sendiri.

33

Dah Jodoh

Zura minta maaf... Zura tau Zura yang salah. Please Man... maafkan Zura. Tanpa segan Zura memohon maaf sambil memaut lengan Nuqman. Terbuka luas mata Nasira melihat keberanian itu. Rasa bagai hendak disambalkan sahaja tangan yang memegang suaminya itu. Apabila Nuqman merentap lengannya, sehingga terlepas daripada pegangan Zura, Nasira tersenyum kemenangan. Makin lebar senyuman itu apabila dengan selamba tangan Nuqman beralih dari menggenggam tangannya, kini memeluk pinggangnya pula. Terasa keyakinan itu menyusup ke dalam hati. Nasira berpaling bertentang wajah dengan Nuqman dan seketika mereka bertukar senyuman. Hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya Nasira saat ini kerana dia tahu mulai dari saat ini ada yang akan teguh menyokongnya dan melindunginya. Kini dia sudah tidak perlu kalah dengan renungan Hasni. Kini dia hanya perlu memandang ke hadapan dengan penuh berani. Minta maaf adalah hadiah paling berharga kami dapat hari ini. Sayangnya kami tak perlukan itu semua. So, sekali lagi terima kasih kerana sudi datang. Sangat terima kasih sebenarnya. Terima kasih kerana pernah wujud dalam hidup kami dan terima kasih kerana mempertemukan kami. Rasanya selepas ni dah tak ada hutang antara kita dan kami berharap kau berdua tak wujud lagi dalam masa hadapan kami. Dah lambat ni. Kami mohon diri dulu. Nak kemaskemas baju Nasira. Mulai hari ini Sira akan tinggal dengan aku, sebagai isteri aku. Kata-kata tegas dan membawa sejuta maksud terluah daripada bibir Nuqman. Itu kata hati Nuqman dan itu juga keinginan Nasira.

34

Iman Nizrina

Nasira suka kata-kata Nuqman itu. Ketegasan Nuqman memukau Nasira. Terasa beruntung dirinya memiliki lelaki setegas Nuqman. Dia pasti Nuqman bukanlah jenis lelaki yang akan berpaling pada kisah lampau dan lelaki setegas Nuqman akan berdiri dalam sesebuah perhubungan walau apa pun terjadi. Semoga ketegasan ini akan menjadi salah satu ramuan dalam resipi perhubungan mereka nanti. Tak lekang senyuman daripada bibir saat dia dan Nuqman berlalu pergi. Mendengar kata-kata Nuqman memberi Nasira sejuta makna. Dia terasa dirinya dihargai. Maruahnya diangkat di hadapan mereka yang pernah memperlekehkannya. Benar kata Nuqman, Nasira juga tak ingin manusia-manusia itu wujud dalam masa depannya nanti. Kini baru Nasira rasa gembira. Gembira kerana perkahwinan ini akhirnya membebaskan dia daripada genggaman Hasni.

NUQMAN tidak bisa memandang Nasira dengan pandangan biasa. Setiap kali matanya menyapa wajah Nasira, semestinya ada bias simpati dalam sinar anak mata hitam miliknya. Betapa tingginya harga yang Nasira perlu bayar atas sekecil kesalahan mereka yang hanya inginkan ketenangan. Untuk menyalahkan takdir, Nuqman pasti itu bukan satu tindakan yang bijak kerana mereka tetap bersalah apabila berdua-duaan begitu. Cuma satu Nuqman percaya, ada hikmah di sebalik semua yang terjadi kini. Nuqman membantu Nasira mengemas. Dia tahu Nasira sangat segan mengemas di hadapannya. Wajah Nasira yang memerah sambil duduk di atas katil, menyambut bajubaju yang dihulurkannya itu, lalu terus dimasukkan ke dalam

35

Dah Jodoh

beg, menceritakan betapa malunya gadis itu. Nuqman yakin yang dia adalah lelaki pertama yang seintim ini dengan Nasira. Tiba-tiba dia berbangga untuk itu. Kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya? Soalan itu mengejutkan Nuqman. Soalan yang terkeluar di bibir isterinya setelah mereka sah menjadi suami isteri. Bukankah soalan itu patut Nasira tanya sebelum dia berjabat dengan tuk kadi? Apalah isterinya ini. Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam mana, terima ajelah, balas Nuqman dengan selamba. Sebenarnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan Nasira itu. I perasan you ada lagi banyak seluar daripada baju kurung. Tak suka pakai baju kurung ya? usik Nuqman setelah Nasira sedikit senyap selepas dia menjawab soalan isterinya tadi. Dia ingin menceriakan suasana. Sengaja dia mengusik sebaik sahaja dia selesai membantu Nasira mengeluarkan baju gadis itu dari dalam almari. Dalam membantu sempat lagi dia usha baju Nasira. Baju gadis itu semuanya berfesyen ringkas dan sederhana. Yang banyak adalah jean dan T-shirt. Baju kurung pula boleh dikira dengan jari. Kemeja pejabat dan seluar slack pun ada beberapa helai sahaja. Tak berapa nak selesa kalau pakai baju kurung. Lagipun kerja tak berapa selesa nak pakai baju kurung sebab banyak bergerak, jawab Nasira lembut. Jujurnya dia tak tahu bagaimana berbual dengan Nuqman. Kekok rasanya. Tapi you nampak cantik pakai baju kurung. Cantik macam sekarang. Ayat itu keluar dari mulut Nuqman. Ikhlas

36

Iman Nizrina

kedengaran, seperti satu pujian, namuan sengihan Nuqman umpama mengusik pula. Makin tidak keruan Nasira dibuatnya. Penat Nasira memikir adakah itu pujian ataupun usikan saja. Jika memang itu adalah pujian, kembang hidung Nasira dibuatnya. Tapi benarkah pujian? Terus saja mata Nasira mencari wajah Nuqman. Terbias keikhlasan pada wajah itu. Benarlah di sebalik senyuman mengusik itu, Nuqman benar-benar memujinya. Kembang sebentar hati Nasira dibuatnya. Mestilah Nasira nampak cantik. Bukankah sekarang dia memakai baju pengantin? Sesiapa sahaja jika memakai baju pengantin, akan terserlah kecantikannya yang tersendiri. Seri pengantin agaknya. Ada apa-apa lagi ke you nak I tolong? Baju lain? Suara Nuqman sekali lagi memecah kekakuan Nasira. Terbang segala fikirkannya kala terdengar suara itu. Lama Nasira memikirkan apa yang ditanya oleh Nuqman. Blur dia buat seketika. Rasanya semua baju sudah lelaki itu hulurkan padanya. Tidak tinggal satu pun. Baju lain apa lagi? Baju lain? Terus saja wajahnya berubah merah. Melihat senyuman nakal lelaki itu, baru Nasira faham baju apa yang Nuqman maksudkan. His! Gatal juga mamat ni. Tak ada. Tolong bawa kotak tu keluar boleh, pinta Nasira, mengubah topik perbincangan sambil dia menunjukkan kotak di atas meja belajar. Wajahnya masih lagi membahang. Tak ada? You tak nak bawa ke? Nanti you nak pakai apa? I tak ada baju macam tu. Nak pinjam mama punya rasanya saiz tak sama. Baik you bawa sekali. Kat mana you simpan? Biar I tolong you kemaskan. Makin ligat Nuqman

37

Dah Jodoh

mengusik Nasira apabila dilihatnya gadis itu faham apa yang dia ertikan dengan baju lain tadi. Tak apalah, saya boleh kemas sendiri. Awak keluarlah dulu, tolong bawakan kotak tu sekali ya. Tidak terkeluar rasanya suara Nasira akibat menahan malu. Dalam pada malu-malu itu, dia juga geram dengan sifat Nuqman yang baru dia ketahui. Gatal! Nuqman tidak mahu mengusik lagi, terus dia mengangkat kotak tersebut. Nasira memandang Nuqman membawa keluar kotaknya itu. Gaya macam memikul seguni beras. Tersenyum Nasira dengan lagak spontan Nuqman itu. Namun senyumnya pudar tatkala melihat kotak itu hilang dari pandangan. Sedih, kerana dia sedar selepas ini terlalu lama untuk dia kembali semula ke sini. Kerana saat kotak itu dibawa pergi, seolaholah hidupnya di sini juga dibawa bersama. Sememangnya hanya kotak sederhana besar itu dan beg pakaian ini saja harta yang Nasira ada. Bukti hidupnya selama ini. Yang lain bukanlah miliknya. Jauh di sudut hati, Nasira berharap suatu hari nanti setelah semuanya terbongkar, bilik kecil ini akan kembali menjadi miliknya. Masih simpan lagi? Tiba tiba Nuqman muncul dan bertanyakan soalan itu. Tersentak sedikit dia memandang bingkai gambar di atas meja belajar yang tadinya terlindung oleh kotak di tangannya. Pertanyaan Nuqman itu membuatkan mata Nasira memandang ke arah yang dimaksudkan. Kini apabila matanya terarah pada gambarnya dan Hasni yang masih menghiasi meja belajarnya itu, barulah Nasira faham apa yang Nuqman maksudkan.

38

Iman Nizrina

Tak sempat nak buang, jawab Nasira dengan jujur. Sememangnya Nasira tidak sempat hendak membuang gambar itu. Rasanya kalau Nuqman tidak tanya tadi, Nasira pun tidak ingat yang dia pernah ada gambar itu, apatah lagi untuk menjadikannya satu perhiasan di dalam biliknya. Hmmm... okey. Nuqman macam tidak percaya dengan jawapan Nasira, membuatkan gadis itu seakan ingin menjerit untuk memberitahu yang dia sedang berkata jujur tika ini. Betul... memang tak sempat nak buang. Tiga hari nikan kita sibuk dengan majlis. Nasira tidak tahu kenapa dia berusaha untuk meyakinkan Nuqman. Mungkin sebab Nasira tak mahu Nuqman curiga padanya. Tapi kenapa? Ya... I tau dan I percaya. You sambunglah berkemas. I keluar dulu, balasnya sebelum berlalu. Kali ini memang jelas jawapan itu bernada usikan. Tidak sekaku tadi. Melihat Nuqman melangkah keluar, tiba-tiba membuatkan hati Nasira ingin memanggil suaminya itu semula. Seakan masih ada perkara yang tidak selesai. Awak, panggil Nasira. Kali ini dia ingin ikut kata hatinya. Ingin pertama kalinya setelah sekian lama niat itu hilang dari dirinya, dia ingin bertindak atas keinginannya. Nuqman berpaling memandang Nasira sebaik sahaja terdengar dirinya dipanggil oleh gadis itu. Dia memandang Nasira yang bangkit dari duduknya dan menuju ke meja belajar. Matanya terus mengikut gerak langkah gadis itu. Melihat Nasira mengambil bingkai gambar tadi lalu dicampakkan ke dalam tong sampah. Bagai tertekan punat auto, bibir Nuqman terus tersenyum. Saya betul-betul lupa nak buang. Malah saya tak

39

Dah Jodoh

sedar pun benda tu ada kat situ. Lembut suara itu menerangkan padanya. I percayakan you. You tak perlu buang pun I dah percayakan you. Dari lapisan kerak debu itu pun, I tau berapa kurun you tak sentuh bingkai tu dah. You tak perlu beli kepercayaan I dengan pengorbanan atau apa-apa sekalipun kerana harga kepercayaan adalah kejujuran you. Selagi you jujur, selagi tu kepercayaan milik you. Dah, jangan banyak fikir lagi. Sambunglah kemas barang you tu. Oh ya... jangan lupa kemas baju lain tu. Harta penting tu. Kata-kata romantis yang dimulakan oleh Nuqman tadi hilang kesannya pada Nasira sebaik sahaja usikan itu dilontarkan. Nasira hanya mengetap bibir melihat Nuqman keluar dari biliknya. Tidak lagi menghalang. Dia tidak faham betul dengan cara Nuqman. Sekejap dia boleh menjadi seromantis Aaron Aziz dan sekejap boleh pula dia berubah menjadi Zizan Raja Lawak. Keliru Nasira hendak membaca sifat sebenar Nuqman. Patutlah Adif tu kaki mengusik. Ruparupanya abang dia pun macam tu. Baru Nasira nampak warna sebenar Nuqman. Ingatkan keturunan Hitler, tapi ruparupanya keturunan Charlie Chaplin. Sudah-sudahlah Nasira memikir pasal lelaki itu. Nanti tak sudah kerja pula. Baik dia sambung mengemas. Lagipun dia ada seumur hidup untuk terus mengenali lelaki itu.

NASIRA memandang bilik kecil berwarna biru ini buat kali terakhir. Bilik berwarna biru ini tempat Nasira tidur dari zaman Nasira bersekolah hingga ke universiti. Walaupun bilik

40

Iman Nizrina

ini hanya ada sebuah katil queen size, sebuah meja belajar dan almari dua pintu, namun bilik ini yang paling Nasira sayangi. Dua tahun lalu Nasira gembira masuk ke bilik ini dengan segulung ijazah. Niatnya ketika itu, bilik ini akan selamanya menjadi biliknya walaupun Nasira sudah bergelar isteri orang. Masa itu Nasira tiada masalah kerana Hasni sanggup tinggal dengan keluarganya memandangkan mama dan papa menerima baik kehadiran Hasni dalam keluarganya yang kecil ini. Malah Hasni lebih diterima dalam keluarga ini berbanding dirinya. Tapi kini semuanya sudah berlalu. Semuanya hanya tinggal kenangan kini. Sememangnya kita yang manusia ini hanya boleh merancang, yang menentukan segala-galanya adalah Dia yang Maha Esa. Nasira menarik nafas, menyeru agar semangatnya kembali kental. Dia tahu walau apa pun berlaku, tidak perlu untuk dikenangkan lagi kisah semalam. Nasira perlu melangkah ke hadapan tanpa menoleh lagi ke belakang. Dengan rasa sedih yang setinggi gunung, Nasira mengheret begnya melangkah keluar. Saat itu matanya bertentang dengan mata Abang Zahir, satu-satunya saudara kandung yang dia miliki. Bertambah sedih hati Nasira yang sayu. Terasa bagaikan dia ini seperti najis, apabila Zahir pantas mengalihkan pandangannya. Seumpama melihat Nasira ini adalah sesuatu yang sangat menjijikkan. Selama ini Abang Zahir adalah manusia paling rapat dengannya dan kini merupakan manusia yang paling jauh darinya. Zahirlah yang paling marah pada malam Nasira ditangkap basah. Marah kerana Nasira adik yang dia sayangi membuat onar dan bertambah marah kerana Nasira telah mengecewakan teman baiknya, Hasni. Kononnyalah. Kalaulah abangnya sedar siapa

41

Dah Jodoh

yang mengecewakan siapa. Tetapi mahukah abangnya percaya? Bukankah Hasni lebih penting daripada adiknya ini? Sedar, sejak kejadian malam itu, serta-merta gelaran anak dan adik telah terlucut dari dirinya. Dia umpama anak yatim piatu sebelum waktunya. Tinggal sebatang kara sebelum masanya. Sukarnya memperolehi kepercayaan orang. Lebih sukar untuk memperolehi kepercayaan orang tersayang. Ah... buat apa Nasira bersedih sedangkan Nasira tahu ini adalah layanan mereka terhadapnya setelah Nasira ditangkap basah. Tanpa menoleh lagi, Nasira nekad untuk melangkah pergi. Jika di sini dia tidak dialu-alukan, biarlah dia membawa diri. Tidak guna dia bertahan sekiranya itu hanya membuatkan dia menjadi bahan maki hamun keluarga sendiri. Luka akibat disakiti oleh orang luar tidak sama rasa sakitnya daripada dilukai oleh keluarga sendiri. Sira dah nak pergi? Rina, kawan baik Zahir yang sedari tadi berdiri di samping abangnya itu, menegur. Nasira kenal benar, Rina kawan baik kepada abangnya sejak sekolah menengah lagi sehinggalah sekarang. Apa pun baik Rina atau Zahir, masing-masing sudah punya buah hati sendiri. Nasira juga akrab dengan Rina sehingga sudah dianggap gadis itu macam kakaknya sendiri. Ya, Kak Rina. Sira minta diri dulu. Nasira mengiakan sahaja. Disalamnya tangan Rina tanda bersedia untuk pergi. Anything, call aje Kak Rina atau Abang Zahir. Kalau Abang Zahir tak nak jawab call adik, terus call Kak Rina. Ada orang perlu sedar, air dicencang takkan putus. Tapi kalau tu pilihan dia, kita nak kata apa, kan? Jangan nanti menyesal tak sudah. Sabar ya, dik. Lambat-laun pasti

42

Iman Nizrina

kebenaran akan muncul. Orang yang bersabar ni besar rahmatnya, ujar Kak Rina menyentuh hati Nasira, walaupun dia tahu dalam ujaran itu terselit sindiran buat abangnya. Nampaknya terbukti sudah lebih ramai orang luar lebih percayakan dirinya daripada orang yang mengenali dia seumur hidupnya. Bersyukur dia apabila mengetahui ruparupanya masih ada lagi manusia yang teguh berdiri di belakangnya. Terima kasih, Kak Rina. Ujar Nasira sambil menggenggam erat tangan Rina. Sungguh Nasira berterima kasih dengan perhatiannya. Tidak sanggup menunggu lama kalau sekadar untuk menatap wajah benci Zahir. Nasira akhirnya segera minta diri. Bila dia ingin menghulurkan salam pada Zahir, hatinya berbelah bahagi. Akhirnya Nasira menarik begnya dalam keadaan sebak dan penuh hiba. Bagaikan peserta Akademi Fantasia yang telah tersingkir. Huh, sedihnya. Dia telah diundi keluar oleh keluarganya sendiri.

SAYA minta maaf. Mama saya layan awak dan keluarga awak macam tu. Bukan mama saya aja, tapi keluarga saya. Mereka sebenarnya kecewa dengan saya. Nasira memohon maaf pada Nuqman sebaik sahaja Nasira berada di dalam keretanya. Sungguh, Nasira malu dengan sikap mama dan abangnya yang langsung tidak menghantar mereka ke kereta. Hanya mak su dan papa saja yang mengiring mereka ke kereta. Sedih sungguh hatinya, apatah lagi bertambah malu dengan sikap keluarganya yang seperti tidak beradab itu. Selebihnya dia rasakan dirinya seperti anak angkat yang menumpang teduh dalam keluarga itu. Sudahlah tiada majlis

43

Dah Jodoh

menyambut menantu, hendak mengiringnya ke kereta pun susah sangat ke? Bila difikirkan balik, mujurlah dia menolak apabila ibu Nuqman ingin mengadakan majlis sambut menantu. Kalau tidak, tak tahulah di mana hendak diletakkan maruahnya apabila tiada pun seorang daripada keluarganya yang mengiringinya nanti. Its okay. Pendek jawapan Nuqman. Selepas itu, masing-masing senyap. Kebisuan melanda mereka. Kebisuan itu juga menyelubungi kereta Honda CRV milik Nuqman, kerana hanya mereka berdua sahaja di dalam kereta ini. Ibu dan abah Nuqman menaiki kereta mak cik Nuqman. Adif pula memandu kereta Kelisa milik Nasira. Sebentar tadi Nasira ingin memandu sendiri, tetapi ditegah oleh abah Nuqman. Kata Encik Nasir, tidak manis kalau pengantin baru balik asing-asing. Jadi, Nasira terpaksa balik bersama Nuqman. Memandangkan hanya mereka berdua sahaja di dalam kereta ini, elok rasanya kalau Nasira gunakan peluang tersebut untuk bertanyakan sesuatu pada Nuqman. Soalan yang Nasira fikirkan sejak dia sedar, dia akan tinggal di rumah suaminya. Soalan yang perlu mereka bincangkan dalam keadaan berdua begini. Nuqman, saya nak tanya sesuatu. Awak jangan marah tau. Saya tanya aje, tutur Nasira dengan perlahan. Tanyalah I tak marah. Buat apa I nak marah pada you. Ke you ada buat salah ni? Santai suara Nuqman memberi kebenaran. Mesra bunyinya seperti mereka sudah lama kenal. Mana ada saya buat salah. Saya nak tanya, malam

44

Iman Nizrina

ni saya tidur kat mana? Kalau boleh saya. Nasira menimbang balik ayat dan permintaannya. Sebenarnya Nasira ingin tanyakan aturan tidur mereka. Mereka sudah menjadi suami isteri. Jadi, Nasira hendak tahu sama ada dia akan tidur bersama Nuqman dan adakah Nuqman inginkan perhubungan mereka ke tahap yang seterusnya dalam perkahwinan? Dia perlu bersedia. Kerana kalau diberi pilihan, dia enggan tidur dengan Nuqman buat masa ini. Sememangnya Nasira segan, dia belum mengenali Nuqman sepenuhnya. You jangan risau, I dah minta Adif kemaskan bilik tamu untuk you semalam. You tidur aje dalam bilik tamu tu, ujar Nuqman dengan tenang. Dia macam tahu-tahu aje Nasira akan bertanya soalan ini. Terima kasih. Nasira gembira dengan jawapan yang diberkan oleh Nuqman. Wah, nampaknya Nasira akan hidup seperti biasa. Bolehlah dia tidur ganas-ganas, detik hatinya kelegaan. Nuqman memandang wajah Nasira yang berseriseri. Mungkin gadis itu tidak sedar, tetapi dia dapat mendengar gadis itu bernyanyi-nyanyi kecil menggambarkan hatinya yang gembira. Nampak sangat jawapan yang diberikannya itu, sesuatu yang dinantikan oleh Nasira. Mengenali Nasira selama tiga hari ini, walaupun tidak lama, tetapi cukup untuk mengenali seorang yang sepolos Nasira. Wajahnya mampu menceritakan segalagalanya. Sinar matanyanya pula lebih mampu bercerita tentang hati dan keinginannya berbanding bibir comel itu. Sekali pandang, sekilas bias matanya sudah mampu membaca keinginan hati kecil itu. Dia tahu Nasira tidak bersedia. Dia juga tidak berapa hendak bersedia walaupun di hatinya ada

45

Dah Jodoh

keinginan untuk mengertikan malam pertamanya sebagai suami. Dalam pada Nasira sedang gembira itu, kebetulan kereta Nuqman memotong sebuah kereta yang dipandu oleh pasangan yang sudah lanjut usianya. Tiba-tiba dia teringat ibu dan abah Nuqman yang tinggal bersama mereka. Barulah dia terfikir, tidak ke pelik kalau dia tidur bilik asing-asing dengan Nuqman? Apa pulak kata ibu dan ayah mentuanya? Aduh! Kenapalah masa aku nak gembira, ada saja onar yang memotong jalan. Marah Nasira pada akalnya. Tak boleh ke otak ni tanyakan soalan tu minggu depan? Bulan depan ke? Tahun depan ke? Masa ini juga kau nak tanya. Kan Nasira dah susah hati balik. Ibu dan abah macam mana? soal Nasira, cemas. Ibu dan abah tu understanding orangnya. Nanti kita terangkan pada mereka. Insya-Allah mereka boleh faham kalau kita jujur ceritakan apa yang berlaku. Jangan risaulah. Soal tu I akan handle nanti. Tenang saja jawapan Nuqman. Nasira ingat Nuqman akan gelisah dengan pertanyaannya. Akan gelisah sepertinya. Tetapi rupa-rupanya Nuqman bawa berita yang melegakan. Membawa Nasira kembali ke jalan ketenangan. Kalau sudah begitu kata Nuqman, tidak perlulah Nasira pening-pening lagi. Nasira kembali duduk dengan tenang. Tunggu sampai di rumah nanti mereka berdua akan menghadap ibu dan abah bersama-sama.

KETIKA Nasira dan Nuqman tiba di rumah, kebetulan Adif juga baru memberhentikan keretanya. Rumah milik keluarga

46

Iman Nizrina

Nuqman ini memang besar. Mungkin boleh diiktiraf sebuah banglo, tetapi tidaklah banglo sebesar milik Mak-mak Datin. Cuma sebuah rumah yang membawa maksud, pemilik rumah ini daripada golongan yang senang. Melangkah sahaja melintasi taman mini, hati Nasira sudah terpikat dengan kedamaian rumah yang cukup indah ini. Nuqman dan Adif membantu Nasira mengeluar dan membawa semua harta bendanya untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Ala, berat mana sajalah satu beg pakaian dan satu kotak sederhana besar, kan? Kenyataannya orang yang tidak membawa apa-apa memang senang aje cakap. Bukan Nasira tak nak bawa, tapi mereka yang tak bagi. Jadi, nak buat macam mana? Nasira ikut ajelah Nuqman dan Adif dari belakang. Apabila sampai di hadapan pintu, baru Nasira perasan Puan Hadiyah dan Encik Nasir sudah lama menunggu kedatangan mereka. Kenapa Adif lambat sampai? soal Puan Hadiyah dengan dahi berkerut. Kau melaram kereta kak long ke mana? Adif tersengih bagi menjawab pertanyaan Puan Hadiyah itu. Sempat dia mengenyitkan matanya kepada Nasira. Boleh tahan ligat juga budak yang berumur tujuh belas tahun ni, detik hati Nasira sambil tersenyum. Tersengih pulak dia. Adif tolong hantarkan barangbarang kak long ke dalam bilik along. Sira masuklah. Sekarang rumah ni pun dah jadi rumah Sira juga, katanya sambil tersenyum manis. Pelawaan Puan Hadiyah itu disambut senang oleh

47

Dah Jodoh

Nasira. Dengan penuh sopan dia masuk ke dalam rumah yang ruang tamunya berlatar belakangkan warna biru laut. Sungguh mendamaikan. Adif, tolong hantar barang kak long dalam bilik tamu sebelah bilik along tu, arah Nuqman yang pantas memintas arahan ibunya. Arahan yang bercanggah itu membuatkan semua orang memandang Nuqman, termasuklah Nasira. Nampaknya layanan baik Puan Hadiyah tadi membuat Nasira lupa alasan kenapa Nuqman berkata begitu. Seolah-olah dia juga turut terkejut dengan arahan Nuqman. Lupa di sebelah pihak mana dia patut terasa. Apabila Nuqman memberi isyarat mata, cepat-cepat Nasira memahami maksud lelaki itu. Puan Hadiyah dan suaminya saling berbalas pandang sebelum pasangan itu merenung Nuqman dan Nasira meminta jawapan. Malah Adif turut memandang mereka dengan wajah tidak percaya. Kecut terus perut Nasira dibuatnya. Ini yang buat Nasira mengangkat bendera putih sebelum berjuang. Mengaku kalah demi keselamatan diri, keluarga, nusa dan bangsa. Biarlah dia berkorban apa saja. Pantas Nasira menarik lengan baju Nuqman untuk menarik perhatian lelaki itu. Bila mata hitam itu memandang dirinya yang tegak berdiri di sisi lelaki itu, kepala Nasira menggeleng perlahan tanda tidak mahu lelaki itu panjangkan cerita kalau begini reaksi yang diterima. Dia sanggup berkorban kalau itu mampu membuatkan dia tidak menghadap saat-saat genting yang sudah tergambar di kepalanya. Kalau perasaan itu nanti sejuk macam Tanah Tinggi Genting, tidak apa. Kalau dibuatnya nanti dia

48

Iman Nizrina

mengalami perasaan bagai dicampak dari tempat yang curam? Mahu trauma dua puluh tahun dia dibuatnya. Dari sinar mata Nuqman, Nasira tahu suaminya itu faham apa yang ingin dia sampaikan melalui gelengan tadi. Tetapi suaminya pula meyakinkan dia melalui telepati antara mereka yang tiada apa-apa akan terjadi. Faham apa yang ada di fikiran Nuqman, Nasira tetap menggeleng tanda dia tidak bersedia dan tidak mahu teruskan rancangan mereka tadi. Biarlah Nuqman melabelkan dirinya sebagai pembelot sekalipun. Namun, lain pula reaksi suaminya itu. Nuqman sekali lagi hanya tersenyum memandangnya. Malah kali ini kepala Nasira pula yang ditepuknya perlahan, seumpama Nasira ini anak kecil sahaja layaknya. Ingat tak bayar zakat ke kepala dia ni? Main tepuktepuk pulak, rungut Nasira dalam hati. Kenapa pula nak tidur asing-asing ni? Kamu sedar tak yang kamu ni dah jadi suami orang sekarang? Dah ada tanggungjawab. Kamu berdua dah ada tanggungjawab ke atas diri masing-masing, nasihat Puan Hadiyah dengan nada yang tegang. Kamu berdua ni... duduk dulu, bincang. Abah dan ibu nak tau, kenapa pula kamu nak hidup asing-asing macam ni? soal Encik Nasir tidak puas hati. Sedikit terkejut Nasira mendengar teguran keduadua mentuanya. Dadanya berdebar dengan kencang. Encik Nasir menuju ke sofa dan duduk di situ. Diikuti Puan Hadiyah yang mengambil tempat duduk di kerusi berangkai dua, disusuli Adif kemudiannya. Kini tinggal Nasira dan Nuqman yang masih berdiri, sebelum Nuqman menarik tangannya untuk samasama duduk.

49

Dah Jodoh

Kenapa Man tak bagi Sira tidur di bilik Man? Diakan isteri Man. Dia ada hak ke atas apa pun harta benda Man. Man sedar tak tu? tanya Puan Hadiyah dengan lembut pada Nuqman. Nasira terasa bersalah pula apabila Nuqman disoal begitu. Soalan yang bagai menyalahkan Nuqman, sedangkan sebenarnya ini adalah idea dirinya juga. Di kepalanya sudah terbayang Puan Haidyah dan Nuqman saling berbalas soalan selepas ini dan kemudiannya akan menghadirkan suasana tegang antara dua beranak itu. Nasira pula yang menjadi punca keluarga ini menjadi huru-hara kelak. Oh, tidak tak mampu Nasira tanggung rasa bersalah itu nanti. Janganlah kerana dia yang tidak sampai beberapa jam menjadi menantu di rumah ini, menjadikan penghuni rumah ini berpecahbelah. Mahu dia menanggung rasa bersalah itu seumur hidup kalau itu yang terjadi. Dia tidak mahu Nuqman menjadi anak derhaka. Ibu, bukan Nuqman tak bagi Sira tidur dalam bilik dia, tapi Sira sendiri belum bersedia untuk sebilik dengan Nuqman, celah Nasira cuba untuk membela Nuqman. Nasira sendiri tidak tahu dari mana datangnya keberanian sehingga mampu berkata-kata sebegitu lancar. Mungkin ia didorong oleh rasa bersalah agaknya. Mungkin juga kerana Nasira tidak mahu Nuqman dibuang keluarga sepertinya. Dan Man juga belum sedia berkongsi bilik dengan Sira. Nuqman meluahkan kata-kata yang sama demi menyokong pendirian Nasira. Nuqman yang kelihatan yakin di sebelahnya, ditoleh. Terdetik di hatinya, Nuqman adalah lelaki yang paling baik pernah ditemuinya. Nuqman tidak membiarkan Nasira menghadapi segalanya sendirian. Nuqman sudi menghulurkan bantuan padanya saat-saat sukar begini.

50

Iman Nizrina

Nasira bisa sandarkan kepercayaan pada lelaki itu. Lelaki yang dia yakin tidak akan pernah membiarkannya melalui hidup yang getir ini sendirian. Nuqman yang akan sentiasa berada di sisinya, membantu dan menyokong dia selayaknya seorang pelindung. Jika hati Nasira ini mampu melukis takdir jodohnya sendiri, sejujurnya Nuqman adalah lelaki yang dia kagumi. Yang diimpikan menjadi pelindungnya. Namun Nasira sedar dia manusia biasa. Luka itu masih terasa dan tidak mudah untuk dia mengubat sepotong hati. Walaupun hatinya dapat menerima Nuqman, belum tentu Nuqman mempunyai rasa yang sama. Nasira belajar dari kisah semalam. Kita hanya manusia yang boleh merencana namun Allah yang menentukan segala-galanya. Tapi kenapa? Puan Hadiyah bertanya lagi. Kerana Man tak nak rosakkan lagi kehidupan kami. Man kenal Sira tiga hari lepas abah, ibu. Man baru kenal Sira dua tiga jam sewaktu Sira dan Man kena tangkap. Masa tu Man cuma tahu nama Sira adalah Nasira dan dia kekasih Hasni. Yang lain Man tak tau. Nuqman mula berkata-kata. Nasira dengar Nuqman memulakan mukadimah. Suara itu tetap tenang namun Nasira dapat mengagak bukan mudah untuk Nuqman lakukan. Sememangnya amat pedih untuk Nuqman mahupun Nasira membuka kisah pertemuan mereka itu, kerana ia seperti membuka balutan luka yang masih berdarah di hati mereka. Malam itu terlalu pedih untuk mereka ingati, apatah lagi untuk mereka ceritakan. Namun jika hanya dengan berterus terang akan membuatkan keluarga ini faham letak duduk sebenarnya, mereka akan ceritakan walaupun perit.

51

Dah Jodoh

Dan Sira cuma kenal Nuqman dengan nama Nuqman, tunang pada Zura. Tak lebih, juga tak kurang. Itu sahaja yang Sira tau ibu, abah. Nasira menyokong kenyataan Nuqman. Nasira menggenggam jari Nuqman di atas pahanya sedari tadi. Tanda Nasira juga akan ada di sisi lelaki itu sepertimana lelaki itu sering ada di sisinya. Jadi, kenapa kamu setuju bernikah? Kenapa tak terangkan pada kami? Bila Encik Nasir bertanya demikian pada mereka, Nasira jadi kelu. Dia juga tidak ada jawapan untuk itu, cuma Nuqman saja ada jawapan itu kerana Nuqman yang mengusulkan penikahan ini. Malah jauh di sudut hatinya juga bertanya, kenapa Nuqman meminta mereka dinikahkan. Sebab Man nak bertanggungjawab abah. Man tau, tak mudah orang nak terima Nasira lepas kami kena tangkap. Walaupun kami tak bersalah, tapi nama Sira tetap tercemar kerana Man. Lagipun abah dan ibu sendiri tengok macam mana penerimaan keluarga Nasira. Mereka tak boleh terima kenyataan dan Man pun tak boleh nak melepaskan Sira macam tu aja pada keluarga dia. Man dan Sira yang buat masalah ni, jadi Man juga perlu ada sama-sama Sira untuk hadapinya, abah, ibu, terang Nuqman dengan tenang. Nasira semakin kagum dengan lelaki di sampingnya ini. Cukup tegas dan tenang. Kenapa tak bagitau kami awal-awal, Man? Kenapa Man sorokkan? Sekarang Man tak rasa Man rosakkan hidup Sira? tanya Puan Hadiyah pula. Simpati dia mendengar cerita ini. Simpatinya bukan untuk Nuqman, tetapi buat gadis itu. Dia merasakan keputusan Nuqman bernikah dengan Nasira itu lebih merosakkan kehidupan Nasira.

52

Iman Nizrina

Ibu... Sira minta maaf. Tapi Sira tak rasa Nuqman rosakkan hidup Sira. Malah Sira bersyukur, Nuqman sanggup nikah dengan Sira, sanggup terima Sira. Sekurang-kurangnya dengan pernikahan kami ini, Nuqman dah mengangkat maruah Sira di mata keluarga Sira sendiri, ujar Nasira dengan sebak. Kalau kamu baru kenal, kenapa boleh berdua macam tu? Kamu kan tau berdosa berdua-duaan dengan bukan muhrim dalam keadaan boleh menimbulkan syak. Sekali lagi Puan Hadiyah cuba memahami cerita sebenar kerana dia yakin, ada yang disembunyikan oleh keduaduanya. Malam tu, Man putus tunang dengan Zura, dan kebetulan masa Man putus tunang dengan Zura tu, Man terserempak dengan Sira. Sira pun masa tu ada masalah dengan Hasni. Sira nampak lemah sangat, jadi Man ajak dia bersama Man tenangkan fikiran. Nuqman memikul segala kesalahan. Kekhilafan Hasni dan Zura ditutup dengan pengakuannya. Nasira pelik. Kenapa Nuqman tidak berterus terang hal yang sebenarnya? Kenapa Nuqman menyembunyikan kenyataan itu? Nasira mencari jawapan di wajah Nuqman yang nampak tenang. Memandang bening mata itu membuatkan Nasira kelu seketika. Ada kelukaan di sebalik ketenangan yang cuba dipamerkan. Baru Nasira sedar, dia hanya ditinggalkan kekasih, parut lukanya belum cukup dalam, sedangkan Nuqman dicurangi tunang yang disayang. Dan Sira ikut aje Man walaupun baru kenal? Dari nada pertanyaan yang dilontarkan kepadanya itu, membuatkan Nasira kenal nada itu. Itu nada curiga. Ya ibu, sebab Sira nampak kepedihan di mata Man

53

Dah Jodoh

sama dengan sakit di hati Sira. Sira sendiri pun tak percaya yang Sira boleh ikut Nuqman. Berani ikut Nuqman walaupun kami tak pernah kenal. Tapi percayalah ibu, abah itu kali pertama Sira buat macam tu. Mungkin sebab masa tu Sira memang dah percayakan Nuqman dalam tak sedar kut. Nasira menjawab jujur. Jadi, sekarang kamu memang nak duduk asingasinglah ni? Akhirnya pertanyaan yang sekali lagi diutarakan oleh Encik Nasir, membawa mereka ke perbincangan asal semula. Buat sementara aje abah. Sementara kami kenal hati budi masing-masing. Sementara kami mencari erti jodoh kami ni. Abah dan ibu jangan risau. Man sedar dan Man terima Sira sebagai jodoh Man. Tapi Man dan Sira perlukan masa untuk saling menerima pula. Man janji, ni semua hanya untuk sementara aja, tutur Nuqman lambat-lambat. Jawapan Nuqman membuat Nasira yang mendengar tergamam. Benarkah mereka memang berjodoh? Dan aturan ini hanya untuk sementara sahaja. Nasira pantas menoleh ke arah Nuqman. Kebetulan Nuqman pun turut memandangnya dengan senyuman. Terus Nasira mengangguk perlahan. Magis betul senyuman Nuqman. Abah dan ibu tak boleh nak melarang. Ini kehidupan kamu berdua. Tapi abah nak ingatkan, mulai hari ni, masing-masing dah ada tanggungjawab. Abah harap kamu laksanakannya dengan baik. Abah percaya, suatu hari nanti kamu akan pikul tanggungjawab ni dengan sempurna. Lagipun baik abah mahupun ibu, kami terima Nasira bukan hanya sebagai menantu, malah sebagai anak perempuan kami

54

Iman Nizrina

juga, tutur Encik Nasir ikhlas, menandakan beliau menerima keputusan kedua-duanya. Penerimaan yang membuatkan Nasira sangat terharu. Kini dia bukan sahaja menantu dalam keluarga ini, malah juga anak perempuan tunggal Puan Hadiyah dan Encik Nasir. Ya Allah alangkah baiknya kalau keluarga Nasira seperti keluarga ini. Saling menghormati dan penuh dengan kasih sayang. Terima kasih, abah, ibu. Nasira dan Nuqman mengucapkannya serentak. Habis, sekarang ni nak letak mana pula barangbarang kak long? Adif bertanya. Bawalah masuk bilik tamu. Nuqman mengarahkan adiknya. Adif pantas bangun mengangkat. Abah, ibu Sira minta diri dulu. Nak masuk mengemas. Nasira turut bangun membuntuti Adif. Baru tangannya menggapai beg berodanya, Nuqman datang membantu. Nasira pandang wajah suaminya. Pelik. I nak tolong you kemaslah. Nak kemas pakaian. Dari nada Nuqman menyebut pakaian itu, membuatkan wajah Nasira merah menyala. Tahu sangat pakaian apa yang Nuqman maksudkan. Otak kuning punya mamat! Ini satu sikap yang Nasira mula tidak suka pada diri Nuqman. Tak perlu. Terima kasih ajelah. Nasira menarik begnya dan mengikuti Adif naik ke tingkat atas. Kedengaran gelak tawa Nuqman. Lelaki itu memang sengaja mengusiknya.

55

Dah Jodoh

Bab 4
UASANA pagi sangat nyaman dengan matahari masih belum menampakkan wajahnya. Suara seruan subuh pun jauh lagi dari waktunya. Namun sebatang tubuh yang tadinya lena di atas katil, mula resah. Sejenak kemudian terus terbuka sepasang mata itu. Mungkin waktu ini terlalu awal, namun Nasira sudah bangun melihat dunia. Seketika, dia rasa macam dejavu apabila terbangun di tempat baru itu. Terasa asing. Rasa itu hilang apabila teringatkan dirinya di mana dan kenapa dia berada di sini. Lalu tanpa berlengah, Nasira mencapai tualanya dan bergerak ke bilik air. Cukup lima belas minit, Nasira keluar dengan badan yang segar dan berwuduk. Sambil menunggu seruan azan, Nasira duduk di atas tempat yang berkusyen, di sebelah tingkap. Nasira yakin suatu masa dahulu, di tempatnya duduk ini adalah sebuah balkoni kecil sebelum diubah suai menjadi almari kecil paras paha dan balkoni itu kemudiannya ditutup dengan cermin kaca, menjadikan ia sebahagian ruang besar bilik ini.

56

Iman Nizrina

Nasira bersandar sambil merenung ke luar. Dia perasan ada sebuah balkoni sederhana besar disirami lampu di tingkat atas sebelah kanan biliknya dan Nasira tahu milik siapa balkoni itu. Senyuman nipis terukir di bibirnya mengenangkan pemilik balkoni itu. Lama Nasira hilang dalam khayalannya. Apabila tersedar, sudah lama seruan Ilahi memanggil menghadap Penciptanya. Nasira bersiap-siap untuk menjadi salah seorang di antara berjuta tetamu yang Maha Agung pada pagi hening ini. Rancangnya selepas ini, dapatlah dia meninjau-ninjau sekitar rumah ini sebelum penghuni-penghuninya yang lain memulakan hari mereka. Rancangannya bermula usai sahaja solat subuh. Dari biliknya, Nasira melangkah ke bilik hujung sekali di lorong itu. Bilik yang malam semalam diberitahu oleh Adif bahawa itu merupakan bilik bacaan yang terletak bersebelahan bilik orang tua Nuqman. Bilik Nasira pula di kedua hujung terletak di antara bilik Nuqman dan Adif. Bilik Nuqman? Di sebelah kanan biliknya. Nasira hanya tahu pintunya, tetapi Nasira tidak rasa Nasira akan melihat biliknya kerana Nasira tahu di sebalik pintu kayu itu, ada anak-anak tangga yang perlu didaki sebelum sampai ke bilik lelaki itu. Yalah kalau tak semalam, Nasira dah sempat nak mengintip bilik suaminya itu. Nak juga Nasira tahu macam mana rupanya bilik Nuqman. Kata orang, bilik tidur melambangkan keperibadian seseorang. Aduh, makin kuat perasaan Nasira nak tau ni... dugaan, dugaan. Nasira menggeleng beberapa kali untuk melenyapkan fikiran nakalnya itu. Langkahnya ke bilik bacaan itu dilajukan. Sampai di pintu, tanpa sebarang ketukan Nasira pantas membuka pintu bilik. Tindakannya itu

57

Dah Jodoh

membuatkan matanya sendiri yang terus saja terbeliak. Nasira lihat figura di hadapannya. Figura yang Nasira lihat dengan tangannya masih dalam keadaan ingin menyarung seluar. Hah! Terkeluar jeritan kecil sebelum dia membalikkan tubuhnya menghadap keluar. Tidak lama kemudian, Nasira dengar pintu tertutup di belakangnya. Fikiran Nasira cuba mencernakan apa yang dia lihat tadi. Ya, yang dia lihat... Nasira lihat Nuqman berdiri tanpa baju dan sedang berusaha menyarung seluar track yang setakat... ops Nasira dah nampak Nuqman separuh bogel. Kalau ikut peratusan, bukan setakat separuh tu. Itu tujuh puluh lima peratus bogel tu. Macam diskaun masa Y.E.S pula. Aduh! Pagi-pagi lagi otak Nasira dah tercemar. Nasira tepuk dahinya berkali-kali, seolah-olah dengan itu Nasira mampu lupakan semuanya. Yalah tu... baik hantuk aje kepala kat dinding. Untng-untung dapat amnesia. Nasira! Nasira dengar suara tegas Nuqman memanggilnya di belakang. Nasira terus angkat kaki. Namun belum sempat melangkah, tangannya sudah dicapai lembut dari belakang. Terus saja kakinya terpaku di lantai. Pusing! Nasira dengar suara Nuqman memberi arahan. Cukup tegas sehinggakan Nasira bergerak sendiri seperti robot yang mengikut arahan dengan tangan yang masih dalam genggaman lelaki itu. Nasira tatap wajah Nuqman. Wajah itu macam marah aje. Kecut perut Nasira. Tidak perlu tengok cermin. Nasira sendiri tahu wajahnya kini sudah pucat tidak berdarah. Bab-bab kena marah ini Nasira memang lemah semangat

58

Iman Nizrina

sikit. Lama Nasira memandang Nuqman. Begitu juga dengan Nuqman. Sehinggakan dari wajah marah tadi, terus bertukar tenang seperti biasa. Lain kali kalau nak masuk mana-mana pintu, ketuk dulu, ujar Nuqman. Suara itu tidak bernada marah, tidak tegas, tetapi macam suara bapa bercakap dengan anak lagaknya. Sorry. Mana saya tau awak ada kat dalam. Saya ingat tak ada orang. Tukan bilik bacaan. Maaflah awak pun lain kali kalau nak... hmmm... kuncilah pintu tu, kata Nasira teragak-agak. Nuqman tersenyum apabila Nasira berkata begitu. Dia tergeleng-geleng kecil. Saya turun dululah. Nak tengok tempat lain lagi. Tahun depan ajelah saya melawat bilik bacaan tu. Nasira pantas meminta diri. Perlahan-lahan Nasira tarik tangannya daripada genggaman Nuqman. Jom, I tunjukkan you sekeliling rumah ni. Nuqman mempelawa. Masih ingin menghabiskan masa mengenali wanita itu. Semalaman dia menghabiskan masa membaca biodata dan laporan yang dihantar oleh temannya tentang Nasira. Kini dia tahu serba sikit hidup gadis itu. Di mana dia bekerja. Apa pekerjaannya. Siapa kawan-kawannya. Semuanya Nuqman telah ketahui. Sekarang tugasnya menguji sejauh mana kesahihan laporan tersebut tentang gadis itu. Nasira memandang Nuqman dengan wajah tidak percaya. Sungguh tidak Nasira sangka Nuqman sudi menawarkan perkhidmatan tersebut. Nasira apa lagi, pantas mengangguk.

59

Dah Jodoh

NUQMAN menunjukkan sekeliling rumah. Tidaklah begitu luas dan ada kolam renang macam dalam cerita di televisyen. Biasa-biasa aje. Cuma yang menariknya di keliling rumah dihiasi dengan bunga. Di sebelah kanan yang lebih luas, ada air terjun dan kolam ikan yang berkonsepkan Bali. Cantik. Di tengah kolam ikan itu pula ada sebuah pangkin sederhana besar yang laluannya sebuah titi kecil yang nampak teguh buatannya. Melihat pangkin yang sederhana besar itu, Nasira tahu tempat itu akan menjadi tempat lepaknya nanti. I paling suka tempat ni, kata Nuqman. Macam tau-tau aje aku nak buat rampasan kuasa pada taman ni, kata Nasira dalam hati. Rajin ya ibu hias semua ni. Nasira ikhlas memuji. Zaman sekarang, bukan senang untuk melihat seorang wanita menguruskan keluarganya tanpa bantuan mana-mana pembantu rumah, apatah lagi kalau keluarga itu datangnya dari kalangan orang berada. Ibu memang rajin. Kalau boleh I nak isteri I pun rajin macam ibu. Biar tak cantik, asalkan sedap hati memandang. You masuklah I nak joging. Dah lambat ni, kata Nuqman. Nasira akur akan arahan Nuqman. Dia melangkah meninggalkan pekarangan taman yang cantik itu dengan membawa bersama kata-kata lelaki itu tadi. Betul ke dia tak kisah kalau aku tak cantik? Tapi Zura tu cantik. Nuqman pilih Zura kerana gadis itu cantik. Hasni juga pilih Zura kerana gadis itu cantik. Maknanya cantik itu penting dalam hidup lelaki. Aduh! Pedih hati Nasira mengenangkannya. Memang virus hati betullah. Hendak saja Nasira wartakan nama Zura dan Hasni itu sebagai virus hati. Termenung.

60

Iman Nizrina

Terkejut Nasira apabila Nuqman menguis hidungnya. Ketika itu baru Nasira sedar kalau dia berjalan terus sedikit lagi tadi, dia akan melanggar kereta Nuqman yang terparkir di ruang hadapan rumah. You ni tak habis-habis dengan kelam-kabut. Bahaya tau. Kalau you lintas jalan tadi macam mana? tegur Nuqman sambil menggelengkan kepala. Aduh! Membebel pulak dia pagi-pagi ni. Tadi kata nak joging, kenapa pulak tiba-tiba tercongok kat sini, bisik Nasira dalam hati. Nasira pandang wajah Nuqman yang selamba itu. Bebelan tadi terhenti dan digantikan dengan senyuman. Kepala Nuqman kelihatan tergeleng-geleng memandang Nasira. Sah-sah dia tengah kutuk aku ni! Desis hati Nasira. I nak tanya you, beg tangan you kat mana? Nuqman ni memang suka buat aku dapat sakit jantung bila bertanya. Apa hal mamat ni tiba-tiba aje tanya pasal beg tangan aku? Dalam biliklah, ujar Nasira perlahan. Ya ke? tanya Nuqman lagi. Nada ketidakpercayaan itu menyuntik keraguan di hati Nasira. Nasira mengangguk yakin. Berapa nombor telefon you? Nuqman bertanya lagi dan Nasira dengan baik hati terus sahaja memberi. Dalam fikiran Nasira, manalah tahu kalau-kalau Nuqman ingin menelefonnya apabila perlu. Segan juga Nasira. Yalah, sepanjang hidupnya, jarang ada orang meminta nombor telefonnya secara berdepan begini. Nak tunjuk gentleman la konon! Nasira

61

Dah Jodoh

lihat Nuqman menekan-nekan butang pada telefon bimbitnya. Nasira letak telapak tangan di wajahnya. Panas... itu tandanya Nasira malu. Ku meniti awan yang kelabu. Ku.... Samalah ringtone kita, ujar Nasira yakin dengan wajah yang semakin panas. Nuqman yang mendengar hanya tersenyum sambil menunjukkan arah dalam keretanya. Semakin lebar senyumannya tatkala melihat mata comel milik Nasira terbeliak melihat beg tangan warna hitamnya di dalam kereta lelaki itu. Sejak semalam lagi Nuqman sedar, namun dia biarkan sahaja untuk dijadikan bahan mengusik gadis itu. Pasti sekarang Nasira rasa macam hendak hantuk aje kepalanya ke kereta. Tidak terpandang Nasira ke wajah Nuqman. Tersangatlah segannya! Nasira dengar Nuqman menekan alarm keretanya. Nasira terus tegakkan badannya dan melangkah setapak dua ke belakang agar Nuqman dapat membuka pintu kereta. Nuqman mengambil beg Nasira yang elok tergeletak di bahagian tempat kaki. Beg tersebut dibuka lalu dikeluarkan telefon dari dalamnya. Nasira hanya memandang perbuatan Nuqman itu tanpa berkata apa-apa. Lidahnya jadi kelu untuk melarang lelaki itu daripada menyelongkar hak peribadinya. I dah buat miss called kat telefon you. Lepas ni apa-apa hal, you boleh call I terus, ujar Nuqman sambil menyerahkan kembali telefon Nasira berserta beg tangannya. Nasira menyambut pandangan kosong. telefon tersebut dengan

62

Iman Nizrina

Please be extra careful. Sekarang you dah hidup sendiri. I pun tak akan ada dua puluh empat jam dengan you, tutur lelaki itu lembut. Nasira rasa sayu mendengar nasihat lelaki itu. Dahulu, itu yang sering Abang Zahir bebelkan padanya dan kini Nuqman pula. Im sorry, ujar Nasira perlahan. Its okay. Jawab Nuqman juga perlahan.

MAN, Sira... buat apa kat luar pagi-pagi ni? Suara Puan Hadiyah yang memanggil mengejutkan mereka yang sudah kekok untuk terus berbual. Masingmasing terus menoleh ke arah Puan Hadiyah yang sedang berjalan ke arah mereka. Ibu nak pergi pasar ke? Abah mana? soal Nuqman pada ibunya. Abah kamu tu saja buat hal dengan ibu. Tiba-tiba pula hari ni dia tak nak ikut ibu. Penat katanya. Jadi terpaksalah ibu sorang-sorang ke pasar hari ni. Kamu nak keluar joging ke? soal Puan Hadiyah. Haah. Dah nak keluar joging ni. Boleh pulak abah berpisah dengan ibu. Selalu macam belangkas aje, usik Nuqman hingga membawa hadiah cubitan daripada Puan Hadiyah di lengannya, membuatkan Nasira kekok berada di tengah-tengah kemesraan anak-beranak itu. Ada aje kamu nak mengusik ibu ya. Dahlah, ibu nak pergi ni. Nanti lambat pergi lambat pula balik. Nak sediakan sarapan lagi nanti. Nak harapkan kamu dan abah hmmm hujung zamanlah. Puan Hadiyah meminta diri.

63

Dah Jodoh

Ibu, biar Sira temankan ibu. Nasira pantas menawarkan diri. Teringin dia untuk ke pasar bersama Puan Hadiyah. Puan Hadiyah nampak gembira dengan tawaran itu. Cepat saja dia mengangguk. Nasib baik sekarang ibu dah ada anak perempuan. Nak harapkan anak lelaki, haram dia orang nak jejak pasar tu. Dah ada anak perempuan macam ni, ada juga ibu kawan. Marilah kita pergi. Kata Puan Hadiyah. Pipi menantunya diusap perlahan sebelum dia mula melangkah. Melihat Puan Hadiyah memulakan langkah, Nasira pun melangkah sama hingga langkahnya terhenti tatkala mendengar panggilan Nuqman. Bila dia menoleh dan melihat Nuqman mengangkat beg tangannya, Nasira menepuk dahi. Nuqman menggeleng. Pelupa sungguh isteri aku ni, kutuknya dalam hati.

64

Iman Nizrina

Bab 5
UNYI sudip bertingkah di dalam kuali menjadi muzik di dapur pada pagi hari begini. Lincah tangan itu menyediakan sarapan. Rasa gembira kerana dapat berbakti pada keluarga barunya. Hari ini cukup seminggu Nasira berada di rumah ini, atas tiket seorang menantu. Namun selama seratus enam puluh lapan jam Nasira berlindung di rumah ini, tidak sedetik pun dia merasakan dirinya menantu. Nasira dilayan bagaikan anak di rumah ini, malah rasanya lebih selesa dia tinggal di sini berbanding tinggal dengan keluarga kandungnya. Awal ibu masak sarapan hari ni? tegur Nuqman. Nasira berpaling. Nuqman yang baru sahaja berada di muka pintu dapur, terus terkaku melihat Nasira di situ. Mungkin tadi Nuqman ingatkan Nasira adalah Puan Hadiyah. Sira. Hai! tegurnya termalu. Yalah... sejak dia dan Nasira mula bekerja Isnin lepas, belum lagi mereka sempat berbual panjang. Mereka

65

Dah Jodoh

berjumpa pun di meja makan waktu sarapan dan makan malam. Waktu-waktu lain dihabiskan untuk bekerja dan berehat di dalam bilik masing-masing terutamanya Nuqman. Assalamualaikum. Hmmm. awak dah nak pergi berjoging ke? Nasira bertanya sebaik sahaja melihat Nuqman lengkap berpakaian sukan. Ya. Ibu mana? Tak nampak pun? soal Nuqman. Ibu ke pasar dengan abah. Saya nak ikut, tapi abah tak bagi kacau daun. Itu yang saya siapkan sarapan pagi ni, jelas Nasira. Terdengar ketawa kecil di bibirnya apabila mengenang semula kata-kata abah yang ingin berdating dengan ibu pagi tadi. Ibu dengan abah tu memang macam belangkas. Mana boleh jauh-jauh. Berkepit aje. Tak lama lagi ulang tahun perkahwinan dia orang, beritahu Nuqman. Dia turut berasa bahagia melihat ikatan kasih sayang ibu bapanya. Esok, kata Nasira pula. Esok? Nuqman tidak mampu menangkap maksud kata Nasira. Esoklah hari ulang tahun perkahwinan ibu dan abah. Ibu kata esok dia nak buat kenduri kesyukuran sikit. Ibu tak bagitau awak ke? soal Nasira hairan. Macam mana Nuqman boleh tidak tahu semua ni? Ye ke? Hari ni berapa hari bulan? soal Nuqman kalut. 24 September. Kenapa? jawab Nasira dengan dahi berkerut. Alamak! Betullah esok hari ulang tahun perkahwinan abah. Ya Allah I terlupalah nak beli hadiah, katanya sambil menepuk dahi. You?

66

Iman Nizrina

Saya dah beli. Sejak ibu beritahu saya Isnin lepas, saya dah prepare. Awak tak perlulah risau sangat. Sempat lagi kalau nak beli, ujar Nasira tenang sambil tangannya sibuk menyediakan sarapan. Bukan masalah beli tapi I tak tau nak beli apa untuk mereka. You belikan apa? Nuqman cuba merisik hadiah pemberian Nasira. Saya beli pakej percutian ke Cameron Highlands untuk mereka. Biar mereka pergi berbulan madu, kata Nasira dengan senyuman nakal. Mereka tu sentiasa berbulan madu. Hari-hari pun macam orang bercinta. Tak perlu pergi mana-mana, kritik Nuqman. Sengaja memperlekeh pemberian Nasira. Di rumah lain tempat-tempat macam tu nampak romantik. Awak tau apa, balas Nasira dengan selamba. Seketika kemudian baru dia terasa yang dia sudah terlebih mesra. Segera tangannya menutup mulut. Aksinya yang sangat comel itu membuat Nuqman tersenyum. Dia perasan apabila Nasira semakin selesa, dia menjadi dirinya sendiri yang ceria dan lepas laku. Cuma dia bersyukur belum pun dia nampak lepas laku Nasira itu berlebihan di mana-mana. Mungkin kerana sememangnya itu diri Nasira yang sebenarnya. Bukan dibuat-buat. Terima kasih. Terima kasih sebab sudi melayan ibu dan abah I dengan baik. Terima kasih sebab sudi menerima mereka dan terima kasih kerana sudi menemani mereka, tutur Nuqman ikhlas. Terharu Nasira mendengar penghargaan itu. Dia tunduk terharu. Sama-sama. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi kebahagiaan ini dengan saya. Awak tau saya cukup

67

Dah Jodoh

gembira berada di sini. Di samping keluarga awak. Mereka buat saya merasakan apa yang tak pernah saya rasai. Terima kasih kerana beri saya peluang ini. Ibu dan abah awak sangat baik. Saya sayang sangat mereka. Mereka romantis sangat walaupun dah lama kahwin, kan? Kata Nasira dengan wajah yang berseri-seri. Mereka memang macam tu. I harap satu hari nanti kita pun macam mereka. Usikan Nuqman itu membuat hati gundah Nasira menjadi malu. Nuqman merenung wajah comel yang jelas terkejut itu dengan pandangan redup. Bila pandangan berbalas... sedikit demi sedikit hatinya turut berubah rentak. Lama mereka berkeadaan begitu hinggalah Nasira mengalih pandangannya apabila rasa itu terlalu menusuk hatinya. Hmmm I pergi joging dululah. Nanti you tolong temankan I beli hadiah buat ibu dan abah. Kita keluar lepas zohor. Bukan satu pelawaan yang meminta persetujuan, tatapi satu pelawaan yang berupakan arahan. Tanpa pamitan terakhir, Nuqman pergi.

SEDAP Sira masak, puji Puan Hadiyah selepas merasa masakan menantunya itu buat pertama kalinya. Dia tahu Nasira pandai masak. Seminggu gadis itu membantunya di dapur, melihat dan belajar cara dia menyediakan makanan buat penghuni rumah itu. Dia tahu Nasira memang gadis yang cekap. Tempoh seminggu itu digunakan oleh gadis tersebut untuk belajar memasak masakan kegemaran mereka seisi rumah. Berapa sukatan

68

Iman Nizrina

garam gula yang selalu mereka makan. Tahap kepedasan dan segala-galanya. Tak adalah ibu. Biasa-biasa aje ni, kata Nasira. Dia segan dipuji begitu. Ehem sukalah awak ya, Puan Hadiyah. Dah ada yang membantu awak memasak, usik Encik Nasir. Memang Puan Hadiyah suka wahai Encik Nasir. Sekarang Puan Hadiyah dah ada kawan. Bukan macam dulu, Encik Nasir sorang aje ada kawan dalam rumah ni, balas Puan Hadiyah manja. Yalah tu Puan Hadiyah. Sekarang kita makan dengan tenang ya, kata Encik Nasir sambil mencedokkan lauk ke dalam pinggan isterinya. Ibu nak buat kenduri esok. Bahan-bahan semua dah ada ke? Nuqman bertanya sambil menikmati masakan Nasira yang enak itu. Walaupun sebenarnya dia baru sedar tentang hal itu pagi tadi, tetapi kealpaannya perlu disembunyikan daripada pengetahuan ibu. Sepatutnya dia lebih sensitif tentang hal ini kerana setiap tahun abah dan ibunya mengadakan majlis kesyukuran pada tarikh ulang tahun perkahwinan mereka. Ada yang dah ibu beli. Ada juga yang belum. Nanti Man tolong belikan ya, pesan Puan Hadiyah. Baik, ibu. Nanti lepas zohor Man belikan. Kebetulan pula Man memang nak keluar dengan Sira petang ni, kata Nuqman memberitahu tentang rancangannya. Sekejap lagi ibu senaraikan barang yang ibu nak, kata Puan Hadiyah sambil mengangkat bekas sarapan mereka ke dapur. Dia tersenyum. Sejak ada Nasira di rumah ini, nampaknya anak-anak sudah semakin malas. Pinggan sendiri

69

Dah Jodoh

pun ditinggalkan di atas meja. Yalah sekarangkan sudah ada yang membantu. Baiklah mengusik. bu, balas Nuqman dengan nada

Hmmm jangan baik aje. Nanti dah keluar berdua dengan Nasira ni, berdating sakan, lupa apa yang ibu pesan. Ke nak ibu buat senarai sekarang ni? Usik Puan Hadiyah. Nasira dan Nuqman saling berbalas pandang lalu tersenyum. Usikan Puan Hadiyah sedikit menjentik perasaan mereka. Muka Nasira memerah menahan malu.

70

Iman Nizrina

Bab 6
ENDURI yang diadakan di rumah Encik Nasir dan Puan Hadiyah cukup meriah walaupun sederhana. Meriah dengan saudara-mara yang datang meraikan majlis tersebut. Nasira juga bertukar menjadi seorang yang cukup ceria di tengah-tengah keramaian yang sungguh menyeronokkan itu. Dia gembira dikelilingi anak-anak kecil yang amat gemar bermanja dengannya. Hilang segala penat lelah tatkala memandang wajah-wajah polos mereka. Alhamdulillah kerana dia diterima baik oleh saudara-mara Nuqman walaupun cerita tentang pernikahan mereka masih hangat diperkatakan. Tetapi yang penting tiada siapa yang berani menghukum mereka tanpa usul periksa. Semua di sini mungkin tahu hakikat penikahannya dan Nuqman. Nampaknya tak lama lagi Kak Yah dapat cuculah ni. Tengok tu, dah ada bakat jadi ibu dah menantu Kak Yah, usik ibu saudara Nuqman.

71

Dah Jodoh

Merah padam wajah Nasira mendengar kata-kata itu. Serba salah dia dibuatnya. Harap-harap macam tu la, Nah. Akak pun dah tak sabar nak ada cucu ni. Dah lama sangat rumah ni sunyi dari suara budak-budak, katanya bersahaja. Sengaja dia ingin mengusik anak dan menantu yang duduk tidak jauh darinya. Kata-kata Puan Hadiyah itu membuatkan Nasira rasa malu. Rasa itu pantas hilang apabila mengenangkan keadaan sebenar dirinya dan Nuqman. Mereka bukan lagi seperti pasangan biasa. Bisakah mereka untuk melunaskan impian itu? Ibu yakin dan percaya suatu hari nanti Sira dan Nuqman akan menunaikan impian ibu. Ibu cukup kenal dengan anak-anak ibu. Sira akan menjadi seperti ibu juga. Sebab tu ibu sentiasa berdoa, semoga jodoh kamu berdua panjang dan berkekalan hingga ke syurga. Ujar Puan Hadiyah sambil memeluk bahu Nasira. Dia cukup memahami apa yang ada dalam fikiran menantunya itu. Terima kasih ibu. Nasira terharu mendengar katakata Puan Hadiyah. Puan Hadiyah umpama jelmaan ibu yang dia impikan selama ini. Dia membalas pelukan itu. Di bibirnya tersadai senyuman manis. Sudah tidak kisah mata yang melihat mereka dengan wajah hairan.

NUQMAN memandang dua tubuh yang berpeluk erat itu sambil badannya disandarkan di muka pintu. Tidak terkata syukur hatinya apabila memandang eratnya hubungan itu. Tiada cemburu di hatinya apabila kasih ibu kini dikongsi bersama Nasira. Malah dia bangga sebenarnya kerana dapat menghadiahkan ibunya seorang anak perempuan.

72

Iman Nizrina

Betul, setiap kejadian itu ada hikmahnya. Hari ini terbukti lagi. Abah bersyukur Nuqman, kerana bertemu dengan ibu kamu. Abah bersyukur kerana dihadiahkan anak sebaik kamu dan adik kamu. Kini abah bersyukur sangat kerana anak abah menghadiahkan abah seorang menantu yang baik. Abah tau, Sira mungkin tidak sesempurna gadis di luar sana. Tapi bagi abah, Sira tu dah cukup baik dan cukup segalanya untuk keluarga kita. Abah yakin ibu kamu juga rasakan begitu. Pada abah, kamu ni dah cukup bertuah. Orang bertuah macam kamu ni kena pandai jaga dan hargai supaya tuah kamu tak lari. Suatu hari nanti kamu akan lihat sepertimana abah dan ibu kamu melihat istimewanya anugerah yang kamu dapat tu, nasihat Encik Nasir sambil bahu anaknya itu ditepuk perlahan. Nuqman yang pada mulanya agak terkejut dengan kehadiran abahnya itu, akhirnya mengangguk setuju. Dia faham apa yang abahnya ingin sampaikan. Malam ini matanya telah dibuka. Dia juga mula melihat Nasira dari sudut mata orang tuanya yang sangat Nuqman ketahui begitu mengagumi gadis itu. Nuqman faham, abah. Nuqman pun melihat dia seperti abah dan ibu melihat dia. Dia istimewa. Kalaulah hati ni belum pernah disentuh, pasti dia orang yang tepat, ujar Nuqman sambil matanya terus memandang Nasira. Hati ni Nuqman, sekeping daging yang boleh diubati. Abah percaya, suatu hari nanti Sira yang akan balut luka di hati kamu. Waktu tu, abah percaya kamu takkan menoleh lagi pada masa silam yang menyakitkan, tutur Encik Nasir dengan lembut. Mendengar abahnya berbicara begitu, membuatkan

73

Dah Jodoh

hati Nuqman semakin kagum. Apa yang Nuqman kagum adalah semangat dan cinta orang tuanya. Abahnya seperti dirinya, sukar meluahkan kata-kata cinta. Namun dari cara abahnya melayan dan mengagumi ibu, sesiapa pun tahu betapa kuatnya cinta mereka berdua. Indahnya cinta itu bukan dihiasi dengan kata-kata, tetapi dibuktikan dengan kejujuran dan kesetiaan. Man harap perhubungan kami akan jadi macam ibu dan abah. Kuat dan utuh. Ujar Nuqman tanpa dia sedari. Siapa sangka di sebalik lelaki yang tegas dan sememangnya maskulin itu, tercebis harapan kebahagiaan yang tinggi. Insya-Allah. Doa itu senjata kita yang paling mujarab. Jangan lupa tu. Dengan senyuman, Encik Nasir menasihati Nuqman. Geli hatinya kerana tidak sangka anaknya itu lembut hati juga. Nuqman tersengih mendengar kata-kata ayahnya itu. Seketika dia menunduk malu. Man ke sana dululah abah. Nuqman meminta diri. Melonjak rasanya untuk mendekati Nasira ketika ini. Diatur langkahnya menuju ke arah isterinya itu. Encik Nasir tersenyum. Dia faham isi hati anaknya itu. Dia pernah berada dalam keadaan itu dan masih berada dalam keadaan itu setiap kali memandang isterinya.

NASIRA menoleh ke arah Nuqman yang menyertai mereka. Nuqman duduk dengan berlunjur kaki di sebelahnya membuatkan Nasira seperti bersandar di tubuh Nuqman. Saat dia menoleh tadi pun, sedikit lagi bibirnya menyentuh pipi Nuqman yang begitu hampir dengannya.

74

Iman Nizrina

Kenapa nampak sedih ni, ibu? Sayup suara Nuqman melintasi telinga Nasira. Terasa geli apabila hembusan nafas itu singgah di telinganya. Tak ada apalah Man. Ini kenapa tiba-tiba aje menyelit kat sini? Abah kamu mana? Puan Hadiyah bukan tidak mahu menjawab pertanyaan Nuqman itu, namun masih ada orang lain di sini bersama keluarga mereka. Sira, apa yang ibu cakap kat you? Nuqman yang masih tidak puas hati, terus bertanya pada Nasira pula. Terasa tubuh Nasira sedikit mengeras apabila tangannya sengaja mengusap lembut rambut panjang yang ikal di bahagian bawah itu. Tak ada apa-apalah. Ibu tak cakap apa-apa pun. Tidak terpandang Nasira wajah Nuqman. Dia menjawab dengan wajah menunduk. Pasti wajahnya memerah apatah lagi saat terdengar gelak kecil Nuqman mentertawakannya. Nasira berasa tidak selesa. Kenapa malam ini Nuqman tiba-tiba sahaja seromantik ini? Nasira benar-benar malu. Malu pada Nuqman yang bersikap begini. Malu pada berpasang-pasang mata yang sejak tadi mencuri pandang ke arah mereka. Hmmm you dah beri hadiah kita pada abah dan ibu? tanya Nuqman yang masih tidak berganjak. Makin galak pula dia mengusik. Dagunya diletakkan di hujung bahu Nasira sambil wajanya memandang wajah yang memerah itu. Dah. Nasira menjawab dengan lembut. Terdengar suara-suara mengusik di sekeliling. Senyuman nakal juga masih terlayar pada wajah-wajah yang menyertai mereka di situ. Bukan mengejek atau menyindir tetapi senyuman mengusik.

75

Dah Jodoh

Dah tu Man, jangan diusik Sira ni. Tengok, dah merah muka dia. Kamu ni... tegur Puan Hadiyah kepada Nuqman yang galak mengusik, diiringi gelak tawa mereka yang menyaksikan slot drama tidak berbayar itu. Biasalah Kak Yah, pengantin baru. Belum puas lagi tu, usik salah seorang pak cik Nuqman yang dikenali sebagai pak lang itu. Kata Nuqman, pak lang ini sepupu ibu paling rapat dengan abah. Malah melalui pak lang inilah, abah bertemu jodoh dengan ibu. Betul tu pak lang, usik Nuqman lagi. Kali ini dia sengaja memeluk tubuh Nasira dan satu ciuman nakal diberikan pada pipi yang comel itu. Dapat dia melihat wajah Nasira yang tadi menunduk, terus tegak memandang ke hadapan. Terkejut benar rupa-rupanya. Ya Allah, budak ni. Tak tau malu betul! Dalam ketawa yang kedengaran dengan reaksi Nasira tadi, terselit suara Puan Hadiyah menegur. Teguran yang membuatkan Nasira terasa dirinya menjadi tontonan sekeliling. Kegeramannya pada Nuqman kini melampaui tahap kesabaran. Disikunya perut Nuqman, sehingga pelukan tadi terlepas. Matanya bertentang sebentar dengan mata Nuqman. Senyuman nakalnya tersisip di bibir. Apabila melihat Nuqman ingin membalas, cepat-cepat dia beralih tempat. Belum sempat Nuqman menggapai tubuhnya, dia sudah beralih duduk ke sisi Puan Hadiyah. Senyuman kemenangan diberikan kepada Nuqman. Nuqman memandang Nasira dengan wajah tidak percaya. Dia menggeleng perlahan. Senyuman terhias di bibirnya. Lama dia memandang Nasira yang sudah mula berbual kembali dengan ibunya itu. Nuqman masih sukar

76

Iman Nizrina

untuk percaya, Nasira di hadapannya ini telah menyiku perutnya demi untuk melepaskan diri. Dia masih sukar untuk mencernakan Nasira yang selama ini pemalu orangnya, boleh membalas usikan dia dengan bertindak begitu. Nuqman masih dalam proses menerima. Dia masih perlu banyak belajar tentang Nasira yang dikahwininya seminggu lalu itu. Nuqman masih terkejut dengan sikap nakal Nasira itu tadi. Selama ini dia tidak menyangka Nasira ada sifat nakal begitu. Malam ini baru dia nampak wajah Nasira yang satu lagi. Nasira yang nakal dan pandai mengelat. Nasira yang pastinya mencabar dirinya pada masa depan. Yalah selama ini dia mengusik, Nasira cuma senyap dan menunduk malu. Hampir sahaja dia menjenamakan isterinya sebagai Perempuan Melayu Terakhir. Namun kini terbukti sudah, di sebalik sikap pemalu itu, sebenarnya terpendam satu sifat yang menyeronokkan. Mulai saat ini dia akan bersedia untuk belajar lebih banyak tentang Nasira.

77

Dah Jodoh

Bab 7
UDAH sebulan Nasira tinggal di rumah ini. Nasira sudah biasa dan bebas untuk menjadi dirinya. Nasira selesa tinggal di rumah milik keluarga Nuqman ini. Datangnya sebagai menantu, namun hadirnya sebagai anak gadis di rumah ini. Encik Nasir dan Puan Hadiyah tidak pernah menganggapnya menantu dan Adif melayannya seperti kakak yang tidak pernah dia miliki. Layanan mereka seperti layanan seorang ibu bapa terhadap anaknya. Terus terang Nasira katakan, dia lebih selesa di sini berbanding di rumahnya sendiri. Hanya dengan Nuqman saja Nasira tidak serapat itu. Mungkin sebab mereka berdua jarang berborak. Tempoh sebulan itu masa yang cukup panjang buat Nasira mengenali dan menyesuaikan dirinya dengan keluarga Nuqman. Sebulan juga masa yang lebih daripada cukup untuk keluarga Nuqman mengenali dan menerima hati budi gadis itu. Masa yang panjang membuka wajah sebenar Nasira. Daripada gadis yang dahulunya sangat pemalu dan sangat menyepikan diri, kini mula pandai mengusik atau membuat kejutan nakal buat penghuni-penghuni rumah itu.

78

Iman Nizrina

Puan Hadiyah terlalu menyayangi Nasira. Terlalu menyayangi sehingga terasa gadis itu adalah anak yang membesar bersamanya. Tahu semua kesukaan dan kebencian gadis itu dan salah satu kebencian Nasira adalah hari Isnin. Hari ini hari Isnin. Pasti hari ini wajah yang sentiasa tersenyum ceria itu akan bercorak suram seperti awan mendung di musim tengkujuh. Sudah acap kali dia mendengar Nasira merungut: Kenapa harus ada hari Isnin? Kalau tak ada hari Isnin, kan senang... tak payah pergi kerja. Benar apa yang dia jangkakan. Tidak lama kemudian, Nasira keluar dari dapur dengan semangkuk bihun di tangan. Umpama ada masalah berjuta, sememangnya wajah itu terlalu senang dibaca. Bila merajuknya, bila marahnya, bila dia menyimpan rahsia. Semua terlalu mudah untuk ditilik. Kerana itu hatinya jatuh sayang pada gadis itu. Sira, kenapa ni? Ada masalah ke? Suram aje abah tengok cuacanya hari ni. Teguran suaminya menyedarkan Puan Hadiyah. Tersenyum dia apabila melihat gelagat bersungguh menantunya itu menggelengkan kepala bagi menjawab soalan suaminya itu. Abang ni macam tak biasa. Hari nikan hari Isnin, malas kerjalah tu, jawab Puan Hadiyah. Tepat sekali. Nasira tersenyum malu. Dia tahu ibunya itu memang memahaminya. Kerana itu mudah saja ibu tahu sebab kemurungannya pagi itu. Siapa yang malas kerja tu? Suara Nuqman entah dari mana menyampuk perbualan singkat di meja makan itu.

79

Dah Jodoh

Nasira menoleh lalu terpandang Nuqman yang memakai kemeja biru muda seperti kemeja yang Nasira pakai hari ini. Sudah sering mereka memakai pakaian yang sama warna. Bukannya dirancang, namun semuanya secara kebetulan. Mata Nasira tidak lepas memandang Nuqman sehingga lelaki itu duduk di sampingnya. Nasira mengambil pinggan kosong di hadapan Nuqman dan terus mengisi bihun ke dalam pinggan lelaki itu. Sira ni setiap Isnin, malaslah nak pergi kerja. Sama macam adik kamu Si Adif tu. Kalau Isnin mulalah sakit perut, peninglah sebab malas nak sekolah, usik Puan Hadiyah. Ada ke malas pergi kerja? ujar Nuqman sambil tergelak kecil. Malaslah balas Nasira manja sambil menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya. Malas dia hendak mengulas panjang lebar. Nanti dia juga yang teruk diusik oleh lelaki itu. Kalau malas, berhenti aje kerja. Duduk rumah jadi suri rumah sepenuh masa, ujar Nuqman sambil melanggarkan bahunya dengan bahu Nasira. Sengaja hendak mengusik. Pantas saja Nasira membalas dengan menolak bahu Nuqman. Satu tamparan kecil turut singgah di belakang lelaki itu. Itu balasan akibat daripada cadangan tidak bernas Nuqman. Tetapi bagi Nuqman, itu cadangannya yang terbaik. Terburai ketawa Encik Nasir dan Puan Hadiyah melihat gelagat anak dan menantu mereka. Tak naklah. Saya malas hari Isnin aje. Hari lain

80

Iman Nizrina

saya rajin, balas Nasira dengan nada bersahaja. Dia perasan lelaki itu masih tersenyum memandangnya. Hidup di sisi Nuqman membuatkan hari-hari Nasira tenang dan menyeronokkan. Yalah tu, usik Nuqman lagi. Kali ini Nasira sudah malas menjawab. Makanan di hadapan dinikmati dengan berselera sekali. Usai makan, Nasira membantu ibu mengemas meja. Puan Hadiyah sudah ke dapur dan abah sudah ke ruang tamu untuk membaca buku. Nuqman seperti biasa akan terus keluar ke hadapan menyarung stoking dan kasut. Itu rutin pagi di rumah keluarga ini. Ibu, Sira pergi kerja dulu, ujarnya lalu mencium tangan ibu mertuanya. Bawa kereta hati-hati. Pesan Puan Hadiyah seperti biasa.

DAH siap? Nasira bertanya pada Nuqman yang berdiri di hadapannya. Tahu lelaki itu sedang menunggu dia bersiap. Dah lama siap. Telefon bawa tak? Nuqman mula melaksanakan senarai semaknya. Inilah sebabnya mengapa dia menunggu Nasira setiap pagi. Dialah checklist Nasira setiap hari. Dari hari pertama Nasira menjadi ahli keluarganya, tugas ini disandang kerana dia tahu yang Nasira adalah jenis yang pelupa. Nasira buka beg tangan lalu mencari telefon bimbitnya. Hmmm memang tak ada di dalam begnya yang besar gedabak itu. Nasira terlupa yang dia mengecas telefonnya itu malam tadi. Dengan senyuman selamba, Nasira

81

Dah Jodoh

buka kasut dan masuk ke dalam rumah untuk mengambil telefon bimbitnya. Dari ekor matanya dia dapat melihat Nuqman menggeleng tanda geram. Beg duit? soalnya lagi sebaik sahaja Nasira kembali dengan telefon bimbit di tangannya. Kali ini dengan wajah bangga dan penuh yakin, Nasira mengeluarkan beg duitnya dan digoyang-goyang di hadapan wajah Nuqman. Kemudian Nasira sarung kembali kasutnya. Kunci kereta? Nuqman bertanya dengan nada selamba. Nasira mengeluh sebaik sahaja mendengar soalan itu. Lagi sekali Nasira menyelongkar begnya. Nasira yakin kunci keretanya pasti ada sebab itulah benda terakhir yang dia capai sebelum keluar rumah tadi. Mustahil tidak ada. Nuqman tersenyum. Nasira kenal senyuman itu, senyuman usikan yang sering Nuqman berikan setiap kali Nasira terlupa sesuatu. Senyuman kemenangan. Nasira membesarkan matanya sebelum ingin masuk semula ke dalam rumah. Namun baru selangkah dia menapak, Nuqman sudah mencapai tangannya. Di tangan lelaki itu tergantung kunci keretanya yang turut dimuatkan dengan patung Doraemon itu. Tak aci. Main sorok, ujar Nasira manja, sempat mencubit perut Nuqman sebelum mencapai kunci keretanya. Nuqman hanya ketawa nakal dengan sikap Nasira itu. Apa pula main sorok? Dia yang tinggalkan depan pintu. Dah, jom. Kita dah lambat ni. Tangan Nasira masih belum dilepaskan. Nasira pantas bergerak mengikut rentak langkah

82

Iman Nizrina

Nuqman. Kereta mereka memang terparkir bersebelahan bagi memudahkan perjalanan mereka. Seperti selalunya sebelum Nuqman masuk ke dalam kereta, Nasira terlebih dahulu mencapai tangan lelaki itu lalu diciumnya. I balik lewat hari ni, beritahu Nuqman sambil masuk ke dalam kereta. Hati-hati memandu, pesannya mengingatkan. Nasira mengangguk faham. Jaga diri. Pesan Nuqman lagi. Kali ini dari tingkap keretanya yang sengaja diturunkan. Sekali lagi Nasira mengangguk. Setelah kereta Nuqman hilang dari pandangan, baru Nasira masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanannya ke tempat kerja.

83

Dah Jodoh

Bab 8
UQMAN tersandar lesu. Di telinganya masih menjamu muzik lembut melatari bilik yang menempatkan satu set meja pejabat yang diperbuat daripada kayu jati dan satu set meja bulat kaca untuk perbincangan. Warna biru laut yang cukup damai dipilih untuk memberi ketenangan pada pemiliknya menghabiskan masa seharian berhadapan dengan kerja-kerja yang tidak pernah sudah. Sesekali warna yang damai dan muzik yang lembut itu tidak mampu memberi ketenangan pada penghuninya. Tekanan kerja melebihi segala-galanya. Tekanan yang akhirnya membuatkan Nuqman tersandar lesu di kerusinya. Sesekali jari-jemarinya mengurut tengkuk yang terasa berat dan tegang. Kemudian jari-jemari itu mengurut lembut batang hidungnya dan menutup matanya bagi melegakan tekanan pada matanya pula. Ada masanya tekanan ini sebahagian daripada kerjanya. Namun dia suka kerjayanya ini. Kerjaya yang dipilih untuk menyenangkan kedua-dua ibu bapanya dan kini Nasira. Dia bukan lahir dari keluarga yang kaya-raya, tetapi

84

Iman Nizrina

kerjayanya ini keluarganya.

mampu

memberi

kesenangan

pada

Nasira menyebut nama itu membuatkan mata Nuqman pantas terbuka. Senyuman nipis terlakar di bibirnya. Mudah benar dia tersenyum atau terhibur hanya dengan mengingati gadis itu. Mudah benar Nasira mempengaruhi hidupnya sedangkan bersama dengan Zura dahulu hatinya tidak mudah terusik begini. Malah bertahun dia mengenali Zura baru rasa itu berputik antara mereka. Selepas bertahun menjalin kasih juga baru dia yakin untuk melamar Zura. Malah setelah bertunang dengan gadis itu, hatinya masih belum yakin untuk menikahi gadis itu. Mungkin Allah mahu memberi petanda padanya dalam cara yang tersendiri. Berbeza saat dia bersama Nasira. Gadis itu benarbenar mempengaruhi perasaannya. Nasira membuatkan hatinya jatuh cinta lagi. Mudah benar hatinya berubah hanya kerana senyuman di bibir comel itu. Itu yang dia rasakan malam mereka ditangkap berkhalwat sebulan lalu. Bukan satu malam yang malang buatnya, tetapi satu anugerah terindah yang akan dikenang sampai bila-bila. Nuqman percaya takdir Allah itu mendatangkan pelbagai kebaikan dengan cara yang tersendiri. Kerana jodohnya dengan Nasiralah, dia ditakdirkan berjumpa gadis itu dalam keadaan yang tidak dijangka. Tiba-tiba Nuqman rasa rindu pada Nasira. Pantas Nuqman menegakkan tubuhnya. Matanya dihalakan pada bingkai gambar yang menghiasi mejanya. Gambar dia dan Nasira menghiasi pandang kini. Gambar yang mereka ambil di Tanah Tinggi Cameron ketika percutian keluarga dua minggu lepas. Sebenarnya percutian itu adalah hadiah daripada dia dan Nasira sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan abahnya. Tapi apabila ibu beria-ia mengajak mereka

85

Dah Jodoh

sekeluarga ke sana, langsung mereka menghabiskan cuti hujung minggu di tanah yang indah serta dingin itu. Makin lebar senyuman Nuqman dibuatnya. Mengenangkan rajuk manja Nasira apabila dia mengusik dengan menyembunyikan bunga mawar putih milik gadis itu. Mengenangkan hangatnya tubuh Nasira yang menggigil di dalam dakapannya saat malam menjelma. Kalau dikenang begini, Nuqman sendiri tidak sangka yang Nasira berani meminta izin tidur di sampingnya kerana tidak tahan kesejukan. Dua malam mereka berkongsi hangatnya tubuh yang halal. Bergelora juga jiwa Nuqman ketika tubuh mereka begitu rapat, namun tidak sampai hati pula mengkhianati kepercayaan Nasira. Cuma apabila mereka kembali ke Kuala Lumpur, dia resah mencari hangat tubuh Nasira sehingga ke dinginnya fajar. Satu malam Nuqman tidak mampu lelapkan mata kerana tubuhnya mencari hangat tubuh Nasira. Dia mahu dekat dengan gadis itu. Gilakah aku ni! Asyik ingatkan kau aje. Nuqman berkata sendiri sambil tangannya mengusap seraut lembut wajah Nasira yang sedang tersenyum di dalam gambar itu. Senyuman ikhlas yang mengikat hatinya kini. Teringin rasanya untuk melihat senyum di bibir Nasira ketika menyambut kepulangannya malam ini. Walaupun setiap malam Nasira menyambut kepulangannya dengan senyuman, namun malam ini dia ingin senyuman itu menemani lenanya. Pantas Nuqman mencapai telefon bagi meneruskan keinginannya itu. Dia ingin buat kejutan pada gadis itu.

TIDAK sabar pula rasanya Nasira mahu menunggu kepulangan

86

Iman Nizrina

Nuqman dari pejabat. Penat ke hulu ke hilir, dia mengambil keputusan untuk duduk di pangkin kesukaan ibu dan tempat mereka sekeluarga merehatkan fikiran. Dalam hati dia berdoa semoga Allah sabarkan hatinya setiap kali menunggu kepulangan suami yang saban hari dirinduinya itu. Hari ini selepas waktu makan tengah hari, dia dikejutkan dengan hadiah daripada Nuqman. Sejambak ros putih yang mengindahkan sudut meja kerjanya. Hadiah yang membuatkan siangnya terasa begitu panjang. Kedengaran deruman kereta memasuki pekarangan rumah. Nasira pantas turun dan berlari ke hadapan. Hampir dia tergelincir di laluan kecil di antara pangkin dan tebing kolam itu. Kalau terjadi tadi, percuma saja dia mendapat sesi spa mandi-manda bersama ikan-ikan. Sebaik sahaja sampai di penjuru rumah, kelihatan jelas kereta Nuqman di hadapannya. Spontan tangannya menekan dada, cuba menenangkan degupan jantung yang tidak terkawal. Nasira tahu degupan itu bukan kerana lariannya yang tidak seberapa tadi, tetapi kerana rasa gemuruh yang tiba-tiba menyerang untuk berhadapan dengan Nuqman. Nasira mengurut lembut dadanya. Meminta dirinya bertenang. Saat melihat Nuqman melangkah keluar dari kereta, makin deras degup jantungnya. Makin gemuruh dia rasakan. Kenapa tiba-tiba dia nampak Nuqman yang berkemeja biru dengan lengan yang sudah tersinsing hingga ke siku itu terlalu kacak? Umpama model dalam iklan. Memancarkan cahaya dan aura tersendiri. Nasira belum berhenti daripada memerhati suaminya. Dari atas ke bawah, dari bawah ke sisi. Setiap

87

Dah Jodoh

penjuru ditelitinya. Bukan mencari kesempurnaan ataupun kepincangan, tetapi hanya mengagumi ciptaan Tuhan itu. Kacak sungguh lelaki yang kini menjadi suaminya itu. Tibatiba dia merasa rendah diri. Ehem buat apa kat sini? Suara Nuqman menyedarkan Nasira dari terus dibelengu rasa rendah dirinya. Tanpa dia sedari Nuqman sudah selesa bersandar di dinding penjuru sebelah kanannya, membuatkan kedudukan mereka sejajar. Tak buat apa. Awak baru balik? soal Nasira gugup. Perlu ke I jawab pertanyaan you tu? Sejak tadi you tunggu I balik, kan? Macamlah saya tak tau, usik Nuqman. Usikan lelaki itu menambahkan rasa malu di dalam diri Nasira. Nampak sangat dia berdarah gemuruh. Nasira tunduk menahan malu. Tangannya bermain sesama sendiri. Tunduk pula dia. You dapat bunga yang I bagi tu? I ingat bila I bagi bunga, you akan sambut I dengan senyuman. Ni tunduk aje. You tak suka bunga tu? soal Nuqman ingin tahu. Soalan itu membuatkan Nasira kembali teruja apabila teringatkan bunga yang diterima tengah hari tadi. Secara spontan kepalanya menegak dan memandang Nuqman. Kini mata bertentang mata. Senyuman semanis kurma diberikan kepada lelaki itu. Nuqman terpaku dan terbuai dengan senyuman indah milik isterinya itu. Hatinya tertawan. Suka... saya suka... cantik bunga tu. Terima kasih. Saya happy sangat, ucap Nasira dengan manja. Nuqman lega melihat senyuman yang terbit di bibir Nasira itu. Senyuman yang menjadikan letih lesunya seharian

88

Iman Nizrina

di pejabat terus lenyap. Dan hatinya puas kerana dapat membuatkan gadis itu tersenyum bahagia. Impian menjadi kenyataan. Tanpa sedar Nuqman meluahkan kata-kata itu. Cukup jelas hingga ke pendengaran Nasira. Membuatkan si dara tertanya-tanya maksud si teruna. Mata yang tadi bertentangan mula memancarkan satu persoalan, menghentikan seketika rasa yang terkongsi bersama tadi. Ehem... tak ada apalah. Masuklah dulu. Nuqman mengalihkan pandangan. Dadanya bergetar seketika. Menyedari mulutnya sudah terlajak kata, mindanya mula cuba mencari jalan mengalihkan cerita. Hmmm... saya masuk dululah, ujar Nasira dengan rasa malu yang mula kembali menebal dalam diri. Saat Nuqman mengalih padangannya tadi, Nasira mula tersedar yang dia sudah jauh dilambung ombak hanya kerana renungan Nuqman. Rasa malu yang tadinya hanyut dipanah oleh mata Nuqman, kini kembali menebal di dalam. Rasa malu yang menyebabkan Nasira ingin segera pergi dari situ. Sira.... Lembut suara Nuqman memanggil nama itu saat gadis itu mula berlalu dalam keadaan tergesa-gesa. Nasira berpaling. Wajah Nuqman ditatap. Malam ni kita keluar makan-makan. Lepas maghrib kita gerak. I tunggu you kat sini. Nuqman mempelawa. Namun nadanya menyatakan yang dia tidak mengharapkan jawapan daripada Nasira. Nada itu tidak lebih seperti satu arahan yang tidak boleh ditolak. Nasira mengangguk sekali sebelum berlari-lari anak dengan senyuman manis. Sama ada ajakan lelaki itu berupa

89

Dah Jodoh

arahan atau pelawaan, dia lebih daripada sudi. Malah gembira untuk menurut perintah. Di dalam kepalanya sudah mula memikirkan baju apa yang ingin dia pakai malam ini.

SUASANA petang yang damai membuatkan Encik Nasir leka membaca sambil ditemani oleh isteri tersayang. Sesungguhnya hobi yang dikongsi bersama itu mengeratkan lagi ikatan yang terbina berpuluh tahun lamanya. Masing-masing seronok membaca dalam suasana yang sunyi dan tenang. Tidak timbul soal si isteri tidak melayan si suami kerana sibuk membaca atau si suami terlampau leka dengan buku sehingga mengabaikan si isteri. Ini kerana mereka terlalu seronok berkongsi ruang itu bersama. Kedamaian suasana yang tadinya tenang, sedikit berkocak apabila diganggu bunyi derapan kaki orang yang sedang berlari-lari anak. Masing-masing mengangkat muka memandang arah datangnya bunyi yang menjamah halwa telinga mereka. Kelihatan Nasira berlari-lari anak melintasi ruang yang mereka duduki dengan wajah tersenyum manis. Sira, kenapa ni? Lari-lari... nanti jatuh, kan susah. Puan Hadiyah menegur lembut menantu kesayangannya itu. Maaf ibu... Sira naik dulu ya. Nasira masih tersenyum manis. Sedikit pun tidak tercuit dengan teguran itu. Laju langkahnya meninggalkan mereka yang masih tertanya-tanya. Apa kena dengan anak perempuan awak tu? Encik Nasir bertanya pada isterinya. Wajah itu bagai menyimpan sejuta bahagia.

90

Iman Nizrina

Entahlah bang. Tadi dia duk tunggu Nuqman balik. Sekejap keluar, sekejap ke dalam... tak senang duduk saya menengoknya. Berkawat depan pintu tu menunggu Nuqman. Macam jaga pun ada. Pelik Yah kat budak-budak tu. Entah apa kenanya, ujar Puan Hadiyah. Belum sempat dia menyambung kata, Nuqman pula melangkah masuk sambil menyanyi-nyanyi. Seperti wajah Nasira, wajah anak muda itu turut terukir aura ceria dan bahagia. Hah, Man... baru balik? Kamu dah jumpa Sira belum? Dari petang tadi dia duk tunggu kamu, tegur Puan Hadiyah. Dah, ibu. Man jumpa Sira kat luar tadi. Man naik dululah ibu, nak bersiap. Malam ni Man ajak Sira keluar jalan-jalan. Nuqman membalas soalan ibunya dengan senang hati. Tidak menanti lama, cepat saja langkahnya pergi meninggalkan ruangan itu. Hai, budak ni... cepat aje dia nak pergi. Saya belum sempat tanya apa-apa lagi dia dah hilang, bebel Puan Hadiyah bersama gelengan. Apa yang awak bebelkan ni, Yah? tegur Encik Nasir apabila melihat isterinya masih merungut tidak puas hati. Anak abang tu la. Saya baru nak tanya, dia nak bawa Sira tu ke mana malam-malam ni? adu Puan Hadiyah tidak puas hati. Biarlah dia nak bawa ke mana pun Si Sira tu. Sira tukan isteri dia. Dah, jangan awak duk bising sangat pasal budak-budak tu. Biarkan aje Man dengan Sira tu. Mereka tu suami isteri. Kalau tak balik langsung malam ni pun tak apa. Dah halal Yah, bukan salah pun, balas Encik Nasir selamba.

91

Dah Jodoh

Memang tak salah, bang. Baguslah kalau Man tu ingat lagi yang Nasira tu isteri dia. Saya lagi suka bang. Lagipun sampai bila dia orang nak macam tu aje? Kadangkadang saya risau juga. Saya ni dah tua bang. Teringin juga rasanya saya nak bercucu. Abang tak teringin ke? luah Puan Hadiyah hiba. Kadang-kadang naik juga tekanan darahnya apabila memikirkan hal anak-anak. Abang pun macam awak juga, Yah. Kalau awak tua, abang ni lagilah berumur. Mana tak teringin nak bercucu. Teringin sangat... tapi kita tak boleh nak paksa budak-budak tu. Awak jangan risaulah, tak lama lagi baiklah budak-budak tu. Yah tak perasan ke yang Nuqman selalu perhatikan menantu awak tu. Bukan sekali dua abang nampak dia tenung Nasira tu. Cuma belum nak bertindak aje lagi. Bila dah mula melangkah nanti, barulah awak tau, tiap-tiap tahun mereka berikan awak cucu, ujar Encik Nasir mengusik. Saya ada juga perasan yang Si Nuqman tu asyik sibuk mengekor Nasira. Sampai kadang-kadang Nasira naik malu dibuatnya. Tapi tu la peliknya... gaya macam dah suka... tapi macam malu nak bertindak. Saya ni bukan apa, saya tak nak terus rasa berdosa. Apa yang kita buat ni, salah sebenarnya bang. Takkan kita tengok aje mereka terus buat salah macam tu. Abaikan tanggungjawab sebagai suami isteri. Walaupun secara zahirnya dia orang jalankan amanah tu dengan baik. Tapi secara batinnya, bagaimana abang? Kita yang tengok ni pun, dah sama-sama tanggung dosa. Luahan rasa itu diertikan dalam bentuk kata-kata. Abang tau, Yah. Abang pun rasa macam tu juga. Tapi Yah kena faham, kita tak boleh nak paksa kalau mereka tak bersedia. Tak naklah nanti mereka menyesal kemudian hari. Setakat ni, kita tunggu dan lihat. Kalau perlu kita

92

Iman Nizrina

masuk campur, kita masuk campurlah nanti. Tapi InsyaAllah, tak lama lagi eloklah dia orang tu. Abang tengok dah mula berbunga-bunga aje dua hati tu. Awak janganlah risau sangat. Encik Nasir cuba meredakan hati isterinya. Yah pun harap macam tu la bang. Tuturnya perlahan.

KATIL yang dibalut dengan cadar ungu lembut itu tercemar dengan hamparan beberapa helai baju yang berselerakan. Semakin lama, semakin tinggi timbunannya. Dia tidak tahu hendak membuat pilihan. Inikan temu janji mereka yang pertama. Kalau diikutkan hati, dia ingin berpakaian sedondon dengan Nuqman. Nak pakai baju yang mana satu ni? Rungut Nasira sambil bercekak pinggang. Tidak ada satu pun baju yang dicuba menepati cita rasanya. Akhirnya Nasira terduduk sambil merenung bajubaju yang diselerakkan. Cuba mencari ilham pada baju-baju itu. Penat merenung, Nasira mengambil keputusan untuk melayari Internet. Dicarinya contoh-contoh fesyen terkini untuk mencari idea. Seolah-olah membuat kajian penting sahaja. Sesungguhnya perkara ini memang penting untuknya. Segala yang melibatkan Nuqman memang penting buat Nasira. Nasira ingin kelihatan cantik dan sempurna di mata Nuqman. Dia tidak pasti kenapa perasaan itu hadir tetapi yang pasti dia seronok melakukan semua itu tanpa sedikit pun rasa penat. Dahulu perasaan seperti itu pernah juga hadir dalam dirinya buat Hasni, namun dia tidak rasa seronok melakukannya.

93

Dah Jodoh

Apabila bersama Nuqman, rasa kebebasan yang selama ini dia korbankan menjadi miliknya. Nuqman bukan lelaki yang meletakkan panduan di dalam hidupnya. Nuqman bukan lelaki yang menuding jari mengarah dia melakukan sesuatu. Nuqman banyak mengajarnya untuk gembira. Nuqman membuka matanya tentang erti kebebasan dan ruang hidup. Melihat cara Nuqman dan merasai layanan Nuqman bersama keluarga, barulah Nasira merasakan kebebasan dalam berkasih sayang. Tidak terlintas untuk Nasira membandingkan sesiapa. Namun dia juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada membuat penilaian. Tanpa dia sendiri sedar hatinya sudah membandingkan hubungannya bersama Nuqman dan keadaannya ketika masih memegang gelaran bakal tunangan Hasni. Sering kali Nasira meyakinkan dirinya yang Nuqman bukan Hasni. Malah Nuqman berlawanan sifatnya dengan Hasni. Mengenali Nuqman barulah Nasira perasan betapa banyak masa dia terbuang ketika bersama Hasni.

SABARLAH Man oiii... kejap lagi turunlah dia tu, tegur Encik Nasir yang pening melihat kegelisahan anaknya itu. Macam orang nak pergi menikah pula, detik hatinya. Entah kamu ni Man. Apa yang kamu gelisahkan sangat ni? Tak larinya Nasira tu. Ni, kamu nak bawa dia keluar ke mana pula ni? Puan Hadiyah yang kebetulan menghidangkan air buat suaminya itu, turut menegur. Tak ada apalah, bu. Mana ada Man gelisah, nafi Nuqman. Tersenyum Encik Nasir dan Puan Hadiyah mendengar kata-kata penafian Nuqman itu. Mereka tidak

94

Iman Nizrina

percaya. Nak sorok daripada orang yang jauh berpengalaman... agak-agaklah nak oiii! Hmmm... yalah tu. Hah... tu pun Nasira dah turun. Puan Hadiyah memandang menantu kesayangannya menuruni anak tangga. Nuqman yang baru sahaja duduk, pantas berdiri umpama seorang askar yang berhadapan dengan ketuanya. Matanya pantas memandang ke arah figura yang berseluar jean dan kemeja longgar putih itu. Nampak santai. Terpegun, terpesona dan tertawan Nuqman dibuatnya. Walaupun wajah itu hanya berbedak nipis, namun keayuannya terserlah. Apatah lagi apabila rambut panjang itu dilepaskan, menjadikan pemakainya nampak elegan dan feminin. Mahu tak tergoda Nuqman memandangnya. Cantik menantu ibu bila lepaskan rambut macam ni, puji Puan Hadiyah sekilas. Melihat Nasira tersenyum malu, membuatkan Puan Hadiyah ingin mengusik lebih. Namun terbantut sebaik sahaja Nuqman berdeham. Betullah ibunya, sampai tak menoleh orang tu memandang. Encik Nasir turut mengusik. Hai, Man... cukup ke memandang macam tu aje? Tadi tak sabar sangat nak keluar? Ni dah tak jadi keluar pulak? sindir Puan Hadiyah, menambah rasa malu Nuqman. Nak keluarlah ni. Jom, Sira... pelawa Nuqman malu-malu tanpa memandang Nasira. Takut kalau kali ini padangannya turut terpaku. Pergi dulu ibu, abah. Nasira meminta diri. Sempat dia menyalami ibu dan ayah mertuanya. Nuqman hanya menanti di muka pintu. Sambil berjalan, Nasira mengerling ke arah

95

Dah Jodoh

Nuqman. Nuqman memakai T-shirt putih dan seluar jean biru sepertinya. Figura tegap itu nampak sungguh bergaya dan memikat. Macam berjanji pula mereka kali ini.

BELUM pun kereta CRV yang dipandu oleh Nuqman keluar dari taman perumahan, tiba-tiba dia memberhentikan keretanya di bahu jalan. Nasira pelik. Rosak ke kereta ni? Macam mana pula dengan temu janji mereka? Semua itu bermain-main di dalam kepala Nasira. Perasaan hampa mula menghampiri dirinya. Kereta rosak ke? Eh, tak... I sengaja berhenti kat sini, jawab Nuqman gelisah. Sepertinya ada sesuatu yang ingin dia sampaikan namun tidak terjemah dengan kata-kata. Kenapa? tanya Nasira hairan. Dahinya berkerut memandang Nuqman. Saja, jawab Nuqman sepatah. Kemudian sunyi menghampiri mereka. Lama mereka berada dalam keadaan begitu. Nuqman... Nasira... Masing-masing terpaku. Tidak tahu siapa yang harus memulakannya dahulu. Sudahnya Nasira tertunduk malu. Sedang Nuqman mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. I tak sangka you pakai baju warna putih... macam berjanji pula kita nikan. Nuqman cuba menghilangkan rasa kekok antara mereka. Tahulah dia kini, bukan hanya dia

96

Iman Nizrina

sahaja yang gementar. Nasira juga mengalami situasi yang sama. Nasira tunduk mendengar celoteh Nuqman. Dia rasa serba tidak kena malam ini. Susah juga I nak buat keputusan, baju mana yang nak I pakai tadi. Lama I termenung sebelum memilih untuk pakai warna ni. Mungkin dah jodoh kita agaknya, ujar Nuqman lagi apabila dilihatnya Nasira masih lagi membisu. Ketawa kecil terbit di bibirnya apabila teringat kejadian petang tadi. Buat pertama kali dia mengambil masa berjamjam merenung barisan baju yang tergantung di dalam almarinya hanya semata-mata untuk keluar bersama Nasira. Ye ke? Saya pun sama... lama saya nak pilih baju ni, katanya tanpa berselindung. Keterujaan mendengar katakata Nuqman membuatkan mulut Nasira tidak lagi mampu berdiam. Sebaik sahaja melihat senyuman nakal di bibir Nuqman, Nasira menggigit bibirnya. Sedar yang dia sudah terlepas kata. You memang nampak cantik malam ni. Sampai I takut kalau-kalau ada mata lain tengok you. I suka rambut you lepas macam ni, puji Nuqman. Terima kasih. Tersenyum malu Nasira mendengar pujian daripada suaminya itu. Tertunduk segan dia apabila merasakan tangan kekar itu bermain dengan rambutnya yang lepas, membuat degupan jantungnya umpama pelari pecut yang menyertai sukan Olimpik. You nampak cantik sangat dengan rambut lepas macam ni. Sampai I rasa nak pandang you aje. I harap you takkan lepas rambut macam ni depan orang lain, kata Nuqman mengingatkan. Sememangnya itu yang dia rasakan.

97

Dah Jodoh

Dia suka melihat rambut itu lepas, tetapi dia tidak sudi untuk berkongsi dengan orang lain. You buat apa ni? Nuqman segera bertanya apabila tangan Nasira mula naik ingin mengikat rambutnya dengan getah rambut yang tadinya melingkari pergelangan tangannya. Ikat rambut, jawab Nasira spontan. Bukankah lelaki itu tidak suka dia melepaskan rambut di hadapan orang lain? Sekarangkan mereka di luar. Jadi dia tidak mahu rambutnya menjadi tontonan orang lain. Bukan sekarang. Sekarang kita berdua aje, kan? Nuqman pantas menahan tangan Nasira daripada mengikat rambutnya. Terkelu lidah Nasira dibuatnya. Lebih-lebih lagi apabila pandangan mata itu terus menusuk ke dalam hatinya. Keadaan menjadi sunyi seketika. Namun hati di dalam saling bertingkah rasa. Rasa malu. Rasa cinta yang dibuai gelora yang sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Tok tok. Nuqman! Suara dan bunyi ketukan dari luar membawa kedua-duanya ke alam nyata semula. Di luar cermin kereta sebelah pemandu, kelihatan tiga orang lelaki yang berpakaian baju Melayu dan berkopiah memandang curiga kepada mereka. Assalamualaikum pak iman, bilal Encik Syam. Nuqman memberi salam pada ketiga-tiganya tanda hormat. Lampu di dalam kereta dibuka untuk membantu cahaya lampu jalan menerangi mereka berdua. Waalaikumussalam, Man. Kenapa ni kereta

98

Iman Nizrina

rosak ke? tanya lelaki yang nampak lanjut usianya berbanding dua lelaki lain itu. Tak adalah, pak iman. Ini saja berhenti, tuan puteri saya kat sebelah ni nak sikat rambut. Dengan senyuman nipis Nuqman menyembunyikan sebab-musabab kenapa mereka tersadai di situ. Isteri ke ni? tanya lelaki yang dipanggil oleh Nuqman sebagai pak imam tadi. Bulat mata Nasira memandang pak imam tersebut apabila mendengar pertanyaan tersebut. Ya, pak imam. Inilah isteri yang saya ceritakan pada pak imam sebelum ni. Sekejap ya, kata Nuqman sambil tersenyum nipis. Nuqman pantas membuka dompetnya. Kad nikah dan kad pengenalan diambil. Kad pengenalan Nasira juga diminta. Soalan yang pak imam berikan itu lembut bunyinya, tetapi Nuqman tahu apa maksud di sebalik soalan itu. Pak imam dan warga surau itu mahu mencegah berlakunya perkara yang tidak baik di taman perumahan mereka. Ini pak imam, kad pengenalan dan kad nikah kami. Saya minta maaflah sebab keadaan kami ni mencurigakan. Dengan rendah diri Nuqman meminta maaf kerana meletakkan dirinya dalam keadaan syak wasangka. Nuqman sedar bahawa kebanyakan penghuni di kawasan perumahan ini masih belum tahu status dirinya yang telah berubah. Yang tahu pun, pak imam dan bilal kerana Nuqman pernah meminta pendapat mereka tentang isu pernikahan dirinya dahulu. Hmmm cantik isteri kamu. Nur Nasira namanya ya, usik pak imam sambil melihat tiga kad yang diserahkan kepadanya.

99

Dah Jodoh

Nuqman tersengih mendengar pujian pak imam itu. Begitu juga dengan Nasira. Dia malu apabila diusik oleh pak imam. Ini pak cik nak nasihatkan kamu berdua. Kalau boleh buatlah kenduri walimatulurus untuk kamu berdua. Bukan apa, untuk memaklumkan yang kamu ni dah ada isteri. Jadi, lain kali kalau sesiapa terjumpa kamu dan isteri di mana-mana, taklah timbul fitnah, nasihat pak imam itu. Rakan-rakannya juga mengangguk setuju dengan cadangannya itu. Nuqman mengangguk faham. Insya-Allah pak imam. Memang kami nak buat dalam masa terdekat ni. Kalau macam tu, baguslah. Ni nak pergi mana sebenarnya ni? Jangan berhenti kat tempat-tempat gelap macam ni, bahaya. Keselamatan tu penting. Pak imam menasihat. Kami sebenarnya nak keluar makan, pak imam. Kebetulan isteri saya minta betulkan rambutnya. Biasalah perempuan, pak imam. Dah lambat ni. Kami pergi dululah pak imam, bilal, Encik Syam. Assalamualaikum. Nuqman meminta diri.

NUQMAN memarkirkan keretanya di tempat parkir Mid Valley. Niatnya hendak membawa Nasira makan sebelum menonton wayang. Belum ada rancangan ingin menonton cerita apa. Cadangnya hendak membawa Nasira menonton Harry Potter: The Deathly Hollow Part 2. Tetapi mahukah Nasira mengikut cita rasanya?

100

Iman Nizrina

Kita nak buat apa kat sini? tanya Nasira. Kita makan dulu lepas tu tengok wayang. Okey tak? Nuqman membalas soalan itu dengan soalan lain. Okey. Nasira mengangguk laju. Wajahnya nampak ceria. You nak tonton cerita apa ni? Nuqman bertanya lagi. Tangannya sibuk melepaskan tali pinggang keselamatan dan mematikan enjin kereta. Hmmm saya teringin nak tengok cerita Harry Potter. Tapi kalau you nak tengok cerita lain, tak apalah, beritahu Nasiha. I pun teringin nak tengok cerita tu. Pilihan yang baik. Jom! ajak Nuqman pada Nasira yang masih selesa duduk di sebelahnya. Tidak disangka pula pilihan mereka serupa. Masih banyak yang mereka perlu belajar tentang diri masing-masing. Masih terlalu banyak. Nasira membuka pintu kereta. Tetapi Nuqman menghalangnya daripada melangkah turun. Nasiha menoleh memandang Nuqman. Dahinya berkerut hairan. Ikatlah rambut tu dulu. Suruh Nuqman. Nasira akur. Pantas rambutnya diikat dengan kemas. Dia tahu Nuqman cemburu kalau ada lelaki lain terpegun melihat rambutnya.

NUQMAN dan Nasira jalan beriringan keluar dari bangunan Mid Valley itu. Mereka berpimpinan tangan sehingga ke kereta. Di wajah masing-masing terpamer seribu kebahagiaan. Sepertinya baru mengenal apa itu erti gembira dan apa itu maknanya bahagia. Indahnya dunia milik mereka saat ini.

101

Dah Jodoh

Kita nak ke mana lepas ni? tanya Nuqman. Wajahnya ceria memandu keluar dari kawasan tempat parkir. Mana-mana pun tak kisah, balas Nasira dengan nada ceria. Dia benar-benar tidak kisah, tetapi di dalam hatinya berdoa agar Nuqman belum mahu mengajaknya pulang. Tiba-tiba telefon bimbit Nuqman berbunyi. Pantas arahan diberikan pada Nasira untuk menjawab panggilan itu bagi pihaknya. Sebenarnya bukan dia tidak mahu jawab panggilan tersebut, tetapi sengaja hendak bermanja dengan Nasira. Amran. Nasira membaca nama yang tertera di skrin telefon itu. Tolonglah jawabkan. Cakap I tengah driving, pinta Nuqman. Nasira melakukan apa yang dipinta oleh Nuqman. Menjadi orang tengah untuk perbualan Nuqman dan Amran. Amran memberitahu bahawa ubat yang Nuqman pesan telah pun ada dengannya dan dia meminta Nuqman bertemu dengannya di tempat biasa. Nuqman pantas bersetuju. Kita pergi Ampang sekejap. I nak jumpa kawan. Sepanjang perjalanan mereka berbual tentang hobi dan minat masing-masing. Sesekali Nuqman ketawa lucu apabila Nasiha yang nampak pemalu, rupa-rupanya pandai berjenaka.

SEBAIK sahaja beriringan keluar setelah sampai di tempat yang dituju, Nuqman menghulurkan tangannya, lantas

102

Iman Nizrina

disambut mesra oleh Nasira. Jari-jemari mereka bersulam erat menuju ke Bistro. Mereka masih belum puas berbual mesra. Sambil berjalan, mereka bergelak tawa. Namun, hilang seri kedua-duanya saat mata mereka menatap wajah-wajah yang berada di hadapan mereka itu. Serta-merta langkah kaki terhenti. Tiba-tiba Nasira merasakan erat genggaman Nuqman tadi menjadi longgar. Nasira tersentuh. Dia menoleh ke arah Nuqman. Matanya melihat betapa khusyuknya Nuqman memandang pasangan itu. Rasanya Nuqman masih ada hati lagi pada bekas tunangannya itu. Patah hati Nasira dibuatnya. Hilang ceria dan bahagia yang baru dirasakan tadi. Bagaikan tersedar daripada mimpi, tangan Nasira cepat-cepat digenggam oleh Nuqman. Nasira mengikut sahaja langkah Nuqman yang mengheretnya sehingga ke meja yang diduduki oleh seorang lelaki sebaya Nuqman. Serta-merta Nasira dapat mengagak inilah Amran, teman yang ingin ditemui oleh Nuqman. Senyuman hambar diberikan pada lelaki berkaca mata itu. Am, kenalkan nilah Nasira, isteri aku. Sira, ni kawan I Amran. Nuqman memperkenalkan kedua-duanya. Dia memberi laluan untuk Nasira duduk dulu sebelum dia melabuhkan punggungnya di sebelah Nasira. Hai. Hanya itu huluran salam perkenalan daripada Nasira. Dia tidak mampu untuk terlebih mesra. Moodnya tiba-tiba mati dengan sikap Nuqman tadi. Hai. Comel Man... sesuai dengan kau, usik Amran. Hmmm terima kasih. Danish mana? Tak pula melepak dengan kau kat sini malam ni. Nuqman bertanya tentang sahabat mereka yang seorang lagi. Amran, dia dan

103

Dah Jodoh

Danish pernah belajar bersama di London dahulu. Tetapi berbanding dengan dirinya, Amran lebih rapat dengan Danish. Mungkin sebab mereka menyewa rumah yang sama, sedangkan dia datang melepak saja di rumah mereka. Kau bukan tak tau Danish tu, sejak dia baik balik dengan wife dia, mana nak berenggang. Ke mana Iman, di situlah dia. Sekarang aku dengar dia tengah sibuk nak memujuk Iman membesarkan keluarga. Korang berdua ni pula dari mana? soal Amran sambil merenung Nasira yang nampak manja dengan Nuqman. Gembira dia melihat kemesraan Nuqman dan isterinya. Yalah siapa sangka pasangan yang kahwin dalam keadaan saling tidak mengenali, boleh semesra ini. Nampaknya sejarah Danish dan Iman akan berulang kembali pada pasangan ini. Bercinta lepas kahwin. Ini kali pertama Amran bertemu Nasira. Namun dia dapat rasakan Nasira orang yang tepat buat Nuqman. Perasaannya sama sepertimana kali pertama dia bertemu Iman dahulu. Keluar jalan-jalan. Orang bercinta lepas kahwin macam ni la. Kau pula seorang aje? Watie mana? Nuqman bertanya perihal isteri temannya itu. Biasalah doktor macam kami ni mana ada masa. Sibuk dua puluh empat jam. Ini aku nak pergi jemput dialah ni. Tapi awal lagi, tu yang aku singgah sini dulu. Sebelum aku terlupa, ni ubat yang kau pesan tu. Abah kau masih sakit lutut ke? Amran menyerahkan satu beg kecil pada Nuqman. Nuqman membelek ubat itu sebelum meletakkan di atas meja. Dah tak teruk macam dulu. Tapi bila sesekali sakit tu datang ibu akulah yang paling teruk. Nak kena layan dia dua puluh empat jam. Kebetulan hari tu ibu aku kata ubat

104

Iman Nizrina

dia dah habis. Tu yang aku call kau tu. Lagipun ubat ni susah nak dapat. Berapa ni? Nuqman sudah mengeluarkan dompetnya. Macam biasalah. Ubat ni kuat, Man tapi jangan amalkan sangat. Takut ketagih nanti. Dalam pada itu sempat Amran berpesan. Aku taulah. Kau dah order makanan ke belum? Nuqman menghulurkan tiga keping not lima puluh pada Amran. Kemudian dia memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Aku dah order. Maklum Amran sambil memerhatikan Nuqman membuat pesanan. Kemudian dia memerhatikan Nasira pula yang kelihatan sedikit tidak selesa. Apabila ditoleh ke meja belakang, barulah Amran faham. Zura dan pasangannya. Amran tersenyum. Dia tahu cerita sebenar di sebalik pernikahan Nuqman. Dalam persahabatan mereka bertiga, tiada satu pun yang menjadi rahsia. Malah Amran juga kenal siapa Zura. Jadi Amram faham rasa kekok yang dialami oleh Nasira. Untuk menghilangkan rasa janggal dan kekok Nasira, sesekali Nuqman mengajak Nasira dalam perbincangan mereka. Dia mahu Nasira rasa selesa. Sentuhan-sentuhan mesra sesekali diberikan kepada Nasira. Sesekali tangannya lembut mengusap rambut Nasira. Tetapi usahanya nyata kurang berhasil. Akhirnya Nuqman membiarkan Nasira melayan perasaannya sendiri.

NASIRA menunggu Nuqman di tempat parkir kereta. Usai membayar makanan mereka tadi, Nuqman meminta diri ke tandas. Tidak tahan sangat nampaknya. Untuk terus menunggu

105

Dah Jodoh

di dalam Bistro itu, Nasira tidak betah memandang wajah manusia-manusia yang pernah menyakiti hatinya dahulu. Lebih-lebih lagi apabila melihat ralitnya mata Zura menjamah wajah Nuqman. Mendidih darahnya hingga ke kepala. Sira! Nasira berpaling. Kelihatan Hasni tegak berdiri di belakangnya. Hanya Hasni seorang. Entah ke mana perginya Zura yang tadi kelihatan bahagia dengan bekas bakal tunangnya ini. Sira apa khabar? Lama kita tak jumpa. Sira nampak cantik malam ni. Hasni bertanya khabar sambil matanya ralit memandang wajah yang sering kali dia rindui sejak akhir-akhir ini. Kerana rindulah dia mengikut langkah gadis itu ke sini. Ditinggalnya Zura yang sedari tadi merajuk keseorangan. Tidak puas rasanya memandang dari jauh wajah Nasira. Wajah itu nampak berseri walaupun kelihatannya Nasira sedikit berisi. Namun, dia akui gadis di hadapannya ini semakin cantik dan menarik. Baik, balas Nasira malas. Mahu sahaja dia menempelak Hasni saat ini. Untuk apa lelaki itu bertanya keadaan dirinya? Musim cinta mereka telah lama berlalu. Sira bahagia? Hasni sengaja bertanya walaupun baru sebentar tadi dia nampak kemesraan pasangan suami isteri itu. Tersirap juga darahnya saat melihat Nuqman memeluk bahu Nasira. Mahu juga dia menjerit marah tadi, ketika melihat Nuqman dengan selamba mengusap dan mengusik rambut dan tengkuk gadis yang pernah dia puja dahulu. Sangat bahagia, jawab Nasira dengan yakin. Sengaja dibakar hati yang tidak henti-henti bertanya itu. Biar Hasni tahu, dia masih boleh bahagia tanpa Hasni di sisinya.

106

Iman Nizrina

Sejak bila pula Nasira ni pandai berdendam? Entahlah.... Cepatnya awak lupa cinta kita ya? Mudah aje awak berpaling pada dia! Tiba-tiba Hasni marah. Rasa sakit hatinya tidak dapat ditahan-tahan. Seperti sebelum ini, setiap kali nada suara Hasni naik, Nasira akan kecut perut. Dia takut pada baran Hasni. Lelaki itu juga sama seperti abangnya. Malah lebih teruk lagi, apabila lelaki itu sering mengangkat tangan padanya waktu mereka masih berteman dahulu. Hoi! Kenapa tu? Dari jauh Nuqman menjerit, menghalang segala kemungkinan yang berlaku apabila terdengar suara Hasni yang meninggi itu. Kau buat apa dengan isteri aku? Nuqman menolak tubuh Hasni menjauhi Nasira. Melihat isterinya tertunduk takut, dia segera menarik tubuh molek itu rapat ke tubuhnya. Dipeluk isterinya itu dengan erat. Sesungguhnya Nuqman menyesal pergi ke tandas tadi. Malah dia bertambah kesal apabila membiarkan Nasira menunggunya sendirian di luar ini. Isteri kau? Sebelum dia bergelar isteri kau, dia tu tunang aku. Kau rampas dia daripada aku! jerit Hasni cuba menahan marah. Rampas? Betul ke aku rampas dia daripada kau? Siapa kau yang berhak sangat pada dia? Berbanding kau, aku lebih berhak pada Sira. Dia bukan bekas tunang kau. Dia bekas bakal tunang aje. Mula dari hari ni, aku tak nak tengok kau ganggu dia lagi. Dia hak aku dan sampai bila-bila dia akan jadi hak aku! Kau jangan pernah mimpi untuk dekat dengan dia lagi. Kau pernah ada peluang dan kau sendiri lepaskan peluang tu. Sekarang ni giliran aku pula untuk

107

Dah Jodoh

merebut peluang tu. Kau tak akan mampu miliki dia! katanya berupa amaran. Bukan saja dia ingin memberitahu Hasni yang Nasira telah jadi miliknya tetapi dia juga ingin membunuh segala harapan dan angan lelaki itu untuk terus memburu Nasira. Jom kita balik. Nuqman tetap memeluk Nasira hingga mereka tiba ke pintu kereta. Dibukanya pintu untuk Nasira dan setelah Nasira selesa di tempatnya, barulah pintu kereta ditutup. Satu senyuman sinis dan jelingan amaran diberikan kepada Hasni yang masih lagi berdiri memerhatikan mereka. Harapannya, amaran yang dia berikan tadi cukup jelas untuk difahami oleh Hasni.

SEPANJANG jalan, tiada sepatah pun perkataan yang keluar daripada mulut Nasira. Seperti Nuqman, hatinya juga merasa sakit saat lelaki itu melepaskan genggamannya. Merasa tangannya dilepaskan sebaik sahaja lelaki itu bertentang mata dengan Zura tadi membuatkan hati Nasira tidak yakin yang Nuqman mengasihinya seperti dirinya mula mengasihi lelaki itu. Mungkinkah Nuqman masih mencintai Zura dan masih mengharapkan Zura? Keraguan itu melukakan hatinya. Aduh, sakitnya rasa ini! Sangat sakit apabila kasih yang kita letakkan berada di tempat yang tak berbalas. Lebih sakit daripada saat mengetahui kecurangan Hasni. Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa kesakitan ini dirasakan teramat sangat? Sedangkan baru sebentar cuma Nuqman hadir dalam hidupnya. Tapi kenapa hatinya mudah sangat jatuh sayang pada lelaki itu? Kenapa mudah sangat hatinya terpaut?

108

Iman Nizrina

Bab 9
ASIRA memandang skrin komputernya. Pandangan itu jauh bagai menembusi skrin LCD jenama Samsung itu. Kepalanya masih berat. Malah tubuhnya sedikit hangat dirasakan. Semalaman dia tidak mampu lelapkan mata kerana memikirkan hatinya yang sakit dan kecewa kerana Nuqman. Semalaman juga dia melekakan diri dengan timbunan dokumen untuk disemak bagi pembentangan kualiti kerja pagi tadi. Leka hinggakan dia terlelap sekejap selepas subuh dan hanya sedar selepas Nuqman membangunkan dirinya untuk pergi kerja. Lembut sentuhan Nuqman membangunkan dirinya yang tertidur di atas meja. Dengan usapan lembut di rambut dan kepalanya, Nuqman menyeru namanya untuk sedar. Bila dia membuka mata, senyuman kacak itu menjadi pembuka harinya. Walaupun sudah terubat sedikit apabila mengenangkan kelembutan Nuqman mengejutkan dirinya

109

Dah Jodoh

daripada terus terlena pagi tadi, namun rasa sakit semalam itu masih berdenyut hingga saat ini. Malah tekanan itu bertambah apabila dia memikirkan bagaimana untuk dia menghindari rasa sayang, sedangkan setiap perhatian yang Nuqman berikan itu menyuburkan lagi benih kasihnya buat lelaki itu.

SIRA, jom pergi lunch, ajak Aida, teman sejabatan dengannya itu. Sue? soal Nasira saat teringatkan temannya yang sorang lagi itu masih belum muncul. Dia tak dapat ikut. Kena bertugas kat luar hari ni. Tapi Johan dengan Fahmi join kita sekali hari ni, beritahu Aida. Nasira mengangguk faham. Tahu sangat tugas Suraya yang selalu bergerak ke luar. Sibuk aje dia orang tu nak mengikut, omel Nasira. Dia memang kurang senang jika Johan dan Fahmi ikut sama. Dah dia orang nak join. Kau ni macam tak biasa pulak. Kau okey tak ni? Muka kau pucat sangat. Aida menegur keadaan Nasira yang nampak tidak berapa sihat itu. Aku okey la... balas Nasira perlahan. Dia pantas bangun. Tetapi pandangannya terasa berpinar-pinar. Badannya juga tidak boleh diimbangkan. Nasib baik Aida cepat menahan tubuhnya daripada rebah. Kau biar betul, Sira. Aku tengok berdiri pun kau dah tak larat ni. Kita pergi kliniklah kalau macam ni. Aida seperti tidak yakin yang Nasira benar-benar sihat seperti yang dikatakannya.

110

Iman Nizrina

Kebetulan Johan dan Fahmi baru sampai di meja Nasira. Mereka turut mengangguk, bersetuju dengan cadangan Aida itu. Kau ni aku tak ada apa-apalah. Cuma pening sikit aje. Jomlah. Dengan senyuman nipis, Nasira meyakinkan teman-temannya itu. Pantas dia bergerak ke hadapan sebelum Aida bisa melangkah seiringan dengannya.

AKHIRNYA Nasira tidak mampu hendak melawan lagi. Kini dia akur dengan nasihat rakan-rakannya supaya ke klinik. Dia tidak mahu merisaukan mereka. Cukuplah dia menyusahkan teman-temannya tadi apabila hampir pengsan di hadapan kedai makan, usai menjamu selera. Sudahlah waktu makan tadi tekaknya menolak makanan yang masuk, menyebabkan dia rasa hendak termuntah. Akibatnya dia berjalan dalam keadaan terhuyunghayang kerana sakit kepalanya kembali menyerang. Sudahnya, Nasira hampir pengsan di hadapan kedai makan. Nasib baik Johan sempat menahan tubuhnya daripada terjelepok di tepi jalan. Malah dia amat memerlukan bantuan Aida untuk ke kereta yang hanya beberapa langkah dari tempatnya berdiri. Dalam keadaan begitu, Nasira benar-benar memerlukan teman-temannya untuk membawa dia ke klinik. Itulah kau, Sira. Dari tadi aku dah cakap, pergi jumpa doktor. Kau tak nak. Tak apa-apalah. Okeylah. Tengok ni. Nasib baik Johan ada. Kalau tak, dah telentang kau kat tepi jalan tadi. Mulut Aida belum berhenti membebel. Keras nadanya. Di dalam klinik itu terdapat tiga orang pesakit lain yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

111

Dah Jodoh

Dahlah, Aida. Makin sakit Sira dengar kau membebel. Cepatlah sikit isi borang tu. Johan menegur Aida yang sibuk membebel. Entah kau ni, Aida. Fahmi turut menyokong. Seperti Johan, dia juga perasan wajah Nasira sedikit berubah mendengar leteran Aida. Aida hanya mencebikkan mulutnya mendengar teguran kedua-dua lelaki itu. Maaflah aku dah susahkan korang. Korang baliklah dulu ke pejabat. Nanti aku balik naik teksi aje. Nasira terasa bersalah apabila kawan-kawannya bertekak. Tak ada menyusahkan, Sira. Kami tunggu kau. Aku hantar borang kau ni dulu. Aida cuba meredakan perasaan temannya itu. Dia rasa serba salah apabila Nasira meminta maaf. Sedar mulutnya yang celopar itu telah menyakitkan hati kawannya yang sedang sakit. Sepatutnya dia lebih sabar dengan Nasira memandangkan gadis itu sedang sakit. Baru saja Aida ingin bangun menghantar borang daftar pesakit milik Nasira, dua orang lelaki masuk ke klinik itu. Kekacakan salah seorang daripadanya membuatkan Aida terpaku. Karismanya cukup memukau. Berdebar jantungnya apabila lelaki itu turut memandang ke arah mereka. Nasira. Aida terkejut apabila lelaki itu menegur Nasira. Terlopong mulutnya. Bagaimana lelaki itu kenal kawannya ini? Nuqman. Nama itu terus terpacul di bibir Nasira yang pucat sebaik sahaja dia mengangkat mukanya. Keadaan dirinya yang sedari tadi tunduk menyebabkan dia tidak menyedari kehadiran Nuqman di situ.

112

Iman Nizrina

Sira buat apa kat sini? Demam makin teruk ke? Spontan Nuqman bertanya sambil tangannya merasa dahi Nasira. Bukan Nuqman tidak perasan badan comel itu sedikit hangat pagi tadi, namun apabila tuan punya badan meyakinkan dirinya sihat, jadi dia diamkan sahaja. Panas sangat ni, kata Nuqman sebaik sahaja tangannya diletakkan di dahi Nasira. Lantas dia mencangkung di hadapan gadis itu. Kedua-dua tangannya meraba pipi Nasira. Kemudian, tangan Nasira yang sejuk itu digenggamnya. Aida, Johan dan Fahmi yang melihat drama sebabak itu ternganga dibuatnya. Makin tertanya-tanya diri mereka apabila Nasira hanya membiarkan sahaja. Tanpa salam, seorang lelaki asing yang mereka tahu bukan juga abang mahupun kekasih Nasira, datang menyentuh Nasira bagaikan dia itu suami Nasira sahaja lagaknya. Maaf ya kalau saya bertanya, encik ni siapa? Macam mana encik kenal kawan saya ni? Aida mencelah aksi romantis tadi. Perasaan ingin tahunya membuak-buak sehinggakan dia tidak sabar ingin tahu siapa lelaki kacak di hadapannya ini. You kawan Nasira ya. Terima kasih sebab hantar dia ke sini. I Nuqman, suami Nasira. Nuqman memperkenalkan dirinya kepada Aida. Nasira hanya berdiam diri dengan dakwaan Nuqman itu. Malas dia hendak masuk campur. Jatuh rahang Aida tatkala mendengar kata-kata Nuqman tadi. Johan dan Fahmi yang mendengar, terus berdiri kerana terkejut. Suami? Tak sangka pula yang Nasira telah bersuami. Rasanya baru lagi mereka mendengar Nasira tak

113

Dah Jodoh

jadi bertunang. Sekarang dah bersuami. Wajah masingmasing berkerut kehairanan. Awak suami Nasira? Sekali lagi Aida bertanya untuk mendapatkan kepastian. Ya. Mungkin you tak tau. Masa kami nikah hari tu, kami jamput keluarga rapat aje. Ingatkan masa resepsi nanti baru kami raikan kawan-kawan. Nama you ni? Nuqman dengan senyuman, meyakinkan teman Nasira yang memandangnya seperti tidak percaya itu. Oh saya Aida, kawan sepejabat Nasira. Aida memperkenalkan diri. Otaknya masih cuba mencerna apa yang dikhabarkan oleh Nuqman kepadanya. Hai. I Johan dan ni Fahmi. Kami pun kawan sepejabat Nasira. Tadi balik dari makan, Nasira hampir pengsan. Itu yang kami bawa dia ke mari. Johan memperkenalkan dirinya. Begitu juga dengan Fahmi. Terima kasih sebab hantarkan isteri I ke sini. Pagi tadi I dah tau dia demam. I nak hantar ke klinik, dia tak nak. Itu yang I diamkan aje. Tak sangka pula boleh teruk macam ni. Thanks ya sebab hantarkan dia. Nuqman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kedua-duanya. Salam perkenalan dan salam terima kasih. Tak ada hal la. Aida, yang kau termenung lagi kat situ kenapa? Pergilah hantar borang tu, balas Johan sopan. Segan pula dia dengan suami Nasira ini. Lebih-lebih lagi dengan gayanya yang kelihatan bukan sembarangan orang. Tak apa Aida biar I yang uruskan. You all tengah kerja, kan hari ni? Ini dah lewat ni. Biar I aje yang tengokkan dia, kata Nuqman menawarkan diri.

114

Iman Nizrina

Faham dengan maksud Nuqman, teman-teman Nasira lantas meminta diri. Saat Aida menyerahkan borang itu kepada Nuqman, sempat matanya memandang Nasira. Temannya itu mengangguk, tanda mengizinkan Aida menyerahkan borang tersebut kepada Nuqman. Masuk bilik akulah, Man. Amran yang sedari tadi melepak di kaunter pendaftaran, akhirnya bersuara sambil menghampiri mereka berdua. Amranlah yang menghubungi memberitahu Nasira berada di kliniknya. Nuqman,

NASIRA mendapat cuti sakit selama tiga hari. Hypertension dan demam panas, itu konklusi yang Amran berikan kepadanya dan Nuqman. Memandangkan suhu badan Nasira yang agak tinggi, Amran menasihatkan dia untuk ke hospital. Ada kemungkinan Nasira akan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Mendengar akan dimasukkan ke wad, awal-awal lagi Nasira menolak. Puas Nuqman memujuk, dia tetap tidak mahu. Dia hanya berjanji akan berehat secukupnya dan minum banyak air. Nasira baru tahu rupa-rupanya klinik yang sering dia dapatkan rawatan selama ini ialah milik Amran dan isterinya. Sempat Nasira berkenalan dengan Watie, isteri Amran. Wanita itu sangat cantik walaupun sudah bergelar ibu kepada dua orang anak yang comel-comel belaka. Itu pun sebab Nasira ternampak gambar yang terletak di atas meja Amran. Berpeluangkah dia nanti mempunyai permata hati secomel itu?

115

Dah Jodoh

Balik nanti, you makan dan lepas tu ambil ubat ni. Tidur rehat cukup-cukup. Tenangkan fikiran tu. Jangan banyak berfikir. I kena balik pejabat sekejap. Esok I janji, I akan cuti temankan you. Suara Nuqman mengelamun seketika tadi. menyedarkan Nasira yang

Kereta saya? Barang saya? Nasira tiba-tiba teringat keretanya yang masih terparkir di pejabatnya. Yang berada dengannya hanyalah beg duit dan telefon bimbitnya sahaja. Beg tangannya juga tertinggal di pejabatnya. Nanti you berikan I kunci kereta you. I ajak Adif pergi ambil kereta you, ujar Nuqman dengan selamba. Mudahnya dia menyelesaikan masalah. Masalahnya, kunci kereta saya ada kat pejabat. Tak apalah awak hantar aje saya ke pejabat. Nanti saya balik sendiri. Nasira tidak mahu menyusahkan sesiapa. Biarlah dia uruskan sendiri masalahnya. Lagipun perhatian yang Nuqman berikan ini menyentuh hatinya. Takut hatinya tidak mampu bertahan nanti. You nak berdiri pun tak larat nikan pula nak drive sendiri. Jangan nak mengada-ada. I hantar you balik. Nanti you call kawan you, minta dia berikan kunci kereta you kat I. You rehat aje. Nuqman berkata dengan tegas. Pertama kali dia bertegas dengan Nasira. Terdiam Nasira dibuatnya. Menyusup rasa kasih sayang Nuqman ke hatinya. Saat ini, melalui segala perhatian yang Nuqman berikan padanya, terasa segala kasih sayang lelaki itu tumpah pada dirinya seorang. Buat seketika dia merasakan kasihnya kepada Nuqman telah berbalas.

116

Iman Nizrina

Bab 10
UQMAN melangkah masuk ke dalam bilik Nasira dengan perlahan-lahan. Dia tidak mahu mengganggu tidur Nasira. Dihampirinya tubuh yang terbaring itu. Perlahan-lahan dia duduk di atas katil bercadar ungu, bersebelahan dengan tubuh Nasira. Dengan berhati-hati juga dia mengangkat kakinya untuk berlunjur sambil tubuhnya disandarkan di kepala katil. Dijamahnya dahi mulus itu. Masih panas. Hari ini dia pulang awal dari pejabat. Perginya ke pejabat tadi pun sekadar untuk menyelesaikan beberapa urusan yang tertangguh. Dia juga memaklumkan kepada setiausahanya untuk membatalkan beberapa temu janji yang diatur petang tadi. Nuqman ingin menjaga Nasira. Sementelah dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugas-tugas di pejabat kerana minda dan hatinya asyik memikirkan Nasira di rumah. Tengah hari tadi pun saat dia menghantar Nasira pulang ke rumah, hatinya sudah cukup berbelah bahagi untuk meninggalkan isterinya itu. Walaupun ibunya ada

117

Dah Jodoh

untuk memantau keadaan Nasira, namun hatinya tetap tidak tenang. Berkali-kali dia meninggalkan pesan pada ibunya agar selalu menjenguk Nasira. Dia risau melihat Nasira terbaring lesu begini. Kenapalah isterinya ini tiba-tiba demam? Semalam sihat sahaja. Tak ada pula Nasira menunjukkan tanda-tanda seperti orang yang sakit. Adakah kerana Hasni? Seperti kata Amran tadi, mungkin Nasira demam kerana tekanan. Agaknya benarlah yang Nasira ini sakit kerana tertekan setelah berjumpa Hasni. Tertekan kerana tidak mampu kembali kepada Hasni. Tertekan kerana terikat dengannya. Tiba-tiba Nuqman merasakan jiwanya sesak jika benarlah itu yang menjadi punca Nasira terlantar sakit. Dia tahu dia akan cukup menderita jika melepaskan Nasira pergi dari sisinya. Tetapi dia juga tidak sampai hati melihat gadis itu menderita di sisinya. Dia perlu bercakap dari hati ke hati dengan Nasira selepas ini. Jika Nasira benar-benar mahu kembali pada Hasni, Nuqman akan berusaha melepaskan dia pergi. Jika Nasira mahu melupakan Hasni, dia akan berusaha meraih kasih dan cinta gadis itu. Apa yang penting, dia tidak mahu Nasira bertambah tertekan nanti.

NASIRA tersedar saat dia merasakan ada jari-jemari mengusap lembut anak rambutnya yang berjuntaian di dahi. Puas bermain dengan rambutnya, jari-jemari itu beralih pula mengusap pipinya. Nasira terasa tenang dibelai begitu. Dengan perlahan dia membuka mata. Satu senyuman nipis Nuqman hadiahkan kepadanya. Dah bangun? Suara lembut Nuqman menyapa halwa telinga

118

Iman Nizrina

Nasira. Tiba-tiba dia merasa malu apabila mengenangkan Nuqman memandang dirinya sedang tidur. Wajahnya terasa membahang menahan malu. Kenapa muka you tiba-tiba merah ni? You sakit ke? soal Nuqman, cemas. Nasira nampak Nuqman menggelabah sambil mengusap wajahnya. Serata mukanya dijamah oleh lelaki itu sehinggakan Nasira rimas dibuatnya. Tiada pilihan lain, Nasira menggenggam tangan Nuqman untuk menghalang tangan itu daripada terus menjamah wajahnya. Tak adalah saya dah sihat sikit dah. Nasira menjawab perlahan. Dia cuba bangun. Dengan bantuan Nuqman akhirnya dia mampu bersandar di kepala katil bersebelahan dengan lelaki itu. Betul ke you dah sihat ni? Nuqman bertanya lagi. Ya. Saya dah okey sikit. Pukul berapa sekarang? tanya Nasira. Kepalanya terasa sedikit ringan. Dah hampir pukul tujuh, sekejap lagi mahgrib. Kenapa you boleh demam macam ni? You tertekan pasal Hasni ke? You nak kembali pada dia? Pertanyaan Nuqman membuatkan Nasira berpaling memandangnya. Bulat matanya merenung lelaki itu. Apa? Mana ada saya nak balik pada dia. Saya dah buang dia dari hati saya. Cukuplah apa yang saya dah pernah lalui bersama dia dulu. Daripada bersama dia, saya lebih rela berada di sini bersama awak, kata Nasira dengan tegas. Dia marah apabila Nuqman berani bertanyakan soalan itu padanya. Bertambah marah jadinya apabila melihat Nuqman menarik senyuman padanya. Apakah Nuqman mempersenda keputusannya?

119

Dah Jodoh

Nuqman mengangguk perlahan. Dia penjelasan Nasira itu dengan dada yang lapang.

terima

Kenapa awak tanya? Awak nak lepaskan saya dan kembali pada Zura? Kalau awak lepaskan saya pun, saya tak akan baliklah pada dia. Nasira mula bersangka yang tidaktidak. Dia mulai sangsi dengan pertanyaan Nuqman itu. Mana ada. Ada I cakap nak lepaskan you? Tak ada, kan? I cuma tak nak you rasa terikat dengan pernikahan kita macam ni. I tahu you pernah terluka, dan you jangan lupa I pun terluka sama seperti you. Apa yang you rasa tentang Hasni, macam itulah perasaan I pada Zura. I rasa baik kita berdua berusaha untuk melupakan mereka. You tolong I lupakan Zura dan I akan buat you lupakan Hasni. Boleh? soalnya sambil mencuit hidung mancung Nasira. Sejujurnya Nasira sedikit terkejut dengan saranan Nuqman itu. Namun cepat saja dia mengangguk setuju dengan saranan Nuqman itu. Siapa yang tidak setuju kalau buah hati cuba melupakan kisah silamnya. Manalah tahu dalam mereka sama-sama berusaha ini, mereka saling jatuh cinta. Nampaknya peluangnya bersama Nuqman kembali cerah. Terasa sihat kembali tubuhnya. Inilah kuasa cinta agaknya boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Hmmm you siaplah. Sekejap lagi dah nak mahgrib. Kali ni kita solat sama ya. Tunggu I sekejap lagi I datang sini semula, ujar Nuqman dengan nada gembira. Pengakuan Nasira tentang perasaannya pada Hasni, membuatkan dada Nuqman yang tadinya berat, kini terasa lapang. Dia lega mendengar jawapan Nasira itu. Tetapi apabila dengan mudahnya Nasira mengusulkan agar dirinya dilepaskan, bagaikan memberitahu bahawa gadis itu langsung tiada hati padanya. Untuk itu Nuqman tahu, dia kena bijak

120

Iman Nizrina

menarik perhatian isterinya itu. Dia perlu berhati-hati dalam mengatur strategi. Moga-moga suatu hari nanti Nasira akan menerimanya dengan hati terbuka. Dalam diam Nuqman membayangkan kebahagiaan dirinya dan Nasira. Membayangkan kalau rancangannya ini berjaya. Waktu itu pasti hidupnya akan bahagia di samping isteri dan anak-anak yang comel.

121

No. ISBN:- 978-967-0448-11-4 Jumlah muka surat:- 448 Harga Runcit:- S/M: RM18, S/S: RM21 Harga Ahli:- S/M: RM14, S/S: RM17 Sinopsis:Ikatan pernikahan ini wujud kerana salah faham. Itu yang Nasira mampu bariskan untuk menggambarkan ikatan yang telah membawa gelaran isteri kepada dirinya. Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura. Tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. Apabila kecurangan itu terbongkar, dua hati terluka minta disembuhkan. Tak sampai dua jam berkenalan dan baru saja bertukar nama, mereka telah ditangkap basah. Ini terjadi akibat salah faham. Nyata, mereka berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah. Untuk menjaga nama baik kedua-dua belah keluarga, tiga hari kemudian mereka dinikahkan. Kenapa awak setuju kahwin dengan saya? Nasira bertanya dengan lembut.

Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam? Terima ajelah. Nuqman membalas dengan selamba. Mengenali Nasira membuatkan Nuqman jatuh cinta semula. Luka di hatinya menghilang begitu sahaja kerana takdir yang dia terima cukup indah. Tidak timbul isu frust menonggeng kerana kecurangan Zura. Tidak sempat dia hendak melayan blues, hatinya terisi semula. Sejak mengenali Nuqman, Nasira kenal erti keluarga. Sementelah dia telah dibuang keluarga kerana kes tangkap basahnya itu. Dia tahu erti kebebasan dan erti kebahagiaan sejak menjadi ahli keluarga Nuqman yang menerima kehadirannya dengan tangan dan hati yang terbuka. Pertama kali bertentang mata dengan Nuqman, dia beranggapan bahawa lelaki itu adalah seorang yang tegas lagi garang. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang menyenangkan kerana pandai menghiburkan hatinya. Semakin lama dia mengenali lelaki itu, dia semakin tertarik dengan Nuqman. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, baru belajar bercinta. Dalam belajar bercinta mereka dapati cinta sahaja tidak mencukupi. Harus ada perencahperencah lain. Rumah tangga mereka dilambung ombak yang hampir menghanyutkan mereka. Nasib baik ada yang sudi menghulurkan tali, agar mereka tidak terus hanyut dibawa badai. Bertitik tolak dari situ, mereka terus belajar bagaimana bercinta, berkasih dan hidup bersama sehingga mereka cukup kuat melalui setiap dugaan bersama-sama. Mereka belajar mencari adunan yang paling tepat untuk kasih mereka. Mencari adunan kasih hati mereka. Mencari adunan cinta mereka. Bisakah mereka menemui resipi adunan itu? Atau adakah mereka akan terus mencari resipi adunan hati?

Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut, kita akan menemui kunci bahagia itu. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan DAH JODOH di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai

  • Menantu VS Mertua
    Menantu VS Mertua
    Dokumen139 halaman
    Menantu VS Mertua
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (4)
  • Miss XL
    Miss XL
    Dokumen110 halaman
    Miss XL
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (4)
  • Akadku Yang Terakhir
    Akadku Yang Terakhir
    Dokumen126 halaman
    Akadku Yang Terakhir
    Penerbitan Kaki Novel
    96% (23)
  • Guy Next Door
    Guy Next Door
    Dokumen84 halaman
    Guy Next Door
    Penerbitan Kaki Novel
    95% (21)
  • Awek Skuter
    Awek Skuter
    Dokumen52 halaman
    Awek Skuter
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • ANIEL ARMAN Memerhatikan
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Dokumen103 halaman
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (1)
  • Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Dokumen38 halaman
    Cintai Aku, Boleh? - Ilynn Nyra
    Penerbitan Kaki Novel
    71% (7)
  • Menantu Vs Mentua 1-10
    Menantu Vs Mentua 1-10
    Dokumen52 halaman
    Menantu Vs Mentua 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (3)
  • Mungkinkah?
    Mungkinkah?
    Dokumen97 halaman
    Mungkinkah?
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (5)
  • Kuli
    Kuli
    Dokumen109 halaman
    Kuli
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Actually
    Actually
    Dokumen62 halaman
    Actually
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    Dokumen104 halaman
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    kelabk
    100% (1)
  • Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Dokumen64 halaman
    Awas, Kalau Dah Suka! Miz Amaryllis
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • ANIEL ARMAN Memerhatikan
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Dokumen103 halaman
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (1)
  • Awek Skuter
    Awek Skuter
    Dokumen52 halaman
    Awek Skuter
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • ANIEL ARMAN Memerhatikan
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Dokumen103 halaman
    ANIEL ARMAN Memerhatikan
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (1)
  • 3 BLN 1-10
    3 BLN 1-10
    Dokumen34 halaman
    3 BLN 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (2)
  • Kuli
    Kuli
    Dokumen109 halaman
    Kuli
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • DYAP
    DYAP
    Dokumen66 halaman
    DYAP
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • TKC
    TKC
    Dokumen85 halaman
    TKC
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • L&M 1-10
    L&M 1-10
    Dokumen32 halaman
    L&M 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    Dokumen108 halaman
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Jurnal 1-10
    Jurnal 1-10
    Dokumen30 halaman
    Jurnal 1-10
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • CMM
    CMM
    Dokumen114 halaman
    CMM
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (2)
  • Tomboy
    Tomboy
    Dokumen165 halaman
    Tomboy
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (2)
  • Cari
    Cari
    Dokumen94 halaman
    Cari
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Penunggu
    Penunggu
    Dokumen111 halaman
    Penunggu
    Penerbitan Kaki Novel
    100% (3)
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Cari
    Cari
    Dokumen94 halaman
    Cari
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat