Anda di halaman 1dari 3

LAKARAN PELAN LANTAI BILIK DARJAH

Almari

Papan Lembut

Papan Putih

Papan Lembut

Biodata Ahli kelas

Rak ABM

Meja Guru

Ruang Aktiviti

Pintu Depan

Sudut Sains & Matematik

Sudut Seni

Tingkap & Langsir

Sudut Moral & Kerohanian

Tingkap & Langsir

Sudut Hasil Kerja Murid

Ruang Permainan & Aktiviti Kumpulan

Rak Buku/Majalah

Pintu Belakang

Sudut Bacaan

Sudut Bahasa

Sudut Ketatanegaraan

PENERANGAN PELAN LANTAI Meja Guru Meja guru diletakkan di hadapan kelas, menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru adalah di bahagian tepi kelas bukan di tengah supaya penglihatan murid pada papan putih tidak terhalang.

Almari/Rak ABM Almari dan Rak ABM diletakkan bersebelahan dengan meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan dan meletakkan Alat Bantu Mengajar serta alatan yang akan digunakan murid untuk aktiviti-aktiviti tertentu.

Meja Murid Meja murid disusun mengikut kumpulan supaya berlakunya komunikasi antara mereka didalam kumpulan tersebut. Dengan susunan meja tersebut memberi keselesaan kepada murid sewaktu menghadap papan putih disamping dapat mengekalkan konteks visual antara guru.

Sudut Bacaan Diletakkan di bahagian belakang kelas. Memuatkan rak buku dan majalah bagi murid membaca dan membuat rujukan . Di sudut ini diletakkan beberapa meja untuk keselesaan murid.

Sudut-sudut Setiap sudut yang dinyatakan, diletak atau ditampal carta-carta yang berkaitan. Sudut hasil kerja murid juga dapat melahirkan rasa bangga murid apabila hasil kerja mereka dipamerkan.

Papan lembut Ditampal dengan jadual tugasan murid-murid, jadual kelas dan carta organisasi kelas.

PELAN LANTAI YANG DICADANGKAN BAGI MENGATASI MASALAH DISPLIN DALAM KELAS.

PENDAHULUAN

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru. Secara amnya, bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah di mana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang di ajar oleh guru. Untk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi murid-murid dan guru yang beajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya. Didalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Pelbagai kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam bilik darjah. Oleh itu keperluan dan kesedaran tentang pentingya pengurusan bilik darjah perlu ada dalam dada semua insan yang bergelar pendidik. Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan-pendekatan bagi mengawal aktiviti dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Berdasarkan perkara-perkara yang telah dihuraikan di atas, satu lakaran pelan lantai bilik darjah telah dicadangkan bagi membantu mengurangkan masalah displin di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai