Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENDAHULUAN

Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program pembaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, pentaksiran dilakukan bagi memastikan sama ada guru `mengajar` dan pelajar `belajar`. Melalui pentaksiran pengajaran dan pembelajaran, para guru, murid dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah , aktiviti pentaksiran menjadi sebati dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tanpa pentaksiran, kita tidak dapat menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran berkesan. Tanpa pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin berkembang sebagaimana perkembangannya pada hari ini. Justeru itu, pentaksiran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti emperik, iaitu bukti-bukti sahih tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh mengunakan pengukuran, perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

2.0 PENGERTIAN DAN KONSEP PENTAKSIRAN

Menurut Stufflebeam (1971) pentaksiran adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Pentaksiran menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Pentaksiran merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Beberapa pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996) menyatakan pada asasnya pentaksiran merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Dodge et. al. (1994) pula mengatakan pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran danperkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan oleh kanakkanak. Menurut Hills (1993), pentaksiran melibatkan langkah yang pelbagai dalam mengumpul dapat maklumat mengenai signifikannya perkembangan matlamat dan kanak-kanak objektif dan proses serta pembelajaran mereka. Dalam masa yang sama pentaksiran juga dikatakan akan mengenalpasti pendidikan rnenggunakan maklumat yang ada untuk merancang program yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak, Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa dalam penulisan mengenai pentaksiran yang bersesuaian dengan kanak-kanak perlu melibatkan penilaian yang bermakna terutama dalam aspek pemerhatian dan

pengukuran yang dibuat ke atas diri kanak-kanak yang lebih bermakna untuk bakal generasi akan datang Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pendedahan tentang pentaksiran prestasi juga turut dilaksanakan. Pentaksiran prestasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pelaksanaan tugasan dan yang satu lagi ialah set pemarkahan kriteria atau Rubrik. Tujuan pentaksiran dijalankan di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang, menilai aktiviti yang dijalankan, mendapatkan maklumat secara berterusan, memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid, melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif serta merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang dikenalpasti. Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting. Pelbagai makna dan konsep yang telah diterangkan bagi istilah pentaksiran. Melalui pemerhatian berdasarkan huraian tersebut pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar. 3

3.0 PENTAKSIRAN AUTENTIK

Pentaksiran

autentik

adalah

proses

yang

memerlukan

kanak-kanak

mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna (Rudner & Boston, 1994). Dengan kaedah dan amalan yang digunakan di kebanyakan sekolah maka amat wajar pentaksiran autentik. Ringkasnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan di sekolah dengan rasional lain seperti di setiap sekolah perlu mempunyai sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan murid. Selain itu pentaksiran ini perlu diperkenalkan secara telus untuk ibubapa dan anak-anak mereka serta perlu ada program jambatan dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek. Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan kanak-kanak di sekolah. Antara ciri-cirinya ialah menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan, subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi, subjek membina maksud yang tersirat dan berpusatkan kepada murid-murid. Pentaksiran jenis autentik bukan sahaja boleh meninggalkan kesan yang positif terhadap kemajuan murid-murid malah dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan murid-murid untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi. Pentaksiran autentik juga disarankan oleh segelintir pakar psikologi sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontektual, kolaboratif, dan konsttuktif. Ciri-ciri ini yang amat sesuai dengan sistem pendidikan di Malaysia dewasa ini. Pihak yang tertentu seperti Kernenterian Pendidikan, Lembaga Peperiksaan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Badan Bukan Kerajaan dan lain-lain yang terlibat dalam pendidikan di sekolah diharap dapat membuahkan sesuatu atau menghasilkan sesuatu berkaitan garis panduan pentaksiran yang lebih sejagat dan mantap. Pentaksiran yang berkesan sangat bergantung kepada bagaimana untuk

menganalisis dan mentafsir keputusan yang dihasilkan oleh pelbagai strategi, kaedah dan alat pentaksiran. Dalam proses pelaksanaan sama ada yang telah atau bakal dilakukan, adalah juga diharapkan guru memahami, mahir, berupaya, dan mengamalkan penggunaan pelbagai jenis alat pentaksiran yang sesuai dengan sasaran utama pendidikan di sekolah. Melalui pentaksiran autentik guru diharap berupaya membuat keputusan serta bersedia untuk melakukan refleksi kritikal terhadap amalanyang digunakan. Segala usaha untuk mewujudkan sistem pentaksiran autentik yang standard memerIukan keperihatinan dan penelitian serta pemantauan berterusan agar proses yang berjalan tiada mengalami kecacatan. Dengan kata lain, dalam pendidikan di sekolah, pentaksiran perIu mengikuti peredaran masa dan sangat memainkan peranan penting bagi membantu kejayaan dan kecemerlangan sistem pendidikan dari peringkat akar umbi kehidupan manusia.

4.0 PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASED

Pentaksiran perfomance based adalah penilaian yang mengkehendaki murid untuk menunjukkan keaslian hasil kerja dan pada akhirnya akan di nilai berdasarkan kriteria yang lebih spesifik. Pentaksiran performance based membekalkan guru dengan maklumat mengenai bagaimanakah murid memahami dan mengaplikasikan pengetahuannya. Mereka boleh menggunakan penilaian secara produk dan kemahiran yang boleh di perhatikan dan dinilai dengan kriteria yang terperinci. Tugasan yang mempunyai lebih dari satu penyelesaian selalunya mendekatkan mereka kepada pentaksiran secara perfomance based. Guru akan membantu murid untuk menggunakan kemahiran berfikir seperti kajian dan analisis. Contohnya adalah seperti memberikan ilmu, menulis kertas kajian, mencuba peralatan, dan membina serta mengelola eksprimen sains. Persoalan yang timbul perlu kita ketahui dalam pentaksiran ini di mana kita perlu tahu bagaimana untuk mengetahui pencapaian murid dalam pentaksiran Performance Based. Peringkat pertama adalah memberikan takrifan kepada murid dan guru mengenai persepsi mengenai tugasan yang diberikan. Peringkat kedua pula adalah setelah definisi diberikan atau di temui, guru dan murid menilai berdasarkan objektif tugasan dengan tepat. Setelah peringkat tadi selesai, seseorang yang berkecuali akan melaksanakan proses tersebut secara individu untuk mengetahui ketepatan penilaian yang dilaksanakan. Dengan kata lain, penulisan kriteria persembahan akan membolehkan guru untuk mengekalkan pencapaian terutamanya dalam kemahiran mentaksir. Melalui pentaksiran ini, kita juga dapat menyimpan maklumat berkaitan dengan pencapaian murid itu sendiri. Terdapat 4 perkara yang perlu diketahui dalam proses menyimpan maklumat yang berhubung dengan pencapaian berdasarkan pentaksiran performance based. Antaranya ialah rubrik, senarai semak, naratif dan memori. Rubrik penilaian merupakan dokumen yang berkaitan dengan skala pencapaian yang diperolehi oleh murid-murid berdasarkan pemerhatian guru 6

berhubung dengan kriteria yang ditetapkan. Ianya adalah berhubung dengan tajuk atau perkara yang hendak dinilai. Kebiasaannya rubrik penilaian ini menetapkan empat atau lima tahap yang dikehendaki contohnya tahap satu adalah lemah, tahap dua sederhana, tahap tiga baik dan sehinggalah kepada cemerlang. Ianya haruslah disesuaikan dengan jenis tajuk atau perkara yang dipilih. Penilaian melalui senarai semak pulak adalah jenis dokumen yang mudah untuk dilakukan di mana penilaian tersebut hanyalah diberi dua kategori. Kategori yang dimaksudkan ialah samada murid dapat melakukannya ataupun tidak dapat melaksanakannya. Ini amat mudah untuk dilaksanakan tetapi agak kurang tepat bagi memastikan ianya berkesan atau tidak bagi tindakan yang selanjutnya dibuat. Walaubagaimanapun penilaian cara ini memang mudah untuk dilaksanakan. Bagi penilaian naratif pula ianya adalah berbentuk penulisan yang disimpan. Sekiranya ingin membuat penilaian terhadap murid berdasarkan tugasan yang diberikan kita perlulah membuat penerangan yang tepat bagaimana murid tersebut dapat melaksanakan kriteria pencapaian yang ditetapkan. Keburukan yang dapat diperhatikan berdasarkan penilaian jenis ini adalah memerlukan banyak masa untuk melaksanakannnya. Penilaian yang terakhir dalam pentaksiran performance based adalah penilaian secara memori. Maksudnya di sini adalah guru perlu membuat pemerhatian secara rawak berdasarkan perkara yang ingin dinilai. Maklumat melalui pemerhatian perlu diingat oleh seseorang guru tersebut samada murid tersebut dapat melaksanakan atau tidak bagi tugasan yang diberikan berdasarkan pencapaian murid. Di sini kelemahan bagi penilaian ini adalah kesukaran bagi guru tersebut untuk menilai ketetapan terutamanya dalam masa yang agak lama untuk menyimpan data dalam ingatannya. Jadi di sini, penilaian performance based ini memerlukan guru memahami murid-muridnya berdasarkan empat contoh jenis penilaian yang boleh dibuat oleh guru tersebut. Pemilihan penilian ini haruslah disesuaikan dengan perkara yang ingin dinilai serta kesukaran penilian tersebut. Hasil daripada penilaian tersebut, guru dapat melihat kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada diri muridnya. 7

5.0 PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Penilaian sumatif adalah satu cara penilaian yang lebih berbentuk formal. Penilaian ini juga biasa dikenali sebagai penilaian produk. Sebagai satu matlamatnya adalah mengkaji darjah keberkesanan tentang pencapaian yang terhasil di dalam perbincangan. Di samping itu, penilaian cara ini juga cuba mengukur impak kejayaan perlaksanaan perbincangan yang dijalankan. Sudah tentunya fokus yang diutamakan di dalam penilaian secara ini adalah hasil perbincangan. Terdapat ciri-ciri yang dapat dikenalpasti dalam penilaian sumatif ini. Melalui penilaian ini ianya lebih menumpukan tahap penguasaan murid dalam sesuatu topik pembelajaran yang diajar. Selain itu ianya lebih kepada penentuan pencapaian murid pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan juga digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. Dalam penilaian sumatif ini, terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat untuk membentuk sesuatu ujian sumatif. Pada peringkat pertama apa yang penting ialah membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi. Langkah yang kedua ialah dengan menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Langkah yang ketiga pula ialah mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi. 8

Seterusnya ialah menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah muridmurid. Setelah menyiapkan skema pemarkahan maka tindakan yang selanjutnya ialah menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Kemudian pengujian item perlu dijalankan terlebih dahulu iaitu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan. Pada peringkat terakhir, seharusnya kita menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

Tujuan penilaian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian serta memberikan gred kepada muridmurid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Selain daripada itu, penilaian ini dibuat adalah untuk mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh murid. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan. Malahan ianya juga dapat dijadikan sebagai petunjuk dalam memulakan sesuatu topik baru yang berkaitan dan memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.

6.0 PENILAIAN FORMATIF

Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Penilaian formatif juga dikenali sebagai penilaian proses. Terdapat beberapa ciri yang perlu kita ketahui dalam penilaian formatif. Penilaian ini dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum. Ianya dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Selain itu ianya bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. Apa yang penting di sini ialah penilaian formatif dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar murid dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Contoh yang kita dapat lihat dalam penilaian formatif adalah seperti sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan grednya. Berdasarkan penilaian formatif terdapat lima langkah yang perlu dilaksanakan. Langkah yang pertama adalah dengan menentukan topik pembelajaran. Dengan ini, sukatan pelajaran yang mengandungi beberapa topik seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun bagi mengadakan penilaian formatif. Topik yang dipilih adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang telah disusun mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan. Caranya dengan mengecilkan lagi topik tersebut kepada sub-topik tertentu. Berdasarkan cara tersebut guru akan dapat memastikan murid-muridnya menguasai sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik yang lain. Jadi, sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.

10

Langkah yang kedua adalah dengan menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. Di sinilah peranan guru dalam menentukan kebolehan muridnya dalam mengenal warna simbol, membaca dan lainlain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% murid telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan. Langkah yang ketiga pula dengan menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat Setelah perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. pemeringkatan mengikut tahap

perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah. Langkah seterusnya dalam melaksanakan penilaian formatif ialah membentuk soalan ujian. Tindakan ini perlu dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan. Setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada murid sekurangkurangnya satu soalan. Prosedur yang terakhir dalam penilaian ini ialah mencadangkan langkah susulan. Oleh itu, guru perlulah mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. Tindakan susulan ini seharusnya dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi oleh murid-murid. Tindakan ini dibuat berdasarkan pemerhatian guru di mana murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik. Jadi, tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah dengan mengulang semula topik yang berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut. Dengan menggunakan penilaian formatif kita dapat memperbaiki pengajaran pembelajaran yang digunakan di dalam bilik darjah sekaligus meningkatkan pencapaian murid pada akhir sesuatu pelajaran. Penilian formatif ini juga bertujuan untuk memperlihatkan kelemahan-kelemahan 11 yang wujud samada pada

penyampaian guru ataupun penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai topik yang diajar dengan lebih baik. Dengan erti kata lain guru dapat menolong murid-murid dalam menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan. Guru juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian murid. Ini akan menjadikan satu kepuasan kepada guru apabila mereka dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, guru dapat meningkatkan dan mengekalkan pencapaian murid-murid. Hal ini dapat dilihat melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid sebelum ini melalui rekod ujian formatif yang dikendalikan dan dengan mencatat masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Apa yang penting langkah penyelesaian masalah perlulah sentiasa diperbaiki untuk mengekalkan prestasi murid dan guru boleh meramal sendiri pencapaian pada akhir penggal persekolahan.

12

7.0 PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN SUMATIF DAN FORMATIF

PENILAIAN SUMATIF

PENILAIAN FORMATIF

Penilaian sumatif ialah penilaian Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran yang dibuat secara berterusan, iaitu ( akhir penggal/ akhir tahun), yang sepanjang proses pengajaran dan Definisi bertujuan untuk menilai pembelajaran, untuk menilai pencapaian akhir pelajar. keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap 1. Menumpukan tajuk yang diajar. tahap 1. Bercorak ujian yakni yang input memberikan dalam pembelajaran. 2. Dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. diperolehi Maklumat yang hendaklah diagnostik dapat akan

penguasaan murid dalam sesuatu topik pembelajaran yang diajar. 2. Penentuan pencapaian murid pada akhir sesuatu penggal persekolahan. 3. Ciri-ciri penilaian Menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara menyeluruh.

masalah yang dihadapi murid mengikuti

digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar murid dan guru memperolehi daripadanya. 3. Memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum. 1. Membentuk penentuan ujian jadual yang 13 1. Menentukan topik pembelajaran. sama-sama manfaat

mengandungi yang item, lengkap tempoh

maklumat berkaitan penilaian, dan soalan-soalan

2.

Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.

objektif, bentuk item, jumlah 3. kandungan sebagainya. 2. Menggubal 4. 5. yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. 3. 4. Prosedur Penilaia n 5. Mengumpul sistematik. Menyiapkan pemarkahan bagi skema tujuan item secara

Menghubungkaitkan elemenelemen yang terdapat dalam setiap topik. Membentuk soalan ujian. Mencadangkan langkah susulan.

penyemakan kertas ujian. Menyediakan arahan yang jelas dalam 6. tentang apa yang setiap perlu rintis yang boleh dapat wujud yang aras 14 seharusnya murid lakukan menjawab item ujian ujian dan serta yang item soalan yang dikemukakan. Pengujian iaitu melalui dijalankan terlebih dahulu kepada sampel pelajar bagi memastikan benar sah bakal dijalankan itu benardipercayai membaiki kelemahan 7. Menganalisis bagi

kelemahan-

pada item berkenaan. telah ditadbir secara rintis mengetahui

kesukaran diskriminasi dan

item,

daya item,

ketunggalan item, kesahan kebolehpercayaan serta pilihan dapat 1. Memperbaiki pembelajaran digunakan darjah meningkatkan pelajaran. 2. Memperlihatkan kelemahankelemahan guru akan yang baik. 3. Guru juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian murid. ataupun yang wujud samada pada penyampaian penguasaan agar lebih murid dan seterusnya guru memperbaiki diajar dengan murid dapat menguasai topik di dalam pengajaran yang bilik sekaligus pencapaian berkenaan memastikan (distraktor) 1.

jawapan yang disediakan berperanan dengan baik. Membantu murid-murid secara serta kepada berdasarkan yang 2. Tujuan penilaian 3. individu memberikan dalam gred meningkatkan pencapaian murid-murid pencapaian dalam ditunjukkan

murid pada akhir sesuatu

peperiksaan yang diadakan. Mengiktiraf kebolehan dan kemahiran oleh murid. Petunjuk dalam memulakan sesuatu topik baru yang berkaitan memperlihatkan dan peringkat yang dimiliki

pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.

8.0 RUBRIK PENILAIAN

15

9.0 RUMUSAN

16

Anda mungkin juga menyukai