Anda di halaman 1dari 19

1.

1 PENGENALAN

Pemilihan bahasa merupakan satu fenomena di mana wujudnya masyarakat yang berbilang kaum dan masing-masing bercakap dalam bahasa yang berlainan. Biasanya bahasa tersebut tidak difahami antara satu sama lain. Namun begitu, terdapat sekurangkurangnya satu atau lebih bahasa yang mereka fahami untuk komunikasi. Bahasa tersebutlah yang menjadi bahasa perantaraan apabila mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Pemilihan bahasa juga terjadi apabila adanya dua bahasa yang digunakan oleh masyarakat. Kesannya masyarakat terpaksa membuat pilihan bahasa yang perlu digunakan berdasarkan pelbagai sebab dan tujuan. Pemilihan bahasa yang dilakukan berdasarkan bahasa itu sendiri iaitu mereka akan memilih bahasa itu dan akan menggunakan bahasa itu tanpa menukarkan dengan bahasa lain atau memilih satu bahasa dan dalam masa yang sama mereka menggunakan unsur daripada bahasa lain iaitu percampuran kod. Selain itu, pemilihan bahasa yang dilakukan berdasarkan domain dalam masyarakat yang disebabkan oleh tempat, topik dan peserta. Komuniti dwibahasa yang akan memilih bahasa berdasarkan domain-domain yang akan dibentuk seperti pendidikan, rekreasi, kekeluargaan, kejiranan dan perniagaan. Sesuatu bahasa itu dipilih oleh penutur untuk digunakan dalam sesuatu bahasa domain dan dalam domain yang lain, bahasa atau kelainan bahasa yang lain pula digunakan. Jumlah domain ini juga berbeza antara satu komuniti dengan yang lain, bergantung kepada keadaan komuniti yang dikaji dan persekitaran komuniti tersebut. Pemilihan bahasa dalam kalangan masyarakat merupakan penggunaan bahasa yang kerap digunakan oleh anggota masyarakat dalam sesuatu domain. Pemilihan bahasa oleh anggota masyarakat dalam beberapa domain berlaku disebabkan oleh latar belakang pendidikan dan juga perbezaan jantina. Pemilihan bahasa merangkumi pilihan linguistik yang ada dalam kalangan penutur masyarakat dwi-bahasa atau multilingual. Konsep ini merangkumi fenomena lain seperti diglosia, pengalihan kod, dan pemindahan bahasa. Konsep ini juga bertepatan dengan Ferguson (1959) dalam penelitian mengenai pemilihan bahasa dalam komunikasi, para ahli psikologi sosial telah melakukan pendekatan kajian dari pelbagai pandangan. Mereka ada menyatakan bahawa tidak hanya faktor sosial yang perlu diambil kira melainkan faktor lainnya yang berhubungan dengan sumber daya psikologi yang mempengaruhi tindakan 1

individu. Menurut Fishman (1972), pemilihan bahasa merupakan salah satu proses dalam peralihan bahasa. Holmes (1992:26) menyatakan bahawa domain ini adalah merupakan konsep yang sangat umum yang menggambarkan tiga faktor sosial yang penting dalam pemilihan bahasa iaitu pengguna bahasa (peserta), latar belakang tempat (tempat) dan topik pembicaraan (topik). Domain ini penting dalam mempengaruhi masyarakat mengenai bahasa. Penggunaan maklumat khususnya maklumat mengenai domain dalam sesebuah komuniti dapat memungkinkan para pengguna bahasa untuk menggambarkan model yang sederhana dalam menilai penggunaan bahasa dalam komuniti. Model sederhana ini sangat bermanfaat bagi komuniti pengguna bilingualisme mahupun multilingualisme.

1.2 Pernyataan Masalah

Bahasa Melayu di Seksyen 13, Shah Alam dipraktikkan dalam kalangan penutur asalnya iaitu masyarakat Melayu. Hal ini dibuktikan dengan bahasa Melayu masih digunakan dalam pembelajaran di universiti, sekolah-sekolah, urusan rasmi dan lain-lain. Kini penggunaan bahasa Melayu terdedah dengan bahasa lain ekoran perkembangan Seksyen 13 yang dipenuhi dengan penubuhan atau pembinaan bangunan untuk tujuan perniagaan dan syarikat. Realitinya, banyak syarikat di Malaysia juga mengutamakan bahasa asing selepas bahasa Melayu iaitu syarikat swasta yang kurang memartabatkan bahasa Melayu. Justeru itu, masyarakat di Malaysia membuat pemilihan bahasa mengikut kesesuaian tempat dan masa atau lebih tepat berdasarkan domain. Sehubungan dengan itu, kajian ini dibuat untuk melihat pemilihan bahasa di kalangan penutur di Seksyen 13, tetapi juga untuk melihat kekerapan dan peratusan bahasa yang digunakan.

1.3

Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

1.3.1 Mengenal pasti pemilihan bahasa yang digunakan oleh masyarakat Seksyen 13, Shah Alam. 1.3.2 Menganalisis kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa yang digunakan oleh masyarakat Seksyen 13 mengikut domain berdasarkan jantina dan pekerjaan.

2.1 KAJIAN LEPAS

Menurut Nor Hisyam Osman (1994) dalam kajian pemilihan bahasa dalam kalangan penduduk kawasan perumahan Ulu Dedap di Seberang Perak, mengatakan bahawa tujuan kajian ini untuk melihat pemilihan bahasa yang digunakan oleh penduduk kawasan tersebut dalam perhubungan seharian. Selain itu, beliau juga turut menghuraikan tentang proses perkembangan kelainan bahasa daripada sesuatu bahasa. Dalam kajian tersebut juga menerangkan tentang kedudukan kawasan kajian, perkembangan prasarana, sejarah kawasan tersebut, proses pembangunan kawasan dan juga maklumat tentang penduduk kawasan kajian itu. Corak pemilihan bahasa atau kelainan bahasa yang digunakan oleh penduduk juga turut dikaji bagi mengenal pasti sebab-sebab bahasa tersebut digunakan. Kajian ini juga menerangkan tentang kelainan bahasa yang paling meluas digunakan dan juga tahap penyesuaian yang dilakukan terhadap penduduk kawasan tersebut. Fishman dan Greenfield (1970) telah menggunakan kaedah mandala untuk mengkaji pemilihan bahasa dalam kalangan masyarakat Puerto Rico di New York. Mandala ialah situasi yang terbentuk daripada beberapa gagasan seperti tempat, peserta dan topik perbualan. Mandala berfungsi untuk membolehkan kita memahami fenomena pemilihan bahasa dalam kalangan penutur yang datang daripada masyarakat pelbagai kelainan bahasa. Fishman dan Greenfield telah membentuk lima mandala iaitu mandala keluarga, mandala persahabatan, mandala pendidikan, dan mandala pekerjaan. Seterusnya, dalam menganalisis pemilihan bahasa, Fishman dan Greenfield (1970) memperkenalkan konsep domain. Konsep ini ditafsirkan oleh Winford (2003: 114) dengan pengertian berikut:

domain analysis has provided much insight into the general patterns of language choice in bilingual communities. The concept provides a link between the micro-level organization of society, with its sociocultural norms and expectations, and the micro-level organization of language use manifested in individual behavior at the level of face-to face verbal encounters. Semasa meneliti pemilihan bahasa oleh masyarakat Puerto Rico (New York), Greenfield, yang sesudah setahun lebih melakukan pemerhatian dan mengumpul data, telah membentuk lima domain, iaitu. kekeluarga, persahabatan, agama, pendidikan, dan pekerjaan untuk menilai pemilihan bahasa oleh masyarakat. Setiap domain yang dibentuk berdasarkan peserta, tempat dan topik perbicaraan. Menurut Efri Yoni Baikoni (2008) dalam kaiian bertajuk Analisa Pemilihan Bahasa dalam Komunikasi Tertulis Diplomatik menyatakan penelitian mengenai pemilihan bahasa dalam komunikasi dilakukan dengan mempelajari komunikasi manusia dari pelbagai pandangan. Beliau menyatakan bahawa bukan sahaja faktor sosial yang perlu diambil melainkan faktor lainnya yang berhubungan dengan sumber daya psikologi yang mempengaruhi tindakan individual. Beliau juga mengatakan dalam masyarakat multibahasa tersedia berbagai kod, baik berupa bahasa, dialek, variasi, dan gaya untuk digunakan dalam interaksi sosial. Dengan adanya kod-kod itu, anggota masyarakat akan memilih kod yang tersedia sesuai dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Dalam interaksi seharian, anggota masyarakat berupaya mengubah variasi penggunaan bahasanya. Chong Shin (2007) dalam kajiannya bertajuk masyarakat Tionghoa Kalimantan Barat iaitu tinjauan pemilihan bahasa di Kota Sekadau. Tujuan kajian ini adalah tentang bagaimana komuniti Cina di Sekadau utara Kalimantan yang mempunyai pelbagai bahasa dan memilih bahasa yang sesuai untuk digunakan dalam interaksi sosial mereka. Penulis menggunakan teori Fishman (1970) yang menganalisis pemilihan bahasa bagi masyarakat Puerto Rico (New York). Penulis menggunakan teori Greenfield sesudah setahun lebih melakukan partipisat observasi dan mengumpul data serta membentuk lima ranah untuk menilai pemilihan bahasa oleh komuniti ini. Hasil kajian didapati masyarakat Tionghoa menggunakan dialek Melayu Sekadau untuk berkomunikasi sesama mereka. 3.1 METODOLOGI KAJIAN 3.2 Pengenalan Dalam sesebuah kajian, penulis atau pengkaji harus meletakkan sempadan kajian yang telah dipilih. Sempadan ini bertujuan agar pembaca lebih jelas dan tidak terkeliru dengan kajian dan penulisan yang dilakukan. Justeru, dalam kajian ini, penulis meletakkan 4

suatu ruang lingkup kajian agar pembaca dapat memahami dengan lebih jelas tentang pemilihan bahasa berdasarkan domain yang telah ditetapkan. Setiap kajian yang dilakukan pasti mengalami kesukaran. Kajian ini juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah. Oleh itu, di bawah ini pengkaji turut menyatakan kesulitan yang dihadapi sepanjang usaha mengumpulkan maklumat dan data bagi menghasilkan kajian yang terbaik. Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang digunakan untuk menyempurnakan kajian ini. Aspek yang dibincangkan termasuklah ruang lingkup kajian dan pendekatan kajian.

3.3

Kaedah Kajian Dalam kajian ini terdapat beberapa kaedah yang telah digunakan dalam usaha

mengumpulkan maklumat iaitu seperti yang berikut: 3.3.1 Kaedah Kepustakaan Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan bagi mendapatkan maklumat dan huraian yang lengkap tentang beberapa perkara seperti definisi konsep, kajian lampau, dan beberapa tafsiran berkaitan persoalan kajian. Kaedah kepustakaan merupakan kaedah penyelidikan yang terbaik untuk melengkapkan hasil kajian. Dalam kaedah ini, pengkaji telah mencari sumber-sumber rujukan yang telah terdapat di dalam buku-buku, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang terdapat di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara. 3.3.2 Kaedah Lapangan Dalam kaedah kajian lapangan, pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan data. Antara kaedah yang digunakan ialah menemubual responden dan meminta kerjasama daripada responden untuk mengisi borang soal selidik mengenai pemilihan bahasa berdasarkan domain. Kajian soal selidik ini telah dilakukan di sekitar kawasan Seksyen 13, Shah Alam. 3.3.3 Kaedah Soal Selidik Kaedah kajian adalah berbentuk soal selidik. Borang soal selidik telah diagihkan di sekitar Seksyen 13, Shah Alam kepada penduduk-penduduk di situ. Seramai 20 orang responden dipilih secara rambang di kawasan tersebut dan diberikan borang soal selidik untuk dijawab oleh penduduk-penduduk yang telah dipilih. Responden diminta menjawab 5

dengan jujur soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan-soalan tentang butir peribadi dengan melihat dari segi angkubah iaitu jantina dan pekerjaan. Manakala bahagian B mengandungi soalansoalan yang berkaitan dengan kelima-lima domain yang terdapat di Seksyen 13, Shah Alam. Domain-domain tersebut ialah domain kekeluargaan, domain kejiranan, domain perniagaan, domain rekreasi dan domain pendidikan. Bagi setiap domain, hanya diberikan ruang kosong yang disediakan iaitu bahasa yang digunakan dan akan ditulis oleh responden-responden tersebut.

3.3.4 Kaedah Melayari Laman Sesawang Kajian ini turut menggunakan maklumat-maklumat yang terdapat dalam laman sesawang untuk dijadikan panduan dalam menjalankan kajian ini. Kajian telah merujuk beberapa contoh kajian sorotan lepas untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada pengkaji. Kaedah ini juga turut membantu pengkaji dalam mengenalpasti motif dan tujuan kajian ini dijalankan pada peringkat awal kajian ini dijalankan dengan merujuk kepada kajian-kajian sorotan lepas yang hampir sama dengan kajian yang dilakukan ini. 3.3.8 Tatacara Pengumpulan Data Dalam melengkapkan kajian ini terdapat beberapa perkara yang terlibat. Pengkaji telah memilih kaedah pengumpulan data yang tidak melibatkan penggunaan statistik. Tatacara adalah satu perkara penting dalam menghasilkan sesebuah kajian yang lengkap. Sesuatu topik akan diolah dengan berkesan apabila pengkaji dapat mencari dan menganalisis data secara terperinci.

Merangka borang soalan kaji selidik

Meminta responden mengisi borang soal selidik dengan jujur

Menganalisis pemilihan bahasa mengikut domain

Menghuraikan dapatan analisis dalam bentuk jadual

Rajah 1.0 Tatacara Pengumpulan Data. Rajah 1.0 menunjukkan tatacara pengumpulan data dalam kajian yang dilakukan. Proses pengumpulan data dilakukan dengan merangka satu borang soal kaji selidik untuk diisikan oleh responden. Borang soal kaji selidik itu mengandungi beberapa soalan mengenai pemilihan bahasa yang digunakan oleh responden mengikut beberapa domain. Responden yang telah dipilih untuk kajian ini ialah sebanyak dua puluh orang responden. Kawasan-kawasan yang telah dipilih seperti Pasaraya Giant, kolej dan kawasan perumahan. Kajian ini juga tertumpu kepada pemilihan bahasa yang digunakan oleh masyarakat di sekitar Seksyen 13, Shah Alam mengikut beberapa domain yang perlu diisi dalam borang kaji selidik. Kemudian pengkaji menemubual responden-responden dengan meminta responden mengisi borang soal selidik dengan jujur. Sebanyak dua puluh orang responden telah dipilih dan diminta untuk mengisi borang soal selidik mengenai pemilihan bahasa mengikut domain yang digunakan responden. Seterusnya, setiap data akan dianalisis berdasarkan beberapa aspek iaitu pemilihan bahasa yang digunakan oleh responden mengikut domain kekeluargaan, domain perniagaan, domain rekreasi, domain kejiranan, dan domain pendidikan. Seterusnya, langkah yang terakhir ialah menganalisis dapatan analisis kajian kemudian dicerakinkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan pengkaji mengenal pasti pemilihan bahasa yang digunakan oleh responden mengikut kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa berdasarkan domain yang telah dinyatakan. 3.3.9 Lokasi Kajian Lokasi kajian yang dipilih ialah Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Seksyen 13, Shah Alam mempunyai tema yang tersendiri iaitu teman sukan. Lokasi kajian ini dipilih kerana terdapat kawasan perumahan, kedai-kedai, pasa raya, bank, kolej-kolej, politeknik, stadium, pusat-pusat sukan dan sebagainya. Kawasan perumahan adalah terdiri daripada taman perumahan teres dan apartment. Bank yang terdapat di Seksyen 13 ini adalah seperti 7

Mybank dan Bank CIMB. Kolej yang terdapat di kawasan kajian ialah Kolej PTPL dan Kolej MSU. Kawasan ini terdapat dua pasar raya yang menjadi tumpuan ramai iaitu Pasar raya Giant dan Pasar raya Tesco. Lokasi kajian ini dipilih kerana mempunyai penduduk majoriti iaitu berbangsa Melayu. Oleh itu, bahasa yang digunakan oleh mereka dijadikan sebagai tujuan utama kepada kajian tentang pemilihan bahasa.

Peta Seksyen 13, Shah Alam. (Sumber: Google Earth)

3.4 Pendekatan Kajian Fishman dan Greenfield (1970) telah menggunakan kaedah domain atau mandala untuk mengkaji pemilihan bahasa di kalangan masyarakat Puerto Rico di New York. Fishman dan Greenfield telah membentuk empat domain iaitu: i) Domain keluarga

ii) Domain persahabatan iii) Domain pendidikan 8

iv) Domain pekerjaan

Domain ini dibentuk berdasarkan tiga faktor yang sesuai, iaitu peserta, tempat dan topik perbincangan. Untuk mengkaji sama ada kombinasi faktor-faktor ini sesuai untuk membentuk sesuatu domain, Greenfield telah menjalankan soal selidik. Setiap informan diberi dua daripada tiga faktor tersebut dan informan diminta memilih faktor ketiga. Sebagai contoh, informan diberikan dua faktor, iaitu perserta dan topik dalam satu situasi perbincangan dengan ibu bapa tentang masalah keluarga. Informan diminta memilih perbincangan tersebut daripada lima senarai tempat, iaitu rumah, pantai, gereja, sekolah dan tempat kerja. Pemilihan faktor ketiga ini berdasarkan sekurang-kurangnya 81 peratus daripada jumlah informan. 3.6 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, beberapa aspek penting telah menjadi garis panduan dalam menjalankan kajian ini. Antaranya ialah responden-responden, sampel, batasan kajian serta kaedah-kaedah yang digunakan sepanjang kajian. Bahagian-bahagian ini amat penting kerana ia membantu dalam memberikan gambaran atau suatu garis panduan semasa menjalankan kajian ini.

4.1 DAPATAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan terhadap responden-responden di kalangan penduduk Seksyen 13, Shah Alam untuk mengenal pasti pemilihan bahasa yang mereka gunakan. Kemudiannya, kajian ini akan menganalisis kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa mengikut angkubah jantina dan pekerjaan berdasarkan domain kekeluargaan, keijiranan, perniagaan, rekreasi dan pendidikan. Responden-responden telah dipilih secara rambang dalam pengedaran borang soal selidik dan telah dijawab oleh mereka dengan jujur.

Analisis ini dapat dibuat bahawa pemilihan yang dilakukan oleh penduduk kawasan tersebut dan kekerapan dan peratusan mengikut jantina dan pekerjaan. Angkubahangkubah berikut dianalisis berdasarkan domain yang telah dinyatakan.

4.2 Jenis Pemilihan Bahasa Pemilihan bahasa yang digunakan oleh masyarakat Seksyen 13 Shah Alam dianalisis secara keseluruhan bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa yang digunakan oleh responden berdasarkan kepada domain. Melalui borang soal selidik, didapati bahawa terdapat tiga pemilihan bahasa yang digunakan oleh responden-responden Seksyen 13, Shah Alam iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa oleh masyarakat di sekitar kawasan Seksyen 13 Shah Alam.

Jenis pemilihan bahasa Bahasa Melayu Bahasa Melayu + Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris JUMLAH

Kekerapan 460 186 28 674

Peratusan(%) 68. 2 27 .6 4.2 100

Jadual 1.0: Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa oleh Responden 10

Jadual 1.0 di atas, menunjukkan kekerapan pemilihan bahasa oleh responden yang didapati di sekitar Seksyen 13 Shah Alam. Pemilihan bahasa Melayu oleh responden menunjukkan kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 460 kekerapan atau 68.2 % pemilhan bahasa. Seterusnya, pemilihan bahasa yang menunjukkan kekerapan yang kedua tertinggi digunakan oleh masyarakat di Seksyen 13, Shah Alam ialah campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris iaitu sebanyak 186 kekerapan atau 27.6 %. Bahasa yang menunjukkan kekerapan yang paling rendah ialah bahasa Inggeris iaitu sebanyak 28 kekerapan atau 4.2% pemilihan bahasa.

4.3 Analisis Kekerapan dan Peratusan Pemilihan Bahasa Mengikut Jantina dan Pekerjaan. Analisis kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa mengikut angkubah, iaitu jantina dan pekerjaan terbahagi kepada dua iaitu domain tinggi dan domain rendah.

4.3.1 Domain Tinggi Domain tinggi terbahagi kepada dua iaitu domain pendidikan dan domain perniagaan. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan kekerapan pemilihan bahasa dan peratusannya mengikut domain tinggi:

Jadual 2.0 mencatatkan kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa mengikut domain tinggi berdasarkan jantina dan pekerjaan responden. Domain tinggi berdasarkan pemilihan bahasa oleh masyarakat di sekitar Seksyen 13, Shah Alam adalah terbahagi kepada dua domain iaitu domain perniagaan dan domain pendidikan. Analisis kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa adalah mengikut jantina dan pekerjaan. Dalam domain perniagaan, pekerja sektor awam memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 46 kekerapan pemilihan bahasa atau 64.8%. Manakala bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 1 kekerapan pemilihan bahasa atau 20%. 11

Pekerja sektor swasta juga memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 25 kekerapan pemilihan bahasa atau 35.2%. Manakala bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 4 kekerapan pemilihan bahasa atau 80%. Seterusnya, responden lelaki memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 34 kekerapan pemilihan bahasa atau 47.9%. Manakala bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 4 kekerapan pemilihan bahasa atau 57.1%. Responden perempuan juga memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 37 kekerapan pemilihan bahasa atau 52.1%. Manakala bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 3 kekerapan pemilihan bahasa atau 42.9%. Seterusnya, dalam domain pendidikan pula, pekerja sektor awam hanya memilih dua bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 12 kekerapan pemilihan bahasa atau 70.6%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 6 kekerapan pemilihan atau 40%.

Pekerja sektor swasta juga hanya memilih dua bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 9 kekerapan pemilihan bahasa atau 60%. Manakala bahasa Melayu pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 5 kekerapan pemilihan atau 29.4%. Seterusnya, responden lelaki hanya memilih dua bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 9 kekerapan pemilihan bahasa atau 47.4%. Manakala bahasa Melayu pula mencatatkan

12

kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 6 kekerapan pemilihan atau 46.2%. Responden perempuan juga hanya memilih dua bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 10 kekerapan pemilihan bahasa atau 52.6%. Manakala bahasa Melayu pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 7 kekerapan pemilihan atau 53.8%. 4.3.2 Domain Rendah Domain rendah terbahagi kepada tiga iaitu domain kejiranan, rekreasi dan kekeluargaan. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan kekerapan pemilihan bahasa dan peratusannya mengikut domain rendah:

Jadual 3.0 telah mencatatkan kekerapan dan peratusan pemilihan bahasa mengikut domain rendah berdasarkan jantina dan pekerjaan dalam pemilihan bahasa oleh responden di sekitar Seksyen 13, Shah Alam. Pemilihan bahasa berdasarkan kepada domain rendah terbahagi kepada tiga domain iaitu domain kejiranan, domain rekreasi dan domain kekeluargaan. Analisis domain-domain tersebut adalah mengikut jantina dan pekerjaan responden. Dalam domain kejiranan, pekerja sektor awam hanya memilih dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 25 kekerapan pemilihan bahasa atau 65.8%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

13

pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 9 kekerapan pemilihan bahasa atau 42.9%. Pekerja sektor swasta juga hanya memilih dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 13 kekerapan pemilihan bahasa atau 34.2%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 12 kekerapan pemilihan bahasa atau 57.1%. Seterusnya, responden lelaki hanya memilih dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 21 kekerapan pemilihan bahasa atau 55.3%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 9 kekerapan pemilihan bahasa atau 42.9%. Responden perempuan juga hanya memilih dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 17 kekerapan pemilihan bahasa atau 44.7%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 12 kekerapan pemilihan bahasa atau 57.1%. Seterusnya, dalam domain rekreasi pula, pekerja sektor awam hanya memilih dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 25 kekerapan pemilihan bahasa atau 67.6%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 4 kekerapan pemilihan bahasa atau 57.1%. Pekerja sektor swasta memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 12 kekerapan pemilihan bahasa atau 32.4%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 3 kekerapan pemilihan bahasa atau 42.9%.

14

Seterusnya, responden lelaki memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 17 kekerapan pemilihan bahasa atau 46.0%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 2 kekerapan pemilihan bahasa atau 28.6%. Responden perempuan juga memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 20 kekerapan pemilihan bahasa atau 54.1%. Manakala bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 1 kekerapan pemilihan bahasa atau 16.7%.\ Seterusnya, domain kekeluargaan pula, pekerja sektor awam hanya memilih dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 46 kekerapan pemilihan bahasa atau 66.7%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 13 kekerapan pemilihan bahasa atau 52.0%. Pekerja sektor swasta memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 23 kekerapan pemilihan bahasa atau 33.3%. Manakala bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 2 kekerapan pemilihan bahasa atau 100%. Seterusnya, responden lelaki memilih tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 40 kekerapan pemilihan bahasa atau 58.0%. Manakala bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 2 kekerapan pemilihan bahasa atau 100%. Responden perempuan pula hanya memilih dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling tinggi iaitu sebanyak 29 kekerapan pemilihan bahasa atau 42.0%. Manakala campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula mencatatkan kekerapan pemilihan bahasa yang paling rendah iaitu sebanyak 18 kekerapan pemilihan bahasa atau 72.0%.

15

5.0 KESIMPULAN

Kajian pemilihan bahasa di Seksyen 13, Shah Alam mendapati bahawa terdapat tiga pemilihan bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kajian ini melihat berdasarkan dua angkubah iaitu jantina dan pekerjaan. Kajian ini juga mendapati bahawa bahasa yang paling tinggi digunakan dalam pemilihan bahasa oleh responden ialah bahasa Melayu, iaitu sebanyak 460 kekerapan atau 16

68.2%. Pemilihan bahasa yang paling rendah pula ialah bahasa Inggeris, iaitu sebanyak 28 kekerapan atau 4.2%. Pengkaji mendapati terdapat domain tinggi dan domain rendah dalam kajian yang dijalankan. Domain tinggi terbahagi kepada dua domain iaitu domain perniagaan dan domain pendidikan. Domain perniagaan melibatkan perniagaan seperti kedai runcit, bank, restoran atau kedai makan, pasar raya dan klinik. Dalam domain pendidikan pula terdapat IPTS dan politeknik. Domain rendah pula terbahagi kepada tiga domain iaitu domain kekeluargaan, domain rekreasi dan domain kejiranan. Domain kekeluargaan melibatkan ahli keluarga seperti ayah, ibu, adik beradik, suami atau isteri dan anak-anak atau anak saudara. Dalam domain rekreasi pula melibatkan rekreasi seperti stadium, pusat golf, pusat go-kart, pusat badminton dan pusat hoki. Domain kejiranan pula melibatkan jiran seperti jiran sebelah rumah, jiran satu komuniti dan jiran antara komuniti. Oleh itu, bahasa Melayu menjadi pilihan utama responden untuk kelima-lima domain ini ketika bertutur dengan pendengar.

RUJUKAN

Chong Shin. 2007. Masyarakat Tionghoa Kalimantan Barat: Tinjauan Pemilihan Bahasa di Kota Sekadau. Jurnal Gema Online. 19-33. Efri Yoni Baikoeni. 2008. Analisa Pemilihan Bahasa dalam Komunikasi Tertulis Diplomatik. Dicapai pada 28 November, 2011 daripada http://baikoeni.multiply.com/journal Mohamad Azlan Mis. 2010. Lingua Franca di Sarawak: Aplikasi Teori Pilihan Bahasa. Jurnal Gema Online. 97-116.

17

Noriah Mohamed. 2003. Beberapa Topik Asas Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Nor Hisham Osman. 1994. Kajian Pemilihan Bahasa di Kawasan Ulu Dedap, Seberang Perak. Ampang: Dewan Bahasa dan Pustaka.

18

19