Anda di halaman 1dari 5

Catatan refleksi

1. Isu / pekara yang difokus 2. tempoh perlaksanaan

: Sukan Tahunan Sekolah : 3 hari (10 12 julai 2012)

3. Analisis isu/ Pekara yang difokus 3.1 KEKUATAN i)

Kesemua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dalam waktu yang ditetapkan. Bermula dengan acara raptai pembukaan sukan yang dijalankan pada hari Selasa bersamaan 10 Julai 2012 sehingga kepada acara penutupan sukan pada pagi Khamis bersamaan 12 Julai 2012.

ii)

Kepelbagaian aktiviti yang dirancang bukan sahaja dapat melibatkan semua pelajar untuk dicungkil bakat mereka malahan aktiviti yang disediakan bagi pihak ibu bapa dan guru dapat menjalinkan lagi kemesraan antara pihak sekolah dan penduduk setempat.

iii)

Aktiviti dan pengurusan temasya ini telah disusun dengan begitu terancang oleh jawatan kuasa pengelola kejohanan membuatkan ia dapat dilaksanakan dengan baik tanpa menimbulkan banyak masalah teknikal dan tidak menjadikan kejohanan ini tergendala oleh sebarang masalah.

3.2 KELEMAHAN

i)

Sepatutnya lebih ramai guru yang dilantik menjadi pengurus peserta dan kawalan murid. Ini adalah kerana bilangan pengurus peserta dan kawalan murid yang tidak mencukupi membuatkan murid murid berada diluar kawalan dan tidak berada di khemah rumah sukan masing masing semasa pertandingan dijalankan.

ii)

Guru guru juga sepatutnya menyediakan bekalan air yang mencukupi. Ia adalah kerana cuaca yang agak terik membuatkan pelajar pelajar kehausan. Apabila bekalan air tidak mencukupi, ramai pelajar yang keluar dari khemah peserta untuk membeli dari gerai gerai jualan.

iii)

Jualan yang tidak dipantau membuatkan penjaja menjual pelbagai jenis jualan yang tidak bermanfaat kepada pelajar. Contohnya seperti makanan ringan dan alat alatan permainan.

3.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

i)

Adalah lebih baik sekiranya bilangan guru yang menguruskan peserta dan kawalan murid lebih ramai disediakan agar dapat mengawal keadaan murid- murid di khemah peserta. Bilangan guru yang mencukupi adalah penting bagi memastikan murid murid berada dalam keadaan terkawal.

ii)

Selain itu, bekalan air terhadap para pelajar juga perlu sentiasa dijaga bagi memastikan bekalan ini sentiasa mencukupi, ini adalah kerana perkara ini dapat mengelakkan pelajar dari terlalu kerap berulang alik ke gerai gerai jualan.

iii)

Gerai gerai jualan juga sepatutnya dipantau barang barang yang hendak dijual bagi memastikan penjaja tidak menjual barangan yang tidak bermanfaat kepada pelajar. Makanan yang hendak dijual juga seharusnya berkhasiat untuk pelajar.

CATATAN REFLEKSI 1. Isu / pekara yang difokus 2 Tempoh Perlaksanaan : SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA : 10 JULAI 2012 (SELASA), 8.00 PAGI 10.00 PAGI

3. Analisis isu/ Pekara yang difokus 3.1 KEKUATAN i) Aktiviti senamrobik yang

lalu

telah

berjaya

dilaksanakan

dengan

sempurna. Ini kerana, kami telah melakukan persiapan yang bagi hari kejadian. Kami telah menentukan pilihan pergerakan bagi setiap lagu tersebut. senang dan mudah supaya berlatih setiap dan

cukup rapi

lagu dan telah mereka

Pergerakan yang direka adalah

murid-murid dapat ikut sekali. Kami juga telah

petang bagi memastikan setiap pergerakan kami selaras

mengikuti rentak muzik. Dengan membuat persiapan yang rapi, sempurna dan

kami dapat mengendalikan aktiviti senamrobik dengan mengikuti masa yang ditetapkan

ii) . Meraka Berjaya mengikuti pergerakan kami, guru pelatih didepan. Ada diantara mereka yang masih lagi mengingati lagu dan pergerakan yang

dilakukan pada senamrobik tersebut. Selain itu, melalui aktiviti saya mendapat peluang untuk mengendalikan aktiviti senamrobik didepan murid

yang ramai. Pengalaman ini telah membantu saya mengatasi rasa malu serta telah meningkatkan keyakinan diri saya untuk berdepan dengan orang yang ramai. iii) Saya juga telah dapat menimba pengalaman dalam mengendalikan perlaksananan sesuatu program. Pengalaman yang didapati ini adalah penting dalam menjalankan tugas saya sebagai seorang guru tetap nanti.

3.2 KELEMAHAN

i) Antara masalah yang dikenalpasti ialah masalah kawalan murid.Pada awalnya,disiplin murid-murid adalah susah untuk dikawal dan untuk memastikan mereka mengambil tempat masing-masing di Dataran

Perhimpunan. Ini adalah kerana dapat dilihat mereka begitu teruja untuk melakukan aktiviti senamrobik ini kerana ini merupakan aktiviti yang julungjulung kali diadakan di sekolah ini.Oleh itu,pergerakan mereka menjadi aktif dan bersemangat sehingga memerlukan kami mengeluarkan arahan yang sama beberapa kali. ii) Masalah kawasan juga menjadi masalah.Ini kerana kawasan tapak perhimpunan ditakungi air kerana turunnya hujan lebat pada malam sebelum aktiviti senamrobik ini berlangsung.Kawasan takungan air tersebut telah menyebabkan kawasan untuk murid-murid dan guru bersenamrobik menjadi terhad dan terbatas untuk mereka melakukan gerakan senamrobik yang ditunjukkan. iii) Selain itu,murid-murid dan guru di bahagian belakang tidak dapat melihat kami guru pelatih selaku instruktor di hadapan sekali yang berada diatas dewan kerana dewan tersebut mempunyai halangan dan menyukarkan untuk mereka melihat pergerakan kami dengan jelas. Murid-murid dan guru-guru yang tidak dapat melihat dengan jelas hanya melihat rakan mereka dihadapan yang mengikut pergerakan senamrobik dan meniru mereka.

3.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN i) Pada masalah kawalan murid,murid-murid sepatutnya dikawal oleh guru-guru yang bertugas untuk mengambil tempat dan ruang agar menjarakkan diri mereka untuk melakukan senamrobik.Murid-murid juga perlu peka kepada arahan guru untuk melaksanakan aktiviti ini.Arahan yang diberikan oleh guru juga mestilah jelas dan mudah difahami oleh murid agar mereka faham akan apa yang perlu dilakukan oleh mereka untuk menjayakan aktiviti senamrobik ini. ii) Hujan pada malam sebelum berjalannya senamrobik telah menyebabkan dataran perhimpunan ditakungi air dan menyebabkan masalah kawasan seperti sempit dan ruang tidak mencukupi.Padang boleh digunakan untuk menjayakan aktiviti senamrobik ini,tetapi padang juga tidak dapat digunakan kerana sejurus selepas aktiviti senamrobik tamat,padang akan digunakan untuk Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah. Oleh kerana tidak mahu keadaan padang menjadi tidak teratur dan tidak sempurna, dataran perhimpunan tetap digunakan untuk menjayakan aktiviti ini. iii) Lcd dan skrin di kiri dan kanan kawasan boleh digunakan untuk memancarkan pergerakan senamrobik yang dijalankan .Dengan

menggunakan cara penyelesaian tersebut ia dapat membantu murid-murid dan guru yang berada di barisan belakang untuk melihat pergerakan yang dilakukan dihadapan.Ini kerana terdapat beberapa rungutan yang didengari oleh murid dan guru yang berada di bahagian belakang tidak