Anda di halaman 1dari 43

1.

SEJARAH PERMAINAN HOKI

Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari mana perkataan hoki atau hockey berasal. Hanya terdapat catatan rekod yang menyatakan permainan menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan permainan hoki sekarang, pada zaman kuno lagi. Menurut catatan itu, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Akan tetapi permainan ini kemudiannya terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia pertama kali diperkenalkan di England.

Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan semangat dan menarik minat masyarakat di negara tersebut ketika itu. Ramai yang mula bermainnya. Oleh kerana tiada suatu peraturan atau undang-undang khusus untuknya, pelbagai cara dan teknik permainan digunakan. Ini sering berlaku kekecohan sehingga selalu pula berlaku pergaduhan dan pertumpahan darah. Dengan kata lain, cara permainan yang tidak teratur ini mendatangkan risiko kepada para pemainnya. Akhirnya pihak atasan Britain terus mengharamkannya.

Dalam pada itu, sebagai permainan, hoki sudah mula diterima oleh lebih banyak negara dunia. Undang-undang tentangnya mula

direka.Walaupun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia mendatangkan manafaat kepada permainan inI kemudiannya. Dengan adanya undang-undang dan peraturan ini, maka dapatlah permainan ini dimainkan dengan lebih teratur dan mudahlah lagi bagi mereka yang mahu mempelajarinya.

Dahulunya, permainan hoki dikenali dengan berbagai-bagai nama atau panggilan. Contohnya di Wales ia dikenali dengan banty atau bandy.Perkataan hockey pula diambil dari perkataan Perancis, iaitu hoquet. Adalah difahamkan, iaitu nama ini telah diinggeriskan menjadi hockey ( hoki ).

Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain, maka bermulalah era baru kepada permainan ini. Bukan sahaja kaum lelaki yang bermain, malah kaum perempuan pun turut bermain. Pasukan hokipertama ditubuhkan di negara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di selatan London dianggap sebagai kelab hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga memperkenalkan undang-undang hoki, yang antara lain ialah cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad, dan mengenkan hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan.

Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah digubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undangundang yang lebih baik dan kemas untuk permainanini. Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki sebagai sukan yang kini merupakan salah satu sukan yang paling diminati di dunia. Dari England permainan ini tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.

Perkembangan permainan hoki terus tersebar ke negara-negara lain. Akan tetapi detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa bermula apabila ia diterima sebagai salah satu acara dalam Sukan
2

Olimpik pada tahun 1896.Walaupun ia diketepikan pada Sukan Olimpik tahun 1924, ia diterima kembali dalam Sukan Olimpik berikutnya. Kini hoki merupakan acara tetap perjumpaan sukan terbesar ini.

Seperti permainan-permainan lain, hoki juga memerlukan sebuah badan khusus di peringkat dunia bagi menyelaras serta menganjurkan pertandingan pada peringkat dunia bagi menyelaras serta menganjurkan pertandingan pada peringkat ini. Maka pada tahun 1924, tertubuhlah Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah, iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan Switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan yang menjadi pengelola rasmi bagi permainan ini pada peringkat dunia.

Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undangundang serta peraturan permainan agar semua negara dunia dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan ini juga

bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-juara, kejohanan Eropah dan sebagainya.

Di peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pencabar terkuat termasuklah India, Pakistan dan negara kita dari Asia, Belanda, Jerman Barat, Sepanyol, dan England dari Eropah, serta Australia dan New Zealand. Dalam pertandingan-pertandingan utama dunia, sering perebutan kejuaraan adlah di antara pasukana-pasukan ini. Amerika Syarikat, walaupun merupakan salah sebuah negara terawal

diperkenalkan dengan permainan ini, namun hingga kini persembhyannya di peringkat dunia masih belum membanggakan.

2.0

PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA

Adalah dipercayai iaitu permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orangorang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.

Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempapatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang dimin ati di negara kita.Semua peringkat umur bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.

Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik.

Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan seterusnya. Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kong dan Macao. Pasukan kita memenanagi semua perlawanan persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki Macao pula telah
4

membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan. Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita

menumpaskan mereka.

Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahligabungannya. Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa. Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik

Kebangsaan.

Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan permainan ini dinegara kita. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawananulangan pada tahun 1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan mengadakan

perlawanan persahabatan dengan pasukan kita.

Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita. Ini kerana pada tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne. Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam Piala Dunia. Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana kita menduduki tempat ke empat.Manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan kita.

3.0 HOKI

GELANGGANG, PERALATAN DAN PEMAKAIAN PENJAGA GOL

Gelanggang Kawasan permainan hoki berbentuk empat segi bujur yang berukuran 90 meter panjang dan 54 meter lebar dengan permukaan yang rata. Hoki amat sesuai jika dimainkan di atas padang astroturf (rumput tiruan). Terdapat lima garisan utama di padang hoki iaitu :

(a) garisan tepi (b) garisan gol (c) garisan tengah (d) garisan 22.9 m (e) garisan D

Peralatan Peralatan yang digunakan dalam permainan hoki ialah : Kayu hoki Kasut Hoki Bola hoki Tiang gol hoki

Bola hoki

Kayu hoki

Kayu hoki

Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (back stick) di sebelah kanan.Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul bola. Hanya permukaan muka kayu yang dibenarkan.Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk J atau U.Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan merbahaya di tepi-tepi kayu.Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter 51 mm boleh melepasinya.Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam, tetapi perlulah menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak melebihi 737 g. Kasut

Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes) tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.
9

Tiang gol terletak di tengah garisan gol. Kawasan gol bertanda garisan D yang berjejari 14.6 m dari tiang gol. Garisan tepi dan garisan tengah dibahagi dua oleh garisan 22.9 m. bendera dipacakkan pada setiap hujung garisan tepi, garisan tengah dan garisan 22.9 m. Gol hoki : papan setinggi 0.46 m dipasang di bahagian bawah kawasan tiang gol dan jaring dimatikan di sebelah dalam papan ini.

10

PEMAKAIAN PERMAINAN HOKI (PENJAGA GOL)

Ped kaki Sarung tangan pelindung dada ped-ped bahu penutup muka pelindung mulut seluar berped pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki)

Penutup muka (helmet)

sarung tangan (gloves)

11

alas badan (body guard)

Penghadang kaki

Penendang (kickers)

12

4.0

UNDANG-UNDANG PERMAINAN HOKI

Menendang bola Tidak dibenarkan menendang bola kecuali penjaga gol dalam kawasan D nya.

Pukulan belakang kayu Tidak dibenarkan langsung.

Halangan Tidak dibenarkan meletakkan badan antara pemain yang bermain bola atau meletakkan kayu antara bola dan kayu lawannya. Pemain yang menerima/mengawal bola dibenarkan memusing badan apabila bergerak dengan bola.

Ofsaid Kedudukan ofsaid dikira dalam kawasan 25 ela. Ini pun bergantung kepada di mana pemain dan itu berada semasa bola dimainkan oleh rakan sepasukannya.

Pukulan bebas / pukulan sudut. Situasi kesalahan. - Pelanggaran peraturan ( sengaja atau tidak sengaja) di luar kawasan 25 ela. - Perlanggaran peraturan (tidak sengaja) dalam kawasan 25 ela. - Pukulan sudut bola yang dikeluarkan ke belakang garisan gol
13

dengan tidak sengaja oleh pemain pertahanan.

Pukulan sudut penalti. Situasi kesalahan. - Perlanggaran peraturan (sengaja) dalam kawasan 25 ela. - Perlanggaran peraturan (tidak sengaja) dalam kawasan D. Perhatian - pukulan/tolakan sudut penalti handaklah di luar kawasan D

Penalti strok Situasi kesalahan. - Perlanggaran peraturan ( sengaja) dalam kawasan D. - Kesalahan tidak sengaja ( bola menuju ke arah gol terkena bahagian badan pemain pertahanan kecuali penjaga gol).

Permainan bahaya. Tidak dibenarkan menyentuh atau memukul tubuh badan pemain lain dengan kayu.

Penjaga gol. Pengadilan Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspek permainan yang penting untuk menjamin mempertingkatkan mutu permainan. Pengadilan yang baik juga menentukan bahawa perlawanan-perlawanan yang dijalankan dengan lancar dan selamat. Berikut merupakan isyarat-isyarat pengadil dalam permainan hoki:
14

Penggunaan kaki, tangan dan kayu

Kad Pemain dan pegawai pasukan akan dikenakan hukuman penggantungan seperti berikut: i. 1 Kad Kuning Penggantungan sekurang-kurangnya 5 minit semasa pertandingan. ii. 3 Kad Hijau atau 1 Kad Kuning dan 1 Kad Hijau digantung satu perlawanan. iii. iv. 2 Kad kuning digantung satu perlawanan Kad Merah digantung sepanjang perlawanan tersebu

15

5.0

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI

Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, harapan kami agar pelajar dapat berusaha untuk mengusai kemahiran yang telah diajar. Hoki juga satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk kreativiti dan gaya individual. Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola.

5.1

Memukul Bola (Hitting)

16

Memukul bola Hantaran dalam permainan hoki boleh dilakukan dengan cara memukul bola. Pukulan dibuat tanpa bola bergerak (stationary) dan juga selepas menggelecek bola.

Pegangan Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola. Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat. Kayu hoki dipegang dengan tangan kiri di atas secara berjabat tangan. Kedudukan tangan kanan mestilah rapat dengan tangan kiri.

Kedudukan badan dan bola Kedudukan badan mesti selesa dan ke depan.

17

Kesalahan yang kerap dilakukan Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan.

Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:

i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh.

ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.

iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan.

iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak memukul bola.

v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.

18

5.2

Menahan Bola (Stopping) Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang

sangat penting dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.

Pastikan badan terletak di belakang bola dan selari dengan arah bola. Kayu hoki hendaklah dalam keadaan menegak dengan kepala kayu rapat dengan permukaan padang untuk mendapat kawasan yang luas bagi menahan bola.

Perhatikan bola sehingga ia ditahan Pegangan tangan kanan hendaklah dilonggarkan dalam keadaan tangan kiri ke depan supaya kayu hoki dapat dicondongkan untuk mengawal bola. Sentiasa perhatikan bola sehinggalah ia menyentuh atau terkena kayu hoki Kedua-dua kaki menghala ke arah bola yang hendak ditahan dan pemain bersedia untuk membuat satu hantaran atau pergerakan
19

5.3

Menahan Bola Dalam Keadaan Mengilas (Reverse Stop)

Bawa kayu hoki dari sebelah kanan ke sebelah kiri mengikut arah pergerakan bola. Kaki kanan dalam berkeadaan disilangkan. Kayu hoki dikilas untuk menahan bola. Pastikan kedudukan kepala di atas seiring dengan kedudukan bola. Sentiasalah perhatikan bola sehingga ia ditahan. Bersedia untuk membuat pergerakan selepas menahan bola.

20

5.4

Menolak, Menguis dan Menceduk

Menolak Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola.

21

Tolakan Kilas (Reverse push)

Digunakan apabila membuat hantaran lintang atau ke arah belakang kepada pemain lain dalam kedudukan yang lebih baik.

Menguis (Flicking)

22

Bola yang dikuis akan naik. Cara ini sangat berguna semasa kuisan ke arah gol atau semasa pukulan penalti kerana bola dikuis dengan kuat dan laju. Untuk menjaringkan gol kemahiran menguit adalah penting kerana ia tidak memerlukan pergerakan persediaan untuk menguit bola dengan terkawal. Ia juga boleh mengelirukan pemain lawan ke mana bola akan dihantar. Kemahiran menguit adalah sangat berguna untuk melepaskan bola daripada kayu pihak lawan dan menghantar hantaran jauh kepada pemain depan pasukan sendiri. Kemahiran menguit adalah strok tolakan yang dinaikkan dan selalu berpusing. Pegangan dan cara melakukan kemahiran menguit adalah lebih kurang sama dengan kemahiran menolak. Persamaan di antara kedua -dua kemahiran ini ialah pegangan, pergerakan tolakan, tiada hayunan belakang kerana pergerakan bermula dengan kayu hoki di belakang bola, memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan ikut lajak yang baik.

Cara pelaksaannya adalah, letakkan bola di hadapan kaki depan. Untuk strok bola tersebut, berat badan perlu berada di kaki belakang sehingga kayu hoki diletakkan di bawah bola, sebelum berat badan dipindahkan ke kaki depan. Ini menyebabkan bola mendapat peluncuran yang baik untuk melakukan sesuatu hantaran panjang atau jaringan. Semasa melakukan kemahiran menguit, satu pergerakan putaran yang cepat dengan pergelangan tangan akan menyebabkan
23

kuitan itu berputar. Strok ini sangat sukar untuk dikawal oleh penjaga gol. Keadaan kayu semasa menyentuh bola, kayu hoki hendaklah menghadap ke atas sedikit. Putaran adalah bahagian strok yang paling susah. Bahagian rata kayu melakukan putaran. Cuba kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh, sentuhan bermula dengan sebelah kanan bola, kemudian sebelah bawah.

Menceduk (Scooping)

Pergerakan menceduk bola menggunakan pergelangan tangan dan lengan untuk mendapatkan satu cedukan yang tinggi dan jauh.

24

Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut kecendongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya adalah untuk menghantar lebih jauh ke udara. Teknik mencedok (a) Teknik mencedok lurus >Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis. >Pastikan bola dan badan seperti lakuan menguis. >Codongkan kayu lebih daripada lakuan menguis untuk mendapatkan cedokan yang lebih tinggi.

(b) Teknik mencedok shovel >Bediri dalam keadaan bersedia. >Pegang kayu seperti peganganuntuk menguis. >Mata sentiasa memandang bola semasa membuat cedokan. >Dari kedudukan diri sedia, langkahkan kaki kanan ke hadapan hampir dengan bola. >Letakkakkan permukaan kayu di bawak bola. >Lakukan cedokan dengan menggunakan kekutan daripada pergelangan tangan dan lengan supaya bola bergerak lebih tinggi dan jauh.

25

5.5

Menggelecek (Dribbling) Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu

dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek Indian(Indian Dribble). Menggelecek Cara India

Pemain-pemain mestilah melaksanakan gelecek cara India di hadapan badan dengan cara menggerakkan bola ke hadapan dan ke belakang, iaitu dengan mengiringkan badan secara bersilih ganti sambil memainkan bola dengan bahagian hadapan dan kilas kayu hoki.

Tangan kiri hendaklah sentiasa menggerakkan kayu ke belakang dan hadapan atas bola.

26

Tangan kanannya pula dalam berkeadaan membolehkan kayu hoki diputar bebas dan digabungkan dengan tangan kiri untuk melakukan gerakan ketukan bagi menukar arah gerakan bola. Menggelecek Cara Roll atau Sisi

Kawalan rapat ke atas bola amat perlu kerana bola perlu sentiasa rapat dan dekat dengan pemain. Cara ini sangat sesuai jika bermain di atas padang astroturf, tetapi sukar dilakukan di atas padang rumput biasa.

27

Menggelecek Cara bebas (Loose Dribbling)

Seperti namanya, pergerakan menggelecek cara ini memerlukan kawalan bola yang bebas dan ia dibenarkan bergerak di hadapan kayu hoki. Gelecek bebas ini membolehkan pergerakan lebih pantas dan penelitian yang baik tetapi mendedahkan pemain kepada risiko bola kawalannya dirampas pemain lawan. Oleh sebab itu, pemain yang baik tidak akan membiarkan bola bergerak bebas jauh daripada kayu hokinya dan menyebabkan ia terdedah kepada dirampas oleh pemain lawan.

28

5.6

Menerima Hantaran Bola

Terima Bola dari Depan

Menerima bola merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh setiap pemain. Pemain mestilah berupaya memperoleh serta menjaga dan mengawal bola yang telah dipukul oleh rakan sepasukan atau pihak lawan dari semua arah dengan kelajuan dan ketinggian yang berbeza-beza. Pemain mungkin dalam keadaan bergerak atau tidak bergerak semasa menerima hantaran bola ini.

29

Terima Bola Dari Udara (Aerial Ball)

Mengawal bola di udara dengan menggunakan kayu hoki adalah kemahiran yang agak baru. Ia diperkenalkan disebabkan oleh perubahan peraturan di mana para pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan (melainkan penjaga gol). Perkara ini bermaksud bahawa bagi mengawal pergerakan bola di udara (hantaran atau lambungan tinggi) dan pergerakan bola di bawah paras bahu, hendaklah dilakukan dengan menggunakan kawalan kayu hoki.

Apabila bola jatuh ke atas tanah, kayu hoki hendaklah diletakkan atas bola bagi mengelakkan bola melantun, terutamanya jika permainan diadakan di atas padang rumput tiruan.

30

Terima Bola dari Kiri atau Kanan

Sama ada menerima bola dari kiri atau kanan, pemain perlu membetulkan posisi diri masing masing terlebih dahulu dengan pantas supaya bola mudah dihantar atau diterima serta memudahkan pergerakan mengawalnya.

5.7

Rebutan (Tackling)

Rebutan Hadapan (Forehand Tackling)

Teknik ini digunakan oleh pemain di bahagian pertahanan yang statik dalam keadaan satu lawan satu di mana penyerang perlu menggelecek bagi melepasi pihak lawan.
31

Rebutan Lonjak (Jab or Poke Tackle)

Cara rebutan bola ini bergantung kepada keadaan yang berlaku secara mengejut di mana seorang pemain melonjak ke hadapan bola dengan menggunakan tangan kiri. Kayu hoki dipegang degan tangan kiri dengan sisi kayu yang rata menghadap ke atas. Pemain perlu menerpa ke hadapan dengan tangan kiri memegang kayu dan mencucuk (jab) bola supaya bola bergerak ke belakang kayu pihak lawan. Ia mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain berada pada jarak yang baik untuk melakukan tackle.

32

Rebutan Kilas (Reverse Tackling)

Kemahiran ini agak sukar dilakukan kerana ia dimainkan di sebelah kiri pemain pertahanan iaitu merupakan sisi yang lemah bagi sesetengah pemain. Ia dilakukan dengan menyerkap bola menggunakan belakang kayu hoki dan memaksa pemain penyerang berlari melepasi bola.

Rebutan bola cara ini memerlukan kekuatan dan pengawalan kilas tangan kiri. Teknik rebutan ini agak sukar untuk dilakukan sebab ia dikuasai oleh tangan kiri dan menurut peraturan, teknik ini dilakukan tanpa menghalang kayu atau badan pihak lawan. Oleh sebab itu, teknik ini jika boleh perlu dielakkan.

Kemahiran pergerakan ini adalah untuk memerangkap bola dengan menggunakan reverse stick supaya penyerang menjadi terlajak dan bola dapat dikawal oleh pemain pertahanan.

33

6.0

CARA PERMAINAN HOKI

Permainan hoki melibatkan dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai sebelas orang pemain utama dan tujuh orang pemain gantian atau pemain simpanan. Masa permainan dijalankan ialah antara 60 70 minit bergantung kepada peringkat umur para pemain. Masa rehat pada separuh masa permainan diberi. Permainan hoki ini diadili oleh dua orang pengadil.

Permainan bermula di garisan tengah. Pasukan yang memulakan permainan mestilah membuat tolakan mula. Pihak lawan tidak boleh merampas bola sebelum pemain kedua daripada pasukan yang memulakan permainan menerima hantaran bola. Para pemain hanya boleh menjaringkan gol dalam kawasan D. Jaringan boleh dilakukan secara menolak, menguis, menceduk atau memukul bola. Jaringan boleh dilakukan berpunca daripada gerakan serangan, melalui pukulan sudut dekat, pukulan sudut jauh atau pukulan penalti. Gol dikira jika bola melintasi garisan gol pihak lawan.

Pukulan sudut jarak dekat (short corner)

(a) Seorang pemain penyerang akan menolak bola kepada rakanrakannya yang menunggu di luar kawasan D.

34

(b)

Pemain-pemain

penyerang

akan

cuba

menjaringkan

gol

dengan

menggunakan strategi mereka

35

Penalti Flick

Penalty stroke atau flick adalah satu tembakan bebas yang dilakukan dengan satu dorongan jarak(push) atau menyentik bola (flick) pada suatu titik dari depan gawang dengan jarak 6.5 m dari garis tengah gawang, sebagai hukuman dari pelanggaran keras yang dilakukan di dalam daerah setengah lingkaran oleh pemain bertahan terhadap pemain penyerang lawan. Pemain yang melakukan tembakan penalty hanya diijinkan melakukan satu langkah dan mengangkat bola, hanya dengan satu kali sentuhan. Teknik dasar yang biasa digunakan oleh para pemain dalam melakukan tembakan penalty adalah push atau flick. Push adalah salah satu teknik dasar dalam hoki yang biasa digunakan dalam melakukan operan bola (passing), namun teknik ini dapat digunakan dalam melakukan tembakan ( shooting ) terutama di dalam daerah setengah lingkaran saat permainan berlangsung atau pada saat melakukan tembakan penalty tentunya dengan kecepatan yang tinggi dan akurasi penempatan bola yang tepat pada tempat yang sulit dijangkau penjaga gawang. Saat melakukan gerakan push tangan harus menggenggam stik dengan nyaman , tangan kiri berada di atas pada puncak stik, sedangkan tangan kanan berada dibawahnya dengan jarak kira-kira sepertiga sampai dengan setengah dari panjang stik normal. Posisi tangan kanan yang diturunkan dimaksudkan untuk memberikan kontrol yang lebih besar. Genggaman tangan pada stik harus kuat, tubuh dalam posisi membungkuk dengan menekuk kedua lutut. Kaki sebelah kiri dan bahu harus menunjukan pada arah jalannya bola. Posisi stik harus dipertahankan sampai selesai melakukan dorongan terhadap bola sampai mencapai sasaran yang diinginkan atau sejalan dengan alur dari bola. Koordinasi gerakan dilakukan dalam waktu yang bersamaan

36

setelah ada aba-aba dari wasit, Berat badan dipindahkan dari tumpuan awal pada kaki kanan ke kaki kiri dengan melangkahkan kaki kiri pada saat gerakan mulai dilakukan. Dorongan bola dilakukan dengan kekuatan maksimal untuk memperoleh kecepatan yang tinggi, ketepatan sasaran dilakukan dengan fokus pada sasaran untuk memperoleh akurasi yang tinggi pada daerah yang sulit dijangkau penjaga gawang lawan.

7.0

Kawalan Gol (Goalkeeping)

Pergerakan secara turutan kawalan gol secara single padding


37

Kemahiran Menjaga Gol

-Menahan Bola. Seorang penjaga gol akan menahan bola dengan menggunakan kakinya pada permukaan kaki yang rata, bukan pada bahagian hadapan kaki. Hal ini kerana, jika penjaga gol menggunakan bahagian hadapan kaki, bola yang akan ditahan tidak tetap dan mungkin akan masuk ke dalam gawang gol. Selain itu, jika bola yang datang itu tidak menyentuh bumi, maka penjaga gol bolehlah menahan bola manggunakan penghadang kaki, badan, kayu dan menggunakan tangannya.

-Menggelongsor. Menggelongsor juga merupakan salah satu cara yang merbahaya yang dilakukan oleh penjaga gol untuk menyelamatkan gol. Kadang kala penjaga gol terpaksa menggelongsorkan keseluruhan kakinya dan ada ketika juga, penjaga gol akan menggelungsurkan seluruh badannya demi menghalang bola dari masuk ke dalam gol.

-Menendang bola Penjaga gol perlu menendabg bola dengan menggunakan permukaan rata pada kakinya dan bukan pada hadapan kaki.

-Pukulan Semasa Sudut Pendek Ketika pukulan sudut pendek berlaku, penjaga gol akan berdiri di dalam gawang gol dalam keadaan bersedia. Kebiasaannya, penjaga gol akan merapatkan kaki dan mendepakan tangannya. Selepas pukulan sudut pendek bermula, maka barulah penjaga gol boleh keluar dari dalam kawasan gol untuk memahan bola dari masuk ke dalam gol.

38

8.0

PERKEMBANGAN PERMAINAN HOKI SEMASA

Piala Sultan Azlan Shah medan pemanas badan ke kelayakan Olimpik 2012 KUALA LUMPUR Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah pada 5 hingga 15 Mei ini bakal menjadi medan persediaan buat skuad hoki kebangsaan pada tahun ini bagi menghadapi perlawanan kelayakan Olimpik 2012 yang dijadual bermula tahun depan. Selain Malaysia, kejohanan edisi ke-20 itu akan disertai oleh enam pasukan bertaraf dunia seperti New Zealand, India, Pakistan, Britain, Korea Selatan dan Australia. Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Nur Azmi Ahmad berkata, penyertaan pasukan negara dalam saingan kejohanan bertaraf dunia itu mampu meningkatkan prestasi pasukan sebelum bekerja keras dalam perlawanan kelayakan Olimpik. Tambah Nur Azmi, skuad kebangsaan akan dibimbing oleh jurulatih Tan Beng Hai manakala Stephen van Huizen mengalas tanggungjawab sebagai penyelaras. Pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah ini saya harap pasukan kebangsaan mampu mara sehingga ke perlawanan separuh akhir kerana pasukan-pasukan yang bertanding terdiri daripada yang terbaik di arena hoki dunia. Kesemua pemain kebangsaan akan melapor diri pada Isnin depan sebelum menjalani latihan pusat bersama Beng Hai yang akan mengalas tanggungjawab berat, jelas Nur Azmi. Selepas Piala Sultan Azlan Shah skuad kebangsaan bakal menyertai Cabaran Juara-Juara 1 di Afrika Selatan, Disember ini. Kejohanan hujung tahun ini itu adalah yang paling penting buat skuad kebangsaan kerana bukan saja menawarkan mata ranking, malah disertai oleh pasukan terbaik dunia.

39

Azlan ingin bantu hoki layak ke Olimpik 2012 KUALA LUMPUR Anugerah Pemain Terbaik yang menjadi milik pemain hoki negara, Azlan Misron pada Kejohanan Hoki Piala TNB, kelmarin membakarkan lagi semangat anak muda itu untuk membantu pasukan kebangsaan layak ke Temasya Olimpik 2012 di London. Azlan yang beraksi sebagai kapten Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada perlawanan akhir, kelmarin berjaya mengemudi pasukannya dengan cemerlang sepanjang 70 minit perlawanan untuk memperoleh kejuaraan selepas menewaskan Sapura 3-1.

Pemain-pemain KLHC meraikan kemenangan menewaskan Sapura pada perlawanan akhir merebut Piala TNB, semalam.

Malah, yang lebih menggembirakan pemain itu apabila diumumkan oleh Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) sebagai antara 25 pemain kebangsaan yang akan beraksi untuk kejohanan sepanjang 2011. Azam saya pada tahun ini adalah untuk terus cemerlang bersama skuad kebangsaan selain akan berusaha menempah tempat ke Sukan Olimpik bersama rakan-rakan lain yang terpilih bersama skuad kebangsaan. Anugerah yang saya peroleh ini adalah daripada bantuan rakan sepasukan KLHC yang bekerja keras untuk sepanjang kejohanan ini, kata Azlan kepada Utusan Malaysia di Stadium Hoki Tun Razak selepas tamat perlawanan akhir, kelmarin. Kejohanan terdekat yang menanti skuad kebangsaan pada tahun ini ialah Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah pada 5 hingga 15 Mei ini dan selepas itu akan menyertai Cabaran Juara-Juara 1 di Afrika Selatan, Disember ini. Kejohanan hujung tahun ini itu adalah yang paling penting buat skuad kebangsaan kerana bukan saja menawarkan mata ranking, malah disertai oleh pasukan terbaik dunia.

40

Azlan berkata, tumpuan selepas ini adalah memberikan fokus yang penuh bersama skuad kebangsaan selepas tamat Liga Hoki Malaysia untuk musim 2011. Ini juga adalah tumpuan komitmen baru saya yang amat penting selepas beraksi bersama KLHC dalam liga tahun ini. Kini cabaran yang menanti kami akan hadapi dengan bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama negara sehingga ke peringkat tertinggi, jelas Azlan.

Ranking Kedudukan Hoki Dunia

Kedudukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17

Negara Australia Germany Netherlands Spain Korea England New Zealand Pakistan India Argentina Canada South Africa Belgium Malaysia China Japan France
41

Benua OCE EUR EUR EUR ASI EUR OCE ASI ASI PAN PAN AFR EUR ASI ASI ASI OCE

Jumlah Mata 2605 2388 2215 2053 2005 1930 1560 1523 1360 1349 1249 1215 1210 1093 1085 985 818

18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32

Ireland Poland Austria United States Russia Scotland Czech Republic Chile Egypt Wales Italy Trinidad & Tobago Switzerland Mexico Belarus

EUR EUR EUR PAN EUR EUR EUR PAN AFR EUR EUR PAN EUR PAN EUR

750 735 695 685 573 505 480 441 403 395 370 301 278 258 200

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

42

9.0

PENUTUP Terlebih dahulu dipanjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana dengan

limpah dan kurnianya dapat kami siapkan tugasan kerja kursus pendek hoki ini dalam jangka masa yang ditetapkan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kami sampaikan kepada Encik Mohd Sharifuddin Abd Aziz, pengajar dan jurulatih GERKO permainan hoki kami atas segala nasihat, tunjuk ajar dan panduan yang telah beliau berikan. Tidak lupa salam penghargaan kami sampaikan kepada rakan-rakan kami yang lain atas kerjasama yang mereka berikan. Alhamdulillah, nampaknya terlalu banyak ilmu yang amat bermanfaat yang telah kami pelajari hasil daripada keputusan tugasan ini. Pertamanya, kami memperoleh ilmu tentang permainan hoki. Dalam bermain permainan hoki, terdapat pelbagai aspek perlu diambil kira. Justeru, kami harus mencari aspek tersebut. Kami harus tahu peraturan dan undang-undang permainan ini dan kami juga perlu mengetahui juga aspek-aspek yang lain. Terdapat beberapa aspek yang sukar kami cari. Namun, kami berusaha mencari maklumat bagi aspek tersebut dan akhirnya kami Berjaya jumpa aspek tersebut. Selain itu, kerja kursus ini turut mengajar kami cara-cara untuk menyusun sebuah tugasan dengan berkesan. Susunan tugasan ini juga perlu

diselenggarakan mengikut ketepatan masa. Maka, di sinilah kami pelajari cara yang berkesan dalam pengurusan masa. Akhir kata daripada kami ialah sukan hoki merupakan sukan yang sangat menarik dan sukan ini juga mampu meningkatkan kecerdasan diri seseorang. Ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Sharafuddin kerana telah membimbing kami dalam sukan ini dan memberi pelbagai tunjuk ajar kepada kami mengenai sukan ini

43