Anda di halaman 1dari 41

PENGENALAN SAINS SUKAN. KONSEP SUKAN.

Satu bentuk aktiviti manusia yang mengandungi sejarah tertentu. Sukan wujud mengikut perkembangan zaman. Hawkey (1993) sukan ialah aktiviti manusia yang melibatkan organisasi yang khusus dan pelaksanaan undang-undang. Sukan membabitkan kemahiran yang dapat mempengaruhi prestasi seseorang Secara umum - sukan merupakan aktiviti fizikal manusia yang berunsurkan pertandingan dan tertakluk dengan peraturan atau undang-undang yang telah di institusikan.

DEFINISI SAINS SUKAN. Hawkey (1993) aplikasi sains dalam aktiviti sukan. Swanson dan Massengale (1997) sains sukan bermula daripada pendidikan jasmani. (pendidikan jasmani - satu bidang yang memfokuskan kepada aktiviti fizikal yang menjadi elemen bagi meningkatkan tahap kesihatan). Secara umum sains sukan merupakan gabungan beberapa disiplin yang berteraskan sains (perubatan, anatomi dan fisiologi, psikologi, biomekanik, pemakanan dan sebagainya) yang kemudiannya di aplikasi dalam bidang sukan.

KEPENTINGAN SAINS SUKAN. 1. Prestasi sukan. Teori dan amali meningkatkan prestasi atlet (atlet) Pengetahuan sains sukan membantu jurulatih dan pegawai-pegawai sukan melaksanakan program latihan kepada atlet. Melakukan kajian bagi menyediakan satu program latihan yang lebih sistematik (sainstis sukan).

2. Kesihatan Membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan secara menyeluruh (atlet) Memberi pengetahuan terhadap kesan pengambilan makanan tambahan (ramai atlet terperangkap dengan penggunaan makanan tambahan/bantuan ergogenik)

Membantu atlet dan jurulatih merancang diet yang sesuai untuk kesihatan, kecergasan dan prestasi. Memberi pengetahuan mengenai kaedah dan prosedur latihan yang meminimumkan kecederaan kepada atlet. Pencegahan dan rawatan kecederaan membantu menangani masalah kecederaan.

3. Rekreasi Memberi pengetahuan menjalankan aktiviti rekreasi dengan tersusun. Membantu mengetahui cara-cara pengunaan alatan rekreasi dengan betul yang meningkatkan lakuan motor seseorang.

4. Ekonomi. -

Rekaan dan ciptaan hasil dari penyelidikan saintis sukan membantu menghasilkan alatan sukan yang lebih kompotetif dan di hasilkan secara komersil sekaligus menjana pendapatan negara.

5. Kerjaya Peluang-peluang pekerjaan dalam bidang sains sukan bergantung dengan kemajuan bidang sukan di sesebuah negara tersebut. Semakin maju bidang sukan, semakin banyak peluang pekerjaan dalam bidang sukan. Selain itu, penawaran pendidikan dalam bidang sains sukan juga dapat di tingkatkan dari segi kemudahan peralatan yang canggih, tenaga pengajar professional serta meningkatkan lagi peluang pekerjaan dalam bidang sains sukan dalam bidang pendidikan. Contoh pekerjaan berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains sukan adalah seperti wartawan sukan, intruktor kecergasan, jurulatih, ahli fisioterapi sukan, pegawai perubatan sukan, ahli perniagaan sukan dan sebagainya.

DASAR SUKAN NEGARA. -

Dasar Sukan Negara merupakan satu dokumen yang komprehensif ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Pihak yang bertanggungjawab dalam mengubal dan menyelaras DSN ialah Kementerian Belia dan Sukan. Penggubalan DSN merupakan antara usaha kerajaan dalam mengiktiraf sukan sebagai satu bidang yang mampu menaikkan nama negara di mata dunia selain mewujudkan
2

golongan masyarakat Malaysia yang sihat, cergas dan berdisiplin selain melahirkan atlet berprestasi tinggi hasil daripada pengetahuan, kemahiran dan bidang sains sukan. DSN digubal pada 20 Jan 1988. Pengubalan DSN melibatkan beberapa pihak antaranya:
-

Agensi kerajaan dan bukan kerajaan Pertubuhan-pertubuhan sukan Persatuan-persatuan rekreasi dan kecergasan. Majlis-majlis sukan Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta Badan-badan sukarela Orang-orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains sukan.

Intipati Dasar Sukan Negara ada dua iaitu Sukan Untuk Semua atau Sukan Massa dan Sukan Untuk Kecemerlangan atau Sukan Prestasi Tinggi.

Sukan untuk semua atau sukan massa


-

Tujuan: Mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan anggota masyarakat. Kumpulan sasaran: Golongan masyarakat, individu. Aktiviti yang di kategorikan sebagai sukan untuk semua: Riadah Rekreasi Sukan rakyat

Pengertian sukan massa (sukan untuk semua) - Merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan dan di uruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Konsep: Keseronokan, meningkatkan tahap kesihatan, interaksi social.

Sukan untuk kecemerlangan (sukan prestasi tinggi) Tujuan: Mengenalpasti, mengekalkan dan meningkatkan prestasi atlet ke tahap tertinggi. Kumpulan sasaran: Atlet, jurulatih, pegawai-pegawai sukan, persatuan-persatuan sukan. Aktiviti yang dikategorikan sebagai aktiviti sukan untuk kecemerlangan:
-

SUKAN SEA SUKAN ASIA SUKAN OLIMPIK Kejohanan-kejohanan dunia.

Pengertian sukan untuk kecemerlangan (sukan prestasi tinggi) - Merujuk kepada sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan-peraturan dan syarat-syarat Persekutuan sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukan pemenang. Konsep: Prestasi, kejayaan, kecemerlangan, kemenangan.

RASIONAL DASAR SUKAN NEGARA. -

Dasar Sukan Negara adalah satu dasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi sukan prestasi tinggi dan sukan untuk semua dan digubal berlandaskan atas rasional yang mana segala kegiatan itu adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan terhadap seluruh rakyat. Sukan berhak mendapat pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang disaran sebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan asasi sosial yang lain seperti pendidikan, pengangkutan, perumahan dan perkhidmatan kesihatan supaya membolehkan kerajaan mencapai pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan yang menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, muhibah, toleransi, kesefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal memberi satu landasan yang selesa untuk mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatupadu serta juga untuk pemupukan maruah bangsa dan negara. Tegasnya, sukan mempunyai kesan-kesan manfaat yang amat besar terhadap individu, masyarakat dan seterusnya negara.

Peringkat individu. Sukan menyumbang kepada: Pembentukan sahsiah, kesedaran diri termasuk semangat pertarungan. Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal Penggunaan masa kesenggangan yang berfaedah dan bermakna
4

Pengurangan tekanan hidup moden Interaksi social yang bermakna Perkembangan kemahiran-kemahiran asas Melalui gaya hidup yang aktif seperti ini seorang individu itu akan lebih sensitif terhadap kesejahteraan dirinya, dalam mana ia memahami sebenarnya akan kenikmatan penglibatannya dan semangat pertarungan. Segala aktiviti ini dilakukannya di dalam environmen dan keupayaannya sarna ada secara individu, di dalam suasana kekeluargaan, di dalam kalangan sahabat handai, didalam kumpulan-kumpulan sukarelawan atau pun di dalam suasana komuniti yang berlainan.

Peringkat masyarakat Sukan membantu kepada: Penggalakan pembinaan kualiti dan moral rakyat yang sesuai dengan aspirasi nasional; Pewujudan environmen untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik di dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara; Peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti; dan Pencegahan jenayah remaja dengan peluang-peluang penggunaan masa lapang yang memanfaatkan. Peringkat antarabangsa. Sukan membantu: Pencapaian kecemerlangan kepada peringkat yang paling tinggi Peningkatan masuah bangsa Pemupukan persahabatan Rasional Dasar Sukan Negara. Sumber diperoleh dari buku Dasar Sukan Negara (National Sport Policy). Terbitan Kementerian Belia dan Sukan.

Objektif Dasar Sukan negara.


i. Untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatupadu melalui

penyertaan yang lebih luas dan peluang-peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. ii. Untuk menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi bagi individu melalui sukan; iii. Untuk membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial seseorang individu dan kenikmatan kesenggangang di kalangan orang awam; dan
5

iv. Untuk mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan

yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan juga dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibah dan imej negara. Objektif Dasar Sukan Negara. Sumber diperoleh dari buku Dasar Sukan Negara (National Sport Policy). Terbitan Kementerian Belia dan Sukan.

STRATEGI DAN PELAKSANAAN DASAR.

Pelaksanaan kedua-dua intipati Dasar Sukan Negara memerlukan pelaksanaan secara serentak walaupun berbeza ciri dan penekanan terhadap pelaksanaannya. Secara umumnya, Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah bertujuan untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan cara hidup yang aktif dan sihat manakala Sukan Untuk Kecemerlangan (Sukan Prestasi Tinggi) menjurus kepada memberi peluang kepada individu yang berbakat dan berpotensi untuk menyertai pertandingan pada peringkat yang lebih tinggi. Kejayaan terhadap pelaksanaan strategi ini memerlukan kerjasama daripada pihak seperti: Awam Sukarela Swasta

Penekanan bagi mencapai objektif Dasar Sukan Negara merangkumi beberapa aspek seperti: i. Perancangan
- Merancang program jangka panjang.

Merupakan satu struktur atau perancangan bagi membangunkan kemajuan atlet, jurulatih, pentadbir, pegawai sukan. Merancang program jangka panjang perlu menitik beratkan beberapa aspek seperti: Jenis sukan yang berpotensi
6

Jenis sukan yang sesuai mengikut fizikal.

ii. Organisasi - Kerjasama dan usahasama antara persatuan negeri dan pusat dapat: Membangunkan sukan dalam negara. Mewujudkan hubungan yang lebiuh erat. Memudahkan pelaksanaan program yang telah dirancang di peringkat pusat. Contoh:
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) menyelaras Sukan

Untuk Semua (Sukan Massa) manakala Majlis Sukan Negara (MSN) menyelaras Sukan Prestasi tinggi.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berperanan dalam

menyelaras subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sains Sukan dan Kokurikulum di Sekolah manakala Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) bertanggungjawab mencungkil bakat-bakat murid dan memberi peluang untuk maju dalam bidang sukan. Di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga memainkan peranan dalam meningkat mutu dan kualiti sukan mahasiswa dan mahasiswi dalam aktiviti-aktiviti sukan dengan menyelaras Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) manakala penglibatan sukan oleh pekerja di perkhidmatan awam di selaraskan oleh Majlis Kebajikan dan Sukan Angota-Angota Kerajaan (MAKSAK).
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) badan induk kepada semua

persatuan sukan kebangsaan - bertanggungjawab dalam menentukan pemilihan atlet dan program latihan untuk atlet dengan bantuan dan kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN). Kedua-dua pihak ini bertanggungjawab dalam memastikan penglibatan atlet dan persatuan sukan dalam sebarang kejohanan adalah diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (International Olympic Council-IOC).

iii. Personel. 7

- Personal merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan menilai program yang akan dilaksanakan.
- Kriteria pemilihan personel adalah seperti berikut:

Bertauliah. Berpengalaman.

- Tujuan pemilihan personel mengikut criteria di atas adalah bertujuan untuk pelaksanaan sesuatu program dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, efisien dan lebih saintifik.

iv. Kewangan.

- Sumber kewangan diperlukan bagi menampung perbelanjaan dan pelaksanaan program yang telah dirancang selain membolehkan banyak program sukan di jalankan. - Sumber kewangan:

Sector swasta. Dermawan. Strategi pemasaran sesebuah organisasi (contoh: strategi kelab bola sepak Manchester United yang membeli Pemain antarabangsa Korea Selatan Park Ji Sung dari kelab PSV Eindhoven adalah bertujuan menembusi pasaran ekonomi di Asia yang member pulangan yang berganda kepada kelab)

v. Intensif
- Tujuan:

Menghargai segala pengorbanan dan sumbangan ahli-ahli sukan. Mendorong atlet, pegawai organisasi untuk terus meningkatkan prestasi ke tahap cemerlang dari masa ke semasa. Atlet yang banyak menyumbang jasa kepada negara di pertimbangkan mendapat pekerjaan, diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi dan gelaran bagi menghargai jasa dan sumbangan atlet kepada negara.. Contoh: Hapiz Hasyim pemain perseorangan badminton negara diterima bekerja dengan Polis Di Raja Malaysia. Misbun Sidek, Lee Chong Wee, Nicol Ann David dan ramai lagi mendapat gelaran Datuk.
8

- Antara bentuk-bentuk insentif:


Biasiswa Penganugerahan Cuti Elaun sara hidup Perlindungan insurans Perbelanjaan untuk latihan Yuran pendidikan

vi. Kemudahan
- Di laksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan yang bertanggungjawab

menyelaras, merancang dan mengagihkan kemudahan sukan berasaskan kepada Sukan Massa dan Sukan untuk Kecemerlangan di peringkat. - Penyediaan kemudahan meliputi pelbagai tahap dan kategori seperti amatur, elit, OKU dan sebagainya. - Kemudahan sukan negeri di selaraskan oleh kerajaan negeri meliputi bandar dan luar bandar. - Penyediaan keumudahan-kemudahan berstatus perdagangan dan sukarela adalah di galakkan. Contoh: Pembinaan gelanggang-gelanggang futsal sewa mampu menjana pendapatan individu selain penyediaan kemudahan untuk bersukan (perdagangan).

ETIKA DALAM SUKAN.

Setiap individu yang melibatkan diri dalam bidang sukan perlu mematuhi dan mengamalkan etika kesukanan atau lebih dikenali sebagai kod etika professional. Pengertian Kod etika professional: Berpegang teguh kepada nilai moral (berlandaskan kepada profesion individu tersebut). Ciri-ciri kod etika professional: Mengandungi perkara boleh dan tidak boleh dilakukan. Mengandungi prosedur dan hukuman (denda, penggantungan, pecat)

Contoh amalan beretika berdasarkan kepada kod etika professional:


9

Menunjukkan kelakuan yang baik Berdisiplin, kerjasama, toleransi, berani dan jujur Sentiasa mengambil tahu mengenai bidang sukan yang diceburi Semangat kesukanan yang tinggi, menerima kekalahan dengan hati yang terbuka Menghormati, menerima dan mematuhi setiap keputusan yang di keluarkan oleh pengadil. Sentiasa bersikap adil dan saksama dalam membuat keputusan.

Contoh amalan tidak beretika berdasarkan kepada kod etika professional: Memberikan maklumat dan data palsu. Menpengaruhi rakan atau ahli pasukan untuk membuat perkara negative Memboikot latihan kerana tidak berpuas hati Tidak mengendahkan nasihat doctor sehingga menyebabkan kecederaan semakin teruk jurlatih. Melakukan rasuah kepada individu lain yang bertujuan memberi kelebihan kepada dir, atlet atau pasukannya. Menjatuhkan maruah rakan, jurulatih, pegawai, negara.

Amalan beretika juga bertujuan mengekalkan keharmonian dalam sepanjang kejohanan dengan beberapa aspek seperti: Semangat kesukanan Harus ada pada setiap individu yang terlibat dalam bidang sukan. Setiap orang inginkan suasana aman dan selesa melalui sikap timbang rasa, saling memahami dan semangat kesukanan yang tinggi (atlet, penonton dan pegawai dapat mengelakkan risiko pergaduhan, kekasaran dan rusuhan) Setiap atlet perlu menanamkan sikap-sikap seperti: Semangat kesukanan yang tinggi Bermain bersungguh-sungguh Berdisiplin
10

Amanah Tujuan menanamkan sikap-sikap di atas adalah: Rasuah. Penyalahgunaan bahan dan dadah Menyalagunaan wang organisasi Penonton juga perlu menanamkan semangat kesukanan yang tinggi bagi: Menjamin keselamatan permainan, atlet dan penyokong lawan Tidak melibatkan diri dalam pertelingkahan Memberi sokongan padu kepada atlet atau pasukan walaupun kalah atau menang. Mematuhi peraturan dan undang-undang Atlet dan pegawai harus mengetahui dan memahami permaian dari segi undang-undag, strategi, teknik dan kemahiran yang bertujuan mengelakkan perkara-perkara yang menjadi penyebab kepada pelanggaran etika dalam bidang sukan berlaku seperti: Perbuatan yang mencederakan pihak lawan. Kekasaran. Ketidakpuashatian
Penonton juga harus memahami dan mengetahui peraturan dan undang-

undang dalam permainan yang mereka tonton bagi mengelakkan perbuatan mencela, memprovokasi dan memarahi atlet, pegawai dan pengadil yang mencetuskan kejadian yang tidak di ingini berlaku. Menghormati dan mematuhi keputusan pengadil. Atlet dan pegawai seharusnya: Sentiasa menghormati keputusan pengadil. Tidak membuat tindakan secara melulu. Mengawal emosi dalam pelbagai situasi Menghormati pihak lawan.
11

Penonton juga seharusnya: Menghormati keputusan pengadil Menghormati penyokong lawan. Mengawal emosi dan tingkah laku

PATRIOTISME MELALUI SUKAN.

Definisi patriotisme: perasaan cintakan negara yang terlalu tinggi. Patriotisme dalam sukan:-

Pengertian: Perasaan cintakan negara melalui sukan. Atlet, pegawai dan organisasi merupakan duta negara semasa terlibat dalam mana-mana pertandingan peringkat antarabangsa. Menunjukkan semangat cintakan negara dengan bertanding bersungguh-sungguh. Tidak meletakkan insentif dan ganjaran sebagai balasan kepada sumbangan dalam bidang yang diceburi.
Atlet, pegawai, penonton perlu menghayati slogan-slogan yang boleh

meningkatkan semangat cintakan negara atau negeri melalui sukan seperti Malaysia Boleh, Agi Idup Agi Ngalaban (Sarawak), Sabah Tatap (Sabah), Kejor Yob Kejor (Perak), Gomo Kelate Gomo (Kelantan), Tranung Nellang (Terangganu), Hoben Jang Hoben (Negeri Sembilan), Pulun Kedah pulun (Kedah) dan sebagainya.

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SUKAN

Menurut Hawkey (1993), sains sukan merupakan idea-idea sainstifik kepada aktivitiaktiviti sukan. Sains sukan juga berkembang selari dengan sejarah dunia. Sejarah perkembangan sains sukan meliputi 3 peringkat iaitu peringkat awalan, peringkat pertengahan dan peringkat terkini.
12

Peringkat awalan 1. Bermula pada?


-

Zaman Greek (Aktiviti sukan mula di kesan pada zaman ini).

2. Bagaimana cara latihan pada zaman itu? Latihan fizikal berbentuk ala ketenteraan.

3. Tujuan latihan begitu dilakukan? Menyediakan satu komuniti tentera yang kuat, berwibawa, berdisiplin.

4. Contoh? Kerajaan Sparta mengarahkan setiap budak lelaki yang berumur 6 tahun memasuki akademi tentera. Bagi budak yang tidak berpotensi, lembik dan lemah akan di biarkan mati. Bagi budak yang berpotensi akan dijadikan tentera yang gagah dan di serap masuk ke pasukan tentera senior pada umur 16 tahun. Pada masa bukan perang, tentera-tentera Sparta akan melakukan aktiviti-aktiviti sukan. Acara-acara olimpik pada hari ini seperti merejam lembing, cakera, berlari, bergusti adalah antara aktiviti yang di lakukan oleh tentera-tentera Sparta semasa aman. Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu acara dipertandingkan. Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia). Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung. Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani (sekarang dikenali sebagai Greece). Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat festival orang tidak beragama (pagan) dan pada 393, Maharaja Theodosius mengharamkan Olimpik, dan ini menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah diadakan semula pada abad ke-19 Di perolehi dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Olimpik. 5. Aktiviti sukan semakin berkembang pada abad ke 18. Kenapa? Ini kerana beberapa peristiwa yang berlaku pada tahun 1762 dan 1789.

6. Apakah yang berlaku pada tahun 1762?


13

Pada tahun 1762 merupakan tahun penghasilan sebuah buku yang bertajuk Emile yang di karang oleh Jean Jacques Rousseau.

7. Apa kandungan Emile? Kandungan Emila ialah penglibatan diri dalam aktiviti sukan memberi kebaikan kepada manusia dalam kehidupan seharian melalui aktiviti-aktiviti aksi dan pergerakan badan.

8. Itu sahaja? Ada lagi. Kesan penghasilan buku emile menyebabkan satu kajian telah di lakukan pada tahun 1770-an di Amerika Syarikat di mana 10% dari rakyat US berjoging pada masa senggang.

9. Apa pula yang berlaku pada tahun 1789? Pada tahun 1789 tercetusnya revolusi Perancis dengan kejatuhan Penjara Bastille.

10. Penjara Bastille? Ya, penjara tersebut merupakan lambang kekejamana pemerintahan perancis pada ketika itu.

11. Jadi apa kaitannya dengan kesukanan? Peristiwa tersebut menyebabkan terhapusnya jurang perbezaan antara golongan bangsawan dan golongan bawahan.

12. Adakah golongan bangsawan sahaja yang melakukan aktiviti sukan pada sebelum itu? Ya, golongan bangsawan sahaja pada masa itu yang melakukan aktiviti sukan.

13. Jadi maksudnya, selepas revolusi Perancis dan kejatuhan penjara Bastille, semua golongan boleh melakukan aktiviti sukan, begitu? Ya.

14. Apa sukan-sukan yang di lakukan hanya oleh golongan bangsawan tetapi tidak boleh dilakukan oleh golongan bawahan sebelum berlakunya revolusi Perancis? Antara aktivtii yang hanya di lakukan oleh golongan bangsawan ialah seperti tenis, lawan pedang, menunggang kuda.

Peringkat pertengahan. 1. Pada tahun bilakah sejarah perkembangan sains sukan di katakan bermula pada peringkat pertengahan?
14

Pada awal abad ke 19.

2. Apakah bentuk kajian atau aktiviti yang menyebabkan sains sukan mula di sedari menjadi satu subjek utama pada awal abad 19? Yang pertama adalah analisis kajian pergerakan manusia dan aktiviti sukan mula di perkenalkan.

3. Siapa yang memperkenalkan? Seorang sainstis bernama Edward Muybridge pada tahun 1878.

4. Apa kajian yang di lakukan oleh Edward? Dia memperkenalkan kaedah penggambaran aksi orang atau kuda berjalan dan berlari.

5. Dia sahaja sainstis yang membuat kajian mengenai pergerakan manusia hasil daripada aktiviti sukan?
-

Tidak, ada lagi seorang yang bernama H. Piper seorang sainstis German.

6. Apa kajian yang di lakukan oleh H. Piper? Beliau mencipta dan menggunakan satu alat yang di beri nama Elektromiogram (EMG) yang bertujuan mengukur impuls elektrek yang di hasilkan oleh otot manusia semasa pergerakan.

7. Bila pula bidang-bidang sains berkembang dan mula membincangkan mengenai bidang sukan? Semuanya berlaku pada pertengahan abad ke 20 dimana pada masa itu, banyak bidang sains seperti antropometri, biologi, biomekanik, fisiologi dan psikologi menghasilkan kajian dan jurnal mengenai sukan.

8. Pada tahun bilakah sains sukan mula menjadi popular? Pada tahun 1980-an.

9. Kenapa tahun 1980-an? Kerana pada masa itulah berlakunya fenomena ledakan kecergasan atau fitness boom di seluruh dunia.

10. Itu saja?


-

Tidak, ada lagi. Pada tahun 1980-an itu jugalah banyak university di US mula memperkenalkan dan menawarkan subjek-subjek dan bidang-bidang sains sukan dalam pengajian di kampus. Pada tahun itu jugalah pusat-pusat pendidikan jasmani menukarkan namanya kepada sains sukan.
15

11. Menukar, maksudnya?

Kan sebelum ini aktiviti sukan semuanya diletakkan di bawah subjek pendidikan Jasmani. Jadi apabila timbulnya subjek dan bidang baru, konsep evolusi pun berlaku dan dari pendidikan jasmani kepada sains sukan.

12. Jadi subjek pendidikan jasmani sekarang ini tidak ada lagi lah, begitu? Bukan, subjek pendidikan jasmani ada lagi cuma bidangnya tidak lagi seperti sebelum ini. Aktiviti sukan dan pembelajaran sukan mempunyai perbezaan antara pendidikan jasmani dan sains sukan.

Peringkat terkini. 1. Cerita sedikit mengenai bagaimana perkembangan sains sukan mula berlaku di zaman moden/terkini. Sekarang subjek dan pembelajaran sains sukan semakin berkembang tambah-tambah lagi melalui pembelajaran sains sukan ini sangat-sangat membantu atlet dan pegawai meningkatkan prestasi.

2. Buktinya?
-

Cuba fahami betul-betul fakta mengenai acara pecut ini. Jika dikaji sejarah rekod dunia acara 100m lelaki, rekod pertama yang dicatatkan bawah 10s menggunakan pencatat masa elektronik adalah pada tahun 1968 dengan catatan 9.95s iaitu di lakukan di kawasan beraltitud tinggi di Mexico City oleh Jim Hines dari US. Rekod dunia itu, bagaimanapun telah direndahkan beberapa kali oleh beberapa pelari dari US, Kanada dan Jamaica. Antara yang telah Berjaya memecahkan rekod dunia itu termasuklah Calcin Smith (9.93s 1983), Carl Lewis (9.93s 1987, 9.92 1988, 9.86s 1991), Leroy Burrell (9.85 1994), Donavon Bailey (9.84s 1996), Maurice Greene (9.79s 1999), Asafa Powell (9.77s 2005, 9.74s - 2007) dan Usain Bolt (9.72s, 9.69s dan 9.58 2009) Di perolehi dari http://anakjelapang10.blogspot.com/2010/04/pencapaian-ajaibmanusia-dalam-acara.html

3. Cuba terangkan.
-

Cuba kamu perhatikan catatan masa 100m di atas. Setiap rekod sentiasa meningkat mengikut tahun terkini. Mungkin pada tahun 1968 catatan masa 9.95s merupakan catatan masa yang paling hebat pada masa itu tetapi cuba bandingkan dengan catatan masa pada tahun 2009 iaitu 9.58s. Persoalannya adakah ini kebetulan?, adakah factor fizikal?, adakah factor persekitaran dan pemakanan?. Paling jelas ialah factor kajian, analisis, penilaian dan sebagainya yang berpunca dari bidang sains sukan merupakan factor utama dalam peningkatan prestasi.
16

4. Maksudnya melalui kajian dan pembelajaran sains sukan mampu meningkatkan pretasila, begitu? Ya.

5. Ada lagi maklumat mengenai peringkat terkini dalam sejarah perkembangan sains sukan? Ada, semasa tahun-tahun 1990-an ke atas, banyak sainstis-sainstis sains sukan melakukan penyelidikan, menghasilkan jurnal, seminar dan sebagainya.

6. Contoh?. Contohnya seminar yang di anjurkan pada tahun 1995 di Atlanta, US yang menghimpunkan sebanyak 2000 orang dalam seminar Kongres Sains Sukan Sedunia III yang di anjurkna oleh Majlis Olimpik Kebangsaan (OIC).

7. Tadi ada di nyatakan mengenai kajian-kajian yang meningkatkan prestasi atlet 100m dari tahun 1968 hingga kini. Boleh bagi contoh-contoh lain bagaimana melalui kajian boleh meningkatkan prestasi atlet?
-

Banyak kajian yang boleh meningkatkan prestasi atlet seperti penghasilan peralatan berteknologi yang dibenarkan, penghasilan kemahiran yang mampu menghasilkan keputusan yang baik, pembinaan fizikal yang mantap dan sebagainya.

8. Adakah contoh-contoh artikel berkenaan jawapan no 7? -

Artikel di bawah menjelaskan mengenai bagaimana peranan teknologi, pengetahuan, kemahiran dan sebagainya yang berpandukan dari bidang sains sukan. Kalau diperhatikan bentuk fizikal badan atlet seperti Phelps dan Bolt, ia mempamerkan kehebatan bentuk badan ciri-ciri atlet unggul yang memberi kelebihan ketika bertanding di samping kemahiran dan keupayaan sebenar. Sebagai contoh, Phelps yang juga dipanggil Superfish mempunyai ketinggian 193cm, mampu menggunakan keadaan fizikal badannya lain daripada atlet lain - disifatkan seperti Dolphin berbanding perenang lain. Di antara kelebihan Phelps ialah beliau mempunyai kekuatan jantung yang mampu mengepam 30 liter darah setiap satu minit ke ruang otot-otot dengan purata dua kali. Kekuatan jantung ini dapat membantu beliau mengambil bahagian pada tahap terbaik dua atau tiga kali sehari. Di samping itu, beliau mempunyai kekuatan paru-paru yang membolehkannya berada dalam air lebih lama, menghindarkan percikan dan tarikan sekiranya beliau muncul ke paras air lebih awal. Teknologi mempunyai kesan ke atas prestasi atlet. Mengikut Berita Nanoweek, Olimpik Beijing diperkenalkan dengan penggunaan nanoteknologi
17

dalam menghasilkan spike. Spikeasimetrikel yang menggunakan nanoteknologi dikatakan dapat memberi prestasi atlet lebih berkesan, tahap keyakinan yang tinggi dan stabil. Persaingan bukan sahaja di kalangan para atlet, tetapi membuka ruang perlumbaan teknologi pada masa yang sama. Pakaian baju renang Speedo telah mengiyakan kesan teknologi ke atas pencapaian atlet renang dunia setakat ini. Di perolehi dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2008&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm 9. Kalau di Asia, adakah kajian dan pencapaian yang tinggi di hasilkan? - Ada contohnya sainstis Thailand yang mengkaji dan menghasilkan servis kuda dalam sukan sepak takraw. Di China, sainstis-sainstisnya mengkaji bagaimana mengekalkan prestasi dalam sukan gimnastik. Di Korea Selatan, sainstisnya telah mengkaji dan mencipta kasut yang mampu menstabilkan atlet memanahnya semasa melakukan panahan. PERKEMBANGAN SAINS SUKAN DI MALAYSIA. 1. Bilakah bermulanya perkembangan sains sukan di Malaysia? - Bermula sebagai sebuah program di Institusi Pengajian Tinggi Awam pada tahun 1995. 2. Di IPTA mana tuh? - Di Universiti Malaya. 3. Apa opsyen yang di tawarkan oleh UM? - Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Pengurusan Sukan) 4. Pada tahun 1995, adakah IPTA lain yang menawarkan subjek Sains Sukan ini? - Ada, di Institusi Teknologi Mara dan kini sudah menjadi Universiti Teknologi Mara menawarkan Diploma Sains Sukan dan Rekrasi. 5. Selain IPTA, adakah pihak lain yang bertanggungjawab dalam membantu mengembangkan sains sukan di Malaysia? - Ada iaitu Institut Sukan Negara (ISN), Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) dan Persatuan Perubatan Sukan Malaysia (PPSM). 6. Setiap persatuan di jawapan no 5 berfungsi sebagai apa untuk di katakana sebagai antara pihak yang bertanggungjawab mengembangkan sains sukan di Malaysia? - Institut Sukan Negara (ISN) berfungsi mengendalikan penyelidikan dalam sains sukan untuk meningkatkan pencapaian atlet negara. Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) dan Persatuan Perubatan Sukan Malaysia (PPSM) berperanan sebagai mengajurkan bengkel, seminar dan konvensyen pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi membincangkan dapatan kajian yang terkini dalam bidang sains sukan. 7. Adakah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak terlibat dalam mengembangkan sains sukan di Malaysia?. - Ada dengan menawarkan matapelajaran sains sukan pada tahun 2000 di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar sebagai mata pelajaran elektif kepada pelajar murid tingkatan 4 dan tingkatan 5. 8. Pada tahun bila matapelajaran ini di jadikan sebagai matapelajaran SPM? - Pada tahun 2001.
18

SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN SUKAN KEBANGSAAN (SPKK) 1. Bilakah skim ini di wujudkan? - Di wujudkan pada 14 Jan 1985. 2. Siapakah pihak yang bertanggungjawab mewujudkan SPKK? - Majlis Sukan Negara. 3. Punca-punca SPKKdi wujudkan? - Hasil daripada usul peserta di Simposium Kejurulatihan Kebangsaan 1985. 4. Apa yang dicadang atau di usul oleh peserta Simposium Kejurulatihan Kebangsaan 1985? - Agar sistem kejurulatihan kebangsaan di kembangkan. 5. Apa tindakan Majlis Sukan Negara selepas mendapat cadangan dari peserta?. - Menubuhkan satu lembaga bagi menyelaras SPKK iaitu Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan. 6. Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK)? - Ya. Lembaga ini adalah sebagai penyelaras SPKK dengan bekerjasama dengan persatuan-persatuan sukan dan badan-badan sukan kebangsaan. 7. Apalah tugas-tugas utama LKK? - Tugas utama LKK ada empat iaitu: Wujudkan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan. Menyusun dan mengubal kurikulum kebangsaan. Menyelaras semua kegiatan kejurulatihan bagi persatu-persatuan kebangsaan. Melaksanakan apa-apa tugas dari masa ke semasa berhubung dengan kejurulatihan yang di arahkan oleh Menteri Belia dan Sukan. 8. Ada lagi maklumat mengenai SPKK? - Ada iaitu objektif LKK. Objektif LKK ada empat iaitu: Melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang sains sukan, pengkhususan sukan dan amalan kejurulatihan yang bertujuan untuk memajukan prestasi serta pencapaian atlet kebangsaan. Menyediakan satu program yang sistematik untuk menambah bilangan jurulatih dan memberi jurulatih peluang untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang kejurulatihan. Menyediakan satu sistem dan pendekatan yang professional serta saintifik dalam bidang kejurulatihan ke arah memajukan sukan di Malaysia. Menyelaras dan melaksanakan semua program aktiviti persijilan kejurulatihan pada semua peringkat. 9. Lain-lain maklumat? - Lain-lain maklumat mengenai SPKK ini ialah di wujudkan satu jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum (JPK) di bawah selarasan SPKK. 10. Apa peranan JPK? - Peranan JPK ialah membangunkan kurikulum sains sukan, pengkhususan sukan dan praktikal. Ketiga-tiga komponen (sains sukan, pengkhususan sukan dan praktikal) akan di dedahkan kepada setiap jurulatih. 11. Contohnya?. - Contohnya komponen sains sukan. Setiap jurulatih akan di dedahkan dengan pengetahuan asas sains sukan. 12. Tujuan jurulatih di dedahkan dengan pengetahuan asas sains sukan? - Tujuannya adalah memberi pengetahuan kepada jurulatih bagaimana melaksanakan program latihan kepada atlet dengan lebih terancang dan sistematik.
19

13. Komponen pengkhususan sukan?. - Komponen ini mendedahkan kepada jurulatih teknik, strategi dan kemahiran bagaimana melatih atletnya mengikut bidang sukan yang di ceburi. Setiap kandungan dalam komponen ini di sediakan oleh persatuan bidang tersebut samada persatuan negeri atau pusat tetapi kandungan komponen ini perlu mengikut garis panduan LKK. 14. Contohnya?. - Contohnya jurulatih bola sepak. Jurulatih bola sepak akan di dedahkan bagaimana menyusun program latihan yang pengisiannya adalah bagaimana pemain belajar dan mengaplikasikan strategi, teknik dan kemahiran dalam permainan atau pertandingan sebenar. Semua kandungan dan pengisian komponen ini adalah di kelolakan oleh persatuan bola sepak negeri contohnya Sabah Football Assosiation SAFA, Persatuan Bola Sepak Kelantan - KAFA. Manakala bagi persatuan pusat Football Assosiation of Malaysia (FAM). 15. Bagaimana pula komponen yang ketiga?. - Komponen ketiga merupakan praktikal di mana setiap jurulatih di beri peluang untuk mengaplikasikan setiap ilmu yang dipelajari semasa menjalani kursus kejurulatihan yang telah dihadiri. Setiap apa yang dilakukan akan di nilai dan kemudiannya di tauliahkan. 16. Pihak yang bertanggungjawab menilai dan memberi pentauliahan? - Persatuan kebangsaan bagi permainan atau bidang yang di ceburi jurulatih tersebut. 17. Contohnya? - Contohnya bola sepak (Football Assosiation of Malaysia - FAM), badminton (Badminton Assosiation of Malaysia - BAM), hoki (Malaysian Hockey Federation MHF) 18. LKK ada memantau kah atau sepenuhnya di bawah bidang kuasa persatuan kebangsaan?. - Tidak. Dalam hal ini LKK akan memberi garis panduan dalam melaksanakan komponen ketiga ini kepada setiap persatuan kebangsaan. 19. Ada lagi apa-apa maklumat mengenai SPKK? - Ada iaitu SPKK terbahagi kepada tiga tahap iaitu: Tahap 1: Pengetahuan asas Sains Sukan. Tahap 2: Pengetahuan khusus aspek Sains Sukan. Tahap 3: Kajian dalam sukan. 20. Maksudnya?. - Maksudnya setiap jurulatih yang ingin menjadi jurulatih yang bertauliah mesti mempunyai antara 3 tahap yang di nyatakan pada jawapan no 19, kemudian mesti menjalani kursus kejurulatihan yang dikelolakan oleh persatuan-persatuan Kebangsaan dan memohon menjadi jurulatih yang bertauliah. PENGAJIAN SAINS SUKAN DI INTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA.

Intitusi Pengajian Tinggi di Malaysia di bahagikan kepada dua jenis iaitu Institttusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Kedua-dua IPT ini menawarkan program pengajian di peringkat sijil, diploma, ijazah (sarjana muda), master (sarjana) dan phd (Kedoktoran). Selalunya bidang sains sukan ditawarkan di Intistusi Pengajian Tinggi Awam seperti:20

Universiti Malaysia UM Universiti Putra Malaysia UPM Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI. Universiti Teknologi Malaysia - UTM Universiti Kebangsaan Malaysia UKM Universiti Teknologi Mara UiTM Universiti Malaysia Sabah UMS.

Kursus-kursus yang ditawarkan.

Setiap mahasiswa atau mahasiswi yang ingin menamatkan pengajian dalam bidang sains sukan mestilah mengambil kursus-kursus seperti di bawah bagi membolehkan pengiktirafan dari lemabaga pengajian. Anatomi dan Fisiologi Sejarah dan Falsafah Sains Sukan Biomekanik Lakuan Motor Fisologi Pemakanan Sukan Pengurusan Sukan Rehablitasi Sukan. Psikologi Sukan Sosiologi Sukan Kesihatan dan Kecergasan Kejurulatihan

Peringkat pengajian.

21

Berikut merupakan contoh-contoh peringkat pengajian bagi bidang sains sukan dari peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan kedoktoran. Peringkat Pengajian Diploma Diploma Pengajian Sukan Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi Diploma Pengurusan Kesenggangan Diploma Kesihatan dan Kecergasan. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan sukan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dan Kejurulatihan Sukan Ijazah Sarjana Muda Fisiologi Sukan dan Terapi Atlet Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan Ijazah Sarjana Muda Kejurulatihan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains sukan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejurulatihan sukan Ijazah Sarjana Muda Sains sukan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan sukan Ijazah Sarjana Muda Sains kesihatan dengan pengkhususan dalam sains sukan Ijazah Sarjana Pendidikan (Sains Sukan) Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Sukan) Ijazah Sarjana
22

Bil 1

Tempoh Pengajian 3 tahun 3 tahun 3 tahun 3 tahun 3 tahun 3 tahun 3 tahun 3 tahun 3 tahun 4 tahun 4 tahun 4 tahun 3 tahun 3 tahun 3 tahun

Ijazah Sarjana muda

Universiti yang menawarkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Malaya (UM) Universiti Malaya (UM) Universiti Malaya (UM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Pendidikan

Sarjana

34 tahun 34 tahun 34

Kedoktoran

Pendidikan (Kejurulatihan Sukan) Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Sains Sukan) Ijazah Doktor Falsafah (Psiokolgi Sains Sukan) Ijazah Doktor Falsafah (Kejurulatihan Sukan)

tahun 34 tahun 34 tahun 34 tahun

Sultan Idris (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Program ijazah sarjana kebiasaannya adalah program lanjutan dari bidang ijazah sarjana muda yang sudah diperoleh semasa peringkat ijazah sarjana muda. Program lanjutan bermaksud pengajian dalam bidang tersebut di lanjutkan dengan penulisan kajian atau tesis. Peringkat kedoktoran selalunya bergantung dengan university itu sendiri dengan menawarkan program ijazah sarjana dan kedoktoran dengan penyelidikan penuh dan program kedoktoran dengan penyelidikan penuh. Ini bermaksud, ada university yang menawarkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dan apabila habis ijazah sarjana terus menyambung kepada kedoktoran. Selain itu, kebanyakkan university menyediakan program pengajian kedoktoran sahaja tetapi memerlukan setiap pemohon mempunyai ijazah sarjana yang berkelayakan mengikus syarat yang telah di tetapkan oleh university tersebut. Antara kursus atau bidang dalam sarjana dan kedoktoran bagi sains sukan adalah seperti: Fisiologi senam Biomekanik Lakuan morot Psikologi sukan Rehabilitasi.

SAINS SUKAN DAN KERJAYA.

Bidang kerjaya dalam bidang sains sukan sangat meluas yang bermula pada tahun 1990-an. Banyak penawaran bagi individu yang mempunyai pengetahuan dan pentauliahan dalam bidang sains sukan.
23

Beberapa pecahan kerjaya dalam bidang sains sukan adalah seperti berikut: Kesihatan dan kecergasan Instructor kecergasan Jurupulih anggota (fisioterapi) Promoter produk kesihatan Pengendali program (cth: pemulihan jantung, pemulihan diabetes) Pakar pemakanan Dietisian. Sukan Jurulatih kecergasan Pengurus kelab sukan Konsultan sukan Pegawai sukan kolej/university Pengurus peribadi atlet. Wartawan sukan Pengawai informasi sukan Perniagaan Pembekal peralatan sukan Pengajur kejohanan sukan peringkat negeri, negara dan antarabangsa Pegawai pemasaran sukan Penyelidikan Saintis sukan Ahli biomekanik.

Setiap komponen kerjaya di atas memerlukan pengetahuan dalam bidang sains sukan.

24

PENGURUSAN SUKAN. Definisi pengurusan: satu usaha untuk mengelola atau menyelesaikan satu tugasan secara bersama dengan orang lain, sekumpulan orang atau dengan beberapa kumpulan orang semata-mata untuk membantu atau mencapai objektif sesebuah organisasi. Definsi organisasi: Satu kesatuan yg terdiri drpd bahagian-bahagian individu dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama) Definisi sukan: Segala jenis latihan gerak badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan Definisi pengurusan sukan:

Proses merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti manusia dengan campuran sumber lain dalam organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Willism, Charlie dan Warren (1972) satu proses menggunapakai peralatan dan sumber manusia untuk mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Ia melibatkan organisasi, pengarahan, penyelarasan dan penilaian ke atas manusia untuk mencapai matlamat tersebut. Butcher (2000) pengurusan sukan merupakan satu bidang yang menawarkan latihan khusus dan keperluan pendidikan kepada individu-individu yang ingin bekerjaya dalam industry sukan. DeSensi, Kelly, Blanton dan Beitel (1990) pengurusan sukan sebagai kemampuan mengurus gabungan tujuh komponen kemahiran.

Penilaian

Perancangan

kepimpinan Penguru san sukan 25

Pengelolaan

Penyediaan belanjawan Pengawalan

Pengarahan

Pengurusan sukan sebagai gabungan komponen kemahiran. Sumber: DeSensi, Kelly, Blanton dan Beitel (1990)

Ketujuh-tujuh komponen kemahiran pengurusan sukan di atas adalah berkait rapat antara satu sama lain bagi mengurus sebuah organisasi. Berikut merupakan hubungkait antara tujuh kemahiran pengurusan bagi sebuah organisasi sukan.

Komponen Perancangan

Perolehan pengetahuan - Masa yang diperuntukan - Bilangan peserta - Belanjawan yang diberi. Masa yang diperuntukan Bilangan peserta Belanjawan yang diberi Kemudahan tersedia

Tugasan/keperluan Menetapkan: - Jadual latihan, pra-pertandingan dan pertandingan. - Tempat latihan, pra-pertandingan dan keperluan atlet/badan sukan. Menetapkan: - Masa latihan, pra-pertandingan dan pertandingan. - Kemudahan alatan yang tersedia - Jenis pertandingan - Menyenarai pegawai Mengarahkan komponen kemahiran yang lain menjalankan tugas mereka Pemantauan dan pemerhatian ke atas perjalanan komponen kemahiran yang lain Mengawal selia bidang tugas komponen kemahiran pengurusan yang lain. Bersedia memberi bantu mula dan

Pengelolaan

Pengarahan

Maklumat perancangan dan bentuk latihan atau pertandingan Maklumat komponen lain dalam pengurusan sukan

Pengawalan

26

Penyediaan Belanjawan

Pemimpin (Jurulatih, pengurus, pakar pemakanan)

Penilaian

bantuan terapi kepada atlet yang mengalami kecederaan semasa latihan atau pertandingan dengan menyediakan fisioterapi dan pegawai perubatan. Kertas kerja program yang - Meneliti kertas kerja dirancang - Mendapatkan belanjawan daripada sector/bahagian tertentu seperti Kementerian Belia dan Sukan. - Mendapat tajaan daripada badanbadan korporat dan individu. Maklumat daripada - Merangka rancangan latihan komponen perancangan - Mengaplikasikan prinsip-prinsip dan dan pengelolaan kaedah-kaedah latihan - Menetapkan ujian dan mendapatkan skor - Mengurus persediaan dan kebajikan peserta/atlet - Pemakanan atlet Maklumat daripada semua Menilai: komponen kemahiran yang - Perancangan lain - Kemajuran atlet - Interprestasi - Kemudahan perubatan/fisioterapi/bantu mula - Kemampuan kepimpinan jurulatih, pengurus pasukan dan pakar pemakanan mengurus atlet - Samada kesemua komponen kemahiran bergerak di landasan yang betul dan mencapai objektif yang telah ditetapkan pada setiap yang dirancang.

Organisasi sukan adalah berbeza dengan organisasi lain. Perbezaan yang paling ketara ialah dari segi penggunaan sumber manusia. Organisasi bukan sukan menggunakan tujuh kemahiran yang terdapat dalam organisasi sukan sebagai jawatan bagi individu. Contohnya bagi kemahiran belanjawan. Organisasi bukan sukan akan melantik seorang yang mempunyai pengetahuan matematik dan memegang jawatan sebagai akauntan. Manakala bagi organisasi sukan, ketujuh-tujuh kemahiran dikuliahkan semasa mengambil kursus pengurusan sukan. Pengurusan sukan di bahagikan kepada dua bentuk iaitu: Satu bidang yang mewujudkan pelbagai kerjaya pengurusan secara professional dalam sukan.
27

Penyediaan akademik secaar professional yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian tinggi sebagai satu kursus utama.

SISTEM PERTANDINGAN. Sesuatu pertandingan yang di anjurkan adalah bertujuan: Mencari pemenang Keseronokan. Mencari, menilai dan memilih individu yang berpotensi. Sebuah pertandingan yang di anjurkan perlu memilih cara pelaksanaan pertandingan atau yang lebih mudah difahami sistem pertandingan. Pemilihan sistem pertandingan adalah bergantung kepada beberapa factor atau ciriciri seperti: Masa yang di perlukan Alatan dan kemudahan yang ada Pegawai dan petugas yang diperlukan Kewangan Bilangan penyertaan, undang-undang dan peraturan Penentuan pemenang dan pemain yang sah Agihan perlawanan yang adil Jenis pertandingan. Mungkin kita pernah mendengar pertandingan berbentuk kejohanan. Persoalannya, adakah kita tahu ciri-ciri pertandingan berkonsepkan kejohanan? Ciri-ciri pertandingan berbentuk kejohanan:i. Membenarkan peserta bertanding dalam beberapa acara yang berlainan berdasarkan kepada undang-undang permainan dan peraturan am. ii. Boleh dikelolakan selama sehari atau beberapa hari sahaja. iii. Kejohanan akan melibatkan pengurusan dan perancangan yang kemas dan rapi. iv. Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan menetapkan masa bagi sesuatu acara yang dipertandingkan. Contoh pertandingan berbentuk kejohanan ialah Kejohanan Padang dan Balapan di bawah kelolaan MSSM. Setiap atlet boleh mengambil 3 acara individu dan 2 acara berkumpulan.

Sistem Liga - Objektif: Memberi peluang kepada peserta untuk mengadakan pertarungan yang lebih banyak. Bertarung dengan setiap ahli dalam kumpulan. Pasukan terbaik akan dihasilkan. - Kelebihan sistem liga. Merupakan satu format pertandingan yang popular. Senang dan mudah di kelolakan. Jadual-jadual perlawana sudah di ketahui awal Menggalakkan penyertaan yang ramai.
28

Jangka masa panjang boleh memperbaiki prestasi sebelum habis pertandingan Peserta tidak merasa rugi kerana berbaloi dengan latihan persediaan yang telah dilakukan sebelum pertandingan. Peserta akan bermain bersungguh kerana setiap keputusan yang di peroleh akan menentukan mata. Segala maklumat mengenai pertandingan di kumpul dalam satu jadual kedudukan. Formula sistem liga a) Jumlah peserta = N b ) Jumlah semua perlawanan Jika bilangan pasukan ialah 5, maka N=5 Jika N=5, maka jumlah semua perlawanan ialah:

N (N 1) 2 5 (5 1) 2 = 10 perlawanan c) Jumlah pelawanan setiap pasukan Jika N=5, maka jumlah perlawanan setia pasukan ialah:

N-1= 5 1 = 4 perlawanan

Jenis-jenis sistem liga. Sistem liga satu pusingan Setiap pasukan akan bertemu sekali sahaja antara satu sama lain Contohnya: sekiranya hanya terdapat 6 pasukan/peserta maka setiap pasukan/peserta akan menghadapi 5 perlawanan masing-masing untuk menentukan juara. Sistem liga dua pusingan Setiap pasukan akan bertemu dua kali (timbal balik). Selalunya membabitkan istilah bermain tempat sendiri dan bermain di tempat lawan (Home away) Contohnya: sekiranya ada 6 pasukan/peserta maka setiap pasukan/peserta akan mengharungi 10 perlawanan. Setiap lawan yang dihadapi akan dihadapi semula (bertemu dua kali) Separa liga Menggabungkan dua jenis sistem pertandingan dalam satu sistem pertandingan.
29

Selalunya sistem ini menggunakan sistem liga pada peringkat awal (pusingan pertama) dan sistem kalah mati pada peringkat seterusnya (pusingan kedua, pusingan ketiga, suku akhir, separuh akhir dan akhir). Separa liga ada beberapa jenis. Antaranya: separa liga 2 kumpulan Sangat sesuai digunakan apabila penyertaan adalah 6 hingga 8 pasukan/peserta. Setiap pasukan akan di agihkan sama rata Pasukan pilihan akan di asingkan (pilihan pertama dalam Kumpulan A dan pilihan kedua dalam kumpulan B dan sebaliknya) Selepas pertandingan liga di lakukan dalam setiap kumpulan, johan dan naib johan setiap kumpulan akan bermain pada peringkat separuh akhir (Johan kumpulan A akan bertemu Naib Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan B akan bertemu Naib Johan Kumpulan A) Pemenang bagi dua perlawanan tersebut akan menemukan kedua-dua pemenang dan keputusan perlawanan kedua-duanya akan menentukan juara. separa liga 3 kumpulan membabitkan penyertaan seperti 9 atau 11 pasukan/peserta. Setiap pasukan/peserta akan di agihkan dalam tiga kumpulan (kumpulan A, B dan C) Pasukan/peserta pilihan (pilihan pertam, kedua dan ketiga) akan di agihkan. Selepas setiap pasukan/peserta selesai bertemu dengan lawan masing-masing dalam kumpulan masing-masing, setiap johan dan naib johan akan di asingkan dan akan di undi samada masuk kumpulan X atau Y. Ketiga-tiga johan akan di undi. Ini bermaksud, akan ada dua johan kumpulan dalam satu kumpulan dan akan ada dua naib johan kumpulan untuk satu kumpulan. Contoh: Peringkat pertama

A
1. 2. 3. 1. 2. 3.

B
1. 2. 3.

Peringkat kedua

X
1. Johan A 2. Johan B 3. Naib johan 30 A

Y
1. Johan c 2. Naib johan B 3. Naib johan C

Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan X dan Y akan bermain pada peringkat separuh akhir dan pemenang pada perlawanan tersebut akan bertemu pada peringkat akhir. separa liga 4 kumpulan dan ke atas. Separa liga 4 kumpulan dan ke atas mudah di kelolakan walaupun mudah lagi separa liga 2 kumpulan. Separa liga 4 kumpulan dan ke atas inilah yang di gunakan bagi pertandingan akhir bola sepak piala dunia di mana ada 36 pasukan yang terlibat dan di bahagikan kepada 8 kumpulan (A, B, C, D, E, F, G dan H). Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan bermain untuk peringkat kedua. Pasukan yang dapat mengekalkan momenton kemenangan akan bermain seterusnya sehingga kalah. Kalah mati sekali Objektif: peserta mesti mengalahkan lawannya untuk meneruskan menyertai pertandingan. Langkah pengelolaan bagi pertandingan kalah mati sekali ada dua perkara yang perlu di titik beratkan iaitu: -

Bilangan peserta menunggu (bye) Penempatan pasukan pilihan (seeded)

Kelebihan sistem kalah mati sekali: Jadual pertandingan menggunakan sistem ini mudah di fahami Mudah dilaksanakan Sangat-sangat sesuai mencari juara dengan masa yang pendek Peralatan yang di gunakan terhad Pegawai yang di lantik sedikit Boleh menampung penyertaan yang ramai.
31

Menarik minat penyokong kerana konsep bermain untuk menang Sesuai di gunakan bagi pertandingan berbentuk carnival

Kelemahan sistem kalah mati sekali: Setiap peserta hanya mempunyai satu sahaja peluang (jika menang teruskan, jika kalah terus tersingkir) Separuh peserta sudah tersingkir pada peringkat awal. Pemain pilihan belum tentu menjadi juara.

Terdapat beberapa jenis sistem kalah mati seperti: Sistem kalah mati sekali Sistem kalah mati dua kali Sistem kalah mati tiga kali Sistem kalah mati bersagu hati Sistem kalah mati berlapis Sistem kalah rawak berterusan

Formula sistem kalah mati sekali. a) b) Jumlah peserta = N Jumlah braket yang digunakan ialah: kuasa dua yang digunakan mestilah lebih besar atau sama dengan bilangan peserta (21) = 2 (2 pasukan) (22) = 4 (3 dan 4 pasukan) (23) = 8 (5, 6, 7 dan 8 pasukan) (24) = 16 (9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 dan 16 Pasukan) (25) = 32 (17 hingga 32 pasukan) Jumlah semua perlawanan ialah: N1= Jumlah bye dalam perlawanan ialah: (kuasa dua) N = Jumlah perlawanan dalam pusingan pertama ialah: N Bye 2 Jika bilangan pasukan ialah 7, maka N=7 Jika ada 7 pasukan maka kuasa dua ialah (23) = 8. Kerana jumlah pasukan adalah kurang dari 8.

c) d) e)

Contoh: 7 1 = 6 Jadi ada 6 perlawanan keseluruhan. Contoh: (23) N (8) 7 = I Jadi ada 1 bye Contoh: 7 1 = 6 = 3 2 2 Jadi ada tiga perlawanan pada peringkat pertama.

Sistem kalah mati dua kali


32

Objektif: memberi peluang kedua kepada pasukan/peserta yang kalah pada perlawanan pertama. Kelebihan sistem pertandingan kalah mati dua kali:Satu pertandingan yang paling adil Boleh menanmpung penyertaan yang ramai. Menarik minat peserta untuk menyertai sistem pertandingan berbentuk kalah mati dua kali. Berkelebihan dari sistem kalah mati sekali. Kelemahan Memerlukan perlawanan, venue dan perbelanjaan yang banyak berbanding sistem kalah mati sekali. Jadual pertandingan yang kompleks. Formula sistem kalah mati dua kali:a) b) Jumlah peserta = N Jumlah braket yang digunakan ialah: kuasa dua yang digunakan mestilah lebih besar atau sama dengan bilangan peserta (21) = 2 (2 pasukan) (22) = 4 (3 dan 4 pasukan) (23) = 8 (5, 6, 7 dan 8 pasukan) (24) = 16 (9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 dan 16 Pasukan) (25) = 32 (17 hingga 32 pasukan) Jumlah semua perlawanan ialah: 1. Jumlah perlawanan minimum = 2N 2 2. Jumlah perlawanan maksimum = 2N - 1 Jumlah bye dalam perlawanan ialah: (kuasa dua) N = Jumlah perlawanan dalam pusingan pertama ialah: N Bye 2 Jika bilangan pasukan ialah 7, maka N=7 Jika ada 7 pasukan maka kuasa dua ialah (23) = 8. Kerana jumlah pasukan adalah kurang dari 8.

c) d) e)

Contoh: 2 (7) 2 = 12 Perlawanan 2 (7) 1 = 13 Perlawanan Contoh: (23) N (8) 7 = I Jadi ada 1 bye Contoh: 7 1 = 6 = 3 2 2 Jadi ada tiga perlawanan pada peringkat pertama.

PERATURAN AM PERTANDINGAN. - Tujuan: mengawal perjalanan perlawanan serta di jadikan sebagai panduan sesuatu program atau kejohanan. Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). - Terdapat beberapa peraturan-peraturan am pertandingan bagi menyertai dan pengelolaan kejohanan di bawah MSSM iaitu: Undang-undang Kelayakan Had umur peserta
33

Pendaftaran Pakaian Bantahan Lembaga tatatertib

Undang-undang Terdapat dua panduan pengubalan undang-undang di bawah kelolaan MSSM iaitu:
i.

Undang-undang permainan antarabangsa di gunakan sepenuhya bagi kategori 18 tahun ke bawah Untuk 12 tahun ke bawah, peraturan/undang-undang adalah mengikut persetujuan oleh Jawatankuasa Kerja MSSM dan Jawatankuasa Teknik Pemainan MSSM.

ii.

Setiap peraturan dan undang-undang yang di gunapakai dalam kejohanan MSSM adalah berdasarkan kepada persekitaran yang merangkumi aspek-aspek seperti:i. ii. iii. iv. v. Masa bermain Jarak Bilangan pemain Alatan Corak permainan

Kelayakan i. Peserta. Peserta yang menghadiri kursus sepenuh masa di sekolah rendah atau menengah dan sekolah tersebut berdaftar menjadi ahli MSS Negeri. Pelajar yang menunggu keputusan SPM/SPMV/STPM tidak layak menyertai pertandingan di bawah MSSM Pelajar yang mendaftar di sekolah swasta selepas mendapat keputusan SPM/SPMV/STPM boleh menyertai pertandingan MSSM dengan syarat sekolah swasta tersebut menjadi gabungan dengan MSS Negeri serta
34

mempunyai kehadiran/kedatangan ke sekolah tersebut tidak kurang 75% (kiraan kehadiran bermula selepas sebulan keputusan peperiksaan) Pelajar yang bersekolah di sekolah-sekolah sukan, akademi permainan kebangsaan hendaklah mewakili negeri masing-masing dalam pertandingan MSSM. Sekiranya pelajar yang bersekolah di sekolah-sekolah sukan dan akademi permainan kebangsaan tidak di panggil oleh negerinya, pelajar tersebut boleh menyertai mana-mana negeri lain dengan syarat mendapat kebenaran dari MSS Negeri pelajar tersebut berasal. ii. Sekolah Hanya sekolah yang berdaftar dan menjadi ahli gabungan Majlis Sukan SekolahSekolah Negeri sahaja layak menyertai pertandingan di bawah kelolaan MSSM.

iii. Negeri Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri layak secara automatic menyertai pertandingan di bawah kelolaan MSSM dengan hanya menghantar satu pasukan sahaja untuk menyertai pertandingan. Contoh: rombongan atlet dan pegawai Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sabah yang menyertai kejohanan Padang dan Balapan MSSM terdiri daripada 200 orang atlet dan 60 orang pegawai. Maknanya rombongan tersebut adalah satu pasukan dan tidak ada lagi rombongan lain yang serupa dengan rombongan di atas yang menyertai kejohanan yang sama dengan rombongan di atas.

Had umur peserta. Had umur yang menyertai pertandingan di bawah kelolaan MSSM adalah seperti: 18 tahun dan ke bawah 16 tahun dan ke bawah 15 tahun dan ke bawah 14 tahun dan ke bawah 12 tahun dan ke bawah (sekolah rendah)
35

Kiraan umur bagi kategori umur 18 tahun dan ke bawah, 16 tahun dan ke bawah, 15 tahun dan ke bawah, 14 tahun dan ke bawah, 12 tahun dan ke bawah hendaklah mengikut tarikh lahir seperti yang tercatat dalam kad pengenalan dan surat beranak/sijil lahir dan bermula pada 1 Januari. Peserta tidak di benarkan menyertai pertandingan bagi kategori yang lebih tinggi dari had umurnya tetapi di bolehkan sekiranya terdapat peraturan dan ketetapan khusus. (contoh: Ali berumur 15 tahun tidak layak menyertai kategori umur 18 tahun). Peserta berumur 18 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan sekiranya di minta berbuat demikian. Peserta yang kehilangan kad pengenalan hendaklah mempunyai surat pengesahan dengan gambar dari Pejabat Pendaftaran (boring JPN 1/9 atau JPN 1/11) beserta dengan salinan sijil lahir yang telah disahkan oleh pengetua sekolah. Peserta 12 tahun dan ke bawah hendaklah mengisi boring pendaftaran pertandingan individu beserta dengan gambar dengan menyertakan salinan sijil lahir yang telah di tandatangan pengesahan oleh pengetua atau Setiausaha Agung Majlis Sukan SekolahSekolah Negeri.

Pendaftaran. -

Setiap Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri di benarkan menghantar bilangan peserta serta pegawai seperti yang telah ditetapkan oleh MSSM. Pasukan yang mempunyai peserta wanita WAJIB di temani oleh pegawai atau jurulatih atau juruiring wanita. Nama lain bagi juruiring wanita ialah caperon. Setiap Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri WAJIB menghantar Pengerusi Teknik (PT) ke mesyuarat teknik permainan berkenaan yang diadakan serentak dengan kejohanan MSSM. Jurulatih, penolong jurulatih serta fisioterapi HANYA dikalangan pegawai perkhidmatan pendidikan sahaja. Setiap Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri wajib menghantar hakim/pengadil bertauliah dikalangan pegawai perkhidmatan pendidikan SAHAJA. Sekiranya hakim/pengadil BUKAN dari kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan tetapi mempunyai tauliah dan kelayakan dari persatuan negeri serta kebangsaan perlu mendapat kebenaran secara bertulis dari urusetia MSSM. Setiap pengurus pasukan/pegawai pasukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri WAJIB menghadiri taklimat yang telah di kelolakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
36

Pakaian. Asd

Bantahan. Setiap bantahan yang di lakukan oleh mana-mana pegawai perlu mengemukakan bantahan bertulis yang perlu mempunyai beberapa syarat untuk di terima bantahan tersebut iaitu:

Di tandatangani oleh pegawai pasukan. Diserahkan kepada setiausaha jawatankuasa pengelolapertandingan atau wakilnya. Tidak lewat satu jam selepas tamat perlawanan (kecuali telah ditetapkan tempoh oleh jawankuasa pengelola pertandingan) Di sertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 100.00 RM 200.00 (wang tersebut tidak akan dikembalikan walaupun bantahan tersebut tidak berjaya mengubah keputusan yang telah di buat (kecuali dinyatakan dalam permainan tersebut).

Jika bantahan tersebut diterima, perlawanan atau ulangan pertandingan hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan.

Lembaga tatatertib. Ahli-ahli lembaga tatatertib terdiri daripada beberapa ahli iaitu: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah atau wakilnya sebagai pengerusi. Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSM atau wakilnya. Pengarah Bahagian Sekolah atau wakilnya Setiausaha Agung MSSM atau wakilnya. Pengerusi teknik permainan berkenaan.

Bidang tugas lembaga ini adalah seperti berikut:

37

i.

Mengambil tindakan berkenaan dengan disiplin murid, guru dan pegawaipegawai kejohanan dengan perkara-perkara seperti: Amaran Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu Menyingkir daripada keseluruhan kejohanan

ii.

Menghantar laporan kepada urusetia MSSM mengenai perkara yang berlaku selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan. Dalam laporan tersebut terkandung mengenai cadangan atau syor tindakan yang perlu di ambil oleh urusetua MSSM. Kes-kes disiplin berat yang membabitkan pegawai hendaklah dilaporkan terus kepada Jawatankuasa Kerja MSSM untuk di kenakan tindakan terus dari Jawatankuasa Kerja MSSM. Segala hukuman penggantungan yang dikenakan kepada murid, MSSD, MSSN atau MSSM hendaklah di laporkan kepada persatuan permainan negeri atau kebangsaan yang berkenaan.

iii.

Sumber peraturan dan undang-undang MSSM: Buku teks Sains Sukan KBSM tingkatan 4 dan Buku Sumber Sains Sukan tingkatan 4 keluaran Pusat Perkembangan Kokurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia

38

ASAS PSIKOLOGI SUKAN.

PENGENALAN

Psikologi secara dasarnya merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia seharian yang berkaitan dengan: Factor, pengaruh dan kesan penglibatan dalam aktiviti sukan. Senaman Kecergasan Rekreasi Perkembangan kemahiran motor (secara langsung dan tidak langsung. Setiap tindakan manusia di pengaruhi oleh psikologi. Cox (1998) merumuskan psikologi sebagai bidang yang luas serta terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberikan komen mengenai psikologi.
39

DEFINISI DAN PENGERTIAN PSIKOLOGI SUKAN. Cox (1998), menjelaskan bahawa psikologi di aplikasikan dalam bidang sukan. Weinberg dan Gould (1999), psikologi sukan merupakan perlakuan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakkan. Wann (1997), satu bentuk kajian saintifik tentang reaksi perlakuan fizikal, afektif dan kognitif dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan satu definisi yang lebih jelas. Definisi Psikologi Sukan Sumber diperoleh dari buku Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan. Oleh Shaharudin Abd Aziz Terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd Cox (1998) mendefinisikan psikologi sukan sebagai bidang pengajian yang melibatkan prinsip-prinsip psikologi yang diaplikasikan dalam bidang sukan. Konsep Psikologi Sukan Sumber diperoleh dari buku teks Sains Sukan Tingkatan 4 KBSM KONSEP PSIKOLOGI SUKAN. Psikologi sukan menyumbang: Peningkatan potensi dan prestasi. Pembentukan sahsiah Semangat kesukanan Kesan kemahiran psikologi kepada individu/atlet. Meningkatkan keyakinan diri Mengendalikan masalah stress (sebelum, semasa pertandingan) Mengawal konsentrasi Meningkatkan kemahiran komunikasi Membina kehormonian pasukan. Kesedaran minda Kepercayaan kepada diri sendiri.

PERANAN AHLI PSIKOLOGI SUKAN. Pada tahun 1983, Majlis Olimpik Amerika Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel yang menggariskan peranan serta klasifikasi ahli psikologi sukan. Menurut artikel tersebut, ahli psikologi sukan terbahagi kepada dua jenis iaitu:a. Ahli psikologi sukan gunaan (applied sport psychologist). b. Penyelidik psikologi (experimental sport psychologist). Dalam pada itu, pihak USOC yang telah menerbitkan artikel tersebut juga telah mengklasifikasi/membahagikan ahli psikologi sukan gunaan kepada dua iaitu:a. Ahli psikologi sukan klinikal b. Pendidik psikologi sukan.
40

Bil 1

Jenis ahli psikologi sukan Ahli psikologi sukan klinikal

Ahli psikologi sukan gunaan

Pendidik psikologi sukan

2 Penyelidik psikologi sukan

Penerangan Terlatih dalam bidang psikologi klinikal serta berkelayakkan menjadi pakar psikologi Tugas ahli psikologi sukan klinikal ialah membantu atlet yang menghadapi masalah personaliti serta mental yang serius dan melibatkan tempoh masa yang panjang. Ahlinya mempunyai lesen dalam mengendali masalah seperti yang di nyatakan di atas. Kebanyakkan ahli psikologi sukan terdiri dalam jenis ahli psikologi ini. Mendapat latihan dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. Berkemahiran serta mempunyai pengetahuan asas psikologi sukan. Ahlinya di kalangan pensyarah yang mengajar kursus asas psikologi, penceramah kursus kejurulatihan serta sebagai konsultan kepada pasukan serta atlet tertentu Tugas ahli psikologi ini lebih mirip kepada jurulatih mental. Tugas ahli psikologi ini lebih terarah kepada kajian-kajian yang berkaitan dengan psikologi sukan. Kajian-kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi ini juga memainkan peranan penting bagi mendapat perhatian khusus ahliahli akademik dan pengurusan sukan.

KAITAN ANTARA PSIKOLOGI SUKAN DENGAN PRESTASI. Memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi semasa seseorang atlet. Secara amnya, ahli psikologi membantu hampir separuh persediaan seseorang atlet sebelum menghadapi sesuatu kejohanan. Masalah-masalah asas bagi seseorang atlet yang memerlukan bimbingan ahli psikologi adalah seperti motivasi dan kebimbangan. MOTIVASI.

Terdapat banyak pengertian mengenai motivasi tetapi antara definisi yang popular ialah definisi Sage (1977) iaitu motivasi merujuk kepada arah dan intensiti usaha seseorang individu. Manakala Wann (1997), menyatakan bahawa motivasi adalah sebagai proses kebangkitan dalam diri seseorang individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang di ingini. Jenis motivasi yang sering di kaitkan dengan peningkatan prestasi semasa atlet ada dua iaitu motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik
41