Anda di halaman 1dari 19

SEMBAHYANG SUNAT

Dengan Nama Allah yang maha


pemurah lagi penyayang

Sabtu : 9 Oktober 2001

SOLAT SUNAT RAWATIB.


PENGENALAN.
Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
Sunat Rawatib yang “Muakkad”
Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad”.

Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :


Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
Ba’diah (selepas Solat Fardhu)

Sunat Rawatib yang “Muakkad” adalah seperti berikut :


2 Rakaat sebelum Solat Subuh
2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
2 Rakaat selepas Isyak.

Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad” pula adalah seperti berikut :


2 Rakaat sebelum Solat Zohor
2 Rakaat selepas Solat Zohor.
2 Rakaat sebelum Solat Asar.
2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
2 Rakaat sebelum Isyak.

1
DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI.

Sabda Rasulullah s.a.w :

‫عبن عببد ال ببن عمبر قال حفظبت عبن رسبول ال صبلى ال عليبه وسبلم ركعتيبن قببل‬
‫الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة‬

)‫(متفق عليه‬

Maksudnya : Dari Abdullah bin Umar, katanya, “Saya mengingati (lafaz) dari
Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat
sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh.”

(Muttafaq ‘alaih)

NIAT SOLAT RAWATIB

1. Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : ً‫َق ْب ِليّة‬

2. Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : ً‫بَعْ ِديّة‬

Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut :

ِّ‫ بَ ْع ِديّةً ) ل‬/ ً‫ الصبح ) رَكْ َع َتيْ نِ ( َقبْ ِليّة‬/ ِ‫ ال ِعشَاء‬/ ِ‫ المَ ْغرِ ب‬/ ِ‫صر‬
ْ َ‫ الع‬/ ِ‫ظ ْهر‬
ّ ‫س ّنةَ ( ال‬
ُ ‫أُصَلّي‬
‫تَعَالَى‬

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua
rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.

SOLAT SUNAT WUDHUK.


PENGENALAN

Solat sunat wudhuk dikenal juga dengan solat Syukur wudhu’ yakni solat sebanyak dua

2
rakaat yang dikerjakan selepas seseorang mengambil wudhuk, tanpa ditetapkan dengan
waktu yang tertentu baik pagi, petang, siang ataupun malam.

NIAT SOLAT SUNAT WUDHUK

‫ضوْءِ رَ ْك َعتَيْنِ لِّ تَعَالَى‬


ُ ‫س ّنةَ ال ُو‬
ُ ‫ُأصَلّي‬

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat wudhu’ dua rakaat kerana Allah Taala.

SOLAT SUNAT KETIKA BERMUSAFIR


Disunatkan orang yang akan bermusafir solat dua rakaat dan dua rakaat bila dia sampai di
rumahnya.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Dari Abu Hurairah, berkata Nabi s.a.w “Apabila engkau keluar dari rumahmu,
hendaklah engkau solat dua rakaat nescaya solat itu akan memeliharamu dari kemasukan
kejahatan, dan apabila engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau memasuki
rumahmu hendaklah engkau solat dua rakaat, maka solat itu akan memelihara dari
kemasukan kejahatan”.

NIAT SOLAT INI

‫س ّنةَ السَ َفرِ َركْ َع َتيْنِ لِّ تَعَالَى‬


ُ ‫ُأصَلّي‬

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala.

SOLAT SUNAT JUMMAT


Solat sunat Jumaat ini iaitu solat yang dilakukan bagi mengiringi solat Jumaat sama ada
sesudah atau sebelumnya. Rasulullah s.a.w mengerjakan solat sunat Jumaat ini sebanyak
dua rakaat sesudah solat Jumaat di rumah baginda.

3
Dalil :

Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada para sahabat yang selesai solat Jumaat untuk
solat sebanyak empat rakaat dengan sekali salam. Demikianlah yang diriwayatkan oleh
Muslim dari Ibnu Umar dan Abu Hurairah.

NIAT SUNAT JUMAAT

‫جمْ َع ِة رَكْ َع َتيْنِ لِّ تَعَالَى‬


ُ ‫س ّنةَ ال‬
ُ ‫ُأصَلّي‬

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Jumaat dua rakaat kerana Allah Taala.

SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID


Solat sunat Tahiyyatul Masjid ialah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat
sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk.

Dalil tentang perkara ini berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w :

‫إذا دخل أحدكم المسجد فل يجلس حتى يصلى ركعتين‬

Maksudnya : “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi masjid, maka janganlah
dia duduk sebelum solat dua rakaat”.

NIATNYA :

‫ح ّيةُ ا ْل َمسْجِ ِد رَكْ َع َتيْنِ لِّ تَعَالَى‬


ِ َ‫س ّنةَ ت‬
ُ ‫ُأصَلّي‬

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid 2 rakaat kerana Allah
Taala.

SOLAT DHUHA
Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang
sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat

4
‫‪dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang‬‬
‫‪boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.‬‬

‫‪DALIL TENTANG SOLAT INI.‬‬

‫عبن أببي هريرة رضبي ال عنبه قال ‪ :‬أو صباني خليلي بثلثبة صبيام أيام مبن كبل شهبر‬
‫وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام ‪.‬‬

‫(رواه البخاري ومسلم)‬

‫‪Maksudnya :‬‬

‫‪Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara,‬‬
‫‪iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang‬‬
‫‪sebelum tidur.‬‬

‫‪NIATNYA‬‬

‫س ّنةَ الضُحَى رَ ْك َعتَيْنِ لِّ تَعَالَى‬


‫ُأصَلّي ُ‬

‫‪Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.‬‬

‫‪DOA SOLAT DHUHA‬‬

‫جمَالُكَب وَالْ ُقوّةَ ُق ّوتُكَب وَا ْلقُ ْدرَةَ قُ ْد َرتُكَب‬


‫جمَالَ َ‬
‫الّلهُمّ إِنّ الضّحَا َء ضُحَاءُكَب وَا ْل َبهَا َء َبهَائُكَب وَالْ َ‬
‫وَالْعِصبْ َمةَ عِص ْب َمتُكَ ‪ .‬الّلهُمّ إِنبْ كَانَب ِرزْقِي فِي الْسَبمَاءِ َفَأ ْنزِلْهُب وَإِنبْ كَانبَ فِيبْ ا َلرْضبِ‬
‫ط ّهرْهُب وَإِنْب كَانَب بَ ِعيْدًا فَ َق ّربْهُب بِحَقّ‬
‫حرَامًا فَ َ‬
‫خرِجْهُب وَإِنْب كَانَب مَعْسِبرًا َفيَسّبرْ ُه وَإِنْب كَانَب َ‬
‫فأَ ْ‬
‫حيْنَ ‪.‬‬
‫عبَادَكَ الصّاِل ِ‬
‫ك وَقُ ْد َرتِكَ آ ِتنِي مَا َأتَيْتَ ِ‬
‫ك وَ ُق ّوتِ َ‬
‫جمَاِل َ‬
‫ك وَ َ‬
‫ضُحَائِ َ‬

‫‪Maksud :‬‬

‫‪5‬‬
Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah
keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu,
kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya
Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika
berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika
haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu,
Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada
kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

SOLAT TAHAJJUD
Solat tahajjud ini biasanya dilakukan pada pertengahan malam selepas bangkit dari tidur
atau sepertiga malam walaupun selepas tidur sekejap. Bermula waktunya selepas
menunaikan solat isyak bersama 2 rakaat ba’diyahnya sehinggalah datang waktu subuh.
Solat ini tiak mempunyai bilangan rakaat yang tertentu, paling sedikit 2 rakaat dan yang
paling banyak tidak terhad.

Dalil Firman Allah Taala :

‫ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا‬

Maksudnya : “Dan di sebahagian malam itu, hendaklah engkau bertahajjud sebagai


nafilah (tambahan) untukmu. Semoga Tuhan engkau akan mengangkat engkau ke suatu
tempat (kedudukan) yang terpuji”

NIATNYA

‫س ّنةَ ال َتهَجّ ِد رَكْ َع َتيْنِ لِّ تَعَالَى‬


ُ ‫ُأصَلّي‬

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.

Antara doa yang dibaca selepas solat tahajjud ialah :

6
1) ِ‫خرَة‬
ِ ‫َربّنَا ءَا ِتنَا فِي ال ّد ْنيَا حَسَبنَ ًة وَفِي ال‬
ِ‫عذَابَ النّار‬
َ ‫سنَ ًة وَ ِقنَا‬
َ ‫ح‬
َ

“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan
peliharalah kami dari azab neraka”

2) ِ‫لرْ ض‬
َ ‫وَا‬ ‫ت‬
ِ ‫س َموَا‬
ّ ‫حمْدُ َأنْ تَ َقيّا مُ ال‬
َ ْ‫ وَلَ كَ ال‬، ‫ض‬
ِ ْ‫ت وَا َلر‬
ِ ‫س َموَا‬
ّ ‫ت ُن ْورُ ال‬
َ ْ‫حمْدُ َأن‬
َ ‫الّلهُمّ لَ كَ ا ْل‬
َ‫ وَ َقوُْل ك‬، ّ‫ َووَعْ ُد كَ الحَق‬، ّ‫ض َومَ نْ ِف ْيهِنّ َأنْ تَ ا ْلحَق‬
ِ ْ‫س َموَاتِ وَا َلر‬
َ ‫حمْدُ َأنْ تَ رَبّ ال‬
َ ْ‫وَلَ كَ ال‬
َ‫ت َوبِك‬
ُ ْ‫ الّلهُمّ َلكَ أَسْ َلم‬، ٌ‫عةُ حَق‬
َ ‫ وَالسّا‬، ‫ق‬
ٌ َ‫ وَالنّارُ ح‬، ‫ق‬
ٌ َ‫ج ّنةُ ح‬
َ ْ‫ وَال‬، ّ‫ َولِقَائُكَ الحَق‬، ّ‫الحَق‬
‫ فَاغْ ِفرْلِي مَا‬، ‫ َوإِ َليْكَب حَا َكمْتُب‬، ُ‫ َوبِكبَ خَاصَبمْت‬، ‫ َوإِ َليْكَب َأ َنبْتُب‬، ‫ َوعَ َليْكَب َتوَكّلْتُب‬، ‫آ َمنْتُب‬

َ‫ لَ ِإَلهَ إِلّ َأنْت‬، ‫ َأنْتَ إِ َلهِي‬، ُ‫عَلنْت‬


ْ َ‫ت وَأ‬
ُ ْ‫س َرر‬
ْ ‫خرْت وََأ‬ ُ ْ‫قَ ّدم‬.
ّ َ‫ت وَأ‬

Maksudnya : “Ya Allah ! BagiMu kepujian, Engkau cahaya di langit dan di bumi, bagi
Engkau kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi, bagi Engkau kepujian,
Engkau Tuhan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya, Engkau Yang
Maha Benar, dan janji engkau adalah benar, dan percakapan Engkau adalah benar, dan
bertemu dengan Engkau adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar,
dan hari kiamat adalah benar, Ya Allah ! KepadaMu aku telah berserah, dan denganMu
aku beriman, dan kepadaMu akau bertawakal, dan kepadaMu aku bertaubat, dan
kepadaMu aku mengadu, dan ke arah Engkau aku menghakimi, ampunilah dosa-dosa
yang telah aku dahulukan dan kemudiankan dan rahsiakan dan lahirkan, Engkau
Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau”

Sesudah itu bacalah istigfar banyak-banyak, sama ada membaca istighfar biasa atau
sayyidil istighfar.

7
ُ‫طعْت‬
َ َ‫عهْدِكَب َووَعْدِكَب مَا اسْبت‬
َ ‫عبْدُكَب وََأنَا عَلَى‬
َ ‫الّلهُمّ َأنْتَب َربّيب لَ إِلَهَب إِلّ َأنْتَب خَلَ ْق َتنِي وََأنَا‬
َ‫شرّ مَا صَبنَعْتُ َأبُوءُ لَكَب ِبنِ ْعمَتِكَب عَلَيّ وََأبُوءُ لَكَب بِذَنْبِي فَاغْ ِفرْ لِي َفِإنّهُب ل‬
َ ‫أَعُو ُذ بِكَب مِنْب‬
َ‫يَغْ ِفرُ ال ّذنُوبَ إِلّ َأنْت‬

Maksudnya :

“Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah
menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu
sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku
lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan
dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat
mengampunkan segala dosa melainkan Engkau”

SOLAT WITIR
Jumlah rakaat bagi witir ialah ganjil. Paling sedikit 1 rakaat dan yang paling banyak 11
rakaat. Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar.

Hadis yang diriwayatkan dari Aisyah, yang bermaksud :

“Adalah Nabi s.a.w solat di antara solat Isyak dengan terbit fajar sebelas rakaat, Baginda
memberi salam tiap-tiap dua rakaat dan yang penghabisannya satu rakaat”

Mafhumnya bahawasanya Rasulullah s.a.w mengerjakan solat witir (sekiranya 11 rakaat)


maka bilangan salamnya ialah 6 salam.

NIATNYA

‫ رَكْ َعةً لِّ تَعَالَى‬/ِ‫س ّنةَ ال ِو ْترِ رَ ْك َعتَيْن‬


ُ ‫ُأصَلّي‬

.Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Witir 2 rakaat kerana Allah Taala

8
Adapun doa yang dibaca sesudah solat witir ialah :

‫عنّي‬
َ ُ‫عف‬
ْ ‫ فَا‬، ‫لئِ َك ِة وَال ّروْحِ الّلهُمّ ِإنّكَ عَ ُف ّو تُحِبّ الْعَفو‬
َ َ‫س َر ّبنَا رَبّ ا ْلم‬
ٌ ْ‫س ّبوْحٌ قُ ّدو‬
ُ

Maksudnya : “Yang diucapkan Maha Suci bagiNya, Yang Maha Suci, dan Tuhan kami,
malaikat dan roh. Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun, suka kepada
pengampunan, ampunilah akan daku”

Atau bacalah doa ini :

‫ك يَ ِقيْنًا‬
َ ‫ َونَسْبأَُل‬، ‫ َونَسْبأَُلكَ قَلْبًا خَاشِعًا َونَسْبَألُكَ عِلْمًا نَافِعًا‬، ‫الّلهُمّ ِإنّاب نَسْبأَُلكَ ِإ ْيمَانًا دَائِْمًا‬
َ‫ َونَ سْ َألُكَ الْعَ ْفو‬، ‫خيًْرا َك ِث ْيرًا‬
َ َ‫ َونَ سْ َألُك‬، ‫ َونَ سْ َألُكَ ِد ْينًا َق ّيمًا‬، ‫عمَلً صَالِحًا‬
َ َ‫ َونَ سْأَُلك‬. ‫صَا ِدقًا‬
ِ‫ َونَسببْأَُلكَ ا ْل ِغنَاءَ عَنبب‬، ِ‫علَى الْعَا ِف َية‬
َ َ‫ َونَسببْ َألُكَ ا ْلشُ ْكر‬، ‫ك تَمَامببَ ا ْلعَا ِفيَ ِة‬
َ ‫ َونَسببْأَُل‬، َ‫وَالْعَا ِف َية‬
ْ‫عنَا وَتَ َعبّ َدنَا َو َتمّ م‬
َ ّ‫ضر‬
َ ‫خشّ َعنَا َو َت‬
َ َ‫صيَا َمنَا وَ ِقيَا َمنَا وَت‬
ِ َ‫ل َتنَا و‬
َ َ‫ الّلهُمّ َربّنَا تَ َق ّبلْ ِمنّا ص‬. ِ‫ا ْلنّا س‬
‫علَى آلِهِب‬
َ َ‫خلْقِهِب مُحَمّ ٍد و‬
َ ِ‫خ ْير‬
َ ‫ وَصبَلى الُ عَلَى‬. ‫حمِيْن‬
ِ ‫تَقْصِبيْ َرنَا يَا ال يَا ال يَا َأرْحَمَب الرّا‬
.َ‫لِ رَبّ ا ْلعَا َلمِيْن‬
ّ ُ‫حمْد‬
َ ْ‫ن وَال‬
َ ْ‫جمَ ِعي‬
ْ ‫ح ِبهِ َأ‬
ْ َ‫َوص‬

Maksudnya : “Ya Allah ! Ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu iman yang kekal,
kami memohon kepada-Mu hati yang khusyuk, kami memohon kepada-Mu ilmu yang
bermanfaat, kami memohon ditetapkan keyakinan yang benar, kami memohon (dapat
melaksanankan) amal yang soleh, kami memohon kepada-Mu tetap dalam agama Islam,
kami memohon kepada-Mu kebaikan yang melimpah ruah, kami memohon kepada-Mu
keampunan dan kesihatan, kami memohon kepada-Mu kesihatan yang sempurna, kami
memohon kepada-Mu kesyukuran di atas kesihatan yang Engkau berikan, dan kami
memohon kepada-Mu kecukupan, Ya Allah, Tuhan kami, terimalah daripada kami Solat
kami, puasa kami, qiam kami, khusyuk kami, pengabdian kami, sempurnakanlah apa
yang kami lakukan selama solat ya Allah, ya Allah, ya Allah Zat Yang Maha Pengasih
dan Penyayang.”

9
Atau baca doa ini :

‫ اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك من‬، ‫عنّي‬


َ ُ‫ فَاعْ ف‬، ‫ع ُفوّ تُحِبّ الْعَفو‬
َ َ‫الّلهُمّ ِإنّ ك‬
. ‫سخطك والنار‬

Maksudnya : “Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun, suka kepada


pengampunan, ampunilah akan daku, Ya Allah kami memohon kepada-Mu keredhaan-Mu
dan syurga dan kami berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan neraka”

SOLAT TARAWIH
Tarawih ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar.
Solat Tarawih ini hanya dilakukan pada bulan ramadhan dan boleh dilakukan sama ada
secara individu atau secara berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat
dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.

Sabda Rasulullah s.a.w :

‫كان رسبول ال صبلى ال عليبه وسبلم يرغبب فبي قيام رمضان مبن غيبر أن يأمبر فيبه‬
. ‫ من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه‬، ‫بعزيمة فيقول‬

Maksudnya : “Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada


malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa
bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan
mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”.

Cara yang mengerjakan solat tarawih ialah dengan melakukan 2 rakaat demi 2 rakaat.

NIATNYA

‫ح رَكْ َع َتيْنِ لِّ تَعَالَى‬


ِ ْ‫س ّنةَ ال ّترَا ِوي‬
ُ ‫ُأصَلّي‬

10
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala.

SOLAT GERHANA / BULAN


Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini
merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh
sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang
bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari,
maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan
kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda :

‫"إن الشمببس والقمببر آيتان مببن آيات ال ل ينكسببفان لموت أحببد ول لحياتببه فإذا‬
)‫ (رواه البخاري ومسلم‬." ‫رأيتموهما فادعوا ال وصلوا حتى ينكشف ما بكم‬

Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan
dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula
kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana,
hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.”

CARANYA :

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan
sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-
Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama :

1. Niat solat Gerhana, Takbir.


2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. rukuk.

11
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua :

Sama seperti rakaat pertama.

NIAT SOLAT GERHANA

ِ‫س ْوف‬
ُ‫خ‬ُ ‫ال‬ : Gerhana Bulan

‫سوْف‬
ُ ‫ ال ُك‬: Gerhana Matahari

‫ف رَكْ َع َتيْنِ لِّ تَعَالَى‬


ِ ْ‫سو‬
ُ ‫ ال ُك‬/ ِ‫سوْف‬
ُ‫خ‬ُ ‫سنّةَ ال‬
ُ ‫ُأصَلّي‬

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana
Allah Taala.

SOLAT ISTISQA'
Solat ini biasa dilakukan bertujuan untuk memohon kepada Allah Taala supaya
menurunkan hujan. Ini disebabkan kerana waktu kemarau yang panjang.

Antara perkara yang perlu dilakukan oleh para jemaah untuk solat ini ialah :

Puasa tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan
kezaliman.

1. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian
sederhana menuju ke tanah lapang. Di samping itu binatang-binatang ternakan
juga perlu dibawa bersama. Maka pada hari tersebut semua penduduk disuruh
supaya memperbanyakkan membaca istighfar.
2. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah
Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara keras. Dan pada rakaat kedua pula dibaca

12
surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.
3. Sesudah itu, khatib harus membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama
dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai
dengan 7 kali istighfar.

NIATNYA

‫س ّنةَ ا ِلسْ ِتسْقَا ِء رَ ْك َعتَيْنِ لِّ تَعَالَى‬


ُ ‫ُأصَلّي‬

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA SOLAT ISTISTIQA’

، ُ‫حيْمِب مَالِكِب َيوْمِب ال ّديْنِب لَ ِإلَهَب ِإلّ الُ يَفْ َع ُل مَا ُي ِريْد‬
ِ ّ‫حمَنِب الر‬
ْ ّ‫ الر‬. ‫حمْدُ ِلِ رَبّ الْعَا َلمِيبن‬
َ ْ‫ال‬
‫عَليْنَا ا ْل َغيْثَب وَاجْ َع ْل مَا‬
َ ْ‫ َأ ْن ِزل‬، ُ‫ َأنْتَب الْ َغنّيُب َونَحْنُب الْفُ َقرَاء‬. ُ‫الّلهُمّ َأنْتَب الُ لَ إِلَهَب إِلّ ال‬

َ‫حيْن‬ َ َ‫ َأ ْنزَلْت‬.
ِ ‫عَل ْينَا ُقوّ ًة َوبَلًغًا إِلَى‬

Maksudnya : “Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat
menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu.
Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan,
dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.

DOA2 LAIN

‫غ ْثنَا‬
ِ َ‫ الّل ُهمّ أ‬، ‫غ ْثنَا‬
ِ َ‫ الّل ُهمّ أ‬، ‫غ ْثنَا‬
ِ َ‫الّلهُمّ أ‬

Maksudnya : “Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah
kami”

ٍ‫جل‬
ِ ‫غ ْيرَ آ‬
َ ً‫غ ْي َر ضَارّ عَاجِل‬
َ ‫غيْثًا مُغِيثًا َمرِيئًا َمرِيعًا نَافِعًا‬
َ ‫الّلهُمّ اسْ ِقنَا‬

13
Maksudnya : “Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik
kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat
segera tidak berlambat-lambat”

َ‫ي بَلَدَكَ ا ْل َميّت‬


ِ‫ح‬ْ َ‫ح َمتَكَ وَأ‬
ْ َ‫شرْ ر‬
ُ ‫ك وَا ْن‬
َ َ‫ك َو َبهَائِم‬
َ ‫عبَا َد‬
ِ ِ‫الّلهُمّ اسْق‬

Maksudnya : “Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan


sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati”

SOLAT HARI RAYA


HUKUMNYA

Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana
sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama
baginda hidup.

WAKTU SOLAT

Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada
10 Zulhijjah.

KAIFIAT

1. Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas
takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya
membaca tasbih berikut :

‫ل وَلَ ِإَلهَ إِلّ الُ وَالُ أَ ْكبَر‬


ِ ِ ُ‫حمْد‬
َ ْ‫ل وَال‬
ِ ‫سُبْحَانَ ا‬

Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Biasanya surah Sabbihis Marabbikal A’la

2. Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap
kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah

14
dan surah. Biasanya surah Al-Ghasyiah.
3. Selepas dari solat diadakan khutbah. Khutbah pertama dimulai dengan takbir
sebanyak dan khutbah kedua dimulai dengan takbir sebanyak 5 kali.
4. Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau
hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

NIAT SOLAT HARI RAYA

‫ لِ ِعيْدِ ا َلضْحَى َركْ َع َتيْنِ َم ْأمُ ْومًا لِّ تَعَالَى‬/ ِ‫طر‬


ْ ِ‫س ّنةَ لِ ِعيْدِ الْف‬
ُ ‫ُأصَلّي‬

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Eidil Fitri / Adha 2 rakaat kerana Allah Taala.

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR

‫ الُ أَ ْكبَر َك ِبيْرًا‬. ُ‫حمْد‬


َ ْ‫ لَ إِلَ هَ إِلّ الُ وَالُ أَ ْكبَر ألُ أَ ْكبَر وَِلِ ال‬، ‫الُ أَ ْك َبرُ الُ أَ ْك َبرُ الُ أَ ْكبَر‬
ُ‫صيْنَ لَ ه‬
ِ ِ‫ لَ إِلَ هَ إِلّ الً وَ َل نَ ْعبُدُ إِلّ ِإيّا ُه مُخْل‬، ً‫سبْحَانَ الِ بُ ْكرَةً َوأَ صِيْل‬
ُ َ‫حمْدُ ِلِ َك ِث ْيرًا و‬
َ ‫وَا ْل‬
ُ‫جنْدَه‬
ُ ّ‫عز‬
َ َ‫ وَأ‬، ‫عبْدَ ُه‬
َ َ‫ َونَصَر‬، ‫ق وَعْدَ ُه‬
َ َ‫ صَد‬، ‫ لَ ِإلَهَ إِلّ الُ َوحْدَ ُه‬. ‫ن وَ َلوْ َكرِهَ ا ْلكَا ِف ُروْن‬
َ ْ‫ال ّدي‬

ُ‫حمْد‬
َ ْ‫ل وَالُ أَ ْك َبرُ الُ أَ ْك َبرُ وَِلِ ال‬
ُ ‫ب وَحْدَهُ لَ ِإَلهَ إِلّ ا‬ ْ َ‫ وَ َهزَمَ اْل‬، .
َ ‫حزَا‬

SOLAT SUNAT TAUBAT


Solat sunat taubat ialah solat sunat yang dilakukan sesudah seseorang melakukan
perbuatan dosa atau merasa berbuat dosa, lalu bertaubat kepada Allah. Dengan berjanji
tidak akan mengulanginya.

Dalil

Solat ini berdasarkan kepada Sabda Rasulullah s.a.w :

‫ما من رجل يذهب ذنبا ثم يقوم فيتطهر ثم يصلى ثم يستغفر ال إل غفر له ثم قرأ هذه‬

15
‫ والذيببن إذا فعلوا فاحشببة أو ظلموا أنفسببهم ذكرو ال فاسببتغفرو لذنوبهببم ومببن‬، ‫اليببة‬
‫ أولئك جزاءهبم مغفرة مبن‬. ‫يغفبر الذنوب إل ال ولم يصبروا على مبا فعلوا وهبم يعلمون‬
‫ ( رواه أببو داود والنسبائي واببن‬. ‫ربهبم وجنات تجري مبن تحتهبا النهار خالديبن فيهبا‬

‫) ماجه‬

Maksudnya : “Setiap orang yang pernah melakukan perbuatan dosa, kemudian segera
bangun dan berwudhuk. Kemudia solat lalu memohon ampunan dari Allah, pasti Allah
akan memberi ampunan baginya. Setelah itu dibaca surah ini : “ Mereka yang pernah
mengerjakan kejahtaan atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri, lalu mereka
segera ingat kepada Allah, terus memohon ampunan di atas dosanya. Siapa pula yang
akan mengampuni segala dosa kalau bukan Allah. Sesudah itu mereka insaf dan sedar
bahawa ia tidak akan mengulanginya lagi perbuatan dosa seperti yang sudah-sudah, maka
mereka itu akan diberi pahala dengan syurga di mana di bawahnya mengalir air sungai,
“dan di situlah tempat mereka kekal abadi

Selepas selesai dari solat, maka beristighfarlah banyak-banyak. Antara istighfar yang baik
ialah penghulu istighfar :

ُ‫طعْت‬
َ َ‫عهْدِكَب َووَعْدِكَب مَا اسْبت‬
َ ‫عبْدُكَب وََأنَا عَلَى‬
َ ‫الّلهُمّ َأنْتَب َربّيب لَ إِلَهَب إِلّ َأنْتَب خَلَ ْق َتنِي وََأنَا‬
َ‫شرّ مَا صَبنَعْتُ َأبُوءُ لَكَب ِبنِ ْعمَتِكَب عَلَيّ وََأبُوءُ لَكَب بِذَنْبِي فَاغْ ِفرْ لِي َفِإنّهُب ل‬
َ ‫أَعُو ُذ بِكَب مِنْب‬
َ‫يَغْ ِفرُ ال ّذنُوبَ إِلّ َأنْت‬

Maksudnya : “Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau,
Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan
perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang
yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku
dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat
mengampunkan segala dosa melainkan Engkau”

16
Diriwayatkan oleh Bukhari

SOLAT ISTIKHARAH
Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau
lebih yang mana memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.

NIATNYA

‫ل تَعَالَى‬
ِ ِ ِ‫ستِخَارَ ِة رَ ْك َعتَيْن‬ ُ ‫ ُأصَلّى‬.
ْ ‫سنّةَ ا ِل‬

Maksudnya : “Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah
Taala”

DOA SELEPAS SOLAT INI :

ُ‫ك تَقْ ِدر‬


َ ّ‫ظيْ مِ فَ ِإن‬
ِ ‫ك مِ نْ َفضْلِ كَ الْ َع‬
َ ُ‫سأَل‬
ْ َ‫ وَأ‬، ‫ك‬
َ ِ‫ك بِقُ ْدرَت‬
َ ُ‫ستَقْ ِدر‬
ْ َ‫ وَأ‬، ‫ك‬
َ ِ‫ك بِ ِع ْلم‬
َ ُ‫خيْر‬
ِ َ‫ست‬
ْ َ‫الّلهُمّ ِإنّيْب أ‬
.... َ‫ الّلهُمّ إِنْب ُكنْتَب تَعْلَمُب أَنْب هَذَا ا َل ْمر‬، ‫ وََأنْتَب عَلّمُب الْ ُغيُوبُب‬، ‫ َوتَعْلَمُب وَلَ َأعْلَمُب‬،ُ‫وَلَ أَقْ ِدر‬
ْ‫ ثُمّ بَارِ ك‬، ‫سرْهُ لِي‬
ّ َ‫جلَ ُه وَآجِلَهُ فَا ْق ِدرْ هُ لِي َوي‬
ِ ‫خ ْيرٌ لِيْ فِي ِد ْينِي َومَعَاشِي َوعَا ِق َبةِ َأ ْمرِي عَا‬
َ
ُ‫شرّ لِي فِي ِد ْينِي َومَعَاشِي وَعَا ِقبَةِ َأ ْمرِي عَاجِلَه‬
َ ....َ‫ وَإِنْ ُكنْتَ تَ ْعلَمُ أَنّ هَذَا ا َل ْمر‬، ‫لِي ِفيْ ِه‬
ِ‫ ثُمّ ا ْرضِِى ِبه‬، ‫ن‬
َ ‫حيْثُ كَا‬
َ َ‫خ ْير‬
َ ‫ وَاقْدُرهُ ِليْ ال‬، ُ‫ع ْنه‬
َ ْ‫صرِ ْفنِي‬
ْ ‫عنّي وَا‬
َ ُ‫صرِ ْفه‬
ْ ‫جَلهُ فَا‬
ِ ‫وآ‬

Maksudnya : “Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan
pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan
aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya
Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui
sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.

Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini …. Berkebajikan


bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat,
maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku

17
padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini …. Mendatangkan
keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat,
maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian
redhalah akan daku dengannya” (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang
bertitik).

SOLAT SUNAT MUTLAK


Solat Sunat Mutlak ialah solat sunat yang tidak ditentukan waktunya dan tidak ada sebab
pun, bilangan rakaatnya juga tiada batasnya. Cara melakukannya adalah seperti solat
sunat yang lain.

NIATNYA

‫ل تَعَالَى‬ ُ ‫ ُأصَلّى‬.
ِ ِ ِ‫س ّنةَ رَ ْك َعتَيْن‬

Maksudnya : “Sahaja aku menunaikan Solat Sunat 2 rakaat kerana Allah Taala”

SOLAT SUNAT TASBIH


Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat
bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.

Kaifiat melakukan solat tasbih :

Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat
dengan satu salam.

Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4
rakaat dengan 2 salam.

CARA MENGERJAKANNYA :

Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :

18
1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita
membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudia membaca ta’awudz dan Al-Fatihah
serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya
tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud
dan sujud yang kedua.

2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih
dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan
sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.

Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.

NIATNYA

َ‫ل تَعَالى‬
ِ ِ ِ‫س ّنةَ ا ْل َتسْ ِب ْيحِ رَ ْك َعتَيْن‬
ُ ‫ُأصَلّى‬

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.

TASBIH YANG DIBACA IALAH :

ِ‫ظيْم‬
ِ َ‫ح ْو َل وَلَ ُقوّةَ إِ ّل بِالِ الْ َعِليّ ا ْلع‬
َ َ‫ل وَالُ َأ ْك َبرُ وَل‬
ُ ‫ل وَلَ إِ َلهَ ِإلّ ا‬
ِ ِ ُ‫حمْد‬
َ ْ‫ل وَال‬ ُ .
ِ ‫سبْحَانَ ا‬

Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang
Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.

19