Anda di halaman 1dari 2

BERITA 3 TELUK INTAN , 15 April 2006 Rumah Laksamana muncul sebagai juara bagi tiga tahun berturut-turut sempena

a Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Perwira. Sukan kali ke-6 ini berlangsung dalam suasana yang gilanggemilang, semalam. Buat julung kalinya, sukan ini diadakan di Stadium Mini Teluk Intan bersebelahan dengan Dewan Bandaraya Teluk Intan. Walau bagaimanapun, sesi latihan telah diadakan di padang sekolah bermula 2 April yang lalu . Sukan pada kali ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Onn bin Haji Hamzah selaku wakil rakyat di kawasan ini. Turut serta dalam temasya pada kali ini ialah para guru besar dari sekolah yang erdekatan serta ketua masyarakat setempat. Tuan Guru Besar dalam ucapan alu-aluannya mengharapkan sukan kali ini dapat memupuk semangat juang, semangat berpasukan serta semangat kerjasama dalam kalangan murid. Selain itu, beliau berharap agar dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam kejohanan peringkat kelompok, daerah maupun negeri . Sukan pada kali ini menampilkan kelainan dengan mengadakan pertandingan perbarisan serta rumah sukan tercantik. Sementara itu, acara olahraga berupa larian 100 meter, 200 meter serta acara padang seperti lompat tinggi dan lompat jauh turut mendominasi kejohanan . Temasya pada tahun ini banyak menampilkan bakat baru untuk diketengahkan. Antaranya, Muhaimin bin Hakimi yang memecahkan rekod Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak dalam acara larian 100 meter dan 200 meter . Pada akhir temasya , Rumah Bendahara muncul naib johan diikuti Rumah Temenggung dan Rumah Bentara. Sementara itu Mohd Amirul bin Mohd Fauzi dan Noratailah binti Ariffin dari Rumah Laksamana telah terpilih sebagai olahragawan dan olahragawati sekolah tahun 2006. Mereka akan mewakili sekolah ke kejohanan peringkat daerah yang akan diadakan pada 20 Mei hadapan, juga di tempat yang sama.

1.

Peristiwa apakah yang diceritakan dalam teks tersebut ? A. B. C. D. Rumah Laksamana muncul juara Peristiwa yang gilang-gemilang Sukan Tahunan SK Perwira Rumah Bendahara muncul naib juara

2.

Bilakah peristiwa tersebut berlangsung ? A. B. C. D. 2 April 2006 14 April 2006 15 April 2006 20 Mei 2006

3.

Siapakah yang merasmikan temasya tersebut ? A. B. C. D. Guru Besar SK Perwira Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Wakil rakyat Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak

4.

Apakah harapan utama guru besar terhadap temasya tersebut ? A. B. C. D. Mewujudkan kelainan dalam pertandingan Mendapat sambutan yang menggalakkan Memupuk pelbagai nilai positif Mencungkil bakat-bakat baru

5.

Penyataan yang berikut benar tentang temasya tersebut , kecuali A. B. C. D. Rumah Laksamana merangkul beberapa anugerah utama Muhaimin memecahkan rekod daerah dalam acara pecut Rumah sukan dinamakan mengikut nama jawatan dalam istana Temasya ini diadakan di tempat yang sama seperti pada tahun lepas