Anda di halaman 1dari 2

Pengajaran Dan Pembelajaran Menulis ( MENGARANG )

Persepsi seseorang dibentuk dan dipengaruhi pengalaman lampau dan bahasa yang dipelajari. Setiap hari manusia dewasa atau kanak-kanak memperoleh pengalaman baru melalui deria, pembacaan, menonton televisyen dan sebagainya. Hubungan antara pengalaman, pemikiran dan bahasa merupakan hubungan yang anjal. Berdasarkan pendapat dan penemuan ahli-ahli linguistik, psikologi, tentang hubungan antara pengalaman, pemikiran dan bahasa telah melahirkan beberapa prinsip dalam pengajaran penulisan karangan berasaskan pengalaman.

Perancangan Aktiviti Menulis Pengajaran mengarang memerlukan perancangan berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru. Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek aktiviti peringkat pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang. Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang serius.

Objektif Mengarang Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahirankemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk : Melatih murid-murid melahirkan idea Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul

Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar seharihari.

Peringkat Pengajaran Peringkat pengajaran mengarang melibatkan aktiviti-aktiviti pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang. Pra mengarang i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Berbincang untuk menentukan format Berbincang untuk menentukan isi Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan elektronik yang lain Membuat peta minda atau carta alir cerita Menentukan watak Menyaring bahan Menulis draf

Semasa mengarang i. ii. iii. Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan Menentukan format Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan ( termasuk bentuk huruf) dan wacana Mengambil kira aspek kohesi dan koherens

iv.

Pasca mengarang i. ii. iii. iv. Menyemak karangan Melakukan pembetulan Membuat penambahan sekiranya perlu Menghantar karangan

Anda mungkin juga menyukai