Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2011

KOD KURSUS: HBML4403

TAJUK KURSUS:

KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : :

721011115007002 721011-11-5007 019-218 1499

: rusdi_hussin@yahoo.com : PPL BANGI

ISI KANDUNGAN

PERKARA 1. Pengenalan 2. Elemen Penting Dalam Pengucapan Awam 3. Proses Persediaan Pengucapan Awam 4. Proses Komunikasi Dalam Pengucapan Awam 5. Jenis Ucapan 6. Tujuan Ucapan 7. Penyampai Pengucapan Awam 8. Sifat-Sifat Positif Pengucap 9. Kesimpulan 10. Bibliografi

MUKA SURAT 3 4 4 5 7 8 10 13 15 16

PENGUCAPAN AWAM

PENGENALAN

Berucap di hadapan umum merupakan suatu pengalaman yang amat menarik. Setiap individu akan melalui pengalaman ini sama ada dalam bentuk formal mahupun tidak formal dan sama ada dalam suasana kumpulan kecil atau kumpulan besar. Apa yang penting ialah anda perlu memahami bahawa kemahiran atau bakat pengucapan awam bukanlah sesuatu yang dilahirkan bersama seseorang. Sebaliknya kemahiran dan bakat pengucapan awam itu perlu dipelajari, diasah dan dibentuk melalui proses pembelajaran dan pengalaman. Tidak mustahil seseorang yang tidak mahir berucap di khalayak ramai mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran pengucapan awam sekiranya dia mahi, sperti mana pepatah Melayu belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Seseorang yang sudah biasa berucap di pentas umum tidak semestinya tiada perasaan gementar dalam semua keadaan. Ada kalanya orang yang sudah biasa berucap di khalayak ramai juga boleh menjadi resah gelisah kerana tidak bersedia. Orang yang tidak bersedia sudah tentu kelihatan serba salah, gugup dan panic. Justeru itu, adalah amat penting bagi seseorang yang terlibat dalam pengucapan awam ini sentiasa bersedia bagi mengelakkan cemuhan atau anggapan kurang baik terhadap diri sendiri. Persediaan pengucapan awam ini merangkumi persediaan mental, emosi, kandungan atau subjek yang diperkatakan dan peranccangan dalam penyampaian. Persediaan bagi berucap dikhalayak ramai boleh dilihat dari sudut elemen-elemen pengucapan awam.

ELEMEN PENTING DALAM PENGUCAPAN AWAM


1.

Kemahiran Pengucapan Awam Penceramah Hadirin Topik Persediaan Penyampaian Bahasa Lisan (verbal) Penampilan Diri Alat Pandang Dengar (APD) Berucap dengan penuh yakin Senarai semak

PROSES PERSEDIAAN PENGUCAPAN AWAM Seseorang penceramah akan dapat menyampaikan ucapan yang baik dan berkesan sekiranya dia memahami proses persediaan pengucapan awam. Pengetahuan tentang pengucapan awam dapat membantu mengurangkan rasa panik atau takut ketika berhadapan dengan khalayak ramai. Proses persediaan yang dilalui oleh penceramah akan dapat menjadikan diri penceramah bersedia dari sudut mental, emosi dan keyakinan diri. Terdapat lapan perkara yang perlu dilihat dalam persediaan kepada pengucapan awam, iaitu : 1. Faham tujuan dan peranan ucapan. 2. Analisis hadirin. 3. Sediakan isi kandungan atau bahan. 4. Susun idea ucapan. 5. Tuliskan ucapan. 6. Berlatih berucap. 7. Sampaikan ucapan. 8. Nilai atau semak ucapan.

Setiap pengucapan awam mempunyai matlamatnya sendiri dan disampaikan dalam pelbagai bentuk, iaitu : 1. Penyampaian yang berbentuk penerangan atau mendidik (informative,

educational) seprti kuliah ilmu atau kuliah umum atau ceramah agama (dakwah) yang memberi maklumat semasa, maklumat atau ilmu baru serta meningkat dan mengukuhkan ilmu yang sedia ada. 2. Penyampaian yang berbentuk memujuk atau mempengaruhi(persuasive) seperti memujuk orang ramai untuk membeli sesuatu barang, mempengaruhi seseorang untuk menyokong pandangan atau calon dalam prosedur pengundian,

meningkatkan semangat serta memberi dorongan tinggi pada seseorang untuk menukar pemikiran lama kepada pemikiran baru. 3. Penyampaian yang berbentuk perbincangan yang bertujuan bertukar-tukar fikiran dan pandangan seprti forum, usrah, simposium, seminar, halaqah dan muzakarah. 4. Penyampaian yang berbentuk syarahan umum yang brtujuan untuk mengingatkan hadirin atau membicarakan isu semasa seperti pidato, khutbah dan ceramah umum.

PROSES KOMUNIKASI DALAM PENGUCAPAN AWAM Pengucapan awam adalah satu proses komunikasi dan dengan demikian mempunyai tujuh cirri utama komunikasi yang berkesan, iaitu:
1.

Pengucap Pengucap adalah seseorang yang mempunyai sesuatu mesej yang hendak disampaikan kepada pendengarnya. Pengucap akan berusaha dengan sedaya upaya menyampaikan maksudnya supaya ia diterima dan difahami dalam bentuk yang dihasratkan.

2.

Pendengar

Pendengar merupakan penerima mesej yang dihantar oleh pengucap. Peranan utama pendengar ialah mentafsirkan mesej dan memberi maklum balasnya dalam bentuk lisan atau tanpa lisan.
3.

Situasi Proses perpindahan idea atau mesej antara pengucap dan pendengar mesti berlaku dalam satu keadaan atau situasi yang mempunyai waktu, tempat serta majlis.

4.

Mesej Mesej adalah symbol-simbol lisan dan bukan lisan yang secara seadr atau tidak sedar dihantar oleh seorang pengucap kepada pendengar bagi mencapai sesuatu maksud.

5.

Saluran Mesej yang dihantar pengucap memerlukan satu media penghubung yang kita namakan saluran. Radio, televisyen, alat pembesar, buku dan sebagainya adalah contoh-contohsaluran yang biasa digunakan.

6.

Maklumbalas Maklumbalas ialah reaksi pendengar kepada mesej yang dihantar oleh pengucap. Maklumbalas juga dihantar dalam bentuk lisan dan bukan lisan, sama seperti mesej daripada pengucap kepada pendengar.

7.

Gangguan Oleh kerana komunikasi dipengaruhi oleh pelbagai elemen seperti pengucap, pendengar, saluran, mesej dan situasi, maka tidak boleh tidak, gangguan akan berlaku dalam proses kompleks ini. Gangguan boleh berpunca daripada pelbagai sumber fizikal, teknikal, fisiologikal, semantic, psikologikal dan lain-lain lagi. Gangguan-gangguan ini menyebabkan kekaburan, salahtafsir dan juga terputusnya mesej yang dihantar oleh pengucap.

JENIS UCAPAN Definisi ucapan ialah ilham atau idea yang dicetuskan, disalurkan dan diluahkan melalui pemikiran, suara dan gerakan tubuh badan yang meransang audiens dan pengucap sendiri yang adakalanya mempengaruhi pula pemikiran, perasaan dan tindakan seterusnya Wilson & Arnold

1. Ucapan Spontan Ucapan spontan ialah ucapan yang disampaikan tanpa persediaan awal dan dalam keadaan yang terpaksa. Biasanya ucapan ini disampaikan secara sambil lalu tanpa menggunakan nota atau bahan bantu. Kebanyakan orang yang diminta memberi ucapan spontan akan berasa terkejut, teragakagak dan tergamam. Bagi orang yang sudah biasa dengan pengucapan awam akan menggangapnya sebagai satu cabaran kepada dirinya walaupun topik ucapan yang diberikan tidak begitu menarik dan mungkin di luar bidang pengeahuannya.

2. Ucapan Ekstemporaneous Ucapan Ekstemporaneous hamper sama dengan ucapan spontan, tetapi pada kebiasaannya penceramah sudah bersedia dari sudut mental, emosi dan kandungan ucapan yang akan disampaikan. Semasa menyampaikan ucapan, penceramah berucap berdasarkan nota ringkas, senarai idea penting atau gambar rajah. Kebanyakan penceramah yang sudah biasa dengan pengucapan awam sering menggunakan ucapan ekstemporanas ini. Melalui ucapan jenis ini, penceramah akan dapat mengawal minat hadirin kerana penceramah sentiasa mengekalkan temuan mata dengan hadirin di samping melakukan gerakkan anggota badan secara semula jadi.

3. Ucapan Manuskrip Ucapan Manuskrip ialah ucapan yang disampaikan dengan membaca bahan yang disediakan. Ucapan jenis ini biasanya disampaikan oleh penceramah yang ingin memastikan kandungan ucapannya tidak disalah tafsir atau dimanipulasikan. Penceramah

juga berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang diucapkan supaya maksud kandungan serta matlamat pengucapan dapat dicapai dengan lebih berkesan. Walaubagaimana pun, pengucapan jenis ini boleh menyebabkan hadirin menjadi jemu dan bosan serta hilang minat apabila mendengar ucapan yang dibaca terlalu lama seolaholah tidak ada hubungan komunikasi antara penceramah dengan hadirin. Bagi menangani masalah ini, jika terpaksa menyampaikan ucapan manuskrip adalah wajar anda berlatih membacanya beberapa kali sebelum menyampaikannya. Ini akan membolehkan anda berhenti seketika untuk mengalihkan mata anda kepada hadirin atau pendengar, kemudan menyambung bacaan semula.

4. Ucapan Hafalan Ucapan hafalan ialah ucapan yang disampaikan dalam sesuatu majlis khas seperti majlis hari jadi, majlis perpisahan, majlis penghargaan atau peraduan ucapan. Ucapan ini biasanya ringkas tetapi cukup untuk mencapai matlamat sesuatu majlis. Apa yang menarik dalam ucapan hafalan ialah penceramah dapat menumpukan perhatian kepada apa yang ingin disampaikan disamping menumpukan temuan mata dengan hadirin. Walaubagaimana pun, sekiranya penceramah terlupa atau kehilangan perkataan atau ayatayat yang telah dihafal, maka hadirin akan berasa kurang senang terhadap penceramah.

TUJUAN UCAPAN Tujuan pengucapan awam sebenarnya merupakan nadi penting yang mempunyai focus tertentu untuk menyampaikan mesej kepada hadirin demi mencapai matlamat serta melakukan sesuatu tindakan yang sewajarnya. Terdapat empat tujuan utama dalam pengucapan dan penyampaian, iaitu : 1. Memberitahu (to inform) Tujuan pengucap dan penyampai adalah untuk memberitahu atau memaklumkan kepada hadirin mengenai sesuatu fakta, sesuatu yang baru, menarik ataupun cara bagaimana melaksanakan perkara-perkara tertentu. Sebagai contoh pengucapan

mengenai sejarah penubuhan sesuatu organisasi serta perkembangannya mengikut kronologi sehingga sekarang. Fakta-fakta yang diterangkan tidak perlu dipersoalkan atau dipertikaikan oleh hadirin. Pengucap hanya memaklumkan maklumat yang diketahui kepada hadirin. 2. Mempengaruhi ( to influence) Dalam konteks untuk mempengaruhi seseorang oleh pengucap bukan suatu perkara yang mudah. Ini kerana bukan semua hadirin akan bersetuju dengan perkara yang diucapkan oleh pengucap. Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh latar belakang pendidikan dan pengalalman yang berbeza yang dimiliki oleh hadirin. Tujuan mempengaruhi untuk mengubah fikiran seseorang. Sebagai contoh, dalam isu peraturan pendidikan mengenai tindakan merotan murid-murid yang melakukan kesalahan di sekolah oleh guru-guru. Peranan pengucap ialah untuk mempengaruhi hadirin sama ada ia bersetuju atau tidak mengenai tindakan tersebut. Jika pengucap mempunyai dua pandangan mengenai perkara tersebut, sudah tentu akan menjadikan ucapan untuk mempengaruhi hadirin tidak akan dapat dilakukan dengan berkesan. Mempengaruhi hadirin supaya bertindak melakukan sesuatu. Sebagai contoh, meningkatkan kutipan sumbangan untuk mendirikan makmal komputer di sekolah. Pengucap mestilah berupaya memberi scenario mengenai kepentingan komputer di kalangan murid dalam menghadapi globalisasi kepada ibu bapa serta masyarakat. 3. Memberi Inspirasi (to inspire) Ia mempunyai tijuan untuk memberi inspirasi kepada pendengar mengenai pencapaian, kebaikan dan kejayaan seseorang itu ataupun sesuatu kejadian. Sebagai contoh, kejayaan seseorang dalam dunia perniagaan yang kini mempunyai firma sendiri di Malaysia. Tekun dan usaha yang dimiliki oleh

individu tertentu akan dikaitkan dengan hadirin supaya bersemangat dan menjadi inspirasi untuk terus maju dan Berjaya dalam kehidupan. Tujuan ucapan seperti ini akan meningkatkan motivasi serta pembangunan diri hadirin. 4. Menghibur (to entertain) Ucapan jenis ini selalunya tidak mengandungi bahan-bahan yang memerlukan hadirin berfikir secara mendalam untuk memahaminya. Ucapan menghibur boleh mengandungi cerita-cerita lucu dan tajuk yang dipilih selalunya dianggap ringan. Ucapan menghibur tidak semestinya melucukan. Ia lebih diukur dari segi kandungan yang menarik. Dalam sesuatu pengucapan awam, biasanya terdapat lebih daripada satu tujuan. Namun demikian, satu tujuan patut dijadikan fokus utama. Contohnya, jika tujuan ucapan kita ialah untuk mempengaruhi hadirin supaya meyertai satu persatuan, tidak boleh tidak kita juga perlu memaklumkan kepada hadirin matlamat persatuan tersebut. Dalam keadaan ini, tujuan mempengaruhi harus menjadi tumpuan dalam penyampaian.

PENYAMPAI PENGUCAPAN AWAM Penyampai atau penceramah ialah orang yang menyampaikan mesej kepada orang lain menggunakan bahasa lisan san juga bukan lisan. Penceramah yang cemerlang sentiasa bersedia bukana sahaja dari segi kandungan ucapan tetapi juga persediaan mental dan emosi. Terdapat juga penceramah yang tidak mempunyai bahan ceramah yang baik tetapi kelihatan yakin dan berani untuk berhadapan dengan khalayak ramai dan ada sebaliknya masih lagi terketar-ketar serta gugup di atas pentas walaupun mempunyai bahan yang cukup untuk disampaikan. Oleh itu, setiap penceramah mesti memahami proses persediaan bagi menyampaikan sesuatu ucapan di khalayak ramai. Ini dapat membantu mengurangkan rasa takut, gementar dan keliru semasa berucap. Pengucap atau penceramah mesti memahami jenis

atau suasana majlis yang diikuti. Penceramah juga mengetahui peranan yang dimainkan pada hari tersebut. Tujuan dan objektif pengucapan awam yang hendak disampaikan agar tidak tersasar dari majlis yang disertainya. Latar belakang hadirin pada majlis yang disampaikan sama ada dari golongan yang tertentu. Pada dasarnya komunikasi digunakan untuk mencipta atau meningkatkan keaktifan hubungan antara manusia atau kelompok. Komunikasi boleh dibahagikankepada dua kelompok iaitu komunikasi lisan melalui pertuturan dan percakapan dan juga komunikasi bukan lisan seperti gerak badan dan reaksi wajah. Komunikasi lisan mencakupi beberapa aspek dan disiplin ilmu semasa disampaikan oleh penceramah untuk menjadi lebih baik, iaitu: 1. Perbendaharaan kata (Vocabulary) Komunikasi tidak akan efektif (berkesan) sekiranya disampaikan dengan kata-kata yang tidak dapat difahami kerana kekurangan kosa kata. Kerana itu kosa kata menjadi sesuatu yang penting dalam berkomunikasi dengan individu lain.

2. Komunikasi akan lebih efektif dan berjaya apabila kelajuan berbicara dapat diaturkan dengan baik dan tidak terlalu cepat serta tidak terlalu lambat.

3. Intonasi suara akan mempengaruhi mesej secara dramatik sehingga pesanan akan menjadi lain iaitu apabila diucapkan dengan intonasi suara yang berbeza. Intonasi suara yang tidak konstekstual merupakan masalah dalam komunikasi.

4. Humor (lawak).

Ini dapat meningkatkan kehidupan yang bahagia.

Dungan(1989), telah menulis dalam tulisannya bahawa ketawa dapat membantu menghilangkan stress. Ketawa mempunyai hubungan fizik dan psikologi dan haruslah diingat bahawa lawak jenaka adalah satu-satunya selingan dalam komunikasi.

5. Komunikasi berkesan disampaikan secara singkat dan jelas, terus kepada pokok permasalahan sehinggakan mudah untuk difahami.

6. Masa merupakan sesuatu yang harus dijaga sewaktu berkomunikasi. Ini kerana ianya dapat menyediakan ruangan yang cukup untuk berucap dengan padat, ringkas dan jelas.

Penceramah juga terikat dengan komunikasi bukan lisan dimana mesej yang disampaikan tanpa menggunakan perkataan. Contohnya : 1. Ekspresi wajah merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi, kerana ekspresi wajah merupakan cerminan keadaan emosi seseorang. 2. Pandangan mata merupakan isyarat ilmiah untuk berkomunikasi. Dengan mengadakan pandangan mata sewaktu berinterakasi atau soal jawab bermaksud orang tersebut terlibat dan menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memperhatikan bukan sekadar mendengar sahaja. 3. Sentuhan adalah bentuk komunikasi personal iaitu sentuhan lebih bersifat spontan daripada komunikasi lisan. Beberapa informasi seperti perhatian yang sungguhsungguh, emosional, kasih sayang atau simpati dapat dilakukan melalui sentuhan. 4. Kedudukan tubuh dan cara seseorang berjalan, duduk, berdiri dan bergerak memperlihatkan ekspresi dirinya. Kedudukan tubuh dan gaya berjalan merefleksikan emosi, konsep diri, dan tingkat kesihatannya. 5. Suara,rintihan, menarik nafas panjang, tangisan juga salah satu ungkapan perasaan dan pimikiran seseorang yang dapat dijadikan komunikasi. Apabila digabungkan dengan semua bentuk komunikasi bukan lisan yang lain sampai desis atau suara dapat menjadi pesan yang sangat jelas. 6. Gerak isyarat untuk menegaskan pembicaraan. Menggunakan isyarat sebagai bahagian dari komunikasi seperti menghentak kaki atau mengerakkan tangan semasa berucap menunjukkan seseorang dalam keadaan gemuruh dan bingung atau sebagai usaha untuk menghilangkan gemuruh.

SIFAT-SIFAT POSITIF PENGUCAP 1. Ketahui topik yang ingin disampaikan. Bidang yang perlu kita sampaikan adalah lebih baik jika mahir, minat dan cuma lakukan rujukan yang sesuai supaya menjadi lebih informatif. Persediaan bahan adalah penting mengikut struktur yang mudah untuk dipersembahkan nanti. Membuat latihan untuk memantapkan penyampaian. Pastikan penceramah menyebut nama buku, artikel atau nama rujukan sebagai autoriti bahan yang disampaikan. 2. Anda perlu mengetahui dan mengenali khalayak dari aspek demografi seperti umur, kawasan tempat tinggal, status, taraf pendidikan atau pekerjaan. Ini hanyalah sebagai panduan untuk selaraskan isi, bahasa dan pemikiran yang sesuai dengan kategori mereka. Raikan khalayak dengan pujian. 3. Ketahui dan kenali tempat untuk menyampaikan ucapan. Anda boleh pergi dahulu atau datang awal untuk melihat keadaan sekeliling, peralatan dan sebagainya untuk rasakan 'kemesraan ' tempat tersebut. Penceramah akan hilang rasa kekok bila berada di situ semasa berucap. 4. Kawalan diri. Rasa gemuruh hendaklah dimanfaatkan kerana perasaan ini dapat membantu penceramah mencapai persembahan yang mantap. Jadikan perasaan ini sebagai kawan dan bukannya lawan. Apa yang penting anda perlu melakukan kaedah pernafasan yang betul. Tumpuan terhadap isi yang ingin disampaikan akan membolehkan anda mengawal perasaan gemuruh tersebut. Bercakaplah dengan khalayak seperti anda bercakap dengan rakan baik anda iaitu adanya rasa kemesraan. 5. Bermulalah dengan senyuman semasa membuat persembahan. Jalinkan hubungan dengan khalayak. Tarik perhatian mereka dengan permulaan yang menarik misalnya cerita, pertanyaan dan maklumat terkini. Nyatakan objektif dengan jelas supaya khalayak tahu apa manfaat yang mereka akan dapat dalam ucapan anda. 6. Hubungan mata dengan khalayak hendaklah dilakukan dengan baik yang dapat menunjukkan anda sedang bercakap dengan mereka. Lakukan pandangan pada segenap sudut supaya khalayak tidak rasa ketinggalan.

7. Pakaian yang sesuai mengikut majlis yang dihadiri. Jagalah kekemasan rupa paras anda seperti rambut, misai, janggut nampak kemasa dan bersih . Jangan sesekali memakai pakaian yang menjolok mata.Penceramah haruslah berpakaian rapi dan tidak selekeh. 8. Untuk mempamerkan gerakan postur badan yang baik anda hendaklah terlebih dahulu membuat visualisasi sebelum ucapan. Gambarkan keadaan yang menarik dari segi penyampaian dan gerakan anggota badan juga dari aspek pertuturan dan emosi. Lakukan berulang kali sehinggakan anda merasakan seolah-olah khalayak amat menyukai anda di pentas. Anda sebenarnya telah menghantarkan mesej ini pada minda bawah sedar. Segala bayangan akan ditonjolkan secara spontan apabila penceramah membuat ucapan sebenar. Elakkan seluk poket, mengaru-garu anggota badan, berdiri bongkok, memeluk tubuh dan bercakap menundukkan kepala.. Berdirilah dengan rasa keyakinan. Emosi yang stabil dan yakin akan menonjolkan gerakan bahasa badan yang baik. Jika emosi tidak keruan, bahasa badan anda akan mempamerkan sesuatu yang tidak sedap dipandang pada pandangan khalayak. 9. Cari bahan-bahan lawak untuk diselitkan dalam ucapan anda. Cerita-cerita yang menarik juga boleh diselitkan dalam ucapan bagi menghidupkan suasana. 10. Pelbagaikan nada suara anda dari segi tempo ,kelajuan mengikut seperti isi ucapan. Ucapkan dengan jelas sebutan setiap perkataan mengikut bunyi vokal dan kosonannya. Masukkan emosi di dalam nada suara anda. Gunakan bahasa sastera di mana yang perlu. Jadikan ucapan anda dramatik seperti pelakon terkenal. 11. Libatkan khalayak di dalam ucapan anda seperti minta pendapat, pertanyaan dan sebagainya tetapi pastikan hanya contoh yang baik sahaja. 12. Jauhi perkataan seperti aahh,,, apa ni ,, emmmh... dan diganti dengan senyapkan suara dan bahasa badan seolah anda sedang berfikir. 13. Jangan sesekali minta maaf semasa sedang berucap kerana akan merendahkan rasa hormat khalayak pada anda. Ucapan maaf adalah diakhir ucapan. 14. Faktor 'Wow" hebatnya penceramah ini adalah rasa kekaguman khalayak anda kerana anda telah dapat memikat pendengar anda . Mereka telah dapat inspirasi,

terhibur, semakin bermotivasi rasa seronok serta ada sesuatu yang dapat mereka jadikan panduan untuk kebaikan mereka. 15. Tinggalkan sesuatu pada khalayak seperti rasa ingin tahu , pertanyaan dan menyebabkan mereka berfikir atas ucapan anda menjadikan anda seorang perucap yang hebat dan diingati.

KESIMPULAN

Merancang bagaimana menyampaikan ucapan anda adalah amat penting. Tidak ada gunanya anda memiliki banyak bahan, data dan maklumat jika anda tidak merancang bagaimana untuk menyampaikannya. Dalam struktur pengucapan awam, anda harus fikirkan apakah yang ingin disampaikan dan bagaimanakah cara untuk menyampaikannya di peringkat permulaan, pertengahan dan akhir ucapan. Pengetahuan tentang protokol ucapan, kemahiran dalam mengolah bahasa yang baik, penggunaan retorik ucapan yang tepat, memanfaatkan masa yang diperuntukan dan menangani gangguan, perlu diberikan perhatian serius oleh penceramah.

BIBLIOGRAFI Abdul Muati Ahmad, (1994)Panduan Pengucapan Awam. Dewan bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2001). Teori & teknik ucapan berpengaruh. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Carnegie, D. (2000). Cara cepat & mudah berbicara efektif: Teknik modern untuk komunilasi yang dinamik (Terjemahan oleh Ana Budi Kuswadani SS). Jakarta: Pustaka Delapratasa. Kulwindr Kaur Sidhu (2006). Pengucapan awam dan kemahiran persembahan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Md Izuddin Ali & Zetty Zahureen Mohd Yusoff (2005). Berucap dengan yakin. Batu Caves, Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd. Rahmat Ismail (2000). Pidato & berpidato: Seni dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Sallehuddin Hj. Mohd Noor, Jallaluddin Hj. Mohd Noor & Ishak Hj. Abdul Rahman (2003). Pengucapan awam. Kuala Lumpur: Thomson Learning (a division of Thomson Learning Pte. Ltd.) Supyan Hussin & Azhar Jalalludin, 2003. Kecemerlangan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai