Anda di halaman 1dari 24

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami meneruskan pengajian kami pada semester ini. Kursus EDU 3107, Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu kursus yang wajib diambil oleh guru-guru pelatih.

Kursus ini adalah berkenaan dengan teoriteori dalam memberi bimbingan dan kaunseling di samping menunjukkan kepada guru pelatih tentang bagaimana atau caracara yang boleh digunakan oleh guru pelatih untuk mengajar di dalam kelas.

Selepas mengikuti kursus ini, guru pelatih akan dapat mempraktikkan cara yang betul dan efisien dalam mengurus masalah murid khususnya murid sekolah rendah. Melalui tugasan yang perlu disempurnakan bagi kursus ini, ia banyak membantu guru pelatih dalam memahami apa yang telah dipelajari.

Ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan kerana memberi peluang ini serta menyusun atur subjek EDU3107 kepada kami untuk kami mendalami ilmu tentang bimbingan dan kaunseling kanakkanak. Tidak lupa ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing kami, En Hatim Aiziwir Zaadun Zabir kerana telah banyak membimbing kami sepanjang kami mengikuti kursus ini. Jasa baik encik tidak akan kami lupakan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung serta murid-murid yang terlibat sebagai sampel tugasan kami.

Disini kami lampirkan hasil dapatan kami sepanjang mengikuti kursus ini dan laporan kajian dan proses bimbingan dan kaunseling yang telah kami laksanakan keatas sampel kajian kami iaitu murid sekolah kebangsaan kundang patah.

Pengenalan

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan

bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah.

Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.

Pengenalan Tugasan

Tugasan kali ini berkaitan dengan pengurusan satu sesi bimbingan dan kaunseling yang perlu dilaksanakan oleh para guru pelatih semasa melaksanakan praktikum fasa 3.

Objektif tugasan ini adalah berkaitan dengan kaedah menjalankan satu sesi bimbingan dan kaunseling bagi mengatasi masalah murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Masalah murid adalah tidak

dikhususkan dan guru pelatih bebas untuk menjalankan satu sesi bimbingan dan kaunseling mengikut masalah murid sama ada masalah tingkah laku atau masalah pembelajaran.

Melalui kajian ini, dapat kita lihat sejauh mana pemahaman guru pelatih tentang bimbingan dan kaunseling untuk kanakkanak. Bagi kajian ini, kami telah menjalankan kajian terhadap murid tahun 1 dan 3 yang menunjukkan masalah tingkah laku negatif iaitu Murid suka mengganggu rakan semasa belajar, suka keluar kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan masalah suka membuat kerja sendiri.

Maksud tingkah laku bermasalah

Kanak-kanak

yang

menghadapi

masalah

tingkahlaku

tidak

boleh

menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai abnormal behavior iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.

Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau

keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah.

Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta berkesan.

Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu :-

1. Tingkah laku Bermasalah Negatif Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi : Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri. Kebimbangan sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada keyakinan diri. Pergantungan lebihan terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja, tidak boleh berdikari Pengunduran diri malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering menggangap orang lebih baik dari dirinya Pengasingan diri tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawan Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain. Hiperaktif kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif Kelakuan nakal suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas. Bising menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap . Bergerak sesuka hati suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi

pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa. Ketawa kuat ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya Agresif secara lisan / fizikal menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi neurotic atau psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil. Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan

masyarakat. Permusuhan nyata suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya. Vandalisme suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja. Kumpulan liar terlibat dengan kumpulan tidak bermoral Klik mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik Geng menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain.

Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang.

Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar.

2. Tingkah laku bermasalah Positif Tingkah laku bermasalah positif merangkumi : Tingkah laku ingin tahu sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat Tingkah laku cepat belajar cepat menangkap atau catch up sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat Tingkah laku pintar cerdas sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir Tingkah laku proaktif sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain

Tingkah laku merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang. Selain dari tingkah laku bermasalah yang diterangkan di atas, terdapat beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam tingkah laku seperti di bawah : Suka menakut-nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil atau lebih muda dari mereka. Mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya mereka Suka mencari gaduh atau pasal dengan kawan-kawan Sering bercakap bohong atau bercakap besar Melakukan kegiatan negatif seperti mencuri, menghisap rokok Suka menyakiti hati kawan-kawan Menjahanamkan harta benda Tidak duduk diam Suka terjerit-jerit dan menjerit apabila bercakap Tidak mendengar arahan atau kata dari orang tua Panas baran Tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan yang diberi ( Robert H Woody : The school and the behaviour problem child )

Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman ( 1995 ) di dalam artikelnya bertajuk Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Puncapunca Timbul Masalah Tingkah Laku . :Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia,menyatakan antaranya adalah seperti berikut : Faktor Diri Murid Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu

bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free will .

Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka. Faktor Keluarga Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral. Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee ( 1975 ) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah.

Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga. Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai Jevenile Delinquency mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan.

Faktor Masyarakat Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi kebudayaan kecil ( sub-culture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Faktor Sekolah Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku kalangan generasi muda. di

Saiz sekolah juga memberi kesan kepada murid. Sekolah yang besar atau keadaan bersesak-sesak mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak berdispilin ( Balley, 1971 dan Reynolds, 1977 )

Masalah tingkah laku bukan lisan di dalam kelas.

SK Kundang Patah

Situasi 1 : Murid suka mengganggu rakan semasa belajar

Sepanjang pemerhatian saya di kelas tahun 3 SK Kundang Patah, terdapat seorang murid yang menarik perhatian saya kerana perlakuannya yang pada saya memberi masalah kepada murid lain. Nama murid tersebut terpaksa saya rahsiakan dan disini saya akan gelarkannya sebagai F. F merupakan seorang murid yang aktif dan berani. Namun begitu sikapnya yang terlalu aktif mengganggu tumpuan murid lebih-lebih lagi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, kejadian ini berlaku dihadapan mata saya sendiri yang mana F memukul rakan sebelahnya hanya kerana sedikit perselisihan faham antara mereka. Kesannya, murid yang dipukul tadi mengadu kepada saya dan murid lain turut bersuara menyokong tindakan F dan ada yang membantah tindakan F. Hal itu menyebabkan kelas menjadi huru hara dan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan baik kerana pergaduhan yang telah berlaku tadi. Sebagai guru yang bertugas pada masa itu, saya menegur perbuatan si F yang kurang tepat untuk beliau lakukan. Untuk seketika, si F mendengar teguran saya namun selepas itu, beliau mengulangi perbuatan beliau setelah saya mengalihkan pandangan ke arah murid lain. Situasi ini bukan hanya berlaku sekali namun berkali-kali sehinggakan saya terpaksa memberi mereka sedikit denda iaitu dengan menggunakan pembaris panjang untuk menghukum mereka.

Situasi 2 : Suka keluar kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Masalah tingkah laku bukan lisan yang kedua adalah sikap murid yang suka keluar dari kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Masalah ini dikesan berlaku pada murid tahun 1 SK Kundang Patah. Apa yang berlaku ialah mereka selalu meminta izin keluar kelas untuk ke tandas, ke koperasi malah ada yang mahu keluar kelas untuk berjumpa adik beradik mereka di kelas lain. Kali pertama ia berlaku saya tidak begitu mempedulikannya kerana say mengganggap mereka benar-benar memerlukannya namun setelah ia berlaku berkali-kali saya mula berasa syak wasangka. Jadi saya menyoal kepada murid-murid lain apa sebab mereka suka keluar kelas. Jawapannya adalah mereka berasa bosan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mereka juga telah terbiasa dengan cara pengajaran dan pembelajaran di pra sekolah dahulu yang lebih menitikberatkan pendekatan permainan dan nyanyian semasa belajar. Dan setelah mereka masuk ke tahun satu, mereka jarang melakukan aktiviti tersebut dan akibatnya mereka mengalami sedikit kejutan budaya dan mula bertindak mengikut kebiasaan mereka. Ini menimbulkan masalah kepada guru dan murid itu sendiri kerana semasa mereka keluar dari kelas mereka terlepas apa yang telah diajarkan oleh guru kerana guru tidak boleh menangguhkan sesi pengajaran hanya sematamata ingin menunggu murid tersebut masuk semula ke kelas disamping masa pengajaran di kelas yang begitu terhad. Pada masa yang sama juga guru tidak boleh selalu menghalang mereka keluar dari kelas kerana bimbang sekiranya mereka benar-benar perlu keluar dari kelas seperti keperluan untuk ke tandas. Ini pernah berlaku pada murid kelas saya yang saya tidak benarkannya ke tandas dan akhirnya murid tersebut muntah di dalam kelas semasa waktu terakhir sesi persekolahan.

Situasi 3 : Masalah suka membuat kerja sendiri

Masalah seterusnya adalah masalah murid yang suka membuat kerja sendiri. Masalah ini terdapat boleh dikatakan pada semua kelas di SK Kundang Patah namun hanya sebahagian murid sahaja yang berkelakuan sebegitu. Sepanjang pemerhatian saya, saya mendapati murid suka membuat kerja sendiri atas sudut negatif dan positif. Dari sudut negatif adalah kerana mereka terlupa untuk menyiapkannya di rumah dan dari sudut positif pula mereka ingin menyiapkannya di sekolah agar mereka dapat melakukan aktiviti lain di rumah nanti. Walaupun terdapat sebab positif namun ia tetap dianggap negatif kerana ia mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran yang lain. Situasi yang sama pernah berlaku di dalam kelas saya dan apabila saya menegur murid untuk menyiapkan kerja mereka pada masa yang lain, mereka mematuhi arahan saya namun mereka tidak memberi kerjasam yang baik semasa sesi pengajaran seperti tidak menumpukan perhatian, curi-curi menyiapkan tugas dan ada yang tidak mengendahkan arahan dan terus membuat kerja mereka.

Interprestasi Tingkah Laku Bermasalah

Pengenalan

Pengawalan kelas merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh sesuatu guru sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas. Guru pastinya tidak dapat lari daripada menyentuh hal berkaitan soal displin

murid-murid disebabkan perkaitannya yang sangat rapat dengan pengawalan kelas. Dalam hal ini, Omardin Ashaari ( 1999 ) berpendapat bahawa kaedah yang paling berkesan dalam mengawal kelas dan lazimnya digunakan oleh guru lain ialah menggunakan kekuatan dan ketegasan yang ada pada diri meraka sendiri. Misalnya, terdapat ramai guru yang melantangkan suara mereka menyuruh muridmurid diam apabila masing-masing sibuk berbual ketika berbual ketika beliau sedang mengajar dan ketika ketiadaan kelas mula sukar dikawal.

Murid-murid di dalam sesebuah kelas umumnya mempunyai pelbagai perbezaan latar belakang dan sikap yang tersendiri sama ada positif atau negatif. Perbezaan tersebut kadang kala membawa kepada tingkah laku bermasalah dan guru seharusnya peka serta berempati terhadap murid-murid tersebut. Cabaran yang biasanya dihadapi oleh guru-guru di sekolah ialah bagaimana hendak mengenal pasti tingkah laku bermasalah seterusnya merancang serta

melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai bagi memodifikasi tingkah laku yang tidak diingini agar hal tersebut tidak menjejaskan kelicinan atau keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran demi menjaga iklim bilik darjah yang kondusif.

Tingkah laku bermasalah

Menurut

Atkinson

(1990),

tingkah

laku

bermasalah

adalah

merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, noma-noma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkah laku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku

kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal. Manakala Mok Soon Sang (2003) merujuk tingkah laku bermasalah dari konteks pendidikan sebagai sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di bilik darjah.

Tingkah laku bermaslah di kalangan murid-murid bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku bermasalah negatif semata-mata tetapi juga merangkumi tingkah laku bermasalah positif iaitu seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Walaubagaimanapun, di dalam tugasan ini, fokus diberikan kepada tingkah laku bermasalah negatif yang merangkumi tingkah laku disruktif( anti social ), distruptif ( mengganggu) dan bergantung termasuklah

hiperakif, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.

Situasi 1 : Murid suka mengganggu rakan semasa belajar

Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang mengganggu dan membahayakan orang lain seperti hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif sama ada secara lisan atau fizikal. Manakala Kerr & Nelson (1998) dalam Nora Mislan (2007) pula menyatakan perlakuan disruptif sebagai apa sahaja perlakuan yang mengganggu proses pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam bilik darjah. Cara-cara tingkah laku disruptif ini termasuklah untuk mendapat perhatian tidak kira positif atau negatif, mengelak dari melakukan tugasan, berkelakuan agresif dan kasar. Tiwi Kamidin (2004) menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tingkah laku disruptif akan sentiasa mengganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran.

Tingkah laku ini bukan sahaja berlaku semasa sesi pengajaran malah di luar sesi pengajaran seperti waktu rehat dan sesi tasmik. Sekiranya ia dibiarkan, ia akan berlanjutan menjadi lebih buruk sehingga menyebabkan pergaduhan dan akan menyebabkan kecederaan fizikal dan mental murid itu sendiri.

Sebagai guru yang bertanggungjawab untuk memelihara kemaslahatan murid, amat penting bagi seorang guru memerhatikan tingkah laku murid. Jangan sekali-kali menganggap remeh hal yang berlaku antara murid kerana hal yang remeh pada pandangan guru mungkin merupakan sesuatu yang besar bagi murid. Pernah berlaku satu kes yang mana ibu bapa datang menyerang pihak sekolah kerana anak mereka cedera akibat bergaduh dengan murid lain dan dalam hal ini pihak sekolah dipersalahkan kerana tidak menjaga murid dengan baik.

Contoh yang kita dapat lihat dalam situasi ini ialah semasa guru sedang mengajar subjek pendidikan islam tahun 3, murid yang hiperaktif atau nakal memukul rakan sebelahnya tatkala guru sedang leka mengajar dan tidak menumpukan perhatian kepada murid yang hiperaktif ini. Hal ini mungkin disebabkan oleh pelaku ingin menarik perhatian dari si mangsa. Setelah diperhati, si pelaku memukul sebanyak 2 kali kepada si mangsa semasa guru tidak menumpukan perhatian kepadanya. Situasi ini akan menyebabkan gangguan kepada mangsa dan juga rakan kelas yang lain. Ini mengakibatkan mangsa dan

rakan kelas tidak dapat menumpukan perhatian kepada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Situasi 2 : Suka keluar kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh saya ketika mengajar subjek pendidikan islam tahun 1 ialah terdapat di kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang lemah dan sering keluar kelas semasa sei pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam hal ini, Omardin Ashaari (1999) menyatakan bahawa biasanya murid yang lemah dalam pelajaran mempunyai hubung kait dengan soal minat, sikap, kaedah mengajar, kesihatan dan kelembapan pemikiran serta kesukaran pelajar mengikuti pengajaran guru. Justeru, guru hendaklah mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tersebut dan bijak merancang serta mengambil kaedah dan strategi yang sesuai agar dalam masa yang sama tidak menjejaskan pembelajaran murid-murid yang sudah cekap dalam pelajaran.

Di samping itu, guru juga seharusnya sentiasa memberi galakan dan rangsangan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada murid yang lemah sebagai motivasi agar mereka sedar dan berusaha meningkatkan tahap pembelajaran mereka. Selain itu, penggunaan kaedah dan pendekatan

pembelajaran yang pelbagai boleh menarik minat murid untuk terus belajar. Jika tahap pembelajaran murid masih di tahap yang sangat lemah dan tidak mampu diatasi dengan melalui kaedah pemulihan yang dijalankan di dalam kelas, guru boleh mengadakan kelas pemulihan untuk memberi perhatian khusus kepada murid yang bermasalah tersebut agar mereka tidak keciciran sebaliknya mereka mampu mengikuti pembelajaran mengikut keupayaan mereka.

Di dalam kelas tahun satu ini saya dapati, murid-murid lebih berminat untuk bermain berbanding belajar. Semasa sesi pengajaran murid suka bermain, leka dan juga tidak memberi perhatian semasa guru sedang mengajar. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak berminat untuk belajar. Berdasarkan sesi soal jawab saya dengan beberapa murid tahun satu, saya dapati bahawa sebahagian daripada mereka datang ke sekolah disebabkan mereka seronok berjumpa rakan dan bermain bersama mereka. Mereka tidak berminat untuk menumpukan perhatian dalam pembelajaran.

Situasi 3 : Masalah suka membuat kerja sendiri

Di sekolah kebangsaan Kundang Patah, terdapat sebahagian murid sering kali tidak membuat kerja sekolah mereka di rumah, kebanyakan mereka cuba menyiapkannya ketika di sekolah terutama sebelum loceng pertama sesi pengajaran berbunyi. Saya dapati bahawa, semasa menemuramah salah seorang murid, kebanyakan murid member alasan bahawa mereka terlupa untuk menyiapkan kerja sekolah mereka kerana sibuk bermain dan melakukan aktiviti lain di samping tidak memahami kehendak soalan yang terdapat pada latihan yang diberi guru. Di sini kita dapat simpulkan bahawa aktiviti pembelajaran murid kebanyakannya hanya berlaku disekolah dan terhenti sebaik sahaja mereka berada di rumah. Ini kerana ketika di rumah mereka lebih suka bermain dan menonton televisyen kerana bagi mereka pembelajaran hanya di sekolah sahaja dan di rumah adalah untuk berehat.

Selain itu, murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah suka membuat kerja sendiri merupakan murid yang kurang mahir menguruskan masa mereka dengan baik. Sebagai guru, kita hendaklah member pendedahan dan tunjuk ajar kepada murid cara untuk menguruskan masa dengan baik agar mereka tidak menyesal pada hari yang mendatang.

Dialog Perbualan Sesi Kaunseling.

Ustaz : assalamualaikum, kamu apa khabar?

Klien : waalaikumsalam ustaz, saya sihat.

Ustaz : kamu sudah makan?

Klien : sudah ustaz. Saya sudah makan di kantin tadi.

Ustaz : bagus. Kamu tahu tak kenapa ustaz panggil kamu pagi ni?

Klien : tak tahu ustaz, saya ada buat salah ke ustaz?

Ustaz : tak ada, tapi ustaz dapati kamu ada sedikit masalah dan terus terang ustaz ustaz katakan kamu tidak seperti rakan-rakan kamu yang lain. Klien : .. (diam membisu)

Ustaz : tapi ustaz tidak bermaksud kamu ni budak jahat atau budak nakal tetapi hanya sedikit masalah berbanding murid lain. Klien : maaf ustaz

Ustaz : tak mengapa. Dan ustaz kalau boleh ingin membantu kamu mengatasi masalah kamu ini. Apa yang ustaz perhatikan kamu bersikap agak agresif berbanding rakan-rakan lain, adakah kamu sedar dengan hal itu?

Klien : tidak ustaz, saya rasa biasa je.

Ustaz : sebagai contoh kamu agak kerap bising semasa sesi pembelajaran, kerap mengganggu rakan semasa membaca Al-Quran dan kerap ke sana ke mari semasa sesi tasmik dijalankan. Ustaz pasti kamu sedar akan hal itu bukan? Klien : ye ustaz. (sambil menunduk)

Ustaz : memang bagus kamu aktif didalam kelas, tetapi kamu haruslah berpadapada dengannya dan tidak melampau sehingga memberi kesan terhadap pelajaran kamu. Klien : (diam membisu)

Ustaz : baiklah. Bagaimana kalau begini, andai kata kamu sedang menonton televisyen. Kemudian adik kamu bermain bola di hadapan kamu. Adakah kamu gembira dengan tindakan adik kamu?

Klien ; tidak ustaz

Ustaz : sudah tentu kamu berasa marah bukan?

Klien : ya ustaz (mengangguk)

Ustaz : samalah keadaannya semasa di dalam kelas. Jika kamu bising dan mengganggu rakan-rakan kamu, sudah tentu rakan-rakan kamu tidak berasa senang dengan perlakuan kamu. Sekarang adakah kamu faham dengan apa yang ustaz cuba sampaikan sekarang Klien : ya ustaz..(menunduk)

Ustaz : baiklah, sekarang boleh kamu janji dengan ustaz?

Klien : janji apa ustaz?

Ustaz : bolehkah kamu janji dengan ustaz supaya tidak lagi bising dan mengganggu rakan kamu semasa sesi pelajaran? Kamu boleh bermain dengan rakan kamu tetapi hanya di luar sesi pengajaran bukan di dalam kelas, boleh?

Klien : insyaAllah ustaz, saya akan cuba.

Ustaz : Alhamdulillah, ini yang ustaz mahu dengar.

Huraian Teori Yang di Gunakan Dalam Proses Memberikan Bimbingan Kepada Murid.

Bagi mengatasi masalah murid ini, kami telah merujuk teori REBT iaitu teori Terapi Rasional Emotif Behavioral. Teori yang dipelopori oleh Albert Ellis (1913), ini menerangkan tentang bagaimana masalah emosi dan neurotik adalah ditimbulkan dari tiga sumber utama iaitu sumber pemikiran, emosi dan behavioral terutamanya pemikiran kognitif yang memainkan peranan penting dalam pengekalan gangguan psikologikal.

Kami menggunakan teori ini kerana masalah murid ini adalah berkaitan dengan tingkah laku murid itu sendiri. Hal ini kerana pendapat tokoh bagi teori ini adalah menekankan tentang perkaitan gerak balas individu dengan ransangan adalah suatu proses pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru. Dalam hal murid ini, kami ingin membentuk satu tingkah laku yang baru iaitu tingkah laku yang positif . kami ingin membuang atau mengurangkan tingkah laku negatif yang ditonjolkan oleh murid ini dengan menggantikannya dengan tingkah laku yang baik atau positif.

Menurut Ellis, manusia bertanggungjawab atas perasaan gangguan yang ditimbulkan oleh mereka sendiri, sama ada di bawah keadaan sedar atau tidak sedar. Maka individu mempunyai sumber dan keazaman yang perlu untuk membawa perubahan yang sihat selamalamanya.

Berdasarkan pandangan Albert Ellis (1913), ini kami telah merangka satu sesi kaunseling bagi membantu murid ini dalam mengawal tingkah lakunya. Hal ini kerana matlamat teori ini adalah bertujuan membantu klien memperkembangkan pemikiran rasional dan logikal melalui galakan mereka memikir dan memahami pemikiran tidak rasional yang diwarisi masa dahulu adalah punca utama yang membawa masalah psikologikal masa kini. Klien dibimbing untuk melihat dan menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan gangguan emosi yang dialami.

Pelopor Albert Elis

REBT

ialah

satu

terapi

yang

berbentuk

didactic

kognitive

dan

berorientasikan tindakan. Ia menekankan peranan fikiran dan sistem pemikiran sebagai punca masalah peribadi. ( Dia percaya manusia bermasalah dan bersifat negatif kerana dia fikir mengarut dan fikir benda yang tak patut)

Falsafah Asas

Manusia cenderung dipengaruhi oleh pemikiran yang salah. (Contoh : Dia fikir kemudian dia terpengaruh dengan apa yang fikirkan. Kalau aku jawab soalan ustaz ni kemudian salah malu lah aku nanti, kawan-kawan tentu akan ketawakan aku). Hal ini akan menyebabkan gangguan emosi dan tingkahlaku berlaku.

Pemikiran sangat menentukan perasaan dan tindakan. Terapi ini berorientasikanpemikiran dan tingkahlaku. Ia menekankan peranan berfikir, membuat keputusan, menyoal, bertindak dan kembali membuat keputusan.

REBT ialah satu model psiko-pendidikan. Ia menekankan terapi sebagai satu proses pembelajaran mendapatkan kemahiran-kemahiran baru dan cara-cara baru untuk berfikir dan mendapatkan cara-cara yang lebih efektif. Konsep Utama

Masalah-masalah tingkah laku mungkin berpunca daripada zaman kanakkanak lagi. Akan tetapi masalah-masalah ini berulang kerana pengaruhpengaruh semasa.

Sistem pemikiran individu ialah punca utama kecelaruan. Dialog dalaman mempengaruhi tingkahlaku seseorang Klien menerokai tanggapan yang salah menjadi regid dalam diri.

Matlamat Utama Terapi

Untuk mencabar klien untuk melihat pemikiran salah dengan bukti-bukti yang dikumpulkan dan dinilaikan olehnya sendiri.

Untuk membantu klien melihat dan mengurangkan pemikiran yang regid Untuk sedar pemikiran automatik dan pemikirannya.

Hubungan Teraputik

Dalam REBT ahli terapi berfungsi sebagai guru dan klien sebagai pelajar Ahli terapi sangat directive dan mengajar teknik ABC.

Teknik-teknik

Ahli Terapi menggunakan pelbagai teknik kognitif, emosi dan tingkah laku. Pelbagai kaedah diubah suai supaya sesuai dengan keperluan khusus individu.

Antara teknik-teknik termasuklah dialog Socratic, mendebatkan pemikiranpemikiran tak rasional, membuat kerjarumah, mengumpulkan data dsb.

Aplikasi

Rawatan kemurungan, Gelisah , Masalah rumah tangga, pengurusan tekanan, latihan kemahiran, penyalahgunaan dadah, kecelaruan pemakanan, serangan panik, performance anxiety fobia sosial

1. Pendekatan ini sangat berguna dalam mengubah pemikiran manusia. 2. Banyak kumpulan selfhelp menggunakan prinsip-prinsip model ini. 3. Boleh digunakan populasi yang ada masalah khusus.

Refleksi kendiri : Mohd Izzat bin Zazali

Kursus (EDU 3107) Bimbingan dan Kaunseling kanakkanak merupakan salah satu kursus yang kami ambil bagi semester 7 2012 ini. Bagi mengikuti kursus ini, kami telah dibimbing oleh En Hatim Aziwir Zaadun Zabir.

Secara keseluruhannya, sepanjang mengikuti kursus ini, kami telah didedahkan dengan teori teori yang berkaitan dalam mengenalpasti, mengurus dan cara untuk mengatasi masalahmasalah yang mungkin akan timbul semasa mengajar kelak melalui kaedah bimbingan dan kaunseling.

Mengajar di kelas tahun 1,3 dan 5 banyak memberi cabaran kepada saya selaku guru pelatih kerana boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan berhadapan dengan masalahmasalah murid yang pelbagai. Dalam usaha untuk mengawal tingkah laku murid murid terutama murid tahun satu yang baru mengenal alam persekolahan, pelbagai cara dan kaedah yang sesuai diperlukan kerana sekiranya tersalah menggunakan kaedah atau cara, ia akan memberikan kesan yang negatif dan mendalam serta berpanjangan kepada murid ini selain turut mengganggu konsentrasi mereka terhadap pembelajaran khususnya.

Ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada En Roziky Affendy, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan kerana memberi peluang ini untuk kami mendalami ilmu tentang kanakkanak. Tidak lupa ucapan ribuan terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing kami, En Hatim Aziwir Zaadun Zabir kerana telah banyak membimbing kami sepanjang kami mengikuti kursus in. jasa baik encik tidak akan kami lupakan.

Selain itu kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini dan membantu kami dalam lebih memahami tentang kursus ini.

Akhir kalam kursus EDU 3107 Bimbingan dan Kaunseling kanakkanak telah banyak membantu kami dalam mengajar muridmurid tahun 1,3 dan 5. Kursus ini telah mendedahkan kami dengan caracara dan kaedahkaedah yang sesuai dalam mengekalkan dan mengurus tingkah laku murid. Sekian, terima kasih.

Refleksi kendiri : Mohd Affiq bin Muhamad

Terlebih dahulu saya panjatkan segala puji pagi Allah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya dan rakan sepraktikum menyelesaikan tugasan bagi subjek Bimbingan Dan Kaunseling ini yang telah diberikan oleh Encik Hatim Aziwir Zaadun Zabir dari Jabatan Ilmu Pendidikan, dalam masa yang ditetapkan.

Tugasan ini memerlukan kami untuk memainkan satu peranan yang boleh disumbangkan oleh guru biasa dalam membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah serta mempraktikkan amalan terapi yang dipelajari semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah oleh seseorang guru biasa.

Hasil daripada tugasan yang telah disempurnakan ini, kami telah mendapat banyak input dan informasi yang sangat berguna sebagai persediaan kami bagi menghadapi cabaran sebagai seorang guru kelak. Dalam proses

menyempurnakan tugasan ini, kami sedar bahawa tugas seorang guru bukanlah hanya sekadar mengajar di dalam semata-mata, tetapi seseorang guru itu juga berperanan dalam memberi bimbingan dan kaunseling kepada para pelajarnya dalam cara dan kaedah yang tersendiri tanpa disedari.

Mengajar di pelbagai aliran kelas banyak memberi cabaran kepada guruguru kerana saban hari guru akan berhadapan dengan masalahmasalah murid yang pelbagai dan berbezabeza keadaan dan latar belakang dan tahap perkembangan serta kematangan. Dalam mengawal dan mengekang tingkah laku kepelbagaian murid ini memerlukan cara dan kaedah yang sesuai kerana sekiranya tersalah menggunakan kaedah atau cara, ia akan memberikan kesan yang negatif dan mendalam serta berpanjangan kepada murid ini seperti perasaan diri tidak dikamingi, disisihkan dan sebagainya.

Selain itu, kemahiran asas yang terdapat dalam bidang kaunseling juga mempunyai banyak faedahnya kepada guru khususnya saya sendiri yang akan bergelar guru kelak. Dengan sedikit pembacaan dan perbincangan bersama rakanrakan dalam menyempurnakan tugasan ini, kami mendapat input yang sangat berguna yang boleh diaplikasikan di sekolah kelak dan dalam masa terdekat ketika kami menjalani praktikum fasa yang ke 3 sekarang.