Anda di halaman 1dari 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU Tahun Tarikh : 4 Berlian

: 8 Ogos 2012

Masa

8.00 - 9.00 pagi

Bilangan Murid : 30 orang

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Sentiasa Berhemat Kita Selamat

Tajuk

: Pencemaran Air

Hasil pembelajaran: Fokus utama : Kemahiran menulis 8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan dalam sesebuah karangan. Aras 1 (1) Memilih dan mengenal pasti penanda wacana yang terdapat dalam teks yang dibaca. Fokus sampingan : Kemahiran membaca 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkara yang dibaca. Aras 3 (1) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik

Objektif pembelajaran: Pada akhir pelajaran murid-murid dapat : 1) Menyenaraikan 5 penanda wacana yang terdapat dalam teks yang dibaca. 2) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik. 3) Membina 5 perkataan lain daripada perkataan PENCEMARAN Kemahiran Bahasa : i) Menulis ii) Membaca

Sistem Bahasa

Penanda wacana i) Ilmu -Kajian Tempatan Geografi ii) Nilai Kerjasama,mementingkan kebersihan,baik hati iii) Kewarganegaraan - Mencintai negara yang aman dan selamat

Pengisian kurikulum :

Kemahiran Bernilai Tambah :

a) Kemahiran berfikir -Menjana idea b) Belajar cara belajar -Belajar berkumpulan c) Pembelajaran kontekstual -Berkerjasama d) Pembelajaran konstruktivisme

Bahan Bantu Mengajar

: Klip video filem Duyung,Klip video Animasi Jangan Membuang Sampah Sarap di Sungai Power Point,petikan teks,kertas sebak,Borang Pengurusan Grafik

Alat Bantu Mengajar

: Komputer riba dan LCD

Pengetahuan Sedia ada

: Pelajar pernah melihat tragedi pencemaran air atau sungai yang berlaku di kawasan tempat tinggal mereka.

Langkah/

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Masa Set Induksi Sedutan filem "Duyung" Mengisahkan seorang lelaki (5 minit) yang dilakonkan oleh Apek Senario bersama sahabatnya Orex yang dilakonkan oleh Yassin Senario bekerja untuk membersihkan kawasan sungai di tempat mereka. Mereka mengatakan bahawa sekiranya sungai dan laut ini bersih maka ikan duyung akan wujud di dalam kawasan sungai mereka. Ini mengukuhkan lagi kerajinan yang ada di dalam diri Apek senario dan rakannya Orex.

1. Murid melihat tayangan sedutan filem " Duyung"

LCD Sedutan

2.Murid melihat soalan yang dipaparkan dalam power point . 3. Murid menjawab soalan.

tayangan filem Duyung Power point

4 .Guru mengaitkan dengan isi pelajaran yang akan diajar. Kontekstual: menghubung kaitkan isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid

Langkah 1 (20 minit)

Petikan teks Pencemaran Air

1) Murid diberikan petikan teks " Pencemaran Air" oleh guru.

Kad petikan KBCB: -Mendengar

2) Murid membaca teks mengikut intonasi dan sebutan yang betul serta kuat di dalam kelas secara berkumpulan mengikut perenggan .

dengan cekap. -Bacaan mekanis

3) Setiap kumpulan dikehendaki

berbincang untuk mencari idea utama berdasarkan petikan teks Pencemaran Air 4) Murid menulis idea utama di di atas kertas sebak yang diberikan oleh guru.

TKP: -Interpersonal -Intrapersonal

BBM 5) Wakil pelajar setiap kumpulan Kertas sebak menampal jawapan di papan tulis dan membentangkan hasil perbincangan.

6) Kumpulan yang berjaya mendapat jawapan yang lengkap akan diberikan ganjaran. 7) Murid menyemak jawapan bersama guru berpandukan power point. Power point

Langkah 2 (20 minit)

Nota Penanda Wacana dan fungsinya

1) Guru menerangkan tentang penanda wacana. 2) Setiap kumpulan dikehendaki mencari dan menyenaraikan 5 penanda wacana yang terdapat di dalam petikan " Pencemaran Air" di atas borang pengurusan

Sistem Bahasa : Penanda wacana

grafik yang diberikan oleh guru.

5) Wakil pelajar setiap kumpulan menampalkan hasil kerja kumpulan di papan tulis. Ketua kumpulan dikehendaki membaca jawapan yang telah ditulis.

6) Murid-murid lain memastikan sama ada betul atau tidak penanda wacana yang telah disenaraikan oleh setiap kumpulan . Power point 7) Murid menyemak jawapan berdasarkan power point yang ditayangkan oleh guru.

Langkah 3 (10 minit)

Kuiz Minda Pintar Perkataan PENCEMARAN Contoh a) Pen b) Cemar c) Maran d) Ran e) Cemara

1) Murid melihat perkataan PENCEMARAN yang telah ditampalkan oleh guru di papan tulis.

Kemahiran Berfikir : Menjana idea Borang

2) Murid dikehendaki membina 5 perkataan lain daripada perkataan PENCEMARAN di dalam borang pengurusan grafik (PG)

Pengurusan Grafik Penilaian Formatif:

Penilaian 3) Murid yang dapat menyenaraikan perkataan tersebut dengan pantas akan diberikan ganjaran. formatif dijalankan secara pemerhatian

Penutup (5 minit)

Penutup Kognitif Contoh soalan: a)Apakah yang telah kamu pelajari pada hari ini? Nilai-nilai murni 1) Kebersihan adalah separuh daripada iman.

1)Guru dan murid bersoaljawab tentang pelajaran pada hari ini dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam filem Duyung . ( Power Point)

Kontekstual: menghubung kait -komputer riba TKP:

2) Murid menyaksikan tayangan video Animasi jangan membuang sampah sarap di sungai. -Kinestetik -Muzik

2) Menjaga kebersihan sungai adalah amalan kita semua.

3) Kita perlu menjaga sungai kita daripada tercemar bagi mengelakkan hidupan laut mati begitu sahaja. Penutup Sosial a) Menyaksikan tayangan video Animasi jangan membuang

sampah sarap di sungai. Refleksi :

Kekuatan

Kelemahan :

Cadangan Mengatasi Kelemahan :

Ulasan Guru Pembimbing

Ulasan Pensyarah Penyelia :

LANGKAH 1

PETIKAN PENCEMARAN AIR

Air merupakan nadi kehidupan manusia. Tanpa air, manusia bukan sahaja menghadapi masalah untuk meneruskan aktiviti kehidupan malahan juga akan mati kehausan. Demikianlah pentingnya air kepada kita. Namun begitu, sumber air khususnya di negara kita sering dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sumber air dicemari dengan sampah sarap serta bangkai dan najis. Lebih daripada itu, sumber air dicemari pula oleh tumpahan minyak serta sisa toksik. Pencemaran air menimbulkan beberapa kesan yang negatif kepada manusia. Yang pasti haiwan akuatik seperti ikan , udang, serangga air akan pupus sedikit demi sedikit. Bukan itu sahaja, tumbuhan akuatik termasuk batu karang juga akan mengalami nasib yang sama. Pencemaran air juga menyebabkan air berbau busuk dan dicemari kuman. Lebih mencemaskan lagi, sumber air yang tercemar tidak selamat untuk diminum. Justeru, untuk mendapatkan bekalan air yang bersih lagi selamat, kita terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada kebiasaannya. Kesimpulannya,setiap manusia perlu bertanggungjawab supaya sumber air di negara kita bersih dan selamat.

BORANG PENGURUSAN GRAFIK

KUIZ MINDA PINTAR

PENCEMARAN

Anda mungkin juga menyukai