Anda di halaman 1dari 20

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

1.0 PENDAHULUAN

GURU

merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Betapa baiknya sistem

pendidikan sekalipun, kalau agen yang menyampaikan itu tidak efektif , ia tidak akan mencapai matlamat kesempurnaan insan. (Aminudin Mansor Majalah Pendidik 2005). Menurut Syarifah Alawiyah , pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang membawa murid ke hasil pembelajaran yang dimahukan. Kajian ahli psikologi Barat S.L.Pressey, jelas menerangkan satu daripada masalah pendidikan yang utama ialah mangsa pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan mempunyai sahsiah yang luhur. Oleh itu, guru seharusnya prihatin dengan pencapaian murid murid dari masa ke semasa terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Salah satu aspek yang yang harus diberi penekanan ialah pemulihan terutamanya dalam bacaan.

Kecemerlangan dalam pendidikan memanglah menjadi harapan dan matlamat kita. Perkembangan dan kemajuan negara banyak bergantung kepada kecemerlangan dan kualiti pendidikan yang dihasilkan. Untuk mencapai kecemerlangan, memang tidak lari dari peranan yang dimainkan oleh guru. Guru kreatf dan efektif tentulah guru yang baik. Guru yang baik adalah guru yang mampu mengajar atau mendidik dengan baik.

Guru yang mengajar bacaan dengan berkesan merupakan guru yang sememangnya minat membaca, banyak membaca, dan mahir membaca. Oleh itu, mengetahui teknik mengajar membaca sahaja sebenarnya bukanlah sesuatu jaminan bahawa murid murid akan cepat menguasai kemahiran membaca.Guru kreatif dan berinovatif akan sentiasa mencipta teknik sendiri yang difikirkan sesuai dengan situasi dan tahap kepintaran murid murid.

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Penggunaan ICT dalam bacaan juga,pastinya akan menarik minat murid untuk membaca. Tulisan yang berwarna warni dan grafik yang menarik ,membuatkan murid murid akan bersungguh sungguh berusaha untuk menguasai kemahiran membaca. Murid akan lebih berminat lagi sekiranya ia dipulihkan melalui pembacaan cerita. Ini sebagaimana seperti cerita Lagenda Mahsuri yang saya sediakan melalui slaid power point.Dengan kata lain, kemahiran bahasa murid murid akan meningkat, jika mereka telah menguasai membaca dan membaca pelbagai bahan bacaan. Walaupun satu kalimah yang diajarnya dialah gurumu
Peribahasa Arab

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN


2.0 PEMULIHAN

Kamus Dewan Edisi Baru(1989),mentakrifkan pemulihan sebagai perbuatan memulihkan, memperbaiki dan pengembalian kepada keadaan yang semula.Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas. Pendidikan pemulihan merupakan rancangan khas untuk membantu murid murid menguasai kemahiran kemahiran asas itu. Oleh itu, guru harus meminkan peranan yang penting dengan menggunakan kaedah, teknik, strategi serta aktiviti pengajaran yang menarik bagi membantu murid murid pemulihan.

Dalam program pemulihan, didapati bahawa murid-murid pemulihan sering menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca. Fauziah Tahiruddin (2000) menyatakan antara permasalahannya ialah pelajar pemulihan mudah lupa perkataan yang dibaca. Daya ingatan mereka sangat singkat. Transley (1967) Pendidikan Pemulihan merupakan satu bentuk pengajaran yang menutamakan langkah langkah yang benar benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.

Bahagian Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984), Program Pendidikan Pemulihan merupakan langkah langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Persatuan Pendidikan Pemulihan kebangsaan (NARE) UK (1975) Program Pendidikan Pemulihan merupakan satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid murid di sekolah biasa.

Setiap aktiviti harus dijalankan secara individu atau kumpulan.Bagi kumpulan, murid cerdas akan membantu murid lambat supaya pengajaran lebih berkesan.Murid cerdas dapat mengasah bakat kepimpinan.Semangat kerjasama di antara murid dapat dipupuk di dalam dan diantara kumpulan. Aktiviti boleh dilakukan pada setiap hari,selepas murid telah menguasai sesuatu atau beberapa kemahiran, selepas murid menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran 3

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Aktiviti pemulihan pada peringkat pertama dijalankan dalam kelas biasa, iaitu selepas kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian. Sekiranya murid murid telah berjaya menguasai kemahiran yang diajar, maka mereka akan diberikan aktiviti pengayaan. Bagi murid murid yang masih gagal dalam program pemulihan yang dijalankan dalam kelas biasa, mereka akan dirujuk kepada guru pemulihan khas. Dalam peringkat ini, murid murid itu akan ditempatkan dalam satu bilik khas dan akan menjalani aktiviti pemulihan yang dirancang oleh guru pemulihan itu.

2.1

Rasional Dan Objektif Pendidikan Pemulihan

Pemulihan mengikut kajian pakar pakar pendidik, merupakan kumpulan kanak kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran abstrak. Oleh itu, ramai murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mereka. Untuk membantu murid murid ini mengatasi masalah pembelajaran, program pemulihan merupakan satu satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Murid yang lemah dalam pelajaran memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa menjalani aktiviti pembelajaran. Murid murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah serta tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi agar mereka tidak ketinggalan berbanding dengan rakan rakan sekelas mereka.

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Objektif pendidikan pemulihan bertujuan membolehkan murid murid yang menghadapi masalah pembelajaran supaya dapat menguasai kemahiran kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang khas berdasarkan kebolehan mereka. Ia juga agar murid murid ini mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan positif mereka. Selain itu, ia dapat mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi serta mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang memuaskan.

Seterusnya pendidikan pemulihan ini, akan memberi peluang yang sama dengan melibatkan murid murid itu dalam aktiviti aktiviti sosial, baik dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Mereka juga akan mengamalkan sikap positif seperti mempunyai keyakinan diri dan berdikari apabila mereka berada dalam kumpulan atau masyarakat. Paling penting, murid murid ini akan dapat meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa, seterusnya mengurangkan masalah keciciran. .

Pendidikan imbuhan

PENDIDIKANPEMULIHAN ( PEDAGOGI ))

(sosioekonomi dan politik )

Rajah:Skop kajian pendidikan pemulihan dan imbuhan

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN


Beberapa strategi boleh dijalankan di sekolah terutamanya mewujudkan kerjasama antara guru pemulihan dengan guru kelas. Dalam hubungan ini, guru pemulihan dan guru kelas sentiasa digalakkan meengadakan perbincangan dari semasa ke semasa untuk membantu

menyelesaikan masalah murid. Ini bertujuan untuk mengesan perkembangan pencapaian murid secara berterusan. Mereka juga digalakkan bekerjasama dalam mengendalikan aktiviti pemulihan.

Guru pemulihan juga harus mempunyai hubungan profesional dengan guru panitia Bahasa Melayu. Pihak sekolah juga boleh mengadakan pertemuan dengan ibu bapa dalam tempoh dua atau tiga bulan sekali. Tujuan perjumpaan ini ialah untuk membincangkan perkembangan pencapaian murid murid lemah. Dalam pertemuan ini, ibu bapa akan diberi tunjuk ajar tentang cara - cara membimbing anak mereka yang lemah dalam pembelajaran.

Guru kelas pula hendaklah memberi tumpuan khusus kepada murid murid lemah selama 10 hingga 20 minit bagi setiap waktu pelajaran. Guru juga harus memastikan hubungan yang baik sentiasa terjalin antara murid pemulihan dengan rakan dari kumpulan lain. Guru kelas juga hendaklah memastikan hubungan yang baik sentiasa terjalin antara murid pemulihan dengan rakan dari kumpulan lain. Guru kelas juga hendaklah meastikan hubungan dengan ibu bapa murid pemulihan sentiasa terjalin bagi memudahkan kedua dua pihak mengatasi masalah tersebut.

Secara umumnya , murid murid yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran adalah terdiri daripada murid murid yang mempunyai IQ yang rendah. Keadaan ini berhubung rapat dengan beberapa faktor. Antaranya ialah faktor faktor pembelajaran yang berkemungkinan kurikulum yang kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak - kanak, strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai ataupun bahan pelajaran yang disediakan tidak menarik minat murid murid.

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Faktor peribadi juga merupakan aspek yang menyebabkan murid murid mengahadi masalah pembelajaran seperti kemiskinan dan masalah sosial. Faktor masalah peribadi merupakan satu putaran yang luas dalam proses pembelajaran seseorang murid. Mereka tidak mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar. Aspek lain ialah kurang kecerdasan di mana murid murid yang menghadapi masalah mental ialah murid yang lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami, lemah pengamatan dan sebagainya.Seterusnya ialah masalah fizikal, di mana murid murid yang kurang sihat akan menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Murid murid ini berkemungkinan kekurangan zat makanan yang menyebabkan kurang semangat dan tumpuan kerana lesu dan penat. Tenaga belajar juga menjadi kurang, mungkin kerana mereka terpaksa bekerja sambilan membantu ibu bapa yang miskin. Seterusnya murid murid yang kurang sihat, amat mudah diserang pelbagai penyakit. Mereka kurang cergas, menyebabkan otak mereka lembab berfikir iaitu kurang cerdas. Di samping itu aspek psikologi yang berkait rapat dengan emosi. Murid murid ini mempunyai perasaan terlalu rendah diri, takut, malu, marah, pemberontak dan sebagainya. Murid murid yang menghadapi masalah pembelajaran mungkin akan membeci guru dan sekolah atau menjadi seorang pemalu. Murid murid yang mempunyai kecacatan fizikal mungkin akan hilang keyakinan diri dalam aktiviti pembelajaran.

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Mengenal pasti murid

Menganalisis masalah

perancangan

pengajaran

penilaian

Tindakan susulan

Rajah:Proses pengelolaan sesi pemulihan

3.0 KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA DAN KELAS KHAS.

Pengajaran Guru

Pembelajaran Murid

latihan

penilaian

Rajah Atas: Langkah langkah pengajaran pemulihan

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN


Pengajaran Guru Mengenlpasti kesukaran pembelajaran merancang mengajar menilai Tindakan susulan

Murid murid bermasalah kesukaran dapat dikenal pasti melalui pemerhatian, pembinaan inventori, menginterprestasi rekod prestasi, ujian kertas dan pensel, latihan, dan mengadakan sesi soal jawab. Seterusnya ialah guru perlu merancang hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran daan pembelajaran, dan membuat penilaian. Proses perancangan seharusnya berdasarkan kebolehan, keperluan, minat, pengalaman, kekuatan dan kelemahan murid. Aktiviti pemulihan bagi murid murid yang menghadapi kesukaran pembelajaran boleh dilaksanakan semasa murid murid lain menyelesaikan tugasan atau semasa mereka melakukan aktiviti pengayaan. Bagi aktiviti pemulihan, proses penilaian adalah penting mengukur pencapaian hasil pembelajaran. Murid murid yang telah menguasai kemahiran kemahiran tertentu perlu diberikan maklum balas positif untuk meningkatkan keyakinan diri mereka untuk terus belajar. Selepas proses penilaian, murid murid yang telah menguasai kemahiran kemahiran, perlu dipindahkan ke dalam kumpulan sama kebolehan. Manaka murid murid yang belum menguasai kemahiran, dirujuk kepada guru pemulihan khas.

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN


4.0 PERBEZAAN PENGELOLAAN DAN STRATEGI PENGAJARAN PEMULIHAN

DALAM KELAS BIASA DAN KELAS KHAS.

Sejarah Pendidikan Pemulihan Khas di luar Negara , secara ringkasnya dua buah negara yang terkenal kerana pendidikan pemulihannya ialah Amerika dan England. Perkembangan di Amerika berkembang pesat setelah termaktubnya PL 94 142, sementara di England pula selepas Laporan Warnock. Sejarah dalam negara bermula pada tahun 1965 apabila tiga orang guru yang mendapat latihan di England kembali berkhidmat. Sehingga 1968, seramai Sembilan orang guru telah mendapat latihan di luar Negara.

10

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Program Pendidikan Pemulihan ialah satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid murid lemah di sekolah rendah. Program ini ditumpukan kepada penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira dan dikendalikan oleh guru guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Dari sudut FalsafahPelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas akan memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Oleh itu ianya selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua.

Pemulihan dalam kelas biasa merupakan aktiviti KBSR yang dijalankan dalam kelas biasa untuk membantu murid murid yang lemah dalam menguasai sesuatu kemahiran yang telah dipelajari. Antara program yang dijalankan ialah program yang dikendalikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum untuk membantu murid murid menguasai kemahiran asas 2M iaitu Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis ( KIA2M ). Murid murid ini dikehendaki menduduki ujian penapisan, pelepasan dua sebelum dilepaskan tetapi bagi murid yang gagal ujian pelepasan tiga, mereka akan dimasukkan ke kelas pemulihan khas.

Begitu juga dengan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang menggantikan Program KIA2M. Di dalam kelas biasa, murid murid ini menjalani Ujian Saringan. Selepas Ujian Saringan 2, jika murid murid hanya menguasai konstruk 1 daripada 12 konstrak yang diberi, mereka akan ditempatkan di Kelas Pemulihan Khas. Menerusi program PROTIM pula, program pemulihan 3M telah dirancang bagi membantu murid murid tahap dua iaitu tahun empat, lima dan enam.

Dalam konteks sekolah rendah, program Pendidikan Pemulihan Khas merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira.Di Kelas Pemulihan Khas, murid murid yang telah dikenal pasti akan datang ke Kelas Pemulihan Khas pada waktu yang ditentukan untuk belajar Bahasa Melayu dan Matematik sahaja. Mereka akan dihantar balik ke kelas ( tidak perlu datang lagi ) apabila telah menguasai kemahiran asas yang ditentukan. Kelas ini dikendalikan oleh seorang guru khas yang terlatih.

11

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Murid murid yang ditempatkan di Kelas Pemulihan Khas ialah murid murid daripada pelbagai perbezaan umur tetapi menghadapi masalah yang sama dikelompokkan dalam satu kelas khas untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Bagi setiap sesi pemulihan, bilangan murid yang ditetapkan ialah seramai 7 10 orang. Peruntukan waktu untuk kelas ini adalah sebanyak 20 jam seminggu termasuk dua jam seminggu untuk sesi panduan dan bimbingan kaunseling bertujuan untuk memotivasikan murid pemulihan. Yang nyata, murid pemulihan khas ialah murid normal yang menghadapi kesulitan pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Muridmurid ini tercicir dalam penguasaan 3M berbanding rakan sebaya mereka. Murid pemulihan khas akan datang ke kelas pemulihan khas ketika waktu mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja dan akan kembali ke kelas mereka semula untuk mempelajari mata pelajaran lain. Kelas Pemulihan Khas dilengkapi dengan pelbagai keperluan pembelajaran seperti kerusi meja, alat tulis, barang permainan dan penyediaan kelas yang kondusif untuk menarik minat murid pemulihan. Semua maklumat murid seperti nama, rekod rekod aktiviti, rekod pencapaian kemahiran, jadual kedatangan dan laporan terperinci hendaklah disusun dalam almari di Kelas Pendidikan Khas. Papan papan kenyataan yang dihiasi juga mesti dilengkapi dengan jadual kelas,maklumat latar belakang murid, prestasi kemahiran, prestasi sikap dan sosial serta prestasi akademik. Hasil kerja murid yang baik dan boleh dijadikan contoh dan dipamerkan sebagai bahan motivasi kepada murid lain.

Selain itu, gambar mereka yang menunjukkan peningkatan prestasi juga elok dipamerkan.Pastikan juga kelas mendapat udara yang segar dan terhindar daripada bunyi bising dan juga bau yang kurang menyenangkan. Elakkan daripada meletakkan kelas ini di hujung bangunnan sekolah atau bawah tangga. Murid pemulihan juga perlu mendapat layanan yang sama seperti murid normal yang lain.

12

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Kaedah pemulihan di dalam kelas biasa pula dirancang dan dikendalikan oleh guru mata pelajaran mengikut jadual waktu biasa. Murid murid disatukan dalam satu kelas, sama ada murid murid yang cerdas, sederhana atau lemah. Waktu memulihkan murid murid adalah secara berterusan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pendidikan Pemulihan Kelas Biasa Pendidikan Pemulihan Kelas Khas

Murid

murid

mengalami

masalah Murid

murid

mengalami

masalah

pembelajaran yang ringan iaitu mereka lamat pembelajaran yang berat / kompleks. Murid menguasai sesuatu kemahiran. murid ini tidak dapat menguasai kemahiran 3M ( membaca,menulis,mengira) selepas

saringan.

Menggunakan sukatan yang sama

Menggunakan sukatan yang berbeza

Guru yang sama

Guru yang dilantik khas dan telah mengikuti kursus.

Masa pembelajaran mengikut jadual waktu Jadual sendiri yang berasingan. biasa.

Tempat pembelajaran di dalam kelas.

Di dalam kelas khas yang lengkap dengan perabot.

Rajah: Perbezaan Pendidikan Pemulihan Kelas Biasa dan Kelas Khas.

13

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Walaubagaimanapun setiap

kaedah itu ada kelebihan dan

kekurangannya.

Pendidikan Pemulihan kelas Biasa akan menjimatkan masa guru di mana penumpuan guru tertumpu pada seluruh pelajar di dalam kelas itu sahaja dan kaedah pengajaran mudah digunakan. Guru hanya memberi penerangan sekali sahaja dan menyeluruh kepada sebuah kelas. Tumpuan guru berpusat kepada kelas dan kekangan masa tidak wujud. Wujudnya semangat kerjasama dan bantu membantu antara murid yang yang cerdas dengan murid yang lemah. Di sini akan wujudnya pembimbing rakan sbaya iaitu sikap saling bantu membantu iaitu di mana murid yang pandai akan menunjuk ajar rakan sekelas mereka yang lemah.

Selain itu, mutu pelajaran juga dapat ditingkatkan melalui aktiviti kelas yang dijalankan secara kumpulan. Penghasilan bahan yang dibuat dalam kumpulan akan mempengaruhi rakan rakan yang lain. Ini secara tidak langsung akan membaiki kelemahan mereka melalui pemerhatian terhadap hasil kerja rakan mereka. Persaingan yang sihat juga akan berlaku di mana murid murid akan berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik bagi mendapat pujian seperti rakan rakan yang lain. Naluri kanak kanak memang suka dipuji dan dijadikan contoh. Namun begitu terdapat kelemahan pendidikan pemulihan di dalam kelas biasa. Murid murid yang mempunyai tahap emosi yang lemah akan berasa terlalu rendah diri dan mengasingkan diri.

Keadaan ini, menyebabkan murid murid yang lemah akan terus ketinggalan di mana mereka hanya menjadi pendengar sahaja tanpa mempelajari sesuatu. Mereka tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar secara menyeluruh tanpa tumpuan khusus terhadap mereka. Pengajaran guru secara menyeluruh yang lebih menumpukan kepada kumpulan murid yang cergas dan sederhana, pastinya tidak dapat mengikuti pelajaran seperti biasa. Dalam setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas, murid murid yang ketinggalan hanya mengikut murid yang lebih pandai. Ini menyebabkan mereka tidak belajar, sebaliknya hanya meniru sahaja. Berkemungkinan juga murid murid yang lemah ini akan dipinggirkan oleh rakan rakan sekelas yang lebih pandai di mana mereka tidak diberi peluang melakukan aktiviti yang mencabar. 14

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN


Murid murid kumpulan yang cergas dan sederhana akan memonopoli sesuatu aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Jika bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas, menyebabkan guru akan terlepas pandang kepada murid pemulihan ini. Guru akan membuat andaian bahawa semua murid telah memahami pelajaran tanpa penilaian individu. Manakala kelebihan murid murid yang mengikuti pemulihan di Kelas Pemulihan khas ialah guru telah mengenal pasti kemahiran yang belum dikuasai oleh murid. Pengelompokan dibuat selepas ujian saringan yang tidak disedari oleh murid. Murid murid pemulihan ini akan mendapat perhatian sepenuhnya kerana bimbingan diberikan dalam kumpulan kecil atau secara individu. Murid murid ini tidak berasa terasing apabila berada dalam kumpulan ini. Murid murid yang mempunyai aras kebolehan yang sama ini, dapat melahirkan idea dan pendapat tanpa perasaan malu. Secara tidak langsung idea idea mereka dapat dilahirkan dalam bentuk kumpulan.

Guru pula lebih mudah menjalankan aktiviti pembelajaran mengikut keupayaan mereka sendiri dengan lebih mudah kerana arahan guru sesuai pada tahap pemikiran mereka. Apabila guru memberi sesuatu aktiviti, kumpulan ini dapat menjalankannya dengan mudah kerana tahap latihan yang diberi oleh guru sesuai dengan tahap pencapaian dan kebolehan mereka.

Namun demikian, tetap wujud beberapa kelemahan pendidikan pemulihan di dalam Kelas Pendidikan Khas ini. Antaranya ialah murid murid bergantung sepenuhnya kepada pengajaran guru. Oleh itu, guru perlu benar benar mahir dan kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran agar semua murid berminat dan memberi tumpuan ketika belajar. Selain itu sekiranya murid ini sedar, mereka diasingkan maka mereka akan berasa rendah diri. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan mereka pasif ketika berada di sekolah mahupun di dalam bilik darjah.

15

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN


5.0 PENGAYAAN

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan pengayaan sebagai perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.

Pelajaran Bahasa Malaysia

lisan

membaca

menulis

Aktiviti Penilaian

Pencapaian Kumpulan murid kurang memuaskan

Pencapaian Kumpulan murid memuaskan

Aktiviti Pengayaan

Aktiviti Pemulihan

Rajah: Proses pelajaran Bahasa Malaysia

16

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN


5.1 Rasional Dan Objektif Pendidikan Pengayaan

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid murid mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat pimpinan mereka.Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka

mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat. Tujuan dan rasional pengayaan adalah untuk memperkembangkan kemahirankemahiran yang sedia ada pada murid, meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka, membekalkan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinanmurid-murid dalam pelbagai bidang dan untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima.

Oleh kerana setiap orang murid dalam sesuatu kelas, mempunyai kebolehan, minat dan bakat yang berbeza, maka kadar keupayaan mereka untuk menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan juga berbeza. Justeru itu, murid murid yang mempunyai kebolehan yang berlainan haruslah diajarkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental mereka. Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menggembirakan tetapi juga memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh.

17

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN


Antara objektif pengayaan adalah untuk memberi peluang kepada murid murid supaya mereka dapat menggunakan kemahiran kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran pelajaran tertentu. Selain itu, murid murid dapat menjalani aktiviti- aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar serta boleh memperkembangkan minat dan bakat mereka. Seterusnya, ia juga dapat memupuk minat membaca dan menyemai sifat berdikari dan minat belajar. Seterusnya melalui aktiviti pengayaan, para guru boleh menilai sesuatu hasil kerja mereka serta bakat kepimpinan murid murid boleh dikembangkan. Contoh contoh aktiviti pengayaan dalam konteks KBSR dan KBSM ditumpukan kepada membaca, menulis dan mengira. Sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan. Kad-kad bacaan

mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral, Hal-Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan. Bahan bacaan yang sesuai digunakan ialah bentuk penerangan , pantun , teka-teki , dialog , cerita dan berita . Aktiviti pengayaan penulisan biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja. Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, biasanya disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik.

Kumpulan cerdas

Kumpulan sederhana

Kumpulan lambat

Aktiviti Pengayaan

Aktiviti Pemulihan

Rajah:Aktiviti Pengayaan dilaksanakan serentak dengan aktiviti pemulihan

18

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN


6.0 PENUTUP

Ahli psikologi Barat, W.F.Connell berkata, salah satu tujuan pendidikan ialah mendapatkan pengetahuan dan pengetahuan ini harus disusun dengan cara tertentu yang dapat menampakkan kaitan dengan tradisi pembelajaran. Oleh itu, semua guru mesti berusaha menjadikan anak muridnya Berjaya dengan cemerlang dalam apa cara sekalipun. Bagi murid murid yang lemah, pemulihan perlu diberikan, manakala bagi murid yang mempunyai aras kebolehan yang tinggi, murid murid tersebut perlu diberi pengayaan. Kejayaan Program Pendidikan Pemulihan amat bergantung kepada sejauh mana guru pemulihan itu dapat melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Setiap orang guru pemulihan perlu mempunyai perwatakan guru yang baik serta memahami peranan yang boleh dilaksanakan dalam memenuhi bidang tugas masing masing.

Di dalam kelas biasa, guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan aktiviti pemulihan untuk membantu murid murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan aktiviti pengayaan bagi murid yang telah menguasai kemahiran yang telah diajar. Di antara peranan yang penting ialah mengatur langkah langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan dan pengayaan ialah menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran, menyediakan bahan dalam sesi pemulihan dan pengayaan, menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan dan pengayaan dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Seperti mana yang diketahui umum, murid murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikin, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan perbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian guru. Akibatnya murid murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran kemahiran asas. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan dengan serta merta supaya masalah keciciran dalam pembelajaran bagi murid murid ini dapat diatasi.

19

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan pemulihan merupakan aktiviti alternatif bagi membantu murid murid yang menghadapi kesukaran pembelajaran untuk menguasai kemahiran tertentu. Manakala program pengayaan adalah untuk semua murid dalam bilik darjah. Aktiviti pengayaan terdiri daripada aktiviti tambahan untuk mengukuhkan aktiviti pembelajaran asas. Menerusi program pengayaan juga, murid murid berpeluang melakukan aktiviti yang lebih mencabar selepas mereka menguasai sesuatu topic atau kemahiran.

Manusia mempunyai akal yang boleh dibentuk dan dididik menjadi golongan yang berilmu dan berjaya di dunia dan akhirat, InsyaAllah.

20

Anda mungkin juga menyukai