Anda di halaman 1dari 10

Kit Pengajaran Kaedah Peristiwa Bercanggah :

Tajuk : Udara dan Tekanan Udara. Objektif : Mengajar konsep dan prinsip sains yang penting iaitu udara wujud di mana-mana dan tekanan udara wujud dan penting dalam kehidupan terutamanya dalam memahami konsep kitaran air , tindak balas kimia dan sebagainya. Membetulkan miskonsepsi kebanyakan murid bahawa udara tidak wujud,atau udara hanya didapati di ruang-ruang terbuka dan udara tidak mempunyai daya/ tekanan. Arahan: 1) Murid-murid dibahagikan kepada bebrapa kumpulan kecil di mana satu kumpulan mengandungi 4-5 orang pelajar. 2) Setiap kumpulan akan pergi ke salah satu checkpoint yang disediakan (A, B, C dan D) dan melakukan aktiviti di setiap checkpoint berkenaan. 3) Bahan rujukan dan penerangan ringkas disediakan oleh guru berkenaan dengan topik pembelajaran: ( Udara dan tekanan udara/atmosfera) supaya murid mengetahui gambaran kasar tentang penyiasatan yang bakal dibuat. 4) Guru berbincang dan bertanyakan beberapa soalan kepada keseluruhan murid contohnya seperti : Apakah yang kamu tahu tentang udara? Bagaimana kamu tahu bahawasanya udara itu wujud sedangkan kamu tidak dapat melihat, mendengar dan menghidu udara? Dimanakah kita boleh mendapatkan udara? / Adakah udara wujud di persekitaran kita, di dalam air, di dalam badan kita? Pada pendapat kamu adakah udara itu kuat dan mempunyai kuasa?

Apa yang kamu tahu tentang tekanan udara? Bagaimana terbentuknya angin?

5) Sebelum melakukan aktiviti di checkpoint berkenaan murid dikehendaki menulis: - ramalan tentang apa yang akan terjadi. 6) Semasa melakukan aktiviti : Murid diminta untuk membuat pemerhatian ke

atas akibat perubahan. 7) Selepas melakukan aktiviti : Murid diminta memberi penerangan tentang

perbezaan antara apa yang dijangka berlaku dengan apa yang sebenarnya berlaku. 8) Murid dibenarkan bertanyakan soalan kepada guru dan berbincang bersamasama ahli kumpulan tentang ramalan dan penjelasan tentang apa yang terjadi. 9) Guru tidak dibenarkan mengiyakan atau menidakkan ramalan murid tetapi menjawab secara subjektif seperti itu teori kamu, mari kita cuba buktikan teori kamu benar atau tidak supaya matlamat kaedah peristiwa bercanggah ini tercapai. 10)Setelah selesai aktviti di salah satu checkpoint, setiap kumpulan dikehendaki meneruskan aktiviti di checkpoint yang seterusnya sehingga kesemua aktivitiaktiviti di keempat-empat checkpoint disempurnakan.

Checkpoint 1 : Tajuk : Udara wujud di mana-mana. Deskripsi Pengajaran : Mengenal pasti kewujudan udara di dalam badan, di dalam tanah dan alam sekitar. 1) Udara dalam alam sekitar. Bahan yang di perlukan : Beg plastic lutsinar berukuran 8cmx15cm. Getah pengikat

Langkah-langkah : Setiap ahli kumpulan diberikan satu plastic dan dikehendaki mengumpulkan udara di 3 tempat yg berbeza, iaitu di kelas, di dalam almari yang tertutup, di luar kelas (kawasan lapang) dengan cara mengikat ketat hujung bukaan beg plastik dengan getah. Hasil pembelajaran : Murid seharusnya mendapati bahawa udara wujud di kesemua tempat tersebut kerana beg plastik menggelembung. Udara di dalam tanah.

Checkpoint 2 Tajuk : Percubaan membasahkan tisu kering. Deskripsi pengajar : Membuktikan wujudnya tekanan udara. Bahan-bahan yang diperlukan : -Bekas berisi air sekurang-kurangnya 15cm tinggi. -Tisu -Gelas -Salotape Langkah-langkah : - Lekatkan tisu di dasar gelas. - Isi air di dalam bekas dengan ketinggian sekurang-kurangnya 15cm. - Telangkupkan gelas di atas permukaan air (bekas) beberapa minit seperti gambarajah di bawah. - Guru bertanyakan kepada murid ramalan murid sama ada tisu tersebut akan basah atau tidak. - Guru memberi masa kepada murid untuk berfikir dan menulis ramalan awal. - Keluarkan gelas dan perhatikan dan rasa keadaan tisu kering tadi sama ada masih kering atau basah.

- Murid diberi masa untuk berbincang mengenai keputusan eksperimen adakah sama seperti ramalan awal murid tepat atau tidak dan menyediakan hujah penjelasan teori tersebut.

Hasil pembelajaran: Didapati bahawa tisu di dasar gelas tidak basah berikutan wujudnya tekanan udara yang wujud di permukaan air menghalang air dari masuk ke dalam gelas tersebut.

Checkpoint 3 : Tajuk : Eksperimen letupan buku Deskripsi pengajar : Membuktikan bahawa udara termampat mempunyai kekuatan yang besar. Eksperimen letupan buku merupakan satu projek sains yang menunjukkan betapa kuat ia boleh menjadi. Bahan-bahan yang diperlukan :

Beg plastik kedap udara 3 buah buku sederhana besar

Langkah-langkah : Cabar murid untuk menggerakkan 3 buku yang disusun di atas satu sama lain di atas meja dengan hanya meniup mereka. Sudah tentu, murid tidak akan mampu melakukannya! - Cabar murid untuk memikirkan cara untuk menggerakkan buku tersebut hanya dengan tiupan/hembus nafas dengan pertolongan bahan yg diberi. - Jika murid tidak dapat menyelesaikan tugasan tersebut barulah guru akan membimbing dengan memberikan pendapat. - Letakkan beg plastik kedap udara yang besar di atas meja dan letakkan 3 buah buku di atas beg plastik kedap udara tersebut. Tinggalkan bukaan beg plastik kedap udara tersebut di tepi meja seperti di dalam gambar rajah di bawah. - Guru bertanya kepada murid ramalan murid adakah buku itu bergerak atau tidak sekiranya udara ditiup ke dalam beg plastik kedap udara tersebut.

- Pegang pembukaan beg plastik kedap udara bersama-sama, supaya lubang pembukaan menjadi sekecil mungkin. Kemudian tiup ke dalam beg itu sekuat mungkin. - Murid diberi masa untuk berbincang mengenai keputusan eksperimen adakah sama seperti ramalan awal murid tepat atau tidak dan menyediakan hujah penjelasan teori tersebut.

Hasil pembelajaran : Udara yang terkumpul di dalam beg plastik kedap udara dikenali sebagai udara mampat. Udara mampat ini mampu menggerakkan buku-buku tersebut menunjukkan bahawa udara mampat mempunyai tenaga/kekuatan disebabkan pergerakan zarah-zarah atom udara secara rawak dan terhad dan dikenali sebagai tekanan udara tinggi.

Checkpoint 4 Tajuk : Mengumpul air di dalam gelas kaca yang terbalik. Deskripsi pengajar : Eksperimen ini bertujuan untuk memperlihatkan tentang wujudnya perbezaan tekanan udara. Bahan-bahanyang diperlukan : 2 Gelas kaca 2 Mangkuk Air berwarna Lilin Pemetik api

Langkah-langkah : -Guru terlebih dahulu bertanya pendapat murid bolehkah air di isi di dalam gelas kaca yang ditelangkup terbalik. -Disediakan dua set bahan eksperimen iaitu yang pertama, hanya 1 gelas kaca, 1 mangkuk berisi air berwarna dan yang kedua, 1 gelas kaca, 1 mangkuk berisi air berwarna, lilin dan pemetik api. -Set pertama : Dilakukan oleh murid sendiri di mana guru menyuruh murid menelangkupkan gelas kaca di dalam mangkuk berisi air berwarna itu tadi dan mencatat pemerhatian. -Guru menyuruh murid berbincang dan memberi penjelasan mengapa air tidak dapat dikumpulkan di dalam gelas yang ditelangkupkan pada eksperimen pertama tadi.

-Set kedua: Didemonstrasikan oleh guru di mana guru menghidupkan lilin dan meletakkan lilin di tengah-tengah mangkuk yang berisi air itu tadi. -Gelas kaca tadi dipanaskan sekejap di atas lilin sehingga terasa sedikit panas. -Gelas kaca itu ditelangkupkan kembali di dalam mangkuk bersama-sama dengan lilin dan perhatikan apa yang berlaku. -Guru menyuruh murid membuat perbincangan tentang apa yang menyebabkan berlakunya perbezaan pada kedua-dua fenomena di dalam eksperimen di atas, hujah dan penjelasan untuk membuktikan teori tersebut

Set 1 Gelas kaca

Set 2

Mangkuk berisi air berwarna Lilin

Hasil pembelajran : -Didapati bahawa eksperimen 2 berjaya mengumpulkan air di dalam gelas kaca yang bertelungkup menunjukkan bahawa udara di dalam gelas kaca yang dipanaskan tadi mengembang dan bergerak degan laju dan telah dipaksa

keluar menyebabkan ada ruang-ruang kosong di dalam gelas. Ruang-ruang kosong dan zarah udara yang bergrak laju dan mengembang menjadikan tekanan udara di dalam gelas lebih rendah berbanding dengan tekanan udara di luar gelas. Jadi air dapat diserap masuk ke dalam gelas kaca disebabkan perbezaan tekanan udara yang bergerak dari tekanan tinggi ke tekanan rendah.