Anda di halaman 1dari 15

SIRI AL-QURAN MENDAHULUI SAINS 1.

Planet-planet dan isi langit bergerak ikut orbit Teori sains berkaitan perkara ini bermula pada 1621 oleh Johannes Kepler. (989 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) Dari hasil karangannya Mysterium Cosmographicum (The Sacred Mystery of the Cosmos) Edisi Kedua (1621) Bukti Al-Quran mendahului sains: Demi langit yang mempunyai jalan-jalan (yang berbagai bentuk keadaannya) (Surah Az-Dzariyat: ayat 7) 2. Gunung-ganang sebagai pasak permukaan bumi Teori sains berkaitan perkara ini bermula pada 1858 oleh Antonio Snider. (1226 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) Dari buku General Science, Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985: Pada bahagian benua yang lebih tebal, seperti pada jajaran pergunungan, kerak bumi akan terbenam lebih dalam ke dalam lapisan magma. Bukti Al-Quran mendahului sains: Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai PASAKnya? (Surah An-Naba: ayat 6-7) 3. Semua makhluk Allah cipta berpasangan Anion dan cation dijumpai pada 1834 oleh Michael Faraday. (1202 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) Tumbuhan pun ada jantan dan betina, persenyawaan tumbuhan dipanggil pendebungaan. Dan seperti yang kita tahu, haiwan dan manusia dicipta berpasangan. Bukti Al-Quran mendahului sains: Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Surah Yaasin: ayat 36) 4. Kewujudan perisai lindungi bumi dari radiasi bahaya Kewujudan perisai Van Allen Radiation Belt ditemui pada 1958 oleh Dr. James Van Allen. (1326 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) Perisai ini mengandungi 2 jalur yang menahan serangan radiasi dari matahari dan gas merbahaya di angkasa

daripada sampai ke bumi Bukti Al-Quran mendahului sains: Dan Kami telah menjadikan LANGIT sebagai BUMBUNG yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya. (Surah Al-Anbiya: ayat 32) 5. Perincian tentang proses kejadian hujan Al-Quran menghurai secara tepat dan mengikut susunan PROSES KEJADIAN HUJAN: ~ Air laut terkondensasi/mengeluwap ~ Angin gerakkan partikel wap air tadi ke langit atas ~ Awan bergerak ikut arah angin yang membawanya ~ Membentuk kumpulan awan tertentu mengikut suhu udara dan ketinggian (contoh; awan cumulus, cumulonimbus) ~ Angin memukul dan mencantumkan partikel-partikel wap air menjadi titisan hujan ~ Air hujan jatuh ke bumi. Teori ini mula dihuraikan pada tahun 1580-an oleh Bernard Palissy. (868 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) Dr. Michael Pidwirny (2008). CHAPTER 8: Introduction to the Hydrosphere (e). Cloud Formation Processes, Physical Geography Bukti Al-Quran mendahului sains: Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu engkau melihat hujan keluar dari celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira. (Surah Al-Ruum: ayat 48) 6. Angin menandakan kedatangan hujan Partikel-partikel wap air yg berkumpul membentuk awan di udara tinggi, berada dalam keadaan teruap atau sedikit hangat, yang terkondensasi. Untuk menjadikan partikel-partikel itu berubah bentuk menjadi titisan air hujan, haruslah ada suatu mekanisme yang boleh melanggar semua partikel itu untuk bercantum sesama sendiri. Itulah tug as angin. Jadi, menjadi satu kemestian wujudnya angin sebelum hujan (kecuali hujan panas, wap-wap tersebut hadir dari kawasan panas ke kawasan sejuk (adiabatic cooling)). Walter J. Saucier (2003). Principles of Meteorological Analysis. Courier Dover Publications. Bukti Al-Quran mendahului sains: Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci. (Surah Al-Furqan: ayat 48)

7. Bulan tidak bercahaya - Ia memantulkan cahaya matahari Di dalam Hans Wehr: A Dictionary Of Modern Written Arabic: Siraaj = diertikan sebagai lamp, light yang bermaksud pelita, lampu. Wahaaja = burn, blaze, flame yang bermaksud membakar, menyala, berapi. Justeru matahari sebagai siraaj dan siraajan wahaaja mengeluarkan cahaya sendiri melalui proses tertentu yang berlaku di dalamnya. Nuur = diertikan sebagai brightness, gleam, glow yang bermaksud bercahaya, menyilau. Muniir = diertikan sebagai luminous, radiant, shining yang bermaksud bercahaya, bersinar. Justeru bulan sebagai nuur dan muniir tidak mengeluarkan cahaya sendiri sebaliknya ia memantulkan cahaya matahari yang menimpanya. Ayat-ayat di atas menjelaskan mengenai perbezaan antara matahari dan bulan. Mengikut al-Quran, matahari membakar & dengan itu mengeluarkan cahaya sedangkan bulan hanya bersinar iaitu menerima & memantulkan cahaya. Seperti lampu & cermin, lampu mengeluarkan cahaya,sedangkan cermin hanya memantulkan. Bukti Al-Quran mendahului sains: Maha Berkat Allah, yang menjadikan di langit gugusan bintang dan menjadikan padanya siraaj dan bulan yang munir. (Surah Al-Furqan: ayat 61) Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai nuur serta menjadikan matahari sebagai siraaj (yang terangbenderang). (Surah Nuh: ayat 16) Dan Kami yang jadikan siraajan wahhaaja (iaitu matahari) (Surah An-Naba: ayat 13) 8. Tugas Angin 1: Membenih titisan hujan Partikel-partikel wap air yang berkumpul membentuk awan di udara tinggi, masing-masing terpisah dalam keadaan halus dan ringan. Untuk menjadikan partikel-partikel itu berubah bentuk menjadi titisan air hujan, haruslah ada suatu mekanisme yang boleh melanggar semua partikel itu untuk bercantum sesama sendiri. Itulah tugas angin . Proses ini dinamakan Coalescence atau Bergeron Process. Diperkenalkan pada tahun 1911 oleh Alfred Wegener & Tor Bergeron, saintis Jerman. (1279 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) Pruppacher, Hans R., Keltt, James (1965) Microphysics of clouds and precipitation. Bukti Al-Quran mendahului sains: Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan, dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu,dan sekali kali bukanlah kamu yang menyimpannya. (Surah Al-Hijr: ayat 22) Perkataan yang digunakan di sini ialah lawaaqih, kata jama bagi laqih dari perkataan laqaha, yang bermaksud mengahwinkan atau membenihkan. Dalam konteks ini mengahwin/membenihkan bermaksud angin menolak

bersama/menggumpal kepulan-kepulan awan sehingga meningkatkan pemeluwapan, yang mengakibatkan terjadinya kilat dan hujan. 9. Tugas Angin 2: Mengahwinkan benih tumbuhan Pendebungaan ialah satu proses pemindahan debunga daripada anther ke stigma. Ia boleh berlaku dengan dibantu oleh agen-agen pendebungaan seperti angin, haiwan dan air. Proses pendebungaan oleh angin dipanggil Abiotic. Teori ini pertama kali dinukilkan oleh Christian Konrad Sprengel dalam bukunya Das entdeckte Geheimnis der Natur im Bau und in der Befruchtung der Blumen (Berlin 1793) (1161 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) Mauseth, James D. Botany: An Introduction to Plant Biology. Publisher: Jones & Bartlett, 2008 Bukti Al-Quran mendahului sains: Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan, dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu,dan sekali kali bukanlah kamu yang menyimpannya. (Surah Al-Hijr: ayat 22) Perkataan yang digunakan di sini ialah lawaaqih, kata jama bagi laqih dari perkataan laqaha, yang bermaksud mengahwinkan atau membenihkan. Dalam konteks ini mengahwin/membenihkan bermaksud angin membawa benih bunga dari anther ke stigma untuk dikahwinkan atau dibenihkan. Ianya boleh jadi samada perpindahan benih pada satu tumbuhan yang sama atau tumbuhan yang berlainan. 10. Kadar nisbah air dan darat di permukaan bumi Berdasarkan hasil penelitian berasingan Dr. Tariq Al-Suwaidan (sarjana Islam di Islamic Gateway) dan catatan penulis Nadir As-Sayyid Husein Ad-Dawik di dalam bukunya, Al-I'jazul 'Adadi Fil Qur'anil Karim. Perkataan air / laut disebut sebanyak 32 kali dalam Al-Quran Perkataan darat disebut sebanyak 13 kali dalam Al-Quran Air/laut = 32 kali Darat = 13 kali Permukaan bumi mengandungi air dan darat. Jadi, untuk mendapatkan nilai nisbah penuh permu-kaan bumi, haruslah ditambah jumlah air dan darat. Air+Darat = 32 + 13 = 45 = keseluruhan muka bumi Peratusan air di permukaan bumi menurut Al-Quran = (32/45) x 100% = 71.111 % Peratusan darat di permukaan bumi menurut Al-Quran = (13/45) x 100% = 28.889 % Cuba bandingkan bukti Al-Quran dengan hasil kajian sains. Persis tak? Hampir sama kan? Kurang dari 0.31% je perbezaan antara kedua-dua hasil.

Wikipedia, Water Water = 70.9 % Wikipedia, Ocean Water = 71.0 % Wikipedia, Earth Water = 71.0 % Land = 29.0 % Wikipedia, Earth -> Subtopic Surface Water = 70.8 % Land = 29.2 % CIA World Factbook Water = 70.9 % Land = 29.1 % 11. Alam semesta semakin meluas Selepas terjadinya peristiwa Big Bang, alam semesta telah mengembang secara terus-menerus dengan kecepatan dahsyat. Para saintis menyamakan peristiwa mengembangnya alam semesta dengan permukaan belon yang sedang ditiup. Fakta ini dibuktikan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929, dengan menggunakan datanya ketika mengamati langit dengan teleskop, menemukan bahawa bintang-bintang dan galaksi bergerak saling menjauhi antara satu sama lain. Perkiraan untuk mengira metric perkembangan alam ini dihasilkan dari teori Alexander Friedmann FLRW Metric dan kemudiannya dimodelkan dalam fungsi matematik Hubble Constant Law. (1297 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) Rujuk: Alan B. Whiting (2004). "The Expansion of Space: Free Particle Motion and the Cosmological Redshift". Bukti Al-Quran mendahului sains: Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan dalam senantiasa meluaskannya. (Surah Ad-Dzariyat: ayat 47) 12. Alam semesta berasal dari kepulan asap Menurut kajian saintis, peristiwa Big Bang (fasa pertama) berlaku dalam 8 peringkat. 1- Plank epoch 2- Grand unification epoch 3- Electroweak epoch

Ketiga-tiga proses ini ialah Proses letupan. 4- Supersymmetry breaking 5- Quark epoch 6- Hadron epoch Proses 4-5 ialah Proses Penyejukan dan penciptaan photon dan neutron. Proses 1-6 berlaku selama kurang dari 1 SAAT selepas Big Bang. 7- Lepton epoch 8- Photon epoch Proses 7-8 ialah Proses permulaan pembentukan galaksi, bintang, planet, etc. Terjadi selepas 1 saat dari Big Bang. Semasa proses photon epoch, terjadi satu proses dipanggil Big-Bang Nucleosynthesis (BBN). Ianya berlangsung dari minit ke-3 selepas Big Bang hingga 20 minit selepas Big Bang. Gas-gas seperti Hydrogen, Deuterium, Helium (He-3 & He-4), Lithium (Li-6 & Li-7), dan banyak lagi isotope kimia mula terbentuk dan terjadilah teori Higgs Boson ketika ini. Teori BBN dihuraikan pada tahun 1940an oleh Ralph Alpher & George Gamow. (1308 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) Wagoner, Rober V., (1973), Big-Bang Nucleosynthesis Revisited. Astrophysical Journal, Vol 179, Harvard Bukti Al-Quran mendahului sains: Kemudian Ia (Allah) menunjukkan kehendakNya ke arah langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepada langit dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu,sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela" (Surah Fussilat: ayat 11) 13. Reseptor rasa sakit ada pada kulit Rasa sakit dirasai oleh reseptor Nociceptor, yang berada pada bahagian free-nerves ending. Reseptor jenis ini terdapat di lapisan epidermis kulit (cutaneous nociceptor), kornea mata, organ dalaman (jantung, ginjal, etc), otot, sendi, dan organ perkumuhan (kencing) serta beberapa tempat lain. Hasil kajian mendalam mendapati reseptor ini lebih banyak terdapat di lapisan epidermis kulit berbanding organ lain. Reseptor ini ditemui oleh Charles Scott Sherrington pada 1906. (1274 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) Prof Tagata Tagasone, ketua jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti Shiang Mai, Thailand telah memeluk Islam pada Konvensyen Perubatan Saudi ke-8 (1-3 Nov 1983) di Riyadh selepas meneliti ayat Al-Quran di bawah dan kagum, serta mengakui kebenaran Al-Quran. Rujukan: Sherrington C., The Integrative Action of the Nervous System. Oxford: Oxford University Press; (1906)

Bukti Al-Quran mendahului sains: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah An-Nisa: ayat 56) 14. tak bahagian hadapan sebagai organ berfikir Kajian sains telah menemui bahawa bahagian Prefrontal Cortex (PFC) pada otak berfungsi dalam merancang tingkah laku kognitif kompleks, membuat keputusan dan tingkah laku menilai pemikiran yang bercanggah, membezakan perkara baik & buruk,ramalan masa depan bagi sesuatu perkara,ramalan hasil, kemungkinan/jangkaan,imagina si, menentukan pemikiran kita samada untuk berkata benar atau menipu (berdusta) dan banyak lagi berkaitan pemikiran. Ia dipanggil executive function dari sudut sains psychological. Dijumpai oleh Carlyle F. Jacobsen pada 1935 dan diperincikan oleh Rose JE dan Woolsey CN pada 1948. (1303 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) Fuster,Joaquin M. (2008). The Prefrontal Cortex, Fourth Edition. Boston: Academic Press. ISBN 0-12-373644-7 Bukti Al-Quran mendahului sains: Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah. (Surah Al-Alaq: ayat 15-16) Perkataan (Naasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) dalam ayat ke 16 bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah dia merancang tingkah lakunya, dan suatu kebenaran atau pembohongan dapat dikenalpasti. 15. Piramid Giza dibina dari tanah liat Banyak teori dicipta tentang bagaimana piramid dibina. Ada yang kata piramid dibina dengan cara batu besar diukir, ada yang kata puluhan ribu hamba abdi membawa batu-batan gergasi dari berbatu-batu jauhnya, ada yang kata ia dibina dengan menggunakan anjakan (ramp) atau tangga gergasi. Namun ia sekadar teori semata-mata, selagi be lum dibuktikan.. Pada 1980an,Joseph Davidovits, seorang pakar geopolimer memberi teori bahawa piramid dibina dengan menggunakan campuran batu kapur lembut dan kaolinite (mineral tanah liat, dipanggil "china clay.) (1348 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) Komposisi kimia kaolinite: Al2 Si2 O5 (OH)4 Teorinya tidak diterima ramai, sehinggalah teori itu dibuktikan dengan data-data ujikaji sampel batuan piramid itu

sendiri oleh Michel Barsoum, Adrish Ganguly, dan Gilles Hug (saintis-saintis pakar sains material) dalam sebuah laporan dalam The Journal of the American Ceramic Society jilid 89 isu 12 pada 1 Dis 2006, membuktikan wujud tanah liat, silika dan batu kapur di dalam sampel batuan yang diambil dari piramid. Hasil kajian ini mula mendapat penerimaan ramai dan disokong beberapa pakar seperti David Walker (geologi Universiti Columbia) & Sheldon Wiederhorn (pakar material di National Institute of Standard & Technology) Bukti Al-Quran mendahului sains: Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang selain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku tanah liat (berbentuk batu bata), serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta". (Surah Al-Qasas: ayat 38) 16. Matahari dan bulan mempunyai orbit berasingan Pada zaman dahulu, manusia menganggap bulan dan matahari lah yang mengelilingi bumi. Dan anggapan mereka bahawa kedua-duanya berada atas satu jalan yang berganti secara bergilir-gilir,yang menyebabkan malam & siang. Kajian sains mendapati bulan bergerak mengelilingi bumi (sebagaimana yang kita sedia maklum). Bulan dan matahari tidak berkongsi orbit. Tapi tahukah anda matahari juga bergerak mengelilingi pusat galaksi bimasakti (Milky Way) ? Lokasi matahari dan sistem suria kita terletak di Orion Arm, dalam Gould Belt, Inner Rim. Matahari mengambil masa 226 juta tahun untuk membuat pusingan lengkap mengelilingi galaksi bimasakti, bergerak selaju 782,000km/j. Jarak dari matahari ke pusat galaksi ialah 26,000 tahun cahaya. Moore, Patrick. The International Encyclopedia of Astronomy. New York: Mitchell Beazly Publishers, 1981 Bukti Al-Quran mendahului sains: Dan matahari, ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui (Surah Yaasin: ayat 38) Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana setiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing. (Surah Yaasin: ayat 40) 17. Air mani lelaki penentu jantina bayi dalam kandungan Menurut kajian sains, jantina bayi dalam kandungan ibu ditentukan dengan chromosome yang dibawa air mani lelaki. Ovum (telur/benih) wanita mempunyai XX chromosome, manakala air mani lelaki (sperma) mempunyai XY chromosome. Setiap manusia mempunyai satu chromosome dari ibu & satu chromosome dari ayah. XY chromosom e dari sperma (air mani lelaki) akan bercerai & bercantum dengan salah satu chromosome ovum (benih wanita). Jika X chromosome dari sperma bercantum dengan X chromosome dari ovum, menjadi XX, maka bayi perempuan akan membesar. Jika Y chromosome dari sperma bercantum dengan X chromosome dari ovum,menjadi XY maka bayi lelaki akan membesar. Chromosome-chromosome ini dijumpai oleh Nettie Stevens dan Edmund Beecher Wilson pada 1905.

(1273 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) MacLaughlin and Donahoe N (2004). "Mechanisms of Disease: Sex Determination and Differentiation". New England Journal of Medicine Bukti Al-Quran mendahului sains: Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah (Allah) yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan, Dari (setitis) air mani (lelaki) ketika dipancarkan (ke dalam rahim). (Surah An-Najm: ayat 45-46) 18. Al-Quran menerangkan proses kejadian manusia(di dalam rahim ibu) Al-Quran dah ceritakan step-by-step tentang kejadian manusia dalam perut ibu, sedangkan manusia pada ketika itu tak tahu apa terjadi dalam perut wanita. Semua kronologi di bawah dibuktikan saintis hanya pada awal 1920an..!! 1- Fertilization. Persenyawaan antara dua benih. 2- Embryogenesis, hari ke 3-7. Seketul darah terbentuk, melekat pada dinding uterus, hasil persenyawaan. 3- Embryo, minggu 5. Daging embryo mula terbentuk. Jantung, hati, paru-paru, tunas kaki dan tangan mula terbentuk. 4- Embryo, minggu 8. Tulang-tulang tangan, kaki, dan kepala mula membentuk. 5- Fetus, minggu 20. Otot dan kulit mula terbentuk membaluti tubuh fetus. 6- Fetus, minggu 35-40. Bayi sudah berevolusi dgn sempurna. Diberi deria rasa, dengar, & lihat (mata bertindak balas) Keith Moore and T. Persaud, The Developing Human: Clinically Oriented Embryology. Philadelphia, PA: Saunders/Elsevier Bukti Al-Quran mendahului sains: Kemudian Kami ciptakan (campuran) air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Surah Al-Mukminun: ayat 14) 19. Sukar bernafas pada altitud yang semakin tinggi Pada altitud lebih tinggi, tekanan udara semakin rendah. Menurut sains perubatan, altitud 1500m ke atas mula memberi kesan kepada manusia. Pada ketinggian 2400m, manusia akan mengalami beberapa kesakitan seperti altitude sickness (telinga sumbat), "high altitude pulmonary edema (HAPE), "high altitude cerebral edem a (HACE), hipoxia (kurang tekanan oksigen dalam badan), barotrauma, & banyak lagi. Pada 8000m (Everest 8848m) ke atas, ia dikenali saintis sebagai "death zone, di mana hampir semua manusia tidak dapat selamat di atas ketinggian ini, melainkan dengan alat bantuan pernafasan atau kabin yang dipertekanankan dengan tekanan normal. Pada keadaan itu, oksigen semakin nipis & sangat kurang, menyebabkan manusia sesak nafas & mungkin mengakibatkan lumpuh atau mati akibat oksigen tidak sampai pada otak, saraf, & paru-paru. West, JB (2002). "Highest permanent human habitation". High Altitude Medical Biology 3

Bukti Al-Quran mendahului sains: Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (Surah Al-An`am: ayat 125) 20. Batas/sempadan/sekatan antara dua jenis laut Menurut kajian sains, keadaan ini dipanggil cline. Ia terbahagi kepada 3 jenis, iaitu Thermocline (perbezaan suhu dua jenis air), Hemocline (perbezaan kadar garam), dan Pycnocline (perbezaan ketumpatan). Knauss, John A. (1997). Introduction to Physical Oceanography. 2nd edition, Prentice-Hall. Contoh: 1- Bearing, Alaska 2- Selat Gibraltar, pertemuan Laut Mediterranean dan Lautan Atlantik 3- Sungai air tawar di dasar laut. Ditemui Jacques-Yves Cousteau Bukti Al-Quran mendahului sains: Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?; Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan. (Surah Ar-Rahman: ayat 19-22) *ini menunjukkan tafsiran ini bukan di muara sungai kerana tiada mutiara di sungai. Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit, serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya. (Surah Al-Furqan: ayat 53) 21. Bumi berputar atas paksinya Pada zaman dahulu, manusia menganggap bahawa matahari dan bulan yang mengelilingi bumi, & bumi berada dalam keadaan pegun, hanya awan sahaja yang bergerak di langit. Pandangan ini disanggah oleh teori sains oleh Nicholas Copernicus (1543), seterusnya pembuktian saintifik oleh Galileo Galilei (1616), kemudian diperincikan oleh Isaac Newto n (1664) (ketiga-tiganya ditentang gereja katholik-terbukti Islam benar), dan dihuraikan secara mendalam oleh William Ferrel (1852). Earth's Rotation dari World of Scientific Discovery. (2005-2006) Thomson Gale, a part of the Thomson Corporation Bukti Al-Quran mendahului sains: Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat setiap sesuatu dengan serapi-rapi dan

sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (Surah An-Naml: ayat 88) Jika difahami mengapa Allah menyuruh melihat gunung-ganang, secara tersiratnya Allah menyuruh kita melihat bumi itu sendiri, kerana jika gunung bergerak, sudah pasti kerak bumi bergerak sekali. Jika gunung sahaja yang bergerak laju seperti awan, sudah huru hara kehidupan kita kerana perubahan bentuk muka bumi yang cepat. Tafsiran ayat ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan dapat diseiringkan dengan ujikaji sains yang menyatakan bumi berputar atas paksinya pada kelajuan 1671km/j atau 1038mph pada garisan khatulistiwa. 22. Penciptaan alam semesta lebih kompleks berbanding proses kejadian manusia Pada zaman dahulu, manusia menganggap bahawa isi langit hanyalah ada matahari, bulan, & bintang-bintang semata-mata. Mereka menganggap alam semesta ini tidak kompleks & hanyalah terhad. Namun Al-Quran menyanggah pernyataan ini dengan menyatakan alam semesta itu lebih kompleks daripada proses kejadian manusia itu sendiri serta bagaimana untuk menghidupkan semula manusia pada hari kiamat nanti setelah mati. Buktinya, kajian sains berkenaan proses kejadian manusia bermula secara intensif pada awal 1920-an, mencapai kemuncak pada 1990-an dan semakin perlahan kerana sudah banyak penemuan dijumpai & hanya tinggal sedikit perkara untuk dikaji. Berbeza dengan alam semesta, ia mula dikaji secara intensif sejak tahun 700M, & sehingga sekarang masih belum mencapai kemuncaknya, dan tiada penghentian kerana alam semesta terlalu luas & terlalu kompleks kejadiannya. Terbaru, pada 4 Julai 2012, saintis di CERN berjaya membuktikan kewujudan "God's Particle" dalam teori Higgs Boson semasa peristiwa BigBang. Bukti Al-Quran mendahului sains: Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (lebih kompleks) daripada menciptakan manusia dan menghidup-kannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui. (Surah Ghaffir: ayat 57) 23. Kewujudan ombak di bawah permukaan laut Kejadian ombak dalam (internal waves) ini dijumpai secara tidak sengaja oleh seorang pakar kaji laut, Fridtjof Nansen dari Norway pada tahun 1899. Kejadian ini boleh berlaku atas banyak sebab, antaranya ialah perbezaan suhu, ketumpatan, dan kadar garam antara dua jenis air laut, tarikan graviti relatif antara graviti bumi dan graviti bulan, bentuk muka bumi di dasar laut yang tidak sekata, dan cuaca. Lebih jelas terhasil di selat-selat yang sempit (Selat Gilbraltar, Selat Melaka) dan di tengah lautan yang bentuk dasar lautnya tidak sekata. (1267 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) Bukti Al-Quran mendahului sains:

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (Surah An-Nur: ayat 40) 24. Lautan dalam adalah gelap gelita Tahukah anda semakin dalam lautan itu, semakin gelap gelita keadaannya? Cahaya yang dapat menembusi air laut semakin berkurangan dan akhirnya menjadikan suasana gelap. Titik lautan terdalam yang diketahui ialah Jurang Mariana berhampiran Guam di Lautan Pasifik (kedalaman 10900m). Saintis berpendapat mereka lebih mengetahui tentang bulan berbanding apa yang ada di laut dalam. Terbaru, pada 26 Mac 2012, ekspidisi kapal selam DeepSea Challenger yang dibiayai James Cameron (pengarah Titanic, Avatar) telah berjaya sampai ke dasar jurang mariana. Bukti Al-Quran mendahului sains: Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak ber-tindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal gelap-gelita berlapislapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (Surah An-Nur: ayat 40) 25. Air hujan tersimpan di bawah permukaan bumi Air di planet bumi mempunyai suatu sistem kitaran. Bermula daripada hujan, air turun dari langit ke permukaan bumi, samada di laut atau di darat. Di darat, air hujan boleh turun ke sungai, tasik, dan permukaan tanah. Di permukaan tanah inilah air terserap dan tersimpan di dalam bumi. Air di dalam tanah itu akan melalui pe lbagai proses yang akhirnya akan menjadi samada mata air (air mineral), sungai bawah tanah, geyser, takungan air panas, dimanfaatkan tumbuhan, dan sebagainya. Akhirnya air-air itu akan berkumpul semula ke sungai atau laut melalui pelbagai cara, dan kitaran air berlaku semula berulang kali. Manusia zaman dahulu hanya tahu air terserap, tapi tidak tahu bahawa air tersimpan di bawah tanah, sehinggalah tahun 1933, Robert E. Horton menghuraikannya. Bukti Al-Quran mendahului sains: Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. (Surah Al-Muminun: ayat 18) 26. Awan mempunyai lapisan tertentu Pengkategorian jenis-jenis awan mula diperkenalkan oleh Luke Howard pada 1802 sebagai memudahkan ramalan kaji cuaca. Asalnya oleh Howard, hanya ada 5 kategori jenis awan, tetapi selepas beberapa tahun, ianya ditambah oleh beberapa ahli meteorologi menjadi 10 kategori (Ludwig Kaemtz-1840) (Emilien Renou-1855 ) (Philip Weilbach-1880) (

Beberapa ahli meteorologi-1881). (1170 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M)) Office National Meteorologique (1932). International Atlas of Clouds and of States of the Sky. Paris Bukti Al-Quran mendahului sains: Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. (Surah An-Nur: ayat 43) 27. Haiwan berasal dari air Menurut saintis, kehidupan pertama di muka bumi sebelum adanya manusia, tercipta dengan wujudnya asid amino, satu monomer organik. Fungsi asid amino ialah untuk membuat protein dalam benda hidup. Bagaimana asid amino tercipta berjuta tahun dahulu? Saintis Stanley Miller dan Harold Urey telah menjalankan satu eksperimen yg sangat popular di k alangan pakar biologi sehingga sekarang, dipanggil Miller-Urey Experiment, Ia dijalankan pada tahun 1952. Dengan menggunakan gas-gas asas bumi iaitu methane, ammonia, dan hydrogen, mereka membuat satu kitaran tertutup dengan memanaskan AIR laut & menggunakan spark dari sepasang elektrod. Hasilnya selepas 2 minggu, 10-15 % daripada gas karbon yang bercampur dengan wap air telah berubah menjadi sebatian organik, dan 2% daripada sebatian itu telah menjadi asid amino. Pada 1998 dalam BBC News, Prof Joe Cann menghuraikan bahawa asid amino pertama tercipta dengan dua asas utama terpenting, iaitu hydrogen yang terlepas dari gunung berapi di dasar laut & AIR laut. rujuk: http://www.abenteueruniversum.de/pdf/miller_1953.pdf & http://news.bbc.co.uk/1/hi/sci/tech/167863.stm Bukti Al-Quran mendahului sains: Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki, kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nur: ayat 45) *Juga dalam Surah Al-Anbiya: ayat 30 28. Bintang (buruj) sebagai penunjuk arah Terdapat 88 jenis buruj yang dikelaskan oleh Henry Norris Russell dari International Astronomical Union (IAU) pada 1922. Buruj-buruj itu adalah berdasarkan 48 buruj yang dikenalpasti Ptolemy pada abad ke-2, kemudian posisi serta magnitud buruj-buruj itu disusun oleh Abd al-Rahman al-Sufi pada abad ke-10, & baki 40 buruj dikenalpasti oleh astronomi-astronomi lain pada abad ke 16, 17, dan 18, termasuk Ibnu Yunus, seorang pakar astronomi Islam yang ter-kenal, sehingga salah satu kawah di bulan diabadikan namanya oleh saintis moden. Salah satu cara untuk menentukan arah menggunakan buruj ialah dengan melihat buruj Ursa Major (Biduk) &

Ursa Minor. Ursa Major adalah antara buruj yang agak mudah dijumpai. Selepas menjumpainya, kita boleh mencari bintang alpha Polaris (North Star-hanya dijumpai di hemisfera utara) yang berada di hujung ekor Ursa Minor (di atas kutub utara). Dengan melihat kedudukan Polaris, kita dapat menentukan lokasi kita, di manakah arah utara, & jarak kita dengan kutub utara. Untuk hemisfera selatan, buruj pari pula digunakan.(rujuk: www.iau.org) Bukti Al-Quran mendahului sains: Dan (Ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. (Surah An-Nahl: ayat 16) 29. Kewujudan DNA sebagai pembawa infomasi genetik Tahukah anda bahawa DNA diturunkan dari generasi ke generasi, dan dengan DNA lah boleh memberi jawapan kepada kita tentang siapa ibu bapa genetik kita, siapa nenek moyang kita, keturunan apakah kita, dan sebagainya? DNA atau nama saintifiknya Deoxyribonucleic acid membawa informasi genetik yang dipanggil genes, didapati dari keturunan kita (ibu-bapanenek-datuk-moyang). DNA mengandungi hidrogen, oksigen, nitrogen, karbon, dan fosforus. DNA mula dijumpai Friedrich Miescher pada 1869. kemudian dikaji lagi oleh William Astbury (1937) serta James D Watson & Francis Crick (1953). (1237 tahun selepas Rasulullah saw wafat (632M)) Watson J.D. and Crick F.H.C. (1953). "A Structure for Deoxyribose Nucleic Acid". Nature Journal Bukti Al-Quran mendahului sains: Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air (mani), lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya). (Surah Al-Furqan: ayat 54) 30. Jenis tumbuhan terbahagi ikut tempat & iklim Tumbuhan-tumbuhan di muka bumi terbahagi kepada tempat dan iklim. Di tempat dan iklim yang berlainan, terdapat jenis-jenis tumbuhan yang tersendiri, mengikut kesesuaian tumbuhan itu. Al-Quran sudah menghuraikan berkenaan perkara ini, padahal Rasulullah saw tidak pernah berjalan jauh ke merata tempat untuk melihat alam. Mari lihat contoh-contoh yang diberikan di bawah. Jenkins Martin D., Groombridge Brian, "World Atlas of Biodiversity: Earth's Living Resources in the 21st Century, World Conservation Monitoring Centre, United Nations Environment Programme. (2007) Contoh: Cactus = Di gurun atau padang pasir Teratai = Di air (kolam/ tasik/sungai) Hutan Boreal = Di tempat beriklim sejuk Paya Bakau = Di pinggir laut/sungai

Hutan Hujan Tropika = Di khatulistiwa Rafflesia = Di kepulaun Borneo Bukti Al-Quran mendahului sains: Kemudian kami pisah-pisahkan bumi dengan pemisahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan. (Surah `Abasa: ayat 26) 31. Madu lebah sebagai penawar pelbagai penyakit Madu sangat terkenal di seluruh dunia sebagai penawar pelbagai penyakit atau pengurang sakit atau simptom sesuatu penyakit. Pada zaman dahulu, ianya digunakan sebagai penawar gastrik, masalah perut memulas, masalah kurang deria rasa(lidah), mengurangkan batuk, dan sakit tekak. Hanya pada abad ke-19 saintis mula mengkaji madu dengan lebih mendalam lagi. Madu mempunyai kesan osmotik, iaitu mempunyai kandungan air yang sangat rendah didalamnya, menyebabkan mikroorganisma seperti bakteria/virus tidak dapat membiak. Ia juga digunakan bagi merawat pengidap ulser diabetic. Ia juga boleh mengurangkan bau, jangkitan kuman, & kesan parut pada parut luka atau parut akibat melecur, serta melajukan proses pemulihan luka-luka tersebut. Rasa manisnya juga tidak begitu membahayakan berbanding rasa manis gula. Kadar pH madu biasanya di antara 3.2 - 4.5, iaitu agak berasid, dengan itu dapat menghalang pembiakan banyak bakteria/virus. Ia juga menghalang penyakit sinusitis kronik, merawat jangkitan kuman pada luka bedah, & mengurangkan alahan ocular. Rujukan beserta ujikaji eksperimen dan laporan klinikal: http://www.drgrotte.com/honey-medicine.shtml Bukti Al-Quran mendahului sains: Kemudian makanlah (wahai lebah) dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudah-kannya kepadamu, akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah An-Nahl: ayat 69)

Anda mungkin juga menyukai