Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan Tandanada Lagu gubahan saya ini adalah di dalam nada C Major.

Ia tidak mempunyai tanda kromat syap dan flat. Tandamasa Lagu gubahan ini juga menggunakan tandamasa empatan 4 . 4

Tempo Lagu gubahan saya dimainkan pada kelajuan sederhana iaitu 120 krocet per minit Bilangan bar adalah 32 bar. Bentuk/Form lagu Lagu gubahan saya menitikberatkan bentuk susunan lagu. Ia adalah seperti berikut: Bar 1 hingga bar 4 adalah A Bar 5 hingga bar 20 adalah B Bar 21 hingga bar 28 adalah C Bar 29 hingga bar 32 adalah C1 Jumlah keseluruhan bar adalah sebanyak 32 bar. Susunan muzik bagi lapisan suara SATB. SATB bermaksud susunan lapisan suara yang melibatkan 4 jenis tahap suara iaitu: S mewakili suara soprano. Renjnya adalah dari C2 keatas iaitu banyak memainkan not yang tinggi.Ia kebiasaanya dinyanyikan oleh suara wanita. A pula mewakili kepada jenis suara Alto. Ia melibatkan renj C1 . Ia juga kebiasaanya dinyanyikan oleh wanita. T mewakili suara atau bunyi jenis tenor. Renjnya adalah C0 . Ia kebiasaanya dinyanyikan oleh lelaki.

Gambar diatas menunjukkan renj SATB. Akhir sekali adalah B, ia adalah mewakili suara atau bunyi Bass. Ia menggunakan klef Bes. Ia juga kebiasaanya dinyanyikan oleh Lelaki. Susunan renj mengikut aras suara atau bunyi yang betul adalah seperti berikut: Soprano - Mezzo Soprano - Alto - Tenor - Baritone - Bass

Read more: 9. SATB Writing for Voices - My Music Theory http://www.mymusictheory.com/grade5/lessons/9-satb-writing-forvoices.html#ixzz1zSUdxbnt

Manakala bentuk gubahan SATB pada skor boleh kita rujuk kepada gambarajah skor contoh di bawah:

Peraturan asas menulis SATB. Di dalam menulis susunan SATB terdapat beberapa peraturan asas yang mesti diikuti antaranya ialah: a. Cara menulis. Cara menulis SATB pada baluk yang sama adalah seperti berikut, perlu diingatkan bahawa kedudukan kaki notasi sangat penting.

Gambar menunjukkan penulisan kaki notasi yang betul. b. Pergerakan SATB. Perkara asas yang lainnya adalah berkaitan dengan jenis atau bentuk pergerakan notasi SATB yang ditulis. Ia memerlukan penghasilan pergerakan yang selaras , iaitu perkara seperti gerakan selari oktaf Perfect, Perfect ke lima dan Unisons harus dielakkan. Pergerakan selari yang baik dan menarik adalah seperti dua atau lebih suara bergerak dalam gerakan selari ,pun begitu 2 suara tidak perlu bergerak dalam gerakan selari untuk beberapa rentak berturut-turut. Ini akan mengurangkan kualiti harmoninya. Antara jenis pergerakan adalah seperti berikut:

Pada gubahan muzik SATB saya, Alto berperanan menyanyikan melodi lagu manakala lapisan suara adalah soprano, tenor dan bass. Pada gubahan susunan suara ini juga saya menggunakan beberapa kaedah penulisan pergerakan SATB antaranya:

Pada keratan rentas bar 1 dan 2 ini , terdapat beberapa jenis pergerakan not. Antaranya oblique motion (gerakan serong) dan Parallel motion ( gerakan selari) c. Memulakan penulisan perkara yang mula harus diberikan keutamaan adalah membina melodi yang indah pada permulaan. Gunakan jenis pergerakan yang dikenalpasti. Berhati-hati pada renj notasi yang terlalu kecil. Seterusnya , meneruskan susunan melodi di dalam satu kord. Perkara lain yang perlu diberikan perhatian ialah sentiasa melihat pada renj antara lapisan suara, elakkan daripada menulis dengan jarak satu oktaf antara dua not. Peraturan 7/7 mesti diberikan perhatian iaitu: The 7/7 rule: scale degree seven (the leading tone) should resolve to tonic (always when in an outer voice, unless a part of a line proceeding down from tonic to dominant, (i.e.: 1-7-6-5)) and the seventh of a chord should always resolve down by second. Neither of these should be doubled. Antara peraturannya ialah: a. jangan menulis pergerakan not perfek kelima secara berturutan. Ia dikenali sebagai consecutive 5ths. Gambar dibawah menunjukkan kesalahan tersebut.

b. Jangan menulis pergerakan satu oktaf. Keadaan ini berlaku apabila pergerakan not adalah sebanyak 1 oktaf. Ia dikenali juga dengan consecutive Octave. Contoh seperti dibawah.

Read more: The Rules of Harmony - My Music Theory http://www.mymusictheory.com/grade6/lessons/the-rules-ofharmony.html#ixzz1zTAYSACc Kesimpulan

Dalam penulisan harmoni SATB ini , pergerakan yang baik dan lazim digunakan ialah pergerakan jeda ke dua dan ke tiga , manakala perfek ke 4 dan ke 5 hanya jika dalam keadaan terpaksa dan tertentu saja. Dengan mengetahui dan memahami peraturan dan keperluaan asas dalam menulis SATB , telah memberikan kemudahan dan hasilan gubahan yang menarik. Lampiran 1 dari Dr. Barbara Murphy University of Tennessee School of Music dapat memberi penjelasan lebih teliti berkaitan pembinaan gubahan harmoni SATB.

Bahasa Muzik

Pada gubahan saya ini juga saya gunakan beberapa bahasa muzik ( dinamik) antaranya:

Semakin kuat lembut. Kesimpulan

semakin

Penggunaan bahasa muzik ini lebih kepada memberikan corak dinamik lagu. Ia lebih kepada pengolahan emosi dan perasaan oleh seseorang pengubah muzik.

d.

Melengkapkan lagu gubahan dengan pergerakan kord dan kaden. Setiap gubahan muzik mesti mengetahui di mana dan apakah pergerakan kaden

yang ditulis dan diperlukan. Ini menjadikan gubahan harmonic pada suara SATB lebih teratur dan berkesan. Peggunaan Kord dan pergerakan Kaden. Langkah seterusnya dalam membina gubahan lagu ini, saya mesti mengetahui pergerakan kord pada tangganada atau Nada yang dipilih. Pergerakan kord dalam tangganada C Major adalah seperti berikut:

Penerangan kord : C (not pertama) - I nada Major Dm (not kedua) - ii minor Em (not ketiga) - iii minor F (not ke empat) - IV Major G (not ke lima) - V Major

Am (not ke enam) - vi minor B (not ke tujuh) - vii diminished Dari pemahaman dan pengetahuan yang saya telah pelajari, dapatlah saya membuat beberapa susunan pergerakan kord seperti dalam rajah di bawah. I-V C-G I - IV C-F I - vi C - Am I - IV - V C-F-G I - ii - V C - Dm - G I - vi - ii - V C - Am - Dm - G I - vi - IV - V C - Am - F - G I - vi - ii - vii C - Am - Dm - Bdim I - vi - IV - vii C - Am - F - B dim I - vi - V C - Am - G

Di dalam gubahan lagu saya ini, saya menggunakan kord asas dan kord sekunder . Jadual di bawah menunjukkan penggunaan kord-kord tersebut. Bar - Kord 1 Cmaj. Cmaj. 5. F Maj 9. F Maj 13. F Maj 17. F Maj 21. F Maj 25. F Maj 29. F Maj 33. F Maj Bar - Kord 2 . F Maj. C Maj. 6. C Maj 10. C Maj 14. C Maj 18. C Maj 22. G Maj C Maj 26. C Maj 30. G Maj C Maj 34. C Maj Bar - Kord 3. C Maj. 7. G Maj 11 . Dmin G Maj. 15. G Maj 19 . Dmin G Maj. 23. G Maj C Maj 27. D min. G Maj 31. G Maj C Maj 35. D min. G Maj Bar - Kord 4. G Maj. C Maj 8. C Maj 12. C Maj G 7 16. C Maj 20. C Maj 24. G Maj C Maj 28. C Maj 32. G Maj C Maj 36. C Maj

Saya menggunakan kord asas I ( C Maj.) IV ( F Maj) dan V ( G Maj) dan Kord sekunder iaitu ii ( D minor) . Kaden Maksud kaden di dalam istilah muzik adalah nerupakan pergerakan satu kord(triad) ke satu kord (triad) yang lain pada setiap pharasa lagu. Ia memberikan kesan mengiringi kepada pergerakan melodi. Kaden juga terdapat di dalam beberapa jenis antaranya ialah: 1. Kaden Authentik (Authentic Cadence) Kaden jenis ini adalah yang sangat digunapakai dan sering digunakan. Ia pula terbahagi kepada dua jenis kaden , iaitu a. b. Kaden Lengkap Kaden tak lengkap .

Kaden Lengkap Ia adalah pergerakan kord V ke I . Iaitu bagi Nada C Major ia adalah pergerakan kord G Major (G,B,D) ke kord C Major( C,E,G) Contoh lain adalah seperti gambar di bawah

Pergerakan kaden lengkap ini kebiasaannya adalah jelas digunakan pada pengakhiran lagu. Contoh dapat dilihat pada gubahan saya pada bar yang akhir.

Kaden Tak Lengkap Bagi kaden tak lengkap pula pergerakan kordnya adalah pergerkan kord V7 I atau vii I . Corak bunyi yang dihasilkan adalah terbuka dan sesuai menyambung dalam pergerakan pharasa lagu seterusnya. Ini jelas saya gunakan pada pengulangan frasa lagu kedua pada bar 12. ( seperti rajah keratan)

V7

Kaden Plagal (The Plagal Cadence) Kaden plagal (The Plagal Cadence) adalah merujuk kepada pergerakan kord IV ke kord I. Bagi C Major kaden plagal berlaku pada pergerakan kord F Major ke C Major. Pada gubahan saya banyak menggunakan kaden plagal . Ini kerana ia memberikan corak harmoni yang agak lembut. Contohnya :

Pun begitu kaden plagal adalah lebih lemah bunyi harmoniknya berbanding dengan kaden lengkap.( authentic cadence).

Kaden Separuh (The Half Cadence) Kaden jenis ini bermaksud penggunaan Kord V pada akhir frasa lagu atau verse lagu. Ini juga saya letakan pergerakan kaden ini dalam lagu gubahan saya , iaitu pada contoh kerratan rentas di bawah:

Kegunaan pergerakan kaden ini sama seperti kaden plagal. Ia lebih kepada memberikan isyarat pertukaran frasa lagu atau kadang-kadang membawa maksud berehat atau berhenti sekejap. Kesimpulan Kaden adalah merupakan kemahiran teori muzik yang asas dalam pengubahan lagu. Ia memberikan bentuk dan corak kepada gubahan muzik kita. Keperluan seperti perubahan frasa lagu, dinamik dan verse lagu amat bergantung kepada pergerakan kaden yang dihasilkan.

Rujukan
Benward & Saker (2003). Music: In Theory and Practice, Vol. I, p.178. Seventh Edition. Stewart MacPherson, Musical Form, Chapter 1, Joseph Williams, London, 1930. George Whitefield Chadwick, Harmony: A Course of Study, 72nd Ed. B.F.Wood Music Co., 1922, Introduction p. xv

C.H. Kitson, Elementary Harmony, Part One, O.U.P., 1920, Chapters 3-4.

http://www.musicarta.com/chord-progressions.html http://www.pianolessons.com/piano-lessons/chord-progressions.php http://www.ehow.com/how_2217494_read-piano-chords-chord-progressions.html http://www.storycompositions.com/2008/06/compose-melody-from-chordprogression.html http://smu.edu/totw/cadences.htm