Anda di halaman 1dari 24

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

KERJA KURSUS PENDEK


JABATAN MATA PELAJARAN KUMPULAN SEMESTER TARIKH MULA TARIKH HANTAR NAMA PENSYARAH : JABATAN KAJIAN SOSIAL : KEMAHIRAN BERFIKIR : PPISMP-AMBILAN JUN 2010 :2 : 10 MAC 2011 : 1 APRIL 2011 : DR.CHUA LEE CHUAN AHLI KUMPULAN NAMA VENNELLA PRETTY(R) ANDREW CHRISTINE LAHONG KULE AZIANNA JOWINIS PAMELLA BEE HENRY HILARRY JAINOL NO. K.P 920912-12-6338 NO. MATRIK 201006130

920417-13-5974 920711-12-5320 910324-12-5700 921228-12-6395

201006176 201006175 201006022 201060660

ISI KANDUNGAN

BIL 1.0 PENGENALAN 1. 1.1 1 MURID 1 SUKAN

PERKARA

MUKA SURAT 2 2 23 4 16 17 18 19 20 21 22 23

1.2 SUKAN UNTUK KECEMERLANGAN DIRI 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 2.0 ESEI/TUGASAN 4.0 RUMUSAN 5.0 REFLEKSI 6.0 JADUAL PERLAKSANAAN TUGAS 7.0 BORANG KOLABORASI 8.0 BIBLIOGRAFI 9.0 LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN
2

1.1

1 Murid 1 Sukan
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

1.2

Sukan untuk kecemerlangan diri


Kerajaan Malaysia sangat prihatin terhadap pembangunan dan perkembangan sukan di

Malaysia. Kerajaan telah menyediakan prasarana sukan untuk kemudahan rakyat menceburkan diri dalam sukan dan dana bagi pertandingan peringkat kebangsaan hingga antarabangsa demi pembangunan sosial dan kesejahteraan rakyat. Justeru itu, Dasar Sukan Negara telah digubal dengan menumpukan kepada Sukan Massa dan Sukan Prestasi Tinggi (Kementerian Belia dan Sukan, 1988). Ramai ibubapa yang membantah dasar satu murid satu sukan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran mulai tahun depan kerana menganggap dasar yang diperkenalkan

itu tidak mempunyai manfaat yang besar serta menganggu kemajuan pendidikan dan pembentukkan sahsyiah murid. Disamping itu, ibubapa yang ditemui dalam tinjauan pendapat Pahangkini.net, disekitar Bandar Temerloh, sebentar tadi kesal kerana teralu banyak dasar yang diperkenalkan kementerian selama ini gagal mengatasi masalah moral tetapi itu tidak diberikan penekanan secara serius. Menurut mereka sukan bukanlah jawapan yang tepat untuk melahirkan masyarakat pelajar yang bijak dan bermoral. Berdasarkan penjelasan yang diberikan kementerian terhadap isu yang berbangkit kami ragui kejayaannya. Malahan, kami berkeyakinan mutu pendidikan di sekolah akan menurun dan pembentukkan sahsyiah murid akan bertambah hancur. Kementerian Pelajaran semalam memutuskan perlaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan disekolah mulai tahun hadapan termasuk memberi lima daripada 10 peratus markah yang diperuntukan untuk kokurikulum. Menurut bekas guru sukan Zubir Omar, dasar yang ingin diperkenalkan itu adalah sangat kabur tujuan dan matlamatnya kerana ia melibatkan semua pelajar melalui pendekatan 1 murid 1 sukan adalah tidak munasabah.

2.0 TUGASAN ESEI

Dalam jangka masa panjang, dasar 1 murid 1 sukan ini bermatlamat untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi. Dalam aspek cort 1 iaitu AGO yang juga bermaksud matlamat, tujuan, objektif menerangkan tentang matlamat yang ingin dicapai dalam dasar 1 murid 1 sukan ini. Kementerian Pelajaran sebagai organisasi yang terlibat secara langsung dalam pembangunan modal insan negara sentiasa komited dalam melakukan usaha berterusan bagi memupuk minat dan kecenderungan murid dalam bidang sukan. Justeru, usaha bagi menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah telah pun dimulakan melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Ianya untuk memastikan matlamat dapat dicapai iaitu penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan di kalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi. Ianya juga diharapkan dapat mewujudkan budaya persaingan yang sihat di kalangan murid-murid dan sekali gus membentuk satu persekitaran sosial yang kondusif untuk perkembangan mereka. Usaha sebegini tentunya memerlukan kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan bidang pendidikan. Kejayaan pembangunan sukan negara perlu bermula dengan menggerakan masyarakat aktif dalam sukan sebagai amalan dan budaya hidup mereka. Pendekatan menggerak dan membudayakan sukan hendaklah ditumpukan kepada pendidikan sukan di peringkat sekolah. Hasil dari proses pembelajaran yang berkesan, pelajar dapat meningkatkan kefahaman melalui proses kognisi, membina kecekapan sesuatu kemahiran melalui pergerakan psikomotor dan menerapkan nilai-nilai afektif yang baik melalui aktiviti sosialisasi (Rink, 2002). Tujuan dasar 1 murid 1 sukan ini diadakan ialah untuk menjana pemikiran anak-anak murid di sekolah tentang pentingnya sukan untuk mengseimbangkan dan melahirkan insane yang cemerlang. Seperti yang kita tahu, aktiviti sukan ini dapat member impak yang baik terhadap setiap murid dari segi kesihatan. Oleh itu, dasar ini amat sesuai ditubuhkan untuk mengajar anak murid tentang kepentingan dan kebaikkan sukan dan selaras sengan sukatan subjek Pendidikan Jasmani, iaitu murid memperoleh pengetahuan yang banyak dan lebih lanjut lagi tentang asas-asas sukan. Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara. Dasar 1M 1S dapat 5

memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi. Aktiviti sukan telah menjadi semakin penting dan wajib dilaksanakan secara lebih giat di semua sekolah seluruh negara. Pihak yang terlibat dalam pengurusan sukan seharusnya berupaya merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan sukan secara sistematik, cekap dan berkesan. Selain itu, murid turut mampu mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan lokomotor dan bukan lokormotor serta pengetahuan tentang kesihatan. Dalam pada itu, murid turut dapat menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri selaras dengan perkembangan diri di peringkat sekolah rendah. Kandungan dasar 1 murid 1 sukan ini menekankan kepada kecergasan sesuai dengan ciri dan keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan bagi slogan ini ialah pembelajaran melalui aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat. Ini ialah keseluruhan objektif yang ingin dicapai dalam dasar 1 murid 1 sukan dan guru-guru, ibu bapa dan masyarakat perlu menitikberatkan hal ini dengan lebih lanjut lagi agar program ini berkesan dengan jayanya.

MATLAMA T

Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah Membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh

TUJUAN

Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi

OBJEKTIF

Meningkatkan kecergasan jasmani Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni Memupuk perpaduan di antara kaum Membentuk budaya sukan di kalangan murid Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal

Selain itu, alat berfikir yang boleh menjayakan dasat 1 murid 1 sukan ini ialah C&S (CONSEQUENCE AND SEQUEL) .Bukan mudah untuk menukarkan sesuatu yang telah lama dilaksanakan. Tentu sukar untuk melaksanakan sesuatu yang baru di dalam negara yang semakin membangun ditelan masa. Perlaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan banyak memberikan impak kepada semua pihak. Proses untuk melaksanakan dasar mengambil masa dan juga memerlukan kesepakatan semua pihak. Dasar perlaksanaan ini mengambil kira pelbagai aspek yang harus dilaksanakan. Jika difikirkan melalui alat pemikiran CoRT C&S, dasar ini mempunyai pelbagai halangan dan juga memberikan kesan kepada semua pihak. Pertama-tama sekali, halangan terbesar dalam melaksanakan dasar 1 Murid 1 Sukan ialah dari kerajaan sendiri. Dalam melaksanakan dasar ini, kerajaan perlu mengeluarkan bujet

untuk memperbaiki dan menaiktarafkan tahap kemudahan di sekolah-sekolah luar bandar dan juga luar bandar. Perlu ditegaskan bahawa bukan semua sekolah mempunyai kemudahan sukan yang baik sekiranya ingin melaksanakan dasar ini. Bagi memastikan bahawa dasar ini berjaya, kerajaan juga perlu menaiktarafkan tahap kemudahan sukan di sekolah-sekolah yang memerlukan. Belum ditambah lagi dengan sekolah-sekolah di luar bandar yang langsung tidak mempunyai kemudahan sukan. Untuk menghadapi halangan ini, kerajaan harus membina kemudahan di sekolah-sekolah tersebut. Tanpa disedari, dalam melaksanakan dasar ini, penggunaan wang amat diperlukan dan seterusnya kerajaan perlu mengeluarkan bujet. Seterusnya, untuk menjayakan dasar baru ini, sokongan masyarakat pelbagai taraf amatlah diperlukan. Adalah sia-sia dasar ini dilaksanakan sekiranya tidak mendapatkan

sokongan daripada lapisan masyarakat terutamanya golongan pendidik, murid dan seterusnya para ibubapa. Di samping itu, dasar ini dapat melahirkan para guru pendidik yang berkejurulatihan tinggi melalui kursus-kursus yang bakal dianjurkan oleh pihak kementrian pelajaran. Ini akan melahirkan barisan jurulatih yang berpengalaman dan juga berkomitmen dalam menjalankan bidang tugas masing-masing dalam usaha menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurangkurangnya satu jenis sukan di sekolah memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap.

Penyediaan kemudahan sukan Penaiktarafan sekolah

Sokongan dan bantahan masyarakat Penggubakan dasar 1M1S

Kerajaan perlu megeluarka n bujet.

Consequences

Perlaksanaan 1M1S

Murid yang seinbang dari segi JERIS Seimbang dalam kokurikulum dan Murid kurikulum Memperkembangkan bakat sukan murid Memotivasikan murid Melahirkan guru yang berkejurulatihan tinggi Memberikan pengalaman kepada guru Guru Menerapkan komitmen dalam diri setiap guru yang terlibat

Menjana kemudahan yang belum ada Melahirkan sekolah yang seimbang Sekolah Memajukan kuakiti sukan negara melalui penerapan awal dari sekolah

Menjana masyarakat yang seimbang pada generasi Masyarakat yang akan datang Masyarakat yang sihat

Dasar 1M1S turut membawa kebaikan dan keburukan kepada para pelajar. Sukan adalah satu aktiviti yang membawa banyak faedah dalam diri seseorang. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan satu dasar dalam reformasi pendidikan iaitu dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu dasar yang menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Dalam aspek PMI (PLUS, MINUS, INTERESTING) ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan dan pengetahuan mengenai sukan tanpa mementingkan prestasi mereka. Melalui dasar ini, setiap murid diwajibkan memilih satu sukan. Dasar yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran ini telah membawakan banyak kebaikan kepada murid-murid. Melalui dasar ini, kita dapat melahirkan murid yang aktif dalam sukan. Murid yang aktif bersukan mampu membawa kebaikan dan kecemerlangan kepada negara kita. Selain itu, perasaan atau sikap kesukanan dapat dipupuk sejak kecil lagi. Semangat bersukan ini harus dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi. Hal ini kerana, sukan mampu menjana kecemerlangan pelajar. Dasar ini juga membawa kebaikan ke arah melahirkan murid dan semua golongan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu, disiplin diri yang tinggi dalam seseorang murid itu dapat diterapkan. Nilai murni ini dapat diterapkan melalui aktiviti yang diadakan dalam sukan yang diceburi oleh setiap murid tersebut. Apabila murid tersebut mempunyai disiplin diri yang tinggi, mereka mampu mematuhi semua peraturan dan tidak melakukan aktiviti yang negatif. Perpaduan antara kaum juga dapat diwujudkan melalui dasar 1 Murid 1 Sukan ini. Misalnya, setiap sukan hendaklah mempunyai murid-murid yang berasal dari berbilang kaum dan agama. Hal ini dapat mewujudkan perpaduan kaum dalam golongan anak muda masa kini. Dasar ini turut dijadikan sebagai platfom melahirkan murid yang merangkumi semua aspek dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Semua aspek ini amat penting dan perlu ada dalam diri setiap murid. Kebaikan dasar ini juga ialah meningkatkan penglibatan murid di luar bilik darjah sekali gus membin keyakinan diri murid. Dasar ini turut diperkenalkan juga bagi mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah. Disebalik kebaikan dasar ini, terdapat juga keburukan dasar 1 Murid 1 Sukan. Keburukan dasar ini ialah, murid tidak dapat membahagikan masa dengan teratur. Misalnya, murid-murid tahap satu belum pandai membahagikan jadual waktu mereka dengan baik lagi. Keadaan ini dapat menjejaskan pelajaran mereka kelak. Melalui dasar ini juga, murid akan mengabaikan pelajaran mereka. Keadaan ini disebabkan terlalu leka bersukan sehingga pelajaran diabaikan.

10

Ini akan membawa kesan yang tidak baik kepada keputusan akademik murid- murid. Murid akan berasa stress kerana terlalu banyak kerja perlu disiapkan dalam satu masa yang sama. Masa lapang yang mereka miliki telah digunakan untuk aktiviti sukan di sekolah. Walaupun pada waktu malam, murid dapat meluangkan masa dengan keluarga tetapi itu belum mencukupi. Misalnya, mereka berasa letih dan perlu menyiapkan tugasan sekolah. Mereka tidak sempat meluangkan masa kerana mereka terpaksa tidur awal akibat keletihan. Melalui dasar ini juga, murid terpaksa membelanjakan kos yang tinggi untuk keperluan sukan masingmasing. Ini akan memberi beban kepada ibu bapa murid yanga kurang berkemampuan. Contohnya, jika keperluan mereka tidak dapat ditunaikan oleh ibu bapa murid akan berasa sedih dan marah terhadap ibu bapa. Hal ini akan menimbulkan masalah dalam keluarga mereka. Keadaan ini memberi kesan yang tidak baik kepada murid walaupun mereka aktif dalam sukan. Kecemerlangan akademik mereka tidak selaras dengan kecemerlangan kokurikulum yang dikecapi. Dasar ini juga akan mengganggu kemajuan pendidikan dan sahsiah murid. Sikap ingin bersaing dalam akademik akan berkurangan dalam kalangan murid-murid kerana terlalu fokus terhadap dasar 1 Murid 1 Sukan. Budaya bersaing secara sihat dalam bidang akademik turut dilupakan. Keburukan dasar ini juga ialah murid berasa terpaksa untuk memilih sukan mereka kerana setiap murid mempunyai minat yang berbeza. Hal ini tidak akan dapat menanam minat dalam diri murid kerana mereka tidak ikhlas melakukan aktiviti tersebut. Mereka hanya melakukannya sekadar untuk menghadirkan diri sahaja kerana mereka tidak ingin rekod kehadiran mereka akan menjejaskan prestasi akademik mereka.

11

TAJUK

KEBAIKAN 1. Mewujudkan murid yang aktif dalam sukan 2. Menanam sikap kesukanan 3. Melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat 4. Memupuk disiplin diri yang tinggi 5. Menanam semangat setiakawan dalam diri 6. Mewujudkan perpaduan antara murid

KEBURUKAN 1. Murid tidak dapat membahagikan masa 2. Murid mengabaikan pelajaran 3. Membahayakan keselamatan diri murid tahap satu 4. Stress akibat kerja yang banyak 5. Masa dengan keluarga berkurangan 6. Membelanjakan kos kewangan yang tinggi 7. Ketinggalan dalam pelajaran jika terlalu banyak mewakili sekolah

1 Murid 1 Sukan

7. Melahirkan murid yang mempunyai aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial 8. Mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah 9. Melahirkan dan mengetengahkan atlit yang berpotensi tinggi di peringkt sekolah 10. Meningkatkan penglibatan murid di luar bilik darjah sekali gus membina keyakinan murid

8. Mengganggu kemajuan pendidikan dan sahsiah murid 9. Sikap bersaing dalam bidang akademik akan berkurangan

10. Murid tidak mempunyai perasaan yang ikhlas dan berasa dipaksa sahaja

Ramai di antara kita yang bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa sukan merupakan salah satu aspek terpenting yang dapat menentukan kecemerlangan seseorang murid. Dalam hal ini, jawapannya mungkin dapat kita temui melalui Dasar Satu Murid Satu Sukan yang telah diperkenalkan pada tahun 2010 dan mula dilaksanakan pada tahun 2011. Dasar Satu Murid Satu Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Amat jelas sekali pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan amat menitikberatkan sukan sebagai batu loncatan ke arah kecemerlangan murid.

12

Walaubagaimanapun setiap dasar yang yang dilaksanakan itu pasti ada kesukarannya dan kekangannya. Dalam pelaksanaan dasar ini, terdapat beberapa kekangan yang telah dikenal pasti. Kekangan tersebut termasuklah kekurangan kemudahan sukan di sekolah seperti padang sekolah yang tidak cukup luas untuk melaksanakan beberapa jenis aktiviti sukan, ketiadaan gelanggang permainan untuk permainan tertentu seperti permainan badminton dan permainan sepak takraw dan juga kemudahan peralatan yang tidak lengkap. Ketiadaan

peruntukan untuk membina kemudahan-kemudahan tersebut turut dilihat sebagai salah satu kekangan yang terbesar dalam pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Seterusnya ialah kekurangan jurulatih-jurulatih yang bertauliah yang dapat membimbing murid untuk melakukan sesuatu aktiviti sukan dengan cara yang betul. Selain itu, tanggapan ibu bapa juga terhadap aktivti sukan turut mempengaruhi pelaksanaan dasar ini. Terdapat ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka bergiat dalam aktiviti sukan kerana menganggap kecemerlangan anak mereka hanya terletak kepada keputusan akademik semata-mata. Ada juga sesetengah murid yang terlalu mementingkan akademik sehingga mengabaikan sukan. Setiap pegawai dan mereka yang terlibat menguruskan wang peruntukan tersebut harus menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah dan bukannya menggunakan wang tersebut untuk tujuan yang lain. Jika peruntukan telah cukup maka barulah lebih banyak kemudahan sukan boleh

disediakan di sekolah-sekolah dan cukup untuk menampung kos bagi menyediakan prasarana sukan di semua sekolah. Secara tidak langsung masalah kekurangan kemudahan sukan dapat diatasi. Seterusnya adalah masalah kekurangan jurulatih yang yang dapat melatih murid-murid dalam bidang sukan yang mereka ceburi. Seterusnya adalah mengubah tanggapan ibu bapa murid tentang sukan dengan mengadakan ceramah berkaitan pentingnya sukan dalam kecemerlangan murid. Yang terakhir sekali adalah mengatasi masalah murid yang tidak menunjukkan minat dalam sukan dan lebih mengutamakan akademik berbanding sukan. Peranan ibu bapa dan guru adalah amat penting untuk menarik minat dan menggalakkan lagi murid bergiat dalam sukan.

13

Sukan Untuk Kecemerlangan Murid (Dasar Satu Murid Satu Sukan)

Kekangan Cara mengatasi Peruntukan tidak mencukupi Inisiatif kerajaan Pegawai kerajaan harus amanah melaksanakan kewajipan Bina lebih banyak kemudahan sukan Memastikan setiap sekolah mempunyai kemudahan sukan Kursus kejurulatihan kepada guru-guru di sekolah Tawaran gaji yang lumayan Ceramah berkaitan kepentingan sukan

1.

2.

Kekurangan prasarana

3.

Kekurangan jurulatih

4.

Tanggapan ibu bapa

Sikap murid lebih mementingkan akademik daripada sukan

Peranan ibu bapa dan guru Hadiah yang lumayan

14

Setelah dikaji tentang dasar 1M1S, terdapat banyak pandangan yang menyokong dan membantah dasar ini. Berikut merupakan pendapat-pendapat yang telah dikumpul.

Murid - Merasakan suatu perkara baharu bagi mereka. Terdapat segelintir murid yang aktif dan tidak kurang juga terdapat murid yang tidak pernah mengikuti sebarang aktiviti sukan di sekolah. Hal ini secara tidak langsung, membuatkan mereka malas mahu mengikuti aktiviti sukan tersebut kerana hanya ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang akademik. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah murid yang akan berasa dasar 1M1S ini akan lebih menyeronokkan mereka kerana akan dapat mengikuti pelbagai jenis aktiviti sukan yang mereka sukai.

Ibu bapa

Terdapat segelintir ibu bapa berpandangan bahawa dasar 1M1S ini tidak

mempunyai kepentingan kepada murid-murid sekolah. Hal ini demikian kerana, sekiranya dasar ini dijalankan, maka anak-anak mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran kerana anak-anak mereka akan berasa penat selepas melakukan aktiviti sukan tersebut disekolah dan secara tidak langsung akan menyebabkan gred akademik anak-anak mereka akan menurun. Namun, terdapat juga sebilangan ibu bapa yang menyokong dasar 1M1S ini kerana ia merupakan suatu dasar yang dapat mengisi masa lapang anak-anak mereka dengan pelbagai aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Rentetan dari itu, ianya akan dapat mengelakkan murid-murid daripada mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah yang secara tidak langsung akan dapat mengelakkan masalah sosial dalam kalangan murid-murid. Sehubungan dengan itu, persepsi negatif dalam kalangan ibu bapa yang hanya menekankan aspek akademik anak semata-mata perlu ditapis agar dasar ini akan dapat berjalan dengan lancar. Hal ini juga dapat dilihat melalui kenyataan timbalan perdana menteri Malaysia iaitu Datuk Muhyiddin Yassin yang berharap agar dasar 1M1S akan mendapat sokongan penuh dari para ibu bapa menerusi keratan akhbar Utusan Online yang bertarikh 24.02.2011.

Guru Berpendapat bahawa dasar 1M1S ini merupakan suatu batu loncatan kepada muridmurid yang mempunyai potensi atau bakat dalam bidang sukan untuk menunjukkan bakat mereka masing-masing dalam sesuatu bidang sukan tersebut. Malahan, potensi yang sedia ada dalam kalangan murid tersebut akan dapat digilap dengan adanya bantuan guru-guru terlatih untuk menjadikan seseorang murid tersebut untuk menjadi seorang atlet atau pemain yang 15

profesional dan seterusnya akan dapat melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini sekali gus akan dapat mengharumkan nama negara dengan pencapaian dan kejayaan yang diperolehi oleh atlet atau pemain tersebut. Bahkan, ini dapat dibuktikan melalui laman blog guru yang boleh didapati di http://www.CIKGU HUMAIRI 1M1S.mht.

Masyarakat Umum

Berpendapat bahawa dasar 1M1S adalah langkah yang terbaik

yang seharusnya diberi perhatian yang lebih khusus supaya semua murid tidak kira di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang dijalankan oleh pihak sekolah. Dasar ini akan dapat membuka peluang kepada murid-murid sekolah untuk bergiat aktif dalam jenis sukan yang menjadi pilihan masing-masing. Bahkan, masalah sosial yang kini dikatakan semakin meruncing juga sedkit sebanyak mungkin akan dapat dikurangkan melalui dasar 1M1S yang memerlukan ramai penglibatan dari kalangan murid-murid.

Kementerian Pelajaran Malaysia - Kemajuan dalam bidang sukan menjadi semakin


penting pada masa kini kerana ia mampu mewujudkan perpaduan sejagat, memupuk keamanan serta meningkatkan imej sesebuah negara. Bidang sukan juga merupakan antara landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan sesebuah negara. Bagi memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan, bidang sukan perlu menyediakan peluang penyertaan dan penglibatan yang seluas-luasnya kepada golongan muda yang merupakan pewaris kepimpinan negara di masa hadapan. Justeru, usaha bagi menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah telah pun dimulakan melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Ianya bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan dalam kalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi. Ianya juga diharapkan dapat mewujudkan budaya persaingan yang sihat dalam kalangan murid-murid dan sekali gus membentuk satu persekitaran sosial yang kondusif untuk perkembangan mereka.

16

IBU BAPA
1. Tidak mempunyai kepentingan dalam pelajaran 2. Murid-murid tidak dapat menumpukan dalam akademik

MASYARAKAT UMUM
1. Langkah yang terbaik untuk murid disekolah untuk mendapat pengalaman 2. Memberi peluang kepada murid-murid untuk mencungkil bakat dalam sukan

PANDANGAN ORANG TENTANG DASAR 1 MURID 1 SUKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


1. Dapat memupuk perpaduan antara semua murid yang berbilang bangsa 2. Membangunkan modal insan yang cergas, aktif, berdaya saing dan jati diri yang tinggi

RUMUSAN
1. Suatu batu loncatan kepada murid-murid yang mempunyai potensi atau bakat dalam bidang sukan 2. dapat mengharumkan nama negara dengan pencapaian dan kejayaan yang diperolehi oleh murid

GURU

MURID
1. Merasakan suatu perkara baharu bagi mereka
2. Malas mahu mengikuti aktiviti sukan tersebut kerana hanya ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang akademik Segelintir yang berasa seronok kerana ia merupakan aktiviti luar selain dalam kelas

3.

17

4.0 RUMUSAN
Secara keseluruhnya, dalam menilai Dasar 1M1S, kita perlu mempertimbangkan semua aspek yang berkaitan. Dasar 1M1S telah digubal dan dilaksanakan di negara kita pada masa kini. Sejauh mana keberkesanan dasar ini, tertakluk pada cara masyarakat untuk mentafsir dan menerima dasar ini. Oleh yang demikian, alat pemikiran CORT 1 telah didedahkan kepada kita. Aktiviti sukan telah menjadi semakin penting dan wajib dilaksanakan secara lebih giat di semua sekolah seluruh negara. Pihak yang terlibat dalam pengurusan sukan seharusnya berupaya merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan sukan secara sistematik, cekap dan berkesan. Dasar 1M1S perlu dikaji dan dipertimbangkan dari aspek-aspek penting seperti dalam grafik di bawah.

AGO (Aim Goal Objective)

OPV (Other's People View)

C&S (Conseque nces and Sequal)

Aspect

FIP (First Important Priority)

PMI (First Important Priority)

18

5.0 REFLEKSI
Salam sejahtera salam perpaduan dan salam satu Malaysia kami ucapkan. Pertama sekali kami ingin merakamkan penghargaan kepada pensyarah yang mengajar kami subjek kemahiran berfikir iaitu Dr. Chua Lee Chuan atas bimbingan dan dan sokongan motivasi beliau sepanjang proses kami menyiapkan kerja kursus ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan sekumpulan yang lain yang begitu tekun menyempurnakan kerja ini dan kepada mereka yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung, terima kasih juga diucapkan. Pelaksanaan tugasan kerja kursus ini banyak memberi pengalaman dan ilmu baru kepada ahli kumpulan kami amnya. Pengalaman ini kebanyakannya ke arah yang lebih positif. Kami berjaya mengaplikasikan semangat bekerjasama dengan ahli kumpulan lain. Saya semakin sedar betapa pentingnya semangat kerjasama berpasukan dalam menyempurnakan kerja kumpulan. Dengan bekerjasama kerja yang susah menjadi lebih senang, kerja yang banyak dirasakan menjadi lebih sedikit dan kerja yang berat menjadi lebih ringan. Selain itu juga, kami sekumpulan telah berjaya memperoleh banyak info dan ilmu yang baru terutamanya yang berkaitan dengan tajuk tugasan pada kali ini iaitu berkenaan Dasar Satu Murid Satu Sukan yang baru-baru diperkenalkan oleh kerajaan Negara. Sebelum ini kami tidak pernah pun mendengar tentang dasar ini sehinggalah taklimat tentang tajuk soalan tugasan diberi kepada kami. Apa yang paling penting sekali ialah kami sekumpulan telah berjaya menggunakan alatalat kemahiran berfikir yang telah diajar dalam kuliah untuk digunakan dalam proses menjana idea. Dengan mengaplikasikannya dalam pelaksanaan tugasan ini, kami dapat mengingati semua yang telah diajar dengan lebih senang dan mudah untuk mengulangkaji apa yang telah diajar mengenai tugasan ini. Mengingatinya sahaja tidak cukup,malah kami lebih memahami bagaimana sebenarnya alat-alat kemahiran berfikir ini digunakan semasa dalam proses menjana idea-idea.

Walaupun dengan pelbagai cabaran dan masalah kekangan masa, kami berjaya membahagi-bahagikan masa untuk membuat tugasan ini. Dengan tugasan lain yang banyak dan menunggu unutk disempurnakan, ianya amat membebankan tetapi dalam masa yang sama ianya mengajar kami untuk bersabar, berfikir secara rasional, mengambil keputusan yang bijak dan mengambil tindakan yang wajar. Di samping itu, kami berlima dapat belajar mengurus 19

masa dengan bijak dan menepati masa. Tugasan ini perlu dibentangkan dan dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan. Kesimpulannya pelaksanaan tugasan ini berjalan dengan lancar dengan adanya semangat kerjasama yang tinggi daripada semua ahli kumpulan. Terima kasih kepada mereka semua. Harapan kami agar hasil kerja kursus yang wujud melalui gabungan pemikiran kami ini dapat memberi faedah kepada orang lain yang mungkin akan menggunakan hasil kerja ini sebagai bahan rujukan mereka. Sekian, terima kasih daun keladi.

20

6.0 JADUAL PELAKSANAAN TUGAS

JADUAL PELAKSANAAN TUGAN BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (BF2311D)

BIL 1. 2. 3.

PERKARA Menerima soalan KKBI. Pemilihan ahli kumpulan. Sesi penerangan bersama pensyarah pembimbing kali pertama.

TARIKH 10 MAC 2011 10 MAC 2011 10 MAC 2011

NAMA

T/TANGAN

4.

Pembahagian tugas kepada setiap ahli kumpulan.

10 MAC 2011

5.

Menyerahkan maklumat kepada ketua kumpulan.

21 MAC 2011

6.

Sesi penerangan bersama pensyarah pembimbing kali kedua.

24 MAC 2011

7. 8.

Mengedit semula esei KKBI. Menyerahkan semula maklumat kepada ketua kumpulan.

24 MAC 2011 29 MAC 2011

9. 10. 11.

Perbincangan tentang susunan KKBI. Menyusun KKBI. Mengedit KKBI. Sesi penerangan terakhir bersama

29 MAC 2011 30 MAC 2011 31 MAC 2011

12.

pensyarah pembimbing buat kali terakhir.

31 MAC 2011

13. 14. 15.

Menambah baik KKBI. Mencetak KKBI. Menghantar KKBI

31 MAC 2011 31 MAC 2011 1 APRIL 2011

Catatan : Kerja berjalan dengan lancar.

21

7.0 BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

IPG

: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG NO. MATRIK

NAMA Vennella Pretty Andrew Christine Lahong Kule Azianna Jowinis Pamela Bee Henry Hilary Jainol KUMPULAN: PPISMP PRASEKOLAH SEMESTER: 2 MATA PELAJARAN: KEMAHIRAN BERFIKIR (BF2311D) PENSYARAH PEMBIMBING: DR. CHUA TARIKH 10 MAC 2011 10 MAC 2011 PERKARA YANG DIBINCANGKAN Tugasan diberi oleh Pensyarah Pemilihan ahli kumpulan. Pembahagian tugasan KKBI Menyusun, memproses, dan menaipkan maklumat Sesi perbincangan bersama pensyarah pembimbing Memurnikan dan menjilidkan hasil tugasan Mencetak tugasan Hantar tugasan KOMEN

201006130 201006176 201006175 201006022 201060660

T/TANGAN ATAU NAMA

Berbincang tugasan bersama cikgu Pemilihan melalui cabutan undi Tugasan dibahagikan secara sama rata Menyusun maklumat yang telah dapat dan menaipnya ke dalam bentuk word -

10 MAC 2011

21 MAC 2011

24 MAC 2011

31 MAC 2011

Menyemak hasil tugasan sebelum dijilid

Hantar kepada 1 APRIL 2011 cikgu melalui ketua kumpulan Catatan : Semua yang terlibat memberikan kerjasama yang baik.

31 MAC 2011

22

8.0 BIBLIOGRAFI
1. SUMBER INTERNET Strata3. (N.D). Cort For Schools. Dicapai pada 17 Mac 2011 di http:// www.edwarddebonofoundation.com/cort1.htm De Bono. (N.D). Cort Thinking Program. Dicapai pada 23 Mac 2011 di http://www.debonoforschools.com/asp/cart_home.asp Cort Thinking.Com. (N.D). Cort 1:Breadth. Dicapai pada 27 Mac 2011 di hhtp://www.cortthinking.com/cort/1

2. SUMBER BUKU Bar-On, R.(1997) Bar-On Emotional Quoltient Inventory : Users Manual. Toronto : Multi-Health Systems. Dann. J. (2001). Understanding Emotional Intelligence In A week. London: Hodder and Sloughton

9.0 LAMPIRAN
23

24

Anda mungkin juga menyukai