Anda di halaman 1dari 8

Suamiku Vampire 23

4
idya terasa pelik dengan telatah anak angkatnya, Zafran. Zafran merupakan anak kepada Shahril dan Syaza. Memandangkan anak itu begitu rapat dengannya, dia sudah menganggap anak itu seperti anaknya. Zafran tidak sudah-sudah membetulkan tudung labuh yang dipakai Lidya. Kejap ke kanan dan kejap ke kiri. Sayang, jangan buat Mama Alya pening. Mama Alya rasa dah tak senget lagi, jelas Lidya kepada Zafran. Mama Alya kena nampak cantik dan kemas, jawab Zafran selamba. Eh, budak niBaru empat tahun dah pandai ya nasihat orang, bisik Lidya sendiri. Bibirnya sudah terhias dengan senyuman. Ya, Zafran. Baiklah. Sekarang mama Alya dah nampak cantik dan kemas? soal Lidya inginkan kepastian. Zafran memandang Lidya dengan wajah yang ber-

kerut sambil meletakkan tangannya di bawah dagu seperti sedang memikirkan sesuatu. Barulah cantik Baru Zafran sayang Mama Alya, katanya dengan gembira sambil memeluk Lidya. Pelik. Lidya berkata perlahan, tapi dia yakin apa yang dikatanya itu mampu didengari oleh Syaza yang berada tidak jauh daripadanya. Anak aku dikatakan pelik Syaza mengomel tanda tidak puas hati. Lidya hanya tersenyum sahaja. Baiklah, Mama Alya nak gerak sekarang. Zafran doakan mama Alya ya? pinta Lidya. Zafran hanya mengangguk kepala. Wajah comel Zafran, dicium Lidya dan tangannya disalam Zafran. Lidya menghampiri Syaza, disalam tangan Syaza. Akak doakan Alya berjaya, kata Syaza. Lidya hanya mengangguk sambil tersenyum. Lidya aLya! Lidya berdiri dan mula melangkah dengan menyebut nama Allah dalam hatinya. Dia duduk apabila disuruh. Dia memerhati keadaan bilik tersebut. Di hadapannya ada tiga orang lelaki. Ketiga-tiga lelaki itu masih muda dan mungkin sebaya dengannya. Kali pertama jumpa perempuan seperti anda yang datang untuk ditemu duga. Perkenalkan diri anda, pinta lelaki yang bersongkok sambil tersenyum lebar. Begitu juga dengan dua lelaki di sebelahnya. AssalamualaikumNama saya Lidya Alya. Saya seorang anak tunggal dan ibu saya, ibu tunggal juga Dua-dua tunggal? potong salah seorang lelaki sambil ketawa.

24 Ria Natsumi

Lidya hanya tersenyum. Tidak dipedulikan pertanyaan lelaki itu. Dia kembali menyambung katakatanya yang tergendala tadi. Saya tiada pengalaman bekerja. Saya mempunyai ijazah dalam bidang pemasaran. Sebelum ni saya belajar di UiTM Shah Alam Kenapa anda berminat untuk bekerja di sini? soal salah seorang lelaki daripada tiga daripada mereka. Memotong kata-kata Lidya. Aduh, aku nak jawab apa? Kenapa ya? Kenapa? Otak cuba berfungsi. PleaseHati Lidya merintih. Berkira-kira mahu menjawab soalan yang ditanya. Dia memang cepat gelabah apabila disoal dengan mengejut. Dia tidak dapat berfikir dengan baik. Kenapa? EmmUntuk mencari pengalaman, jawab Lidya ringkas. Dia cuba tersenyum walaupun hatinya sudah tidak menentu debarnya. Baiklah. Cukup, itu aje. Pihak kami akan menghubungi anda jika berjaya mendapat jawatan ini. Anda boleh keluar, kata lelaki bersongkok itu tidak lepas memandang Lidya. Itu aje? soal Lidya. Dia berasa hairan kerana ditanya soalan mudah dan sekejap sahaja. Anda mahu kami bertanya lagi? Taklah, tapi pelik, kata Lidya sambil bangun. Terima kasih. Assalamualaikum Lidya terus berlalu dan terus menuju ke lif. Beberapa ketika menunggu, pintu lif di hadapan Lidya terbuka. Kelihatan seorang lelaki bercermin mata gelap sedang berdiri tegak di dalamnya. Tiada tanda-tanda mahu memberi ruang kepadanya untuk masuk ke dalam lif tersebut. Terpaksalah dia memboloskan dirinya terus ke belakang lelaki tersebut.

Suamiku Vampire 25

Awak datang sini buat apa? Lidya terkejut dengan pertanyaan daripada lelaki di hadapannya itu. Dia hanya mendiamkan diri.Apabila lif terbuka, cepat-cepat dia keluar, tetapi dihalang oleh lelaki itu. Akibat daripada itu, pintu lif tertutup semula dan lelaki itu menekan butang ke tingkat atas. Tingkat yang paling tinggi. Saya cuma bertanya, takkan susah nak jawab kut? Saya datang sini untuk mohon kerja, jawab Lidya. Dia berasa gerun dengan sikap lelaki itu yang tiba-tiba bertindak sedemikian. Lelaki itu tersenyum. Makin lebar senyumannya. Lidya bagaikan pernah melihat lelaki di hadapannya itu. Lebih-lebih lagi apabila melihat senyuman itu.Tapi, ingatannya lemah. Sedikit pun tidak dapat membantu untuk dia mengecam wajah itu. Lelaki itu menekan semula butang G. Lidya dipandangnya penuh minat. Suasana berubah sunyi. Hanya desah nafas masing-masing sahaja yang kedengaran perlahan. Beberapa ketika berada dalam keadaan begitu, akhirnya Lidya dapat keluar dari lif tersebut. Debaran hatinya memang tidak dapat digambarkan. Dia berasa takut. Takut dengan apa yang dilihatnya. Lelaki itu bagaikan ahli kongsi gelap. Pakaiannya serba hitam kecuali tali lehernya sahaja yang berwarna merah. Langkahnya diatur laju. Takut lelaki pelik itu akan mengekorinya. aLya! Tunggu! laung Adam. Dia menghalang Lidya dengan tubuhnya yang sasa. Lidya terhenti. Dia hanya menundukkan mukanya. Dia langsung tidak sangka sesi temu duganya yang

26 Ria Natsumi

kedua ini akan menemukan dirinya dengan Adam, orang yang pernah berada dekat di hatinya sebelum ini. Juga orang yang telah menghancurkan hatinya. Alya panggil Adam yang makin menghampiri Lidya. Ustaz Adam, tolong jaga tingkah laku awak, kata Lidya. Mukanya masih ditundukkan. Maaf, Alya.Adam mula menjarakkan dirinya. Jangan panggil nama itu lagi. Awak panggil aje saya Lidya. Adam tersentak mendengarnya. Terpancar wajah kecewa pada raut wajahnya. Lidya tidak mempedulikan reaksi yang ditunjukkan Adam. Dia masih berlagak selamba. Seolah-olah kekecewaan yang terpancar pada wajah Adam, tidak dilihatnya. BaiklahLidya, awak apa khabar? Khabar baik. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu, kata Lidya sambil berjalan. Dia tidak mahu lamalama di situ. Boleh tak kita berbincang sekejap? pinta Adam. Lidya hanya mengangguk. Namun langkah tetap diatur menuju ke tempat letak kereta. Adam hanya mengikut langkah kaki Lidya. Dia berhenti saat melihat Lidya sudah menyandarkan tubuh pada sisi kereta gadis itu. Suasana hening seketika. Masing-masing bagaikan mati kata untuk bersuara. Awak masih bencikan saya? soal Adam memecah suasana. Saya nak cakap satu perkara aje yang dah lama saya simpan dalam hati ni, kata Lidya sambil menunduk wajahnya. Dia menarik nafas dengan perlahan-lahan

Suamiku Vampire 27

untuk mengumpul sedikit kekuatan. Kenapa awak buat saya cemburu masa itu? Kalau awak suka dia, bagi tahu aje. SayaSaya akan cuba faham dan melepaskan awak untuk perempuan yang awak suka tu. Itu yang awak nak dan saya dah melakukannya, luah Lidya dengan mata yang sayu. Alya, tolong jangan cakap begitu. Adam masih memanggil dengan panggilan itu. Tidak mahu memanggil dengan panggilan Lidya. Terasa janggal di bibirnya untuk menyebut nama itu. Adam, tolong dengar! Saya tahu, saya dah melukakan hati awak. Tapi, teruk sangatkah saya ni? Saya tinggalkan awak pun sebab terpaksa. Kalau masa itu awak tak tuduh saya macam-macam, semua ini tak akan berakhir begini. Memang saya yang minta putus dengan awak walaupun sebenarnya saya sendiri tak sanggup. Kalau itu yang terbaik untuk awak, saya akan lakukan. Ya. Apa yang saya lihat sekarang, keputusan saya putus dengan awak adalah terbaik untuk diri awak. Saya gembira lihat awak bahagia. Saya gembira. Mata Lidya mula berair, tetapi dia cuba menahannya daripada terus membasahi pipinya. Adam hanya menunjukkan wajah bersalah. Dia tidak menyangka yang Lidya akan merasa seperti itu. Saya masih ingat lagi, kalau saya nak bergambar dengan awak, awak selalu mengelak. Awak selalu tak beri peluang pada saya. Tapi kalau budak perempuan lain yang nak bergambar awak, awak tak kisah. Awak boleh tersenyum gembira sebelah mereka. Dengan saya, awak jadi lain sangat. Saya sedih. Saya tahu, saya tak sempurna untuk awak. Setiap hari saya tunggu awak. Tapi awak tak pernah ada. Saya hanya hidup dengan bayang-bayang awak saja. Saya tak mampu nak

28 Ria Natsumi

reda dengan kepedihan hati ni untuk merelakan kepergian awak. Kenapa awak buat saya macam ni? Sekurang-kurangnya, cakaplah sesuatu. Saya nak tunggu awak lagi, tetapi saya dah putus asa, kata Lidya sambil membuka pintu keretanya. Adam terkejut. Kaku dengan apa yang didengarinya tadi. Saat dia sedar, Lidya sudah berada di dalam kereta dengan enjin yang sudah dihidupkan. Saya harap awak dah menemui kebahagiaan yang awak cari selama ini. Terima kasih kerana menjemput saya datang ke majlis perkahwinan awak. Saya pergi dulu. Assalamualaikum Lidya terus memecut keratnya. Akhirnya, air matanya gugur juga. Lidya menghampiri Umi Kalsom yang duduk di ruang tamu. Dilabuhkan duduknya di sebelah uminya. Umi,Alya setuju ajelah jadi guru tadika kawan umi tu. Walaupun Alya minat dalam bidang perniagaan, tapi rasanya bidang itu tak sesuai dengan penampilan Alyalah, kata Lidya dengan muka mencuka. Kenapa Alya? Umi Kalsom menggenggam tangan Lidya. Lidya melentokkan kepalanya di bahu uminya. Manja. Ada orang tegur pasal penampilan Alya. Rasa tercabar umi, tapi tak ada kekuatan nak melawan, jelas Lidya. Dia mendongak memandang Umi Kalsom. Tadi, semasa dia menunggu giliran untuk ditemu duga di syarikat yang pertama, dia ditergur oleh seorang perempuan yang penampilannya agak terkini mengikut fesyen-fesyen sekarang. Penampilan begini pun boleh menceburi bidang pemasaran? Ada hati betul

Suamiku Vampire 29

Masih terngiang-ngiang bicara itu di cuping telinga Lidya. Panas sahaja hatinya mendengar. Kenapa pula nak tegur? Sayang bukan buat salah? Kenapa? Wanita yang penampilan seperti Alya tak boleh menceburi bidang perniagaan ke? Alya jangan cepat putus asa. Kalau Alya minat, teruskan aje. Tapi kena niat yang betul. Bidang macam tu banyak dugaan dan cubaan.Alya kena bijak menghadapinya, kata Umi Kalsom lembut. Lidya mengangguk tanda faham. Lega sedikit apabila mendengar kata-kata uminya.

30 Ria Natsumi