Anda di halaman 1dari 32

1.

0 Pendahuluan Profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang murid yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan kepada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara dan seperti yang diharapkan oleh pemimpin negara iaitu
Membangunkan modal insan melalui program pendidikan berkualiti dan holistik untuk memperlengkapkan warga Malaysia bagi menghadapi dunia global, disusuli dengan kelahiran masyarakat kreatif dan inovatif yang menjadi komponen kepada warisan warga berfikiran dan berbudaya kelas pertama. Kita memerlukan barisan warga yang menguasai pengetahuan, ilmu, kemahiran dan maklumat (mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 2007)

Dasar Pembangunan Negara dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 2005) menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan melatih pendidikan. Langkah ini bertujuan produktiviti,

merancakkan

pertumbuhan,

profesional,

meningkatkan

memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada ICT.

Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan ICT dalam pendidikan amat dirasai kerana ICT telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua berada. Pengaruh dan kemajuan era ICT mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran ( selepas ini ditulis P & P). Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan komputer, internet, dan multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan. Bangsa yang maju adalah bangsa yang mementingkan perkembangan intelektual yang dirintis oleh kemajuan dunia pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumat berperanan untuk meluaskan 1

penyebaran

pemikiran

manusia

sebagai

agen

revolusi

sosial.

Tahun 2000 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya

penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan. Dalam hal ini profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauhmanakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan sepertimana yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara.

2.0 Cabaran : Kesediaan Guru Dalam Menghadapi Globalisasi Impak globalisasi dan pengantarabangsaan pendidikan ketika ini sudah mulai difahami dan pelan tindakan telah pun digubal untuk menangani isu dan cabaran yang bakal timbul. Perubahan corak dalam pendidikan dalam masa terdekat akibat daripada globalisasi, pengantarabangsaan dan perubahan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ini cukup mencabar bagi pendidikan di Malaysia. Berikutnya adalah cabaran-cabaran, peranan pendidikan serta persekitaran yang perlu dihadapi oleh pendidikan di Malaysia. Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu: 2

1.

Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing. Justeru itu, mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebih-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.

2.

Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastic kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu

menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu. 3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap

perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari". 4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang

memberikan sokongan iaitu dari segi: a) kewangan b) motivasi dan dorongan c) pengiktirafan d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah. 5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah 3

kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif. Hussien Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia. Masyarakat Malaysia sedang berdepan dengan pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Jati diri anak-anak remaja yang masih di bangku sekolah kini menjadi pertanyaan kerana terdapat petunjuk dimana asas-asas budaya, agama dan bangsa mulai longgar. Mereka semakin liar dan terikut-ikut akan gaya hidup dan amalan negatif kehidupan barat seperti pergaulan bebas dan berseronok-seronok sehingga lewat malam menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas keesokan hari. Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak remaja di landasan moral yang betul melalui pelaksanaan program-program pendidikan nilai di sekolah. Aspek yang diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru. Guru perlu menampilkan perwatakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Antara watak yang perlu diterampilkan supaya menjadi contohan pelajar ialah amanah, bersopan santun, berdedikasi serta taat kepada tuhan. Aktiviti

kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab, dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat kerjasama, berdikari dan semangat cinta akan negara serta membantu dalam pembentukan jati diri dan moral pelajar.

3.0 Definisi Konsep 3.1 Pendidikan Bertaraf Dunia Pendidikan bertaraf dunia bermaksud satu pencapaian yang tinggi atau yang setaraf dengannya di dunia, kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu pembangunan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhan ekonomi, pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial, pemodenan dan reformasi sosial

masyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan intelektual, pembangunan teknologi dan sains dan kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat. Pendidikan bertaraf dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Ianya juga adalah sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai tempat perkembangan ilmu ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif serta melahirkan tenaga pengajar yang mampu menguasai dan menggabungkan kemahirankemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. 3.2 Guru Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Guru adalah orang yang mengajar,

pendidik, pengajar dan pengasuh.Guru adalah orang yang penting dalam mengurus, mentadbir serta memimpin sekolah bagi mencapai matlamat sekolah. Asas kuasa guru adalah terletak pada kebolehannya bagi mempengaruhi pelajar membuat perubahan, memperbaiki ataupun memajukan sekolah ataupun warga sekolah. Guru dianggap insan yang terpilih yang didatangkan untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Pada masa ini, kaum guru bukan sahaja 5

memberikan ilmu kepada masyarakat malah menjadi panduan dan rujukan atau dengan kata erti yang lain guru adalah pendidik. 3.3. Pengajaran a) Menurut B. G. Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang

bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Beliau juga berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Misalnya, interaksi antara guru dengan pelajar dan di antara pelajar dengan pelajar. 3.4 Pembelajaran a) Pembelajaran pula ialah proses pemerolehan maklumat dan

pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa serta embelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. b) Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk

memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. 3.5 Pelaksanaan ICT Dalam Pendidikan a) Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware,

software, telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya software. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan pelaksanaan sebagai perihal, perbuatan atau proses melaksanakan sesuatu rancangan, manakala ICT pula adalah singkatan daripada Information and Communication Tecnology atau Melayunya Teknologi Maklmat dan Komunikasi. Teknologi membawa pengertian alat yang digunakan oleh manusia dan alat yang ada pada manusia iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran dalam ilmu tertentu untuk menyelesaikan masalah hidup. Maklumat merujuk kepada makluman, pemberitahuan, keterangan, butir-butir, dan pengetahuan. Komunikasi bererti perhubungan secara langsung atau dengan perantara surat, radio, telefon dan lain-lain komunikasi atau penghubung dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya. Pendidikan membawa erti perihal mendidik, 6

didikan, latihan, atau ajaran. Jadi maksud pelaksanaan ICT dalam pendidikan membawa maksud menggunakan ICT secara saintifik, terancang, dan bersesuaian demi meningkatkan pengajaran. ICT dalam pendidikan merujuk kepada penggunaan perkakasan dan perisian komputer yang diintegrasikan dengan multimedia dan internet yang diaplikasi dan digunakan secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan khususnya di sekolah. Multimedia merupakan pelbagai media yang digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai yang merangkumi teks, grafik, audio, video, dan animasi. Sehubungan dengan usaha Merapatkan Jurang Digital dan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan yang terkandung dalam PIPP, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai projek, antaranya: Projek Rintis Sekolah Bestari ; Projek Schoolnet dan MySchoolNet ; Makmal Pengkomputeran; TV Pendidikan (TVP); P & P Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ; Mata Pelajaran ICT diperkenalkan ; Latihan ICT untuk Guru; Projek Pengkomputeran Pengurusan. Kementerian Pelajaran (KPM) menyediakan infrastruktur, perkakasan dan perisian yang lengkap dan mencukupi serta latihan dan bimbingan kepada guru-guru untuk membolehkan ICT digunakan dalam P & P. KPM telah melengkapkan lagi kemudahan saluran komunikasi di sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar. kecekapan proses dan keberkesanan pembelajaran dan

4.0 Literature Review Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara.

Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi. Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat utnuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru. Sekolah bestari merupakan satu agenda pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya masa kini. Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya.Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskinmencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Pengubahsuaian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri. Di samping itu, ibubapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang aktif utnuk merealisasikan halatuju perubahan dalam sistem pendidikan negara. Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari."

Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia". Menurut Jurnal Multimedia dalam Pendidikan oleh Jamalludin Harun dan

Zaidatun Tasir Perkembangan dalam teknologi multimedia menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara

menyesuaikan maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang kuasa bagi sesuatu kawalan sesi pembelajaran. Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan

masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) adalah perlu. Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepada P & P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dansistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CDRom interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu persekitaran mediayang serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru dan pelajar (Ng Wai Kong, 1999). Teknologi bersepadu terkini mempunyai kelebihan

menggabungkan visual realistik dengan teks dan suara dan berupaya membenarkan pelajar menggunakannya dalam apa juga cara. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme.

Menurut Giam Kah How dalam Jurnal yang bertajuk Gaya Pembelajaran dan Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran daripada dapatan psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukannya sendiri. Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajari. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional. Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan

hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yangtidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICTmenyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja. Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P & P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P & P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Satu kajian ( Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatsai kelemahan pendidikan sains yang di ajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang

pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi. Penggabungan ICT dalam P & P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua 10

peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P & P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P & P kurang berkesan. Guru masa kini semakin berpengetahuan dan peka dengan persediaan menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Fisher (2003), di negara Barat peningkatan pengintegrasian ICT dalam bilik darjah amat

memberangsangkan sejak tiga puluh tahun yang lalu. Dalam era ICT yang berkembang hebat guru perlu memfokus dua bidang utama. Bidang pertama melibatkan pembelajaran menggunakan teknologi di mana guru didedahkan dengan pelbagai kemahiran bagaimana menggunakan ICT dari aspek pengurusan hal peribadi sehinggalah aspek profesional. Guru melalui proses pembelajaran mengenai ICT sama seperti mereka mempelajarinya di sekolah. Kecekapan ICT ini dikenali sebagai literasi ICT meliputi pengetahuan tentang konsep asas dan operasi ICT. Aspek yang terkandung dalam literasi ICT termasuklah konsep asas ICT, penggunaan komputer, pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, pengurusan fail, penghasilan dokumen, persembahan, serta informasi dan komunikasi (Norton & Wiburg 2003). Bidang yang kedua memfokus kepada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu bagaimana menggunakan ICT secara efektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Tahap Kesediaan Guru Menggunakan ICT dalam pengajaran guru didedahkan dengan pelbagai kaedah bagaimana ICT digunakan sebagai medium untuk mengakses maklumat daripada Internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demontrasi sesuatu kejadian, membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran seperti menghasilkan karangan, melakar gambar dan sebagainya (Maier & Warren 2002; Jonassen 2003). Parker (2008) dalam kajiannya mendapati pengajaran menggunakan ICT meningkatkan minat dan perhatian murid, menggalakkan maklum balas, menawarkan pengalaman pembelajaran intelektual, membantu perkembangan

11

literasi serta kemahiran pemikiran tahap tinggi dalam kalangan murid. Oleh yang demikian perubahan-perubahan pedagogi menggunakan ICT adalah perlu dalam usaha menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan (Mohd. Arif & Rosnaini 2002; Fauziah Ahmad 2006). Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan

masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimediadalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) adalah perlu. Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepada P & P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni. Peranti tambahan seperti CDRom interaktif, teknologi video dan digital telah menyediakan satu persekitaran mediayang serba boleh untuk keperluan dan reka bentuk guru dan pelajar (Ng Wai Kong, 1999). Teknologi bersepadu terkini mempunyai kelebihan

menggabungkan visual realistik dengan teks dan suara dan berupaya membenarkan pelajar menggunakannya dalam apa juga cara. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajari. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional. Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan

hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yangtidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan 12

ilmu

secara

aktif

selain

daripada

menerima

ilmu

secara

sehala

sahaja. & P

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P

memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P & P. Elemen yang penting dalam pengajaran dan mengintegrasi

teknologi ialah pemahaman

guru terhadap isi

implikasi berhubung

dengan teknologi.Satu kajian ( Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara komputer secara tradisional serta penglibatan guru dalam harus mengintegrasi untuk penggunaan

lebih produktif. Guru secara

kemahiran teknologi keberkesanan

dan peluang

pembelajaran

konstruktivis

melihat

penggunaan teknologi.Penggabungan ICT dalam P & P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secaratekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P & P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan.

5.0 LANGKAH-LANGKAH BERKESAN Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar sekolah. Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh 13

mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran. Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajaranya dengan bantuan bahan atau media. Perkembangan teknologi telah dapat

mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian. Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan mencatat di atas bahan yang bermula dengan daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas dan percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai satu rujukan disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, TV, filem, video, VCD, DVD dan perkembangan terakhir dengan ada teknologi maklumat seperti telesidang dan komputer terutamanya dalam bidang multimedia. Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap dunia hiburan tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat memberi kesan yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah mempelbagaikan strategi dan mempermantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokan dan menghiburkan. Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan

pelajar dalam proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan bersepadu. Pengajaran guru yang bersifat pembimbingan di sisi harus mempunyai ciri-ciri seperti berikut: berfokuskan pelbagai domain untuk membolehkan pelajar berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang tepat merentasi kurikulum Pencapaian pembelajaran (intended learning outcomes) dinyatakan secara eksplisit bagi membolehkan pelajar memperolehi akses kepada pembelajaran berkualiti dan pembelajaran berlaku secara self-paced merentasi tahun dan tingkatan Mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap sejajar dengan era 14

maklumat. Dalam hal ini guru haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan seperti: Pendekatan berfokuskan pelajar Pendekatan berfokuskan pembelajaran Pendekatan berpusatkan pemikiran Pendekatan berorientasikan proses

Ke arah mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari ilmu yang lebih bersifat: Pembelajaran terarah kendiri (self-directed) Bergerak pada kemampuan kendiri (self-paced) Pemerolehan resos secara akses kendiri (self-accessed) Dalam hal ini amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seharusnyalah tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan memberi jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja. Apa yang harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam sesutau pakej pembelajaran yang memerlukan analisis dan penyiasatan secara kolaboratif dan koperatif dalam menyelesaikannya, mengemukan soalan-soalan yang berkehendak lebih banyak berfikir dan menjanakan minda serta menggunakan banyak bahan dari sumber-sumber yang mudah didapati hasil dari perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan mencapai hasilan pembelajaran.

Pertama :

Mempelbagaikan strategi, teknik dan kaedah pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas.

Semasa pengajaran dan pembelajaran guru perlu mempelbagaikan strategi , teknik dan kaedah supaya pelajar dapat memahami dan menguasai tajuk yang diajar. Guru perlu bijak membuat pemilihan stretegi dan kaedah yang sesuai dengan tajuk dan kumpulan pelajar sebelum memulakan sessi pengajaran di kelas. Contoh strategi yang

15

sesuai dijalankan seperti pembelajaran konstruktif, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran masteri, belajar cara belajar, pembelajaran secara inkuiri, kalaboratif dan lain-lain lagi strategi yang sesuai.

Kedua :

Menggunakan ICT dengan berkesan.

Sebagai guru, kita perlu mengguasai dan menggunakan kemudahan ICT yang ada di sekolah dengan berkesan. Saya perlu membawa pelajar ke bilik makmal komputer untuk mengekses maklumat dengan menggunakan internet. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik kerana pelajar dapat membina sendiri maklumat dan ilmu pengetahuan melalui internet. Guru hanya bertindak sebagai fasalitator dengan memantau pelajar dan menerangkan beberapa maklumat yang tidak difahami oleh pelajar sahaja.

Ketiga:

Penggunaan bahan bantu mengajar yang efektif.

Saya perlu menggunakan bahan bantu mengajar dari pelbagai sumber seperti carta, laptop, CD, lembaran kerja, modul latih tubi dan sebagainya setiap kali pengajaran di kelas. Bahan bantu mengajar ini membantu pelajar menguasai pelajaran dan mengelakkan pelajar dari mengantuk ketika di kelas.

Keempat:

Mewujudkan iklim yang kondusif dalam kelas

Suasana kondusif di dalam kelas adalah antara faktor utama menarik minat pelajar terhadap pelajaran. Suasana yang kondusif bermaksud keadaan kelas yang selamat, bersih dan ceria. Sebelum memulakan kelas guru perlu memastikan kelas berada dalam keadaan selamat bersih dan ceria. Disamping itu juga guru perlu mewujudkan komunikasai yang berkesan seperti penyebaran maklumat dengan cepat, jelas dan mudah difahami oleh pelajar.

Kelima:

Mewujudkan budaya ilmu dan berfikir.

Ilmu adalah asas kecemerlangan bagi seorang guru. Justeru itu guru perlu meningkatkan ilmu dari semasa sesuai dengan kehendak pelajar dan peredaran zaman dengan menguasi ilmu teknlogi terkini selaras dengan kehendak PIPP. Penoroka ilmu 16

pendidikan tekini melalui pembacaan, seminar menghadiri kuliah, kursus "in hause traning" , Latihan Dalam Perkhidmatan dan lain-lain lagi. Guru juga perlu mewujudkan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti panitia melalui

perbincangan , mesyuarat dan kerja kumpulan. Tugas guru sebagai penyedia bahan-bahan proses pengajaran dan

pembelajaran, manakala multimedia interaktif dan peranan ICT adalah untuk meningkatkan keberkesanan persembahan pengajaran dan pembelajaran dan

meningkatkan minat para pelajar untuk menggunakan multimedia. Guru-guru harus melihat peranan mereka dalam mengimplementasikan ICT bukan hanya sebagai penyampai maklumat dalam bentuk multimedia tetapi juga menurunkan kuasa kepada murid-murid untuk menghasilkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran

sendiri dan meneroka maklumat dengan menggunakan ICT. Untuk kekal maju dalam pengintegrasian ICT ini, guru perlu ada inisiatif sendiri untuk mempelajari kemahiran-kemahiran mengintegrasikan ICT secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tahap ilmu dan kemahiran guru itu akan mempengaruhi minat dan keupayaannya untuk merubah amalan pengajaran dan pembelajaran sedia ada dan membawa amalan tersebut ke peringkat yang lebih berkualiti lagi. Pertama, penggunaan multimedia dalam pengajaran banyak membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Penggunaan teknologi ini membolehkan guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan kaedah tutorial. Kaedah tutorial ini boleh disampaikan guru, komputer atau bahan cetak. Dalam kaedah ini guru akan mempersembahkan maklumat, mengemukakan soalanatau masalah, meminta tindak balas daripada murid, menganalisis maklum balas, memberi maklum bals yang sesuai dan menyediakan latihan sehingga murid dapat menunjukkan suatu peringkat penguasaan yang telah ditetapkan. Kaedah ini nyata lebih mesra murid dan merupakan satu pembelajaran yang lebih interaktif bagi semua murid. Kedua, penggunaan teknologi dalam pendidikan juga boleh melibatkan guru menggunakan program powerpoints. Program power points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial, pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah. Pada 17

masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat pembelajaran menjadi pasif atau satu hala, malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan kata yang lain, power points boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan. Ketika membina bahan yang hendak digunakan, guru harus mempertimbangkan beberapa perkara iaitu: 1. mempunyai ciri media seperti animasi, visual, audio dan grafik yang dapat menarik minat murid secara spontan. 2. Boleh digunakan sebagai alat persembahan atau alat bantuan untuk interaksi. 3. Boleh digunakan untuk pelbagai kumpulan seperti untuk kumpulan yang besar (pengajaran dan pembelajaran), kumpulan kecil seperti kumpulan perbincangan atau individu. 4. Boleh kurang, panda, tambah atau bina slaid baru semasa persembahan dijalankan. 5. Mempunyai ciri grafik yang boleh menyediakan pelbagai graf dan carta. 6. Boleh menyediakan nota penyampai atau speaker note dibahagian bawah slaid yang diedit. Ini akan membantu penyampai untuk menjelaskan lagi isi utama. 7. Boleh menyediakan salinan utama untuk membuat bahan tayangan transperansi. Ketiga, guru juga boleh menggunakan teknologi dalam pendidikan untuk melaksanakan kaedah perbincangan. Kaedah ini melibatkan interaksi dua hala antara murid dengan murid atau murid dengan guru dalam proses pembelajaran. Kaedah ini berpusatkan kepada murid iaitu murid berbincang antara satu sama lain, berkongsi maklumat, memberi dan menerima pendapat untuk mendapatkan satu persetujuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. Dalam perbincangan, murid diberi peluang menggunakan prinsip, konsep dan prosedur yang telah mereka pelajari. Ini menggalakkan mereka menilai dan membuat keputusan. Perbincangan juga memberi maklumbalas secara pantas kepada guru tentang kebolehan dan kesediaan murid dalam pelajaran yang mereka ikuti. Perbincangan juga boleh dijadikan sebagai alat untuk mengukur atau menilai sesuatu pengetahuan, kemahiran dan sikap murid. Perbincangan boleh mengeratkan hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan menggalakkan 18

pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Dengan menggunakan kaedah ini, dapat memberi peluang kepada murid untuk menyelesaikan masalah, membina pengetahuan baru dan melatih murid berfikiran kritis, kreatif dan analitis, selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan pembelajaran lebih aktif dan bermakna serta boleh mengubah sikap dan perilaku murid. Keempat, penggunaan teknologi dalam pendidikan yang juga melibatkan penggunaan bahan animasi dan grafik. Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu untuk menghasilkan kelainan dalam program yang di sokong olehnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

6.0 Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Penguasaan saya terhadap kemahiran ICT dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap mata pelajaran yang saya ajar. Ini terbukti daripada perubahan sikap dan minat pelajar serta prestasi dalam peperiksaan. Kemahiran ICT yang saya miliki dapat meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran yang saya ajar dapat dikesan melalui :

A.

Mengubah Stail Pembelajaran Murid-Murid: Berlaku Pembelajaran Kendiri Dan Menggalakkan Pembelajaran Eksploratori (Penerokaan) Penggunaan ICT untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri dan

penerokaan. Ianya berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan sumbersumber maklumat yang lain. ICT juga dapat memberikan pengalaman, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomina secara simulasi serta melihat demonstrasi sesuatu kejadian. Melalui cara ini murid-murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Murid-murid mempunyai kebebasan dalam menggunakan kemudahan ICT berdasarkan kehendak mereka.

19

Berdasarkan tajuk-tajuk yang dipelajari dalam bilik darjah, saya memberikan beberapa alamat yang berkaitan yang boleh dilayari oleh murid melalui intenet. Dengan cara ini membolehkan murid-murid mencari dan mengakses sendiri maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet. Murid-murid akan mengumpul bahan-bahan ini, dan maklumat ini akan digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah. Bagi mata pelajaran peringkat sekolah rendah seperti Sains dan Bahasa Malaysia, saya membimbing dan menggalakkan murid-murid melayari laman web yang tersedia, antaranya portal Zoom A dan Skor A. Memuatkan antaranya koleksi soalan dan nota panduan . Murid-murid yang melayari laman web ini dapat menjawab terus soalan-soalan yang tersedia, mereka diminta untuk menjawab soalan yang

dikemukakan oleh komputer dan komputer akan menilai serta memberi maklum balas yang sesuai berdasarkan kepada jawapan yang diberikan. Mereka akan memperoleh maklum balas terhadap jawapan secara serta merta. Hal ini menimbulkan keseronokan sekaligus boleh memotivasikan murid dengan peneguhan positif yang diberi apabila murid memberikan jawapan. Aktiviti ini boleh dilakukan sendiri oleh murid saya sama ada di rumah atau di Pusat Akses Sekolah. Pembelajaran kendiri ini membolehkan murid saya mempunyai latihan yang secukupnya sebagai persediaan menghadapai peperiksaan. Manakala pembelajaran penerokaan menjadikan murid yang lebih pintar lebih berminat dengan isi kandungan yang lebih tinggi dan mencabar. Mereka mencari sendiri hasil-hasil penyelidikan supaya mereka boleh maju ke hadapan tanpa mengikuti dengan jemu rakan mereka yang kurang pintar. Hal ini memberikan keseronokan kepada murid-murid saya.

Kesimpulannya, ICT memudahkan pelajar meneroka ilmu-ilmu baru yang menjadikan proses P & P menjadi lebih menarik dan berkesan. Murid-murid saya dapat berfiki secara kritis, penyelesaian masalah, pengelaaman belajar yang autentik, pengetahuan yang dibina adalah melalui interaksi sosial. Murid-murid saya telah bertukar sikapnya daripada seorang yang pasif menjadi aktif semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. B. Memudah Dan Mempercepatkan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan atau nombor menimbulkan 20

masalah bagaimana untuk menerangkan bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami melalui penggunaan teks. Maka penggunaan multimedia dapat memudahkan pelajar memahami konsep yang abstrak dengan bantuan adunan elemen-elemen teks, audio,video, animasi, dan grafik. Ini menjadikan membolehkan sesuatu proses penerangan dilakukan dengan lebih mudah dan pantas. Contohnya dalam menghuraikan kesan pencemaran alam kepada hidupan dan manusia. Saya menayangkan rakaman video tentang punca-punca pencemaran dan gambar-gambar yang dirakam menggunakan kamera digital akibat daripada tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Pada akhir sesi pembelajaran saya dapati murid-murid saya dapat menguasai isi pelajaran dengan lebih cepat. Ini terbukti apabila murid-murid saya menulis karangan tentang kesan-kesan pencemaran alam terhadap manusia dan hidupan air. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan muzik dan video sebagai alat bantu membolehkan murid-murid saya lebih memberikan perhatian terhadap apa yang saya ajar. Murid-murid dapat menghayati isi pelajaran dengan lebih jelas. Saya juga menggunakan Microsoft Excel untuk merekod serta menggred markah setiap kali diadakan ujian dan peperiksaan. Markah ini dianalisis untuk melihat aspek kelemahan dan kekuatan pelajar. Aplikasi ini membolehkan saya membuat head count untuk setiap orang murid yang saya ajar. Hasil daripada analisis yang saya perolehi membolehkan saya menyediakan bahan atau soalan dengan memberikan perisian berbentuk latih tubi kepada pelajar yang lemah untuk tujuan pemulihan, memberikan perisian yang berbentuk tutorial kepada pelajar yang sederhana untuk tujuan pengukuhan dan memberikan perisian berbentuk exploratory kepada pelajar pintar untuk tujuan pengayaan. Pengajaran yang saya sampaikan lebih berkesan melalui media elektronik kerana pelajar dapat melihat sendiri apa yang diterangkan oleh saya dengan bantuan komputer. Kaedah ini membolehkan murid memahami dan menghayati situasi pembelajaran yang sebenar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu penekanan diberikan untuk menguasai empat kemahiran iaitu membaca, memahami, menulis, dan bertutur. 21

Bagi mengajar kemahiran bertutur, murid-murid mesti mempunyai idea dan pengetahuan yang luas. Bagi pelajar yang kurang membaca, masalah akan timbul kerana mereka tiada idea untuk bercakap. Dengan kemudahan ICT yang saya miliki, saya muat turun maklumat, gambar dan rakaman video dari internet. Saya juga menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dengan bantuan kamera digital masukkan gambar-gambar dan saya tayangkan kepada murid-murid menerusi projektor LCD. Murid-murid saya mendapat idea dan pengetahuan untuk bertutur dan menceritakan apa yang disaksinya dari awal hingga akhir dengan penuh keyakinan , ini menunjukkan proses pembelajaran yang berkesan telah berlaku. Penggunaan papan interaktif semasa mengajar membolehkan saya membuat pembetulan setiap kesalahan yang murid serta-merta. Murid membuat tugasan menggunakan papan interaktif, hasil tugasan mereka dipancarkan menerusi projektor LCD. Saya membuat penilaian terhadap hasil tugasan mereka dan membetulkan kesalahan mereka pada masa itu juga. Murid dapat mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan tugasan mereka. Hal ini dapat meningkatkan pemahaman murid, dalam masa yang sama saya dapat membetulkan kesalahan yang dilakukan serta merta. Jelaslah di sini, dengan menggunakan ICT telah dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid-murid saya terhadap mata pelajaran yang saya diajar. Proses pengajaran dan pengajaran menjadi lebih mudah dan lebih menarik. Hasilnya murid dapat menghasilkan tugasan yang sempurna. Hal ini dapat membantu memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerana penggunaan ICT dalam P & P telah memudahkan tugas guru dan murid menguasai pengajaran dan pembelajaran. C. Membentuk Jaringan Komunikasi Yang Efektif, Cepat Dan Mudah Melalui ICT pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan menarik. Penggunaan grafik, ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan dapat meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan pula penggunaan pelbagai media seperti audio, video dan animasi yang dinamik dapat meyampaikan maklumat dengan lebih efektif lagi bila diadunkan dengan teks dan grafik. Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. ICT membolehkan murid dan guru daripada 22

lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia. Hal ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan dalam kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Penilaian boleh dijalankan oleh guru secara individu dan kumpulan, perbincangan akan dibuat selepas hasil tugasan dibentangkan di dalam kelas. Hal ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi muridmurid. Interaksi saya dan murid dapat dipertingkatkan melalui ICT di mana saya dan murid berhubung terus melalui internet, e-mail atau berkunjung ke laman blog. Melalui internet murid dapat berhubung dengan sesiapa sahaja walau di mana berada kerana kadar caj yang dikenakan jauh lebih rendah dalam masa yang pantas teknologi. Teknologi multimedia membolehkan saya melihat wajah murid yang menghubungi saya pada paparan skrin komputer. Murid saya dapat berbual secara terus dengan saya menerusi skrin komputer. Murid-murid saya akan merujuk kepada saya apabila ada masalah yang berkaitan dengan pembelajaran dan pada masa mereka memerlukan nota dan bahan rujukan. Interaksi dan komunikasi sebegini juga memudahkan saya untuk memantau hasil kerja murid apabila mereka menge-melkan kepada saya. Muridmurid oleh bertanya secara terus dan saya pula akan menjawab dengan cepat Jelaslah di sini melalui ICT jalinan komunikasi yang mantap dapat dilakukan secara berkesan. Guru dapat membantu meningkatkan jalinan komunikasi antara guru dengan murid dan murid sesama murid. Murid dapat berkomunikasi dengan ramai orang di seluruh dunia hanya menerusi skrin komputer menggunakan hujung jari sahaja. Ini menggambarkan kemahiran ICT yang saya miliki telah dapat menumbuhkan inspirasi kepada murid-murid saya dan dapat meningkatkan komunikasi yang efektif, cepat dan mudah. D. Pengekalan informasi yang berkesan Multimedia digunakan sebagai perantara dalam sesebuah penyampaian atau pesembahan maklumat kepada para pelajar. Ia digunakan oleh individu yang mahukan kemudahan serta impak yang berkesan dalam persembahan maklumat mereka dengan sesebuah komputer peribadi yang lengkap dengan elemen multimedia dapat memberikan kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi serta video. Set 23

komputer yang dilengkapkan dengan multimedia telah diadaptasikan untuk memberi maklumat-maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada pengguna. Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75 peratus keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia Itu sendiri. Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian maklumat, maka saya tidak teragak-agak menggunakan ICT untuk membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan P&P dalam bilik darjah. Soalan-soalan yang melibatkan konsep dan isi pelajaran itu saya sediakan jawapan yang membolehkan murid-murid saya membuat penilaian secara sendiri. Bila murid dapat menjawab soalan dengan betul mereka akan berasa seronok dan ingin mencuba lagi. Cara ini membolehkan murid saya merasai pengalaman pembelajaran yang berbeza berdasarkan prestasinya di dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. Sebelum itu saya pastikan murid saya telah menguasai terlebih dahulu konsep atau isi pelajaran yang saya ajar sebelum saya benarkan mempelajari konsep atau isi pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Murid-murid saya boleh mengulang belajar sesuatu konsep atau isi pelajaran itu pada bila-bila masa atau seberapa banyak yang dia mahu. Ditambah pula dengan penggunaan multimedia yang menarik menyebabkan murid tidak merasa bosan untuk mengulangi mempelajarinya. Keadah ini telah

memperkuatkan lagi ingatan dan meningkatkan pemahaman serta minat pelajar terhadap apa yang dipelajari. Saya melayari laman-laman web yang berkaitan subjek yang saya ajar, kemudian maklumat tersebut saya simpan dalam CD-ROM seperti ensaikopedia, pangkalan data dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Bahan-bahan ini saya gunakan dalam bilik darjah dan pelajar boleh tayangkannya berulang kali. Hal ini dapat meningkatkan pemahaman murid saya terhadap apa yang saya sampaikan. Buktinya apabila saya meminta pelajar menyediakan penulisan karangan, saya dapati idea yang dikemukakan adalah menggambarkan kematangan dan penguasaan 24

pengetahuan pada tahap yang membanggakan. Ini menggambarkan ICT dapat meningkatkan pemahaman dan menguatkan ingatan murid-murid terhadap isi pelajaran Komputer menyediakan satu suasana yang seakan-akan serupa dengan keadaan yang sebenar di mana murid dibenarkan untuk berinteraksi dengan cara yang realistik. Cara ini memberi peluang kepada murid saya untuk mengubah sesuatu untuk melihat pembaharuan. Situasi begini membenarkan murid saya menguji dan mengemukakan idea baru yang terbaik dan seterusnya membuat kesimpulan. Perisian pendidikan seperti ini menggalakkan murid saya telah dapat meningkatkan kemahiran, mengekalkan maklumat yang diperolehi, serta memberi peluang kepada murid-murid saya melakukan penyelesaian masalah. Tegasnya saya nyatakan di sini bahawa, ICT telah dapat membantu meningkatkan pemahaman dan mengekalkan maklumat murid yang diperolehi melalui kaedah ulangan dan penerokaan. Teknologi maklumat telah memudahkan tugasan guru dan murid serta dapat membantu murid-murid mempertingkatkan daya ingatan. Apa yang didengar, dilihat dan dialami oleh murid lebih lama kekal dalam memori ditambah dengan penggunaan teknologi yang menarik dan interaktif. E. Menghasilkan Kerja Yang Berkualiti, Lengkap Dan Mantap ICT dikatakan sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran, di samping sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian aplikasi umum seperti

pemerosesan perkataan oleh pelajar dalam penghasilan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik akan menghasilkan plot graf. Pelbagai perisian aplikasi yang boleh dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan pembelajaran seperti Microsoft Word, Microsoft Excell, Microsoft Access, Microsoft Power Point, dan sebagainya. Pelajar boleh memilih mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan mereka. Penggunaan perisian aplikasi ini dapat membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran. Perisian aplikasi Microsoft Excell yang sesuai boleh digunakan untuk membantu murid membina graf-graf yang diperlukan. Manakala perisian Microsoft Powerpoint membolehkan murid membuat pembentangan hasil tugasan yang saya berikan sama ada 25 secara kumpulan atau individu.

Saya bimbing murid-murid saya untuk mendapatkan isi pelajaran, saya galakkan murid saya menggunakan perisian Microsoft Powerpoint atau memilih mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan mereka untuk menghasilkan tugasan. Penggunaan perisian aplikasi ini dapat membantu murid-murid melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menyiapkan tugasan yang saya berikan. Hasil kerja kumpulan dibentang oleh murid dengan aplikasi Microsoft Powerpoint. Hasilnya saya dapati murid-murid saya lebih bersemangat serta dapat menghasilkan satu kerjasama yang padu dalam kumpulan di samping menghasilkan satu persembahan yang amat menarik yang menggambarkan mereka betul-betul faham dengan apa yang dipelajari pada sepanjang proses P & P berlaku itu. Menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar dapat meningkatkan semangat atau motivasi pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Aplikasi multimedia yang melibatkan pelbagai jenis media yang menarik dan dinamik dapat meningkatkan minat seseorang pelajar terhadap bahan pembelajaran yang disediakan. Selain itu penggunaan ICT dan multimedia daapt mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang pelajar untuk terus belajar. Apa yang penting sebagai guru, saya mestilah terus belajar dan memahirkan diri dengan pelbagai kemahiran ICT supaya menjadi lebih inovatif, efektif dan berinformasi dalam mendidik anak bangsa. Kelainan dalam paparan maklumat dapat

membangkitkan minat dan motivasi murid untuk terus mendalami ilmu pengetahuan atau maklumat yang tentang mata pelajaran yang diminati. Apabila minat dan motivasi pelajar sudah dirangsang, proses pembelajaran seterusnya lebih mudah dilaksanakan. P & P menggunakan ICT dan multimedia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Saya juga mendapati penggunaan ICT membolehkan murid-murid menghasilkan segala penciptaan dan menyelesaikan kerja yang rumit. Melalui penggunaan ICT murid dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan murid yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.Kaedah pembelajaran begini amat menarik dan hasil dari pemerhatian dan penilaian saya terhadap mutu tugasan, 26

saya dapati murid-murid saya telah berjaya menghasilkan tugasan yang berkualiti, lengkap dan mantap. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan denganpengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

27

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologiteknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan 28

persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.

7.0 Rumusan Kesimpulannya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anakanak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. ICT dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan

kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan perkembangan kualiti pendidikan. dunia ICT yang menjadi menjadi pemangkin impian kepada Malaysia.

pendidikan

bertaraf

Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid, malah guru-guru menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan murid. Teknologi perlu dilihat sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana sekalipun teknologi boleh mencorakkan pembelajaran. Pembelajaran memerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan guru terhadap murid. Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk membimbing, mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak ambil alih oleh 29

teknologi.dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu dan membimbing murid-murid serta membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada murid-murid seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan ICT sebagai medium paling berkesan ke arah merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan untuk

memperkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia glokal berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

30

8.0 Bibliografi Abdul Manaf Bohari. (2006). ICT dari Perspektif Profesional Isu-isu Pengurusan Organisasi. PJ : Pearson Prentice Hall. Abdul Rahim bin Abdul Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek Dan Cabaran. Kuala Lumpur : DBP Bahan Bacaan Kursus Penilaian Tahap Kecekapan. (2004). Institut Aminudin Baki : Genting Highland. Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi dan Hasnan Hakim, Dasar Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan, Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 1 2 September 2001 Hasan Mohd Ali. 1996. Strategi Belajar Yang Berkesan. Kula Lumpur: Utusan Publication & Distrubutors Sdn Bhd Hussein Hj. Ahmad. (2001). Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Iliyas Haji Hashim, (2002). Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum Sekolah Abad Ke-21: Pemikiran Dalam Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah : Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial. Jamalludin Harun, Dr. Zaidatun Tasir.(2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. Jamalludin bin Harun dan Zaidatun bt.Tahir. (2005). Multimedia Konsep dan Praktis. Venton Publishing. Kamus Dewan Edisi Ke-4,DBP KL, 2007 Kertas Kerja Seminar Sekolah Efektif, 14-16 Nov 1996 di Institut Aminuddin Baki: Mewujudkan dan Mengekalkan Keberkesanan Institusi Pendidikan. Marimuthu. T (1990). "Pengenalan Sosialogi Pendidikan." Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (1996). "Pendidikan Di Malaysia." Kuala Lumpur : Kumpulan Othman Alhabshi, (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan UNITAR.

31

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Edisi Pelancaran PIPP 2006 Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001,Putrajaya Razak Ibrahim dan Wan Norazlin Yusuf. (2005). Siri Perspektif Minda Sekolah Bestari dan ICT. Seri Kembangan : Cemerlang Publications Sdn. Bhd. Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan.Cetakan ke 3, 2008.Batu Caves. PTS Pub. & Distributors Sdn. Bhd. Tajul Ariffin Mohd. Noordin & Nor Aini Dan (1992). Pendidikan dan wawasan 2020. Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd. Tajul Ariffin Mohd Noordin & Nor Aini Dan (2002). Pendidikan pembangunan manusia. Bangi: As Syabab Media. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1993). Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

32