Anda di halaman 1dari 7

PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM 3105

Maklumbalas.

Proses maklumbalas. Dari beberapa kajian, didapati bahawa adalah munasabah untuk membandingkan organisma manusia dengan komputer. Ini adalah kerana kedua-duanya menjalankan fungsi menerima data atau maklumat dari sumber-sumber yang berlainan melalui perlbagai organ. Kemudian data-data itu akan direkod, disimpan dan diinterpretasikan. Data yang disimpan dan yang telah diinterpretasikan bersama data tambahan yang diterima akan digunakan untuk menggerak atau menyebabkan berlakunya tingkahlaku yang akan mempengaruhi dan memberi panduan kepada semua kegiatan organan. Data-data yang sedang dimasukkan akan menjalankan fungsi membuat pembetulan atau pengubahsuaian ke atas tingkahlaku dan pemikiran manusia. Proses menerima data, memuat interpretasi dan menyebabkan pengubahsuaian ke atas tingkahlaku ini dikenali sebagai maklumbalas atau feedback.

Rajah 4.1

: putaran persepsi motor.

PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM 3105

Dalam proses maklumbalas ini, sebarang pergerakan sukarela bermula dengan persepsi di mana objek atau peristiwa dikaitkan dengan yang lepas dan direkodkan di dalam otak. Apabila berbagai-bagai jenis pergerakan berlaku, kedua-dua tindakan pantulan dan sukarela saraf dirangsang akan membesar, mengembang dan membuat perhubungan yang baru. Apbila jalan baru itu ditamatkan maklumbalas bertambah dari organ penerima deria (reseptor) kepada sistem saraf pusat. Ini akan mendorong kepada berbagai-bagai pergerakan yang lebih rumit yang dapat merangsakan penerima deria dan sistem saraf. Maklumbalas ini akan berlaku dan ia merupakan satu motivasi mendorong individu melakukan proses persepsi selanjutnya seperti yang digambarkan pada rajah. Mekanisma maklum balas ini adalah sesuai untuk menyempurnakan kemahiran motor dalam pendidikan jasmani supaya seseorang itu dapat memperoleh maklumat teknik kemahiran untuk melengkapkan tindakannya. Dengan kata lain , untuk memperoleh kemahiran, seorang individu mesti berupaya membandingkan pendapaian atau

tingkahlakunya dengan satu matlamat yang khusus yang telah ditetapkan supaya dia dapat memajukan dirinya dalam proses pencapaian matlamat itu. Maklumbalas dapat dihasilkan dalamdua bentuk maklumat, iaitu satu dikenali sebagai pengetahuan prestasi (KP) dan satu lagi sebagai pengetahuan keputusan (KR). Mengikut Bourne, maklum balas merupakan sejenis isyarat yang menunjukkan

kebetulan,ketepatan dan kesesuaian sesuatu tindakan semasa dan selepas tindakan itu berlaku. Ia cuba memberi petunjuk mengenai pencapaian sesuatu tindakan atau tingkah laku yang telah berlaku. Contohnya, andaikan seseorang pemain tennis cuba membuat servis. Setelah reketnya menyentuh bola pemain tersebut dengan serta merta menerima maklumat dari pancaindera mata mengenai kebetulan dari tindakan pukulan servis itu (iaitu sama ada bola itu terjatuh dalam gelanggang atau tidak), jenis maklumat ini dikenali sebagai pengetahuan keputusan (KR). Disamping itu, jurulatih pemain tersebut mungkin sedang memerhatikan latihan yang sedang dijalankan dan mungkin akan membekalkan maklumat mengenai teknik-teknik yang betul untuk melakukan tindakan servis itu, jurulatih itu mungkin akan menyatakan bahawa anda telah membengkokkan tangan semasa memukul bola ini merupakan pengetahuan yang kritikal (KP) untuk tujuan memajukan kemahiran pemainpemain.

PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM 3105

Apabila maklumat yang diterima timbul akibat daripada tindakan semula jadi pergerakan ia dikenali sebagai maklumbalas intrinsik. Dalam contoh permainan tennis tadi pemain tersebut menerima maklumat daripada pandangan mengenai kejayaan untuk memperlakukan pergerakan servis. Ini adalah maklumbalas intrinsik tambahan lagi rasa meregangkan otot dan semasa suara reket memukul bola semua ini juga merupakan maklumbalas intrinsik. Maklumat yang diperolehi pada masa perlakuan itu dilakukan atau bukan setelah perlakuan itu dikenali sebagai maklumbalas augmented. Contohnya apabila jurulatih mengatakan bahawa anda telah membengkokkan lengan semasa memukul bola. Ini merupakan maklumat dari sumber luar dan dikenali sebagai maklumbalas augmented. Contoh lain termasuk maklumat yang diterima dari pemerhatian ke pita video yang menunjukkan cara tindakan servis itu diperlukan atau pun menggunakan alat mekanikal untuk mengukur kelajuan bola. Satu cara lagi untuk mengkategorikan jenis maklumbalas ialah dengan merujuk kepada cara bagaimana maklumat itu diterima. Jika maklumat diterima melalui penerima kinestetik badan, jenis maklumabalas ini dirujuk sebagai maklum balas dalaman (internal). Jika maklumbalas ini diterima melalui pancaindera luar seperti mata, telinga atau hidung, jenis maklumbalas ini dirujuk sebagai maklumbalas luaran external. Contohnya, apabila melakukan tindakan servis dalam permainan tennis atau pukulan golf pemain sedar akan kelajuan reket atau club tanpa melihatnya. Ini merupakan kinestetik atau maklumbalas dalaman. Sementara itu, kita menerima maklumbalas luaran mengenai pukulan golf dari penglihatan kita sama ada bola itu dicengkuk, dihiris, atau pun tidak kena langsung. Adalah sukar untuk memperolehi maklumbalas khasnya maklumbalas dalaman. Ini adalah kebanyakkan aktiviti kelihatan kekok kepada ramai pemain yang pertama kali bermain sesuatu permainan. Oleh itu, tidak sesuai kepada mereka bergantung kepada maklumabalas yang berasaskan kepada rasa apabila membuat analisis mengenai sesuatu kesalahan. Sebaliknya, adalah munasabah untuk pemain-pemain ini bergantung kepada maklumbalas luaran hasil daripada penglihatan atau penilaian orang yang lebih berpengalaman.

PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM 3105

Maklumbalas yang diberi perlulah lebih khusus. Komen seperti ini adalah baik tidak sebenarnya membekalkan apa-apa penerangan yang berguna. Jika seseorang jurulatih mengatakan bahawa kamu memukul bola terlalu kuat akan menyedarkan pemain berkenaan bahawa bola yang dipukul kuat itu akan terjatuh diluar gelanggang. Di samping itu, maklumbalas yang dibekalkan haruslah kritikal, analitikal dan konstruktif itu boleh digunakan sebagai perangsang untuk meneguhkan tingkahlaku positif dalam proses pembelajaran. Tidak dapat dinafikan bahawa maklumabalas adalah unsur yang sesuai untuk memajukan kemahiran. Penangguhan dalam penyaluran maklumbalas akan menyebabkan pemerolehan kemahiran. Apabila kita mengadakan latihan, kita biasanya melakukan sesuatu kemahiran dengan menerima dan memproses maklumbalas yang diperolehi dengan tujuan membetulkan kesalahan teknik kemahiran tadi. Jika kita tidak menerima maklumbalas yang perlu dan sesuai apa kan berlaku kepada tindakan seterusnya? Ada kemungkinan bahawa kita akan mengulangi keslaah teknik tadi. Hal ini akan

menjahanamkan proses pembelajaran dan pencapaian.

Untuk mendapatkan kesan

pembelajran yang lebih efektif, adalah munasabah untuk membekalkan atau menyalurkan maklumbalas denegan serta merta atau memberi penilaian secepat mungkin selepas sesuatu permainan atau tindakan dilakukan. Sejauhmana maklumbalas itu disalurkan adalah susah ditetapkan kerana terdapat unsur-unsur yang rumit dalam proses pengajaran dan pembelajran. Tetapi secara amnyam, seseorang guru pendidikan jasmani haruslah membekalkan maklumbalas yang cepat dan spesifik. Dengaa kata lain, murid-murid pada mulanya harus diajar atau diberi pengalaman pendidikan jasmani untuk memahami prinsi-prinsip supaya berdasarkan pengetahuan keputusan dan pengetahuan prestasi, mereka dapat membuat pembetulan dan memajukan kemahiran mereka berasaskan kepada maklumbalas-maklumbalas ini.

PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM 3105

Aplikasi maklumbalas Maklumbalas menyediakan maklumat, motivasi dan peneguahan dalam pembelajran kemahiran motor. Telah dibuktikan bahawa maklumbalas atau mengetahui tentang keputusan kepadatan penerimaan kebetulan atau ketepatan pelaksanaan positif kemahiran motor akan memudahkan latihan, pembelajaran dan perlakuan kemahiran. Pembelajaran kemahiran motor memerlukan pendirian atau siri tingkahlaku yang berturut-turut. Setiap percubaan latihan baru biasanya dilakukan dalam konteks pengalaman lalu. Maklumbalas merupakan maklumat yang murid perolehi daripada perlakuan

kemahiran motor yang kemudiannya membolehkan murid mendapat hasil daripada setiap pengalaman berlatih. Dengan itu, maklumblas adalah komponen yang perlu dan mesti dalam pembelajaran dan perlakuan kemahiran motor khasnya dalam pringkat awal pembelajaran. Tambahan pula, kualiti, persediaan dan keberkesanan penggunaan maklumbalas secara langsung akan mempengaruhi potensi untuk perlakuan kemahiran motor yang optimum. Sumber yang paling penting dalam pemberian maklumat ini adalah guru, jurulatih atau ornag yang bertanggung jawab untuk membina dan memudahkan keadaan persekitaran pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah memastikan bahawa persekitaran pembelajaran khasnya kemudahan, kelengkapan atau pun tempat permainan dapat menyediakan maklumat-maklumat maklumbalas kepada murid-murid semasa latihan kemahiran motor. Menurut herknowitz kita amat jarang menyerbu ke tempat permainan dengan ideaidea yang memimpin kanak-kanak atau murid-murid memberi maklumbalas yang dapat menambah kemahiran mereka. Begitu juga kuasa agen-agen bukan lisan yang dapat digabungkan dengan penggunaan alat-alat termasuk tempat permainan juga tidak dipelajari. Adalah wajar lampu, perakam waktu, hon, loceng, pewarna dan pergerakan akan menyediakan kuasa peneguhan yang berpotensi untuk perlakuan yang diingini.

PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM 3105

Idea seterusnya adalah untuk sasaran buangan yang merupakan contoh seseorang guru membuat peruntukan dalam persekitaran latihan supaya murid-murid menerima maklumat perlakuan mereka dalam kemahiran mereka. Tambahan pula, dalam

membekalkan maklumat maklumbalas idea dua sasaran itu menyediakan murid dengan motivasi ekstrinsik, di mana ia akan merangsang keinginan murid untuk meneruskan latihan. Selalunya garis panduan am ini diketepikan atau dikecualikan, akibatnya nilai masa latihan itu dibazirkan sahaja. Guru memainkan peranan penting memudahkan pelaksanaan dan pembelajaran kemahiran motor. Oleh yang demikian, guru patut la membuat perancangan sebelum pengajaran supaya dapat menjamin sesi latihan yang bermakna melalui peruntukan untuk tujuan kemajuan atau perkembangan dan maklumbalas. Murid yang memberi maklumbalas pertamanya, mendirikan satu titik tujuan utnuk perlakuan yang betul supaya setiap perlakuan itu boleh dibanding dengan corak yang diingini. Biasanya ini dilakukan melalui demonstrasi gambar, tayangan gambar, gulungan filem dan sebagainya. Hari ini merupakan perakam video dapat digunkan untuk menayangkan gerakan pendidikan jasmani dan ianya menyediakan satu sumber yang cepat lagi baik untuk mempercepatkan kesan maklumbalas dna penilaian diri.

PERKEMBANGAN & PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR PJM 3105

Kepentingan maklumbalas Kemajuan seseorang murid adalah disebabkan oleh ujian dan galakkan daripada pihak-pihak lain seperti guru dan ibu bapa. Pendekatan positif seperti ini lebih bermakna kepada mereka dibanding dengan komen yang negatif. Maklumbalas begini juga akan meningkatkan keyakinan diri kepada murid yang berkenaan atau sekurang-kurangnya memberikan kekuatan kepadanya untuk menghadapi kehidupannya. Galakkan boleh menolong murid mencapai kemajuan asalkan galakkan itu tidak disalah tafsirkan. Galakkan juga dapat menolong mengatasi kebimbangan terhadap kegagalan. Pujian yang diberi mestilah ikhlas dan bukan sekadar meluah pujian. Maklumbalas dalam bentuk perlakuan murid dalam aktiviti-aktivitinya juga

merupakan nilai yang penting. Selepas sesuatu tempoh latihan kemahiran, guru boleh memberikan kritik-kritik kepada murid dan membincangkan titik tekanan yang harus diberi atas kemahiran. Ini boleh berdasarkan soalan seperti apakah perkara-perkara penting yang perlu kita ingat untuk mencapai kemahiran ini? Ujian pencapaian dapat mengukur kemajuan murid khasnya bagi mereka dalam tingkatan atasan. Ujian diri akan diberikan murid satu maklumbalas mengenai dirinya tanpa perbandingan dengan rakan-rakan yang lain. Ujian yang disediakan oleh guru, hendaklah bertujuan menghasilkan sesuatu yang positif daripada murid selain daripada sebagai memenuhi proses pengajar pembelajar. Pengetahuan tentang kejayaan merupakan motivasi untuk mencapai tujuan pengetahuan dalam tujuan yang diingini itu tidak dicapai jika tanpa penyusunan semula usaha-usaha pembelajaran. Prinsip-prinsip maklumbalas yang serta merta ini memberitahu murid bahawa dia telah mencapai tujuannya. Oleh itu, mutid dikatakan telah berjaya mengikuti ujian yang telah diberikan oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai