Anda di halaman 1dari 12

Watak-watak:Rohani: mahsuri Reldwan: wan derus (suami mahsuri) Tleray: datuk pekermajaya (pembesar langkawi) Nur syahirah: wan

mahura (kakak datuk pekermajaya) Nur hijjah syazalina: wan waslihah (menantu datuk pekermajaya) Sharifah mariani: deramang (penyajak yang bermusafir) Nur afiqah: cik alang (ibu mahsuri)

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang telah datang dari Kampung Kemala,Phuket, Thailand ataupun dahulunya dikenali dengan nama (Siam). Mereka berhijrah ke Langkawi untuk mengubah keadaan hidup mereka bagi menjadi lebih baik. Pada masa itu pasangan suami isteri ini berkerja sebagai petani..Lama kelamaan rezeki mereka semakin murah hinggakan mereka telah mampu membeli tanah dari masyarakat setempat. Diceritakan juga oleh orang lama-lama di Langkawi bahawa keluarga Pandak Mayah ini telah menjalankan perniagaan kemenyan serta sarang burung. Ini telah melipat kali gandakan lagi rezeki mereka sekeluarga sehingga mereka ini menjadi salah satu keluarga yang berada di Langkawi.

Pandak Mayah boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.

Apabila rezeki mereka sudah melimpah ruah, maka atas kuasa Tuhan dikurniakan pula keluarga Pandak Mayah ini seorang cahaya mata perempuan. Pandak Mayah telah menamakan bayi perempuan itu dengan nama Mahsuri. Sesetengah sumber memberitahu bahawa Mahsuri juga turut dikenali dengan nama timangannya iaitu Siti. Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tata susila oleh kedua orang tuanya. Sejak zaman kanak-kanak lagi Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri luar biasa dimana dia tidak seperti kanak-kanak yang lain. Mahsuri sering menonjol dikalangan rakan sepermainannya kerana dikatakan dia sering memakai pakaian berwarna hitam, ini adalah warna kegemarannya, disamping itu,dari segi paras rupanya yang tak jemu mata memandang, dari segi tutur katanya dan tingkah lakunya yang penuh sopan santun cukup melambangkan betapa

tingginya budi pekerti dan akhlak Mahsuri. Sehinggalah meningkat dewasa, ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan,serta hati budi yang yang sangat baik. Sehinggakan menjadi buah mulut seluruh penduduk Langkawi dan akhirnya sampailah ke telinga Wan Yahya turut dikenali dengan nama Dato Pekermajaya. Dia adalah wakil sultan untuk memerintah Langkawi pada masa tersebut. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, iaitu adik kepada pembesar di Langkawi, Datuk mualam syah dan Wan kembang.

Tidak lama selepas perkahwinan mereka pandak mayah telah meninggal dunia. Tinggallah mahsuri bersama-sama suami dan isterinya.

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibunya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyajak kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau pemusafir) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan sajak dan dendang. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak datuk pekerma jaya sebagai kakak pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang. Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato Pekermajaya setelah termakan hasutan kakaknya. Sebenarnya dia juga berdendam dengan mahsuri kerana pernah menolak pinangannya dahulu. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus. Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.

Skrip pementasan mahsuri:


Tleray: mahsuri yg cantik lagi jelita. Mahukah engkau menjadi isteri kedua ku? Akan ku janjikan kau emas intan dan permata. Tidakkan engkau akan mengeluarkan setitikpun peluh jika kau menikahi ku. Bersetujulah wahai mahsuri. Rohani: maaf datuk pekerma jaya, aku sudahpun menjadi tunang orang. Aku akan menikahi wan derus adik pembesar langkawi kita. Tleray: adakah kau mencintai si wan derus itu? Muka pun sudah macam samseng tahi minyak. Jijik aku melihat mukanya. Apakah muka seperti itu yang engkau inginkan? Sungguhpun aku sudah berumur 45 tahun ternyata aku lagi kacak dan tampan jika dibandingkan dengan si derus itu. Rohani: sudah datuk pekerma jaya! Sudah! Tutup mulutmu daripada mencaci bakal suamiku. Ternyata mulutmu sungguh busuk. Lebih busuk daripada bau ikan semperit. Dasar orang tua Bangka tidak sedarkan diri. Wan derus lagi gagah dan perkasa jika dibandingkan dengan datuk. Sungguhpun dia kurus kerempeng tetapi dia mampu menewaskan jin di gunung ledang. Jangan datuk cuba untuk meracuni fikiran saya dengan harta kekayaan datuk itu. Sedikit pun aku tidak tergoda. Tleray: baiklah mahsuri. Aku akan membalas dendam. Kau tunggu pembalasanku. Hahaha. Sesungguhnya, kusangkakan engkau bijak serupa dengan muka mu yang cantik. Rupanya. Akal mu sangat cetek. Tidak kah dapat kau beza yang mana kaca yang mana permata? Sudah lah mahsuri. Aku ingin pulang dahulu. Sampaikan salam ku kepada ibu mu.

***************************************************************************

Afiqah: mahsuri, apakah yang engkau bualkan dengan datuk pekerma jaya itu? Rohani: tiada apa-apa ibu. Afiqah: jangan lah engkau cuba untuk membohongi ibu. Ibu kenal dengan anak ibu. Apakah yang mengganggu fikiran mu nak? Rohani: tadi, datuk pekerma jaya berkunjung kerumah ibu, dia ingin menyunting mahsuri untuk menjadi isteri keduanya. Afiqah: jadi, adakah kamu bersetuju?

Rohani: tidak ingin mahsuri menerima si tua Bangka itu untuk menjadi suami mahsuri. Mahsuri sudah mempunyai kekanda wan derus ibu. Afiqah: iya, ibu sdah lupa bulan hadapan kamu akan bernikah dengan si wan derus itu pula. Haih. Ibu ini makin tua makin nyanyuk pula. Rohani: jangan lah ibu berkata seperti itu, sesungguhnya ibu masih cantik jelita seperti puteri gunung santubong ibu. Afiqah: ah. Sudahlah mahsuri, janganlah engkau ingin menyedapkan hati ibu sahaja. Rohani: itu kerana mahsuri sayang akan ibu. Afiqah: ibu juga menyayangi mu nak. ***************************************************************************

Kahwin sudah..
Reldwan: adindaku. Oh adindaku. Dimanakah gerangan adinda? Rohani: iya kekanda derus, adinda di sini. Di dapur sedang memasak. Reldwan: rajin sungguh adinda ini. Makin sayang kekanda dengan adinda. Adinda masak apa itu? Rohani: adinda masak spageti carbonara, kekanda. Iya, adinda juga makin sayang dengan kekanda. Kekanda rajin bekerja orangnya. Tiap hari bertungkus lumus untuk menyara adinda. Adinda sangat terharu kekanda. Reldwan: kekanda ingin memberitahu sesuatu kepada adinda. Kekanda harap adinda dapat memberikan pendapat kepada kekanda. Rohani: apakah yang ingin kekanda sampaikan? Reldwan: kekanda mualamsyah ingin menghantar kekanda ke siam untuk menjadi jeneral perang disana. Kekanda akan pergi selama 3 bulan. Apakah pendapat adinda? Rohani: kalau begitu mengapa tidak kekanda pergi sahaja. Tolong rakyat-rakyat kita di sana. Mereka memerlukan seorang jeneral yang berkaliber. Kekanda adalah calon yang paling sesuai. Pergilah kekanda. Adinda akan baik-baik sahaja di sini. Ibu kan ada untuk menolong adinda. Janganlah kekanda khuatirkan keadaan adinda. Reldwan: jika sudah begitu adinda berkata, maka kekanda akan bertolak lusa. Rohani: kekanda berhati-hati sahaja di Negara orang ya kekanda. Jangan lupa makan. Nanti kekanda sakit.

Reldwan: kekanda sangat bahagia kerana mempunyai isteri seperti adinda ini. Adinda sangat berfikiran terbuka. Rohani: iya, adinda juga sangat beruntung kerana mempunyai seorang suami yang sangat baik hati dan berani.

***************************************************************************

Deramang: syukran cik alang dan mahsuri kerana memebenarkan saya untuk tinggal di rumah ini sementara saya mendapatkan wang untuk membeli rumah di langkawi ini. Mahsuri: tidak mengapa deramang. Aku memang suka jikalau engkau tinggal di rumah ini. Sekurang-kurangnya ada jua yang menemankan aku dan ibu. Kau juga ku dengar adalah seorang penyajak dan penyair yang mahsyur. Bolehkah engkau bersajak dan menyanyikan syair kepada ku selama engkau berada disini? Cik alang: benar kata mahsuri itu deramang. Aku ini juga sudah tua kerepot. Semakin hari semakin nyanyuk. Bolehlah kau menolong kami berdua di rumah ini kerana wan derus, suami si mahsuri ini sekarang berada di siam. Hendak membantu orang berperang katanya. Deramang: jikalau begitu, hamba berasa sangat berbesar hati di atas tawaran ini. Akan ku buat satu sajak mengenai mahsuri yang cantik lagi jelita ini. Mahsuri: ah, kau ini deramang. Ada-ada sahaja. Hihihi. Aku sama sahaja seperti perempuan lain di negeri ini. Tiada yang istimewa tentang diri ku. Cik alang: kamu berdua berbual-bual la dahulu. Aku ingin memasak di dapur. tiada yang akan kita santap pada waktu malam nanti. Deramang: ah, cik alang buat susah-susah sahaja. Jikalau ada yang boleh ku bantu nyatakan sahaja kepada ku. Jangan cik alang malu dan bersegan diri. Cik alang: baik lah deramang. Aku mengundur diri dahulu. Mahsuri: kau ini berasal dari mana sebenarnya deramang? Deramang: sebenarnya hamba ini berasal dari negeri pinang sebatang. Mahsuri: eh, jikalau aku tidak silap disanalah berkumpulnya semua pendekar-pendekar handalan. Benarkah apa yang kudengari itu? Deramang: memang benarlah apa yang mahsuri dengar itu. Tapi, hamba ini tidak suka akan keganasan. Lalu jadilah hamba seorang penyajak dan penyair.

Mahsuri: hari sudah hamper senja, aku ingin pergi ke rumah jiran sekejap. Engkau berehatlah ya deramang. Aku berterima kasih kerana engkau sanggup menceritakan pengalaman hidup mu, deramang. Deramang: iyalah, aku jugs ingin merehatkan diri. Seharian aku berjalan keliling kampong. Penat sungguh rasanya. Kau jaga sahaja diri mu. Kau itu cantik lagi jelita. Silap-silap haribulan nanti kau kena culik oleh samseng-samseng tahi minyak di hujung kampong itu. Mahsuri: usahlah kau risaukan diriku. Tahulah aku menjaga diriku ini. Kau tengok-tengokkan ibu sekali ya. Deramang: baiklah

***************************************************************************

Wan mahora: waslihah, kau ada dengarkah pasal cerita si deramang itu? Yang dia tinggal di rumah si mahsuri? Wan waslihah: ada, mengada-ngada sungguh si mahsuri itu. Sudah bersuami pun masih ingin menggatal dengan lelaki lain. Wan mahora: sudahlah hari itu dia ingin menggoda kekanda pekerma jaya. Sekarang ingin menggoda si deramang lagi. Dasar perempuan tidak tahu malu sungguh si mahsuri itu. Wan waslihah: mentang-mentang dia mempunyai rupa paras yang cantik. Apa dia fikir dia boleh menundukkan semua lelaki. Dia lupa ashwariya rai lagi jelita dari dia. Wan mahora: benar katamu itu waslihah. Dari dulu semasa dia kanak-kanak sudah tahu untuk berlawa-lawa. Ini pastinya di ajar oleh si nyanyuk cik alang itu. Wan waslihah: ingin sekali ku berikan pengajaran kepada si mahsuri itu. Wan mahora: aku juga ingin melenyek-lenyek mukanya yang kononnya lawa itu dengan lesung batu. Biar padan dengan mukanya. Wan waslihah: biar dia tahu langit itu bukannya rendah. Hendak bertanding dengan kita ini yang bezanya seperti langit dan bumi. Wan mahora: jadi, apa pendapat adinda? Wajarkah kita memberikan dia pengajaran yang secukupnya? Agar dia sedar akan dirinya yang jelik itu. Wan waslihah: itu sudah semestinya. Ah! Ini adalah peluang yang baik. Wan derus tiada di rumah kerana dia membantu tentera kita di siam. Wan mahora: tetapi, apa yang harus kita lakukan?

Wan waslihah: ah, kakanda ini. Tidak pernah bersekolah kah? Masakan itu pun harus ditanya lagi? Kita fitnah saja si mahsuri kononnya dia mengadakan hubungan sulit dengan si deramang itu. Bagaimana dengan cadangan ku itu. Wan mahora: aku ini kan sekolah sampai peringkat spm sahaja, manalah aku boleh terfikir hal-hal seperti itu. Aku kan orang yang baik. Hahahahaha. Baiklah. Kita lakukan sahaja seperti perancangan mu. Aku akan meminta bantuan dari kekanda datuk pekerma jaya. Wan waslihah: cehh.. perasan mu saja yang lebih. Aku kenal kau wan mahora. Sudah lebih dari 10 tahun aku tinggal bersama mu. Baik mu itu di depan sahaja. Jikalau kau benar orang yang baik. tidak akan kau mengumpat si mahsuri itu bersama ku sebentar tadi. Wan mahora: engkau ini lurus bendul betullah. Aku Cuma bergurau sahaja sebantar tadi. Hahaha. Tidak bolehkah aku berpura-pura untuk menjadi orang baik sekejap? Wan waslihah: sudahlah kau, lebih baik kita berbincang bagaimana untuk menghancurkan si mahsuri itu. Wan mahora: kau tunggu sahaja mahsuri. Selepas ini kau akan melutut di kaki ku. Merayurayu meminta ehsan dariku. Kali itu kau tahulah sama ada langit itu tinggi ataupun rendah.

***************************************************************************

Datuk pekerma jaya: mahora, oh mahora. Di manakah gerangan mu? Wan mahora: iya kekanda, adinda di sini. Sedang online facebook. Datuk pekerma jaya: apa saja yang kau lakukan di siang hari ini. Sepatutnya kau buat kan aku ini air. Aku sangat penat mengurus negeri langkawi ini. Tetapi kau bersenang lenang online sahaja. Wan mahora: baik lah kekanda. Adinda buat kan air untuk kekanda. Tetapi air kosong sahaja ya. Kopi semakin mahal sekarang ini. Thailand menyekat kemasukan kopi ke langkawi. Susah benar untuk mendapatkan kopi sekarang ini kekanda. Datuk pekerma jaya: aku tahu. Aku tahu. Tidak usahlah kau menceritakan semuanya. Aku pembesar disini. Sudah pastilah aku mengetahui segala kajadian-kejadian dan isu-isu semasa di langkawi ini. Airnya mana? Sudah, cepat! Ambilkan aku air, aku sangat haus. Wan mahora: nah, ini airnya kanda. Datuk pekerma jaya: aku dengar si mahsuri itu sedang hamil. Benarkah? Wan mahora: benarlah apa yang kanda katakan itu, mahsuri sedang hamil. Tetapi cuba kekanda fikirkan, anak siapa yang dia hamilkan?

Datuk pekerma jaya: apa maksudmu wan mahora? Wan mahora: kanda ini dungu sekali orangnya. Itulah. Dulu emak suruh sekolah. Kanda lari panjat pagar. Apa yang dinda cuba sampaikan ialah, si wan derus itukan tidak ada di langkawi ini. Dia sedang berada di siam. Bagaimana mungkin mahsuri boleh mengandungkan anak wan derus? Datuk pekerma jaya: maksud mu, si mahsuri itu ada hubungan sulit sama laki-laki lain? Wan mahora: benar kekanda. Dia ada hubungan sulit dengan laki-laki lain. Mungkin sahaja kerana dia bosan dengan si wan derus itu kerana asyik pergi merantau sahaja. Dia mungkin berasa kesunyian lalu mencari jantan lain. Datuk pekerma jaya: tetapi siapakah laki-laki tersebut? Wan mahora: siapa lagi kalau bukan si deramang itu. Dia sahaja satu-satunya lelaki yang tinggal bersama mahsuri. Datuk pekerma jaya: deramang si penyajak itukah? Kalu begitu mahsuri dan deramang harus kita berikan pengajaran. Mereka sudah menconteng arang kepada langkawi. Berani-beraninya mereka berzina semasa ketiadaan wan derus. Wan mahora: dinda bersetuju kanda. Mereka harus diberikan pengajaran. Jikalau tidak akan banyak pemuda-pemuda dan anak-anak dara yang akan mengikut jejak langkah mereka berdua. Hal ini tidak boleh didiamkan sahaja kanda. Datuk pekerma jaya: kamu ada saksi bahawa mereka telah melakukan zina? Wan mahora: itu sudah semestinya. Masakan dinda berani berkata dusta, jikalu kanda inginkan kepastian lagi cuba kekanda tanyakan kepada wan waslihah. Dia sendiri melihat dengan kedua biji matanya yang si deramang dan si mahsuri telah melakukan zina. Datuk pekerma jaya: kalau begitu. Hari ini juga akan kita jalankan hukuman terhadap mereka berdua.

***************************************************************************

Datuk pekerma jaya: pengawal, pergi kau tangkap mahsuri dan deramang. Seret mereka ke padang matsirat sekarang juga. Pengawal: baik datuk. Kami segera menurut perintah.

***************************************************************************

*mahsuri sedang berbual-bual dengan ibunya dan deramang, pengawal datang lalu terus megheret mahsuri ke padang matsirat. Deramang pula di pasung lalu di bawa ke padang matsirat* Pengawal 1 : kau ikat iblis berdua ini di tiang itu. Pengawal 2 : baiklah. Mahsuri: apa salah ku? Mengapa aku diperlakukan sedemikian? Tidakkah kamu tahu aku sedang hamil. Kasihanilah aku. Apa salah yang telah aku lakukan? Deramang: hoii. Bedebah berdua. Lebih baik kau lepaskan kami berdua. Beginikah cara orang langkawi mentadbir? Orang yang tiada salah tiba-tiba kau ikat. Kau fkir kami ini apa? Kambing? Yang boleh kau ikat-ikat? Datuk pekerma jaya: diam kamu berdua. Kamu berdua adalah manusia yang paling terkutuk di bumi ini. Sudah bersalah tetapi kamu berdua menidakkan lagi kesalahan kamu. Bangkai gajah tidak akan dapat kau tutup dengan daun pisang! Cik alang: datuk, hamba merayu. Tolong lepaskan mahsuri. Apa salahnya. Dia sedang hamil. Kasihanilah anak dan cucu hamba. Datuk pekerma jaya: ah! Kau dian orang tua kerepot. Cik alang: kau siapa untuk memanggil ku kerepot? Tidak pernah kah kau melihat cermin? Engkau juga tua kerepot. Biarpun kau ini semakin nyanyuk tetapi dapat jua ku pahami maksud kata-kata mu. Datuk pekerma jaya: kau ingin tahu apa kesalahan yang telah si deramang dan si mahsuri telah lakukan? Mereka telah berzina sewaktu ketiadaan si wan derus. Tidak ku sangka, muka cantik rupanya perangai serupa dengan perempuan jalang. Tidak pernah kah kau ajar anak mu satu orang ini? Cik alang: tutup mulut mu yang berbau longkang itu. Jangan pernah kau caci mahsuri. Engkau boleh sahaja mencaci ku tetapi jangan sekali kau menjelik-jelikkan mahsuri! Aku tahu. Ini semua adalah kerana kau berdendam dengan mahsuri kerana dia telah menolak pinangan mu dahulu. Sungguh. Kau langsung tidak layak untuk menjadi pembesar di langkawi ini. Wan waslihah: hoi! Orang tua kerepot. Engkau jangan hendak menafikan kesalahan manusiamanusia durjana itu. Aku dan wan mahora adalah saksi kepada kejadian itu. Sungguh, aku melihat nya dengan mata kepala ku sendiri. Mahsuri dan deramang sedang bermadu kasih di bawah pokok kelapa di hujung kampong. Wan mahora: kanda, apa yang ditunggu? Ayuh, cepat kita laksanakan hukuman terhadap mereka berdua.

Cik alang: tolong lah wan muslihah, wan mahora dan datuk pekerma jaya. Akan kuserahkan semua harta-hartaku asalkan engkau lepaskan lah mahsuri. Dia sedang hamil anak wan derus. Aku yakin tentang itu. Anak yang di kandungnya ialah anak wan derus. Mahsuri: ibu.. ibu.. ibu.. tolong mahsuri ibu.. mahsuri Cuma cinta akan kanda wan derus. Mana mungkin mahsuri sanggup untuk curang terhadapnya. Cik alang: wahai anakku. Sesungguhnya engkau telah menjadi angkara aniaya golonganggolongan manusia yang bertopengkan syaitan itu. Sabarlah wahai anak ku.. Deramang: maafkan aku mahsuri. Aku tidak sepatutnya tinggal menumpang dirumah kamu. Jikalau aku tahu semua perkara ini akan terjadi, aku sanggup menetap di kampung pinang sebatang. Mahsuri: tidak usah kau meminta maaf deramang. Sesungguhnya kau tidak bersalah sedikitpun. Manusia-manusia durjana itu telah menganiayai kita. Anak ibu, ibu minta maaf. Ibu tidak mampu untuk menjaga mu dengan baik nak. Kita akan bertemu jua nanti di syurga. Ibu , maafkan kesalahan mahsuri. Halalkan makan dan minum mahsuri selama ini. Terima kasih kerana telah melahirkan mahsuri kedunia yang fana ini. Cik alang: tidak nak, selama kau lahir. Tidak pernah sekalipun ibu berkecil hati dengan mu. Ibu halalkan semuanya nak. Kau tunggu ibu. Kita akan bersatu kembali di syurga dengan ayahmu sekali. Ibu sayang dengan kau nak, tidak ibu sangka kau akan pergi dahulu sebelum ibu. Datuk pekerma jaya: sudah kamu berdua. Cukup dengan sandiwara kamu berdua. Tidak akan aku berasa kasihan terhadap peremuan jalang seperti kau mahsuri. Wan waslihah: perempuan jalang seperti kau memang patut dihukum sebegini. Pengawal! Jalankan hukuman sekarang juga! Wan mahora: benar kata-kata wan muslihah itu. Sekarang kau tahu sama ada langit itu tinggi ataupun rendah. Cepat pengawal. Tikam dia menggunakan keris taming sari itu. Mahsuri: TIDAK AKAN AKU HALALKAN SETITIK PUN DARAH KU YANG TUMPAH DI LANGKAWI INI!! AKU SUMPAH LANGKAWI MENJADI PADANG JARAK PADANG TEKUKUR SELAMA TUJUH KETURUNAN!! Pengawal: ah! Diam kw. *menusukkan keris taming sari ke perut mahsuri* Cik alang: MAHSURI!! Oh anak ibu. Pengawal: eh, manusia apakah perempuan ini? Mengapa darahnya putih? Seputih susu? Datuk pekerma jaya: apakah benar sumpahan mahsuri itu? Wan muslihah: jangan-jangan apa yang dikatakan mahsuri itu benar, langkawi akan menjadi padang jarak padang tekukur selama 7 keturunan.

Cik alang: inilah balasan terhadap orang yang dianiayai. Mahsuri adalah perempuan yang suci. Tergamak kamu menuduh anakku melakukan perbuatan terkutuk itu. Sekarang rasakanlah akibat dari aniaya kamu semua. Hahaha.

THE END
***************************************************************************