Anda di halaman 1dari 15

JAUNDIS NEONATAL SERANG BAYI BARU LAHIR

Apa itu Jandis Neonatal ? Jaundis neonatal atau penyakit kuning bayi ( juga disebut demam kuning ) . Jaundis berasal dari perkataan Perancis jaune yang bermakna kuning . Sel darah merah manusia yang terurai ( kerana mati ) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin . Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah menjadi larut air . Setelah itu , sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing dan sebahagiannya pula akan dibuang melalui najis melalui saluran hempedu .

Bayi yang menghidapi penyakit kuning

Pada kebiasaannya , kebanyakan bayi baru lahir di bawa ke klinik kerana penyakit kuning . Jaundis neonatal boleh mencecah sehingga 60% kelahiran . Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran . Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari . Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah . Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis . Jaundis pada bayi terjadi disebabkan oleh pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu , menyebabkan kulit mata dan mata putih kelihatan kuning . Jaundis sering berlaku pada bayi . 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan .

Sel darah merah

Jenis jenis Jaundis Neonatal Jaundis yang berlaku pada bayi dibahagikan kepada dua jenis iaitu Penyakit kuning tak berkonjugat dan penyakit kuning berkonjugat . Bilirubin tak berkonjugat adalah produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya . Bilirubin tak berkonjugat akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis . Bayi yang baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak . Hati bayi yang baru lahir juga belum matang dan tidak dapat memproses bilirubin sepenuhnya yang boleh menyebabkan paras bilirubin dalam darah meningkat dan seterusnya berlakunya pemendapan di dalam kulit yang akan menyebabkan kekuningan .

Penyakit kuning tak berkonjugat Penyakit kuning tak berkonjugat bermula dalam masa dua hari selepas lahir . Ini merupakan masalah fisiologi tubuh badan bayi dan kuning ini dipanggil jaundis fisiologikal . Masalah jaundis fisiologikal tidak berlaku dalam masa 24 jam pertama kelahiran dan tidak melebihi jangka masa dua minggu dalam bayi matang atau tiga minggu dalam bayi pramatang . Ini disebabkan oleh pemecahan sel sel darah merah yang berlebihan akibat ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak iaitu faktor Rhesus negative atau kumpulan darah O .

Rhesus negative ( ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak )

Selain itu , punca yang menyebabkan penyakit kuning tak berkonjugat ialah G6PD defisiensi pada bayi iaitu kekurangan enzim ini menyebabkan sel sel darah merah tidak stabil terdedah pada bahan bahan tertentu . Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini . Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir . Terlalu banyak sel darah merah ( polycythemia ) juga menjadi punca penyakit kuning berkonjugat .

G6PD defiensi

Seterusnya , masalah kecederaan ketika lahir juga menjadi punca bagi penyakit kuning tak berkonjugat ini . Bayi yang yang mengalami trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vakum mengalami masalah pendarahan di bawah kepala . Penyakit kuning tak berkonjugat juga boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah , jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma , hormon tiroid yang rendah ( Hypothyroidism ) , ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu , anak yang tidak menyusu secukupnya dan breast milk jaundice .

Breast milk jaundice

Apa itu breast milk jaundice ? Jaundis susu ibu adalah jaundis dalam jangka masa panjang yang sihat untuk bayi menyusu . Ia terjadi selepas minggu pertama kelahiran dan akan berterusan hingga minggu keenam . Ini mungkin disebabkan terdapat bahan yang terhasil di dalam susu ibu yang akan menyebabkan tahap bilirubin meningkat . Jaundis susu ibu berlaku bukan kerana bayi tidak cukup susu , tetapi kerana di dalam susu sesetengah ibu mengandungi sejenis metabolit yang boleh menyebabkan fungsi enzim yang bertindak mengeluarkan bilirubin dari darah terganggu . Ini menyebabkan bilirubin itu terkumpul di dalam darah dan tidak dapat dikeluarkan seperti biasa . Kadang kadang , bayi yang disusukan secara ekslusif akan mengalami keadaan di mana pembentukan bakteria di dalam ususnya berlaku agak lewat . Ini juga menyebabkan pengeluaran bilirubin terganggu . Bayi yang mengalami jaundis susu ibu akan mendapatnya dalam masa 4 7 hari selepas kelahiran , dan biasanya ia berlarutan sehingga 2 bulan . Tanda tanda jaundis susu ibu seperti tanda tanda demam kuning biasa , di mana bahagian bahagian kulit dan mata bayi berwarna kuning dan kencing yang agak keruh . Jaundis susu ibu dengan bayi yang

menghidapi jaundis jenis lain mempunyai perbezaan . Sekiranya bayi mengalami jaundis sebaik sahaja dilahirkan atau di hari pertama atau kedua , kemungkinan bayi mengalami dehidrasi dan kurang berkumuh untuk menyingkirkan bilirubin dalam badannya , bukan jaundis susu ibu . Sekiranya bayi dibawa ke hospital , beberapa ujian akan dijalankan ke atasnya untuk mengesahkan jenis dan tahap jaundis yang dihidapi dan cara cara untuk merawatnya . Kaedah untuk mengesahkan jaundis susu ibu hanyalah cuma menerusi pengambilan darah kemudian ujian darah itu akan dihantar ke makmal ujian untuk menjalani ujian ujian seperti : Ujian complete blood count ( CBC ) untuk mengira jumlah sel darah Ujian blood group untuk mengetahui kumpulan darahnya Ujian blood smear untuk melihat sel darah Ujian bilirubin level untuk mengesahkan tahap bilirubin Ujian reticulocyte count untuk memantau sel darah merah yang tidak matang Ujian G6PD ( Glucose 6 Phosphate Dehydrogenase ) iaitu sejenis protein yang membantu sel darah merah bekerja . Penjagaan pemakanan atau amalan semasa hamil tidak mempengaruhi kecenderungan bayi anda untuk mendapat jaundis atau tidak . Jadi , ibu yang hamil tidak perlu berpantang atau mengamalkan petua agar bayi tidak terkena jaundis . Namun , dipercayai pemakanan ibu semasa pantang memberi kesan kepada hati bayi , sekaligus menyebabkannya terkena jaundis susu ibu . Halia dan jamu dipercayai menyebabkan fungsi hati bayi terjejas lalu menjadikannya jaundis . Jika ibu merancang untuk menyusukan bayi , cuba jangan mengambil halia atau jamu di awal tempoh bersalin untuk memberi peluang kepada hati bayi untuk mencapai kematangan . Rawatan yang diberikan kepada bayi untuk jaundis susu ibu adalah bergantung kepada tahap bilirubin dalam darahnya , dan juga tahap kesihatan bayi sekiranya bayi alah kepada sesetengah ubat atau keadaan . Biasanya bayi akan diberi rawatan fototerapi atau bendalir ubatan yang dimasukkan ke dalam melalui salur darah ( IV ) . Walau bagaimanapun , ibu hendaklah meneruskan menyusu bayi kerana bayi amat memerlukan cecair bagi membolehkannya berkumuh sekaligus menyingkirkan bilirubin dari badannya . Sekiranya bayi didapati serius , doktor mungkin melakukan pemindahan darah ke atasnya ( blood

transfusion ) namun keadaan ini jarang jarang berlaku . Walau bagaimanapun , ibu hendaklah membawa bayi berjumpa doktor dengan kadar segera . Dalam sesetengah keadaan , doktor akan menyarankan ibu agar berhenti menyusukan bayi buat seketika dan bayi diberi susu formula . Untuk mengelakkan jaundis susu ibu daripada berlaku , tiada cara yang khusus untuk mengelakkan apa juga jenis jaundis . Namun bagi ibu menyusu , elakkan pengambilan makanan panas seperti halia dan jamu pada hari hari terawal kelahiran . Pastikan bayi mendapat susu yang secukupnya , jadi kerapkan menyusu dan pastikan pembuangan air kencing dan najis bayi berlaku dengan normal . Sekiranya ibu mendapati bayi menghidapi jaundis , iaitu mana mana bahagian tubuh terutama mata dan kulit didapati kuning , segeralah membawanya berjumpa doktor . Apa yang perlu dibuat sekiranya bayi anda menghidapi Jaundis Susu Ibu ? Ibu jangan berhenti menyusukan bayi melainkan atas nasihat doktor pakar yang pro breastfeeding . Sesetengah doktor yang tidak pro breastfeeding akan menyarankan ibu agar berhenti menyusukan bayi walaupun sebenarnya tidak perlu . Ibu hendaklah kerap menyusu bayi untuk merangsang pengeluaran air kencing dan bahan kumuh . Selain itu , ibu juga jangan memberikan bayi ubat ubatan yang tidak dipreskripsi oleh doktor dan elakkan daripada mencuba untuk mengubati sendiri samada menggunakan kaedah sendiri atau tradisional sekiranya tidak yakin dengan cara dan hasil pengubatan . Ibu mestilah mengikuti setiap nasihat dan arahan doktor yang lebih mahir dalam selok belok kesihatan bayi dan teruskanlah pengambilan makan yang sihat dan berkhasiat .

Penyakit kuning berkonjugat

Jenis jaundis yang kedua pula ialah penyakit kuning berkonjugat . Punca yang menyebabkan penyakit kuning berkonjugat ialah masalah biliary atresia di mana saluran hempedu yang tidak normal dan tersekat . Bilirubin berkonjugat yang terhasil tidak dapat disingkirkan melalui najis , seterusnya menyebabkan najis bayi kelihatan pucat keputihan dan air kencing berwarna gelap . Penyakit biliary atresia memerlukan rawatan pembedahan .

Atresia biliari Atresia biliari ialah masalah gastrointestinal pada bayi bayi baru lahir yang merosakkan saluran hempedu yang membawa cecair hempedu dari hati ke usus . Penyakit ini adalah kerosakan berlarutan saluran hempedu dari luar hati ( extrahepatic ) dan akan bertambah teruk ke saluran hempedu di dalam hati ( intrahepatic ) . Akibat tidak dapat dialirkan , cecair hempedu berkumpul di dalam hati dan menyebabkan keroskan hati ( cirrhosis ) . Diagnosis perlu dilakukan secepat mungkin selepas terdapat tanda tanda dan gejala penyakit ini . Keputusan Prognosis baik jika di diagnosis awal ( umur 8 minggu ) . Ujian Darah termasuk CBC ( kiraan darah sepenuhnya ) , LFTs ( ujian fungsi hati ) dan PT / PTTs ( faktor pembekuan darah ) Ultrasound untuk mengenalpasti obvious abnormalities di hati dan organ lain Liver biopsy mengambil sedikit dan memeriksa contoh tisu hati Nuclear scan untuk mengetahui berapa banyak hempedu mengalir dari hati Exploratory surgery untuk memeriksa hati dan salurannya

Penyebab atresia biliari tidak dapat dipastikan lagi , walau bagaimanapun ada beberapa teori yang di dokumentasikan . Penyelidik telah mengkaji Both Reovirus Type 3 dan Cytomegalovirus berkemungkinan menjadi penyebab berlakunya atresia biliari .

Tanda tanda Atresia Biliari Terdapat banyak tanda tanda penyakit ini , ianya dapat dilihat di antara 2 dan 6 minggu selepas kelahiran : Jaundis kulit dan mata putih kelihatan kuning dan tidak hilang dalam masa 1- 2 minggu Air kencing air kencing menjadi kuning pekat kerana lebihan cecair hempedu sampai ke usus untuk mewarna pergerakan usus . Najis warna pucat atau seperti tanah liat . Ini kerana tiada cecair hempedu sampai ke usus untuk mewarna pergerakan usus . Hati membesar keadaan hati lebih besar daripada biasa . Penambahan berat badan kurang kekurangan cecair hempedu dimana ini diperlukan untuk pencernaan dan pengumpulan lemak . Pembesaran Spleen ini disebabkan hati tidak berfungsi dengan betul .

Penyakit Atresia Biliari memerlukan rawatan pembedahan yang dikenali sebagai teknik KASAI atau pembedahan KASAI yang dapat dilakukan untuk membantu pengaliran cecair hempedu dari hati ke usus . Pembedahan ini dilakukan untuk bypass saluran hempedu dengan menyambungkan sebahagian usus kecil ke hati terus ke usus kecil . Pakar bedah mendapati kejayaan yang baik dengan tatacara KASAI bila dilakukan semasa bayi berumur 8 minggu pertama dari kelahiran . Jika pembedahan KASAI tidak berjaya maka pemindahan hati adalah satu satunya cara untuk mengatasi masalah ini .

Jaundis neonatal dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang . Ianya disebabkan oleh penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice ) . Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat ubatan tradisional . Selain itu , penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat . Bagaimanapun kes ini jarang terjadi . Kekurangan hormon tiroid juga menyebabkan jaundis berpanjangan . Kes ini sangat jarang , seorang dari 4000 kelahiran . Melalui program saringan menggunakan darah tali pusat .

Kesan jaundis Jaundis merupakan satu penyakit yang sangat bahaya kerana serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus . Ia adalah satu fenomena di mana bilirubin yang tidak larut menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang . Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning . Kernicterus terjadi apabila tahap bilirubin dalam darah tinggi dan mendap dalam sel sel otak . Ia sangat bahaya terutama bagi bayi pramatang . Ini kerana mendapan ini boleh merosakkan otak dan menyebabkan kecacatan kekal seperti lumpuh , sawan dan tidak dapat bercakap bila besar nanti . Jaundis neonatal memberi kesan yang teruk kepada bayi apabila tahap bilirubin tak berkonjugat meningkat , ia boleh melepasi lapisan darah otak ( blood brain barrier ) dan termendap di sel sel otak . Jika jaundis ini tidak dirawat , bayi berpotensi mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk akan mengalami masalah terencat akal .

Masalah pendengaran dari aspek fisiologi didefinisikan seseorang yang pekak ( deaf ) mengalami kehilangan pendengaran sebanyak 90 dB atau lebih . Bagi seseorang yang separa pekak ( hard of hearing ) mengalami kehilangan pendengaran yang kurang daripada 90dB . Dari aspek pendidikan , didefinisikan sebagai seseorang yang pekak tidak berupaya memproses maklumat linguistik dengan atau tanpa bantuan alat pendengaran . Bagi individu yang separa pekak mempunyai pendengaran sisa yang mencukupi untuk memproses maklumat linguistik dengan atau tanpa bantuan alat pendengaran .

Masalah terencat akal didefinisikan menurut American Association on Mental Retardation ( AAMR ) sebagai individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi mental , di samping kemahiran yang rendah dari aspek tingkah laku penyesuaian . Tingkah laku penyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri seperti kebolehan memakai pakaian , makan atau mengemas diri . Kerencatan akal ini mesti dikesan sebelum usia 18 tahun .

Rawatan Jaundis Neonatal

Penyakit Jaundis Neonatal mempunyai kaedah rawatan untuk mengubati penyakit ini . Jika ibu mendapati bayi kelihatan kuning , segeralah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan . Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah .

Rawatan yang biasa dilakukan ialah Fototerapi ataupun terapi lampu . Fototerapi adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi . Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang ( wavelength ) kira kira 450 nm . Dengan kaedah ini , bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan . Fototerapi perlu dilakukan secara berterusan dengan bayi didedahkan kepada cahaya biru tanpa pakaian dan mata bayi akan ditutup dengan penutup mata khas .

Bayi yang dirawat dengan kaedah Fototerapi

Cara menggunakan fototerapi dengan berkesan ialah : Letakkan sumber cahaya kira kira 35 cm 50 cm daripada bayi Buka semua baju bayi kecuali lampin Tutup mata bayi dengan penutup khas Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandii , minum susu , menukar lampin dan mengambil darah Alih posisi bayi setiap 2 3 jam Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian . Paras bilirubin hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat . Risiko untuk peningkatan mendadak semula ( rebound effect ) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan .

10

Bayi sebelum dan selepas rawatan Fototerapi

Exchange Transfusion ( ET ) dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin . Kenicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi . ET ialah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah . Proses ini memakan masa sehingga 5 6 jam . Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi . Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya ( tali pusat masih baru lagi ) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan lahan .

Bayi yang dirawat menggunakan ET

11

Ada pendapat yang mengatakan meletakkan bayi yang kuning dibawah cahaya sinar matahari boleh mengurangkan kekuningan . Pada hakikatnya , bayi dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di rumah . Tiada ibu bapa yang ingin membawa anak mereka ke hospital dengan niat menjemur anak . Oleh itu , tiada pengawasan yang sewajarnya untuk bayi tersebut ketika berada di rumah . Ibu bapa pula berada di dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang .

Fototerapi lebih baik daripada menjemur bayi dibawah matahari kerana fototerapi bersinar selama 24 jam , menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu , tukar lampin , mandi dan ambil darah . Jika bayi dijemur di bawah sinaran matahari , bayi hanya boleh dijemur dalam masa beberapa jam sahaja . Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehidrasi iaitu bayi mengalami kekurangan air . Sinar matahari boleh menjadikan dehidrasi bertambah teruk kerana suhunya itu . Sedangkan di hospital , dehidrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah . Keputusan untuk mengadakan Exchange Transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit dihospital menjalani rawatan lampu , berbanding sekiranya pesakit hanya berada di rumah . Ujian darah juga boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan , masalah hati atau sebagainya .

Selain itu , terdapat juga pendapat bahawa susu kambing boleh mengurangkan kekuningan yang dialamii oleh bayi . Walau bagaimanapun , rata rata pendapat mengatakan bahawa ini adalah petua orang orang tua , cara tradisional atau mengatakan ia adalah satu keajaiban , Tiadak ada penjelasan secara saintifik . Malahan , petua berjemur bawah matahari pagi mempunyai penjelasan yang lebih saintifik berbanding cerita susu kambing . Susu ibu lebih berpotensi menjadi ubat kepada penyakit kuning kerana ia makanan sempurna kepada bayi . Malahan susu kambing mempunyai zat zat galian yang lebih tinggi yang tidak sesuai dengan tumbesaran bayi . Ada sesetengah ibu bapa yang memberi susu kambing yang belum dipasteurkan , dinyahkuman atau dimasak . Memberi susu kambing yang tidak pasti status kebersihannya mengundang kepada bahaya untuk bayi . Perut dan usus bayi yang masih belum matang tidak sesuai diberi selain daripada susu ibu . Secara fisiologi , kekuningan bayi akan akan hilang selepas 5 6 hari walaupun dia tidak diberi minum susu kambing .

12

Sekiranya bayi diberi susu kambing , kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kernicterus .

Bayi yang mempunyai paras bilirubin yang terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran . Jaundis neonatal seperti penyakit lain boleh mendatangkan padah kepada sesiapa yang tidak mengetahuinya . Sekiranya ibu bapa sangat mementingkan cara tradisional untuk merawat penyakit ini , makan itu adalah keputusan sendiri . Ilmu perubatan semakin maju mengikut peredaran masa .

13

LAMPIRAN

14

RUJUKAN

Usman Haji Yaakob ( 2008 ) . Kesihatan dan Kematian Bayi di Kedah . Penerbit USM
http://en.wikipedia.org/wiki/Neonatal_jaundice http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/Jaundice,+neonatal http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/KekuninganBayi.pdf

15