Anda di halaman 1dari 9

SIMPTOM DISLEKSIA KANAK KANAK PRASEKOLAH Perkataan disleksia adalah hasil gabungan dua perkataan Greek iaitu Dys

Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain , kesukaran menggunakan perkataan . Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini . Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887 , merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia ( Hammond dan Hugges , 1996: 3 ) , Disleksia ialah satu Disoder dalam kanak kanak yang telah menerima Pendidikan Biasa , tidak memperolehi kemahiran bahasa , bacaan , menulis dan ejaan yang setaraf intelek ( World Federation Of Neurology , 1968 ) . Disleksia didefinisikan menurut tokoh Mercer ( 1991 ) ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca , melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan di antara bunyi bunyi dan huruf huruf tetapi mereka memiliki bakat kepintaran atau kecerdasan yang lain . Disleksia ialah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca oleh

seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi ( Mercer 1997 & Smith 1999 ) . Apa itu Disleksia ? Disleksia ialah masalah pembelajaran iaitu mengenal huruf , membaca , menulis , mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna . Disleksia bukanlah merupakan satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya , sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan . Disleksia juga bukan disebabkan oleh kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik . Drake ( 1989 ) menyatakan bahawa masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri , di antaranya ialah : kesukaran belajar berbahasa , ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual , tidak lancar membaca sesuatu bahan bercetak , tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat ( kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku ) , mata menjadi penat setelah beberapa minit memberi tumpuan pada tulisan , dan tumpuan yang sangat terhad ( pendengaran dan pengamatan visual ) . Disleksia diklasifikasikan kepada tiga jenis : Disleksia visual ( penglihatan )

Dislekasia auditori ( pendengaran ) Disleksia visual auditori

Disleksia visual adalah kesukaran untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi ( tatarajah ) perkataan . Simbol simbol yang dicetakan sukar diterjemahkan oleh kanak kanak disleksia . Kemungkinan untuk mereka melihat abjad abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik . Bagi disleksia auditori iaitu pendengaran adalah satu kesukaran untuk mengingat bunyi abjad , menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan . Bunyi percakapan yang dituturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan . Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihidapi oleh disleksia auditori . Selain itu , kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memprotes tulisan secara visual dan audio dihidapi oleh disleksia visual auditori . Disleksia dapat dikenali dengan melihat seorang kanak kanak susah untuk mengenali huruf atau mengeja sesuatu perkataan . Selain itu , kanak kanak disleksia juga mempunyai kesulitan untuk membuat pekerjaan bertulis secara berstruktur misalnya menulis esei . Apabila kanak kanak disleksia menulis atau membaca , mereka akan tertukar huruf misalnya b tertukar d , p tertukar q , m tertukar w , s tertukar z . Mereka juga mempunyai daya ingatan jangka pendek yang buruk selain mempunyai kesulitan memahami kalimat yang dibaca ataupun yang didengar . Kanak kanak disleksia mempunyai tulisan tangan yang buruk apabila menulis juga mengalami kesulitan untuk mempelajari tulisan sambung . Ibu bapa atau guru boleh mengenalpasti sekiranya kanak kanak berisiko menghidapi disleksia . Untuk mengenalpasti samada kanak kanak mempunyai simptom simptom disleksia , terdapat dua cara yang boleh digunakan iaitu secara ujian atau dan secara senarai semak . Kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid yang ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya ( Hammond & Hughes 1999 ) . Bagi kaedah ujian pula , kanak kanak yang berpotensi menghidapi simptom simptom disleksia akan diuji dengan ujian seperti Ujian Kecerdasan ( IQ ) , Ujian Bacaan , Ujian Saringan yang mengandungi soalan soalan pendek yang berkaitan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan Ujian
2

Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan , ejaan , lukisan , matematik kecerdasan , penglibatan , literaliti , urutan dan berkaitan .

dan

Rosana ( 1998 ) , ada menyatakan bahawa kanak kanak disleksia dapat dikesan melalui 8 ciri iaitu kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa kata lisan , lambat dalam tindakan berlisan , lemah dalam menyusun isi barangan , tahu pada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya , kurang kemahiran mengeja pada tahap yang sepatutnya , faham bahan pengajaran dalam kelas tetapi merosot dalam ujian , tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang . Menurut Sofiah ( 2000 ) disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada kaitan langsung dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang . Disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat ( BOLD 2000 ) . Zabidi ( 2000 ) menyatakan kanak kanak disleksia ini adalah aktif menurut hasil kajian pakar perubatan . Mercer , 1997 ; Hammond dan Hughes , 1996 dan Spaafford dan Grosser 1996 menyatakan bahawa disleksia terjadi disebabkan oleh faktor faktor : Keturunan atau genetik Biologi Kematangan

Kanak kanak disleksia akan menunjukkan tingkah laku seperti tidak merangkak semasa bayi seperti kanak kanak normal yang lain . Selain itu , mereka juga mempunyai kemahiran bertutur yang lambat dan sukar untuk memahami arahan dan suka mengganti perkataan dan hiperaktif . Mereka yang menghidapi disleksia mempunyai kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah dan seringkali terlupa nama benda benda atau pelajaran yang dipelajari . Di samping itu , kanak kanak disleksia suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri dan mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi , berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya banyak soalan kanak kanak . Menurut Coralie ( 2000 ) , beliau menyatakan kebiasaannya kanak kanak disleksia diajar seperti kanak kanak biasa ataupun normal . Apabila mereka diajar seperti kanak kanak biasa , mereka yang menghidapi disleksia akan ketinggalan jauh di belakang berbanding dengan kanak kanak normal . Ini kerana perkembangan kanak kanak disleksia berbeza daripada kanak kanak biasa . Rosana ( 1998 ) menyatakan pelajar disleksia secara keseluruhannya lemah dalam pembelajaran , ini kerana mereka mempunyai masalah dari segi

disleksia penglihatan , pendengaran dan visual auditori . Kanak kanak disleksia akan kehilangan asas dan akan merosot dalam ujian tidak terancang dalam membuat sesuatu , cepat lupa dan tidak tepat serta lambat dalam bercakap . Irwin ( 2000 ) juga bersetuju bahawa seseorang yang menghidapi disleksia memerlukan satu program atau inisiatif yang khas untuk belajar membaca , menulis dan mengeja . Kajian dibuat untuk mengenalpasti peratusan kanak kanak prasekolah terpilih yang mempunyai simptom disleksia di kalangan kanak kanak disleksia . Selain itu , kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti simptom disleksia di kalangan kanak kanak prasekolah yang terpilih mengikut jantina dan untuk mengenalpasti subujian pola pola disleksia berdasarkan subujian subujian . Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan dalam mengenalpasti kanak kanak yang mempunyai ciri ciri disleksia . Pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 40 orang pelajar iaitu 17 orang lelaki dan 23 orang pelajar perempuan . Ujian Awal Pengesahan Disleksia telah diadaptasi dari Dislexia Early Screening Test oleh sekumpulan penyelidik Fakulti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Rohaty ( 2002 ) . Pada asalnya , ujian ini telah direka oleh Nocolson , R.I dan Fawcett , A.J yang mengandungi sepuluh subujian . Bagi subujian yang pertama iaitu menamakan dengan pantas , kanak kanak perlu menyebut nama nama gambar yang ditunjukkan . Hasil ujian mendapati bahawa keupayaan kanak kanak mengujarkan menamakan dengan pantas sangat berkait rapat dengan keupayaan kognitif atau intelektual mereka . Subujian kedua ialah mencucuk manik yang memerlukan koordinasi mata dan motor halus . Koordinasi mata dengan motor halus sangat penting dalam kemahiran penulisan . Apabila kanak kanak sukar untuk mengawal kemahiran motor halus dan mata , ini akan menyebabkan aktiviti aktiviti yang dijalankan dan kawalan dalam penulisan mengalami kegagalan . Ujian ketiga ialah membeza bunyi yang memfokuskan kepada kemhiran pendengaran ujian asas yang sangat penting dalam konteks komunikasi . Bagi subujian yang keempat pula ialah keseimbangan tubuh . Ini adalah kerana keseimbangan tubuh selalu dikaitkan dengan disleksia . Ketidakseimbangan ini sering dikaitkan dengan ketidaknormalan saraf cerebrum kanak kanak yang berfungsi mengawal keseimbangan ( Nicolson et al.1995 ) . Tubuh badan
4

kanak kanak yang tidak seimbang akan menyukarkan proses mobilitinya dan akan mengganggu kanak kanak melakukan aktiviti atau tindakbalas yang memerlukan mobiliti atau pergerakan . Subujian lima ialah mengenalpasti rima / sebutan huruf pertama yang memberi penekanan terhadap pengetahuan kanak kanak dalam subjek bahasa / par bacaan . Untuk mengatasi masalah ini , latih tubi perlu dilakukan untuk kanak kanak . Kemahiran ini sangat berkait rapat dengan kemahiran pendengaran . Kanak kanak yang gagal dalam mengenalpasti rima disebabkan oleh masalah alat pendengaran atau kehadiran glue ear . Span digigit ke hadapan ialah subujian keenam yang dijalankan dalam kajian ini . Kemahiran mengingat semula memerlukan asas pengetahuan mengetahui nombor menjadi asas dalam kajian ini . Apabila kanak kanak gagal mengenalpasti , mengecam dan memahami nilai nombor yang diajar akan mengganggu penguasaan dalam subujian ini . Dalam kajian ini , subujian yang ketujuh menekankan kepada pengetahuan menamakan angka , simbol abstrak yang bernilai dalam nombor . Kanak kanak yang berkeupayaan dalam menamakan angka disokong oleh kemantapan pengetahuan yang telah didedahkan dan bahasa yang dijadikan pengantara dalam mengujarkannya . Pengetahuan untuk menamakan angka merupakan satu keperluan yang lebih berkesan melalui latih tubi dan perkaitan antara angka dan nilai hendaklah diberi penekanan di peringkat sekolah . Bagi subujian lapan , Baumer dan Bernice ( 1998 ) mencadangkan agar kanak kanak diberhentikan segera semasa membaca dan dibantu mengenalpasti huruf yang terkeliru tersebut seperti huruf b atau d yang sering mengganggu sebutan lancar kanak kanak . Ini diyakini dapat mengatasi masalah kekeliruan kanak kanak pada masa pembacaan akan datang . Subujian 9 melibatkan deria persepsi dalam mengamati bunyi yang diperdengarkan . Nocolson et al. ( 1996 ) menyarankan kanak kanak yang mengalami masalah dalam menyatakan turutan bunyi diberi latihan pemulihan yang berkait rapat dengan kemahiran mendengar dan mengenali bunyi . Subujian yang terakhir ialah menyalin bentuk berdasarkan contoh yang diberi yang melengkapkan set ujian . Subujian ini akan menentukan keupayaan kanak kanak dalam motor halus ketika aktiviti menyalin semula bentuk geometri kerana kanak kanak disleksia selalu dikaitkan dengan kelemahan motor halus seperti memegang pensel dan akan
5

menghasilkan salinan yang lemah dan tidak tepat . Baumer dan Bernice ( 1998 ) mencadangkan agar kanak kanak yang sukar menguasai kemahiran ini dilatih menyalin menggunakan gambarajah bentuk yang dibantu oleh titik titik kecil menjadi garisan . Daripada kajian yang dilakukan , keputusan berdasarkan faktor gender menunjukkan bahawa kanak kanak lelaki sangat berpotensi mempunyai simptom Disleksia berbanding dengan kanak kanak perempuan . Hasil kajian menepati teori yang mengatakan bahawa kanak kanak lelaki 3:1 berbanding kanak kanak perempuan ( Bold 2000 ) . Disokong pula oleh kajian yang dijalankan oleh Hammond dan Hughes ( 1999 ) dan Hussain Iman dan Muhd Ismail ( 1998 ) , bahawa perkembangan sistem saraf manusia mendapati kanak kanak lelaki lambat matang daripada kanak kanak perempuan . Perkaitan antara keperluan subujian juga menyumbang kepada keputusan . Hal ini dilihat apabila kanak kanak yang dipilih untuk menjalani ujian gagal menguasai subujian 8 yang secara langsung menjejaskan pencapaian dalam subujian 5 . Berkemungkinan , hal ini terjadi disebabkan abjad yang dikemukakan sirinya tidak lengkap dan tidak mengikut turutan dan menyukarkan kanak kanak kajian yang mendapat pendidikan mengenal huruf melalui kaedah menghafal . Selain itu , adalah disebabkan oleh abjad yang dikemukakan merupakan huruf yang berada dibelakang turutan yang menyebabkan kanak kanak sukar mengingati dengan segera . Tahap keintelektualan kanak kanak yang termasuk dalam kumpulan yang lemah disebabkan tahap kesihatan atau kurang pengetahuan yang diterima juga merupakan sebab kegagalan dalam subujian ini . Ini memberi kesan kepada kanak kanak yang dikaji dalam menjawab subujian 5 . Kanak kanak dalam subujian ini selalu bermasalah dalam membezakan antara bunyi huruf dengan nama huruf . Holligan dan Johnston ( 1998 ) mencadangkan agar kanak kanak diberi latihan secara berterusan . Selain itu , faktor yang menjadi kegagalan dilihat dalam subujian 3 dan subujian 9 . Kanak kanak yang dikaji bermasalah untuk mengingati semula bunyi yang pernah didengar . Nocolson ( 1994 ) mengaitkan masalah ini dengan keupayaan ingatan jangka pendek dan jangka panjang kanak kanak disleksia yang selalu menghadapi masalah dalam membezakan bunyi . Kajian yang dijalankan ke atas kanak kanak untuk mengenalpasti simptom disleksia memberi kesan kepada beberapa pihak yang terlibat . Antaranya ialah Kementerian Pelajaran
6

Malaysia yang harus mengambil inisiatif dengan menyediakan maklumat dan menyelaraskan peranan semua agensi berhubung keperluan kanak kanak disleksia dan peranan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan mereka diberi peluang untuk mendapat pendidikan yang sempurna . Selain itu , pihak KPM hendaklah menyelaraskan peranan bersama Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK ) dalam pembinaan semula kurikulum atau menambahbaik kurikulum kebangsaan prasekolah yang dilancarkan pada 2003 . Bagi Bahagian Pendidikan Guru , perlu memberi latihan kepada guru agar mendapat pendedahan berkaitan pengurusan dan pendidikan kanak kanak disleksia . Bahagian Sumber Manusia ( BSM ) , perlu berperanan agar guru guru yang memiliki kemahiran dalam bidang ini mendapat insentif dalam bentuk kewangan bagi menggalakkan guru untuk mempertingkatkan profesionalismenya dalam pengurusan dan pendidikan kanak kanak disleksia . Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia perlu menyediakan penaksiran yang sesuai bagi kanak kanak disleksia di semua peringkat pendidikan . Bahagian Pendidikan Guru sangat memainkan peranan yang penting untuk merancang dan melatih guru prasekolah di peringkat diploma dan ijazah untuk menyediakan guru yang lebih berpengetahuan dan berkemahiran bagi mengendalikan kanak kanak disleksia . Guru haruslah sentiasa peka dengan kelainan yang ditunjukkan oleh pelajar yang dikendalikannya . Apabila guru mengesan kelainan , ia membantu guru merancang dan berkongsi maklumat dengan guru yang lebih pakar dalam sesuatu bidang serta ibu bapa yang bertanggungjawab apabila diluar waktu sekolah . Kementerian Perpaduan Dan Pembangunan Masyarakat perlu memastikan peluang pendidikan yang selaras bagi kanak kanak disleksia . Selain itu , Badan Bukan Kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan menyebarkan maklumat melalui forum , ceramah , dan aktiviti persatuan untuk membantu ibu bapa yang mempunyai anak disleksia . Kajian yang dijalankan ini juga memberi impak kepada masyarakat bahawa pentingnya peluang pendidikan yang sama rata dan mesra kepada kanak kanak disleksia dipertingkatkan . Potensi atau bakat yang ada dalam kanak kanak disleksia mampu menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan negara .

LAMPIRAN

RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia

http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179 http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/MasalahPembelajaran.pdf