Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN AMALAN BERBUDI BAHASA DALAMKALANGAN MASYARAKAT Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budayaberbudi bahasa

dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubaridewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-bataskehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah sepertigengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpapar di dada akhbar dankaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalahkelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat.Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa kebejatan amalan mulia iniadalah disebabkan oleh pengaruh budaya kuning dari negaranegara baratseperti Amerika Syarikat, Belanda dan United Kingdom yang terkenal dengansikap keterbukaan. Malaysia merupakan sebuah negara yang demokratik danmengamalkan dasar buka pintu bagi menggalakkan pertumbuhan ekonominegara. Justeru, masyarakat kita tidak dapat lari dari pengaruh dunia luar danpengaruh budaya kuning dengan mudahnya dapat bersarang di kotak fikiranmasyarakat.Budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalamkehidupan seharian kita kerana seribu satu manfaat boleh diperolehi. Salahsatu kepentingan amalan ini adalah dapat mewujudkan perpaduan antaramasyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasaakan saling menghormati tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan umurindividu tersebut. Apabila wujud sikap saling menghormati, masyarakat akandapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira walaupun hidupdengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalampada itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum sepertiperistiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan negarayang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan Perpaduan TerasKejayaan jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara kitayang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada mengatakan bersatuteguh, bercerai roboh. Justeru, apabila masyarakat bersatu, negara dapatberkembang dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugatkestabilan negara dengan mudah.Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapatmelahirkan masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah,masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahaptatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah.Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat membina empayar dankerajaan yang kuat dan hebat seperti ketika tamadun Mesopotamia. Tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang He walaupunpada masa itu teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya.Namun begitu, scenario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadapdan kasar sikapnya seperti mengeluarkan katakata kesat amatlahmemilukan hati bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat kitamasih hidup dalam Zaman Jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidupmasyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah. Perkara seumpamaitu tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat kkit lagi memandangkannegara kita telah lima dekad mencapai kemerdekaan. Untuk mendapatkankemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah tetapo untukmempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan merupakan perkara yanglebih sukar untuk dilakukan. Justeru, negara amat memerlukan masyarakatyang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula olehkuasa-kuasa asing.Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat.Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadappelancong asing. Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif terhadap negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyaipercutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatanganmereka adaalah dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dalampada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandupelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan pereananyang lebih penting

dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertuturdengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememangnya kayadengan budi bahasa. Contohnya, ucapan irasshaimase yang bermaksudselamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendangtelinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. Justeru,budaya murni ini perlulah diserapkan dalam jiwa dan raga setiap individuterutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong asing agar merekadapat menikmati percutian yang menyeronokkan di negara kita.Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan.Pemimpin yang baik akan dapat mmentadbir negara dengan lancer keranamendapat sokongan padu daripada rakyat. Dalam pada itu, golongan remajamerupakan asset yang sangat bernilai kepada negara kerana mereka adalahgenerasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu,budi bahasa perlulah dijadikan panduan kepada kehidupan mereka supayamereka dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala social serta dapatmembezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Pemimpin yang berbudibahasa juga dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin dari negara lain akan kagum dan nmenghormati negara kita. Ironinya, hubungandiplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan nbegara dapatdijalainkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk samarendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Selain itu, negarakita akan terkenal di persada dunia kerana sifat budi bahasa kita dan ini akanmenjadi kebanggaan masyarakat kita.Individu yang berbudi bahasa juga akan memperolehi pelbagaikemaslahatan, antaranya mudah didampingi oleh orang lain,. Hal ini keranaindividu yang berbudi bahasa sentiasa lemah lembut dan bersopan santundalam pertuturan dan perlakuan. Mereka juga tidak akan mengeluarkan kata-kata yang kesat atau kata-kata yang menyakitkan hati. Justeru, mereka tidaakan menyinggung perasaan orang lain. Sebaliknya, mereka akan dihormatidan disenangi oleh orang lain. Hal ini akan turut menjaga nama baik danmaruah individu tersebut dan keluargannya kerana sifatsifatnya yang muliaitu. Konklusinya, budaya berbudi bahasa perlulah digarapkan oleh ibubapadalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi bagai melentur buluh biarlah darirebungnya. Dengan ini, hasrat negara untuk melahirkan masyarkat yangberbudi bahasa menjelang tahun 2020 akan dapat direalisasikan.Kesimpulannya, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yangdahulunya menjadi kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis iniwajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri, DatukSeri Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan yang negara kita akkanmudah dikalahkan jika kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapimentali kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pembangunannilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk negara mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang duduk sama rendahdan berdiri sama tinggi dengan negar-negara gergasi lain di dunia. Dalampada itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing danmengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu.Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan darisemasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kitamengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk sepertigengsterisme, dan bercakap kesat sudah lupus dari memori setiap rakyatMalaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai