Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Pertama sekali kami ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kami berjaya

menyiapkan tugasan kumpulan bagi subjek RBT 3117 iaitu Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang telah diberikan ini. Tugasan ini banyak menguji kami dari pelbagai sudut dan aspek pemikiran dan kemahiran, terutamanya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sesungguhnya, melalui tugasan ini kami dapat pelajari banyak perkara seperti pembahagian masa dalam membuat tugasan ini dan seiring dengan tugasan yang lain. Selain itu, kami dapat juga pelajari erti kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami dengan sebaiknya. Melalui tugasan ini juga, kami dapat meningkatkan kemahiran mencari maklumat serta penggunaan ICT dalam perlaksanaan tugasan. Benar kata peribahasa, tak kenal, maka tak cinta, sebelum kami memulakan tugasan ini, kami berasa agak berat untuk melakukannya kerana kami agak kurang faham dan mengalami masalah ketika ingin mencari bahan dan mengolah isi dalam buku yang telah didapati. Walaubagaimanapun, dengan kerjasama dan tunjuk ajar pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan yang lain, kami dapat memahami konsep yang diperlukan dalam tajuk tugasan kemahiran hidup ini ini dengan baik dan lebih bersemangat dan gembira dalam melaksanakan tugasan kerja kursus ini. Setelah itu, kami bertekad untuk melakukan yang terbaik dalam kerja kursus dan berharap agar dapat memberi yang terbaik dari diri kami sebagai seorang pelatih di Institut perguruan ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat berkat dan hidayah daripadaNya. Hasil daripada tugasan ini, saya banyak mempelajari banyak perkara tentang strategi,kaedah dan teknik pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah . Kami telah menyedari betapa pentingnya perancangan pengajaran Kemahiran Hidup dalam

menjamin keselamatan dan keharmonian kelas khususnya murid-murid yang terdiri daripada ragam yang berbeza. Kami telah mempelajari tentang cara membuat bahan bantu mengajar yang berkaitan dengan kemahiran hidup ini, jika dahulu kami cuma memahaminya konsep ini dari perkataan sahaja, kini kami mampu untuk menghuraikan
1

lebih lanjut berkaitan dengan konsep ini, meskipun tidak banyak yang dapat kami huraikan, namun perubahan tingkah laku ini merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang telah kami dapati dan merupakan satu unsur kemajuan yang positif. Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati dengan selesainya perlaksanaan tugasan Kerja kursus Projek Pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ini, kami mendapat pengalaman serta ilmu yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila terutamanya apabila dihantar untuk mengajar di sekolah nanti. Kami berharap agar dengan ilmu yang ada di dada, kami dapat laksanakan tanggungjawab kami sebagai seorang guru dalam mencungkil bakat dalam kalangan murid dan dapat melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif pada suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai