Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan Kepada Matematik Konsep Asas Dalam Matematik

PRANOMBOR Terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu :

Pengelasan Proses pengelasan: Memilih dan membanding, Mengumpul, Memilih semula, Mengasingkan kumpulan, dan Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan: Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz) Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz) Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz) Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)

Perbandingan Contoh perbandingan: 1) Ukuran Panjang : pendek Tinggi : rendah Tebal : nipis 2) Saiz Besar : kecil 3) Berat Berat : ringan 4) Bilangan / kuantiti Banyak : sedikit 5)Jenis objek

Seriasi Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan turutan yang betul. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.

Contoh seriasi: Menyusun mengikut pola urutan Kecil besar, nipis tebal, rendah tinggi, pendek panjang, sempit luas. Menyusun objek mengikut ciri

Padanan satu dengan satu Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor. Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada konsep padanan satu dengan satu. Contoh padanan satu dengan satu; Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut. Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu. Memadan bilangan yang sama. Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.

Pola Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid; Meniru pola, Menyambung pola, Melengkapkan pola, dan Membina pola sendiri.

Keabadian Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza.

Pendahuluan Dan Konsep Komponen matematik


Kandungan matematik Penguasaan matematik Pembelajaran masteri Penyelesaian masalah Generalisasi Sifat positif terhadap matematik

Matematik dalam kehidupan harian Kepentingan matematik dalam kehidupan seharian:


Pengetahuan dan kemahiran Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis Berkomunikasi dengan berkesan di mana penyampaian mendatangkan makna kepada penonton Menikmati keindahan ciptaan dan seni yang terangkum dalam matematik Membuat pilihan dan keputusan Mencari, menginterpretasikan dan mengaplikasikan maklumat Bergaul dan bekerjasama dengan orang lain Kepimpinan dan pengurusan Perniagaan Merangsang kemampuan intelek manusia

Teori Pembelajaran Matematik Teori Konstruktivisme


Prinsip Prinsip Dalam Pembelajaran Konstruktivisme i. Pengertian diusahakan oleh murid sendiri baik secara individu mahupun kumpulan, ii. Pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada murid, kecuali hanya dengan keaktifan murid itu sendiri untuk belajar, iii. Murid aktif membina secara terus menerus sehingga berlakunya perubahan konsep ke arah yang lebih terperinci, lengkap, serta sesuai dengan konsep ilmiah, iv. Guru sekadar membantu menyediakan saranan dan situasi agar proses pembinaan murid berjalan lancar sesuai dengan kemampuan murid. Ciri-ciri pembelajaran matematik secara konstruktivisme: i. Murid terlibat secara aktif dalam pembelajarannya, ii. Murid belajar konsep matematik, secara bermakna, iii. Murid belajar bagaimana cara belajar, iv. Maklumat baru harus dikaitkan dengan maklumat sebelumnya sehingga bersatu dengan skemata yang telah dimiliki murid, v. Orientasi pembelajaran adalah inkuiri dan penemuan, vi. Berorientasi pada pemecahan masalah

Implikasi Teori Konstruktivisme dalam PNP: Guru sebagai fasilitator dan haruslah dapat menyediakan aktiviti-aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on (mewujudkan pengalaman aktif); Berusaha mewujudkan interaksi antara guru-murid dan murid-murid untuk proses negotiation (termasuk refleksi) bagi proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep (abstraksi); Sediakan aktiviti-aktiviti yang merangsangkan fikiran, sama ada soal-jawab atau dalam proses penyelesaian masalah. Guru juga sesuai berperanan sebagai pelajar atau penyelidik, supaya guru lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Penilaian dalam proses P&P pula merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan.

Teori Tingkahlaku dan Pembelajaran sosial


Jenis-jenis pembelajaran: i. Enactive learning - pembelajaran melalui perlakuan (doing) dan mendapat pengalaman daripada kesan atau akibat tindakan yang telah dilakukan. Dalam enactive learning, kesan atau akibat dikatakan sebagai pemberi maklumat tentang tindakan yang sesuai, mencipta harapan dan mempengaruhi motivasi (Schunk, 1996) ii. Vicarious learning - pembelajaran melalui pemerhatian apa individu lain lakukan Syarat keperluan bagi modeling dan peniruan yang efektif: i. Tumpuan Murid-murid hendaklah memberi tumpuan untuk belajar melalui pemerhatian. Murid-murid lazimnya memberi tumpuan kepada individu yang menarik, cekap dan disanjungi. ii. Pengekalan Murid-murid hendaklah berusaha mengingat untuk meniru tingkah laku seorang individu. pengekalan boleh ditingkatkan melalui mental rehearsal (imaging imitating the behavior) dan amalan sebenar di samping mengingat urutan langkah sesuatu proses. iii. Hasil walaupun murid dapat mengingat urutan langkah tetapi mungkin tidak dapat melaksanakannya dengan lancar. Oleh itu, inidividu itu perlu lebih banyak latihan, maklum balas dan amalan supaya lebih cekap iv. Motivasi dan Pengukuhan - teori ini juga masih memandang pentingnya pelaziman. Melalui pemberian ganjaran dan hukuman, seorang individu akan berfikir dan memutuskan perilaku sosial mana yang perlu dilakukan.

Proses Peniruan: i. Proses peniruan ii. Pemerhatian iii. Penyimpanan iv. Pengeluaran v. Motivasi

Implikasi Teori Sosial:


i. ii. iii. Murid-murid perlu diberi peluang untuk memerhati dan meniru pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Guru perlu menjadi contoh yang baik untuk mereka teladani. Persekitaran sosial yang kondusif perlu disediakan agar tingkahlaku yang baik dapat diterapkan dalam kalangan murid-murid. Daripada pemerhatian dan peniruan ini, murid-murid dapat mempelajari sesuatu dengan mudah dan ringkas.

Teori Ekologi
Lima sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak: (a) Sistem Mikro ialah persekitaran yang paling hampir dengan individu seperti rumah dan ahli keluarga terdekat contoh ibu bapa abang adik kakak. (b) Sistem Meso merujuk kepada hubungan individu dengan individu lain dalam persekitaran di mana individu itu berkembang seperti rumah, jiran dan sekolah (c) Sistem Ekso merujuk kepada keadaan yang tidak melibatkan individu secara langsung tetapi mempengaruhi sistem individu dan keluarga seperti tempat kerja ibu bapa, pasar dan sebagainya (d) Sistem Makro melibatkan perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat di samping persekitaran yang abstrak merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi (e) Sistem Krono merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa merujuk kepada peristiwa dan transisi yang berlaku dalam persekitaran individu sepanjang hayatnya

Implikasi Teori Ekologi: Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid semasa di sekolah. Guru juga mestilah peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh muridmurid sebelum memulakan pengajaran. Jika murid tersebut berada dalam keadaan yang tidak sedia, maka objektif pembelajaran yang ingin

disamapaikan oleh guru pada hari itu tidak akan tercapai. Guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada murid-murid mereka. Hal ini kerana, murid-murid akan mudah terpengaruh dengan apa yang diberitahu oleh guru. Jika murid melihat seseorang guru itu merokok di dalam kelas, maka mereka akan terikut-ikut perangai guru tersebut semasa di rumah. Oleh itu guru berperanan penting dalam membentuk akhlak murid-murid semasa di sekolah dengan menerapkan unsur-unsur rohani di dalam P&P . Guru perlulah sentiasa memberi nasihat yang baik kepada murid-murid agar menjadi orang yang berguna kelak. Guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran semasa P&P untuk menarik minat murid untuk belajar. Guru bukan sahaja perlu memfokuskan penyediaan aktiviti kepada murid yang aktif sahaja, namun perlu menyediakan aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif. Hal ini kerana perkembangan kanak-kanak adalah berbeza di dalam sesebuah kelas. Guru berperanan penting dalam menjelaskan dan membetulkan fahamanfahaman yang salah kepada murid-murid agar mereka memahami konsep yang sebenar tentang sesuatu perkara.

Teori Perkembangan Kognitif Peringkat-peringkat: i. Peringkat deria motor (02 tahun), ii. Pra-operasi (27 tahun), iii. Operasi konkrit (711 tahun) dan iv. Operasi formal (11 tahun ke dewasa). Proses perkembangan PNP:

Skema: Skema merupakan memori atau gambaran anak tentang sesuatu. Misalnya setelah anak bermain basikal dan diberi penjelasan bahawa itu adalah basikal, ia kini memiliki skema tentang basikal di dalam otaknya. Asimilasi: Proses menggunakan struktur yang sedia ada untuk menyerapkan pengalaman/ pembelajaran baru. Adaptasi dan keseimbangan: Mengubahsuai skema selaras dengan pengalaman / pembelajaran baru. Akomodasi: Mengubah skema untuk memenuhi keperluan pembelajaran baru.

Implikasi teori terhadap PNP: Menggalakkan pembelajaran yang menggunakan rakan sebaya yang lebih mahir. Bimbingan dan latihan yang diberi adalah berbeza mengikut tahao murid. Guru memberi bimbingan dan galakan apabila diperlukan. Galakkan namun kawal murid bercakap semasa menyelesaikan masalah matematik. Kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian. Beri arahan yang bermakna. Kurangkan aktiviti penghafalan. Beri murid peluang dan masa yang secukupnya untuk mengkaji dan meneroka sesuatu konsep yang dipelajari.

Prinsip Am Pengajaran Matematik Senang kepada susah Konkrit kepada abstrak Umum kepada spesifik Spesifik kepada umum

Konsep Asas Matematik -Klasifikasi


i) Warna - mengenal warna - menamakan warna - mencantumkan kad warna - mengasingkan warna - mengasingkan warna dengan benda-benda - mewarna mengikut arahan yang diberi Saiz - membandingkan saiz benda konkrit yang ditunjukkan - mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek - menamakan saiz - mengasingkan benda semi konkrit mengikut saiz - memadankan saiz yang sama - mewarnakan saiz yang sama Bentuk - mengasingkan benda mengikut bentuk - menamakan bentuk - memadankan bentuk yang sama dengan benda-benda konkrit - mewarnakan bentuk-bentuk yang sama Jenis - menamakan benda mengikut jenis - mengumpul benda mengikut jenis(semi maujud) - mengkelaskan benda mengikut jenis(gambar) - mewarna/melukis benda mengikut jenis

ii)

iii)

iv)

Turutan Hubungan satu kepada satu Pengekalan

Perkembangan Dan Pemerolehan Matematik Tahap Perkembangan Matematik -kesediaan pembelajaran matematik -kesediaan terhadap nombor -kesediaan terhadap belajar matematik tahap tinggi Hiraki Pembelajaran Matematik -Konkrit/enaktif
Pengalaman secara langsung Pengalaman sebenar, pengalaman tiruan, pengalaman melalui lakonan / drama, tunjuk cara, lawatan dan bahan pameran.

-Semi-konkrit/ikonik
Pengalaman secara visual Rakaman audio, gambar kaku, gambar bergerak,

Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Matematik Internal


Masalah kurang kecerdasan mental Sikap Masalah pengamatan: pendengaran, penglihatan, dan psikomotor Fizikal: makanan, keletihan, berpenyakit Tidak menguasai bahasa pengantar Penempatan murid tidak sesuai: disleksia, slow learner

Eksternal
Sekolah Pihak pentadbir Guru Ibu bapa Suasana pengajaran dan pembelajaran Kurikulum: sukatan, buku teks Persekitaran: bilik pemulihan, Budaya sekolah

Masalah Dalam Pembelajaran Matematik Dikalangan Murid Pemulihan Operasi asas


i. ii. iii. iv. Tambah Tolak Darab Bahagi

Penyelesaian Masalah
Fahami soalan o Salah tafsir masalah o Salah tafsir sebahagian masalah Merancang strategi o Rancangan dipilih tidak betul o Prosuder ada kesilapan kecil Melaksanakan strategi o Kesilapan mengira, sebahagian sahaja betul o Tiada jawapan atau jawapan yang salah. o Memilih strategi penyelesaian yang salah. Menyemak hasil jawapan.

Fobia Matematik - Memori - Metakognitif - Tanggapan Visual/ auditori - Bahasa

Kecekapan Matematik Komponen Asas Matematik -Menguasai konsep asas matematik


pengelasan Turutan Pengekalan Hubungan satu kepada satu

-Pra Nombor
Pengelasan (Warna, Saiz, Bentuk, Jenis) Turutan / Seriasi (Ikut saiz kecil dan besar, panjang dan pendek, lebar, tebal dan nipis) Perbandingan kuantiti (Mengasingkan kumpulan, mewarnakan kumpulan, menamakan kumpulan) Konservansi (Bermaksud pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kemusnahhan/kerosakan dan lain-lain)

-Nombor
Konsep nombor (Memahami nombor kardinal dan ordinal) Mengahfal nombor Menunjuk nombor Menulis nombor Nilai nombor Menyebut dan menulis nombor (Counting on, Counting back, Skip counting)

-Tempat perpuluhan -Operasi asas matematik (penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian) -Pecahan -Perpuluhan -Penyelesaian Masalah Komponen Matematik Sosial -Wang -Masa (Pagi, petang, malam & kelendar hari, minggu, bulan, tahun) -Ukuran dan Sukatan (Saiz dan kuantiti benda)

Strategi Dalam Pengajaran Pemulihan Matematik Pengajaran Matematik Pemulihan Prinsip Pengajaran Mudah ke sukar Konkrit ke abstrak Umum kepada spesifik Spesifik ke umum Penggunaan bahan manipulatif dan teknologi Pendekatan pemulihan
Berpusatkan murid (Berkumpulan, permainan, rekreasi matematik) Berpusatkan bahan (Maujud, 2D dan ICT) Berpusatkan guru. Deduktif Induktif Masteri Ikuiri Penemuan

Kaedah Pengajaran
Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Masteri

Intervensi Untuk Mengesan Masalah Dalam Matematik Kaedah Newman


Model berasaskan teori Newman (1977) mendefinisikan lima kemahiran membaca spesifik bagi penyelesaian masalah matematik: Membaca (decoding), Pemahaman, Transformasi, Kemahiran Proses dan Encoding. Sepanjang proses penyelesaian masalah, kemungkinan kesilapan yang tidak disengajakan berlaku.

Pelaksanaan Temu duga The Newman i. Bercakap kepada murid dengan mesra, ringkas bagi memberi keselesaan kepadanya. Jelaskan tujuan guru bercakap dengannya adalah untuk membantunya dalam Matematik. ii. Beritahu murid yang guru mahukannya untuk membuat beberapa masalah matematik terdahulu sekali lagi. iii. Sediakan murid dengan kertas soalan dan kertas jawapan yang baru dan minta dia menjawab semula soalan terdahulu yang pernah dibuatnya tapi jawapan salah. Galakkan murid tunjuk cara menyelesaikan masalah. Guru diam sehingga murid selesai membuat latihan. iv. Tanya murid beberapa atau semua soalan/arahan Newman (rujuk di bawah)

v.

vi.

atau soalan yang bersesuaian. jangan bantu murid dalam apa-apa peringkat tetapi buat catatan ringkas tentang jawapan murid yang sangat revealing. Tentukan mengikut klasifikasi ralat Newman iaitu guru dapat mencari di mana murid tidak boleh membuat latihan pada peringkat awal ujian (sebelum temu duga). Ulang 3, 4 dan 5 bagi ralat yang seterusnya.

Lima Soalan / Arahan Newman 1. Tolong bacakan soalan kepada cikgu. 2. Beritahu cikgu, apa yang soalan itu mahu awak lakukan. 3. Apa kaedah yang awak gunakan untuk mendapatkan jawapan? 4. Tunjukkan kepada cikgu bagaimana awak mendapat jawapan itu, dan bercakap kuat semasa membuatnya supaya cikgu faham bagaimana awak berfikir. 5. Sekarang tulis jawapan awak yang sebenar. Semasa Langkah 4, dengar dengan teliti apa yang murid cakap dan pastikan guru berfikir di peringkat mana murid mengalami kesilapan membuat latihan. Justeru, klasifikasikan kesilapan/ralat yang murid lakukan. Prosedur Analisis Kesilapan / Ralat Newman 1. Mengenal pasti ralat Bacaan: Baca soalan kepada saya. Jika anda tidak faham beritahu saya. 2. Mengenal pasti ralat Pemahaman: Beritahu saya, apa kehendak soalan itu. 3. Mengenal pasti ralat Transformasi: Sekarang beritahu saya apa kaedah yang awak gunakan untuk dapatkan jawapan. 4. Mengenal pasti ralat Kemahiran Proses: sekarang semak setiap langkah dalam tugasan awak dan beritahu saya apa yang awak fikirkan. 5. Mengenal pasti ralat encoding - ketidakupayaan untuk menzahirkan 6. jawapan dalam bentuk yang boleh diterima pakai: Beritahu saya, apa 7. jawapan kepada soalan itu? Tunjukkan jawapan awak.

Intervensi kepada Penyelesaian Masalah Kaedah Polya


Langkah 1 : Memahami Soalan Langkah 2 : Merancang Strategi Langkah 3 : Melaksanakan Strategi Langkah 4 : Semak Semula

Model Pengajaran Model Lester (1975). Model Mayer (1983). Model Polya (1973). Model Schoenfeld (1985).

Penyiasatan dan eksplorasi Intervensi dalam Matematik Sosial -Simulasi - Others -Main Peranan

Kajian Sukatan Matematik Sukatan:KSSR, Pemulihan dan Prasekolah -Kandungan/Kemahiran -Hasil Pembelajaran -Aktiviti -Kombinasi kemahiran dan aktiviti

Pentaksiran Dalam Kemahiran Matematik Jenis Pentaksiran -Pentaksiran Formal -Pentaksiran Tak Formal Pentaksiran Formal Ujian rujukan norma

Fungsi utama ujian rujukan norma (URN) ialah untuk membandingkan pelajar di antara pelajar di dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran yang diuji di dalam ujian itu. Markah ujian hanyalah dapat ditafsirkanmelalui perbandingan prestasi seseorang pelajar dengan prestasi kumpulan tertentu yang mengambil ujian yang sama. Ujian rujukan norma yang baik dapat mendiskriminasikan pelajar. Ia seharusnya boleh membezakan pelajar yang terpandai daripada pelajar yang kedua terpandai dan pelajar kedua terpandai daripada pelajar yang ketiga terpandai dan seterusnya. Oleh itu ujian jenis ini mengandungi soalan-soalan yang sederhana kesukarannya kerana soalan-soalan yang sederhana kesukarannya mempunyai kuasa diskriminasi yang lebih tinggi. Contoh : UPSR, PMR, SPM, STPM.

Ujian rujukan kriteria


Ujian yang dilakukan untuk mebandingkan prestasi murid dengan kriteria yang telah ditetapkan tanpa membuat perbandingan antara murid. Contoh : RPI

Ujian binaan/konstruk guru


Ujian Pencapaian / Ujian Kecerdasan Ujian Diagnostik / Ujian Aptitud (kebolehan) Ujian Formatif / Ujian Sumatif Ujian Rujukan Kriteria / Ujian Rujukan Norma Ujian Objektif / Ujian Subjektif Ujian Kuasa / Ujian Kepantasan

Pentaksiran Tidak Formal Pencerapan Pengiraan Lembaran Kerja Murid Kerja rumah Murid

Bahan Bantu Mengajar Matematik Kepentingan Bahan Bantu Mengajar


Memberi rangsangan dan minat murid-muird. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. Mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. Menjimatkan masa dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid menyeronokkan murid-murid

Ciri-Ciri Bahan Bantu Mengajar -Komersial -kitarsemula -ICT -Pelbagai bahan

Kategori Bahan Bantu Mengajar -Kesesuaian -pelbagai guna -mudahalih -jimat kos
1. Bahan Bukan Elektronik (buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majallah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan, kad cantuman, peta, globe, boneka, diorama, bahan-bahan permainan seperti shahibba ,carta) 2. Bahan Elektronik (filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman ,piring hitam , kad audio, lutsinar OHP, TV atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer ) 3. Bahan Pengalaman (Lakonan, kad-kad imbasan, pameran, pentomen, realia)

Bahan BBM dalam kit matematik ialah:


Papan flanel bermagnet semua topik Abakus / dekak-dekak Carta-carta Semua topik Kad-kad nombor / kad lajur Lembaran-lembaran kerja / kad kerja semua topik

Rancangan Pengajaran -Rancangan Pengajaran Harian -Rancangan Pengajaran Individu (RPI) -Persediaan RPI mengikut masalah Komponen Dalam Rancangan Pengajaran Harian -Format -Hasil pembelajaran -Aktiviti -Alat Bantu Mengajar -Refleksi

Anda mungkin juga menyukai