Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Pendidikan adalah satu istilah serta perkara yang sangat penting bagi semua negara tidak kiralah negara mundur,negara sedang membangun ataupun negara maju sekalipun.Negara kita,Malaysia juga tidak terkecuali mengejar pendidikan yang semakin hari semakin berkembang dengan pesat searus dengan dunia globalisasi pada masa kini.Dengan pendidikan ini lahirlah kesedaran dalam menuntut kemerdekaan dan kesedaran untuk maju dalam setiap bidang. Melalui pendidikan juga lahirlah modal insan yang berdaya saing, berintegriti dan bersahsiah unggul serta mempunyai rohani yang tinggi.Pendidikan bermula sejak manusia itu lahir hinggalah manusia meninggalkan dunia ini atau dengan kata lain pendidikan sepanjang hayat. Dalam zaman globalisasi ini, sistem pendidikan negara kita menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan samada dari segi fizikal, mental dan intelek.Dalam Pelan Induk Pebangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang menggariskan 6 teras utama agar sistem pendidikan di negara kita sentiasa releven dengan perubahan semasa dan dapat merealisasikan misi nasional serta memperkasakan sistem pendidikan negara kita. Untuk memperjuangkan misi ini,guru-guru sekarang menghadapi pelbagai cabaran dan halangan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan dan penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajar.Selain menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bilik darjah, warga pendidik juga perlu membentuk dan menyemaikan nilai-nilai murni dalam pendidikan untuk membentuk jati diri dan akhlak yang terbaik dalam diri pelajar dalam menghadapi globalisasi pendidikan pada masa kini.

PENDAHULUAN

Mengikut Prof Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agong Persatuan Universiti Komanwel (ACU), globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran yang berkualiti. Fungsi utama globalisasi pendidikan adalah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu. Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguhsungguh mengejar maklumat baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian kerana ia amat berguna kepada pelajar.Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamanya dalam perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan

pendidikan negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan

kurikulumnya dalam perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, pelajar, masyarakat dan negara contohya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Seseorang guru juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah

menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar.Namun begitu,seorang guru juga merupakan seorang manusia biasa.Manusia juga tidak pernah lari daripada tekanan kerja hasil daripada reformasi pendidikan ini.Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kehidupan

manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Menurut Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan atau paksaan yang diterima oleh seseorang. Manakala kamus Oxford Advanced Leaners (1983) mendefinisikan tekanan atau dalam Bahasa Inggerisnya stress sebagai pressure,condition causing hardship, disquiet. Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan dan sebagainya.Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar. Tekanan kerja pada tahap yang tinggi juga akan membawa kepada ketidakpuasan dalam membuat kerja dan akhirnya sikap suka mengelak dan mengabaikan kerja akan terhasil dan akhirnya murid-murid menjadi mangsa terhadap tekanan kerana skop kerja guru yang terlalu luas dan tidak teratur.

CABARAN GURU DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Integrasi Nasional Isu integrasi nasional merupakan salah satu daripada cabaran penting dalam negara kita.Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang,status sosial dan budaya untuk membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan norma dan sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama.Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat di setiap negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang bertujuan membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berdasarkan Perlembagaan

Persekutuan dan Rukun Negara(Jawatankuasa Integrasi Nasional,Jun 1991). Sebagai satu usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran dalam mewujudkan integrasi nasional dalam kalangan murid ialah dengan menubuhkan Sekolah Wawasan.Penubuhan sekolah ini bertujuan melahirkan anak bangsa yang cintakan negara melalui penempatan tiga buah aliran sekolah yang berbeza di satu kawasan.Peranan guru harus dititikberatkan dalam melaksanakan integrasi nasional ini sebaik mungkin. Guru harus menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan menjadikan bahasa ini sebagai bahasa perpaduan.Guru bukan sahaja harus menanam rasa cinta kepada Bahasa Malaysia dalam diri muridnya tetapi turut mencintai bahasa tersebut.Dalam memperkasakan bahasa kebangsaan tersebut,guru perlu mengadakan program seperti Minggu Bahasa Kebangsaan,Pertandingan Membaca,Pertandingan Bahas dan Pidato,Pertandingan Puisi dan sebagainya. Selain itu Kementerian Pelajaran turut memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan(RIMUP).Rancangan ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,guru dan murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah dan mewujudkan persefahaman dan toleransi antara murid.

Antara cabaran yang mungkin dialami guru-guru dalam melaksanakan integrasi nasional ini ialah penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.Ini adalah kerana murid-murid di sekolah ini lebih gemar bertutur dalam bahasa mereka apabila berinteraksi sesama mereka.Ini memberikan cabaran besar kepada para guru untuk memperbetulkan cara dan konsep yang hendak dilaksanakan tersebut. Namun begitu,guru boleh menggalakkan murid menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya dengan perlaksanaan pengajaran yang menarik dan menyeronokkan.Sekiranya pengajaran seorang guru itu menarik,murid terdorong untuk mengikut apa sahaja yang diarahkan oleh guru mereka.

Globalisasi dalam Pendidikan Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.Impak globalisasi dalam pendidikan merangkumi penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantarabangsaan,pendidikan negara terbuka kepada dunia luar,perubahan peranan guru di dalam bilik darjah dan pembudayaan teknologi dalam perlaksanaan tugas harian. Pewujudan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam era globalisasi telah berlakunya transformasi kurikulum dalam sistem pendidikan untuk

menyediakan modal insan yang sesuai dengan kehendak tempatan dan permintaan global.Cabaran adalah untuk menghasilkan modal insan yang berdaya saing dan memenuhi cita rasa pasaran tenaga buruh antarabangsa.

Kesedaran tentang bertapa pentingnya pendidikan dalam dunia globalisasi memberikan tekanan kepada para guru untuk merancang program kurikulum agar dapat menangani globalisasi dalam pendidikan.Maka,guru harus berusaha

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat mencapai hasrat tersebut.Antara usaha yang perlu diambil oleh guru adalah melatih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri dan bukan hanya memperoleh pembelajaran melalui latih tubi. Dengan globalisasi yang semakin pesat membangun dengan jayanya,guru harus meningkatkan perkembangan profesionalismenya selain mengemas kini maklumat agar sentiasa setanding dengan arus perkembangan maklumat yang lengkap dengan idea baharu dapat merangsang pelajar untuk berusaha dan menghasilkan ciptaan dan inovasi untuk negara kita.

Kepelbagaian budaya Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang bermaksud budi + daya ; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Negara Malaysia amat unik kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang menyumbang kepada satu gabungan kepercayaan,nilai dan cara hidup dalam sebuah negara.

Di sekolah kebangsaan yang terdiri daripada pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik merupakan satu cabaran kepada guru untuk menangani isu kepelbagaian pemikiran,kepercayaan dan agama agar mewujudkan suasana bilik darjah yang produktif dan mesra budaya.Namun begitu terdapat beberapa cara untuk guru menangani cabaran kepelbagaian budaya di sekolah. Guru seharusnya mempunyai pemahaman mendalam mengenai budaya pelajarnya.Sebagai contoh,guru boleh menerima jemputan untuk menghadiri jamuan makan malam bersama keluarga pelajar di rumahnya.Lawatan sedemikian membantu guru mengenali dan meneroka budaya hidup pelajarnya dan seterusnya dapat menangani isu budaya ini dengan baik.Peranan guru sebagai pemimpin di dalam bilik darjah amat penting untuk membudayakan ciri-ciri

kesederhanaan,kepekaan terhadap orang lain,toleransi dan berakomodasi dalam kalangan pelajar.

Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) telah mencapai satu tahap di mana pengaruhnya dapat dilihat dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar.TMK telah berkembang pesat dan pengaruhnya semakin bertambah bukan sahaja sebagai penyebar maklumat sahaja tetapi dalam semua bidang.Ledakan TMK dalam dunia telah banyak mengubah kehidupan manusia. Pengaruh TMK melalui internet sememangnya merupakan sumber maklumat bagi menambah ilmu pengetahuan.Pelbagai laman berbentuk pembelajaran dan pendidikan boleh diperolehi daripada internet.Cabaran guru yang paling utama dalam TMK ialah bagaimana untuk mendidik generasi muda terutamanya pelajar menggunakan sebaliknya.Guru Internet secara berkesan untuk pendidikan pendidikan tentang dan bukan dan

berperanan

memberikan

kebaikan

keburukan penggunaan internet supaya kanak-kanak memahaminya sejak awal lagi.Jika tidak dititikberatkan penggunaannya dengan baik,ia akan membimbangkan semua pihak kerana khuatir pengaruh TMK yang negatif akan mencorakkan masa depan yang kabur bagi negara kita.