Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN.

Air ialah satu keperluan untuk hidup. Setiap benda hidup memerlukan air dalam nisbah yang tertentu. Pada masa dahulu, penempatan manusia bermula di tempat berhampiran dengan air, seperti di tepi sungai, tasik, oasis kuala sungai dan di tepi pantai. Air merupakan tempat mereka menangkap ikan, sumber untuk pertanian, serta sumber memasak dan minum. Selain itu, air juga menjadi salah satu sisitem pengangkutan yang penting ketika itu

KEGUNAAN AIR.
Pada masa ini, kebanyakan air digunakan untuk perindustrian, perdagangan kegunaan awam, rumah kediaman, pertanian dan sebagainya. Di rumah kediaman, air digunakan oleh manusia untuk minum, memasak, mandi, membasuh pakaian, membasuh pinggan mangkuk, membasuh rumah dan juga untuk kegunaan tandas. Selain itu, tubuh manusia mempunyai kandungan air antara 60 hingga 80% daripada berat tubuh. Jika badan mengalami kekurangan air melebihi 5%, ia akan menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan. Air digunakan untuk rekreasi seperti untuk kolam renang, untuk menghasilkan tenaga elektrik dan tenaga wap, untuk memadamkan api dan untuk menyejukkan system enjin bermotor. Disamping itu, kegunaan air setiap individu dan negara berbeza-beza. Air banyak digunakan di negara maju jika dibandingkan dengan negara yang kurang maju. Bertambahnya penduduk di dunia menyebabkan semakin banyak air diperlukan setiap hari. Penyediaan air yang bersih dan mencukupi semakin sukar kini kerana banyak sumber air mengalami pencemaran

1|Page

SUMBER AIR DAN KUALITI.


Air boleh didapati daripada tiga sumber utama, iaitu air kerpasan, air permukaan, air bumi.

AIR KERPASAN
Air kerpasan ialah air hujan, embun dan salji. Air hujan merupakan sumber air yang utama digunakan untuk minum. Air hujan selalunya bersih. Ia akan menjadi tidak bersih apabila ia bertindak dengan pencemaran dari udara seperti karbon monoksida dan karbon dioksida untuk membentuk asid karbonik; nitrogen dioksida untuk membentuk asid sulfurik. Pembentukan asid ini menyebabkan terjadinya hujan asid.

AIR PERMUKAAN
Air permukaan ialah air yang terdapat di permukaan bumi. Contoh air ini ialah air sungai, air tasik, air laut, air paya, air parit dan air terusan. Air sungai selalu digunakan sebagai sebagai air minuman setelah diproses terlebih dahulu. Air permukaan kerap dicemari oleh berbagai-bagai pencemar. Air laut jarang-jarang digunakan kerana ia masin. Walau bagaimanapun, ia boleh dibersihkan dan dijadikan air minuman seperti yang dilakukan di Arab Saudi.

AIR BUMI
Air bumi ialah air yang didapati dari dalam bumi. Air ini berasal daripada air hujan yang diserap ke dalam tanah. Penapisan air secara semula jadi berlaku apabila air diserap melalui tanah, pasir dan batu-batan. Penapisan ini mengeluarkan kotoran dan juga bakteria. Ketika air melalui tanah, ia melarutkan bahan-bahan yang boleh larut dan membawa bersama-samanya bahan yang ada di dalam tanah tersebut. Antara bahan yang boleh terdapat di dalam air ialah nitrat, selenium, fluoride, magnesium dan ferum (besi). Sekiranya bahan berlebihan di dalam air, ia boleh memudaratkan kesihatan orang yang meminumnya.

2|Page

PUNCA LAIN
Air limbah yang telah diproses sehingga ke peringkat tersier boleh digunakan semula untuk kegunaan industry, mencuci tandas dan sebagainya, kecuali untuk minum dan memasak. Oleh itu, salur air ini perlu dikenal pasti supaya air ini tidak bercampur dengan air paip yang digunakan untuk minum dan memasak.

PEMBERSIHAN AIR PERMUKAAN


(a) Pencemar organik
Pembersihan pencemar organic boleh dilakukan secara penguraian aerobic dan penguraian anaerobik.Terdapat 2 jenis penguraian iatu aerobic dan anaerobic. (1) Penguraian aerobik Penguraian aerobik berlaku apabila bakteria dan kulat menggunakan oksigen yang larut dalam air. Bahan organik diuraikan oleh organisma aerobik tadi, lalu membentuk ammonia, nitrit, nitrat, sulfat, karbon dioksida, air dan tenaga. Tenaga yang terhasilakan digunakan oleh organisma tersebut. Penggunaan oksigen tadi menyebabkan oksigen menjadi berkurangan dalam air. Pengukuran keperluan Oksigen Biokimia [biochemical Oxygen Demand (B.O.D)] ialah penunjuk pencemaran organik air. B.O.D yang tinggi menunjukkan air tersebut mengalami pencemaran yang tinggi. (2) Penguraian anaerobik Pencemaran air diuraikan oleh bakteria anaerobik sekiranyan oksigen yang larut dalam air habis digunakan. Penguraian ini membentuk metana, hydrogen sulfida, merkaptan, asid, indola, skatola, alcohol, hydrogen, karbon dioksida dan sebagainya. Gas hydrogen sulfida dan merkaptan menyebabkan bau yang busuk.

3|Page

(b) Pembersihan pencemar mikroorganisma


Jumlah mikroorganisma dalam air bergantung pada jumlah bahan organik, kerana bahan organik merupakan sumber tenaga kepada mikroorganisma tersebut. Oleh itu, apabila bahan organic berkurangan , mikroorganisma juga akan berkurangan.

(c) Pembersihan pencemar kimia


Pembersihan pencemar kimia berlaku secara amat perlahan. Bahan kimia jenis biourai akan dioksidakan oleh oksigen dalam air, bahan kimia jenis tidak biourai akan kekal lama dalam air, diambil oleh hidupan air atau mendap bersama-sama enapan di dasar sungai.

KUALITI AIR DAN KAITANNYA DENGAN KESIHATAN


1. Terdapat tiga jenis kualiti air yang harus diberi perhatian, iaitu kualiti fizik, kualiti kimia dan kualiti biologi. 2. Unit Kebersihan Am di Pejabat Kesihatan mempunyai program khas dalam pengawalan mutu air minum. 3. Jabatan Bekalan Air dan pekerja loji sentiasa menitikberatkan pengawalan mutu air minum. 4. Jabatan Kimia berperanan menganalisis kualiti air. KUALITI FIZIK 1. Kualiti fizik dikenali dengan kualiti estetik. 2. Perkara yang diperhatikan adalah dari segi warna, bau, rasa, kekeruhan air, serta ada dan tiadanya bendasing dalam air. 3. Pertubuhan Sedunia mempunyai garis panduan tentang kualiti fizik air yang boleh diikuti.

4|Page

KUALITI KIMIA 1. Nilai pH i. ii. iii. Nilai pH air yang baik ialah tidak teralu berasid atau alkali. Nilai pH air minum yang ditetapkan oleh WHO ialah antara 6.5-8.5. ia mempengaruhi air dari segi rasa dan keberkesanan klorida untuk membasmi mikroorganisma dalam air.

2. Keliatan air i. Biasanya disebabkan oleh adanya garam karbonat dan sulfat daripada magnesium dan kalsium. ii. keliatan air bertambah menyebabkan penggunaan sabun yang banyak ketika mandi dan membasuh. iii. perhubungan secara songsang antara pertambahan keliatan air menyebabkan insiden penyakit kardiovaskular.

3. Nitrat i. Nitrat akan ditukarkan kepada nitrit pada keadaan berasid di dalam gastrousus bayi. ii. Nitrit menyebabkan methemoglobinemia yang akan mengganggu proses pengambilan oksigen dalam darah serta menukarkan bayi menjadi biru. iii. iv. WHO menetapkan aras nitrat dalam air tidak melebihi 10 mg/l. Bayi terdedah kepada risiko ini. Langkah-langkah diambil untuk mengelakkan gejala ini. v. Ibu yang menyusui bayi perlu berhati-hati kerana air minuman yang tinggi nitrat akan berpindah kepada bayi melalui susu ibu.

4. Flourida

5|Page

i. ii.

Flourida pada aras tertentu mampu menurunkan insiden karies gigi. WHO menetapkan aras flourida dalam air mestiah antara 0.6-1.5 mg/l pada suhu 26.3-32.6 C.

iii.

Aras flourida yang tinggi boleh menyebabkan flourosis pada gigi. (Gigi akan berbintik, mottling dan berwarna.

5. Pestisid i. ii. iii. Penggunaan pestisid di Malaysia seakin meningkat dan pelbagai. Setiap pestisid mempunyai tahap toksik yang berbeza. Sisa pestisid yang digunakan oleh para petani adakalanya mencemarkan air minum. iv. v. WHO telah menetapkan petunjuk untuk perihal aras pestisid dalam air minum. Tempat tadahan air minum ubtuk keguunaan umum hendaklah bebas dari pencemaran pestisid.

6. Logam berat i. Kewujudan logam berat dalam air minum boleh memudaratkan kesihatan jika kepekatannya tinggi. ii. Contoh logam-logam berat yang boleh memberi kesan pada kesihatan ialah,: plumbum, cadmium, kuprum (tembaga), zink, nikel, dan kromium. KUALITI BIOLOGI Air di permukaan mudah dicemari oleh pathogen seperti daripada jenis bacteria, virus, protozoa, cacing dan kulat. 1. Bakteria. i. Penyakit yang disebabkan oleh bacteria yang ditularkan melalui air ialah, kolera, demam tifoid, demam paratifoid, leptospirosis, dan sebagainya. ii. Air minum hendaklah diuji secara berkala untuk menentukannya bebas dari pencemaran pathogen berbahaya.

6|Page

2. Virus i. ii. Air mestilah bebas dari virus yang berbahaya. Antara virus yang boeh ditularkan melalui air ialah polivirus,ekovirus, koksavirus, adenovirus dan virus hepatitis. iii. iv. v. Virus ini terdapat dalam air yang dicemari oleh feses. Kaedah pengklorinan berupaya membuatkan virus menjadi tidak aktif. Tiada cara yang sesuai untuk memeriksa kewujudan virus dalam air minum dengan cepat.

3. Protozoa i. Air minum yang mempunyai protozoa seperti Entamoeba histolytica, menyebabkan penyakit disentri dan abses hepar. ii. Protozoa yang lain juga mengancam kesihatan.

7|Page

SISTEM LOJI PEMBERSIHAN AIR


Air yang dikumpulkan dari air sungai atau air permukaan yang dikumpulkan dari kawasan tadahan hujan akan dibawa ke tempat pemperosesan . Air tersebut seterusnya mengalami beberapa proses mengikut beberapa peringkat seperti yang ditunjukkan dalam carta di Ssebelah.

1. AIR YANG BELUM DIPROSES 2. PENYIMPANAN DAN PEMENDAPAN 3. PENAPISAN 4.PENGKOAGULATAN 5.TANGKI PEMENDAPAN 6.PENAPIS PASIR 7. PENGKLORINAN 8.PENFLOURIDAAN 9.PEMERIKSAAN MAKMAL

Ujian Warna

Ujian Ph

Ujian Jar

Ujian Klorin Baki

Ujian Flourida

Ujian Bakteria

Rajah 1. CARTA ALIR PEMBERSIHAN AIR

8|Page

Penyimpanan & Pemendapan


Air disimpan di tempat pemendapan selama 2 hingga 3 hari. Tujuannya adalah untuk memndapkan bahan pejal yang berat dan mengurangkan mikroorganisma dengan mendedahkan air kepada cahaya matahari. Penapisan Air dialirkan ke tempat yang mempunyai jaringan logam untuk menapis bahan seperti sampah dan alga. Pengkoagulatan Bahan apungan yang kecil tidak boleh diasingkan melalui proses diatas. Oleh itu bahan koagulatan seperti Aluminium Sulfat atau ferik klorida dicampurkan dengan air dan seterusnya terbentuklah Flok. Flok ialah pepejal kecil yang terapung dalam air. Bahan yang terapung bersama-sama koagulan dialirkan ke dalam kolan pencampuran yang mencampurkan air dengan koagulan dengan lebih sebati bagi membentuk lebih banyak flok. Pembentukan flok secara tidak langsung akan memerangkap mikroorganisma didalamnya. Tangki Pemendapan Air yang mengandungi flok dialirkan secara perlahan ke dalam tangki pemendapan selama 4 hingga 6 jam. Disini, flok yang besar akan mendap ke bawah, lalu meninggalkan flok yang kecil terapung dalam air. Penapisan Pasir Air dialirkan ke dalam tnagki penapisan yang mengandungi pasir dan batu kelikir . air yang dimasukkan di atas akan melalui tapisan ini secara gravity. Ini menyebabkan semua flok yang ada tertinggal di penapis ini. Pengklorinan Pengklorinan digunakan kerana ia lebih murah jika berbandingkan dengan kaedah yang lain, klorin yang digunakan boleh berbentuk sama ada cecair, gas atau dalam bentuk hipoklorit. Klorin akan memusnahkan mikroorganisma di dalam air termasuk virus. Baki klorin didalam air akan melindungi air

9|Page

daripada dicemari oleh mikroorganisma semasa air itu disimpan dan juga semasa proses penyaluran air ke rumah-rumah. Klorin yang dicampurkan dengan air akan membentuk klorin bebas. Klorin bebas di dalam air , iaitu asid hidroklorus dan ion hipoklorit bersifat sebagi disinfektan yang kuat. Pemflouridaan Flourida yang digunakan ialah natriumsilikoflourida yang ditambah did lam air pada kepekatan tertentu. Flourida pada kepekatan tertentu di dalam air berfungsi sebagai pelindung kerosakan gigi.

PEMERIKSAAN MAKMAL
Antara pemeriksaan makmal yang dijalankan adalah : (a) UJIAN PH Dilakukan untuk menentukan paras Ph air. Kadar kapur yang sesuai dicampurkan ke dalam air untuk mendapatkan Ph air yang dikehendaki . Ph air mempunyai kesan kepada keberkesanan klorin baki di dalam air. Bahan uji fenol merah digunakan untuk uji Ph air antara 5.2 hingga 6.8. (b) UJIAN JAR. Ujian ini dijalankan untuk menentukan jumlah koagulan dan pembantu koagulan yang diperlukan untuk menentukan terjadinya flok yang baik untuk air tersebut. (c) UJIAN KLORIN BAKI Ujian ini tidak memerlukan kepakaran yang tinggi dan ia member keputusan yang cepat. Klorin baki di dalam air sangat berkesan untuk disinfeksi mikroorganisma. Oleh itu, ujian ini sangat berguna sebagai pengganti ujian kloriform ynag memerlukan masa yang lebih lama. Ujian ini adalah untuk mengukur baki klorin di dalam air yang tidak terikat dengan bahan organik. Ujian yang dilakukan ialah ujian ortotolidin arsenat, yang dilakukan dengan melihat perubahan warna air yang dikaji, dan dibangdingkan dengan warna paiwai, dengan itu kepekatan klorin di dalam air dapat diketahui.

10 | P a g e

(d) UJIAN KOLIFORM Banyak mikroorganisma pathogen yang boleh mencemarkan air. Bakteria seperti Eschericha coli yang terdapat di dalam najis. Sekiranya bacteria ini terdapat di dalam air, maka ia menunjukkan air tersebut telah dicemari oleh najis manusia tau haiwan, Pemeriksaan kloriform dapat menunjukkan tahap pencemaran air oleh najis. Koliform ialah bakteria gram-negatif , berbentuk rod dan tidak membentuk spora. Apabila ujian koliform negatif maka dianggap tiada bakteria patogen di dalam air. Sekiranya ujian koliform positif, maka ujian spesifik untuk E.coli akan dijalankan dan sekiranya keputusan masih negatif maka ujian streptococcus Faecalis dilakukan. Air yang telah diolah dengan klorin mestilah tidak mempunyai sebarang organisma E.coli, streptococcus faecalis dan clostridium perfringens di dalam sebarang 100ml air yang diuji. (e) UJIAN FLOURIDA Ujian ini dilakukan di loji pengolahan air. Ujian ini penting untuk menentukan flourida ada di dalam air pada kepekatan yang dibenarkan .

PEMERIKSAAN MAKMAL

UJIAN Ph UJIAN JAR UJIAN KLORIN BAKI UJIAN KOLIFORM UJIAN FLOURIDA

11 | P a g e

AKTIVITI PENGAWALAN MUTU AIR MINUMAN


Aktiviti pengawalan air minum di kawasan luar andar dilakukan oleh Jabatan Kesihatan ,Jabatan Bekalan Air dan dibantu oleh Jabatan Kimia Negara. Di Jabatan Kesihatan ,Inspektor Kesihatan di bawah Penyeliaan pegawai kesihatan daerah mengambil contoh air minuman dari stesen persempelan air untuk ujian pH ,klorin , analisis kimia dan kultur bacteria koliform. Ujian baki klorin dan ph dilakukan di stesen tersebut ,manakala bahan ujian penentuan kualiti kimia dihantar ke Jabatan Kimia Negara.Setengah-setengah Jabatan Kesihatan mempunyai kemudahan untuk mengkultur mikroorganisma ini dengan menggunakan teknik yang mudah. Ujian diatas juga dilakukan untuk air minuman yang diproses secara sendiri di lading ladang.Apabila keputusan ujian air paip khususnya dari segi kimia, kualiti biologi atau kualiti fizik air.Melanggar peraturan seperti yang ditetapkan ,maka ia akan dilaporkan ke Jabatan Bekalan Air engan segera. Ujian semula air terhadap ke abnormalan yang dikesan tadi akan dilakukan setelah pembaikan dilakukan oleh Jabaytan Bekelan Air. Jabatan Kesihatan juga bertanggungjawab terhadap pemeriksaan kawasan tadahan air untuk bekalan air paip dan sungai digunakan sebagai sumber air.pemeriksaan dilakukan untuk menentukan kawasan seperti adnya kawasan menternak haiwan ,kawasan bertani dan kawasan kampong berhampiran dengan sungai yang boleh mencemarkan sumber air yang digunakan untuk diproses di logi air.

12 | P a g e

RUMUSAN
Air merupakan unsur yang sangat penting bagi kehidupan. Lebih kurang 70% tubuh manusia terdiri daripada air. Kandungan air di dalam otak 74%, otot 75%, darah 82%, tulang 22%, gigi 5%, hati 69% dan buah pinggang 82%. Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan tetapi tanpa air akan menyebabkan tubuh menghadapi masalah dehidrasi dan akan mati dalam masa beberapa hari sahaja. Air juga berperanan bagi merangsang proses bioligikal dan kimia yang berada di dalam tubuh badan. Tanpa air, darah tidak akan mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak akan berfungsi menjalankan proses detoksifikasi yang terdedah kepada unsur toksin serta makanan yang mempunyai kandungan racun. Kebanyakan penyakit berpunca daripada pengaruh toksin yang terdapat di dalam makanan, udara dan di dalam air. Oleh yang demikian manusia amat memerlukan air yang bersih dan dijamin selamat untuk diminum. Menurut kenyataan FOMCA Dahulu kita boleh minum air terus daripada pili air. Kini tidak boleh lagi, sebab walaupun air telah dirawat tetapi kerana melalui paip air yang telah usang, maka kekotoran turut masuk ke dalam saluran paip yang disalurkan ke rumah. Ramai pula yang terpaksa memasang penapis air di rumah mereka. Air yang diterima berkelodak, berwarna, berbau dan segala macam lagi. (Wawancara Buletin FOMCA bersama Encik Marimuthu Nadason Presiden FOMCA cetakan pertama Januari 2005).

Harapan kami agar kerajaan serta pengguna peka dan sentiasa prihatin dengan penggunaan air minum dan tidak melakukan pencemaran air agar generasi akan datang menikmati air yang bersih.

13 | P a g e

14 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai