Anda di halaman 1dari 19

1.

PENDAHULUAN Abad ke-19 memaparkan pelbagai perubahan dan perkembangan dalam sejarah Asia

Tenggara. Hal ini disebabkan oleh dasar kolonialisme yang telah dilakukan oleh Barat terhadap negara-negara di Asia Tenggara. Kolonialisme pada umumnya ialah proses sesuatu kuasa untuk mendapatkan kawasan petempatan baru melalui kaedah penaklukan dan penghijrahan. Dasar kolonialisme di negara Asia Tenggara adalah melalui beberapa cara seperti perjanjian, peperangan, dan pengilhakan. Keadaan ini dapat dilihat dalam penguasaan pihak British terhadap Myanmar dengan menggunakan kaedah peperangan. British telah menakluki Myanmar melalui tiga siri peperangan iaitu melalui perang Inggeris-Myanmar pertama (1826), perang InggerisMyanmar kedua (1852) dan Perang Inggeris-Myanmar ketiga (1885).1 Akhirnya pada Januari 1886, dengan rasminya seluruh Myanmar diisytiharkan sebagai sebahagian empayar BritishIndia. Hal ini kerana British mempunyai kepentingan ekonomi terhadap Myanmar yang kaya dengan bahan mentah seperti seperti kayu jati, dan sumber galian. Selain itu, minyak dan tanah pertanian yang subur serta terletak di laluan perdagangan yang penting ke negara China juga turut menjadi tarikan British untuk menjajah Burma.2 Selaras dengan kedudukan Myanmar sebagai negara yang dijajah, banyak dasar dan pembangunannya ditentukan oleh British. Apabila dilihat dari satu sudut, Myanmar menjadi salah satu pusat bagi negara British menggunakan kepintaran mereka dengan mengeksploitasi sepenuhnya sumber yang ada pada negara Myanmar. Semasa Myanmar berada di bawah

pemerintahan British, banyak perubahan sosio-ekonomi yang dilakukan antaranya British memperkenalkan sistem ekonomi laissez-faire dan turut mengubah sistem sosial masyarakat Myanmar. Sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh British telah berjaya menjadikan Burma sebagai negara pengeluar eksport beras terbesar menjelang abad ke-20 serta perusahaan kayu jati juga turut berkembang pesat. Selain itu, British juga telah berjaya memajukan sektor perlombongan yang dulunya dipelopori oleh penduduk Burma secara kecil-kecilan. Dapat dilihat bahawa, dasar kolonialisme British telah mengubah dasar ekonomi tradisional masyarakat Burma kepada ekonomi komersial. Sementara dalam aspek sosial pula, terdapat beberapa
1

George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 93. 2 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 323.

perubahan khususnya dari aspek pendidikan, perhubungan, reformasi pekerjaan, adat dan pembentukan masyarakat majmuk. Justeru itu, bahagian seterusnya kajian ini akan

menganalisakan reformasi-reformasi yang telah dilakukan semasa kolonialisme barat iaitu sekitar abad ke-19 dari aspek ekonomi dan sosial. 2.0 PERUBAHAN EKONOMI DI BURMA SELEPAS KEDATANGAN KUASA

BARAT Apabila penjajah menjalankan dasar kolonialisme di sesebuah negara, pastinya sistem ekonomi tidak lari daripada menerima perubahan, begitu juga dengan Myanmar. Keadaan ini dapat dilihat dimana British telah memperkenalkan sistem ekonomi laissez-faire yang telah membawa perubahan besar terhadap perkembangan ekonomi Myanmar. Sistem ekonomi laissezfaire ialah sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan untuk keuntungan. Mana-mana kajian permulaan tentang ekonomi Burma antara tahun 1885 hingga 1900 akan membayangkan bahawa Burma mendapat faedah dari pemerintahan Kolonial British.3 Perkembangan ekonomi ini dapat dilihat melalui sektor pertanian, perlombongan, perusahaan kayu jati, serta dasar tanah dan pinjaman yang dijalankan di Burma. 2.1 Perusahaan kayu jati Sebelum perkembangan yang menakjubkan dalam pengeluaran beras di Myanmar semasa suku akhir abad ke-19, barang eksportnya yang penting sekali ialah kayu jati. Myanmar merupakan salah sebuah negara pengeluar kayu jati utama di dunia kerana penggunaan kayu jati amat berguna dalam pelbagai aspek pembuatan khususnya dalam pembinaan dek kapal, rumah, perabot, bingkai jendela dan sebagainya.4 Keadaan ini telah menjadikan Burma sebagai tempat tumpuan para pedagang dari luar yang sangat memerlukan kayu jati untuk kepentingan mereka. Kekayaan kayu jati ini juga turut menjadi tarikan utama British untuk menjajah Burma. 5 Di samping itu, ekoran daripada revolusi pembinaan kapal stim pada awal abad ke-19 turut

membawa kepada punca dalam persaingan antara British-Perancis. Walaupun sejak abad ke-18
3

B.K.Drake. (1979). Burma: Pergerakan-pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Hlm. 11. 4 Nicholas Tarling. (1966). Southeast Asia: Past and Present. Melbourne: F.W.Cheshire Pty. Ltd. Hlm. 210. 5 W.R. Brock. (2011). Britain and Dominant. United State: Cambridge University Press. Hlm. 341.

British telah terlibat dalam perdagangan dengan Myanmar, tetapi campur tangan hanya dilakukan oleh British pada tahun 1826. British ingin menguasai perdagangan di Myanmar. Kegiatan Perancis sejak abad ke-18 di Myanmar menimbulkan kebimbangan British. Jika Perancis meluaskan kuasa ke Myanmar, hasrat British untuk menguasai kayu jati tidak tercapai. Oleh itu, bermula tahun 1826 sehingga tahun 1886, British menggunakan pelbagai alasan untuk menceroboh Myanmar bagi mengaut sumber ekonomi Burma terutama perdagangan kayu jati. 6 Bagi memastikan perdagangan kayu jati berkembang, British telah melakukan pelbagai usaha agar kayu jati berjaya dihasilkan dalam kuantiti yang banyak serta berkualiti. Antara usaha yang dilakukan oleh British bagi memajukan perusahaan kayu jati ialah dengan menakluki Pegu untuk tujuan penyimpanan hutan pada tahun 1852. Langkah ini bermula dengan satu pengkajian Dr. Dietrich Brandis tentang hutan-hutan yang berharga di daerah Tharravaddy-Prome dan daerah Toungoo. Dia telah meletakkan batu asas untuk jabatan Hutan Burma. Seterusnya, British bertindak menakluk utara Burma pada tahun 1886 yang menyebabkan lebih banyak kawasankawasan hutan berada di bawah kuasa British.7 Hasilnya dapat dilihat dimana selepas abad ke-19, jumlah pengeluaran perusahaan

adalah lebih daripada 500,000 tan setahun. Tambahan lagi, dianggarkan bahawa hutan-hutan di Myanmar dapat mengeluarkan 787,000 tan kayu keras setahun. Selain daripada kayu jati, hutanhutan Myanmar juga mengeluarkan kayu-kayu keras yang lain seperti kayu pyinkado iaitu kayu besi yang digunakan untuk landasan keretapi di Myanmar dan di India. Selain itu, terdapat juga hasil hutan yang tidak berapa penting seperti buluh, cutch, lac, dan juga kayu api yang digunakan untuk kapal-kapal dan enjin keretapi.8 Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, perusahaan kayu jati menjadi tarikan utama kepada bermulanya penjajahan Barat ke atas Burma yang bermula pada tahun 1826. Jika dirujuk kepada ketiga-tiga peringkat penaklukan wilayah-wilayah Burma iaitu pada tahun 1826, 1852 dan akhir sekali pada tahun 1886 adalah untuk menakluki wilayah-wilayah Burma yang menjadi tempat penghasilan kayu jati yang utama. Pada tahun 1826, British telah menakluki Hilir
6

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm.188 7 D.G.E.Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 955. 8 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 325.

Myanmar manakala tahun 1852, British telah menakluki Pegu dan akhir sekali pada tahun 1886. Hilir Myanmar dan Pegu merupakan kawasan yang kaya dengan kayu jati, manakala Hulu Myanmar digunakan sebagai jalan perdagangan British di Burma dengan bahagian barat Negara China. 2.2 Pertanian Burma sememangnya terkenal dengan aktiviti penanaman padi sejak abad ke-16 lagi di sekitar Delta Irrawaddy iaitu yang berada berdekatan dengan daerah Pegu dan Arakan. Namun, sebelum daerah Pegu diambil oleh British pada tahun 1852, Burma tidak pernah mengeksport beras ke negara-negara besar seperti India dan negara-negara Eropah. Kapal-kapal perdagangan hanya boleh memuatkan beras dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Begitu juga dengan daerah Arakan di Burma yang menanam padi untuk dieksport secara kecil-kecilan di wilayah-wilayah yang berdekatan seperti Brunei dan Melaka dalam abad ke-17.9 Namun, keadaan ini berubah selepas British menakluki Pegu dan Arakan. Pertanian yang dijalankan secara kecil-kecilan berubah kepada pertanian bercorak mementingkan perdagangan. Ianya telah bermula diantara perang-perang Anglo-Burma yang ke-2 dengan ke-3.10 Pemberontakan India (indian Mutiny) tahun 1857-1858, telah menyebabkan permintaan beras yang tinggi di Myanmar. Keadaan ini seterusnya telah merangsang pengeluaran padi di Burma. Disamping itu, peperangan saudara di Amerika dalam tahun 1865 telah menyekat eksport padi dari negeri Carolina ke Britain dan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 juga turut menyebabkan British semakin galak menjajah Burma serta menjalankan pelbagai usaha bagi meningkatkan aktiviti penanaman padi.11 Antara usaha yang dilakukan oleh pihak British, ialah menggalakan pendudukpenduduk di bahagian Utara Burma berpindah ke bahagian selatan untuk mengerjakan tanah-tanah delta yang subur .12 Golongan petani telah mula menggunakan alat-alat pertanian yang lebih baik serta telah sedar terhadap kepentingan teknik pertanian moden yang boleh menggeluarkan hasil

D.G.E.Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 951. George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 97. 11 W.William & Joginder Singh Jessy. (1963). A Short Story of South East Asia. Hlm. 164. 12 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Hlm. 98.
10

pertanian yang banyak.13 Di samping itu, kerajaan British juga telah membuat pelaburan untuk memajukan kawasan-kawasan penanaman padi di Myanmar dengan usaha membina sistem pengairan dan pengangkutan yang lebih baik. Sebagai balasannya petani dikehendaki membayar cukai.
14

Dasar ekonomi yang liberal, telah membuka Myanmar kepada orang luar khususnya

orang India. Keadaan ini dapat dilihat apabila British telah membenarkan buruh, pedagang dan ceti-ceti India memasuki Burma. Golongan ceti-ceti dari India inilah yang menyediakan pinjaman kepada golongan petani di Burma untuk mengusahakan tanaman padi mereka.15 Buruh yang dibawa masuk dari India oleh British diarahkan bekerja di ladang pertanian dan perkilangan milik British.. Buruh-buruh India ini dibayar dengan gaji yang murah, malahan kos pengangkutan untuk membawa imigran India ini adalah rendah kerana jarak antara Myanmar dengan India adalah dekat. Kedatangan orang India ke Myanmar telah menyebabkan perkembangan aktiviti penanaman padi. Buruh-buruh India diguna untuk membuka kawasan penanaman padi yang baru. Dengan menggunakan buruh India, keluasan kawasan penanaman padi bertambah daripada 6 juta ekar kepada 8 juta ekar menjelang abad ke-20. Selain itu, buruh India turut digunakan ketika musim menuai padi.16 Hasilnya, kawasan delta telah membawa perkembangan pertanian padi sawah yang sangat baik. Misalnya, berlaku pertambahan dalam keluasan tanah dari 700 000 ekar kepada 6 juta ekar di antara tahun 1855-1906, yang seterusnya membawa kepada peningkatan jumlah eksport beras daripada 162 000 tan kepada 2 juta tan. Hingga awal tahun 1900, Burma, Thailand dan Vietnam telah dapat membekalkan 70% daripada jumlah eksport beras dunia. Di antara ketiga-tiganya itu, Burmalah pengeluar yang terbanyak iaitu sebanyak 40 %. Justeru dapat dilihat, kolonialisme yang dilakukan oleh British terhadap Burma telah menukarkan negeri Burma menjadi sebuah pusat perdagangan dan pengeksport beras yang terbesar di dunia yang melahirkan juga sistem sewaan, pinjaman wang dan proses pengerjaan tanah.17 Reformasi yang dilakukan oleh British dalam bidang pertanian telah mampu menjadikan Burma sebagai pengeksport beras yang utama di dunia. Namun begitu, kedudukan petani
13

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 325. 14 Milton W. Meyer. (1965). Southeast Asia: A Brief History. United State: Littlefield, Adams& Co.Hlm. 55. 15 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Hlm. 97. 16 D.G.E. Hall. (1950). Burma. New York: AMS Press INC. Hlm. 112. 17 George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Hlm. 96.

Myanmar sebenarnya masih tidak jauh berubah dan masih lagi dalam keadaan miskin. Hal ini kerana, sektor pertanian terutama penanaman padi secara umumnya dilakukan oleh petani tempatan namun dilaksanakan di tanah milik chettiar. Perkara ini berlaku kerana dasar ekonomi British di Myanmar yang berusaha memaksimumkan keuntungan. 2.3 Perlombongan Sumber galian seperti minyak telah dilombong semenjak zaman pemerintahan raja-raja Burma lagi. Selepas tahun 1886, British memainkan peranan penting dalam memajukan

perlombongan mineral di Utara Burma. Selepas pengambilan kerajaan Thibaw, Syarikat Minyak Burma telah
18

melombong

telaga-telaga

minyak

dimana

kebanyakannya

berpusat

di

Yenangyaung.

Minyak penting dalam membekalkan bahan api kepada rumah-rumah orang

Burma untuk menyalakan pelita-pelita dan juga membolehkan kayu-kayu, tikar dan manuskrip yang dibuat daripada daun palma yang diawet. Pada waktu ini, orang British telah memonopoli sektor perlombongan disebabkan mereka yang menubuhkan syarikat perlombongan manakala orang India pula bekerja di lombong-lombong sebagai kuli.19 Pada waktu tersebut juga, telaga-telaga minyak digali secara primitif atau tradisional iaitu dengan menggunakan tangan. Cara ini memerlukan masa yang panjang sedangkan hasil yang diperolehi hanyalah sedikit dan tidak mencukupi sehinggakan minyak tanah terpaksa diimport dari Amerika untuk memenuhi keperluan penduduk Burma.20 Keadaan ini menyebabkan British yang sudah mempunyai kepakaran teknologi moden telah memperkenalkan cara-cara moden untuk menggali minyak dan pengeluaran secara besar-besaran telah dimulakan. British juga telah bertindak membuka sebuah firma iaitu Syarikat Minyak Petrol Burma pada 1886 di Rangoon.21 Pada awalnya, firma British ini hanya menjalankan kegiatan dalam perusahaan minyak tempatan, tetapi kemudiannya firma ini bertindak membeli pajakan-pajakan kerajaan dan juga telaga-telaga minyak persendirian.

18 19

W. Williams dan Joginder Singh Jessy. (1963). A Short History of South East Asia. Hlm. 165. Ibid. 20 Nicholas Tarling. (1966). Southeast Asia: Past and Present. Hlm. 211. 21 D.G.E Hall. (1979). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 956.

Dalam

tempoh lima tahun, firma ini berjaya mengeluarkan minyak tanah yang

mencukupi sehinggakan kerajaan tidak perlu lagi mengimport minyak dari Amerika. 22 Malahan, syarikat ini juga mengeksport minyak yang pertama ke India dan pada tahun 1896 pula mengeksport minyak ke Pulau Pinang.23 Tambahan lagi, British juga telah melakukan pembaharuan dimana membuka satu barisan lombong-lombong minyak dari Indaw di Ulu Cindwin melalui Sabe dan Singu ke Yenangyaung dan telah membina saluran paip minyak yang menghubungkan kawasan-kawasan minyak ke kilang penapisannya di Syriam.24 Selain daripada mengeksport minyak, Myanmar juga turut mengeksport bahan mentah lain seperti plumbum (timah hitam), wolfrum, bijih timah, getah dan juga kapas di dunia.25 Namun, eksport bahan mentah ini adalah dalam kuantiti yang kecil sahaja. Timah hitam didapati dari lombong-lombong di Badwin iaitu di negeri-negeri Syan Utara yang diusahakan oleh Burma Cooporation di lombong Mawchi Karenni dan Namtu.26 Perusahaan timah hitam juga dimonopoli oleh syarikat British walaupun syarikat-syarikat yang menjalankan perusahaan minyak ini dimiliki oleh Burma Corporation. Perkembangan perusahaan ini hanya berlaku selepas abad ke-19 apabila Burma dimasuki oleh kaum Cina. Selama beberapa tahun sahaja, kawasan perlombongan ini menjadi tempat kegiatan perlombongan orang-orang Cina dan lombong-lombong ini adalah di antara lombong-lombong pengeluar timah hitam yang kelima pentingnya di dunia sementara Bawdwin pula merupakan antara lombong perak terbesar di dunia.27 Selain itu, bijih timah turut menjadi bahan eksport bagi Burma. Sama dengan perusahaan plumbum, bijih timah juga berkembang selepas abad ke-19. Walaupun Burma terletak dalam lingkaran bijih timah tetapi British lebih tertarik dengan penemuan welferum di Mawehi. Buktinya, Burma hanya mengeluarkan 100 ton setahun sebelum tahun 1910. Perlombongan welferum juga berkembang selepas tahun 1900. Selepas itu, pihak British juga telah menaruh minat terhadap lombong perak dan besi yang berhampiran dengan Namtu, dan galian tungsten di
22 23

Nicholas Tarling. (1966). Southeast Asia: Past and Present. Hlm. 210. F.S.V. Donnison. (1970). Burma. London: Ernest Benn Limited. Hlm. 195. 24 D.G.E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 956. 25 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm.323. 26 D.G.E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 956. 27 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 149.

Mawchi. Kemudian percubaan British untuk mengeksploitasi batu delima di daerah Mogok berakhir dengan kegagalan.28 Terdapat juga sedikit pengeluaran arang batu, garam, jed yang dilombong. Secara ringkasnya dapat dikatakan disini bahawa British memainkan peranan penting dalam memajukan sektor perlombongan mineral-mineral di Burma terutama sekali perlombongan minyak, plumbum dan perak. Pada mulanya, aktiviti perlombongan dijalankan berasaskan kaedah primitif, namun selepas pemerintahan British di Burma, kaedah moden telah diperkenalkan oleh Syarikat Minyak Burma. Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan nilai eksport bahan galian seterusnya menjadikan Burma sebabai negara pengeluar plumbum dan perak terbesar di dunia. Namun, keuntungan yang utama masih lagi berpihak kepada pihak British. 2.4 Dasar tanah dan pinjaman Dasar Tanah dan pinjaman ini diperkenalkan oleh British apabila banyak tanah baru dibuka yang melibatkan hak-hak milik. Kerajaan Burma telah menetapkan tiga jenis hak milik iaitu tanah persendirian, tanah kerajaan dan juga tanah biara (paderi). Tujuan British menetapkan jenis-jenis tanah adalah untuk memudahkan pengurusan hal-hal tanah tetapi kesemua jenis ini mendukung kepada hak milik secara turun-temurun dan juga pusaka.29 Namun apabila Burma diambil alih oleh British, satu dasar tanah baru diperkenalkan. British cuba menggabungkan peneroka-peneroka dengan mewujudkan satu kelas yang terdiri daripada peniaga-peniaga golongan petani. Dengan penggabungan tanah, hasil yang diperolehi menjadi lebih banyak dan hal ini dapat menstabilkan ekonomi serta dapat menolong meringankan beban perbelanjaan British dengan bayaran cukai.30 Dasar tanah yang diperkenalkan oleh British terdiri daripada beberapa sistem pemilikan tanah yang berlainan tetapi kesemuanya tidak berjaya mencapai matlamat yang diinginkan oleh British. Antara sistem pemilikan tanah itu ialah Sistem Sewaan ( melalui sistem ini, tanah akan ditetapkan kadar sewaannya untuk satu-satu masa tertentu). Namun sistem ini telah digantikan
28 29

W. Williams dan Joginder Singh Jessy. (1963). A Short History of South East Asia. Hlm. 165. Michael W. Charney. (2009). A History of Modern Burma. United Kingdom: Cambridge University Press. Hlm. 6. 30 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 144.

dengan sistem setinggan yang diamalkan melalui Akta Tanah dan Hasil Burma tahun 1876. Hal ini adalah kerana, cukai yang diperolehi oleh kerajaan tidak menguntungkan mereka. Pada awalnya cukai yang dikenakan oleh British terhadap beras adalah rendah dan sesetengahnya tidak dikenakan cukai untuk beberapa tahun. Keadaan ini menyebabkan British banyak menanggung kerugian pada tahun 1870-an apabila permintaan terhadap padi meningkat sedangkan sebelum ini, British memberi tanah secara percuma tanpa cukai kepada penanam padi yang menanam padi di Burma Hilir.31 Keduanya adalah Sistem Setinggan. Sistem penanaman sementara ini telah diamalkan melalui Akta Tanah dan Hasil Burma (1876) tetapi sistem ini sering disalahgunakan apabila ramai petani yang meluaskan hak milik tanah mereka dan ada juga yang menjual tanah ini. Melihat keadaan ini, British menggesa petani supaya mendapatkan hak milik yang tetap ke atas tanah. Lalu British memperkenalkan pula sistem yang ketiga iaitu sistem Patta. Sistem ini juga banyak memberi masalah untuk memilih pemohon-pemohon yang sesuai yang merupakan penanam-penanam yang tulen dan berupaya mengerjakan tanah mereka tanpa bantuan daripada peminjam-peminjam wang.32 Namun, sistem ini juga tidak berjaya kerana petani-petani banyak berhutang dan kerajaan pula mula tidak yakin untuk memberikan pinjaman. Faktor yang menyebabkan rakyat Burma meminjam wang daripada ceti adalah mereka kekurangan modal untuk memajukan kawasan pertanian mereka. Keadaan ini menyebabkan pihak chetti dari bangsa India melangkah masuk ke Burma untuk menyediakan wang dan juga memberi jaminan terhadap para petani. 33 Para petani di Burma amat bergantung kepada ceti-ceti India untuk modal-modal tahunan yang mereka perlukan walaupun mereka dikenakan bayaran bunga yang tinggi sehingga memcecah 25% dan apabila hutang-hutang itu tidak diselesaikan maka tanah-tanah mereka akan dirampas.34 Oleh kerana pemilikan tanah itu satu hak yang sah dibawah kuatkuasa British, tanah tersebut boleh dijual, diperniagakan, atau dimiliki semula tanpa memikirkan hak sama ada kampung ataupun keluarga si pemilik seperti adat kebiasaan di bawah

31 32

D.G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm.953. Ibid. 33 Ibid. 34 Joginder Singh Jessy. (1971). Sejarah Asia Tenggara: 1500-1945. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 262.

pemerintahan raja-raja Burma terdahulu. 35Akhirnya kebanyakan tanah mereka telah menjadi hak milik golongan chetti. Pada tahun 1882 dan 1883, langkah-langkah Akta Perlembagaan diluluskan dimana telah menyediakan petani-petani dengan peminjam-peminjam dengan kadar bunga yang lebih rendah berbanding kadar yang dikenakan oleh ceti. Namun, peraturan-peraturan yang dikenakan bagi meminjam wang adalah ketat dan keadaan ini menyebabkan golongan ceti mengambil langkah lain untuk menjaga orang Burma daripada meminjam wang dari kerajaan.36 Secara keseluruhannya, sistem tanah bagi masyarakat Burma adalah tanah dimiliki oleh keluarga, masyarakat dan juga raja, bukannya orang persendirian. Namun, selepas kedatangan British, sistem tanah ini telah ditukar dan British telah memperkenalkan dasar tanah yang baru dimana tanah boleh dijual, diperniagakan dan dimiliki oleh sesiapa sahaja. Keadaan ini menyebabkan masyarakat petani kekurangan modal disebabkan cukai yang dikenakan dan mereka telah meminjam wang dari golongan ceti dari India. Akibat tidak dapat membayar hutang, akhirnya tanah mereka telah menjadi hak golongan ceti.Ini juga merupakan satu kesan yang sangat penting kerana bukan sahaja rakyat Burma terpaksa tunduk kepada pemerintah asing tetapi juga mereka turut kehilangan hak mereka kepada orang asing. 3.0. PERUBAHAN SOSIAL DI BURMA SELEPAS KEDATANGAN BARAT 3.1.Reformasi pendidikan British telah berjaya menguasai Burma pada tahun 1886. Sepanjang pemerintahan British selama 120 tahun di Burma, banyak perubahan yang telah dilakukan. 37 Pada era pemerintahan kolonialisme, British telah melakukan reformasi ke atas bidang pendidikan di Myanmar. British telah membuka kemudahan-kemudahan pendidikan yang baru untuk orang ramai dan keseluruhannya telah membaiki keadaan hidup mereka dengan munculnya keadaan sosial yang lebih menarik. Sebelumnya, pendidikan berada dibawah pengurusan ahli-ahli agama Buddha yang memberi pengajaran di sekolah paderi yang tidak mengenakan yuran. 38 Walaupun sumbangan mereka itu amat berharga, British mendapati kebanyakan sekolah-sekolah paderi ini
35 36

George Mc.Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Hlm. 98. D.G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. hlm. 954. 37 Reid. R dan Grosberg. M. (2005). Myanmar (Burma). United States: Lonely Planet. Hlm. 39. 38 Joginder Singh Jessy. (1971). Sejarah Asia Tenggara: 1500-1945. Hlm. 261.

10

menggunakan kaedah lama iaitu sekadar membaca dan menulis dalam bahasa daerah. 39 Oleh itu, British memperkenalkan sistem sekolah Inggeris daripada peringkat rendah hingga ke peringkat universiti. Walaupun pelbagai sistem pendidikan baru diperkenalkan, namun sekolah paderi masih diteruskan.40 Sistem pelajaran Barat yang diperkenalkan ini adalah untuk menggantikan sistem pelajaran yang bercorak tradisional dan keadaan ini menyebabkan bahasa Myanmar menjadi kurang penting.41 Pada tahun 1884, Maktab Rangoon telah didirikan bagi menyediakan pelajar Myanmar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Calcutta di India. Oleh itu, rakyat Myanmar mengambil kesempatan ini dan dengan itu maka lahirlah intelek-intelek Myanmar dari golongan atasan yang berpendidikan Inggeris.42 Dengan ini rakyat Burma memahami akan idea-idea baru seperti liberalisme dan demokrasi. Pelajar-pelajar yang berpelajaran Inggeris kemudiannya menjadi pemimpin pergerakan nasionalisme. Walau bagaimanapun, segelintir golongan rakyat Burma tidak berpuas hati kerana mereka mahu mengekalkan sistem pelajaran tradisinya. Sistem sekolah rendah juga telah diperkenalkan pada 1871. Tetapi pada 1870 sekolah menengah kerajaan juga diwujudkan dan kerajaan juga telah memberi perangsang dan pinjaman wang kepada sekolah-sekolah yang dibina oleh badan-badan agama dan sukarela seperti persatuan pengembang ajaran Gospel dan Badan Pengembang Agama Katholik. Di samping itu, kerajaan juga telah membina maktab-maktab untuk melatih guru-guru.43 Sekolah-sekolah khas juga dibina untuk jurutera, juruukur dan ahli kehutanan. Proses ini menyebabkan munculnya Universiti Rangoon pada tahun 1920. Pendidikan tersebut bertujuan untuk menghasilkan orangorang yang berkelayakan untuk bekerja sebagai kerani dan pentadbir untuk kerajaan British di Burma. Kesannya telah mewujudkan sebilangan besar orang yang mempunyai hubungan dengan pendidikan Barat.44 Selain itu, desakan untuk belajar Bahasa Inggeris digalakkan oleh permintaan pejabatpejabat kerajaan British dan perdagangan untuk melahirkan orang yang berkelayakan untuk
39 40

Ibid. Ibid. 41 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 335. 42 Ibid. 43 Joginder Singh Jessy. (1971). Sejarah Asia tenggara: 1500-1945. Hlm. 261. 44 Ibid.

11

memegang jawatan kerani. Keadaan ini menyebabkan perhatian ditumpukan kepada perkembangan pelajaran Inggeris-Burma. Sekolah-sekolah kerajaan ditubuhkan dalam tahun 1870-an dan bantuan kewangan telah diberikan kepada sekolah agama Kristian yang dianjurkan oleh Roman Katolik.45 Untuk menyediakan elemen pelajaran moden, Sir Albert Fytche, Ketua Pesuruhjaya Burma British menyusun satu rancangan untuk memajukan sekolah-sekolah Vernakular-Inggeris dari tahun 1870 dan sistem ini disusun semula pada tahun 1880. Mulai dari masa itu, pelajar-pelajar Burma mulai menunjukkan kecenderungan mereka terhadap pelajaran dan akibatnya sekolah-sekolah sami mengalami perubahan yang serius akibat permintaan untuk pelajaran peringkat menengah.46 Secara keseluruhannya, transformasi British dalam bidang pendidikan ini jika dilihat dari satu sudut dapat menaik tarafkan tahap pendidikan dalam kalangan masyarakat Burma. Hal ini kerana, sistem pendidikan dari sekolah rendah hingga ke peringkat Universiti sememangnya bermanfaat bagi menyediakan para pelajar ke arah guna tenaga kerajaan dan perdagangan. Namun, kemajuan sistem pendidikan Vernakular yang dibawa oleh Barat telah menyebabkan merosotnya minat orang ramai terhadap pendidikan tradisional. Secara tidak langsung, keadaan ini turut membawa kemerosotan kepada fungsi-fungsi sosial utama golongan sami-sami Buddha. Justeru, ikatan antara sami-sami ini dengan masyarakat menjadi bertambah lemah. Keadaankeadaan ini seterusnya membawa kepada kemerosotan corak hidup berdasarkan kepercayaan Buddha. Selain itu, sekolah Inggeris yang dibuka juga turut menyebabkan secara perlahan-lahan, penggunaan Bahasa Burma menjadi kurang penting. 3.2 Reformasi jalan pengangkutan dan perhubungan Jalan perhubungan melalui sungai, jalan raya dan jalan kereta api telah diperkembangkan oleh British. Selepas tahun 1886, bagi tujuan membantu langkah-langkah keselamatan negeri, kerajaan penjajah telah meningkatkan pembinaan jalan kereta api seperti dari Yangon ke Prome, sementara laluan Yangon- Toungoo disambung ke Myanmar Hulu bagi memudahkan pergerakan tentera ke sebelah utara Myanmar.47 Pada tahun 1877, jalan kereta api Burma yang pertama

45 46

D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 907-908. B. K. Drake. (1979). Burma: Pergerakan- Pergerakan Nasionalisme dan Kemerdekaan. Hlm. 10. 47 Abu Talib Ahmad. (2000). Sejarah Myanmar. Hlm. 210.

12

ialah jalan kereta api di wilayah Irrawady yang menyambungkan Rangoon ke Prome.48 Pada akhir abad ke-19, jalan kereta api telah disambungkan ke bandar-bandar dan pusat-pusat perdagangan yang penting, manakala projek British hendak menghubungkan Yunan dan bahagian-bahagian lain di Barat negeri China, telah menolong British masuk ke Burma pada tahun 1824.49 Menjelang tahun 1884, Rangoon telah dihubungkan oleh jalan kereta api dengan Prome dan Tangoon. Selain itu, kewujudan jalan kereta api juga dikatakan muncul selepas pembukaan Terusan Suez yang dibina bagi kawasan yang tidak boleh menggunakan kenderaan air. Sebelum akhir abad ke-19, Prome, Mandalay dan Myitkyina telah dihubungkan dengan Bandar Rangoon. 50 Landasan-landasan dibina bagi melalui negeri Syan Utara ke Lasyio dan melalui negeri-negeri Syan Selatan ke Sywengyaung iaitu berdekatan dengan Taunggil. Pada keseluruhannya, jalan kereta api telah wujud sepanjang 2060 batu pada 1914.51 British juga melakukan reformasi terhadap pengangkutan sungai. Jalan perhubungan Burma yang penting ialah sungai-sungai yang besar dan cawangan-cawangannya. Jalan perhubungan pertama telah diusahakan oleh perusahaan British dan Syarikat Irrawady Flotilla yang ditubuhkan pada tahun 1865 untuk menjalankan satu angkatan termasuk beberapa buah kapal Shallow Draught iaitu kapal pecut terbesar dunia.52 Kapal-kapal digunakan di sungai Irrawady hingga ke Bhamo dan di sungai Cindwin hingga ke Homalin serta bandar-bandar penting di delta Irrawady. Tambahan pula, walaupun kemudahan perhubungan disediakan bagi membolehkan potensi eksport Burma digunakan dengan lebih ekonomi, kemajuan ini tidak dapat meninggalkan kesan kepada ekonomi dalam negeri.53 Perkembangan jalan raya yang lambat dibina hingga 1918 menyebabkan hanya terdapat 200 batu sahaja jalan raya yang bertar di negeri itu. Kemudian muncul satu perkembangan yang besar dimana dua puluh tahun kemudian telah wujud sepanjang 6000 batu jalan raya untuk semua musim beserta pula dengan 5000 hingga 6000 batu lagi yang boleh digunakan untuk kenderaan motor di musim panas.54

48 49

Joginder Singh Jessy. (1971). Sejarah Asia Tenggara: 1500-1945. Hlm. 263. Ibid. 50 D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 957. 51 Ibid. 52 Ibid. Hlm. 956. 53 B. K. Drake. (1979). Burma: Pergerakan-Pergerakan Nasionalisme dan Kemerdekaan. Hlm. 11. 54 D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 957.

13

Sebagai kesimpulannya, reformasi terhadap sistem perhubungan dan pengangkutan yang dijalankan oleh British ada juga kebaikannya. Apa yang boleh dikatakan disini terdapat banyak kebaikan terhadap sistem tersebut iaitu daripada jalan perhubungan kereta api kerana dapat menghubungkan banyak kawasan dan mempercepatkan masa perjalanan. Selain itu, dari perhubungan jalan sungai pula ialah munculnya satu angkatan oleh beberapa buah kapal untuk menghubungkan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Manakala jalan raya pula memberikan kesenangan kepada kenderaan bermotor pada musim panas. Namun dari sudut yang lain pula, dapat dilihat di mana tujuan sebenar pembinaan kemudahan-kemudahan tersebut adalah untuk memudahkan urusan pentadbiran pihak kolonialisme untuk berhubung dengan pihak British di India melalui pembinaan kereta api. 3.3 Reformasi peluang pekerjaan Kemasukan orang India ke Myanmar ditentukan oleh wujudnya ruang pekerjaan yang tersedia sama ada dalam sektor pertanian, perusahaan dan juga bidang perburuhan. British juga telah mengadakan dan memberikan subsidi tambang perjalanan kepada orang India yang ingin berhijrah ke Myanmar. Keadaan ini menggalakkan lagi penghijrahan orang India walaupun mereka dibayar gaji yang murah. Bagi British, pengambilan orang India yang terlatih bekerja di sektor perkhidmatan, pendidikan dan juga perubatan adalah menguntungkan mereka. Keadaan ini secara langsung telah menyekat peluang orang Burma untuk membabitkan diri dalam bidang tersebut. Selain daripada pengecualian terhadap Syarikat Minyak Burma, firma-firma asing yang besar lebih cenderung mengambil pekerja-pekerja India atau Cina dari mengambil orang-orang Burma.55 Pembinaan jalan dan limbungan juga dikerjakan oleh orang-orang India. Malah dalam sektor pertanian juga terdapat kesan-kesan pemindahan tanah yang menghalang sebilangan besar petani-petani Burma untuk mendapat manfaat daripada pertambahan permintaan eksport beras.56 Tambahan lagi, masyarakat Burma berpandangan bahawa permintaan untuk tenaga kerja pada tahun perkembangannya menyebabkan bertambahnya bilangan kedatangan kaum India. Taraf

55 56

B. K. Drake. (1979). Burma: Pergerakan-Pergerakan Nasionalisme dan Kemerdekaan. Hlm. 11. Maung Htin Aung. (1967). A History of Burma. New York: Columba University Press. Hlm. 162.

14

hidup kaum India yang rendah daripada bangsa Burma, menyebabkan mereka berjaya menandingi bangsa Burma dalam perebutan untuk penyewaan pemilikan tanah.57 Selain itu, gudang-gudang padi kepunyaan bangsa Burma telah dihapuskan dan digantikan dengan gudang padi yang dilengkapi dengan kemudahan mesin wap yang diuruskan oleh kuli-kuli dari India. Perahu-perahu kecil kepunyaan bumiputera Burma juga telah digantikan dengan kapal-kapal wap milik British. Keadaan ini telah mengakibatkan ramai bangsa Burma berhenti dari pekerjaan mereka disebabkan oleh tenaga kerja India yang lebih murah dan lebih berpengalaman.58 Tujuan British membawa masuk kuli-kuli India adalah British mengharapkan mereka dapat membantu dalam pentadbiran di Myanmar kerana orang India berkebolehan berbahasa Inggeris dan biasa dengan pentadbiran British.59 Tetapi ramai juga orang India yang menetap dan menyebabkan bilangan penduduk Burma bertambah. 60 Manakala kedatangan kaum Cina ke Burma pula adalah untuk memonopoli dalam bidang perniagaan. Reformasi British di Burma telah membuka lebih peluang pekerjaan kepada kaum India dan Cina berbanding masyarakat Burma. Ini menyebabkan masyarakat Burma masih berada di takuk lama, sebaliknya imigran dari India dan China yang menguasai ekonomi Burma. Hal ini dapat dibuktikan dimana masyarakat Burma telah kehilangan punca pendapatan mereka yang telah sekian lama dijalankan dalam bidang pertanian kerana berlaku perebutan tanah antara kaum India dan Cina. 3.4 Reformasi adat Sebelum kedatangan Barat, masyarakat Myanmar amat mementingkan sistem adat tradisional yang diamalkan sejak turun temurun seperti adat tanah. Mengikut adat, tanah dipunyai oleh keluarga, masyarakat serta raja dan bukannya dimiliki oleh orang persendirian. Hal ini memberi jaminan bahawa mereka yang bergantung kepada tanah tidak akan disingkirkan. Selain itu, bagi sesiapa yang berhutang, mereka boleh menjual keluarga dan dirinya, tetapi tidak boleh menjual

57 58

D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 953. Ibid. 59 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 226. 60 D. G. E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 953.

15

tanah yang diusahakannya.61 Namun, kedatangan pihak British telah menyebabkan pertukaran kedudukan tanah daripada tidak bersifat komuditi kepada bahan komuditi yang mempunyai nilai yang tinggi, boleh dipasarkan dan dijual beli.62 Keadaan ini bertentangan dengan adat tanah yang diamalkan oleh masyarakat Burma. Kesannya, ramai masyarakat Burma telah kehilangan hak ke atas tanah mereka disebabkan mempunyai hutang dengan pihak ceti India. 3.5 Pembentukan masyarakat majmuk Sejak British menjajah Burma, telah berlaku penghijrahan imigran secara besar-besaran pada abad ke-19. Penghijrahan imigran ini mempunyai matlamat ekonomi yang tersendiri.63 Pada waktu itu juga berlaku dua perubahan sosial yang besar di Burma iaitu proses petempatan semula masyarakat di Hilir Myanmar dan kemunculan sebagai pusat kuasa ekonomi dan politik yang baru. Manakala perubahan yang kedua ialah kemasukan orang India secara beramai-ramai ke Myanmar. Pada masa yang sama, berlaku juga kemasukan masyarakat Cina dalam skala yang lebih kecil. Kemasukan orang India dan Cina ini menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di Myanmar kesan daripada dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh British di samping peraturan kemasukan yang longgar yang membolehkan orang India dan Cina masuk ke Myanmar dengan mudah dan cepat.64 Secara realitinya, kedudukan geografi India yang hampir dengan Myanmar memudahkan mereka berhijrah ke Myanmar tanpa mempunyai sebarang masalah terutama dari segi kos perjalanan. Penghijrahan masuk orang India ini dikatakan akan membawa faedah yang besar kepada semua pihak yang terlibat dan sekali gus dapat mengurangkan kesengsaraan di India serta akan menyebabkan pembangunan Myanmar berjalan dengan licin. 65 Dapat disimpulkan disini bahawa dasar yang dilaksanakan oleh British telah menyebabkan ramai orang asing berhijrah ke Myanmar dan keadaan ini menyebabkan wujudkan satu masyarakat baru iaitu masyarakat majmuk.

61

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 66. 62 Ibid. hlm 142. 63 Harry J. Benna dan John A. Larkin. (1967). The World of Southeast Asia. London: Harper & Row, Publishers. Hlm. 308. 64 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm.225. 65 Ibid.

16

4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, kedatangan Barat ke Myanmar telah menyebabkan berlakunya reformasi dari pelbagai aspek termasuklah aspek ekonomi dan juga sosial. Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh British di Burma adalah untuk kepentingan ekonomi mereka. Keadaan ini dapat dilihat dimana British menggunakan pelbagai alasan untuk menjajah Burma bagi mengaut kekayaan hasil bumi Burma. Tidak dapat dinafikan ekonomi komersial yang diperkenalkan oleh British di Burma telah berjaya menjadikan Burma sebagai pengeksport beras, kayu jati dan minyak yang utama di dunia. Namun, perkembangan ini lebih didominasi oleh British

berbanding dengan penduduk peribumi Burma. Selain itu, terdapat juga reformasi yang telah dilakukan oleh British yang membawa kepada penindasan masyarakat Burma itu sendiri iaitu apabila dasar tanah dan pinjaman yang diperkenalkan oleh British telah mengakibatkan rakyat tempatan kehilangan hak milik tanah kepada golongan Chettiar dari India. Di sini dapat dilihat, hak milik tanah yang dahulunya merupakan milik kekal rakyat tempatan telah berubah tangan kepada Chettiar akibat daripada hutang yang tidak dapat dijelaskan oleh golongan petani tempatan. Tambahan pula, budaya tradisional dan bahasa ibunda masyarakat Burma turut mengalami kemerosotan akibat daripada reformasi British dalam aspek sosial khususnya. Justeru itu, dapat dirumuskan bahawa, reformasi yang dilakukan oleh British di Burma lebih banyak memihak kepada pihak British dan golongan imigran berbanding masyarakat peribumi Burma itu sendiri.

17

BIBLIOGRAFI Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd Dali, Azhar Hj.Mad Aros & Suffian Mansor. (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Aung. Maung Htin. (1967). A History of Burma. New York: Columba University Press. Benna. Harry J. dan Larkin. John A. (1967). The World of Southeast Asia. London: Harper & Row, Publishers. Brock. W.R. (2011). Britain and Dominant. United State: Cambridge University Press. Charney. Michael W. (2009). A History of Modern Burma. United Kingdom: University Press, Cambridge. Donnison. F.S.V. (1970). Burma. London: Ernest Benn Limited. Drake. B.K. (1979). Burma: Pergerakan-pergerakan Nasionalis dan Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Hall. D.G.E. (1950). Burma. New York: AMS Press INC. Hall. D.G.E. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jessy. Joginder Singh. (1971). Sejarah Asia Tenggara: 1500-1945. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kahin, George Mc.Turnan. (1982). Kerajaan dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Meyer. Milton W. (1965). Southeast Asia: A Brief History. United State: Littlefield, Adams& Co. R. Reid. dan M. Grosberg. (2005). Myanmar (Burma). United States: Lonely Planet. Tarling. Nicholas. (1966). Southeast Asia: Past and Present. Melbourne: F.W.Cheshire Pty. Ltd.
18

William. W & Jessy. Joginder Singh. (1963). A Short Story of South East Asia. Penang: Peninsular Publications.

19