Anda di halaman 1dari 11

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] Tulis empat amalan baik yang dipaparkan dalam petikan

cerita di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Setiap hari, Puan Sharifah bangun awal pagi. Dia memastikan anakanaknya bersarapan terlebih dahulu sebelum pergi ke sekolah. Puan Sharifah turut memberi anak-anaknya bekalan makanan. Oleh itu, dia dapat memastikan anak-anaknya makan makanan yang terjamin kebersihannya. Selepas kesemua anaknya ke sekolah, dia akan membasuh pakaian dan mengemas rumahnya. Pada sebelah petang, Puan Sharifah akan menyiram pokok-pokok bunga di sekeliling halaman rumahnya. Kadang-kadang, dia menikmati minuman petang bersama-sama keluarganya sambil membaca majalah. Keluarga Puan Sharifah sering berbincang dan bertukar-tukar idea mengenai sesuatu isu. Sesungguhnya, Puan Sharifah mempunyai keluarga yang bahagia. Jawapan

20

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] Tulis empat pengajaran yang dipaparkan dalam petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Zaidi seorang murid yang pintar dan rajin. Dia selalu membantu kawankawannya yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Dia sentiasa cemerlang dalam pelajarannya. Ayahnya telah menghadiahkan sebuah komputer. Zaidi sangat gembira. Dia mengucapkan terima kasih kepada ayahnya. Sejak hari itu, dia leka bermain komputer kesayangannya. Dia terlupa untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya. Zaidi meminta maaf daripada gurunya kerana tidak dapat menghantar buku latihan yang diminta. Dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.

Jawapan

20

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] Tulis empat nilai murni yang dipaparkan dalam petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Waktu persekolahan telah tamat. Amir menunggu bas sekolahnya di luar. Dia duduk di perhentian bas sambil membaca buku cerita yang baru dipinjam dari perpustakaan. Beberapa minit kemudian, bas sekolah pun tiba. Amir bersama-sama dengan rakan-rakannya berbaris untuk menaiki bas. Sampai di rumah, Amir terus mandi dan menukar pakaiannya. Kemudian, Amir makan tengah hari bersama-sama dengan keluarganya. Mereka makan dengan sopan dan tidak gelojoh. Selepas makan, Amir menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya. Pada waktu petang, Amir bermain bola sepak di padang dengan kawankawannya.

Jawapan

20

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] Tulis empat pengajaran yang dipaparkan dalam petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Apabila loceng rehat berbunyi, semua murid bergegas menuju ke kantin. Juwita dan kawan-kawannya beratur untuk membeli makanan dan minuman. Dia membeli sepinggan nasi lemak dan segelas air sirap. Dia tidak menghabiskan duit belanjanya kerana dia akan menyimpan baki duitnya ke dalam tabung apabila pulang nanti. Sewaktu berjalan menuju ke meja makan, Juwita terlihat seorang murid tahun satu sedang menangis. Dia menghampiri budak itu lalu memujuk dan bertanyakan masalahnya. Budak itu menjelaskan bahawa wang sakunya telah hilang. Juwita memberikan baki wangnya kepada budak itu untuk membeli makanan. Budak itu mengucapkan terima kasih kepada Juwita kerana telah menolongnya. Jawapan

20

BAHAGIAN C [ Masa dicadangkan : 20 Minit ] [ 20 Markah ] Tulis empat pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Amira segera bersiap untuk ke hospital. Dia tidak mahu terlewat. Dia mahu menziarahi ibunya yang sedang sakit. Sudah seminggu ibu Amira dimasukkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah rendah. Amira tidak mahu ibunya ternanti-nanti akan kedatangannya. Tidak berapa lama menunggu, akhirnya bas pun tiba. Amira berbaris untuk menaiki bas. Dia membiarkan kanak-kanak dan orang tua menaiki bas itu dahulu. Amira sampai pada pukul 3.45 petang. Masih ada 15 minit lagi sebelum waktu melawat. Amira duduk di sebuah kerusi yang disediakan di kawasan taman hospital berkenaan. Dia mengeluarkan nota kecil dari dalam beg yang dibawanya. Dia membaca catatan yang dibuatnya. Tepat jam 4.00 petang, pelawat-pelawat dibenarkan masuk. Amira segera mendapatkan ibunya. Dia gembira melihat ibunya semakin sembuh.

Jawapan __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________

BAHAGIAN C [ Masa dicadangkan : 20 Minit ] [ 20 Markah ] Tulis empat nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Aku berasa bangga melihat gambar-gambar mercu tanda negara. Mercu-mercu tanda itu melambangkan kejayaan negara. Alangkah bertuahnya negaraku. Negaraku bukan sahaja aman sejahtera tetapi juga pesat membangun. Aku bersyukur kepada Tuhan atas nikmat ini. Aku juga berasa amat terhutang budi kepada para pemimpin negara yang banyak berjasa membangunkan negara.
Jawapan __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________

BAHAGIAN C [ Masa dicadangkan : 20 Minit ] [ 20 Markah ] Tulis empat pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hassan merupakan Bendahari Kelab Kebudayaan dan Kesenian sekolahnya. Dia menjalankan tugasnya dengan baik. Hassan tinggal bersama-sama ibunya yang sedang sakit. Dia menjaga ibunya dengan baik. Hassan tidak mempunyai wang untuk membayar kos rawatan ibunya. Dia teringat akan wang tabung Kelab Kebudayaan dan Kesenian yang berjumlah RM 1000.00. dalam hatinya dia berkata bahawa dia boleh menggunakan wang itu dahulu. Namun, dia tidak sangup mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh guru dan kawan-kawannya. Akhirnya, dia telah berjumpa dengan Guru Besar dan meminta bantuan beliau. Pihak sekolah telah mengumpulkan wang untuk membiayai rawatan ibu Hassan.
Jawapan __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________

BAHAGIAN C [ Masa dicadangkan : 20 Minit ] [ 20 Markah ] Tulis empat pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Seperti biasa, setiap pagi sebelum ke sekolah, Salleh bersarapan bersama-sama ayah, ibu dan kakaknya. Sebelum ke sekolah, Salleh akan mencium tangan kedua-dua ibu bapanya. Salleh ke sekolah dengan menunggang basikal bersama-sama rakannya, Razak. Mereka menunggang basikal dengan berhati-hati. Namun begitu, ketika sampai di satu selekoh, tiba-tiba datang sebuah kereta lalu melanggar Razak. Pemandu kereta yang melanggar Razak itu melarikan diri. Salleh segera menahan sebuah kereta dan pemandu kereta tersebut membawa Razak ke hospital. Kemudian, Salleh menghubungi kedua-dua ibu bapa Razak.
Jawapan __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] Tulis empat nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hafizah baru sahaja pulang dari sekolah. Pada minggu ini, dia terpaksa melakukan kerja-kerja rumah kerana emaknya sedang mengikuti kursus di Pulau Langkawi. Sebagai anak yang sulung, dia sentiasa mendengar nasihat dan teguran daripada kedua-dua ibu bapanya. Dia melayan adik-adiknya dengan layanan yang baik dan penuh kasih sayang. Setiap pagi sebelum bersiap ke sekolah, dia akan memastikan bilik tidurnya kemas dan bersih. Dia amat mementingkan kebersihan diri dan kebersihan tempat tinggalnya. Pakaian sekolahnya nampak bersih dan kemas. Uniform sekolah adik-beradiknya juga kelihatan bersih dan kemas. Dialah yang membasuh dan menggosok pakaian tersebut. Pada waktu petang pula, Hafizah dan adik-adiknya menyiram pokok-pokok bunga dan membersihkan persekitaran rumah mereka. Dia menyapu sampah sarap dan mengumpulkannya di dalam plastik. Dia amat sangat gembira jika kawasan tempat tinggal mereka kelihatan bersih dan cantik. Jawapan

20

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] Tulis empat pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Zulkifli bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia sukar untuk bangun pagi walaupun telah berkali-kali dikejutkan oleh emaknya. Dia tidak sempat bersarapan. Dia juga tidak sempat bersalam dengan kedua-dua orang tuanya. Dia mengayuh basikalnya dengan pantas supaya dapat sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi. Nasibnya agak malang, sesampainya dia di persimpangan jalan, basikalnya tidak dapat dikawal dan terhumban ke tepi jalan. Lutut dan tapak tangannya berdarah. Dia tetap meneruskan perjalanannya ke sekolah. Dia sampai lewat lima minit. Dia menjelaskan keadaan sebenar kelewatannya sampai di sekolah. Dia memohon maaf atas kelewatannya itu. Dia juga meminta bantuan daripada guru bertugas untuk merawat dan mencuci luka di kaki dan di tapak tangannya. Jawapan

20 Bahagian C

[Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah] Tulis empat amalan baik yang dipaparkan dalam petikan cerita di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari menghadiri aktiviti kokurikulum, Noni dan kawan-kawannya ternampak seekor kucing di dalam logkang. Noni menghampiri dan mengangkat kucing itu dari dalam longkang. Dia berasa kasihan melihat kucing itu lalu membawanya pulang ke rumah. Apabila sampai di rumahnya, Noni memberi kucing itu makan nasi berlaukkan sedikit ikan goreng dan segelas air susu. Kucing itu makan dengan gelojoh kerana tersangat lapar. Setelah kucing itu selesai makan, Noni mengelap badan kucing itu dengan kain basah. Noni meminta kebenaran daripada ayah dan ibunya untuk memelihara kucing tersebut. Pada mulanya Puan Khadijah tidak bersetuju dengan permintaan anaknya itu. Noni berasa terlalu hampa, dia benar-benar ingin memelihara kucing itu. Melihatkan gelagat sunggul Noni, akhirnya Puan Khadijah membenarkan Noni memelihara kucing itu. Ayahnya pula berjanji untuk membelikan sebuah sangkar bagi kegunaan kucing tersebut. Noni amat gembira dengan keputusan ibu dan ayahnya itu. Jawapan

20