Anda di halaman 1dari 3

KAEDAH PENYELIDIKAN II GB6023 Tutorial 5: UJIAN T

1. Beta-endophin adalah suatu protein yang dihasilkan oleh badan kita untuk menangani kesakitan dan akan menyebabkan kita rasa selesa. Hoaglin, Mosteller, dan Tukey (1983) hendak menguji jika stress akan meningkatkan tahap beta-endorphin dalam darah manusia. Maka, mereka telah mengambil tahap beta-endophrin 19 pesakit 12 jam sebelum melakukan pembedahan, dan sekali lagi 10 minit sebelum pembedahan. Data yang mereka dapat adalah seperti berikut: a. Berdasarkan data pada jadual diatas, lakukan analisis statistik yang sesuai untuk menjawab persoalan Hoaglin, Mosteller, dan Tukey (6 langkah pengujian hipotesis). b. Laporkan dapatan di (a) dengan terperinci. c. Terangkan alasan anda menggunakan statistik tersebut untuk menjawab persoalan kajian. No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 12 jam sebelum 10.0 6.5 8.0 12.0 5.0 11.5 5.0 3.5 7.5 5.8 4.7 8.0 7.0 17.0 8.8 17.0 15.0 4.4 2.0 10 minit sebelum 6.5 14.0 13.5 18.0 14.5 9.0 18.0 42.0 7.5 6.0 25.0 12.0 52.0 20.0 16.0 15.0 11.5 2.5 2.0

2. Kajian ini membandingkan dua kumpulan tikus. Semua tikus dibenarkan 10 minit untuk eksplor satu simpang siur (maze). Selepas itu, semua tikus diuji. Dalam ujian ini, satu kumpulan diberi music Mozart sepanjang masa percubaan untuk melepasi melapasi simpang siul manakala satu kumpulan lagi tidak diberi musik. Selapas diberi percubaan 8 kali, masa untuk melepasi simpang siul pada kali terakhir dicatatkan. Berikut adalah masa (dalam minit) yang dicatatkan. a. Apakah hipothesis yang mungkin dilakukan oleh penyelidik ini? b. Lakukan analisis statistik yang sesuai dan buat kesimpulan untuk menjawab hipothesis yang dinyatakan tadi. c. Laporkan dapatan di (b) dengan terperinci

Control 444 219 347 431 333 310 341 206 203 999 267 275 297 215 305 262 259 225 306 343 315 407 422

Musik 101 162 153 132 191 106 180 99 120 134 78 123 121 85 67 68 48 76 107 121 119 86 113

3. Skor IQ 16 orang pelajar sekolah A menunjukkan mean adalah 107 dan sisihan piawai adalah 10 manakala skor 14 orang palajar sekolah B menunjukkan mean 112 dan sisihan piawai 8. Uji jika terdapat perbezaan yang signifikan antara skor IQ kedua-dua sekolah ini pada: a. Tahap kesignifikan 0.01 b. Tahap kesignifikan 0.05

4. Suatu kajian di Singapore menunjukkan bahawa remaja sekarang menghabiskan purata 5.5jam/minggu mendengar MP3. Anda ingin uji jika masa mendengar MP3 di kalangan remaja di sekolah anda (di Malaysia) berbeza dengan remaja di Singapore. Dapatan kajian anda adalah seperti berikut: Mean = 5.97; sd = 1.0184; N=50. a. Tuliskan hipotesis yang sesuai untuk kajian ini b. Lakukan analisis statistik yang sesuai untuk menjawab hipotesis di (a) c. Laporkan dapatan di (b) dengan terperinci.

5. Anda adalah seorang guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan di sebuah sekolah Menengah dan anda ingin menguji hipotesis bahawa pelajar yang terlibat dengan sukan (tahap wakil sekolah) adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak terlibat dengan sukan. Anda telah memilih seramai 100 orang pelajar (atlit=50; bukan atlit=50) untuk menyertai Penyelidikan anada. Dapatan kajian anda adalah sepert berikut: Minatlit = 173.236.35cm Minbukanatlit = 171.457.11cm a. Tuliskan hipotesis yang sesuai untuk kajian ini. b. Nyatakan ujian statistik yang sesuai untuk menjawab (a) dan terangkan jawapan anda. c. Senaraikan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk melakukan analisis di (b) d. Lakukan analisis statistik yang dinyatakan di (b) e. Laporkan dapatan di (d) dengan terperinci.