Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN MENJAWAB SEJARAH STPM 940 SEJARAH DUNIA 1500 - 1955

FORMAT ESEI SEJARAH 1. Pendahuluan Perlu menulis nombor soalan terlebih dahulu. Cth: Soalan 1 Ditulis dalam satu perenggan awal karangan. Jangan campur dengan isi. Jika berlaku, calon akan kehilangan markah pendahuluan Mesti padat dan ringkas dan sekurang-kurangnya 5-8 baris Isi / fakta Mempunyai isi yang mencukupi iaitu 7 isi (7 Perenggan) Setiap perenggan mempunyai isi, huraian dan contoh Perlu memahami soalan yang mempunyai DUA bahagian mengikut kehendak soalan Penutup Ditulis dalam satu perenggan akhir Rumusan kepada soalan dan mesti padat dan ringkas Gunakan perkataan Kesimpulannya, Konklusinya dan akhirnya sebagai menunjukkan calon telah menutup esei. Markah Pendahuluan dan Penutup adalah tidak melebihi 5 markah. Asal berkaitan dengan merumus tajuk, markah akan diberi 1 atau 2 markah

JENIS-JENIS SOALAN Aras Pengetahuan 1. Takrifkan - definisi 2. Bincangkan aspek pro dan kontra, positif dan negatif 3. Huraikan aspek yang dinyatakan 4. Perihalkan memerihalkan tanpa sebab 5. Galurkan menghurai mengikut kronologi 6. Nyatakan menyebutkan Aras Kefahaman 7. Jelaskan aspek yang perlu dijelaskan 8. Terangkan menerangkan tentang sesuatu perkara Aras Penggunaan 9. Tunjukkan menunjukkan tentang sesuatu perkara 10. Dengan menggunakan .... jelaskan menggunakan maklumat dalam satu situasi bagi menerangkan satu situasi yang lain 11. Bagaimanakah menjelaskan sebab bagi sesuatu fenomena Aras Analisis 12. Analisiskan memecahkan sesuatu kepada bahagian-bahagian dan jelaskan bahagian itu 13. Bezakan menerangkan aspek perbezaaan sahaja 14. Bandingkan menerangkan aspek persamaan dan perbezaan 15. Mengapakah mengenalpasti masalah secara khusus Aras Sintesis 16. Kategorikan menyusun sesuatu mengikut kelas berdasarkan kriteria tertentu 17. Rumuskan membuat kesimpulan dengan alasan-alasan daripada fakta / maklumat Aras Penilaian 18. Ulaskan menghuraikan fakta dan menilai fakta tersebut 19. Sejauh manakah menilai faktor yang dinyatakan dan terdapat faktor lain selain yang dinyatakan 20. Adakah menilai fakta untuk menjawab ya atau tidak / kombinasi ya dan tidak 21. Nilaikan menimbang sesuatu perkara berdasarkan kriteria 22. Bincangkan menyatakan pro/kontra 23. Yang manakah menilai fakta-fakta untuk memilih yang mana satu PERBEZAAN PENDAHULUAN DAN KONSEP 1. 2. Soalan berkaitan dengan KONSEP mempunyai kekerapan 2 3 soalan pada setiap tahun kebiasaannya sebanyak 6 Markah diperuntukkan kepada calon yang dapat menjelaskan konsep dengan baik

2.

3.

PANDUAN JAWAPAN YANG BAIK 1. Jawapan mengikut format yang telah ditetapkan iaitu mempunyai Pendahuluan, Isi dan Penutup bagi setiap soalan. 2. Baca sekurang-kurangnya DUA kali dan fahami kehendak soalan 3. Gariskan Jenis dan kata kunci soalan pilihan yang hendak dijawab 4. Catatkan isi penting terlebih dahulu bagi soalan yang hendak dijawab bagi mengelak perulangan isi. Gunakan masa 5 6 minit untuk memilih dan merangka isi. 5. Jika berasa was-was baca soalan sekali lagi untuk mengelak keluar tajuk 6. Jawapan yang ditulis mesti mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. Gunakan penanda wacana seperti seterusnya, selain itu, sebaliknya, justeru itu, akhirnya, kesimpulannya dll. 7. Anggaran panjang 2 hingga 3 muka surat (Tulisan Biasa). 8. Gunakan masa 45 Minit untuk menjawab satu soalan 9. Elakkan daripada Mengulang isi / fakta Tulisan buruk yang sukar dibaca Isi yang bercampur aduk dalam satu perenggan Tidak menulis Bahagian dan Nombor soalan pada kertas jawapan calon Sedikit atau banyak perenggan iaitu kurang atau lebih daripada 7 perenggan isi. Menulis ruang garisan sebelah kanan kertas

3.

Sekiranya calon tidak mentakrifkan konsep, maka konsep tidak dianggap sebagai pendahuluan. Lihat contoh Soalan 1 dan 2 yang berikut:

5. 6.

Contoh Soalan 1: Takrifkan konsep tamadun dan bincangkan ciri-ciri tamadun bagi tamadun Mesir, Mesopotamia dan China. Cara menjawab: Pendahuluan huraikan proses kewujudan tamadun Perenggan kedua menerangkan konsep tamadun Calon yang mentakrif konsep di awal perenggan atau perenggan pendahuluan, maka pendahuluannya dianggap sebagai konsep dan markah pendahuluannya 0 markah. Contoh Soalan 2: Huraikan ciri-ciri tamadun awal dengan merujuk kepada Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir. Cara menjawab: Pendahuluan Calon boleh huraikan konsep tamadun Perenggan kedua dan seterusnya Calon menerangkan ciri-ciri tamadun sebagai isi TEKNIK MENYUSUN FAKTA 1. 2. 3. Markah maksima bagi isi yang lengkap ialah 20 hingga 21 markah Isi bergantung kepada pemberat tajuk dan bahagian mengikut kehendak soalan Susun dan letakkan isi mengikut kepentingan. Isi penting diletakkan di bahagian atas dan sebaliknya. Calon perlu kemukakan sekurang-kurangnya 7 Isi (7 Perenggan) yang mengandungi isi, huraian dan contoh. Markah penuh bagi setiap perenggan isi adalah 3 markah jika memenuhi kriteria yang disebutkan. Gunakan Kaedah Induktif dalam menulis esei iaitu Isi diletakkan di atas dan diikuti huraian dan contoh.

Gunakan penanda wacana bagi menunjukkan saling pertautan di antara perenggan. Contoh: Selain daripada itu, Justeru itu dll. Cara memeriksa adalah bergantung kepada pemberat setiap isi

TEKNIK PEMARKAHAN 1. 2. Pemeriksa membaca sepintas lalu bagi mendapatkan Impresion Pemeriksa akan mendapatkan gambaran sama ada karangan tersebut: a) Baik (16-20 Markah) b) Sederhana atas (11-15 Markah) c) Sederhana bawah (06-10 Markah) d) Lemah (01-05 Markah) Pemeriksa akan memeriksa dengan menggunakan simbol P, I dan K iaitu Pendahuluan, Isi dan Kesimpulan. PENGGUNAAN KAEDAH MENJAWAB 5W1H KAEDAH MENGEMBANGKAN PENDAHULUAN Contoh Soalan: Huraikan ciri-ciri tamadun awal manusia dengan merujuk kepada contoh yang sesuai Apa (What) Tamadun adalah pencapaian sesuatu masyarakat atau negara dalam bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran, undang-undang, kepercayaan dan agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam. Menurut Prof. MAJ Beg, tamadun adalah pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undangundang dan politik. Ibn Khaldun dalam bukunya Muqaddimah mengatakan tamadun adalah perkembangan masyarakat desa kepada kota madani. Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang telah mencapai perkembangan dan kemajuan daripada masyarakat desa kepada kota, pengetahuan lebih meluas dan penggunaan peralatan yang semakin kompleks dan canggih berbanding masyarakat prasejarah. Perkembangan tamadun manusia telah bermula apabila berlakunya perubahan dan kemajuan yang telah dicapai oleh manusia dalam aspek pengetahuan dan peralatan yang digunakan tidak lagi sama seperti dalam manusia prasejarah Catatan sejarah mengatakan bahawa perkembangan tamadun manusia bermula di Mesopotamia yang lahir pada sekitar tahun 3,500 SM, Tamadun Mesir pada tahun 3,100 SM, Tamadun Indus pada tahun 2,800 SM dan Tamadun Hwang Ho pada tahun 2,500 SM. tamadun mempunyai ciri-ciri tertentu yang telah menjadi asas kepada perkembangan dan pembentukan dalam tamadun awal manusia.

3.

Kenapa (Why)

4.

Contoh Perenggan: (Isi, huraian dan contoh: Soalan ciri-ciri tamadun awal manusia Pengkhususan kerja merupakan salah satu ciri tamadun yang penting. Menurut Darcy Riberio The Civilized Society mengatakan bahawa setiap anggota masyarakat tamadun awal manusia mempunyai peranan dan tugas mereka masing-masing. Mereka memainkan peranan dalam bidang tertentu bagi tujuan melicinkan sesuatu kerja. Pengkhususan kerja ini mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun manusia ke tahap yang lebih baik dan sistematik. Pengkhususan kerja jelas terdapat dalam Tamadun Mesopotamia seperti petani, penternak, askar, pedagang dan pendeta berdasarkan peranan mereka.

Bagaimana (How) Bila (When) & Dimana (where) Ulasan Soalan

KAEDAH MENGEMBANGKAN ISI, HURAIAN DAN CONTOH Apa (What) Pengkhususan kerja merupakan salah satu ciri yang penting dalam

Kenapa (Why)

Bagaimana (How)

Bila (When) & Dimana (where)

perkembangan dan kemajuan sesebuah tamadun awal. Menurut Edward L. Farmer, ciri yang perlu ada dalam setiap tamadun adalah pengkhususan kerja yang telah wujud sejak 3,500 SM. Pengkhususan kerja adalah pembahagian tugas dan peranan dalam sesebuah masyarakat yang telah ditentukan dalam stratifikasi sosial. Mereka memainkan peranan dalam bidang tertentu bagi tujuan melicinkan sesuatu kerja. Pengkhususan kerja ini mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun manusia ke tahap yang lebih baik dan sistematik. Pengkhususan kerja ini adalah berdasarkan peranan yang telah ditetapkan dalam organisasi sosial sesebuah tamadun. Mereka bertindak berdasarkan keperluan dalam masyarakat yang telah ditetapkan oleh masyarakat yang mempunyai kepentingannya tersendiri. Pengkhususan kerja dalam Tamadun Mesopotamia seperti pendeta, petani, askar dan pedagang. Manakala Tamadun Mesir diketuai oleh Firaun, pendeta, golongan bangsawan, tentera, pedagang, artisan, rakyat biasa dan hamba. KAEDAH MENGEMBANGKAN KESIMPULAN

Aspek Politik Sistem Pemerintahan / Peranan Pemerintah Beraja, Feudal, Empayar, Negara Kota, Negara Bangsa dll Pentadbiran sistematik dan tersusun Penaklukan dan penjajahan wilayah / tanah jajahan dll Penguasaan / perubahan politik / Peranan Perang Peranan Raja / Putera Raja / Bangsawan Hubungan diplomatik Aspek Ekonomi Sistem ekonomi perdagangan, pertanian, Sistem Barter, sara diri, kewangan dan perbankan dll Kemudahan Infrastruktur gudang, pengumpulan, Pelabuhan Perhubungan dan pengangkutan Pengurusan perdagangan / cukai Kedudukan strategik/ laluan perdagangan Peranan pedagang/ saudagar / Kesatuan Dagang Sistem mata wang dan penggunaannya Aspek Pendidikan Sistem/ Dasar/ Institusi Pendidikan Sistem Tulisan dan Bahasa Kemajuan pendidikan Pembangunan pendidikan Sumbangan Pendidikan Aspek Sosial Organisasi sosial, struktur sosial, susun lapis dll Nilai-nilai / kuasa/ status sosial Gaya Hidup masyarakat Petempatan kekal / urbanisasi / pembandaran / perbandaran Norma/ peraturan masyarakat Institusi Kebangsaan bahasa, budaya, tentera dll Kepercayaan dan agama Pengkhususan kerja Aspek Intelektual Sumbangan Intelektual Falsafah, Undang-undang, perubatan, seni bina, seni muzik, kesusasteraan dll Perkembangan / Kemajuan intelektual Kemajuan Sains dan teknologi Kemajuan Pemikiran dan idea / aliran Idea-idea dan pemikiran agung Peranan Tokoh-tokoh Peranan sarjana / ahli Intelektual Disediakan Oleh: En. Mohammadia Wahab Guru Akademik Sejarah STPM SMK Sandakan

Apa (What)

Huraian Apa?

Kenapa (Why) Futuristik atau sosial.

Kesimpulannya, tamadun adalah pencapaian sesuatu masyarakat atau negara dalam bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran, undangundang, kepercayaan dan agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun. Ciri-ciri yang terdapat dalam tamadun awal manusia adalah merangkumi Pertumbuhan kota dan Urbanisasi, petempatan kekal, pengkhususan kerja, pemerintahan dan pentadbiran, organisasi sosial tersusun, sistem tulisan dan pendidikan, agama dan kepercayaan, kemajuan sains dan teknologi dan Nilai estetika. Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang telah mencapai perkembangan dan kemajuan sesuai dengan tahap pemikiran manusia yang semakin kompleks dan berkembang maju. Perkembangan tamadun manusia telah menjadi asas kepada kemajuan dan pembangunan peradaban manusia dan masyarakat pada hari ini.

Kaedah 5W1H digunakan sebagai panduan untuk mengembangkan isi, huraian dan contoh. Pelajar perlu telebih dahulu menguasai setiap tema dan subtema untuk persiapan menjawab soalan dengan baik. Tugasan kerangka masa perlu dihafal dan dijadikan contoh dalam setiap huraian esei pelajar. Panduan Menjawab Sejarah STPM 940 Kertas 1 dan 2

Jawapan Calon Perlu merangkumi Isi PEPSI (terutamanya bagi soalan: faktor-faktor, kesan-kesan, ciri-ciri, perubahan-perubahan, langkah-langkah, perbandingan, persamaan, perbezaan, sumbangan, kemajuan, pembangunan, perkembangan, tujuan, peranan, pengaruh, perlaksanaan, hikmah, kepentingan dll)