Anda di halaman 1dari 28

SULIT*

JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH SEJARAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH KERTAS 1 JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH ( Tiga jam) JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAHJABATANPELAJARANSABAH JABATANPELAJARANSABAH JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

940/1

STPM 200

SOALAN SET 3 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

Arahan kepada calon: Jawab empat soalan. JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab empat soalan sahaja.Dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda [ ] ________________________________________________________________________ Kertas soalan ini terdiri dari 2 halaman bercetak

STPM 940/1 Kertas soalan ini SULIT sehingga kertas soalan ini tamat

LihatSebelah SULIT

Bahagian A 1. Huraikan ciri-ciri utama perbandaraan yang terdapat dalam tamadun India dan tamadun China. [25 Markah] 2. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai huraikan ciri-ciri utama empayar dalam tamadun manusia. [25 Markah] 3. Jelaskan organisasi ketenteraan di Alam Melayu dengan merujuk kerajaan Majapahit dan Melaka. [25 Markah] 4. Huraikan sistem dan corak ekonomi China dari Zaman Dinasti Shang hingga Zaman Dinasti Tang. [25 Markah] 5. Jelaskan perkembangan kurikulum dalam sistem pendidikan di Mesopotamia, Mesir, India dan China. [25 Markah] 6. Terangkan perkembangan aliran falsafah dalam tamadun China. [25 Markah] 7. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kuasa barat melakukan penerokaan dan penjelajahan pada abad ke 15 dan 16 M. [25 Markah] 8. Perkembangan seni lukis dan seni ukir di Alam Melayu telah bermula semenjak zaman prasejarah lagi. Bahaskan pernyataan di atas dengan merujuk kepada contoh-contoh tertentu. [25 Markah] Bahagian B 9. Bincangkan struktur masyarakat Sepanyol pada zaman pemerintahan Islam. [25 Markah] 10. Nabi Muhammad bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang negarawan. Bincangkan. [25 Markah] 11. Bincangkan pembaharuan-pembaharauan yang telah dilaksanakan oleh Umar al-Khattab semasa pemerintahannya. [25 Markah] 12. Bandingkan konsep dan matlamat peperangan antara orang Arab Jahiliyah dengan konsep dan matlamat peperangan Islam. [25 Markah] 13. Huraikan sumber dan sistem pentadbiran baitulmal pada zaman Khalifah Umar al Khattab. [25 Markah] 14. Huraikan sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Ummaiyah dengan kerajaan Abbasiyah. [25 Markah]

1. Huraikan ciri-ciri utama perbandaran yang terdapat dalam tamadun India dan China. A.Pendahuluan [3 markah ] 1.Konsep perbandaran Perkataan civilization berasal daripada bahasa Greek, civitas bermaksud bandar,iaitu elemen penting dalam perkembangan tamadun manusia. Definisi bandar meliputi semua elemen semulajadi, sosial dan buatan manusia yang berkelompok dalam kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk.

2.Faktor-faktor perkembangan bandar setiap tamadun India dan China Aktiviti utama penduduk bandar ialah perdagangan. Bandar juga sebagai tempat perlindungan rakyat dan pusat pentadbiran dan ibu kota diraja. Proses perbandaran pula ialah proses migrasi penduduk yang membawa kepada perkembangan bandar dari segi pertambahan penduduk akibat tarikan peluang ekonomi/pekerjaan dan kemasan ruang. 3.Latar belakang tamadun India dan China secara ringkas. B.Isi-Isi [ 20 markah ] 1.Ciri Utama Bandar Tamadun India [ 5 isi x 2 markah = 10 markah ] a. Masyarakat India telah berjaya membina bandar terancang iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa (Terdapat sebanyak 60 buah bandar di kawasan Lembah Indus) yang mempunyai ciri-ciri berikut; Bandar ini terdiri daripada dua bahagaian iaitu kubu kota/kubu pertahanan dan bandar(diluar kubu) Kubu dibina untuk elakkan banjir serta serangan musuh. Kubu diperbuat daripada batu granit dan marmar yg berukuran standard Bangunan dibina dalam bentuk blok-blok empat segi disepanjang jalan dan lorong-lorong Jalan-jalan utama dibina secara lurus berukuran 30 kaki lebara Terdapat juga jalan-jalan kecil dan lorong untuk menghubungkan lokasi-lokasi yang sempit di kawasan bandar Longkang tertutup dibina disepanjang jalan utama untuk mengelakkan banjir. Air limpahan dari rumah di alirkan ke dalam longkang besar menerusi longkang-longkang kecil. Longkang-longkang dibina lurus dan tertutup.Ini menunjukkan pihak membina bandar-bandar ini menitikberatkan aspek kebersihan. Dalam kubu wujud sebuah kolam mandi awam( The Great Bath) yang dibina dengan keluasan 39 kaki panjang, 23 kaki lebar dan 8 kaki dalam. Kolam ini mempunyai keistimewaan iaitu boleh dikosongkan dan diisi semula melalui saliran yang direka khusus di bahagian bawah kolam. Kolam juga digunakan untuk amalan ritual.Kolam ini mempunyai anak tangga untuk memudahkan orang menggunakannya di paras mana air berada Rumah kediaman di bina secara berperingkat dan saiz setiap rumah adalah berbeza. Setiap rumah mempunyai dua bilik yang mempunyai keluasan 20x12 kaki persegi. Di antara deretan rumah di sepanjang jalan utama terdapat ruang bagi menjamin peredaran udara yang baik

2. Ciri Utama Bandar Tamadun China [ 5 isi x 2 markah =10 markah ]

b. Antara bandar utama Anyang(bandar pertama dan tertua di China),Loyang,Shang dan Chang An. Secara umum, bandar-bandar di China terdiri daripada bandar terancang dan tidak terancang yang mempunyai ciri-ciri berikut: Bandar-bandar terancang dibina berdasarkan kehendak dan keperluan sesuatu dinasti dan kebiasaannya mempunyai tembok prtahanan untuk berlindung daripada serangan musuh dan juga menghalang binatang buas memasuki bandar Tembok dibina untuk menyimpan harta kerajaan seperti emas,jed,gangsa dan senjata Kawasan bandar dilingkungi oleh tembok yang tidak bercantum dan ruang di anatara tembok lebih kurang 30-40 meter panjang. Ruang tersebut digunakan untuk bercucuk tanam sebagai persiapan bekalan makanan ketika berlakunya peperangan Setiap jalan masuk ke bandar didirikan menara yang tinggi untuk mengawal pergerakan orang yang keluar masuk Bekalan air disediakan di kawasan berhampiran pintu masuk Pembinaan jalan raya yang lurus dan luas di kawasan bandar merupakan salah satu ciri perbandaran di China Terdapat dua jalan utama iaitu jalan dari utara ke selatan dan dari timur ke barat di samping jalanjalan yang menghubungkan penempatan penduduk. Bandar di China biasanya terbahagi kepada kawasan tertentu mengikut kesesuaian. Contohnya, kawasan berek tentera, rumah ibadat, rumah pedagang dan rumah diplomat mempunyai lokasi khas. Pada zaman dinasti Tang, bandar terbahagi kepada dua bahagian khusus iaitu Pasar Barat dan Pasar Timur.

C. Penutup[ 2 markah ] Perbandaran India dan China memperlihatkan kemajuan dan perancangan bandar yang tinggi dan setiap bandar mempunyai ciri kelengkapan dan kemudahan untuk keselesaan rakyat.

2. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan ciri-ciri pembentukan empayar tamadun awal manusia. A.Pendahuluan [ 3 markah ] 1. Definasi empayar Merujuk kepada kawasan wilayah atau daerah di bawah seorang maharaja yang berkuasa dan berwibawa. Mempunyai wilayah yang luas hasil penaklukan dan pemerintahan yang kuat. Usaha pembentukan empayar ini bermula semasa pemerintahan Raja Philips dan anaknya Iskandar Zulkarnain. Empayar yang terkenal sekali ialah empayar Rom semasa pemerintahan Maharaja Julius Caesar dan Augustus.

2. Faktor-faktor pembentukan empayar Politik, Ekonomi dan geografi

B.Isi-isi [ 5 isi x 4 markah = 20 markah ] 1. Sistem birokrasi yang teratur

Diwujudkan bagi mempertahankan kekuatan sebuah empayar dan mengukuhkan cengkaman kerajaan pusat terhadap wilayah jajahan takluk Untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran, empayar dibahagikan kepada wilayah-wilayah yang diperintah oleh gabenor Kerajaan pusat melantik pemerintah di peringkat wilayah dan mengawas pegawai-pegawai tersebut. Pelbagai jabatan diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran. Kewujudan birokrasi yg teratur jelas ketara pada zaman empayar Chin di China yang mempunyai gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir provinsi.

2. Ciri keseragaman budaya, agama dan bahasa Pembentukan empayar melahirkan keseragaman dari segi budaya, agama dan bahasa di seluruh empayar Pemerintah melaksanakan dasar-dasar untuk melahirkan kehomgenan yang bertujuan untuk melicinkan urusan pentadbiran dan memupuk semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Bahasa negara induk dijadikan sebagai bahasa rasmi di seluruh tanah jajahan takluk. Sebagai contoh, semasa pemerintahan Asoka dalam tamadun India, bahasa Prakrit dijadikan bahasa rasmi diseluruh empayar bagi mewujudkan penyatuan politik dan budaya.

3. Kekuatan ketenteraan Kuasa ketenteraan penting bagi menjaga keamanan dalam sesebuah empayar yang agung Pemerintah empayar menggunakan kuasa tentera bagi mengatasi rampasan kuasa, pemberontakan dan keadaan hura hara. Bagi tujuan ini, kota-kota pertahanan/kubu dan tembok serta jalan raya didirikan. Contohnya, pada zaman pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti dalam tamadun China Tembok Besar China didirikan bagi menghalang seranagan orang gasar.

4. Kehomogenan ekonomi dan sistem naungan ekonomi Pemerintah menyeragamkan sistem ukuran, timbangan dan mata wang sebagai contoh pada zaman kesultanan Melayu Melaka dalam tamadun Alam Melayu Negeri-negeri naungan membayar ufti kepada kerajaan pusat sepertimana pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk juga dalam tamadun Alam Melayu

5. Kestabilan dan kekuatan kerajaan pusat Kewujudan kerajaan pusat yang kuat dan kukuh dapat mengekalkan kegemilangan dan keagungan kerajaan pusat dalam semua aspek kehidupan seperti pada zaman Pax-Romana dalam tamadun Rom. Pemerintah di ibu kota empayar mempunyai golongan bangsawan/pembesar yang taat setia kepada raja atau maharaja dan gabenor atau bangsawan pula mempunyai ikatan dua hala yang teguh dengan rakyat atau golongan yang diperintah

6. Pelaksanaan hegemoni rakyat/penduduk Ini bermakna pemerintah mempunyai rasa penuh tanggungjawab terhadap rakyat dan sebaliknya. Rakyat menerima sistem pemerintahan dengan menumpahkan taat setia keapada kerajaan. Pemerintah mengalakkan asimilasi dan integrasi di kalangan rakyat.Contohnya Empayar Rom bangsa asing diberikan taraf warganegara dan dibenarkan berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan pusat dan wilayah

C. Penutup [ 2 markah ]

Kesimpulannya, empayar merupakan entiti politik yang sangat luas yang mempunyai ciri-ciri disebutkan di atas. Ciri-ciri tersebut telah mengukuhkan dan mengekalkan kedudukan dan pemerintahan seseorang raja atau maharaja dalam sesebuah empayar yang agung dalam tamadun-tamadun awal manusia.

3.

Jelaskan organisasi ketenteraan di Alam Melayu dengan merujuk kerajaan Majapahit dan Melaka.

A. Pengenalan [3 Markah] 1. Alam Melayu merujuk kawasan kepulauan yang sebahagian besar penduduk bertutur bahasa Melayu yang meliputi Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan Semenanjung Tanah Melayu. 2. Di kawasan ini telah wujud kerajaan besar seperti Majapahit dan Melaka. 3. Alam Melayu bukan sahaja terkenal sebagai pusat perdagangan, tetapi kekuatan tenteranya yang seiring dengan pembangunan pesat ekonomi serta pertahanan yang kukuh dan kuat. 4. Kekuatan ketenteraan ini mengakibatkan mereka berperang untuk meluaskan wilayah takluk dan meramaikan pengikut. 5. Konsep organisasi tentera

B. ISI-ISI [5 isi x 4 markah = 20 Markah] 1. Latar belakang ketenteraan Majapahit. Meluaskan pengaruh wilayah hampir ke seluruh Kepulauan Melayu. Kejayaan ini disebabkan oleh organisasi tentera yang cekap. Raja bertanggungjawab mengetuai angkatan tentera dan urusan untuk mengarahkan pasukan dipikul oleh pegawai kanan tentera, iaitu Mangkubumi. Semua arahan raja melalui Mangkubumi. Mangkubumi yang paling berpengaruh pada zaman kegemilangan Majapahit ialah Patih Gajah Mada. Organisasi tentera. Tentera Majapahit terdiri daripada tiga jenis tentera darat, iaitu Sapta Dharamaputra, Bhayangkari dan tentera biasa. Sapta Dharamaputra ialah pasukan tentera elit yang terdiri daripada putera-putera raja yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental. Pasukan tentera ini memiliki ilmu pertahanan diri yang cukup tinggi. Bhayangkari pula tentera yang dilengkapi senjata dan digunakan bila-bila masa. Pasukan ini telah ditetapkan keanggotaannya, iaitu kira-kira 15 orang yang ditugaskan mengawal istana secara bergilir-gilir. Tentera biasa pula ialah tentera yang tetap dan sukarela. Pasukan ini berkhidmat di peringkat pusat dan daerah-daerah tanah jajahan. Majapahit dikatakan mempunyai beratus-ratus ribu tentera laut yang kuat untuk mengawal wilayah taklukan yang sangat luas. Armada laut akan ditempatkan di kawasan strategik di seluruh empayar di samping bertanggungjawab menjaga kawasan perairan daripada serangan musuh dan menghapuskan perlanunan. Laksamana ditugaskan mengetuai armada dan pada kurun ke 14, Majapahit mempunyai banyak kapal perang untuk mempertahankan wilayah naungan, melawan pemberontak serta berperang dengan musuh.

2.

3.

Latar Belakang Ketenteraan Melaka Ketenteraan diterajui oleh Laksamana, Bendahara, Penghulu Bendahari, dan Temenggung.

Laksamana Laksamana mengetuai armada tentera laut dan mestilah mahir tentang selok-belok dan pakar dengan cara peperangan di laut. Laksamana juga digelar Raja di Laut. Laksamana akan memimpin tentera semasa berperang dengan musuh serta menjaga keselamatan dan keamanan di laut daripada serangan lanun. Tugas Laksamana yang lain ialah berkhidmat di darat sebagai pengawal keselamatan raja ketika berangkat dan menjaga keselamatan Bendahara semasa menjalankan perbicaraan. Dalam sejarah Melaka, Laksamana terkenal ialah Hang Tuah.

Bendahara Menjalankan tugas sebagai ketua turus angkatan tentera darat dan laut. Bendahara yang terkenal dalam sejarah Melaka ialah Tun Perak dan Tun Mutahir. Tun Perak merupakan perancang perang yang hebat dan berjaya mematahkan serangan Siam sebanyak dua kali.

Penghulu Bendahari dan Temenggung Penghulu Bendahari mestilah mahir dalam pertahanan dan peperangan. Penghulu Bendahari yang terkenal di Melaka ialah Seri Nara diraja Tun Tahir yang mengetuai angkatan tentera menyerang Kampar. Temenggung juga penting dalam bidang ketenteraan Melaka. Contohnya, Tun Mutahir yang berjawatan Temenggung sebelum menjawat jawatan Bendahara telah mengetuai angkatan tentera menyerang Pahang dan Kelantan.

4.

Organisasi Ketenteraan di Melaka. Tentera di Melaka merupakan tentera yang dikerah oleh para pembesar. Raja dan golongan bangsawan mempunyai kuasa untuk mengerahkan rakyat berkhidmat atas dasar taat setia kepada raja yang berdaulat. Mereka yang dikerah ini tidak dibayar upah dan berkhidmat atas dasar taat setia kepada raja yang berdaulat. Tentera kerahan tidak berkemahiran dan berpengalaman berperang, tetapi hanya pandai bermain keris dan tombak. Terdapat juga tentera terlatih yang berkhidmat di istana dan rumah pembesar. Terdapat juga tentera upahan yang berkhidmat mengikut perjanjian. Dalam sejarah Melaka, Orang Laut dijadikan tentera upahan yang kebiasaannya tinggal di pesisiran laut bahagian Selat Melaka. Parameswara mendapatkan khidmat orang Laut ketika mengasaskan Melaka. Orang Laut mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran, serta mahir mengendalikan kapal dan perahu, mengetahui beting pasir serta keadaan angin. Orang Laut memberikan sokongan yang kuat kepada kerajaan dan sebagai balasan mereka ini diserapkan menjawat jawatan sebagai Hulubalang, Laksamana, dan Syahbandar. Peralatan Peralatan senjata tradisional yang digunakan ialah keris, tombak, panah, pedang, perisai, badik, lawi ayam, dan sumpitan.

5.

Mereka juga menggunakan alat-alat letupan seperti meriam besi atau tembaga, lelas, rentaka, terkul, pemuras, dan lotang. Meriam besar yang tetap telah diperkenalkan oleh orang Cina, Gujerat, dan Turki pada abad ke- 15. Meriam kecil pula diperkenalkan oleh orang Eropah. Masyarakat Alam Melayu juga menggunakan gong, tambu, dan gendang perang ketika berperang. Tujuan penggunaan alatan ini, iaitu panji, semangat tentera dan strategi supaya pihak musuh gentar. Warna yang digunakan untuk membuat panji ialah merah, kuning, dan putih bagi menyemarakkan semangat dan kesucian perjuangan kerajaan masing-masing.

C. Penutup [2 Markah]

1. 2. 3.

Kerajaan awal di Alam Melayu seperti Melaka dan Majapahit berjaya membina empayar kerana memiliki sistem pertahanan dan ketahanan yang kukuh. Terdapat juga pembesar dan jawatan tertentu untuk mengetuai organisasi tentera agar menjadi cekap dan sistematik. Terdapat juga tentera sukarela yang taat setia mempertahankan negara, di samping hulubalang yang handal

4.

Huraikan sistem dan corak ekonomi China dari zaman Dinasti Shang hingga zaman Tang. A. Pengenalan [3 Markah] 1. 2.

Dinasti

3. 4.

Istilah ekonomi berasal daripada istilah Greek, Oikos dan Oikonomia. Matlamat utama ekonomi China adalah untuk memenuhi keperluan asas hidup, iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian. Walaupun kebanyakan Dinasti China menjalankan dasar ekonomi bebas tetapi campur tangan kerajaan tidak dapat dielakkan. Aktiviti utama orang China adalah pertanian yang berpusat di lembah Yang Tze dan Hwang Ho. Latar belakang tamadun China secara ringkas- amalkan pemerintahan dinasti

B. Isi-isi [7 isi x 3 markah = 21 Markah] 1. Dinasti Shang 2. Pertanian aktiviti utama Dinasti Shang. Sekoi ialah tanaman utama dan alat-alat pertaniannya tidak maju. Kemajuan tinggi dalam kebudayaan material dengan terhasilnya kraftangan-kraftangan mahir. Perdagangan menggunakan kulit siput sebagai mata wang.

Dinasti Chou Terikat di bawah sistem buruh paksa yang menjalankan kerja-kerja awam. Muncul satu sistem pertanian yang dipanggil Well Field System. Dalam sistem ini tanah dipecahkan kepada sembilan bahagian. Lapan bahagian tanah diusahakan oleh petani untuk keperluan sendiri sementara hasil di pusat diserahkan kepada tuan tanah yang memerintah. Pertanian masih primitif dan alat yang biasa digunakan adalah batu dan kayu. Binatang ternakan kurang dipelihara. Dinasti Chou Timur dan Akhir Dinasti Chou

3.

Dinasti Chou Timur, perubahan dalam bidang ekonomi apabila besi digunakan untuk menghasilkan peralatan pertanian. Penggunaan binatang dalam pembajakan pada zaman ini menandakan permulaan Revolusi Pertanian. Akhir Dinasti Chou, kemajuan dalam sistem pengairan. Kemunculan projek pengairan Chengtu di Szechuan. Kegiatan ekonomi meliputi bidang pertanian, kraftangan, penghasilan barangan mewah dan hasil sutera. Terdapat pengklasifikasian penduduk kepada kegiatan ekonomi. Shih golongan bangsawan, Nung (petani), kung (tukang) dan Shang (pedagang). Pertumbuhan ekonomi membawa pertambahan dalam bilangan dan saiz bandar. Contohnya Lin-tzu, ibu kota Chin di Shangtung mempunyai penduduk berjumlah 70 ribu yang berperanan sebagai pusat pasar, pentadbiran dan kediaman golongan aristokrat.

5.

Zaman Chin Berlaku penyatuan negeri China dan penubuhan sebuah kerajaan beraja pusat. Dari segi ekonomi muncul hak pemilikan tanah persendirian dan sistem pemilikan tanah feudal dihapuskan . Kerajaan menggalakkan pertanian, pengeluaran kain dan perdagangan. Muncul ramai golongan pedagang dan kota. Berlaku pengkhususan dalam pengeluaran barangan. Contohnya Wilayah Shangtung menghasilkan ikan, garam, sutera dan alat muzik.

6.

Dinasti Han dan Dinasti Han Timur Dinasti Han Pengeluaran pertanian meningkat dan ia menambahkan penduduk antara 50-60 juta. Zaman ini menyaksikan kemajuan dalam pertanian, kraf tangan, khususnya tekstil, perlombongan dan penghasilan garam. Dinasti Han Timur, Wilayah Barat Laut (Shensi) kurang penting dari segi ekonomi. Kawasan utara (Honan, Hopei dan Shangtung adalah kawasan ekonomi utama. Zaman pemerintahan Shu (221-263 M), Wei (220-265 M)dan Wu (222-280 M) ialah zaman paling agung. Wei menawan China Utara, tanah di utara, tanah di utara Yangtze termasuk lembah Sungai Kuning. Kerajaan Wei menjalankan projek pengairan yang menambahkan pengeluaran. Kesemua kerajaan ini mementingkan sektor pertanian.

7. Dinasti Jin dan Dinasti Jin Timur. Dinasti Jin (265-420 M)penduduk bekerja sebagai petani. Dinasti Jin Timur (317-420 M) mengalami kemajuan pesat kerana imigrasi dalam skala besarbesaran penduduk dari utara.

8.

Dinasti Selatan dan Utara. Kedua-dua kerajaan ini mengutamakan sektor pertanian. Kerajaan utara telah memperkenalkan sistem tanah yang menyediakan peruntukan bagi pengagihan tanah-tanah negeri untuk pertanian. Kaedah ini dianggap permulaan Sistem Manor di China dan ia dapat diperhatikan di Selatan Kiangsu dan Chekiang.

9. Dinasti Sui Dinasti Sui (589-618 M) di bawah pemerintahan Maharaja Wen Ti menyaksikan kemajuan pertanian yang pesat. Satu dasar diperkenalkan di mana tanah kerajaan yang terlibat diserahkan kepada petani dan sebagai ganti cukai dan buruh paksa dituntut. Berlaku juga kemajuan dalam pembinaan empangan dan berlaku pertambahan penduduk yang pesat.

10.

Dinasti Tang Dinasti Tang (618-907 M) telah mengagihkan tanah terbiar kepada petani. Contohnya, tanah sebanyak 100 mu diberikan kepada lelaki dewasa, 80 mu dikembalikan kepada negara dan 20 mu dipegang oleh keluarga. Sebagai ganti, petani perlu membayar cukai tahunan dengan 2 pikul bijian, 20 kaki kain sutera dan menyumbangkan tenaga buruh paksa selama 20 hari. Dibentuk satu kesatuan kraftangan dalam industri sutera, kertas dan porselin. Ini merangsangkan perdagangan dalam negeri yang dibantu oleh kemajuan komunikasi. Ibu kota kerajaan Tang adalah Bandar ang dikunjungi oleh pedagang luar negeri dan pelbagai bangsa.

C. Penutup [1 Markah]

1. 2. 3.

Aktiviti ekonomi seperti pertanian, perindustrian, dan perdagangan membantu perkembangan ekonomi di China. Kekayaan yang dikumpul membawa kepada kekayaan golongan bangsawan, petani hidup hanya untuk orang kaya. Setiap dinasti dalam tamadun China berusaha untuk meningkatkan hasil ekonomi mereka dengan pelbagai pembaharuan dalam pertanian dan perdagangan.

5. Jelaskan perkembangan kurikulum dalam sistem pendidikan di Mesopotamia, Mesir, India dan China. A. Pengenalan [ 3M ] 1. Latar belakang tamadun awal secara ringkas a. Tamadun Mesopotamia terletak di antara sungai Tigris dan Euphrates. Tamadun terawal yg wujud sejak 3500 S.M. Bermula dgn Empayar Akkad oleh Raja Sargon b. Tamadun. Mesir pula terletak di lembah sungai Nil. Wujud sejak 3100 S.M dengan 31 dinasti, dibahagikan kepada kerajaan awal, pertengahan, empayar dan keruntuhannya dikuasai Rom pada 30 M. c. India pula terletak di utara India bermula di Sungai Indus dan berkembang ke Sungai Ganges. Di asaskan oleh Chandragupta Maurya 321M iaitu Dinasti Maurya diikuti oleh Dinasti Gupta. d. Tamadun China bermula di Sungai Hwang Ho berkembang ke selatan ke Sungai Yang Tze Kiang. Diasaskan oleh Dinasti Chin iaitu maharaja Shih Huang Ti diikuti oleh Dinasti Han e. Tamadun-tamadun ini telah mengalami perkembangan dalam sistem pendidikan bagi meningkatkan keunggulan tamadun masing-masing Definisi kurikulum a. Aspek penting dalam pembentukan dan pembangunan sistem pendidikan. b. Kurikulum merujuk kepada aktiviti pembelajaran yang disusun oleh guru untuk membolehkan muridnya mencapai objektif yang dirancang. 3. Matlamat pendidikan tamadun awal a. Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, rohani, dan emosi. b. Kesemua tamadun awal tersebut melahirkan kurikulum pendidikan masing-masing berasaskan matlamat pendidikan Negara. 4. Bidang kurikulum

2.

10

a. Kurikulum dalam tamadun2 awal mencakupi pelbagai bidang termasuk teologi dan sekular. B. Isi-isi penting [ 20 M ] 1. Kurikulum Mesopotamia a. Bidang- terbahagi kepada subjek semi saintifik dan semi kreatif. Subjek semi saintifik meliputi biologi,botani zoology,geografi, mineralogy,matematik, astronomi, perubatan dan linguistik. b. Asas- pelajar dikehendaki membaca,menghafal karya-karya klasik dan menyalinnya. Buku teks digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. c. Matematik- orang-orang Sumeria menyediakan pelbagai sifir Matematik dan banyak soalan Matematik bersama dengan jawapannya. Dalam bidang linguistik, bahasa Sumeria diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan perkataan dan frasa yang berkaitan. d. Semasa Akkadia menawan Sumeria, pensyarah-pensyarah Sumeria telah menyediakan kamus yang tertua di dunia sebagai rujukan e. Sastera- aspek sastera dan kreatif dalam kurikulum Sumeria terdapat kegiatan membaca dan menyalin karya-karya sastera berbentuk puisi dan ia meliputi beberapa genre. Sastera terdiri daripada mitos dan cerita-cerita epik berbentuk puisi-puisi naratif. Mitos dan cerita-cerita epik ini memuji tuhan dan wira-wira Sumeria. Terdapat lagu-lagu suci mengenai tuhan dan raja Sumeria. Terdapat juga himpunan esei, pepatah dan sifir. f. Disiplin pelajar-pelajar akan dikenakan hukuman bagi kesalahan-kesalahan seperti datang lambat ke sekolah, tidak memakai pakaian kemas dan malas. Setiap sekolah mempunyai seorang guru disiplin bertindak mengawasi masalah disiplin di sekolah. Jika pelajar-pelajar bertindak kasar terhadap guru-guru akan diberhentikan sekolah dan mereka dikehendaki membuat rayuan kepada guru besar. 2. Kurikulum Mesir a. Tahap kurikulum Mesir terbahagi kepada kurikulum peringkat rendah, menengah, tinggi serta pendidikan vokasional dan teknikal. b. Asas dalam kurikulum Mesir peringkat permulaan membaca dan menulis. Pelajar dikehendaki menghafal huruf yang berlainan. Seterusnya mereka akan menyalin teks-teks klasik dan adakalanya menterjemahkan teks-teks ini ke dalam bahasa vernakular. c. Mata pelajaran pelajar mempelajari subjek seperti geografi,matematik, dan bahasa asing., kesusasteraan dan undang-undang. d. Pelajar-pelajar yang malas dikenakan hukuman rotan dan tidak memberikan tumpuan terhadap pelajaran dan kerja yang diberikan. 3. Kurikulum India a. Orientasi Hindu dan Buddha : Pendidikan Agama Hindu berasaskan kitab-kitab Veda dan Bahasa Sanskrit sebagai bahasa pengantar. b. Agama Hindu dan Buddha asas kurikulum : sehingga lahir Kolej Brahman untuk pelajar Hindu Peringkat tinggi pada abad ke dua sebelum masihi. Universiti Nalanda ialah untuk belajar agama Buddha peringkat tertinggi abad ke 4 M. c. Vedik : Kurikulum vedik awal menekankan pembelajaran kitab suci Veda. Matlamat utama untuk melahirkan golongan pendeta yang mahir menjalankan upacara pengorbanan. Pelajar-pelajar dilatih menyanyi lagu-lagu suci dengan sebutan dan intonasi yang betul. d. Pasca Vedik : kurikulum pasca vedik menekankan pembelajaran kitab Vedanta. Muncul-muncul sekolah-sekolah khas menekankan pembelajaran subjek nahu, astronomi dan undang-undang. Kitab Purana menyebut tentang lapan pusat pengajian menekankan pembelajaran vedik, politik dan ekonomi, pemujaan api, botani, ilmu pengangkutan, seni peperangan, astrologi dan ilmu ketenteraan.

11

e. Akhir Vedik : Kurikulum zaman vedik akhir dipengaruhi oleh sistem kasta. Pelajar Brahmin menekankan pengajian keagamaan. Pelajar kesatria menekankan ilmu ketenteraan dan sains politik. Pelajar Vaisya memberi tumpuan terhadap subjek ekonomi. f. Pendidikan tinggi : Menekankan empat cabang pembelajaran iaitu falsafah, veda, ekonomi dan politik. Subjek sains dan teknologi seperti perubatan, veteneri dan astronomi juga dipelajari. 4. Kurikulum China a. Dibahagikan kepada tiga tahap,iaitu kurikulum rendah, menengah dan tinggi. b. Peringkat menengah diberikan latihan menulis karangan, kesusasteraan dan pengajian esei. Pelajar yang menamatkan pendidikan menengah dan tinggi akan menduduki peperiksaan awam keraaan. c. Pelajar yang lulus peperiksaan awam kerajaan akan diberikan ijazah. Ijazah yang diberikan terdiri daripada tiga peringkat iaitu ijazah pertama, ijazah kedua (sarjana), ijazah ketiga (doktor falsafah). C. Penutup [ 2M ] a. Kurikulum dalam tamadun-tamadun awal mengalami perkembangan pesat mengikut peredaran masa. Tamadun-tamadun awal melahirkan kurikulum yang menyeluruh meliputi aspek-aspek seperti teologi, secular, sains, sastera, teori dan praktikal. b. Perkembangan ini menyebabkan tamadun-tamadun awal melahirkan ramai sarjana yang berwibawa dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan. 6. Terangkan perkembangan dalam aliran falsafah dalam tamadun China A. Pendahuluan [ 3 M ] Perkembangan dan kegemilangan dalam bidang falsafah di China berlaku pada zaman Chou Timur. Kemunculan pelbagai aliran falsafah disebabkan oleh perubahan politik dan krisis sosial yang memuncak ekoran percubaan wilayah-wilayah kecil yang ingin membebaskan diri daripada kerajaan pusat. Terdapat lebih seratus aliran falsafah yang muncul pada zaman ini tetapi hanya lima aliran sahaja mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat iaitu Confucianisme, Taoisme, Maoisme, Menciusme dan legalisme B. Isi [ 5 isi X 4 =20 ] 1. Falsafah Confucianisme a. Falsafah ini diasaskan oleh Kung Fu Tze. Karya-karya yang mengandungi ajaran Confucius dikenali sebagai Ching atau klasik. Doktrin Confucius berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. b. Confucius menekankan lima bentuk hubungan dalam masyarakat iaitu hubungan bapa dengan anak, hubungan suami dengan isteri, hubungan saudara tua dengan saudara muda, hubungan raja dengan pengawal serta hubungan sesama sahabat. c. Untuk melahirkan kehidupan yang harmoni perlunya sifat saling menghormati, jujur, amanah, berbudi pekerti dan bertanggungjawab untuk dipraktikkan dalam kehidupan sebenar d. Dalam pentadbiran Confucius menekankan pemerintahan melalui teladan iaitu perlu menunjukkan budi pekerti yang baik untuk di tunjukkan kepada rakyat 2. Falsafah Toisme a. Falsafah ini diasaskan oleh Lao Tze. Ajaran falsafah terkandung dalam kitab Lao Tzu dan Chung Tzu. b. Doktrin Tao Te Ching yang merupakan ajaran asas Taoisme menganjurkan tentang Tao ( jalan ), iaitu sumber bagi segala yang wujud. Falsafah Toisme turut menekankan kehidupan sederhana dan tidak terikat kepada sebarang undang-undang

12

c. Ajaran ini mendapat sokongan daripada tuan tanah yang kehilangan tanah dan kuasa

3. Falsafah Menciusme a. Di asaskan oleh Mencius, juga merupakan aliran falsafah yang berpengaruh di China. Mencius mengabungkan idea falsafah yang dikemukakan oleh Confucius dengan Toisme b. Menurut Mencius manusia mempunyai perasaan belas kasihan yang dikenali sebagai Jen. Menurut beliau perasaan malu dan benci akan memperbaiki tingkah laku manusia c. Berhubung dengan politik, Mencius menjelaskan kejayaan politik tidak dapat dicapai melalui kekerasan. Sebaliknya beliau menekankan bahawa kekuatan seseorang raja bergantung kepada mandat dari syurga.

4. Falsafah Moisme a. Di perkenalkan oleh Mo Tze. Falsafah ini menekankan penghormatan kepada orang tua, cinta sejagat, kesederhanaan dalam perbelanjaan dan upacara keagamaan. b. Mo Tze menentang upacara keagamaan dan pengkebumian yang menelan perbelajaan yang banyak serta muzik yang tidak mendatangkan sebarang faedah. Beliau juga menolak amalan menilik nasib yang menjadikan manusia jadi malas dan hanya bergantung kepada nasib sahaja. c. Falsafah ini menyarankan konsep cinta sejagat untuk melahirkan masyarakat yang bersopan santun 5. Falsafah Legalisme a. Falsafah ini menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban msayarakat b. Antara karya yang dihasilkan oleh golongan legalis ialah Kuan Tzu dan Book Of Lord Shang c. Pemikir legalis yang unggul ialah Han Fei Tzu, beliau menekankan penguatkuasaan undang-undang yang tegas untuk mengawal tindak tanduk manusia daripada berindak liar C. Penutup [ 2 M ] Tamadun China antara tamadun awal yang memberi sumbangan besar dalam lapangan falsafah. Kehebatan tamadun China jelas dengan kemunculan lebih seratus aliran falsafah. Idea-idea yang dikemukan oleh tokoh-tokoh ini melahirkan masyarakat yang ideal serta berpegang pada prinsipprinsip moral dalam kehidupan

7. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kuasa Barat melakukan penerokaan dan penjelajahan pada abad ke 15 dan 16. A. Pengenalan [ 3M ] 1. Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan menghadapi. 2. Penjelajahan membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah. 3. Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Eropah dikesan sejak zaman Yunani dan Rom. 4. Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan adalah untuk mendapat kekayaan (gold), kemegahan (glory) dan keagamaan (gospel). B. Isi Penting [ 7 isi X 3 = 21M ] 1. Gerakan Renaisans a. gerakan ini merubah cita-cita dan bangsa Eropah serta menyemai ciri-ciri humanisme, individualisme, sekularisme, pemikiran kritis dan rasionalisme.

13

b. Institusi gereja yang mengongkong pemikiran masyarakt Eropah hilang pengaruhnya dan muncul zaman baru yang menekankan kepentingan sains dan teknologi. 2. Perkembangan Kapitalisme dan Merkantalisme. a. Menggalakkan kegiatan pengumpulan modal hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan. Raja-raja negara bangsa mempelopori perkembangan kapitalisme dengan tujuan mengaut kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka. b. Perkembangan ini menyebabkan negara-negara bangsa mengamalkan dasar ekonomi merkantalisme yang menekankan dasar mengumpul kekayaan dan mengaut keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru. 3. Menyebarkan agama Kristian a. Raja-raja Eropah dan golongan Mubaligh Kristian bercita-cita untuk mengembangkan agama Kristian di luar benua Eropah. Para pendakwah Kristian bersama-sama dengan saudagarsaudagar ingin meneroka wilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan Amerika. b. Kepercayaan mengenai Prestor John, seorang tokoh lagenda Kristian yang dipercayai mengasaskan kerajaan Kristian di Asia atau Afrika telah menguatkan keinginan orang Eropah untuk mencari kerajaan tersebut. 4. Memecahkan monopoli saudagar-saudagar Islam. a. Orang Eropah memerlukan barang-barang dari Timur seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapas. Perdagangan rempah dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Itali yang mengaut keuntungan besar dengan menjual barang-barang tersebut pada harga yang tinggi. b. Keadaan ini mendorong negara-negara Eropah khususnya Portugal dan Sepanyol mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barang-barang tersebut pada harga yang murah. Mereka juga mahu memecahkan monopili perdagangan saudagar-saudagar Islam.

5. Perang Salib a. Perang salib memberi peluang kepada orang Eropah mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti astronomi, geometri, matematik, sains dan perubatan dari dunia Islam. Keadaan ini melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka dan mengamalkan gaya hidup baru iaitu suka bersiar-siar dan belayar. b. Perang salib juga membuka Eropah kepada dunia Timur. Mereka mahu menguasai perdagangan rempah di Timur daripada saudagar Arab. 6. Perlumbaan di antara negara-negara bangsa. a. Pertugis, Sepanyol, England dan Perancis merupakan negara bangsa yang bersaing diantara satu sama lain. Ia bertujuan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barangbarang mereka. 7. Kemajuan dalam teknologi pelayaran. a. Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan lagi penerokaan ke seberang laut. Bangsa Eropah memiliki peta-peta yang lengkap tentang benua Eropah dan laut Mediteranean pada abad ke15. b. Alat seperti kompas magnetik dan asrtolab dicipta untuk memudahkan pelayaran. 8. Pengetahuan tentang dunia luar.

14

a. Catatan pengalaman Marco Polo dan John Monte corvino yang berkhidmat di Parsi, India dan Cina mendorong masyarakat Eropah melakukan pengembaraan. b. Maklumat yang terkandung dalam buku-buku yang dihasilkan oleh pengembara tentang India dan Cina menarik minat Christopher Columbus melancarkan ekspedisi mengelilingi dunia. D. Penutup [ 1 M ] 1. Terdapat banyak faktor yang mendorong bangsa Eropah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan pada abad ke15 dan 16M. 2. Aktiviti penerokaan ini telah mewujudkan tanah jajahan dan empayar yang laus, mengawal jalan perdagangan di seluruh dunia dan membentuk empayar perdagangan.

8. Perkembangan seni lukis dan seni ukir di Alam Melayu telah bermula semenjak zaman prasejarah lagi. Bahaskan pernyataan di atas dengan merujuk kepada contoh-contoh tertentu. A Pengenalan [ 3 Markah ] 1. Bukti-bukti arkeologi masyarakat Asia Tenggara di Alam Melayu telah mempunyai pencapaian seni lukis yang membanggakan contohnya lukisan pada dinding dan syiling gua. 2. Seni lukis dan seni ukir pada zaman Pra sejarah ini juga merupakan cerminan kepada banyak aspek kehidupan mereka yang merangkum hal-hal kepercayaan dsb. B .Isi-Isi Penting [ 4 isi X 5 = 20 markah ] Lukisan Dinding Gua Dikesan banyak tempat di Alam Melayu seperti Gua Niah Sarawak, Gua Madai Sabah Lukisan tersebut merupakan lukisan-lukisan Pra sejarah Zaman Kebudayaan Hoabinhian, Neolitik dan zaman Protosejarah. Lukisan menggunakan arang dan serbuk hematite. Merupakan paparan kepada sistem kepercayaan, roh-roh nenek moyang, kegiatan ekonomi memburu binatang. Lukisan-lukisan perahu yang ditemui bersama-sama dengan pengebumian perahu di Gua Niah membuktikan mereka percaya kepada kehidupan selepas mati.

Lukisan pada tembikar Seni lukis di Alam Melayu boleh dikesan pada objek tembikar yang dihasilkan umpamanya penemuan tembikar tanah di Gua Niah Sarawak, Gua Cha Kelantan, Gua Madai Sabah dan Gua Tabun di Filipina dan di Jawa, Indonesia. Dilihat sebagai satu bentuk ekspresi pemikiran masyarakat Alam Melayu terhadap kehidupan masyarakat mereka yang sangat rapat dengan Alam. Lukisan dilukis menggunakan hematite dan kayu getah yang dicampur dengan lemak binatang tertentu mendapat hasil yang baik satu pencapaian dan tahap pemikiran yang tinggi. Bukti-bukti menunjukkan masyarakat di Alam Melayu pada zaman Pra sejarah telah pandai menghias tembikar. Jenis-jenis ukiran itu dikenali dengan pelbagai nama berdasarkan kepada bentuk, corak dan motif tertentu.

15

Ukiran pada kayu Boleh dilihat dikebanyakan tempat di Alam Melayu seperti Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia. seni ukir boleh dikesan daripada keranda-keranda kayu dan klirieng-klirieng yang terdapat di Serawak Keranda kayu terukir telkah pin dikesan di Pantai Timur Sabah, Palawan, Filipina, Gua Niah, Sarawak, kalimantan Timur dan Sulawesi Tengah di Indonesia serta Kanchanaburi di Thailand. Ukiran-ukiran pada keranda kayu merupakan menifestasi hubungan yang rapat antara manusia dengan tumbuhan dan binatang Keranda tersebut mempunyai ukiran berbentuk binatang Ukiran yang bermotifkan tumbuhan juga boleh dikesan sebagaimana lukisan dan tulisan yang terdapat pada tembikar-tembikar tanah.

Ukiran Batu Batu boleh dikesan semenjak zaman pra-sejarah. Kebudayaan ini juga dikenali sebagai kebudayaan megalitik iaitu kebudayaan batu besar. Beberapa bukti seni ukir batu dijumpai di Jaong dan Tanah Tinggi Kelabit di Sarawak, Ulu Toman dan kawasan lembah pantai barat di Sabah, Pengkalan kempas, Melaka di semenanjung Tanah Melayu dan di tenggara kalimantan Indonesia, Ukiran-ukiran pada batu ini boleh dilihat sma dengan bentuk tulisan mahupun tulisan gambar yang bermotifkan manusia dan binatang. Pada zaman protosejarah terdapat, seni ukir batu khususnya batu nisan dan juga obejek-objek pemujaan yang bermotifkan agama hindu sebagai pengaruh secara lansung dari India.

C. Penutup [ 2M ] Seni ukir dan seni lukis di alam Melayu pada zaman pra sejarah dan sehingga zaman pra sejarah telah mengalami satu perkeembangan yang maju dan membanggakan. Perkembangannya menjadi satu revolusi daripada budaya tempatan dan hasil pengaruh budaya luar terutamanya kebudayaan India.

Bahagian B 9. Bincangkan struktur masyarakat Sepanyol pada zaman pemerintahan Islam. Pengenalan[3 markah] 1.Bandar-bandar di Ssepanyol menjadi pusat pentadbiran kerajaan Islam selama lapan abad dan juga menjadi pusat perkembangan tamadun Islam. 2.Sejarah ringkas permulaan Islam di Sepanyol 3. Masyarakat Islam Sepanyol merupakan wakil masyarakat Eropah kerana bilangan majoritinya merupakan penganut agama Islam di benua Eropah. 4.Pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah, terdapat pelbagai kaum di Sepanyol. Kaum yang terbesar ialah kaum Barbar dan diikuti dengan bangsa Arab, Muwalladun iaitu penduduk tempatan, kaum Mozarab, masyarakat Yahudi dan golongan hamba.

16

Isi/fakta/Huraian[ 4 isi x 5 markah = 20 markah ] 1. Kaum Barbar Kaum Barbar ialah masyarakat yang hidup menetap dan bukan hidup secara berpindah randah. Kebanyakan daripada mereka tinggal di Desa dan melibatkan diri dalam bidang pertukangan, pertanian dan sebilangan bertugas sebagai buruh. Mereka berasal daripada keturunan pejuang-pejuang Islam yang membuka negeri Sepanyol. Jejak langkah nenek moyang mereka telah diikuti disamping mencari kehidupan baru di Sepanyol. Setelah bergabung dengan kaum Muslimin yang lain, mereka mula menghadapi penentangan daripada puakpuak Kristian. 2. Kaum Arab Masyarakat Arab merupakan golongan pemerintah Andalusia yang berketurunan bani Umaiyah walaupun mereka terdiri daripada bilangan anggota yang kecil. Pengaruh mereka bukan tertakluk dalam bidang politik sahaja malahan dari segi kebudayaan dan juga peradaban. Pengaruh mereka adalah kuat kerana mereka merupakan golongan pemerintah yang berhubung terus dengan khalifah di Damsyik. Golongan ini juga berpengaruh dalam bidang ekonomi di Sepanyol yang membolehkan mereka memiliki ladang-ladang yang besar dan hasil yang lumayan. 3. Golongan Muawalladun Golongan Muawalladun ialah penduduk tempatan berbangsa Sepanyol yang memeluk agama Islam. Bilangan mereka melebihi orang-orang Arab. Mereka amat berbangga dengan agama yang mereka anuti. Selain itu, berlaku juga perkahwinan campur antara orang Arab dengan golongan Muawalladun yang secara langsung merapatkan jurang antara mereka sehingga perbezaan antara ras Arab dan Muawalladun sudah tidak dapat dikenal pasti lagi. 4. Golongan Mozarab Golongan Mozarab ialah orang-orang Kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung dibawah pemerintahan Islam. Mereka boleh disamakan dengan golongan Zimmi di bawah pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik. Mereka dikenal pasti dengan menetap di kawasan Bandar dan luar Bandar serta bertutur dalam loghat Rom. Bagi golongan yang terpelajar mereka boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Arab dengan baik. Mereka juga terpaksa akur dan membayar Jizyah kepada kerajaan Islam bagi menikmati kehidupan bebas beragama dan tidak dipaksa untuk menganuti agama Islam. 5. Yahudi dan Golongan Hamba Puak Yahudi tidak ramai tetapi mereka banyak menyumbang dalam bidang intelektual seperti golongan Mozarab. Mereka juga hidup aman dibawah naungan kerajaan Islam dan membayar Jizyah. Golongan hamba di sepanyol terbahagi kepada dua puak iaitu puak Negro dan puak Saqalibah (Slavs). Golongan Saqalibah amat berpengaruh dan mempunyai bilangan yang ramai pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III. Mereka akhirnya diberi kebebasan dan memeluk Islam serta berpengaruh dalam bidang Politik. Pada abad ke-11 golongan ini merupakan salah satu daripada golongan yang terpenting di Sepanyol. Kesimpulan[ 2 markah]

17

Kewujudan pelbagai puak di Sepanyol telah mewujudkan masyarakat majmuk yang akhirnya telah membawa masalah yang besar kepada pemerintahan Islam di Sepanyol. Faktor perpecahan dalam kalangan pemimpin Islam di Sepanyol telah memberi peluang kepada orang Kristian di bahagian utara untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Keadaan ini merupakan punca kepada kejatuhan Islam di Bumi Sepanyol. 10. Nabi Muhammad bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang negarawan. Bincangkan Pengenalan [ 3 markah ] Nabi dan rasul merupakan seorang lelaki yang dipilih dalam kalangan manusia yang diturunkan wahyu oleh Allah SWT ke atas dirinya untuk amalan diri dan disebar untuk orang ramai. Nabi Muhammad s.a.w b Abdullah telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah. Baginda telah menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan bersamaan 16 Ogos 610 Masihi. Dengan ini baginda secara rasmi telah dilantik sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan. Kerasulan Baginda telah tercatat dalam ayat al-Quran iaitu dalam surah al Muddathir ayat 1 hingga 7. Baginda telah diseru agar berdakwah secara senyap dan secara terang-terangan. Akibat tentangan yang hebat oleh kaum Musyrikin Makkah baginda terpaksa berhijrah ke Madinah dan berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang kuat dan disegani di sana. AlQuran menyifatkan nabi Muhammad s.a.w. sebagai Contoh Terbaikatau Uswah Hasanah. Baginda mempunyai akhlak sebagaimana akhlak yang diajar dalam al-Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin negara dan masyarakat. Pada awalnya beliau cuma terkenal sebagai nabi dan rasul namun akhirnya baginda muncul sebagai panglima tentera dan pemimpin negara yang disegani. Isi/Fakta/Huraian [ 4 markah x 5 isi = 20 markah] 1. Sebagai Nabi dan Rasul Baginda nabi Muhammad SAW diakui sebagai nabi dan rasul melalui tiga cara iaitu cara pertama menerusi kitab-kitab suci iaitu al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur. Kedua adalah melalui sifat-sifat kenabian seperti menerima wahyu dan memiliki sifat-sifat mulia seperti Siddiq, Amanah, Tabliqh dan Fatanah. Cara yang ketiga adalah melalui pengkajian berdasarkan bukti-bukti Sejarah. Selain kitab-kitab suci, tanda-tanda kenabian Muhammad s.a.w sudahpun diperlihatkan sewaktu baginda masih kanak-kanak lagi. Contohnya sewaktu perut (dada) baginda dibedah untuk dibersihkan oleh malaikat Jibril. Dari Perspektif Sejarah pula, sewaktu berada di Makkah selama 13 tahun, iaitu sejak turunnya wahyu pada tahun 610 M hingga hijrah ke Madinah pada tahun 622 M. Baginda lebih dikenali sebagai seorang nabi dan rasul yang membawa agama Islam. Berbagai-bagai reaksi yang timbul terhadap ajaran agama Islam yang dibawa sama ada menyokong atau menentang. Mereka yang menentang nabi terdiri daripada kaum Musyrikin Quraisy yang menganut agama berhala. 2. Sebagai Pemimpin Agama Nabi Muhammad SAW telah menentukan beberapa bidang dalam mengatur kehidupan manusia dari sudut agama. Antaranya ialah bidang ibadat seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Aspek kedua ialah Muamalat seperti urusan pentadbiran, jual beli dan seumpamanya. Aspek ketiga ialah Munakahat yang

18

berkaitan dengan nikah-kahwin, jenayah, ketatanegaraan dan hubungan antarabangsa. Segala tindakan yang dilakukan biasanya ditunjukkan dengan contoh dan amali agar mudah difahami oleh umat Islam khasnya serta menjadi contoh dan teladan kepada umat manusia seluruhnya. Semasa menyebarkan agama Islam, Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan sifat-sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawa olehnya. Walaupun nyawanya terancam, namun baginda tetap dengan pendiriannya untuk terus menyebarkan agama Islam kepada semua umat manusia. Kaum Musyirikin Quraisy telah menawarkan harta benda, wanita dan takhta kepadanya supaya meninggalkan ajaran yang dibawa. Namun semua tawaran tersebut telah ditolak oleh baginda. Usaha baginda untuk menyebarkan Islam tetap diteruskan dalam kalangan kaum Quraisy, suku-suku Arab yang datang berkunjung ke Makkah pada setiap musim haji dan termasuklah pembesar-pembesar asing di Habsyah. Di peringkat antarabangsa baginda menyebarkan agama Islam melalui seruan serta penghantaran utusan sebagai pendakwah untuk memperkenalkan Islam kepada dunia luar. Meskipun ada utusan yang dihina dan dibunuh baginda SAW tidak pernah berputus asa untuk berdakwah. 3. Sebagai Pemimpin Masyarakat dan Negarawan Baginda terkenal sebagai seorang yang sangat amanah atau digelar al-Amin dalam kalangan masyarakat Makkah. Sewaktu berada di Madinah baginda telah berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah berlaku perpecahan begitu lama. Kemudian baginda telah mempereratkan hubungan persaudaran antara kaum Muhajirin dan Ansar. Akibat penyatuan ini sama ada sesama Islam atau orang Islam dengan bukan Islam telah membawa kepada terbentuknya negara Madinah yang kuat dan disegani. Bagi mengekalkan perpaduan nabi Muhammad s.a.w menyeru semua kaum yang terdapat di Madinah bersama-sama berganding bahu dan bertanggungjawab mempertahankan Madinah daripada serangan musuh-musuh Islam. Perkara ini terkandung dalam piagam Madinah yang menjelaskan tanggungjawab orang Islam dan orang bukan Islam dalam mempertahankan Madinah. Konsep keadilan beliau dalam masyarakat terserlah dalam kes komplot kaum yahudi bani Quraizah yang berkomplot dengan kaum Musyrikin Quraisy untuk menentang Islam. Dalam kes ini beliau telah menyerahkannya kepada ketuaketua suku iaitu Sad b. Ubadah ketua kaum Khazraj dan Sad b. Muadh ketua suku Aus untuk menjalankan siasatan. Setelah siasatan selesai nabi menyerahkan kuasa menjatuhkan hukuman kepada Sad b. Muadh kerana beliau lebih arif tentang kedudukan bani Quraizah. 4. Sebagai Pemimpin Politik Kepimpinan politik Nabi Muhammad s.a.w. terserlah sejak beliau berada di Makkah lagi iaitu ketika beliau menyelesaikan masalah pemindahan Hajar al-Aswad ke tempat asalnya di Kaabah. Kepimpinan politik beliau juga tergambar diperingkat antarabangsa apabila baginda dianggap sebagai seorang diplomat yang berjaya kerana inisiatifnya menghantar perwakilan ke luar negara seperti Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam kepada mereka. Kesan daripada misi diplomatik ini lah telah menyebabkan Negara-negara tersebut akhirnya telah tunduk dibawah pemerintahan Islam. Baginda juga telah memperkenalkan sistem syura (musywarah). Sistem ini telah dilaksanakan di semua peringkat pentadbiran dalam semua bidang. Sebagai contoh pengadilan terhadap tawanan Yahudi bani Quraizah dilakukan secara sistem Syura. Lanjutan daripada ini lah suatu Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi pada zaman Khalifah Umar b al- Khattab. 5. Sebagai Pemimpin & Perancang Ekonomi

19

Nabi s.a.w telah memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian. Usaha-usaha mencari kekayaan dan kesenangan di dunia adalah diharuskan, asalkan tidak melibatkan riba serta menunaikan bayaran zakat setelah sampai haul dan nisabnya. Baginda sendiri telah berusaha untuk membangunkan ekonomi orang Islam. Umpamanya tanah-tanah yang terbiar telah diusahakan semula serta tanah-tanah yang tergadai kepada kaum Yahudi berjaya ditebus semula dan dikerjakan. Selain itu, baginda juga berjaya menyekat kegiatan kaum Quraisy yang memonopoli aktiviti perdagangan terutamanya yang berkaitan dengan ekspedisi-ekspedisi kafilah pedagang kaum Quraisy pada zaman itu. 6. Sebagai pemimpin Tentera Baginda Nabi Muhammad s.a.w telah mengetuai beberapa ekspedisi peperangan yang besar. Kepimpinan beliau dalam bidang ketenteraan adalah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia. Menerusi akidah baginda dan para sahabatnya berkeyakinan untuk menghadapi musuh walaupun jumlah tentera Islam lebih kecil berbanding tentera musuh seperti dalam peperangan Badar. Melalui peraturan-peraturan peperangan yang disyariatkan oleh Allah, baginda dan para sahabatnya bertindak mengikut batas-batas yang ditetapkan seperti tidak memerangi golongan yang lemah dan orang yang tidak bersenjata, tidak memusnahkan harta benda seperti bangunan rumah ibadat dan tanam-tanaman. Dalam perang di Hunayn dan Taif, baginda telah menunjukkan contoh-contoh akhlak yang baik dengan menggambarkan sifat perikemanusiaan dengan memulangkan semula harta benda yang telah ditawan kepada pihak musuh. Tindakan baginda ini telah memikat hati pihak musuh untuk memeluk agama Islam. Baginda juga seorang pemikir ketenteraan yang bijak dengan mengatur pelbagai strategi peperangan yang berkesan dan membawa kejayaan kepada umat Islam. Antara perang yang mengandungi strategi yang diatur oleh Baginda ialah dalam perang Badar, Perang Uhud dan perang Khandak. Sebagai contoh dalam perang Khandak baginda telah menggunakan strategi bertahan dengan menggali parit disekeliling dan strategi ini telah menyebabkan anggota musuh mengaku kalah terhadap tentera Islam. Kesimpulan [ 2 markah ]

Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul malahan baginda juga adalah sebagai pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi dan panglima angkatan tentera yang berjaya. Hal ini menunjukkan agama Islam bukan sahaja mementingkan aspek akidah semata-mata malahan merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Justeru itulah, baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi pula pada zaman Khalifah dan zaman-zaman seterusnya. Baginda juga telah menjadi contoh teladan yang terbaik kepada umat manusia khususnya masyarakat yang beragama Islam

11. Bincangkan pembaharuan-pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Umar bin AlKhattab semasa pemerintahannya. Pendahuluan [3 Markah] Umar al-Khattab dipilih menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh Abu Bakar al-Siddiq dengan persetujuan para sahabat yang lain. Antara ucapan dasar Umar semasa dilantik menjadi khalifah ialah beliau berjanji memimpin menurut perintah Allah dan Rasulnya seperti yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar telah memerintah selama kira-kira 10 tahun iaitu antara 12-23 H/ (634-644 M). Sepanjang pemerintahannya, beliau telah mengotakan janjinya dengan mengadakan pelbagai pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan agama.

20

Isi-isi [7 Isi X 3 Markah] 1. Politik dan pentadbiran. Khalifah Umar telah menghadapi masalah kesan daripada kejayaan tentera Islam menakluki kawasan yang luas, meliputi dari sempadan negeri China di sebelah timur hingga ke Eropah di sebelah barat. Untuk mengatasi masalah ini, Khalifah Umar membahagikan wilayah-wilayah Islam kepada beberapa bahagian bagi memudahkan pentadbirannya. Wilayah-wilayah itu ialah Kufah, Basrah, Syam, Jazirah (Mesopotamia), Mawsil, Yaman dan Bahrain. 2. Perlantikan pegawai Setiap wilayah tersebut dilantik beberapa orang pegawai yang terdiri daripada seorang wali gabenor dan seorang setiausaha dengan dibantu oleh pegawai-pegawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti Jabatan Setiausaha Tentera (Kitab al-Diwan), Jabatan Percukaian (Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis (Sahib al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan Negara (Sahib Bait al-Mal) dan seorang kadi. 3. Penyerahan surat perintah Semua pegawai itu termasuk gabenor telah diberikan surat perintah oleh Khalifah Umar. Surat perintah ini menyebutkan tugas-tugas dan kuasa mereka. Sebelum seseorang pegawai itu dihantar ke wilayah-wilayah berkenaan, rakyat terlebih dahulu diberitahu tentang kuasa dan tugas-tugas pegawai tersebut supaya tidak timbul kekeliruan semasa mereka menjalankan tugas. Begitu juga apabila seseorang pegawai itu dilantik ia terlebih dahulu diperiksa harta benda dan juga peribadinya sebagai langkah ke arah mencegah berlakunya penyalahgunaan kuasa. Apabila seorang pegawai berhenti kerja segala hartanya dihitung sekali lagi. Jika terdapat hartanya berlebihan dan terbukti harta itu didapatinya dengan cara melanggar peraturan negara, maka harta itu akan diambil dan diserahkan kepada perbendaharaan Negara (Bait al-Mal). 4. Laporan setiap tahun Setiap tahun pada musim haji pegawai-pegawai kerajaan diminta hadir ke tanah suci Makkah untuk memberikan laporan tentang sebarang perkara berhubung dengan pentadbiran wilayah. Disamping itu, rakyat jelata yang mengerjakan ibadat haji diberikan hak untuk menyuarakan sebarang kezaliman yang dilakukan oleh pegawai-pegawai berkenaan. Khalifah Umar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mereka. 5. Penubuhan Baitul Mal Khalifah Umar merupakan orang yang pertama menubuhkan institusi Baitul Mal atau Perbendaharaan Negara, iaitu tempat semua harta kerajaan disimpan. Sebuah buku kira-kira negara disediakan untuk mengetahui wang keluar masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan negara. Sumber-sumber kewangan negara berpunca daripada pendapatan bayaran zakat, ghanimah (harta rampasan perang), fay (harta rampasan tanpa perang), jizyah (cukai perlindungan), kharaj (cukai tanah), usyur (cukai perniagaan) dan harta peninggalan orang mati yang tidak mempunyai waris. 6. Pentadbiran tanah Pentadbiran tanah yang teratur dan sistematik juga telah diperkenalkan oleh Khalifah Umar. Tanahtanah yang dikuasai oleh tentera Islam telah dibahagikan kepada dua jenis; pertama, tanah dhimmah iaitu tanah yang bertuan. Tanah Dhimmah ditadbir oleh pemilik-pemilik asal. Kedua, tanah sawafi ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada golongan Ahl al-Ayyam iaitu

21

golongan peneroka (Ahl al-Fay). Tanah-tanah ini tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam. 7. Organisasi sosial Penduduk di setiap wilayah yang dikuasai oleh tentera Islam telah disusun mengikut sistem unit (Arafah) yang terdiri daripada tujuh unit suku iaitu suku Kinanah dan sekutunya, Bani Amr bin Qais Ailan, Buda dan sekutunya, Madhij dan sekutunya, Tamim dan sekutunya, Iyad dan sekutunya. Setiap unit sosial ini mempunyai perkampungan dan ketua masing-masing serta dibayar gaji/elaun mengikut kadar yang telah ditetapkan. Penubuhan Dewan Tentera Satu skim baru telah digubal bagi menentukan gaji / elaun tentera. 1. Muhajirin dan Ansar menerima sebanyak 3000 5000 dirham setahun 2. Ahl al-Ayyam menerima sebanyak 3000 dirham setahun 3. Peserta-peserta dalam Perangan Yarmuk dan Qadisyah menerima sebanyak 2000 dirham setahun. 4. Pendatang-pendatang baru (Rawalif) yang tiba selepas Perang Yarmuk dan Qadisyah menerima antara 1500 2000 dirham setahun. Membentuk Majlis Syura Majlis ini dianggotai oleh enam tokoh Islam dan sahabat Nabi iaitu Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Saad b. Waqqas, Abd Rahman b. Auf, Talhah dan al-Zubair. Fungsi utamanya ialah bagi menentukan jawatan khalifah. 10. Pembaharuan bidang pendidikan Khalifah Umar mengambil berat tentang kemajuan dalam bidang pendidikan berdasarkan ajaran alQuran dan hadis. Pendidikan Islam dan kelas-kelas membaca al-Quran diadakan di seluruh wilayah Islam. Usaha Khalifah Umar seterusnya ialah pengumpulan al-Quran bagi menyambung usaha yang telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. 11. Pembinaan bandar tentera Bandar-bandar telah dibina seperti Kufah, Basrah, Damsyik dan Fustat. Bandar-bandar ini dijadikan pusat tentera dan didirikan khemah-khemah tentera. Tujuannya untuk kemudahan tentera Islam apabila selesai menjalankan ekspedisi dan untuk mengawal sempadan-sempadan wilayah yang sudah ditakluki danbandar-bandar tersebut. 12. Memperkenalkan takwim Islam Khalifah Umar memperkenalkan takwim Islam berdasarkan tahun Hijrah iaitu bermula pada 1 Muharram. Penubuhan takwim Islam ini dibuat pada tahun 17H, tujuannya bagi memudahkan urusan pentadbiran negara. 13. Melantik hakim yang berkelayakan Hakim-hakim berkelayakan telah dilantik untuk memutuskan sesuatu hukuman. keadilan diwujudkan dan ia dipisahkan daripada jabatan-jabatan lain. Kesimpulan [1 Markah] Khalifah Umar al-Khattab banyak memberikan sumbangan kepada usaha meninggikan martabat Islam. Ia tidak terhad kepada perluasan jajahan sahaja, malahan pembaharuan dan pembangunan meliputi semua aspek Mahkamah

8.

9.

22

agama, politik, ekonomi dan sosial. Kejayaan ini adalah hasil kecekapan dan kebijaksanaannya di samping kestabilan dan keamanan yang diwarisi dari Khalifah Abu Bakar. Kemajuan dan keamanan semasa pemerintahan Khalifah Umar ini selanjutnya diteruskan oleh pemerintahan Khalifah Uthman Affan.

12. Bandingkan konsep dan matlamat peperangan antara orang Arab Jahiliyah dengan konsep dan matlamat peperangan Islam. Pendahuluan [3 Markah] Islam ialah agama Allah SWT yang diturunkan untuk kebaikan dan kesejahteraan manusia sejagat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Islam tidak menggalakkan peperangan atau pencerobohan ke atas negaranegara asing kerana ia agama yang cintakan perdamaian. Objektif dan matlamat utama peperangan dalam Islam adalah untuk menegakkan ajaran Allah s.w.t. Walaupun begitu, Allah s.w.t tidak mengizinkan orang Islam berperang melainkan setelah orang Islam diancam dalam negeri sendiri. Peperangan yang pertama dalam sejarah Islam adalah Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah Isi-isi [5 Isi X 4 Markah= 20 markah] 1. Konsep Konsep peperangan dalam Islam adalah mempertahankan maruah diri, agama dan Negara dan bukannya menyebarkan agama Islam menerusi mata pedang/paksaan atau memperoleh kedudukan ekonomi yang tinggi / kebendaan. Peperangan menurut pendapat kebanyakan ulama ialah fardu kifayah tetapi akan menjadi fardu ain dalam keadaan-keadaan tertentu seperti apabila seseorang dipilih menyertai pasukan perang untuk menghadapi sesuatu peperangan; apabila musuh menyerang mana-mana daerah Islam; dan untuk membebaskan orang Islam daripada tangan musuh. Peperangan yang berlaku adalah untuk mempertahankan kredibiliti sesebuah pemerintahan, di samping untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan boleh dikecapi oleh rakyat sesebuah negara. Konsep peperangan dalam masyarakat Arab Jahiliyah bermatlamat duniawi. Peperangan berlaku adalah untuk mempertahankan dan menjaga kepentingan sesuatu pihak walaupun belum dapat dipastikan kebenarannya. 2. Mempertahankan negara. Peperangan dalam Islam bertujuan untuk mempertahankan Negara daripada ancaman musuh sekaligus memenuhi tuntutan berjihad. Ia juga bertujuan untuk menangkis segala kemudaratan dan kerosakan yang boleh menjejaskan keamanan dan ketenteraman kehidupan umat Islam. Sebagai contoh pada tahun 5 Hijrah, tentera Islam terpaksa turun ke medan perang bagi mengatasi ancaman tentera Ahzab yang berjumlah 10,000 orang mengepung dan menyerang Kota Madinah. Dalam masyarakat Jahiliyah, peperangan bertujuan mempertahankan kabilah dan suku. Hal ini disebabkan oleh adanya semangat assabiyah yang tinggi sehinggakan peperangan boleh berlaku kerana sebab yang sangat remeh. Contohnya Perang al-Basus yang berpunca daripada seekor unta. 3. Mewujudkan keamanan. Peperangan berlaku kerana mewujudkan keamanan dan iklim politik yang stabil dalam negeri. Dalam peperangan Khandak misalnya, Nabi Muhammad s.a.w. bertindak tegas memerangi kumpulan Yahudi yang menggugat kestabilan politik apabila mereka bersekutu dengan tentara Quraisy dalam peperangan tersebut. Dalam masyarakat Jahiliyah, peperangan berlaku bukan untuk mewujudkan keamanan tetapi untuk menunjukkan kebanggaan kerana peperangan adalah amalan biasa yang sudah menjadi lumrah. Pahlawan-pahlawan yang gagah perkasa biasanya akan disanjung dan dipuji dalam syair-syair mereka.

23

4.

Mempertahankan kesucian agama. Pada awal pemerintahan Khalifah Abu Bakar, beliau telah menggerakkan 11 pasukan tentera untuk menangani golongan nabi palsu, enggan membayar zakat, dan murtad yang dikenali sebagai Gerakan al-Riddah setelah gagal menggunakan kaedah diplomasi. Agama tidak menjadi matlamat utama peperangan yang berlaku dalam masyarakat Arab Jahiliyah. Peperangan yang berlaku antara orang Quraisy Makkah dengan tentera Islam Madinah bukan bertujuan mempertahankan agama mereka tetapi perasaan iri dan dendam mereka terhadap usaha dakwah Nabi Muhammad seterusnya kebimbangan mereka hilang kuasa dan pengaruh. Perjalanan dakwah tidak terganggu oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Rasulullah s.a.w telah menghantar sepasukan tentera ke Ghassan bagi menggempur orang-orang Rom yang bertindak membunuh delegasi dakwah yang diutus oleh Rasulullah. Hal inilah yang mencetuskan Perang Mutah diikuti dengan perang Tabuk pada tahun 9 Hijrah. Persaingan antara kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliyah sering berlaku berkaitan dengan kuasa dan pengaruh serta menjaga kepentingan perniagaan. Persaingan ini akan menimbulkan gangguangangguan dari pihak lain. Untuk menghentikan gangguan daripada persaingan ini maka terjadilah peperangan yang berpanjangan. Mempertahankan sumber ekonomi. Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, sepasukan tentera telah dihantar ke Sind berikutan adanya ancaman terhadap kapal-kapal dagang Islam di sana. Arab Jahiliyah terutamanya puak Hadhari sentiasa bersiap sedia untuk berperang iaitu demi menjaga pusat dan gedung perniagaan daripada serangan perompak dan musuh serta mengawasi kafilahkafilah perdagangan mereka.

5.

6.

Kesimpulan[ 2 markah ] Kemunculan Islam telah merubah persepsi manusia terhadap konsep peperangan dalam peradaban manusia. Islam menyeru dan menggalakkan kedamaian dan keharmonian dalam sesebuah pemerintahan. Namun, sekiranya keselamatan dan integriti sesebuah pemerintahan Islam diancam , ia perlu dipertahankan melalui konsep ketahanan dan pertahanan menurut ajaran al-Quran dan al-Sunnah. 13. Huraikan sumber dan sistem pentadbiran Baitulmal pada zaman Khalifah Umar al- Khattab Pendahuluan [3 Markah] Baitulmal (rumah harta) merupakan institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggara harta masyarakat, harta negara dan harta umum atau tempat menyimpan barangan berharga seperti wang emas dan perak, batu permata dan barang perhiasan yang berharga. Tujuan penubuhannya ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi, membasmi kemiskinan dan menyediakan keperluan-keperluan asas. Baitulmal turut dikenali sebagai perbendaharaan. Idea penubuhanan bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w secara kecil-kecilan kerana sumber pendapatan negara ketika itu tidak banyak dan hasil pendapatan pula diagihkan dengan segera kepada mereka yang berhak. Walau bagaimanapun, pendapat umum mengatakan bahawa Baitulmal hanya ditubuhkan secara rasmi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Isi / Fakta [5 isi x 3 Markah=15 markah- Maksimum 12 Markah] Sumber Baitulmal Sumber Baitulmal boleh dibahagikan kepada harta masyarakat (zakat, sedekah dan wakaf), harta negara (harta rampasan perang, kharaj, jizyah usyur dan harta karun) dan harta umum (perlombongan, perusahaan, pertanian dan perniagaan). Walau bagaimanapun, hanya harta masyarakat dan harta negara yang yang menjadi sumber Baitulmal. Manakala harta umum pula menjadi milik individu atau kelompok dan hanya menjadi milik Baitulmal sekiranya harta itu dijadikan zakat, sedekah dan sebagainya. 1. Zakat

24

Zakat merupakan hasil kutipan daripada umat Islam yang diwajibkan kepada setiap individu beragama Islam. Perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud Dan dirikanlah oleh kamu solat dan tunaikanlah oleh kamu zakat. Cukai Zakat terdiri daripada zakat fitrah (diri), zakat harta (emas dan perak), zakat binatang ternakan, zakat barang perdagangan, zakat tanaman (hasil pertanian dan tanamam) dan zakat gaji serta wang simpanan. Sebagai contoh bagi binatang ternakan kambing jika jumlahnya 5 hingga 9 ekor (betina) kadar zakatnya adalah seekor. Bagi Unta jika jumlahnya 36 hingga 45 ekor kadar zakatnya adalah seekor yang berumur 3 tahun. Pembayaran pelbagai jenis zakat ini adalah bergantung kepada syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. 2. Jizyah Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan terhadap penduduk bukan Islam (golongan zimmi). Cukai ini dianggap sebagai imbuhan jaminan keselamatan ke atas masyarakat bukan Islam selama mereka berada di bawah naungan pemerintahan negara Islam. Dengan kata lain cukai ini dianggap sebagai pengganti cukai zakat yang dikenakan terhadap orang Islam. Kadar jizyah yang dikenakan adalah antara 12 hingga 48 dirham setahun mengikut kemampuan masing-masing. 3. Kharaj Kharaj pula merupakan cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik tanah di wilayah yang ditakluki oleh Islam. Terdapat dua jenis cukai kharaj iaitu kharaj wazifah dan kharaj muqasamah. Kharaj wazifah ialah cukai yang dikenakan sekali dalam setahun. Kadarnya ialah sebanyak 10%. Kharaj muqasamah pula dibayar berdasarkan hasil yang diperoleh seperti , 1/3, dan 1/6 daripada jumlah tanaman di atas tanah berkenaan. Cukai ini bergantung kepada jenis tanaman dan juga kualiti tanah. Tanaman yang subur biasanya dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding dengan tanah yang kurang subur. 4. Usyur Usyur merupakan cukai pertanian dan perniagaan. Cukai ini wajib ke atas masyarakat Islam dan bukan Islam. Kadar cukainya pula telah ditetapkan. Sebagai contohnya, pertanian jenis gandum dikenakan cukai sekitar 2 dirham, sementara anggur sebanyak 10 dirham. Golongan Islam dikenakan culai 2.5%, golongan kafir zimmi sebanyak 5% dan golongan kafir harbi sebanyak 10%. 5. Fay Fay merupakan harta yang diperoleh daripada orang bukan Islam tetapi tidak melalui proses peperangan.

[2 Isi x 4 Markah= 8 markah] Sistem Pentadbiran Baitulmal zaman Khalifah Umar al-Khattab 1. Penubuhan Baitulmal Atas cadangan daripada Khalid al-Walid, Khalifah Umar al-Khattab telah menubuhkan Diwan yang berperanan sebagai Jabatan Perbendaharaan. Tujuannya adalah untuk mengawal pentadbiran yang berkaitan dengan harta-harta negara. Oleh itu, Khalifah Umar telah melantik Uqail bin Abi Talib, Makramah bin Nuafal dan Jubair bin Mutam untuk mentadbir Baitulmal. Pusat pentadbirannya pula berpusat di Madinah. Manakala di wilayah-wilayah Islam pula telah diwujudkan cawangan Baitulmal untuk memudahkan urusan pentadbiran. Khalifah Umar juga telah menyediakan buku kira-kira negara untuk mengetahui jumlah wang yang keluar dan masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan negara. 2. Penggunaan wang Baitulmal

25

Baitulmal dianggap sebagai amanat Allah SWT dan hasil perolehannya tidak boleh daripada sumber yang bertentangan dengan syariat Allah SWT. Hasilnya pula digunakan untuk membantu golongan miskin, golongan fakir dan amir yang menguruskan pembayaran zakat. Selain itu, hasil Baitulmal diagihkan kepada golongan yang baru memeluk Islam (mualaf) dan hamba yang ingin memerdekakan diri. Penggunaan lain termasuklah membantu orang yang berhutang, golongan musafir, memperkuat angkatan tentera dan sebagai sumber pendapatan negara. Semasa pemerintahan Saidina Umar, beliau telah melarang angkatan tentera daripada memiliki tanah-tanah yang dirampas sebaliknya tanah-tanah yang dirampas itu diberikan kepada pemilik asalnya untuk diusahakan. Namun anggota tentera tersebut telah diberi elaun yang diambil daripada Baitulmal. Larangan ini bertujuan supaya anggota tentera tidak berselisih faham antara mereka untuk memiliki tanah dan menghindarkan mereka terpaksa menjaga tanah tersebut. Kesimpulan [2 Markah] Baitulmal merupakan harta daripada sumber yang dibenarkan oleh syariat Islam dan diperoleh daripada pelbagai sumber. Harta ini digunakan untuk kepentingan negara dan kebajikan umat Islam.

14. Huraikan sistem pendidikan pada zaman Kerajaan Bani Umaiyah dengan kerajaan Abbasiyah. Pengenalan [ 3 markah] Perkataan pendidikan (education) berasal daripada perkataan Latin iaitu educare yang membawa maksud mengasuh, memelihara serta membimbing. Ahli falsafah Yunani, Plato berpendapat pendidikan boleh memberikan keindahan dan kesumpurnaan. Dr Haron Din berpendapat pendidikan dapat membentuk aliran individu dengan segera.Dalam tradisi Islam perkataan seperti tarbiyah, talim dan taadib membawa erti pendidikan, pengajaran dan pembentukan budi pekerti telah diguna pakai semenjak zaman awal Islam lagi. Pendidikan zaman Bani Umaiyah dan zaman bani Abbasiyah merupakan kesinambungan pendidikan sejak zaman awal Islam lagi. Kedua-dua zaman ini telah mengalami peningkatan dalam sistem pendidikan. 1. Sistem pendidikan zaman Bani Umaiyah [ 4 isi x 3 markah = 12/ maksimum 10 markah ] i) Institusi Pendidikan Masjid dijadikan sebagai institusi pendidikan utama seperti masjid Kufah, Umawi Di Damsyik,Fustat dan Basrah. Istana khalifah dijadikan tempat belajar dan perpustakaan yang menyimpan segala bahan bacaan. Bahan bacaan Yunani telah diterjemahkan ke dalam kesusasteraan Arab. Terdapat juga Khuttab iaitu sekolah permulaan. Terdapat dua jenis Khuttab iaitu untuk orang awam yang dikenakan yuran pengajian dan Khuttab al-Sabii untuk kanak-kanak miskin yang tidak dikenakan yuran pengajian. Pengajian al-Quran dan asas ilmu agama ditekankan di Khuttab. Kaedah pengajian berbentuk Halaqah iaitu seoarang guru dikelilingi oleh murid-murid sambil mendengar apa yang dihuraikan dan menadah kitab yang diajar. ii) Tenaga Pengajar Guru agama di masjid mempunyai ilmu pengetahuan yang kukuh dan mempunyai pelbagai pengetahuan lain. Mereka berkerja dengan ikhlas dan tidak mengharapkan sebarang upah atau bayaran. Guru-guru di istana pula digelar Muaddib dan kurang berpengetahuan berbanding guru-guru di masjid. Tugas mereka bukan setakat mengajar ilmu malah mendidik anak-anak khalifah. Antara ulama yang

26

terkenal yang pernah menjadi guru di masjid ialah Abdullah bin Abbas iaitu seorang ahli tafsir, hadis, fekah, usuluddin dan salah seorang murid beliau yang terkenal ialah Wasil bin Ata iaitu pengasas kepada Mashab Mutazillah. iii) Mata Pelajaran yang Diajar Mata pelajaran yang diajar ialah ilmu Fikah, Tauhid, Tafsir al-Quran, Hadis, Ilmu Hisab, Sejarah, Sastera, Ilmu Perubatan, Kesenian dan Falsafah. Pengajian seni muzik dan puisi berpusat di Makkah dan Madinah. Pengajian kesusasteraan dan ilmiah berpusat di Kufah dan Basrah. Khutbah, Syarahan dan puisi menjadi subjek yang utama untuk menyampaikan propaganda kerajaan Bani Umaiyah. Semasa pemerintahan khulafa Umar bin Abdul Aziz, ilmu falsafah telah diajar dan ilmu Qiraat iaitu ilmu membaca al-Quran telah dikembangkan. Selain itu pelbagai ilmu tatabahasa juga diajar secara ilmiah. Masjid-masjid di Damsyik, Madinah, Kufah dan Basrah menjadi pusat pengajian bahasa dan tatabahasa. Pendidikan menulis dilakukan secara ilmiah bertujuan mempertingkatkan kefahaman dan mutu bacaan al-Quran. Oleh itu ayat-ayat al- Quran telah diletak titik dan tanda serta seperti takwin dan shaddah. Tugas tersebut telah dibuat oleh Nasir bin Assim iv) Sistem Pengajaran Sistem pengajaran secara terbuka di Khuttab dan Masjid telah menjadikan rakyat berlumba-lumba mengejar ilmu pengetahuan. Penyebaran agama Islam telah meluas dan perlu kepada sistem pendidikan bagi mengajar penganut-penganut agama Islam. Kemunculan ilmu falsafah telah menjadi senjata untuk mematahkan hujah orang Yahudi dan Nasrani. Ilmu sejarah juga telah membantu dalam perkembangan sistem pendidikan untuk memahami ilmu ketatanegaraan, sistem pemerintahan dan pentadbiran serta memahami peristiwa masa lampau.

Sistem Pendidikan zaman Bani Abbasiyah [ 4 isi x 3 Markah= 12/ Maksimum 10 markah] i) Institusi Pendidikan Pada zaman Khalifah al-Makmum, Ibu kota bani Abbasiyah iaitu Baghdad menjadi pusat pengajian dan pendidikan yang termashyur di dunia. Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid, telah didirikan Baitul Hikmah iaitu pusat pengajian dan penterjemahan. Di Kaherah pula telah dibina Dar al-Hikmah. Di Syria didirikan pula Madrasah Nuriya al-Kubra. Pada Tahun 459 hijrah, sebuah institusi pendidikan tinggi didirikan di Naisabur iaitu Madrasah Nizamiyyah yang didirikan pada zaman pemerintahan Bani Saljuk di bawah pimpinan Perdana Menteri kerajaan yang bernama Nizam Al-Muluk. Terdapat juga pusat pengajian yang lebih rendah di sekitar kota Baghdad seperti Khuttab dan tempat pengajian umum seperti perpustakaan, istana, kedai-kedai buku dan sebagainya. ii) Tenaga Pengajar Guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat serta diberi gaji yang lumayan. Namun terdapat juga segelintir guru yang bertugas secara sukarela. Kebanyakan Khalifah bani Abbasiyyah mencintai ilmu pendidikan dan kesusasteraan serta menjadi penaung. Pada zaman ini lahir beberapa orang tokoh ulama seperti Imam Abu Hanifah (150 Hijrah), Imam Malik ( 178 Hijrah), Imam Syafie ( 204 Hijrah),

27

Imam Ahmad (241 hijrah) dan lain-lain. Sistem pendidikan zaman bani Abbasiyah adalah merupakan kesinambungan daripada sistem pendidikan yang wujud pada zaman Umawi. iii) Mata Pelajaran yang Diajar Di khuttab murid di ajar menulis, membaca, mengira serta diperingkat menengah, semua bidang diajar seperti falsafah, matematik, kimia, kejuruteraan dan astronomi. iv) Sistem Pengajaran Secara umumnya, terdapat dua sistem pendidikan pada zaman Bani Abbasiyah iaitu sistem pendidikan rasmi dan sistem tidak rasmi. Sistem pendidikan tidak rasmi dijalankan di rumah-rumah guru dan ada juga di kalangan pembesar yang menjemput guru-guru ke rumah masing-masing bagi mengajar anak mereka. Manakala sistem pendidikan rasmi ialah pendidikan di sekolah-sekolah dan universiti. Pengajaran dan pembelajaran di institusi ini dijalankan secara kuliah. Sistem pendidikan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, dewan, asrama pelajar, bilik pensyarah dan sebagainya. Kerajaan Bani Abbasiyah telah mendirikan Universiti al-Hikmah di Baghdad dan Universiti Darul Hikmah di Kaherah. Kedua-dua institusi ini turut menjadi pusat penterjemahan dan pengumpulan buku. Selain itu terdapat juga sistem persekolahan dan sistem halaqah. Sistem halaqah sudah mempunyai peraturan di mana murid perlu menjalani temu duga bagi meluluskan mereka memasuki peringkatperingkat halaqah yang terbaik mengikut kelayakan. Murid diperingkat sekolah rendah menggunakan batu tulis dan pena batu dalam menjalani proses pembelajaran. Bahan bacaan ialah al-Quran, beberapa rangkap syair dan bahan-bahan mudah serta kitab nahu dan sastera. Peringkat menengah pula sudah mempunyai peralatan pengajian lebih moden. Kesimpulan[ 2 markah] Sistem pendidikan pada zaman Bani Umaiyah dan Abbasiyah merupakan kesinambungan sistem pendidikan yang telah dilaksanakan pada zaman khulafa al-Rasyidin. Kedua-dua zaman ini memperlihatkan kepentingan sistem pendidikan Islam hingga Islam terus berada dalam zaman kecemerlangannya. Pendidikan pada zaman ini telah mencakupi pelbagai disiplin ilmu sama ada berkaitan keagamaan mahupun keduniaan. Justeru itu, kedua-dua kerajaan ini telah membuat beberapa pembaharuan dan mencapai kemajuan yang tinggi dalam bidang pendidikan yang akhirnya telah menjadi batu asas kepada rujukan dan kemajuan umat Islam selepasnya

28

Anda mungkin juga menyukai

  • Soalan Set 5
    Soalan Set 5
    Dokumen31 halaman
    Soalan Set 5
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Set 1
    Soalan Set 1
    Dokumen14 halaman
    Soalan Set 1
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Set 4
    Soalan Set 4
    Dokumen20 halaman
    Soalan Set 4
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Set 3
    Soalan Set 3
    Dokumen26 halaman
    Soalan Set 3
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Set 13
    Soalan Set 13
    Dokumen2 halaman
    Soalan Set 13
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Set 2
    Soalan Set 2
    Dokumen24 halaman
    Soalan Set 2
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Set 12
    Soalan Set 12
    Dokumen2 halaman
    Soalan Set 12
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Set 11
    Soalan Set 11
    Dokumen2 halaman
    Soalan Set 11
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Set 09
    Soalan Set 09
    Dokumen9 halaman
    Soalan Set 09
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Set 08
    Soalan Set 08
    Dokumen7 halaman
    Soalan Set 08
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Set 10
    Soalan Set 10
    Dokumen9 halaman
    Soalan Set 10
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Set 07
    Soalan Set 07
    Dokumen25 halaman
    Soalan Set 07
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Set 05
    Soalan Set 05
    Dokumen25 halaman
    Soalan Set 05
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Set 02
    Soalan Set 02
    Dokumen28 halaman
    Soalan Set 02
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Nota Tematikal Kertas 1
    Nota Tematikal Kertas 1
    Dokumen122 halaman
    Nota Tematikal Kertas 1
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Modul Sejarah 2
    Modul Sejarah 2
    Dokumen61 halaman
    Modul Sejarah 2
    Mohammadiasmks
    100% (1)
  • Soalan Set 01
    Soalan Set 01
    Dokumen18 halaman
    Soalan Set 01
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Tahun Lepas Sej Malaysia
    Soalan Tahun Lepas Sej Malaysia
    Dokumen5 halaman
    Soalan Tahun Lepas Sej Malaysia
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat
  • Soalan Sejarah Asia
    Soalan Sejarah Asia
    Dokumen4 halaman
    Soalan Sejarah Asia
    Mohammadiasmks
    Belum ada peringkat