Anda di halaman 1dari 25

SULIT*

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN SEJARAH MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN KERTAS 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN (Tiga Jam) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA MAJLIS PEPERIKSAAN

940 / 1

STPM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANDAKAN (Peti Surat 1458, 90716 Sandakan) SOALAN SET 5 PEPERIKSAAN PENGGAL SATU Tingkatan Enam Atas SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan Kepada Calon: Jawab empat soalan sahaja: dua soalan daripada Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.

Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak Unit Peperiksaan STPM SMK Sandakan 1

Bahagian A 1. Huraikan ciri-ciri masyarakat bertamadun berdasarkan contoh-contoh daripada tamadun-tamadun awal manusia [25 M] 2. Bincangkan pentadbiran pusat dan wilayah dalam tamadun Mesir [25 M]

3. Bincangkan sumbangan Kauthilya dan Niccolo Machiavelli dalam bidang ketenteraan [25 M] 4. Bincangkan faktor dan perkembangan ekonomi dalam tamadun manusia sehingga tahun 1800 Masihi [25 M] 5. Jelaskan sistem pendidikan yang diamalkan di Athens dan Sparta dalam Tamadun Yunani [25 M] 6. Peningkatan dalam ilmu pengetahuan merupakan faktor terpenting yang telah mendorong penjelajahan dan penerokaan bangsa Eropah.Bincangkan [25 M] 7. Jelaskan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang seni bina. [25 M]

8. Apakah yang anda faham tentang konsep ilmu mengikut pandangan barat dan Islam serta huraikan sumbangan tokoh-tokoh falsafah Yunani kepada tamadun dunia [25 M] Bahagian B 9. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dan kehidupan sesudah kedatangan Islam mempunyai perbezaan yang ketara. Bincangkan.

[25 M]

10. Huraikan golongan masyarakat yang terdapat di Makkah dan Madinah sebelum kedatangan Islam. [25 M] 11. Huraikan usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w dalam pembentukan masyarakat Islam di Makkah dan Madinah. [25 M] 12. Konsep pembangunan ekonomi Islam adalah bersepadu dan menyeluruh. Jelaskan penyataan di atas dengan merujuk kepada kegiatan ekonomi yang disarankan dalam Islam. [25 M] 13. Huraikan pendidikan tidak formal dan institusi pendidikan Islam di Alam Melayu [25 M]

14. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhab dalam

Islam.
15. Jelaskan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam dengan mengemukakan contoh-contoh sesuai.

[25 M]
[25 M]

16. Kedatangan Islam telah membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat Melayu. Bincangkan perubahan tersebut dangan membandingkan ciri-ciri masyarakat Melayu pada zaman sebelum dan sesudah Islam. [25 M]

SKEMA JAWAPAN 1. Huraikan ciri-ciri masyarakat bertamadun berdasarkan contoh-contoh daripada tamadun-tamadun awal. [25M]

A.

Pengenalan: (3M) Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniyah. Tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M dan diikuti oleh tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho. Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut tahap kemajuan yang dicapai oleh sesuatu masyarakat. Masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri seperti perbandaran, pengkhususan pekerjaan, organisasi sosial, bahasa dan tulisan, agama dan kepercayaan, petempatan kekal dan sistem pemerintahan.

B. Isi: (7 X 3M) 1. Perbandaran Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan kampung-kampung berkembang menjadi bandar. Antara bandar yang penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo-Daro dan Harappa di Lembah Indus; Anyang, Loyang dan Cheng Chow di Lembah Sungai Kuning serta Thinis, thebes dan Memphis Mesir. Bandar-bandar ini memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidikan dan pusat perindustrian. Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia.

2. Pengkhususan pekerjaan Peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian menyebabkan berlaku pengkhususan pekerjaan. Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing. Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar yang mempertahankan negara daripada serangan musuh. Pengkhususan pekerjaan melahirkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Kemunculan tamadun-tamadun awal di Mesir dan Mesopotamia telah memperlihatkan kemajuan dalam bidang pertanian sehingga mewujudkan pengkhususan pekerjaan dalam masyarakat. Penciptaan roda juga telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan antara tamadun seperti Tamadun Mesir, Mesopotamia dan Mohenjo Daro yang sekaligus mewujudkan golongan artisan dan pedagang.

3.

Organisasi sosial. Pertambahan penduduk dan perkembangan kegiatan ekonomi telah melahirkan masyarakat yang kompleks. Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. Lapisan atas terdiri daripada golongan bangsawan yang diketuai oleh raja. Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri golongan pendeta, kumpulan pentadbir dan golongan cendekiawan. Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian dan perdagangan.

Lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya. Di Mesir, Firaun (raja) berada di kedudukan paling atas susunan lapis masyarakat dan di Mesopotamia raja atau pendeta mempunyai kedudukan yang tertinggi. Di Dinasti Shang, raja mempunyai kedudukan tertinggi dan diikuti oleh golongan bangsawan,petani, artisan, peniaga dan askar.

4. Bahasa dan tulisan Kewujudan bahasa dan tulisan juga merupakan ciri masyarakat bertamadun. Tulisan memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran, menyimpan rekod aktiviti keagamaan dan kegiatan perdagangan. Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit. Sistem tulisan awal ialah hieroglif dan ideogram. Tulisan yang digunakan dalam tamadun-tamadun awal berbentuk gambar, simbol dan pepaku. Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaran ilmu dan pengetahuan, komunikasi dan menyampaikan serta mengembangkan idea pemikiran manusia. Pendeta Mesir telah mencipta bentuk tulisan bergambar yang dinamakan hieroglif, sementara tulisan simbol China dipanggil ideogram.

5. Agama dan kepercayaan. Kemunculan agama dan kepercayaan mempunyai pertalian rapat dengan adat istiadat dan cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat tamadun awal. Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme dan pemujaan roh nenek moyang. Kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling telah melahirkan kepercayaan animisme. Secara evolusi, kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih dari satu tuhan. Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan pengiktirafan golongan pemerintahan, organisasi sosial, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan.

6.

Petempatan kekal Kehidupan menetap melahirkan corak hidup yang sistematik. Petempatan awal terdiri daripada kampung-kampung yang didirikan berhampiran sungai. Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi bandar-bandar yang berperanan sebagai pusat-pusat tamadun awal. Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah Tamadun Indus (lembah Sg. Indus), Tamadun Mesir (lembah Sg. Nil), Tamadun Mesopotamia(lembah Sg. Tigris dan Euphrates) dan Tamadun Hwang Ho (lembah Sg.Hwang Ho/Sg.Kuning)

7.

Sistem pemerintahan Sistem pemerintahan diwujudkan untuk menguruskan masyarakat yang lebih besar. Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin keamanan sesebuah tamadun. Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan. Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan dalam negara. Sistem pemerintahan diketuai oleh Firaun dan dibantu oleh pembesar-pembesar negara.

C. Kesimpulan (1M) Masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri perbandaran, pengkhususan kerja, organisasi sosial, sistem tulisan, agama dan kepercayaan, petempatan kekal, kemajuan sains dan teknologi serta sistem pemerintahan. Kewujudan ciri-ciri ini menunjukkan kemajuan tinggi yang telah dicapai oleh masyarakat dalam segala aspek kehidupan. (Apa-apa yang berkaitan)

2. Bincangkan pentadbiran pusat dan wilayah dalam tamadun di Mesir.

A. Pendahuluan ( 3 M ) a. Pentadbiran pusat yang cekap akan membantu kerajaan/pemerintah mengawal rakyat dalam sesebuah tamadun. b. Menjamin kedaulatan sesebuah kerajaan. c. Melalui pentadbiran pusat seseorang raja/pemimpin akan mengawal para pembesar dan golongan bangsawan serta melancarkan pentadbiran di seluruh wilayah. d. Pentadbiran pusat dan wilayah akan mewujudkan birokrasi yang teratur dalam pentadbiran.

B. Isi-isi penting ( 20 M ) 1. Pentadbiran pusat di Mesir. a. Peranan Firaun. Firaun merupakan ketua Negara yang memiliki kuasa mutlak. Dalam bidang pentadbiran firaun dibantu oleh pegawai- pegawai tinggi di peringkat pusat dan wilayah. b. Wazir Wazir merupakan pegawai yang mempunyai kedudukan tertinggi Tugas wazir ialah menyimpan dokumen penting kerajaan, memeriksa akaun, memilih dan melantik kakitangan istana dan ketua hakim. c. Canselor Merupakan pegawai yang menguruskan hal ekonomi. Tugas Canselor ialah menetapkan cukai, menentukan gaji pekerja ladang diraja dan membayar gaji anggota tentera. d. Wizurai Bertugas mentadbir jajahan takluk Mesir seperti Nubia. Kuasa wizurai tertumpu dalam aspek-aspek polisi awam. e. Penyelia jabatan kerajaan Dilantik bagi menyelia jabatan-jabatan kerajaan. Contohnya Jabatan Perbendaharaan.(Ditadbir oleh 2 penyelia yang bertindak sebagai ejen wizurai). f. Pegawai istana (Courtiers)

Ketua pengurus firaun( Chief Steward)-mentadbir estet diraja, menguruskan pentadbiran istana, merancang ekspedisi diraja dan mendidik putera/puteri diraja. Chamberlain-Mengawasi makanan, minuman dan tempat tinggal (Private apartments) Penyelia istana-Menjaga penghuni wanita di istana. Kerani-Mengawasi kerja-kerja membina dan memulihara bangunan-bangunan lama. Jurucakap (spokeman) diraja.

2. Pentadbiran wilayah Wilayah di Mesir dikenali sebagai Nomes. Terdapat 20 nomes di Mesir Utara dan 22 nomes di Selatan. Setiap nomes ditadbir oleh Nomach.

a. Normach Normach dilantik oleh firaun. Bertindak sebagai pentadbir, hakim dan ketua pendeta. b. Datuk Bandar Pegawai tinggi di peringkat wilayah pada zaman kerajaan baru. Bertugas membuat taksiran cukai, mengumpul dan menyimpan hasil cukai, menghantar laporan kepada wazir dan mengadili kes-kes kecil. c. Medjay Pegawai penguatkuasa undang-undang. Meronda dan mengawal kubur-kubur diraja dan kawasan sempadan Penutup ( 2 M ) Keberkesanan sistem pentadbiran pusat dan wilayah mampu mengekalkan pemerintahan, keamanan serta kemakmuran dalam kerajaan Mesir. 3. Bincangkan sumbangan Kautilya dan Niccolo Machiavelli dalam bidang ketenteraan.

A. Pendahuluan ( 3M) a. Pemikir ketenteraan ialah tokoh-tokoh yang memberikan sumbangan kepada pertahanan dan ketahanan sesebuah negara melalui falsafah pemikiran mereka b. Antara tokoh-tokoh pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Kauthilya, Sun Tzu dan Niccolo Machiavelli c. Kauthilya merupakan pemikir tentera yang terulung dalam tamadun India. Beliau telah menghasilkan buku tentang strategik dan teori politik yang berjudul Arthasastra. d. Niccolo Machiavelli merupakan pemikir tentera yang berasal dari Itali . Antara hasil karya yang dihasilkan The Prince, Art of War dan Discourses . B. Isi ( 20 M ) Sumbangan Kautilya 1. Idea Tentang Hubungan Dengan Negara Lain Buku Arthasastra menyarankan enam bentuk hubungan antara satu negara dengan negara lain, iaitu mementingkan keamanan, bersedia untuk berperang, membiarkan musuh melancarkan serangan pertama,

melancarkan serangan pertama, bersekutu dengan musuh dan mempraktikkan dasar duaan, iaitu berbaikbaik dengan satu musuh dan menyerang musuh lain. 2. Strategi Memenangi Peperangan Langkah yang disarankan oleh Kautilya dalam menghadapi musuh ialah memujuk musuh dengan mengadakan perbincangan, memujuk musuh dengan memberi rasuah, menanam benih perpecahan atau rasuah dan melancarkan peperangan jika usaha tersebut menemui kegagalan. Saranan Kepada pemerintah Pemerintah harus mengkaji kekuatan sendiri dan kelemahan musuh sebelum melancarkan serangan. Menurut Kautilya, kemampuan mengatur konspirasi lebih baik daripada kegagahan. Komplot atau konspirasi membantu memecahbelahkan musuh tanpa melibatkan diri dalam peperangan dan mengorbankan banyak nyawa. Penggunaan Kaedah Subversif Pemerintah boleh menggunakan kaedah subversif seperti merasuah dan menghantar perisik bagi menjatuhkan pihak lawan. Kautilya menyarankan agar taktik kotor digunakan apabila peperangan menemui jalan buntu. Menyerang pada waktu yang sesuai Serangan hendaklah dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang dipilih akan menentukan kejayaan atau kegagalan dalam peperangan. Serangan harus dilakukan ketika musuh dalam keadaan leka, menghadapi masalah kekurangan makanan dan berlaku perpecahan di kalangan musuh.

3.

4.

5.

Sumbangan Niccolo Machiavelli 1. Sokongan Rakyat Pemerintah baru harus mendapat sokongan daripada golongan penentang pada peringkat permulaan. Sokongan tidak berbelah bahagi akan diperolehi daripada mereka yang berpuas hati dengan pemerintah baru. Bantuan Luar Kejayaan dalam peperangan bergantung kepada kekayaan dan bantuan ketenteraan serta kewangan dari luar. Undang-undang dan Tentera Baik Pemerintah harus mewujudkan kerajaan yang membawa penghormatan dan kemegahan supaya ia dapat mengekalkan kekuasaan. Beliau menyarankan tentang keperluan undang-undang yang baik dan memiliki pasukan tentera yang berwibawa. Cara Mengekalkan Kuasa Machiavelli menyatakan cara seseorang pemerintah mengekalkan kuasa. Seseorang pemerintah harus bersifat liberal, berperikemanusiaan dan mencintai kebenaran. Bagi mengekalkan kedudukan, pemerintah harus melakukan apa sahaja termasuk perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan. Menurut Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Raja harus bertindak tanpa ragu-ragu terhadap pengikut yang tidak jujur dan musuh. Strategi Peperangan Machiavelli menolak pembinaan kubu kerana ia akan membawa kemusnahan. Beliau menyarankan agar tentera berpakaian ringan tetapi dilengkapi dengan senjata yang canggih. Sistem Pentadbiran

2.

3.

4.

5.

6.

Machiavelli mengemukakan dua cara pentadbiran, iaitu melalui undang-undang dan ketenteraan. Pemerintahan berteraskan undang-undang semata-mata tidak memadai. Beliau berpendapat seorang pemerintah harus memberi keutamaan kepada aspek ketenteraan. C. Kesimpulan (2M) Kautilya dan Niccolo Machiavelli merupakan antara pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan dalam bidang ketenteraan. Tokoh-tokoh ini mengemukakan idea ketenteraan melalui karya mereka iaitu Arthasastra (Kautilya), The Prince, Art of War dan Discourses (Niccolo Machiavelli). Idea yang disarankan oleh tokoh-tokoh ini membantu pemerintah dalam usaha mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang mantap. 4. Bincangkan faktor dan perkembangan ekonomi dalam tamadun manusia sehingga tahun 1800 Masehi. A. Pendahuluan ( 3 M ) Kegiatan ekonomi satu unsur penting dalam perkembangan tamadun manusia sejak awal tamadun sehingga sekarang. Ekonomi merupakan sumber pengeluaran yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad Berkaitan dengan aspek pengeluaran dan pengagihan kekayaan Asas perkembangan sesuatu tamadun adalh pertanian Aktiviti yang lain seperti perdagangan, perindustrian dan perlombongan Gabungan aktiviti pertanian dengan aktiviti ekonomi yang lain telah mewujudkan tamadun yang stabil dari segi ekonomi dan politik

B. Isi ( 5X4=20M ) Faktor perkembangan pembangunan ekonomi 1. Perhubungan Manusia mengubah bentuk ekonomi dari sara diri kepada ekonomi komersial Sistem perhubungan sangat diperlukan bagi kemudahan perhubungan antara satu tempat ke satu tempat, antara kawasan pengeluaran seperti kawaan pertanian ke kilang memproses dan bandar Sistem perhubungan terawal ialah sungai dan laut cth Sungai Nil, Laut Mediterranean menghubungkan Mesir dengan Sumeria dan Semenanjung Tanah Arab Sistem perhubungan darat terawal ialah jalan darat antara Yunani, Rom, Mesir,Arab dan India Sekitar abad ke-2 Masihi, tamadun Rom dan Yunani memperkenalkan penggunaan jalan raya dan jambatan Tamadun Mesopotamia menggunakan roda dan kapal layar untuk jalan darat dan jalan sungai 2. Pengangkutan Laut Perkembangan sains dan teknologi membawa kepada terciptanya sistem pengangkutan yang lebih maju seperti kapal layar, kereta lembu dan sebagainya Tamadun Hwang Ho dan Indus memperkenalkan teknologi perkapalan dan dapat menjalankan aktiviti ekonomi kelautan seperti perdagangan dan perkapalan Melahirkan alat-alat pengangkutan baru dan moden seperti kenderaan, motor bot, kapal hinggalah penggunaan bahan tenaga Perkembangan pembangunan ekonomi dalam tamadun manusia sehingga tahun 1800 Masihi 3. Penggunaan Mata Wang Pembangunan ekonomi pesat mendorong penggunaan mata wang sebagai pertukaran mengantikan sistem barter Kebanyakan mata wang dalam bentuk logam seperti emas dan perak

Orang terawal memperkenalkan mata wang ialah orang Suneria berbentuk ketulan perak dan emas Pedagang Eropah menggunakan mata wang Julius Caesar dan Cleopatra Dalam Tamadun China wang tembaga digunakan pada zaman Dinasti Chou, wang emas dan perak digunakan Dinasti han dan wang kertas Dinasti Song

4. Institusi kewangan Perkembangan ekonomi mendorong pembukaan institusi kewangan yang berperanan dakam pinjaman wang, simpanan dan insurans untuk menjayakan kegiatan perdagangan Perkhidmatan ini diperkenalkan di Itali sekitar abad ke-14 dengan lahirnya pemodal di Genoa, Milan dan Florence yang membuka bank secara eksklusif Perdagangan antarabangsa memerlukan moal besar dan bank tersebut akan membekalkan modal Institusi bank lengkap ditubuhkan di England ( Bank of England ) Tamadun Mesopotamia- keluarga Egibi di Babylon memberi pinjaman kepada orang ramai dengan kadar bunga 20%-30% atas pinjaman 5. Prasarana dan Teknologi Pembangunan ekonomi pesat mempengaruhi perubahan prasarana sokongan seperti pelabuhan, gudang, insurans dan sebagainya Kemudahan awam disediakan seperti pusat komersial gudang dan sistem pengairan Tamadun Mesopotamia-Pusat komersial dipanggil Karu di setiap bandar Pusat komersial Gudang ialah tempat tinggal pedagang dan gudang simpan barang Sistem pengairan menjadi faktor perkembangan pertanian seperti Sungai Nil ( tamadun Mesir ) Sistem pengairan Szechuan ( Dinasti Chou ) 6. Pemilikan Tanah dan Cukai Tanah ialah milik kerajaan dan raja Pembahagian tanah ialah mengikut kedudukan individu dalam masyarakat dan sumbanganya kepada tamadun Tamadun Mesopotamia- tanah dimiliki golongan raja, paderi dan pegawai tentera Cukai menjadi satu sumber pendapatan kerajaan awal Tamadun Mesopotamia mengenakan 20% cukai dalam bentuk wang atau barangan 7. Perkembangan Industri dan Penubuhan Persatuan Perkembangan industri mendorong perkembangan ekonomi Tamadun Mesopotamia- Industri tekstil Tamadun Mesir- Industri kapal dan tembikar Tamadun China-industri sutera, kertas dan tembikar Barangan yang dihasilkan dieksport untuk mendapatkan berangan lain Penubuhan persatuan perdagangan penting kearah perkembangan ekonomi Penutup ( 2 M ) Perkembangan ekonomi komersial dan selanjutnya ekonomi kapitalis didorong oleh faktor-faktor seperti yanh dihuraikan ( Apa-apa yang berkenaan )

5. Jelaskan sistem pendidikan yang diamalkan di Athens dan Sparta dalam Tamadun Yunani. [25M] Pengenalan ( 3M )

1. A Dictionary of Education mentakrifkan pendidikan sebagai proses pembelajaran yang baik melalui pengajaran. 2. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas pula mengatakan pendidikan merupakan usaha menetapkan atau menganjurkan adab 3. Sejarah pendidikan Eropah pula dapat ditinjau sejak zaman Yunani lagi 4. Tamadun Yunani terletak di tepi sungai Thebes di Lembah Latium. Dua buah kota utama zaman ketamadunan Yunani ialah Athens dan Sparta. 5. Kedua-dua negara kota ini mempuyai cirri-ciri pemerintahan sendiri. 6. Tamadun Yunani sangat mementingkan pendidikan rakyatnya sehingga berjaya melahirkan Cendekiawan Isi-isi penting ( 10X2M=20M) Sistem Pendidikan Athens 1. Dasar pendidikan Athens bertujuan untuk melahirkan warganegara yang sempurna dari segi perkembangan tubuh dan minda harmoni. Penekanan diberi kepada ilmu seni muzik dan kesukanan.Athens mahu melahirkan warga yang serba boleh dalam pelbagai bidang pendidikan 2. Kurikulum negara Kota Athens berbeza mengikut usia pelajar. Kurikulum di sekolah rendah menekankan latihan fizikal, muzik, pembacaan, ucapan, mengira dan retorik. Kurikulum peringkat menengah bagi pelajar berusia 18 hingga 20 tahun menekankan latihan fizikal dan sukan pentathlon. Kurikilum bagi pelajar yang berusia 20 hingga 30 tahun meliputi subjek arithmetic, geometri dan astronomi 3. Institusi pendidikan di Athens terdiri daripada institusi pendidikan lama Athens iaitu sekolah bagi kanakkanak berusia 7 tahun diberi latihan fizikal yang ringan dan permainan. Sekolah bagi kanak-kanak yang berusia 12 hingga 15 tahun pula diberi latihan gimnastik. Sekolah bagi kanak-kanak berusia lebih 15 tahun pula mempelajari pentathlon dan kemahiran membaca dan menghafaz.Universiti bagi pelajar yang berusia 18 tahun.Institusi pendidikan baru Athens terdiri daripada sekolah yang menekankan pembelajaran bacaan, penulisan, artimetik dan menghafaz ajak serta syair 4. Tenaga pengajar pada zaman Solon dikenali sebagai Sofis. Sofis yang terkenal ialah Protogoras dan Gorgias. Guru yang mengajar muzik dikenali sebagaiCithana dan Lyre.pelajar juga dibimbing oleh hamba yang dikenali sebagai poedagogus. Guru akan mengajar pelajar menulis dan menyalin serta menghafaz tanpa memahami maksud. Sistem pendidikan Sparta 1. Pendidikan di Sparta bertujuan melahirkan warganegara yang mampu mempertahankan kedaulatan negara. 2. Oleh itu pendidikan di Sparta lebih mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata berbanding dengan pendidikan mental.Dengan menjadi tentera yang terlatih mereka dapat menjamin kebebasan tanah air. 3. Di negara kota Sparta pendidikan merupakan tugas negara dan mendidik kanak-kanak agar berani. Institusi pendidikan awal ialah keluarga. Pemilihan sebagai tentera sejak uia bayi lagi. Bayi yang lelaki yang sihat akan dipelihara oleh ibunya selama 7 hari, kemudianya bayi tersebut akan dihantar ke sebuah khemah untuk dilatih menjadi pahlawan yang handal, berani dan tahan lasak 4. Kurikulum Sparta menekankan latihan fizikal seperti berlari, bertinju, bergusti dan sebagainya.Lelaki 18 tahun akan diajar cara-cara menghadapi peperangan. Peperiksaan akan diadakan setiap 10 hari 5. Lelaki berusia 20 tahun akan menjalani kehidupan militer sebenar. Apabila berumur 30 tahun, sekolah tamat dan mereka akan berkahwin. 6. Wanita diajar latihan fizikal adalah untuk melahirkan keturunan yang sihat, kuat dan menanam semangat patriotik dalam diri mereka. Penutup ( 2 markah ) 1. Tedapat perbezaan pendidikan negara kota Sparta dan Athens dari segi membentuk warganegara melalui pendidikan 2. masih terdapat persamaan iaitu kedua-duanya melahirkan warganegara yang berilmu, taat dan berguna kepada bangsa

10

6. Peningkatan dalam ilmu pengetahuan memrupakan faktor terpenting yang telah mendorong penjelajahan dan penerokaan bangsa Eropah. Bincangkan.[25] A. Pengenalan. (3M) 1. Penjelajahan merupakan usaha manusia untuk mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat yang bertujuan untuk mencari ilmu pengetahuan atau menyelidik sesuatu perkara. 2. Penerokaan pula merupakan satu usaha untuk mencari dan membuka kawasan-kawasan baru. 3. Penjelajahan dan penerokaan pada zaman moden telah dipelopori oleh bangsa Eropah iaitu bangsa Eropah iaitu bangsa Portugis dan Sepanyol. 4. Tujuan kedua-dua bangsa ini menjelajah dan meneroka ialah mencapai matlamat dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial.

B. Isi-isi penting. (5 X 4M=20M) 1. Selaras dengan semangat Renaissance, bangsa Portugis dan Sepanyol mula merealisasikan semangat ingin tahun tentang dunia luar dan mula meneroka pelbagai bidang baru termasuk dalam bidang sains dan teknologi. Orang Eropah turut mempelajarai ilmu penjelajahan daripada orang Arab yang dikatakan lebih mendahului mereka dalam bidang pelayaran. 2. Ptolemy, seorang ahli astronomi dari Yunani telah menghasilkan peta dunia yang menjadi panduan utama kepada pelayar-pelayar terawal seperti keluarga Polo dari Itali. Begitu juga dengan laporan dan penerangan dari Marco Polo, Nicolo Polo dan Mottoo Polo telah menyuntik semangat bangsa Portugis dan Sepanyol untuk melakukan penjelajahan. Begitu juga dengan pengalaman John Monte Corrino seorang paderi Kristian yang belayar ke India, China dan Parsi telah menjadi faktor memberi gambaran dan pengetahuan baru kepada orang Eropah. Jelas di sini menunjukkan bahawa peningkatan dalam ilmu pengetahuan menjadi faktor terpenting yang mendorong orang Eropah untuk melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. 3. Perkembangan dalam bidang pelayaran dan penciptaan peralatan yang berkaitan pelayaran turut menjadi penggalak orang Portugis dan Sepanyol untuk melakukan penjelajahan dan penerokaan. Perkembangan dalam bidang astronomi, geografi, dan matematik, membolehkan peralatan seperti kompas dan astrolabe dicipta (yang berfungsi mengukur ketinggian atau jarak bintang-bintang di langit). Kompas mula digunakan pada abad ke-12 dan diperbaiki pada abad ke-15 banyak membantu pelayar mencari destinasi yang dituju dengan lebih yakin. Teknologi perkapalan yang berkembang pesat kerana orang Eropah telah membina kapal-kapal laut yang besar dan mampu menghadapi ombak besar di lautan. Hal ini membuktikan bahawa factor peningkatan ilmu menjadi faktor dominan. 4. Faktor peningkatan ilmu merupakan pendorong utama yang menggalakkan penjelajahan dan penerokaan bangsa Eropah, namun faktor-faktor lain juga turut memainkan peranan penting. Antaranya ialah faktor ekonomi. Faktor ekonomi dirasakan amat menebal di sanubari pelayar-pelayar Eropah kerana mereka memerlukan barang-barang dari Timur seperti rempah, sutera, kapas, emas, perak dan batu permata. Permintaan terhadap barang-barang ini meningkat di Eropah pada abad ke-15. Orang Eropah hanya mendapatkan barang-barang tersebut daripada saudagar Arab yang berniaga di Venice. Saudagar-sauagar Arab menjual barangan tersebut dengan harga yang tinggi. Dari sini,orang Eropah mula mencari jalan untuk mendapatkan terus barangan tersebut barangan tersebut dari Timur dan aktiviti penjelajahan dan penerokaan sebagai jalan keluar menangani isu berkenaan. Dengan cara ini mereka boleh menghapuskan monopoli perdagangan yang dikuasai pedagang Islam berabad-abad lamanya. 5. Kita tidak meninggalkan faktor agama kerana penjelajahan bangsa Eropah juga didorong oleh faktor agama. Orang Kristian bermusuhan dengan orang Islam sejak meletusnya Perang Salib. Jadi, mereka ingin menghapuskan pengaruh Islam di Timur dan menggantikannya dengan pengaruh Kristian. Tidak hairanlah nanti jika hari ini ada Negara di Timur yang menjadikan agama Kristian sebagai agama rasminya seperti yang berlaku di Filipina. 6. Selain itu, sokongan daripada pihak pemerintah juga menjadi pendorong kepada orang Eropah untuk belayar. Sokongan kuat Putera Henry seperti menubuhkan Akademi Pelaut, membiayai aktiviti penejelajahan dan menjemput tokoh-tokoh pelayar memberi ceramah menunjukkan kesan mendalam kepada pelayar-pelayar Portugis.

11

7. Semangat nasionalisme untuk menunjukkan kemegahan kepada Negara-negara jiran turut mendorong orang Eropah melakukan penjelajahan, dan penerokaan. Bagi mereka, penguasaan terhadap tanah jajahan akan menjadikan Negara dan bangsa mereka dihormati dan disegani.

Kesimpulan [2 M] 1. Semua faktor yang dibincangkan di atas saling berkaitan antara satu dengan yang lain bagi mendorong orang Eropah melakukan penjelajahan dan penerokaan ke dunia luar. (Apa sahaja yang berkaitan)

7.Jelaskan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang seni bina. [25M]

A. Pengenalan (3M) Seni bina membawa maksud sebagai keindahan yang dicetuskan dari kemahiran di dalam binaan dan pertukangan. Seni bina merangkumi segala reka bentuk bangunan sama ada yang dihasilkan daripada batu, kayu, marmar dan sebagainya. Kehebatan orang Mesir dalam seni bina jelas ketara dalam pembinaan monumen seperti piramid, candi, mastaba, rumah berhala, perancangan bandar dan pembinaan tugu seperti Sphinx.

B. Isi (5 X 4M) 1. Candi diraja Candi dibina oleh orang Mesir purba di atas kubur golongan bangsawan. Candi-candi ini mempunyai beberapa bilik untuk menyimpan barang peninggalan si mati.

2. Mastaba Pada zaman dinasti awal, sejenis candi yang dikenali sebagai mastaba didirikan. Mengikut kepercayaan orang Mesir purba, mastaba ialah rumah kediaman bagi mereka yang meninggal dunia. Mastaba tertua didirikan di Sakkara menjelang dinasti ke empat. Golongan bangsawan dan kerabat diraja menggunakan batu bermutu tinggi untuk mendirikan mastaba. Mastaba ini mempunyai lima buah bilik di bahagian kuburnya, manakala di bahagian atas terdapat lebih kurang 27 bilik stor. Terdapat dua tembok didirikan di sekeliling mastaba.

3. Piramid Sumbangan besar orang Mesir Purba dalam bidang seni bina ialah pembinaan piramid. Piramid bertangga merupakan piramid pertama didirikan oleh Wazir Imhotep bagi Firaun Zoser sekitar tahun 2800 S.M. Piramid ini ialah binaan batu yang pertama di dunia. Piramid-piramid lain yang terkenal ialah Piramid Condong, Piramid Meidum, Piramid Cheps, Piramid Chepren dan Piramid Mycerinus. Piramid Condong didirikan dengan menggunakan batu penyendat dan batu selongsong yang disusun berseranjang untuk mengelakkan batu daripada tergelincir. Piramid Cheops merupakan piramid yang paling besar didirikan dengan menggunakan 6.5 juta tan batu kapur.

12

4.

Rumah ibadat Lazimnya rumah-rumah ibadat didirikan menghadap ke sungai. Rumah-rumah ibadat didirikan dengan menggunakan batu granit yang bermutu tinggi. Dari segi pembahagian ruang, ruang pertama rumah berhala adalah besar, terbuka dan untuk kegunaan orang awam. Ruang seterusnya semakin kecil dan ruang terakhir ialah tempat menyimpan patung Tuhan. Contoh rumah berhala yang didirikan ialah Kuil Amun di Luxor dan Karnak dan kuil permaisuri Hatsepshut.

5. Monumen Orang Mesir purba juga memberi sumbangan dalam seni bina monumen. Keunikan seni bina ukiran pada monumen terdapat di Valley of Kings and Queens. Monumen di Karnak didirikan pada zaman Amenhopis III dikenali sebagai Opet of Amun. Terdapat deretan Sphinx di kedua-dua belah lorong di Luxor.

6. Perancangan bandar Kajian arkeologi menunjukkan orang Mesir purba mempunyai pengetahuan tinggi dalam perancangan bandar, umpamanya bandar Akhetaton didirikan dalam bentuk separuh bulatan dengan panjang tujuh batu, manakala lebar antara dua hingga tiga batu. Terdapat jalan-jalan yang menganjur dari utara ke selatan bandar. Bandar-bandar ini mempunyai istana, rumah ibadat, bangunan pentadbiran dan gudang. Selain itu terdapat juga tempat yang dikhaskan untuk penanaman pokok dan kebun bunga di dalam bandar.

C. Penutup (2M) Tamadun Mesir Purba merupakan antara tamadun yang paling awal memberikan sumbangan dalam seni bina. Keunikan seni bina Mesir Purba jelas terserlah dalam pembinaan pelbagai monumen seperti candi, mastaba, piramid dan rumah berhala. Perkembangan ini jelas memperlihatkan kemahiran orang Mesir purba dalam teknologi kejuruteraan dan matematik yang tinggi. (apa-apa yang berkaitan)

8.

Apakah yang anda faham tentang konsep ilmu mengikut pandangan Barat dan Islam serta huraikan sumbangan tokoh-tokoh falsafah Yunani kepada tamadun dunia? [25M]

A. Pengenalan [3 M] 1. Intelektual bermaksud daya akal dan intelek yang mencakupi bidang ilmu, definisi ilmu, kategori ilmu , kaedah ilmu dab sumber ilmu serta sumbangan ilmu. 2. Daripada pemikiran para intelektual terhasil pelbagai ilmu dan teori yang membolehkan masyarakat hidup lebih beradab dan bertamasun. 3. Bidang ilmu yang diterokai para intelektual merangkumi ilmu sains tulen dan sains sosial termasuk ilmuilmu agama dan bukan agama.

B. Isi-isi penting Konsep ilmu. [6 M]

13

Pandangan Barat. Plato merupakan pemindahan jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan. Aristotle ilmu lahir daripada sikap berpegang teguh kepada kebenaran fakta. Socrates ilmu diperoleh daripada sifat menyoal, terutama tentang kebenaran alam yang mesti disokong oleh bukti yang nyata. Pandangan Islam. Imam al-Ghazali ilmu itu suatu kepastian, cahaya ialah anak kunci kepada ilmu yang mesti melalui pengalaman langsung yang perlu dipelajari. Al-Kindi ilmu perlu dikembangkan melalui jalan ilmu ketuhanan dan ilmu tasawuf alam semesta. Muhamad Yusuf Sultan Muhyuddin ilmu itu pendapat daripada ajaran guru, pandangan daripada penerangan seseorang, dan pendapat pihak Nabi Muhammad s.a.w melalui wahyu. Sumbangan tokoh Yunani [5X3 = 15 M] 1. Socrates idea falsafah bermula apabila manusia mempersoal kepercayaan , keyakinan seseorang, dan alasan. Menyedarkan tentang konsep demokrasi dan peranan pemerintah menjaga kebajikan masyarakat. Keadaan negara akan aman sekiranya semua orang berkelakuan baik. Memelihara keharmonian antara manusia dengan alam serta masyarakat. 2. Plato idea falsafah berasaskan perpaduan seluruh penduduk. Pandangan beliau berdasarkan pendapat ahli falsafah merupakan golongan yang cinta akan ilmu dan menegakkan kebenaran. Mereka akan memerintah dengan mengetepikan kepentingan diri. Membahagikan masyarakat kepada tiga tahap: Golongan teratas iaitu pemerintah yang terdiri daripada ahli falsafah. Golongan tengah, iaitu yang mempertahankan negara daripada musuh dan memastikan rakyat mematuhi undang-undang. Golongan bawahan yang terdiri daripada tukang, petani, pekerja, dan saudagar yang menyumbang kepada keperluan ekonomi negara. Sumbangan Plato ialah bukunya yang bertajuk The Republic yang menjadi asas kepada sistem republik hari ini. 3. Aristotle idea falsafah ialah masyarakat dan negara terhasil akibat gabungan kumpulan-kumpulan. Pandangan beliau berdasarkan kerajaan demokrasi menindas kerana perbezaan antara manusia tidak diteliti. Beliau menolak kerajaan berbentuk monarki dan oligarki, serta menganggap kerajaan yang baik berdasarkan politik yang diperintah oleh orang ramai. Sumbangan beliau ialah menubuhkan Sekolah Lyceum. Mengemukakan kaedah berfikir secara teratur dan memperkenalkan kaedah saintifik. Beliau juga memperkenalkan undang-undang aplikasi umum. Melalui bukunya Politics, beliau menegaskan bahawa manusia seharusnya mengamalkan sifat kesederhanaan dalam hidup mereka.

C. Kesimpulan [1 M] 1. Ahli falsafah Yunani telah memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun pada hari ini, terutama dalam sistem pemerintahan republik dan demokrasi. (Apa saja yang berkaitan) Bahagian B 9. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dan kehidupan sesudah kedatangan Islam mempunyai perbezaan yang ketara. Bincangkan. A. Pendahuluan [3 M] Jahiliyah berasal daripada akar kata jahala yang bermaksud bodoh atau sesat. Berdasarkan nas al-Quran, terdapat dianggap empat ciri jahiliyah; zaman yang tidak mempunyai kitab suci sebagai petunjuk, masyarakat yang tidak mempunyai peradaban dan tamadun, masyarakat tidak berakhlak, bersikap angkuh dan bongkak, dan masyarakatnya jahil kerana tidak tahu membaca dan menulis. Sekiranya sifat tersebut terdapat pada sesuatu zaman,

14

masyarakat tersebut dianggap sebagai masyarakat jahiliyah. Zaman ini jahiliyah dikatakan bermula pada 300 M apabila runtuhnya kerajaan Saba dan berakhir pada 610M apabila Nabi Muhammad s.a.w menjadi Nabi dan Rasul. B. Isi (5 x 4 = 20 M) 1, Aspek Agama Masyarakat Jahiliyah Mereka menganut pelbagai agama dan kepercayaan. Terdapat lima agama terbesar seperti agama menyembah berhala (Wathani), Majusi, Yahudi, Nasrani dan Hanif. Agama terbesar ialah menyembah berhala. Pusat agama berhala terdapat di Makkah dengan jumlah berhala sebanyak 360 buah. Agama Majusi pula berasal dari Parsi. Walaupun terdapat agama yang diutus kepada Nabi terdahulu, namun kebanyakan amalannya telah diselewengkan. Masyarakat Islam- Nabi Muhammad s.a.w membawa agama addin iaitu satu cara hidup duniawi dan ukhrawi. Islam yang dibawa oleh Baginda menekankan keesaan Allah s.w.t kehidupan berteraskan tauhid dan akhirnya lahir sifat penyerahan diri kepada Allah melalui konsep ibadat. Islam juga menekankan kehidupan selepas mati yang dianggap begitu asing dalam kalangan masyarakat jahiliyah. 2. Aspek Sosial Masyarkat Jahiliyah Mereka mengamalkan amalan buruk seperti minum arak, berzina, merompak dan menipu timbangan. Kedudukan kaum wanita dipandang rendah dan dianggap barangan nafsu lelaki. Bayi perempuan adakalanya dibunuh kerana dikhuatiri akan menjatuhkan maruah suku kabilah mereka. Masyarakat Islam Islam menghapuskan amalan penghambaan yang diamalkan oleh masyarakat jahiliyah. Tiada suku kaum atau individu yang lebih mulia melainkan mereka beriman kepada Allas s.w.t. Kedudukan kaum wanita ditingkatkan dan amalan pembunuhan bayi perempuan ditegah. 3. Aspek Politik Masyarakat Jahiliyah- Berasaskan kabilah dan Syeikh menjadi ketua kabilah yang bertanggungjawab ke atas kabilahnya. Hubungan berasaskan semangat asabiyah. Persengketaan sering berlaku sesama mereka walaupun disebabkan perkara kecil. Sebagai contohnya, peperangan suku Bakr dan suku Taghlib berlangsung selama 40 tahun berpunca daripada sesekor unta. Masyarakat Islam Dalam Islam sistem politik berasaskan khalifah Allah di muka bumi. Khalifah diamanahkan Allah untuk memerintah rakyat dengan bersumberkan syariah. Sistem politik Islam diasaskan oleh Nabi Muhammad di Madinah yang berlandasakan al-Quran dan dilanjutkan oleh Khulafa al-Rasyidin berpandukan alQuran dan Sunnah. 4. Aspek Ekonomi Masyarakat Jahiliyah Masyarakat Badwi menjalankan aktiviti rompakan dalam kalangan kafilah perdagangan dan bertani di kawasn oasis. Mereka menyerang suku-suku yang dimusuhinya, merompak ternakan, wanita dan kanakkanak. Aktiviti ekonomi berkonsepkan jahil sepert penindasan, riba dan monopoli. Masyarakat Islam - Islam mengamalkan ekonomi terbuka dan bukannya untuk golongan tertentu sahaja. Islam juga menyuruh penganutnya bekerja keras selagi tidak bercanggah dengan syariah dan akidah. Penindasan ekonomi ke atas golongan lemah seperti pengenalan riba yang tinggi telah dihapuskan. 5. Ilmu Pengetahuan Masyarakat Jahiliyah Kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi. Menurut al-Baladhuri pada masa itu hanya terdapat 17 orang yang pandai menulis dan membaca. Ilmu pengetahuan hanya untuk golongan bangsawan sahaja dan perkembangannya pula adalah dalam bentuk lisan. Masyarakat Islam- Dengan turunnya al-Quran, umat Islam wajib mempelajarinya tanpa mengira latar belakang diri. Al-Quran mengandungi segala ilmu mencakupi ilmu agama, politik, ekonomi, sosial. Kesannya Tanah Arab mencapai kemajuan dengan Madinah menjadi tumpuan untuk mempelajari ilmu pengetahuan. C. Kesimpulan [2 M] 1. Sebelum Islam masyarakat Tanah Arab hidup dalam kegelapan dan kucar-kacir 2. Islam telah mengubah kehidupan masyarakat mereka.

15

10. Huraikan golongan masyarakat yang terdapat di Mekah dan Madinah sebelum kedatangan Islam. 1. Latar Belakang Mekah- Nama asal Makaroba diubah kepada Bakah dan akhirnya kepada Mekah. Penduduk terawal dikenali sebagai puak Amaliqah dan seterusnya puak Jurhum. Kemudian Bani Khuzah berjaya menguasai pemerintahan kota Mekah sehinggalah kota ini kemudiannya diperintah oleh Quraisy dibawah pimpinan Qusay bin Qilab. Di bawah pemerintahan kaum Quraisy, kota Mekah menjadi pusat ibadah dan pusat perdagangan. 2. Sebelum hijrah nabi Muhammad s.a.w, Madinah dikenali sebagai Yathrib. Kota ini terletak 500 km dari Mekah dan merupakan bandar kedua terpenting di Hijaz. Madinah subur dengan pertanian dan berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam di Utara dan Mekah di selatan. 3. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Mekah dan Madinah dikenali sebagai masyarakat Jahiliyah. Isi (20 M) 1. Golongan Masyarakat Di Mekah (10M) Kaum Quraisy merupakan satu kelompok besar daripada keturunan Arab Adnaniyah. Mereka berasal dari Fihr, orang yang mula-mula membawa gelaran Quraisy sehinggalah kepada Qusay bin Qilab. Puak Quraisy yang masyhur di Mekah berasal dari bani Hasyim, bani Umaiyah bani Yazqah, Bani Adi dan Bani Taym. Tokoh-Tokoh yang masyhur seperti nabi Muhammad s.a.w (bani Hasyim), Muawiyah Bin Abu Sufyan(bani Umaiyah) Khalib al Walid (bani Makhzum), Abu Bakar al-Siddiq (bani Taym) dan Umar al-Khattab (bani Adi). Kaum Quraisy yang tinggal di pingir kota Mekah dikenali sebagai Quraisy al-Zawahir. Mereka terkenal dengan tentera yang gagah bertugas mengawal kota Mekah. Kaum Quraisy al-Bitah pula menetap di bahagian tengah kota Mekah. Mereka melibatkan diri dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan politik. Perebutan kuasa yang berlaku antara anak-anak Qusay bin Qilab menyebabkan kaum Quraisy berpecah kepada 2 puak yang bertentangan. Puak-puak yang berpecah ini kemudiannya berpecah pula kepada puakpuak yang lebih kecil.

B. Golongan Masyarakat Di Madinah (10 M) Penduduk awal Madinah di katakan berketurunan Arab. Setelah itu tiba pula kaum Yahudi dan kaum Arab dari Selatan Semenanjung Arab. Pada amnya mereka terbahagi kepada dua kelompok bangsa iaitu bangsa Arab dan Yahudi dan daripada setiap itu pula terbahagi kepada beberapa puak dan sub suku. Kaum Arab asli Madinah tidak diketahui asal usul mereka dan tidak pula disebutkan oleh sumber-sumber Arab tentang suku dan nama anggotanya. Puak Arab yang baru tiba dibahagi kepada 2 kelompok besar iaitu kaum Aus dan Khazraj atau dikenali dengan nama bani Qailah. Daripada kelompok besar ini berpecah kepada beberapa kelompok suku atau bani. Jika dilihat kepada jumlah suku ternyata suku Khazraj adalah lebih besar dan lebih berpengaruh daripada suku Aus.

16

Penyatuan kuasa Aus dan Khazraj menyebabkan kaum Yahudi berasakan tidak puas hati dan mereka bertindak memecah belahkan perpaduan kaum Aus dan Khazraj dengan melaga-lagakan mereka. Perpecahan Aus dan Khazraj berpecah daripada puak Yahudi yang sememangnya merancang untuk memecah belahkan orang Arab. Kaum Yahudi Berasal dari Palestin. Terdapat lebih 20 suku kaum Yahudi yang tinggal di Madinah. Antara suku kaum tersebut hanya 3 yang terkenal dan berpengaruh iaitu Bani Qunaiqa, bani Nadhir dan Bani Quraizah. Bani Qainuqa merupakan kaum Yahudi terawal sampai ke Madinah. Mereka melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan dan pertukangan. Bani Nadhir merupakan kaum Yahudi kedua mendiami Madinah. Mereka telah melarikan diri dari Palestin kerana menghadapi tekanan daripada tentera Rom. Mereka menjalani kehidupan yang agak berasingan dari petempatan Arab dan bertutur dalam loghat mereka sendiri. Mereka pengikut kepada kaum Aus ketika berlaku perselisihan antara Aus dan Khazraj. Bani Quraizah tiba agak lewat dan terbahagi kepada 2 suku iaitu Bani Kaab dan Bani Amru. Mereka tinggal di luar kota Madinah dan terlibat dalam aktiviti pertanian. Kehidupan mereka agak mewah antara bani-bani yang lain. Bani ini juga memihak kepada kaum Aus dalam perbalahan antara Aus dan Khazraj.

Kesimpulan: ( 2 M) Apa sahaja yang berkaitan.

11. Huraikan usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w dalam pembentukan masyarakat Islam di Mekah dan Madinah. A. Pengenalan. ( 3 Markah ) 1. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w Nabi Muhammad s.a.w berketurunan Bani Hashim, lahir pada 12 Rabbiulawal, tahun gajah. Setelah menerima wahyu pada 610 M, baginda berusaha membina masyarakat Islam di Mekah melalui aktiviti dakwah, tetapi mendapat tentangan daripada kaum Quraisy. 2. Penentangan ini telah membawa kepada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda ke Madinah. 3. Baginda meneruskan usaha dakwahnya di Madinah dan dipilih sebagai pemimpin di Negara Kota tersebut. 4. Latar belakang masyarakat Mekah dan Madinah- Nama asal Makkah ialah Makoraba. Kemudian nama kota itu diubah kepada nama Bakkah dan Makkah. Dalam Al Quran Makkah disebut sebagai Bakkah yang telah didiami manusia sejak 2400 tahun dahulu. 5. Kota Madinah dikenali sebagai Yathrib, bermakna kota yang bercahaya. Kedudukannya sangat strategik, iaitu terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Syam di Selatan dan Mekah di bahagian utara. Madinah terletak berhampiran lembah yang subur, pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun.Kesuburan tanahnya menjadi pusat tumpuan ramai. Isi-isi penting. Pembinaan masyarakat Islam di Mekah ( 2 isi x 4 markah = 8 markah ) 1. Dakwah Secara sulit

17

- Berlangsung selama 3 tahun berusaha membina masyarakat Islam melalui aktiviti dakwah Secara sulit baginda menyampaikan dakwah kepada kaum keluarganya yang terdekat iaitu bapa saudaranya. Keluarga sepupu dan juga teman-teman yang rapat. hanya beberapa orang sahaja yang memeluk Islam, antaranya Siti Khadijah iaitu isteri baginda serta sahabatnya Abu Bakar al-Siddiq. Baginda menyeru mereka supaya beriman kepada Allah dan Rasulnya serta meninggalkan ibadat menyembah berhala, Baginda juga mengajak mereka melakukan kebaikan dan kebajikan serta meninggalkan perkara / perbuatan yang mungkar seperti judi, minum arak, menipu, merompak, berzina, membunuh anak dan sebagainya. Dakwah yang disampaikan oleh baginda adalah secara lemah-lembut dan penuh hikmah. Rumah al-Arqam dijadikan markas pertama dakwah Islamiyah, rumah tersebut terletak di Bukit Safa. Setelah mendapat wahyu daripada Allah yang memerintah baginda menyampaikan dakwah secara terangterangan.

2. Dakwah secara terang Berlangsung selama 10 tahun. Mendapat penentangan daripada kaum Kafir Quraisy dalam bentuk seksaan, cacian, ejekan, penghinaan dan pemulauan(Huraikan). Orang Kafir Quraisy juga menggunakan teknik pujukan melalui Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad yang ketika itu merupakan pembesar Quraisy dan teknik tawaran iaitu menawarkan pangkat dan harta kepada Nabi Muhammad. Kesemua teknik ini tidak berjaya melemahkan semangat Nabi Muhammad s.aw untuk terus menyebarkan Islam.

3. Pembentukan Masyarakat Islam di Madinah. ( 4 isi x 3 markah = 12 markah ) Pembinaan masjid - Pembinaan Masjid - Merupakan usaha pertama Nabi Muhammad s.a.w di Madinah. - Fungsi Masjid - Tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan perbincangan, pusat pengajian, pusat ibadat, pusat pentadbiran dan berurus niaga. - Masjid terawal dibina ialah masjid Nabawi. - Pembinaan masjid telah melipat gandakan usaha-usaha dakwah. Piagam Madinah - Diperkenalkan untuk menyatupadukan masyarakat di Madinah. - Kandungan piagam ini mencatatkan tanggungjawab pemerintah dengan golongan yang diperintah, hak-hak manusia, persaudaraan, Keselamatan, tanggungjawab sosial, ekonomi dan sebagainya. - Perundangan Islam bersumberkan Al-Quran, Hadith, Qias, dan Ijmak - Baginda juga telah memperkenalkan konsep persamaan antara manusia. Pemulihan ekonomi - Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu sehingga meliputi segenap bidang. - Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. - Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan. Hubungan sosial - Nabi Muhammad s.a.w telah menyatukan orang-orang Aus dan Khazraj yang saling bermusuhan sebelum ini. - Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar. - Baginda berusaha menghilangkan rasa kesepian orang Muhajirin yang berjauhan dengan keluarga dan sanggup meninggalkan saudara mara di Mekah. Kesimpulan ( 2 markah ) - Nabi Muhammad telah berjaya mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang bersatupadu dan kuat . - Kepimpinan Nabi Muhammad menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang tokoh negarawan yang unggul.

18

12. Konsep pembangunan ekonomi Islam adalah bersepadu dan menyeluruh. Jelaskan penyataan di atas dengan merujuk kepada kegiatan ekonomi yang disarankan dalam Islam. 1. Pendahuluan [ 3 markah ] Pembangunan bererti pembangunan manusia dan persekitaran fizikal serta sosio budayanya. Proses pembangunan Islam bersifat komprehensif iaitu meliputi aspek-aspek akhlak, kerohanian, dan kebendaan. Ekonomi pula adalah perlakuan muslim dan mukmin dalam menguruskan sumber-sumber bagi mencapai matlamat dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Oleh itu, proses pembangunan ekonomi Islam digerakkan melalui konsep kesyukuran dan keadilan kerana Islam menentang keras konsep kekufuran dan kezaliman. Pembangunan ekonomi Islam bergantung pada aktiviti-aktiviti ekonomi. Konsep pembangunan ekonomi Islam tidak terpisah daripada konsep akidah, syariah dan akhlak. 2. Isi [7 isi x 3 markah=21markah] a. Aktiviti-aktiviti ekonomi yang diharuskan. Pembangunan ekonomi Islam mengkehendaki seseorang muslim supaya menjalankan ekonomi secara yang halal. Kegiatan ini melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Barangan pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh Islam seperti barangan yang bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan. Proses pengeluaran mestilah betul, tanpa penipuan, penganiayaan, penindasan serta menjaga hak dan kebajikan pekerja. Pekerja pula mesti menjaga kualiti pengeluaran dan nama baik syarikat. Dalam proses penggunaan, mesti dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil. Umat Islam digalakkan bersifat berjimat-cermat, berhemah dan bantu-membantu dan menggunakan perkaraperkara yang diharuskan sahaja. b. Aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilarang. Larangan ini merangkumi aktiviti-aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Riba, judi, lacur, kikir, boros, membazir, menyorok barang keperluan, menipu timbangan, menipu sukatan, menjual beli barang yang belum dimiliki dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh merosak, membahayakan, mengganggu keselamatan adalah diharamkan. c. Campur tangan pihak berkuasa. Islam mengharuskan campur tangan pihak berkuasa dalam aktiviti ekonomi. Ini merangkumi aspek-aspek pengurusan, perancangan, dan agihan. Adalah menjadi kewajipan pihak pemerintah kerajaan Islam melaksanakan ekonomi Islam dan membanteras segala penyelewengan. Bidang kuasa pemerintah adalah bidang-bidang di luar kemampuan individu untuk melaksanakannya. d. Agihan pendapatan. Islam melarang berlakunya perbezaan pendapatan yang besar di kalangan penduduk bagi mengelakkan permusuhan. e. Jaminan persamaan peluang. Islam memberikan peluang seluas-luasnya dalam sesuatu perkara kepada yang berhak, menempatkan seseorang pada tempatnya, yakni sesuai dengan kebolehannya. f. Memerangi riba, rasuah dan monopoli. Islam menganggap ketiga-tiga amalan ini sebagai jenayah paling buruk dan tidak berperikemanusiaan. Perbuatan ini boleh memutuskan hubungan dan menghapuskan sangka baik antara golongan kaya dengan golongan miskin dan menghancurkan konsep keadilan rakyat. g. Polisi kerja dan upah buruh.

19

Islam mengkehendaki golongan buruh dilindungi dan dibela nasib mereka. Mereka perlu diberi hak asasi, mendapat tangga gaji minima, disediakan kemudahan hidup dan sebagainya.

C. Kesimpulan.[1 markah ] Kesimpulannya, pembangunan ekonomi Islam adalah berbeza dengan pembangunan ekonomi barat. Pembangunan ekonomi Islam adalah sebahagian daripada keseluruhan system hidup Islam merangkumi aspek kebajikan individu, masyarakat dan negara, membela nasib golongan susah, menjaga hak golongan berada, mengawal aktiviti majikan, menjaga nasib pekerja, tidak terpisah daripada aspek akidah, syariah dan akhlak serta suatu gabungan yang menyeluruh dan bersepadu.

13. Huraikan pendidikan tidak formal dan institusi pendidikan Islam di Alam Melayu. A. Pengenalan 1. Matlamat pendidikan tidak formal. Alam Melayu pada tahap awal penerimaan Islam masih terikat dengan asas pendidikan tidak formal yg berasaskan pada pola kehidupan tradisonal. Pendidikan lebih ditekankan kepada keperluan kehidupan semasa dan berkembang kepada pendidikan Islam sebagai asas kehidupan. 2. Pendidikan untuk semua Setelah kemasukan Islam perkembangan pendididkan Islam mula berkembang dan menimbulkan kesedaran masyarakat Alam Melayu dan pendidikan mula dibuka kpd kaum lelaki dan wanita. 3. Asas pendidikan Islam Asas permulaaan pendidikan di Alam Melayu adalah dengan mempelajari Al-Quran dan juga hukum agama. 4. Peranan pemerintah Perkembangan pendidikan ini turut dimainkan oleh beberapa kerajaan Islam Melayu utama spt Pasai, Aceh dan Melaka.

B. Isi-isi penting [ 21 markah ] 1. Sistem pendidikan tidak formal ( 2isi x 3markah=6 markah ) a. Pengalaman, pemerhatian dan latihan Ilmu diturunkan melalui prosespenglaman, kerja-kerja pertukangan dan pertanian. Anak lelaki akan mempelajari dengan cara mengikut orang tua dan ilmu dipelajari secara tidak lansung Seni mempertahankan diri juga dipelajari : anak perempuan diasuh di rumah dengan kerja-kerja berasaskan kepada pembentukan peribadi bersopan, lemah-lembut dan persediaan sebagai seorang suri rumah dan ibu. Mereka diasuh dengan pendidikan memasak, mengemas rumah dan kerja-kerja kraf tangan.

b.

Pendidikan agama (di rumah guru, surau) Ulama turut menadikan rumah mereka sebagai tempat untuk menyampaikan pengajaran agama. Hal ini terbukti dalam searah Melayu apabila Sultan Mahmud Syah telah mendatangi rumah Maulana Yusof untuk memepelajari agama.

20

Setelah kedatangan Islam pendidikan tidak formal diteruskan dengan penekanan kepada pelajaran membaca Al-Qurandan mengenal huruf Arab di samping mempelajar itulisan jawi Asas sembahyang,ilmu tauhid, akhlak, halal haram turut diberikan perhatian pada tahap awal pendidikan tidak formal Islam di Alam Melayu. Di Filiphina,kanak-kanak akan mendapat pendidikan Al-Quran di Surau atau di rumah guru. Di Indonesia mereka mendapat pendidikan tidak formal di surau dan di Tanah Melayu pendidikan diadakan di surau atau di rumah guru agama.

2. Sistem pendidikan Islam secara formal/institusi pendidikan ( 5isix3m=15Mrkh) a. Institusi pondok Sistem sekolah pondok merupakan tempat pelajaran agama berasingan daripada petempatan masyarakat. Di sini pelajar akan diajar dengan ilmu agama secara aktif dan menghafal Al-Quran secara insentif. Di Tanah Melayu dan Selatan Thai institusi pondok yang dikenali seperti pondok Tok Kenali, pondok Tokku Pulau Manis di Trengganu. Di Minangkabau dikenali sebagai surau. Di Jawa pula dikenali sebagai pesantren. Aceh dan Pasai dikenali sebagai Dayah Kot Kuala. kurikulum menghafaz Al-Quran,ilmu agama seperti tafsir Al-Quran, hadith,tasawufdan mantiq. lepasan sekolah pondok belajar di pondok lain untuk menambah ilmu, ada yg melanjutkan pelajaran ke Mekah dan Madinah seperti tokoh Tok Kenali. Terdapat juga di kalangan mereka menjadi tenaga pengaar di pondok Institusi pondok di anggap sekolah berasrama penuh, dilengkapi rumah murid,rumah tok guru, tempat beribadat, tempat menghadiri sekolah agama. Hubungan erat berlaku antara guru dan murid. Pelajar tidak dikenakan bayaran. Pelajar membantu seperti menyediakan kayu api, air, membersihkan rumah guru dan mengerjakan sawah untuk guru.

b. Sistem pendidikan madrasah Perkembangan sistem pendidikan Islam Alam Melayu berkembang dengan wujudnya madrsah. Pelajart masih dikekalkan dengan sistem pelajaran agama dan teras pendidikan adalah sebagai asas sebelum pelajar melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah. Madrasah terkenal seperti madrasah al-Masriyyah di Bukit Mertajam, madrasah Iqbal di Singapura, madrasah Muhammadiyah Melayu di Kelantan, madrasah al-Mashur al-Islamiyyah di Pulau Pinang dan madrasah Mahad Mahmud di Kedah.

c. Pengajian Islam di istana Peranan istana sebagai pusat perbincangan pelbagai ilmu termasuk ilmu agama hanya disentuh dalam kitab sastera Melayu spt Sejarah Melayu. Kerja menyalin sastera asing telah dilakukan terhadap kitab Amir Hamzah, Hikayat Muhammad al Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain, Sultan Alauddin,Sultan Melaka pernah menjadikan istana Melaka sebagai tempat mempelajari agama. Sultan Mansur pernah menjemput ulama datang ke istana untuk menyampaikan ajaran termasuk tasauf,

21

d. Peranan masjid. Berperanan sebagai pusat kegiatan ilmu di Alam Melayu ,seperti sultan Pasai sendiri datang ke masjid untuk mempelajari agama. e. Baiturrahman Acheh-Pendidikan peringkat tinggi mempelaari Tafsir, Al-Quran,falfasah,mantik daan sejarah f. Tiga Balai Pendidikan-Acheh. Sultan turut berperanan dalam mengembangkan peranan ilmu pengetahuan Islam di negara mereka. Contoh, Sultan Iskandar Muda telah mendirikan balai-balai pendidikan yang dikenali sebagai Tiga Balai Pendidikan iaitu Balai Setia Hukum, Balai Setia Ulama dan Balai Himpunan Ulama. Balai Setia Hukum tempat berkumpul ulama dan cerdik pandai agama untuk membahaskan isu-isu berkaitan agama. Balai Setia Ulama untuk menyelesaikan masalah mengenai pendidikan. Balai Jamaah Himpunan Ulama berperanan sebagai tempat para ulama, ahli fakir bertukar pendapat, mengadakan ceramah agama dan menyelesaikan masalah agama.

C. Kesimpulan [ 1 markah] Sistem pendidikan awal Islam di Alam Melayu berkembang mengikut masa. Tahap awal pendidikan lebih bersifat tidak formal. Penghayatan terhadap Islam telah mendorong pendidikan Islam di Alam Melayu berkembang. Sultan yang memerintah turut memainkan peranan mengembangkan sistem pendidikan Islamdi Alam Melayu.

14. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai mazhab dalam Islam. A. Pengenalan [ 3 markah ] 1. Pengertian mazhab 2. Aliran-aliran mazhab yang penting 1. Faktor Perkembangan Mazhab [ 7isix3markah=21 markah ] a. Perbezaan ilmu pengetahuan, kebolehan dan pengalaman di kalangan mereka. Disamping itu tidak semua umat Islam yang hidup sezaman dengan Nabi Muhammad S.A.W. dapat bertemu baginda dan mendengar semua hadis daripada baginda. Hal ini telah menimbulkan perbezaan pendapat antara mereka, khususnya penduduk luar Madinash yang tidak pernah bertemu dengan Rasulullah. Apabila semakin jauh daripada zaman Rasulullah maka perselisihan dan perbezaan itu semakin ketara. b. Pengaruh Politik. Berlaku perselisihan di antara Bani Hasyim dan Bani Umaiyah telah sampai ke kemuncaknya sehingga berlaku pergeseran politik di kalangan penyokong Khalifah Uthman dan Saidina Ali. Kesannya ialah berlakunya Perang Jamal dan Perang Siffin yang membawa kepada kelahiran mazhab Khawarij dan mazhab Syiah. c. Pengaruh Ideologi dan Budaya Asing berlaku semasa zaman Khalifah al-Mamum, al-Mutazim dan alWatia, aktiviti penterjemahan buku-buku falsafah Yunani begitu giat dijalankan. Tujuan asalnya adalah untuk menimba ilmu pengetahuan sesuai tuntutan agama Islam. Trtapi akhirnya falsafah Yunani yang banyak menggunakan akal fikiran menyebabkan kelahiran mazhab Muktazilah yang juga menggunakan akal fikiran dalam mengintrestasi hukum dan akidah Islam.

22

d. Semangat Assabiyah Yang Masih Wujud. Nabi Muhammad s.a.w telah menggantikan semangat assabiyah dengan semangat akidah untuk menyatukan umat Ioslam Walau bagaimanapun semangat Assabiyah timbul semula ketika perlantikan pengganti Rasulullah sebagai pemimpin umat Islam. Perselisihan berlaku di antara golongan Ansar, Muhajirin dan penyokong Ali. Pada zaman Khalifah Uthman pula, api assabiyah semakin menyala yang menyebabkan berlaku perpecahan dan perselisihan di anatara Bani Umaiyah dan Bani Hasyim. e. Pengaruh Daripada Penganut Agama Lain Yang memeluk Islam. Selepas pembukaan jajahan baru oleh orang Islam, ramai penganut agama lain memeluk agama Islam yang terdiri daripada Yunan, Nasrani dan Majusi. Mereka memeluk agama Islam dengan membawa ajaran dan amalan keagamaan mereka. Antaranya mereka memasukkan dalam akidah Islam perbahasan ilmu Kalam tentang konsep ikhtiar, alJabr dan sifat-sifat Allah. f. Membincangkan Persoalan di Luar Jangkaan Akal setelah tersebarnya pemikiran falsafah di kalangan umat Islam dalam pengajian akidah telah menjerumuskan mereka dalam perbahasan persoalan-persoalan yang berada di luar jangkaan akal manusia seperti masalah mengikhtibatkann sifat-sifat Allah dan menafikannya persoalan kekuatan hamba di samping kekuatan Tuhan. Dengan membahaskan persoalan yang seumpama ini telah membuka pintu perselisihan yang luas kepada ummah.

g. Perebutan jawatan Khalifah yang merupakan sebab perselisihan ummah daripada segi politik. Kaum Ansar dan Muhajirin pada mulanya masing-masing berasa berhak menggantikan kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan Baginda. Dalam hal ini umat Islam juga berselisih faham tentang siapakah yang lebih berhak menjadi khalifah h. Ayat-ayat Mustyabihat yang telah membawa kepada perselisihan ulamak dalam mentafsirkannya. Perselisihan terhadap ayat-ayat ini memuncak hingga tahap kafir menkafirkan antara satu sama lain. C.Kesimpulan [ 1 markah ] Perselisihan umat Islam dan kemunculan pelbagai mazhab bermula setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w .Kemunculan pelbagai mazhab ini jyga telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap perkembangan Islam secara keseluruhannya.

15. Jelaskan tujuan penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam dengan mengemukakan contoh-contoh sesuai. Pendahuluan (3Markah) Kamus Dewan mendefinasikan penjelajahan adalah perihal menjelajahi, mengelilingi atau berjalan ke merata tempat atau destinasi untuk menyelidik. Penerokaan pula adalah perihal perbuatan, usaha dan sebagainya.Penjelajahan dan penerokaan dalam Islam sangat penting. Tidak kuran 10 ayat dalam alQuran yang menyuruh umat Islam melakukan penjelajahan dan penerokaan. 1. Pebebasan Memperkukuh kedudukan politik pemerintahan Islam supaya disegani pihak lawan. Khalifah Umar alKhattab berjaya mengislamkan Parsi, Iraq, Baitul Maqdis dan Mesir. Khalifah Abdul Malik bin Marwan berjaya menguasai Afrikan dan Andalus. 2. Ekonomi P.K.Hitti berpendapat bahawa penjelajahan dan penerokaan umat Islam telah memperkenal bentuk ekonomi Islam. Khalifah al-Walid bin Abdul Malik talah mengadakan hubungan dagangan sehingga ke China Selatan., India dan Eropah (andalus) 3. Kebudayaan 23

Islam tidak menghalang kebudayaan pelbagai bangsa asalkan tidak bertentangan dengan syariat. Oleh itu, dalam sesetengah aspek kebudayaan India, China dan Eropah sehingga kehari ini masih terdapat pengaruh Islam Contoh seni bina masjid di Melaka mempunyai pengaruh pagoda Cina. Seni bina kubah masjid berasal dari pengaruh Moer India. 4. Pengislaman Seiring dengan penjelajahan dan penerokaan, turut berkembang ialah pengaruh agama Islam. Syeikh Ismail ke Pasai, Sumatera Utara. Syeikh Abdul Aziz ke Melaka. Khalifah al-Walid bin Abdul Malik mengembangkan Islam ke Asia Tengah, India, China, Afrika dan Andalus. 5. Pengintelektualan. Penerokaan dan penjelajahan membawa perkembangan ilmu ke dunia Islam. Tamadun Islam memperoleh manfaat darpada ilmu falsafah dan perubatan, kimia, geografi, astronomi, pentadbiran negara dari tamadun Yunani, India, Parsi dan China. Penutup Penjelajahan dan penerokaan amat penting dari segi perspektif Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada ajaran al-Quran dan mempunyai tujuan-tujuan yang murni bagi kepentingan dunia akhirat.
16. Kedatangan Islam telah membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat Melayu. Bincangkan perubahan tersebut dangan membandingkan ciri-ciri masyarakat Melayu pada zaman sebelum dan sesudah Islam. A. Pengenalan [3 M] Alam Melayu sebelum kedatangan Islam dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kedatangan Islam telah membawa perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan. Catatan Marco Polo tentangt kehidpan masyarakat Perlak yang beragama Islam berbeza dengan kehidupan mereka yang tinggal di bukit-bukit dari segi ketamadunan, makanan dan kebersihan. Catatan Ibn Batutah juga menunjukkan dengan jelas bahawa agama Islam mempengaruhi kehidupan masyarakat Islam di Sumatera Utara. B. Isi [7X3 = 21 M] 1. Perubahan pemikiran Sebelum Islam agama Hidu mempengaruhi pemikiran rakyat. Unsur-unsur dewa, animisme, dongeng, tahayul menjadi sebahagian daripada pemikiran mereka. Kedatangan Islam memperkenalkan konsep Tuhan yang esa. Mereka mempercayai kewjudan Allah s.w.t sebagai pencipta, hari pembalasan dan malaikat. Hukum dalam Islam seperti wajib, sunat makruh, haram dan harus, tawakkal dan qadak dan qadar diterima sebagai falsafah hidup mereka. 2. Perubahan politik Kedatangan Islam menggantikan kerajaan Hindu-Buddha seperti Srivijaya dan Majapahit. Kerajaan Islam ditubuhkan di perlak, Samudra-Pasai, Acheh, Melaka, Demak, Brunai dan Pattani. Ketua agama dan ulama diberi kedudukan penting dalam kerajaan. Pada zaman sebelum Islam, pendeta memainkan peranan penting dalam kerajaan. Konsep raja dianggap suci dan menjadi bayangan Tuhan dalam agama Hindu telah digantikan dengan konsep Sultan. Dalam Islam, Sultan dianggap manusia biasa yang bertanggungjawab untuk melindungi rakyat dan menjalankan keadilan. 3. Perubahan undang-undang Sebelum Islam perundangan berasaskan undang-dang Adat dan pengaruh Hindu-Buddha. Undang-undang berasakan kasta diubah dan konsep persamaan taraf. Unsur-unsur perundangan Islam terdapat dalam Undangundang Laut Melaka dan Undang-undang Pahang. Antaranya berkaitan dengan kekeluagaan, perkahwinan, merompak, mencuri dan berzina. 4. Perubahan Sosial Islam menggalakkan hubungan sesama manusia. Semangat persaudaraan, hormat-menghormati, tolong-menolong, dan bertanggungjawab antara satu sama lain. Sebelum Islam masyarakat terbahagi mengikut kasta. Konsep kasta

24

memuliakan golongan Brahmin dan menghina golongan rendah tidak sesuai dengan ajaran Islam. Islam menekankan aspek ketakwaan kepada Allah s.w.t 5. Perubahan ilmu pengetahuan Lahir sistem pendidikan agama yang moden dan teratur seperti masjid, madrasah, surau, dan pesantren. Kelahiran pusat pengajian melahirkan ulama seperti Naruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Sengkel yang telah menghasilkan karya Islam yang bermutu tinggi. Sebelum kedatangan Islam, pendidikan tertumpu kepada golongan pendeta, pemerintah dan bangsawan. Sebaliknya kedatangan Islam menyebabkan ilmu pengetahuan tersebar luas. 6. Perkembangan pelbagai ilmu Islam Antaranya seperti ilmu tasawuf, fikah, dan tauhid. Perkembangan ilmu telah melahirkan ramai ulama terkenal di nusantara seperti Hamzah Fansuri dan Samsuddin al-Sumatrani. Berlaku pertembungan ilmu tasawuf Wahdat alWujud dengan Wahdat al-Shuhud pada zaman kesultanan Acheh. Muncul juga pusat-pusat pengajian Islam seperti di Acheh, Melaka, Pattani, Kelantandan Banjar. Sebelum Islam kebanyakan ilmu berkisarkepada mitos dan dewa dewi. 7. Perkembangan ilmu sastera Banyak terdapat kitab sastera Melayu yang berunsurkan Islam. Antaranya Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin, Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu), Hikayah Acheh, Hikayat Zulkarnaian, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Nabi Muhammad, dan Hikayat Nabi Musa 8. Perkembangan aspek bahasa Kedatangan Islam memperkayakan perbendaharaan kata Melayu. Banyak istilah dan perkataan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu seperti perkataan zalim, syukur, masjid dan nikmat. Islam telah memperkenalkan tulisan jawi yang berasal dari tulisan al-Quran. Tulisan jawi turut menjadi asas kepada perkembangan kesusasteraan tulisan khasnya yang berkaitan dengan Islam dan hal-hal ketatanegaraan. C. Kesimpulan [2 M] Apa-apa sahaja yang berkaitan

25

Anda mungkin juga menyukai