Anda di halaman 1dari 9

BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN 1 Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah? 2 (ms 143)

Pengganti Pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Tanggungjawab memelihara keharmonian Islam Mengekalkan keharmonian dan kestabilan umat Islam (ms 143)

Senaraikan syarat yang perlu dimiliki untuk menjadi khalifah? Lelaki yang merdeka Beragama Islam Memiliki pengetahuan tentang Islam Mematuhi perintah Allah Sanggup melaksanakan hukuman Allah Adil Berakhlak baik Tubuh badan yang sihat dan sempurna Berfikiran cerdas Warak Pandai mentadbir kerajaan (ms 143)

Bagaimanakah cara pemilihan khalifah

Musyawarah atau syura semasa pemilihan Khalifah abu Bakar Cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu semasa pemilihan Khalifah Umar Pemilihan beberapa orang calon semasa pemilihan Khalifah Uthman Pencalonan oleh sekelompok masyarakat semasa pemilihan Khalifah Ali (ms 144)

Apakah tugas-tugas khalifah.

Sebagai ketua negara Memelihara kedudukan Islam Mentadbir negara mengikut hukum syariah Menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi supaya seimbang Memastikan kelicinan pentadbiran negara Mempertahankan negara daripada ancaman musuh Melantik dan melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara Menjaga kebajikan rakyat Menjaga dan meneruskan ajaran Allah Mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep syura

Memantapkan sistem perundangan Islam Menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara serta Baitul Mal Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq menjadi Khalifah pertama dalam Khulafa al-Rasyidin. Masa pemerintahannya antara tahun 632 -634 M a) Nyatakan latar belakang Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq (ms 144) Berketurunan Bani Tamim Dilahirkan pada 573 M Nama sebenar Abdullah bin Abu Quhafah Digelar al-Siddiq bererti yang membenarkan kerana sentiasa membenarkan kata-kata Rasulullah Bersifat jujur, ikhlas dan setia kepada Rasulullah (ms 144)

b) Bagaimanakah cara pemilihannya

musyawarah atau syura (perundingan) dicadangkan oleh Saidina Umar setelah dipersetujui oleh golongan Ansar dan Muhajirin

c) Senaraikan sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (ms 144-145) mengatasi masalah perpecahan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. berpunca orang Islam yang murtad golongan al-Riddah yang tidak mahu membayar zakat golongan yang mengaku nabi(nabi palsu) Mempertahankan Madinah dari ancaman Parsi dan Rom Timur (Byzantine) Menghantar Khalid al-Walid menentang Parsi di Iraq Menghantar Usamah bin Zaid ke Ghassan Membahagikan tanah Arab kepada 10 wilayah Melantik amir disetiap wilayah, contoh Makkah dan Taif Memperkenalkan sistem bayaran gaji untuk tentera Memperkenalkan undang-undang tanah Hak rakyat terutama berkaitan golongan mawali Mengumpul tulisan al-Quran Memerintah Zaid bin Thabit supaya menghimpunkan tulisan ayat al-Quran pada batu, kulit binatang dan tulang serta menyalinnya semula Digelar Penyelamat Umat Islam

KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB Khalifah Umar bin al-Khattab berketurunan Bani Adi, merupakan kalifah kedua dalam kerajaan Khulafa al-Rasyidin. Pemerintahannya antara tahun 634 -644 M a) Nyatakan latar belakang Khalifah Umar bin Al-Khattab Berketurunan Bani Adi Dilahirkan pada 583 M Nama sebenar Umar al-Khattab bin Naufal Bersifat berani, tegas dan berterus terang Zaman pemerintahannya dianggap zaman keemasan Banyak pembaharuan dan perubahan dilakukan Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin (ms 146)

b) Bagaimanakah cara pemilihannya (ms 146) Cadangan satu nama saja dari khalifah terdahulu Dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar ketika beliau sakit Dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai (ms 146-147)

d) Senaraikan sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khattab

Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai Menubuhkan Majlis Syura Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah Melantik seorang wali atau gabenor mentadbir setiap wilayah Menubuhkan Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara yang diketuai oleh katib atau setiausaha Memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan lain dan diberi gaji yang tinggi untuk elak salah laku hakim Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat belajar di masjid Menghantar guru agama kepelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan Memperkenalkan kalendar Islam menggunakan tahun Hijrah Menyusun sistem ketenteraan/tentera tetap dan sukarela Membina markas tentera di bandar-bandar utama seperti di Madinah dan Kufah Membina kubu pertahanan di sempadan negara Membina terusan dan tali air untuk menambah hasil pertanian Menggalakkan rakyat meneroka tanah baru dan mengusaha tanah terbiar untuk pertanian Memperkenal pelbagai jenis cukai seperti cukai jizyah kepada golongan zimmi dan kharaj Mendirikan baitulmal bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara

7 KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN Khalifah Uthman bin Affan berketurunan Bani Umaiyah, memerintah dalam Khulafa alRasyidin dari tahun 644 656 M. a) Nyatakan latar belakang Khalifah Uthman bin Affan (ms 147) Berketurunan Bani Umaiyah Dilahirkan pada 576 M Nama sebenar Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah Seorang hartawan yang dermawan Bersifat lemah lembut Bertolak ansur dan amat bersimpati pada golongan yang memerlukan Digelar Zun Nurain/mempunyai dua cahaya, kerana mengahwini dua puteri Rasulullah selepas seorang daripadanya meninggal dunia (ms 147)

b) Bagaimanakah cara pemilihannya

Pemilihan daripada beberapa orang calon/ 6 calon yang layak Undi yang sama banyak dengan Saidina Ali Akhirnya dengan persetujuan ramai Uthman dilantik menjadi khalifah (ms 147)

c) Senaraikan sumbangan Khalifah Uthman bin Affan

Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam yang dianggap pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin Menyelaras cara bacaan al-Quran dengan mengisytiharkan sebuah naskah al-Quran dikenali sebagai Mushaf Uthmani Membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat untuk pengembara Mengukuhkan peranan baitulmal dan menggunakannya untuk pembangunan negara dan pertahanan Mengekalkan jizyah, cukai kepada penduduk bukan Islam sebagai sumber baitulmal

KHALIFAH ALI BIN ABU TALIB Khalifah Ali bin Abu Talib merupakan khalifah dalam Khulafa al-Rasyidin yang terakhir. Memegang tampuk pemerintahan dari tahun 656-661 M a) Nyatakan latar belakang Khalifah Ali bin Abu Talib Berketurunan Quraisy Berasal dari Bani Hasyim Sepupu kepada Nabi Muhammad s.a.w Lahir pada 602 M Sifatnya berani Berwatak tegas Berpengetahuan luas dalam perundangan Islam (ms 148) (ms 148)

b) Bagaimanakah cara pemilihannya

Pencalonan sekelompok masyarakat Mendapat sokongan terbanyak

c) Senaraikan sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib (ms 148-149) Membantu menyelesaikan masalah yang berhubung dengan masyarakat dan perundangan Islam Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara Contoh Perang Siffin, beliau sanggup berdamai walaupun hampir menang Membina markas tentera di Parsi dan sempadan Syria Meneruskan kutipan jizyah

9 KERAJAAN BANI ABBASIYAH Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M, selepas gerakan atau Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah pada tahun yang sama a) Nyatakan latar belakang pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah (ms 156) Diasaskan pada 750 M Melalui Revolusi Abbasiyah untuk menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah Gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah dengan menggunakan nama Ahlul Bait Gerakan diperkukuhkan dengan keanggotaan Abu Salmah al-Khallal mengetuai gerakan di Kufah Abu Muslim al-khurasani mengetuai gerakan di Khurasan Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan/monarki

b)

Senaraikan sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan (ms 156-158) Menjadikan kota Baghdad sebagai puat intelektual dan penyebaran ilmu Terutama semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya alMakmum Pembinaan baitulhikmah di Baghdad sebagai institusi keilmuan Pusat penterjemahan karya falsafah dan sains terutamanya dari bahasa Yunani Menggiatkan kegiatan penulisan melalui 3 tahap Pertama, mencatat segala idea atau percakapan Kedua, mengumpul idea atau hadis Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah buku Ketiga, mengarang Melibatkan golongan ulamak dalam penulisan Menyebabkan lahir ramai ilmuan agama dalam pelbagai bidang Seperti Imam Malik(penyusunan buku al-Muwatta) Ibn Ishaq (penyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w) Memperkembangkan usaha penterjemahan daripada Bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani yang mempunyai dua kepentingan Disamping menterjemah orang Islam telah mencipta Membuat penambahbaikan dengan membuat keterangan dan ulasan Orang Islam telah memelihara warisan ilmu daripada lenyap Mereka menerima hasil penulisan ketika orang Eropah berada pada zaman Gelap Mempertingkatkan lagi kegiatan penyelidikan hingga tersebar ke Eropah Diterjemahkan ke bahasa asing sehingga membawa kepada kebangkitan Eropah Kegiatan ilmuwan berjaya membuka mata ilmuan Eropah Sehingga melahirkan Zaman Ranaissance Berjaya meninggalkan warisan yang sangat bernilai kepada generasi kemudiannya Memberi banyak faedah kepada golongan Islam kerana keterbukaan dan kesediaan masyarakat menimba ilmu`

10 FAKTOR PENYEBARAN ISLAM KE EROPAH a) Islam mula tersebar ke Eropah semasa zaman kerajaan Bani Umaiyah. Nyatakan faktor penyebaran Islam ke Eropah (ms 162) Kejayaan penaklukan ke atas Constanstitinople (Istanbul) oleh Mehmed Fatih pada 1453 Membawa Islam ke Eropah Timur/Balkan Pegangan akidah yang kukuh Akhlak yang tinggi sebagai tunjang penyebaran Islam Khususnya semasa kerajaan Bani Umaiyah dan Uthmaniyah Tentera Islam mempunyai semangat ghazi/semangat kepahlawanan

Tidak gentar/sanggup berkorban untuk penyebaran Islam Sistem ketenteraan yang tersusun Penggunaan senjata moden seperti meriam besar Armada laut yang kuat Tentera berkuda Kumpulan infantri yang kuat Kumpulan tentera elit/janissari yang terlatih dengan selok belok peperangan Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah Kejatuhan Byzantine telah memberi peluang kepada tentera Islam ke Balkan Masalah penyalahgunaan kuasa/pergaduhan pemimpin/kekurangan kewangna Gereja Ortodoks Menyebabakan ramai penganut Kristian tertarik dengan Islam Kebijaksanaan kerajaan Uthmaniyah yang menjalankan dasar diplomasi Toleransi dalam menyebarkan Islam Rakyat tidak dipaksa memeluk Islam Kedudukan Gereja Ortodoks tidak diganggu Dasar Islam yang meletakkan kecemerlangan individu Kerajaan Uthmaniyah membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan untuk rakyat Penghijrahan orang Turki ke Balkan Usaha kumpulan mubaligh Islam/kumpulan sufi Menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaran

11 PERTEMBUNGAN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN DI DUNIA Tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, India, China dan Rom telah muncul lebih awal daripada tamadun Islam a) Bagaimanakah cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia? (ms 165) Perdagangan dan perniagaan Sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w berniaga ke Syam Di China, orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton sejak akhir abad ke 7 M Kebudayaan Kemasukan Islam ke Sepanyol Wujud golongan Mozarab/orang tempatan beragama Kristian mengamalkan kebudayaan dan berbahasa Arab Penaklukan dan ketenteraan Penaklukan Iran dan Iraq menyebabkan bertembung dengan tamadun Parsi Tentera Islam menguasai Teluk Parsi, Laut Merah dan timur Mediterranean Intelektual

Ahli fikir Islam dan bukan Islam di Eropah berjaya memperkembangkan ilmu menurut pandangan Islam Hubungan diplomatik Kerajaan Bani Umaiyah pernah menghantar kumpulan peneroka ke Gibraltal Menjalinkan hubungan diplomatik dengan orang bukan Islam di Cordova, Valencia dan Rhonda

b) Berikan kesan-kesan pertembungan tamadun Islam dengan dengan tamadun lain di dunia (ms 165) Islam mengubah sistem kehidupan penganutnya terutama dari segi akidah Sifat sarwajagat mudah diterima Islam tidak menghapuskan terus cara hidup/adat/budaya masyarakat tempatan Perluasan kawasan penyebaran Islam/kawasan yang diperintah Islam Melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat dunia Islam Seperti kerajaan Delhi Mughal di India Walaupun perbezaan pemerintah tetapi akidah dan syariah sama dalam dunia Islam Membolehkan orang Islam menguasai ekonomi terutama perdagangan Laluan perdagangan dijamin keselamatannya Perkembangan di Eropah mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar dan kawasan sekitarnya Pengaruh Islam dalam pendidikan terutama dalam kurikulum Memberi penekanan bukan saja dari segi agama, malah sains, matematik dan teknologi, logik, sejarah, mantik Orang Islam mempengaruhi tata tertib kehidupan orang Eropah Seperti cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik Golongan Mudejar memainkan peranan Membolehkan cendekiawan Islam dan bukan Islam bertukar pendapat antara satu sama lain Mempertingkatkan kegiatan penterjemahan dan intelektual Adanya baitulhikmah semasa pemerintahan Bani Abbasiyah, melahirkan satu budaya keilmuan dan intelektual yang tinggi Melahirkan ramai cendekiawan Islam Al-Razi dalam bidang perubatan dengan kitab/ensaiklopedia al-Hawi. Merterjemah karya Galen, ahli perubatan greek yang terkemuka. Al Zahrawi pakar perubatan dan farmasi. Lain-lain tokoh seperti al-Khawarizmi, alBatttani, Abu Ishaq, al-Biruji dan al-Bitruni Dunia menerima pemikiran politik dan undang-undang dari pemikir Islam Seperti al-Farabi, al Miskawayh dan al-Mawardi Dunia menerima pemikiran usuluddin/ falsafah sains,/pemikiran kritis Kesedaran agama dari tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina, al-Kindi, fakhr al-Din, al-Razi, Ibn Rushd dan Imam Ghazali Keseniaan Islam seperti seni bina dan seni ukir turut mempengaruhi perkembangan tamadun dunia

Seni bina Masjid Cordova di Sepanyol dan Istana Alhambra di Granada Perkembangan kesusasteraan seperti puisi dan novel Dari tokoh Islam seperti Omar Khayyam dan Rabiah al-Adawiyah yang menghasilkan karya bertemakan ketuhanan Catatan Ibn Battuta dalam penerokaan menjadi rujukan hingga kini Al-Mascudi yang mengembara ke China, Parsi, India dan Timur Afrika/Ibn Fahdlan mengembara ke utara Eropah