Anda di halaman 1dari 5

BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Konsep negara bangsa merujuk pada pembentukan negara bangsa moden di Eropah. (MS 67-68) a) Selepas peristiwa apakah idea ini tercetus? Revolusi Inggeris 1688 Perang Kemerdekaan Amerika 1776 Revolusi Perancis 1789

b) Apakah ciri-ciri negara moden di Eropah? Mengikut sempadan rumpun bangsa Menggantikan bentuk negara feudal Nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa

c) Apakah dua prinsip Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson? Penentuan nasib bangsa oleh rakyat sendiri Sempadan negara berasaskan bangsa

d) Apakah kesan deklarasi di atas? 2 Empayar Austria-Hungary dan Turki yang kalah telah dibahagikan Pelbagai golongan etnik dan bangsa beroleh kemerdekaan Muncul tujuh negara bangsa baru

Amalan realpolitik wujud di Eropah pada abad ke 19. (MS 68-69) a) Namakan dua tokoh Eropah yang mengamalkan realpolitik. Count Camillo Benso di Cavour Otto Eduard von Bismark

b) Senaraikan ciri-ciri amalan realpolitik. Tipu helah Kekerasan bersenjata Peperangan

c) Nyatakan usaha pembentukan negara bangsa Itali. Itali terbahagi kepada beberapa wilayah Beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria Orang Itali mahu menyatukan wilayah mereka Telah menghalau orang Austria dari Itali Menggunakan amalan realpolitik Count Camillo Benso di Cavour menyatukan Itali menjadi sebuah negara Mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III dari Perancis Berjaya menewaskan Austria Akhirnya, Count Camillo Benso di Cavour menyatukan Itali dan Rom

d) Nyatakan usaha pembentukan negara bangsa Jerman. Otto Eduard von Bismark mengamalkan realpolitik Dan politik darah dan besi untuk menyatukan Jerman Telah menggunakan taktik tipu helah Pemalsuan dokumen Provokasi Penipuan Ugutan Untuk mencetuskan peperangan Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran Bismark

Nabi Muhammad s.a.w. telah membentuk kerajaan Islam di Madinah. (MS 71) a) Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. membentuk kerajaan ini? Melalui prinsip Islam Menyusun perlembagaan terlebih dahulu Piagam Madinah dapat menyatukan penduduknya yang berbilang kaum Juga menggunakan cara diplomasi Musyawarah Permuafakatan Amalan kerjasama antara pemimpin dengan pemimpin Amalan kerjasama antara pemimpin dengan rakyat

b) Bagaimanakah negara kita iaitu Malaysia telah dibentuk? Kebijaksanaan pemimpin Tiada pertumpahan darah Rundingan Pakatan murni Tolak ansur antara tiga kaum yang terbesar Pandangan jauh pemimpin

Perlembagaan Negeri Johor telah digubal pada tahun 1895. (MS 80 82) a) Siapakah yang menggubal perlembagaan tersebut? Sultan Abu Bakar

b) Apakah tujuan pengenalan perlembagaan tersebut? Membentuk kerajaan bercorak demokrasi Memantapkan sistem pentadbiran Johor Menghalang rancangan British menguasai negeri Johor

c) Senaraikan syarat penabalan sultan seperti yang termaktub dalam perlembagaan tersebut. Berbangsa Melayu Lelaki Beragama Islam Waris pemerintah Johor

d) Nyatakan bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan berikut seperti yang terdapat dalam perlembagaan tersebut. Majlis Negeri - Mempunyai kuasa perundangan Jemaah Menteri - Mempunyai kuasa pelaksanaan / mentadbir negeri

* Diperkenalkan oleh Sultan Zainal Abidin III (MS 84 86) * Dikenal sebagai Ittiqan-ilmuluk bi-tadil il-suluk a) Nyatakan maksud Ittiqan-ilmuluk bi-tadil il-suluk. Keyakinan kepada pemerintah berdasarkan keadilan

b) Berikan syarat untuk menjadi sultan Terengganu. Beragama Islam Bangsa Melayu Lelaki Waris Sultan yang memerintah

c) Nyatakan kedudukan sultan Terengganu mengikut Undang-undang Tubuh. Mengamalkan sistem monarki / Pemerintahan beraja Raja Berperlembagaan Dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Dibantu oleh Jemaah Menteri

d) Apakah syarat yang ditetapkan pada menteri dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu? Beragama Islam Berbangsa Melayu Rakyat Terengganu Aku taat setia kepada Sultan dan kerajaan Dilarang mengkhianati pemerintah Ditegah menyerahkan negeri kepada kuasa lain

Berikut menunjukkan hierarki pemerintahan di Negeri Sembilan mengikut Adat perpatih. (MS 87 88) Yang Dipertuan Besar Undang Lembaga Buapak Anak Buah

a) Apakah peranan Undang? Melantik Yang Dipertuan Besar Mengetuai Luak

b) Nyatakan tugas Lembaga. Memilik Undang untuk mengetuai Luak Ketua suku anggota masyarakat Bertanggungjawab terhadap suku masing-masing

c) Senaraikan tugas buapak. Ketua Perut Menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah terutama yang berkaitan dengan adat

d) Apakah unsur-unsur demokrasi yang terdapat dalam pemerintahan Negeri Sembilan? Tidak mengamalkan kuasa mutlak Kuasa diagih kepada individu mengikut peringkat Pemimpin dipilih secara muafakat

e) Pengamalan Adat Perpatih dalam sistem pemerintahan Negeri Sembilan telah melahirkan peraturan-peraturan hidup yang boleh dijadikan amalan dalam mengekalkan keharmonian negara. Apakah peraturan-peraturan hidup tersebut? Mementingkan kepentingan bersama Semangat bergotong-royong Permuafakatan Saling menghormati antara satu sama lain