Anda di halaman 1dari 113

Fatin Nilam Sari

1
ETIAP anak sepertiku pasti menginginkan detik-detik pertemuan itu, sementara aku pada sisi lain mensia-siakan peluang yang ada. Alangkah ironinya apabila aku menolak usul mama untuk bertemu dengan papa. Sudah dua tahun kami tidak bertemu. Lebih tepat lagi, setelah papa menikahi perempuan itu. Perempuan yang tidak ingin kusebut namanya. Perempuan yang telah menyebabkan aku terpaksa berjauhan dengan papaku. Pujukan demi pujukan daripada mama tidak dapat kutolak sebenarnya. Mama benar-benar mahu aku bertemu dengan papa. Sejak cuti persekolahan dua minggu lepas mama mulai bercakap tentang pertemuan yang cuba kuelak. Tahun lepas aku memberikan alasan yang aku ingin mengikuti kelas bahasa Inggeris. Tahun ini aku sudah pun menjalani peperiksaan SPM dan sedang menantikan keputusannya pada bulan April tahun hadapan. Jadi, aku
1

Kaulah Satu

mulai berura-ura untuk mencari kerja. Jelas idea itu sama sekali tidak disukai oleh mama. Dia berharap selama beberapa bulan ini aku tinggal dengan papa dan isterinya. Sudah beberapa kali mama menyuruhku mengemaskan pakaian. Aku terus bersikap tidak peduli. Komputer riba di hadapanku masih terpasang sejak sejam yang lalu. Aku leka dengan permainan yang aku muat turun dari Internet. Cukup-cukuplah main games tu! Dah sehari suntuk main games aja gesa mama dengan nada rimas, menahan sabar. Dia berdiri di hadapan pintu kamarku yang terbuka luas. Kemas baju kau sekarang, Lia! Esok awal-awal pagi dah nak berangkat. Kereta api pukul tujuh pagi! Mama ajalah tolong kemaskan, jawabku acuh tak acuh. Mataku masih lagi tertuju ke komputer riba di hadapanku. Namun ekor mataku sempat memerhati mama yang sudah pun masuk ke dalam bilik tidurku. Dia mengambil beg pakaian yang terletak di atas almari lalu meletakkannya di atas katil. Aku menjelingnya saat dia mulai membuka almari dan mengambil beberapa helai baju. Jangan bawa baju yang tu! Dah lusuh. Lia nak bawa semua baju-baju baru! bantahku sambil berpaling dari meja tulis yang sedang kuhadapi. Mama merengus. Kan mama dah cakap tadi, lebih baik kau aja yang kemas sendiri. Mama tak tahu baju mana yang kau nak pakai kat sana nanti! Aku terpaksa bangun, mengambil baju-baju dan seluar jean dari dalam almari lalu kuletakkan di atas katil. Mama menolongku melipat baju-baju tersebut dengan penuh

Fatin Nilam Sari

tertib. Mamaku seorang wanita yang sempurna. Dia mahu semuanya berada dalam keadaan yang kemas. Jangan sampai ada barang yang tertinggal. Nanti kau juga yang kelam-kabut... katanya untuk kesekian kalinya. Dia selalu cerewet begini kalau aku hendak pergi ke mana-mana tanpanya. Biasanya aku selalu menuruti perintah mama dengan senang hati terutama kalau aku sedang bersiap-siap untuk pergi bercuti dengan teman-temanku. Tetapi lain halnya kali ini... aku harus menghabiskan cuti selama dua bulan dengan papa dan ibu tiriku! Menurut mama, ibu tiriku masih muda, berusia dua puluh tujuh tahun. Umur kami berbeza sepuluh tahun. Jadi aku rasa perlu untuk tampil lebih menarik dan cantik daripada dia. Aku sendiri belum pasti bagaimanakah aku harus menentukan sikapku. Yang pasti aku tidak akan menerima kehadirannya dalam hidupku dengan mudah. Jika perlu aku akan mencetuskan pergolakan dalam rumah tangganya. Idea itu tiba-tiba muncul dalam kepalaku. Lalu aku mulai bersemangat untuk mengemas pakaianku hingga memenuhi beg. Dia wanita jahat yang telah merampas papa dari mama. Dia wanita penggoda yang telah menghancurkan kebahagiaan mama dan diriku. Itulah yang sentiasa bermain dalam fikiranku sehingga berkali-kali aku menolak untuk bertemu dengan papa. Aku tidak ingin berada di bawah satu bumbung dengan perempuan itu! Tetapi kini aku punya misi baharu untuk membalas dendam bagi pihak mamaku! Pada sisi lain aku rasa lega kerana bebas dari pengawasan mama. Aku boleh berbuat apa sahaja tanpa bersoal jawab dengan mama. Mama sering kali ingin tahu

Kaulah Satu

setiap pergerakanku dan ke mana aku pergi. Jika boleh bayangku pun tidak boleh hilang dari matanya. Namun kini perpisahan kami agak lama. Dua bulan. Kuharap masa itu berlalu dengan cepat dan aku akan dapat menggabungkan semula keluargaku yang telah berpecah. Ma, macam mana nanti kalau Lia tak ada? Dua bulan tu lama juga. Mama menoleh padaku sambil tersenyum. Mama tak apa-apa sayang. Lagipun mama selalu sibuk. Kalau mama rindu, kan ke ada telefon? Aku tersenyum memandang mamaku yang cantik. Dalam usia tiga puluh lapan tahun, mamaku masih muda dan menarik. Apatah lagi dia bertugas sebagai seorang setiausaha. Jadi, mama amat mementingkan penampilan yang menarik, cantik dan elegan. Aku memeriksa isi beg tangan kecil kesayanganku. Di dalamnya ada walkman, tisu, pengilat bibir, bedak kompak, sikat dan telefon bimbit. Aku yakin tidak ada yang tertinggal lagi, melainkan hatiku. Hatiku sebenarnya akan terus berada di sini, biarpun esok aku akan berangkat jauh meninggalkan rumah yang kudiami bersama mama sekian tahun. Selesai mengemas, aku ke rumah sahabat baikku, Roslinda. Rumahnya selang beberapa buah rumah sahaja dari rumahku. Kala aku sampai di hadapan pagar rumahnya, kulihat dia sedang bermain-main dengan arnab kesayangannya di sisi rumah. Hai! tegurku sambil membuka pintu pagar, terus berjalan mendekatinya. Hai! balasnya mesra sambil memasukkan kembali arnab ke dalam kandang. Dia memandangku yang sudah duduk di kerusi besi tempawan yang ada di situ.

Fatin Nilam Sari

Aku jadi juga pergi Penang. Mama dah pun tempah tiket, kataku dengan suara mendatar. Bibir kugigit dengan kuat, membayangkan betapa aku sedikit kesal kerana harus meninggalkan rumah dan temanku itu. Oh, ya ke? Kau pergi jumpa papa kau? Aku mengangguk. Bila? tanya Roslinda ingin tahu. Esok. Naik kereta api awal pagi esok. Hmmm berat rasa hati aku nak pergi sebenarnya. Dua bulan tu lama juga Roslinda mengangguk. Dia berpaling padaku dan tersenyum. Macam mana dengan Nazwan? Dia dah tahu kau nak pergi? Aku call la dia malam karang. Kau tolong intaiintai sikit, kalau-kalau dia bermain kayu tiga dengan aku... kataku bergurau. Terbayang wajah teman sekelasku itu. Dia memang kacak, ramai pelajar di sekolah meminatinya tetapi dia memilih aku untuk dijadikan teman istimewa. Sungguh tak kusangka! Diam-diam dia sudah lama meminatiku. Begitu juga denganku, meminatinya dari jauh. Dia bintang sukan sekolahku. Dia memenangi setiap pertandingan yang disertainya terutama sekali dalam permainan badminton. Dia memang hebat! Permainannya sungguh menarik dan bergaya. Dia memenangi pertandingan badminton hingga ke peringkat wilayah. Matlamatnya adalah menjadi pemain badminton profesional suatu hari nanti seperti idolanya, Misbun Sidek. Sebenarnya percintaan kami masih baharu lebih kurang tiga bulan. Sejak di tingkatan empat kami hanya berkawan. Baharu tiga bulan yang lalu dia menyatakan

Kaulah Satu

cintanya padaku melalui e-mel. Eee aku mana berani cakap secara berhadapan! Berhari-hari juga baharu aku membalas e-melnya. Walau bagaimanapun mama tidak tahu aku sudah punya kekasih. Kalaulah mama tahu, mati aku! Mama akan marah-marah kerana dalam usia yang begitu hijau aku sudah berani bermain api. Mama selalu menyatakan cinta itu seperti api yang akan membakar dan memusnahkan hidup manusia jika tidak pandai mengawalnya. Namun api juga memberi kehidupan kepada manusia, balasku membidas kata-kata mama. Roslinda ketawa. Jangan bimbanglah! Aku akan jaga dia! Kalau perlu aku akan ikat dia supaya tak keluar dengan perempuan lain masa kau tak ada. Aku mengulum senyum. Aku percayakan teman baikku ini seratus peratus. Okeylah, aku balik dulu. Nanti kalau ada apa-apa kau mesej saja. Roslina menghantar kepulanganku hingga ke pintu pagar. Jaga diri baik-baik! Aku hanya tersenyum dan mengangkat tangan.

Fatin Nilam Sari

2
AGI ini mama tidak sempat bersolek. Namun rambutnya tetap kelihatan rapi dan kemas. Dia mengenakan sepasang sut hitam yang elegan dengan inner beropol-ropol di bahagian dada. Mama sentiasa nampak cantik tidak kira apa yang dipakainya. Tubuhnya langsing, tinggi dan berkulit cerah. Aku hairan bagaimana papa tidak melihat kecantikan dan keanggunan mama, lalu dengan mudah jatuh cinta pada perempuan itu. Apakah semua lelaki begitu sifatnya? Mudah berubah hati dan berpaling pada wanita lain setelah menikahi seseorang perempuan? Ataupun lelaki tidak pernah belajar menjadi insan yang setia? Mama tergesa-gesa menghantarku ke stesen kereta api. Jam enam pagi kami sudah pun bertolak meninggalkan rumah. Mama memandu laju menuju ke Stesen Kereta Api

Kaulah Satu

KL Sentral. Aku duduk malas di kusyen hadapan, di sisi mama. Tubuhku menggelongsor ke bawah, dengan kepala yang terlentok. Duduk tu elok-elok sikit Lia! Cuba duduk tegak, mama menegurku. Sempat lagi dia menegur cara aku duduk meskipun sedang sibuk mengendalikan stereng kereta. Biarlah, selesa duduk macam ni. Jawabku, enggan mengalah. Mama hanya mengeluh. Di wajahnya ada kebimbangan. Namun aku selamba sahaja. Tanganku menggagau gula-gula getah di dalam beg tangan, lalu mengunyahnya perlahan-lahan. Sempat lagi membuat belon sebelum ianya pecah dan meletup lembut di bibirku. Mama menggeleng-gelengkan kepalanya. Ada rasa risau yang enggan hilang di hatinya. Bagaimanakah puterinya ini menghadapi perpisahan dan menghadapi papa serta si ibu tiri? Mungkin itulah persoalan yang bermain dalam kepalanya. Namun aku memikirkan soal lain. Mengapa mama memandu laju begitu? Kan sempat lagi! Bukannya jauh pun. Jalan raya pun lengang sahaja pagi-pagi buta begini. Perpisahan antara kami terasa kian dekat apabila aku terlihat bangunan stesen kereta api yang tersergam dari jauh. Aku akan segera hilang dari sisinya. Hatiku jadi tidak menentu. Aku cuba membayangkan wajah papa yang menyambut kedatanganku. Pasti wajah papaku ceria dan perempuan di sisinya berwajah cemberut. Mengapa aku merasakan rinduku kian jauh? Mulanya dahulu, aku amat merasai kehilangan papa. Tetapi kini rasa itu sudah lama hilang dari hatiku. Perpisahan benar-benar berada di penghujung garisan. Kami telah tiba ke destinasi. Mama memeluk dan

Fatin Nilam Sari

mencium pipiku kiri dan kanan. Tiba-tiba aku jadi malu kerana dipeluk dan dicium begitu di hadapan khalayak ramai. Mataku meliar memerhati apakah perbuatan mama tadi diperhatikan oleh sesiapa. Di muka pintu stesen kereta api aku terlihat seorang jejaka, bertubuh tinggi dan tegap. Dia mengenakan jaket kulit berwarna coklat. Dia tersenyum sinis melihat adegan mama mencium pipiku dan memelukku dengan erat. Aku menjadi bertambah malu. Aku bukan lagi anak kecil! Mama memasukkan segumpal wang ke dalam genggamanku. Secara automatik aku terfikir berapakah jumlah wang yang dititipkan oleh mama untukku berbelanja di sana? Apakah melebihi jumlah biasa yang selalu dia berikan kepadaku? Apakah ianya cukup untuk pelbagai keperluanku nanti? Makan di restoran yang bagus, menonton wayang dan membeli-belah! Aku tahu Pulau Pinang adalah kota besar selepas Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Banyak hal yang boleh aku lakukan di sana, selain membeli-belah, berjalan-jalan ataupun bersantai di pantainya yang indah. Pulau Pinang juga tidak jauh dari Langkawi. Mungkin aku berkesempatan melawat pulau legenda itu. Tapi aku akan pergi dengan siapa? Papaku dan isterinya itu? Ah! Tak payahlah! Aku akan menolak mentahmentah jika perempuan itu yang akan menemaniku berjalanjalan. Dengan papa pun belum tentu aku mahu Mungkin aku akan memerap sahaja di bilik tidur. Aku membuat persediaan awal dengan membawa sejumlah buku-buku tebal yang akan kubaca nanti. Mama memelukku sekali lagi. Lantas berbisik dengan lembut ke telingaku. Jaga diri baik-baik. Cubalah

Kaulah Satu

dengar nasihat papa kau, Lia. Berbaik-baiklah dengan Auntie Norma. Jangan cari masalah! Aku merenung mama. Permintaan mama berat untuk kupenuhi. Mama menyuruhku berbaik-baik dengan wanita yang telah menjadi saingannya? Wanita yang telah menghancurkan rumah tangganya? Apakah mama sudah tidak siuman? Ma, kataku dengan suara yang tegas. Ma suruh Lia berbaik-baik dengan perempuan tu? Forget it, ma! Jangan cari penyakit, Lia! Kau berada di rumah dia selama dua bulan. Ingat tu! Tetamu harus menghormati tuan rumah, kan? Aku hairan. Mengapa aku harus berbalah dengan mama dalam keadaan ini? Soalnya mama meminta aku melakukan sesuatu yang tidak mungkin dapat aku lakukan! Tengoklah dulu! kataku tidak mahu berjanji. Bukankah aku ada misi untuk menghancurkan kebahagiaannya? Sudah. Pergilah masuk sekarang! kata mama sambil mendorongku menghala ke pintu cermin yang terbuka luas. Mama pun nak cepat ni! Mama segera berpaling. Aku memerhati mama yang berjalan laju menuju ke kereta yang diparkir di bahagian hadapan bangunan itu. Memang tidak dibenarkan parkir lebih lama di ruang itu. Lalu mama tergesa-gesa berlalu pergi tanpa sempat aku melambainya. Waktu masih panjang, ada lebih kurang dua puluh minit lagi. Kereta api yang akan kunaiki masih belum tiba. Inilah pertama kali aku menaiki kereta api ke utara

10

Fatin Nilam Sari

bersendirian. Aku rasa sedikit gementar. Namun segera kubuang rasa yang baharu hinggap di hatiku. Aku tidak perlu takut ataupun gementar. Seorang perempuan dalam usia sepertiku ini, harus mulai belajar berdikari. Dua puluh minit terasa lama sekali. Aku tidak mahu menunggu di ruang yang membosankan itu, lalu aku mulai melangkah menuju ke kafeteria. Sambil minum aku boleh menghabiskan masa dengan membaca majalah. Sekonyongkonyong aku teringat bagaimana marahnya mama apabila aku terlalu asyik membaca majalah sehingga ketinggalan kereta api. Sebenarnya aku sengaja berbuat begitu kerana tidak ingin menghadiri majlis perkahwinan papaku dan perempuan itu. Aku tidak akan menyebut namanya langsung! Cukuplah aku menyebutnya sebagai perempuan. Namun kali ini aku tidak boleh lagi berpura-pura terlalu asyik membaca sehingga terlepas kereta api. Pasti mama akan mengamuk jika aku melakukan perkara yang sama seperti dua tahun lalu. Lagipun aku punya misi untuk ke sana kali ini! Aku duduk dengan tenang setelah memesan secawan air Nescafe panas. Aku turut memesan sandwic. Perutku terasa sedikit pedih. Di rumah tadi aku tidak sempat minum ataupun makan apa-apa. Tiba-tiba terdengar suara menegurku dengan ramah, cik, boleh saya duduk kat sini? Aku mengangkat wajah dari menatap majalah yang terbentang di atas meja. Mataku menangkap seraut wajah. Walaupun sekali imbas, masih kuingat padanya. Jejaka yang tersenyum sinis semasa melihat aku dipeluk dan dicium mama di muka pintu stesen kereta api tadi. Dia tersenyum mesra, tidak sesinis tadi. Wajahnya memang kacak, dengan kulit putih bersih tanpa jerawat. Rambutnya tersisir kemas, walaupun agak panjang, mencecah tengkuk.

11

Kaulah Satu

Raut wajah itu mengingatkan aku pada pelakon kacak yang menjadi pujaanku, Ashraf Muslim! Wajah mereka seiras! Wah! Apakah mereka berdua punya hubungan persaudaraan? sempat hatiku bertanya sendiri. Aku memerhati sekeliling, mendapati kafeteria itu memang penuh, tiada tempat duduk yang kosong. Aku mengangguk sahaja. Malangnya dadaku berdebar saat melihat dia duduk di hadapanku. Bau colognenya tiba-tiba menyengat hidung. Lebih baik aku terus membaca majalah di hadapanku. Meneruskan kepura-puraan tidak peduli sama sekali padanya. Lalu anak muda itu mencapai cawan kopi dan sandwic yang ada di dalam tray. Dia makan sandwic dan menghirup kopinya dengan kuat.

Hmmm tak sopan betul! seruku di dalam hati. Mama sering kali mengingatkan aku supaya mengunyah dan menghirup minuman tanpa sebarang bunyi. Aku amat terganggu mendengar bunyi mengunyah yang kuat dan lahap itu.
Aku mengangkat wajah, memerhati dirinya. Dia sedang menatapku tidak berkelip. Geram betul aku! Dia memang sengaja berbuat begitu supaya aku memandangnya. Tanpa sebarang suara aku kembali menatap majalah, dengan dahi berkerut-kerut. Namun fikiranku bercelaru, beberapa kali aku membaca perenggan yang sama tanpa memahami maksudnya. Ada cerita menarik dalam majalah tu? Majalah apa yang awak baca? Dia bertanya tiba-tiba membuat aku mengangkat wajahku kembali, memandangnya. Terkejut aku mendapati dua keping sandwic di hadapannya sudah pun hilang, hanya tinggal bungkusan plastik sahaja.

12

Fatin Nilam Sari

Memang menarik. Majalah untuk remaja, jawabku dingin. Oh! Macam tu ke? Mujurlah awak menjawab soalan saya tadi. Saya ingatkan awak ni bisu. Suara awak sedap juga ya, katanya sambil tersenyum. Aku memandangnya menggigit kuat bibirku. dengan tajam, sambil

Boleh tak awak jangan kacau saya? kataku dengan nada geram. Saya dah baca berkali-kali perenggan yang sama langsung saya tak faham apa-apa! Oh! Sorry sorry. Saya takde niat nak kacau awak. Saya rasa tak seronok makan sorang-sorang. Awak tak nak makan sandwic awak tu? Aku baharu tersedar yang sandwic di hadapanku belum terusik. Air Nescafeku juga semakin sejuk. Lalu aku mengangkat cawan dan meneguk minumanku dengan cepat. Mataku memandang jam di pergelangan tangan. Ya Allah! Tinggal lima minit lagi! Aku segera bangun, mencapai beg pakaian yang kuletakkan di tepi meja. Aku terburu-buru keluar dari kafeteria. Separuh berlari aku memasuki platform. Di situ seorang petugas sedang berdiri di tepi pintu kereta api. Aku meraba-raba poket seluar jean, mengeluarkan tiket kereta api. Aku menunjukkan tiket tersebut kepadanya sambil bertanya tentang gerabak yang bakal aku naiki. Dia menunjuk ke arah belakang. Lalu aku terburu-buru menuju ke gerabak belakang. Mujur sempat aku naik dan kereta api pun mulai bergerak. Sempat aku memerhati ke arah platform. Di sana terlihat jejaka yang menumpang mejaku tadi sedang berlari tidak tentu arah. Di tangannya terdapat beg sandang dan majalah yang amat kukenali. Beg sandang dan majalah milikku!
13

Kaulah Satu

Aku terlonjak, menggapai tangan ke arahnya. Tetapi dia tidak melihatku langsung! Kereta api semakin melaju. Aku tidak tahu apakah dia turut menaiki kereta api yang kutumpangi sekarang. Hatiku sedih sekali. Aku kehilangan beg sandangku itu, di dalamnya terdapat barang-barang kesayanganku terutama sekali telefon bimbit dan dompet. Semoga jejaka itu seorang lelaki yang jujur! Aku meraba-raba poket seluar jeanku. Mujur duit yang mama baharu berikan tadi, kusisipkan ke dalam poket seluar. Jika tidak, pasti aku akan kelaparan menempuhi perjalanan yang jauh sekali menuju ke utara tanah air. Aku akan tiba lewat petang nanti di Stesen Kereta Api Butterworth. Aku cuba duduk dengan tenang sambil memejamkan mataku rapat-rapat. Namun aku tidak dapat tidur. Ingatanku terus melayang-layang ke peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam hidupku, sejak papa mengahwini perempuan itu. Kereta api semakin laju bergerak. Saat-saat untuk bertemu dengan papa terasa semakin mendekat. Namun aku bagaikan tidak sanggup untuk melihat wajah perempuan itu! Inilah pertama kali aku akan berhadapan dengannya. Selama ini aku hanya melihat dia melalui foto yang dikirim oleh papa. Foto perkahwinan papa entah ke mana perginya, aku sendiri tidak tahu. Barangkali foto itu sudah pun lama mengeram di dalam tong sampah. Tiba-tiba ingatan terhadap wajah perempuan itu yang tersenyum manis dalam pakaian songket di sisi papaku, terpotong dengan serta-merta. Aku terbayangkan wajah jejaka yang duduk di kafeteria tadi, berlari cemas di platform sambil memegang beg sandangku. Wajahnya begitu cemas dan bimbang sekali.

14

Fatin Nilam Sari

Oh! Di manakah kau sekarang? Kuharap kita akan bertemu semula. Aku harap kau seorang lelaki yang jujur dan mengembalikan beg sandangku itu! Aku teringat semasa aku dan teman-temanku berada di dalam tingkatan tiga. Kami belum pernah ada teman lelaki. Jadi menurut pendapat kami yang dungu kala itu, semakin degil dan keras hati jejaka itu, semakin menariklah dia. Kami mengagumi abang-abang yang berada di tingkatan lima, yang berani merokok di dalam tandas. Pakaian seragam mereka selalu tidak kemas, langsung tidak pernah diseterika. Mereka selalu mendapat amaran guruguru kerana melanggar peraturan sekolah. Kami tidak meminati langsung abang-abang yang sering ke kelas tuisyen ataupun ke perpustakaan. Mereka yang hantu buku tidak akan menjadi pilihan kami. Kesannya sungguh dramatik! Jejaka-jejaka yang baik selalunya tidak menarik! Ironinya aku mengharap kini untuk bertemu dengan jejaka yang baik, dan berdoa semoga jejaka tadi akan muncul sekali lagi di hadapanku! Aku pernah mengagumi papaku sendiri, sebelum terjadinya perceraian antara mama dan papa. Papaku seorang lelaki yang baik dan penyayang. Namun akhirnya dia menyakiti hati mamaku jua dengan menghadiahkan perceraian. Aku hairan bagaimana mama menerima berita pernikahan papa dengan hati yang tenang. Masih kuingat mama memberitahuku pada satu malam, papa kau telefon siang tadi. Katanya dia akan menikah dengan Norma.

15

Kaulah Satu

Norma? Siapa dia? tanyaku pura-pura tidak mengerti. Auntie Norma kekasih papa kau, Lia. Takkan dah lupa! Masakan aku lupa pada wanita itu. Biarpun tidak pernah bertemu tetapi namanya menjadi duri yang terbenam di dalam hatiku, amat menyakitkan. Mama harap kau akan datang ke majlis perkahwinan papa kau, Lia. Mama dah beritahu papa, kau akan datang. Tapi tapi mengapa mama buat keputusan sebelum bertanya pada Lia dulu? Mana mama tahu Lia setuju nak pergi? Kau harus pergi, Lia dia papa kau! kata mama dengan tegas. Kau jangan malukan mama. Kau mesti pergi untuk buktikan mama tak berdendam, tak marah dia berkahwin dengan Norma. Kami dah lama bercerai tapi kami tetap berkawan, kata mama panjang lebar. Kulihat wajahnya tegang, tetapi tiada kesedihan. Entah ke mana hilangnya kesedihan dan kepiluan hatinya dia sembunyikan. Masakan dia tidak rasa sedih bekas suaminya akan menikah lagi dengan wanita lain. Aku amat kesal dengan kepura-puraan mama. Kurasakan papa telah merampas keceriaan hidupku beberapa detik yang lalu. Berita perkahwinannya dengan perempuan itu memang menyedihkan hatiku. Bermakna kami tidak akan berkumpul semula dalam sebuah keluarga. Kurasakan papa kian jauh biarpun jarak semakin mendekat antara kami.

16

Fatin Nilam Sari

Fikiranku terus berlegar-legar di sekitar hal yang sama pernikahan papaku dengan perempuan itu. Dan diganggu beberapa kali oleh wajah jejaka yang kacak itu. Aduh! Apa sudah jadi dengan diriku, gagal menghapuskan wajahnya dari ingatanku! Sewaktu papa dan perempuan itu berkahwin, aku masih berada di tingkatan tiga. Sudah dua tahun mereka menikah. Aku tidak tahu apakah mereka bahagia ataupun tidak? Sudahkah aku memiliki adik? Kurasa lebih baik sahaja jawapannya tidak. Suatu masa dahulu, papaku seorang pensyarah di universiti bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur. Kemudian papa bertugas di Universiti Utara Malaysia. Kini papa membuka sebuah pusat tuisyen bersama rakannya yang juga merupakan bekas pensyarah universiti. Papa dan mama bertemu semasa papa bertugas di Kuala Lumpur lapan belas tahun yang lalu. Menurut mama, papa baharu sahaja dilantik menjadi tutor di universiti tempat mama belajar. Papa seorang suami dan ayah yang baik sebelum dia mulai menjalin hubungan dengan pelajarnya sendiri. Mamaku seorang wanita yang menarik, cerdas, pandai dan sukses dalam kariernya. Satu-satunya kesilapan yang dilakukan oleh mama adalah gagal mempertahankan perkahwinannya. Mama bernikah dalam usia yang muda, iaitu dua puluh tahun dan masih belajar di universiti. Mama terpaksa berhenti belajar setelah dia mengandungkanku. Namun mama kembali menyambung pelajarannya yang tergendala setelah aku lahir sehingga mendapat ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Aku ditinggalkan dan dijaga oleh nenekku selama bertahun-tahun. Akhirnya pada usia lima tahun aku kehilangan nenek, iaitu ibu kepada mamaku. Itulah antara pengalaman pahit yang dilalui oleh
17

Kaulah Satu

mama dan diriku, kehilangan insan yang paling kami sayangi. Kemudian kami harus kehilangan papa pula. Dari pengalaman-pengalaman pahit itu membuat kuberjanji pada diri sendiri akan sentiasa menjadi kuat dan tabah. Sebagai wanita, kita harus berhati-hati dan tidak akan mudah percaya pada makhluk bernama lelaki. Jikalau jatuh cinta sekalipun, jangan diserahkan seluruh hati nurani. Simpan sedikit buat diri sendiri. Apabila terluka, masih ada separuh lagi hati yang masih utuh. Lalu aku yakin akan lebih tabah untuk berhadapan dengan hari-hari yang bakal ditempuhi. Aku cuba untuk tidur dan melupakan segala-galanya. Apa jua yang bakal terjadi akan kuhadapi dengan setabah mungkin. Seperti mama yang cukup kuat dan tabah hidup sendiri setelah kehilangan papa. Hai! Suara jejaka itu menegurku membuat aku membuka mataku dengan cepat. Kulihat ada senyuman di bibir jejaka itu. Saya rasa beg ni awak punya. Malu saya tau! Awak buat saya nampak macam peragut! Mujur tak kena tahan dengan polis, katanya sambil melambakkan beg sandang dan majalah di atas ribaanku. Aku memandangnya tidak berkelip, kemudian ketawa. Memang dia kelihatan seperti seorang peragut beg tangan perempuan semasa dia berlari-lari ke sana ke mari mencariku tadi. Syukurlah! Barang-barang kesayanganku sudah berada di tangan. Pantas aku mengesotkan punggungku, memberikan dia ruang untuk duduk. Kebetulan aku memang duduk sendirian di kusyen yang memuatkan dua orang penumpang. Mujur awak berjaya naik kereta api ni tadi

18

Fatin Nilam Sari

kataku dengan nada takjub. Ya. Saya jadi Spiderman! katanya sambil duduk di sisiku. Sekali lagi bau colognenya menyentuh deria bauku. Sungguh menyenangkan. Terima kasih, kataku sambil memegang erat beg tanganku. Aku membukanya dan mendapati semua barangbarang milikku masih ada. Jangan bimbang! Saya tak sempat pun buka beg awak. Sibuk cari awak dari satu gerabak ke satu gerabak, katanya. Aku tersenyum sahaja dan menghulurkan tanganku ke arahnya. Saya Anisa Camylia. Anisa Camylia Halim. Ooo nama awak unik, sedap. Secantik orangnya. Nama saya Faizal tapi panggil Jay saja, kata Jay sambil menggenggam tanganku. Gembira dapat berkenalan dengan awak, Anisa Camylia Halim, lanjutnya lagi sambil tersenyum. Dia memiliki senyuman yang menawan sekali. Giginya cantik tersusun dan dihiasi pula dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Jarang aku menemui lelaki yang mempunyai lesung pipit. Aduh! Jejaka ini sungguh kacak serta baik hati. Apakah aku akan melupakan kehadiran Nazwan selepas berkenalan dengan Jay? Saat itu juga aku terdengar telefon bimbitku bergetar. Ada mesej yang baharu diterima. Sebenarnya dah banyak kali saya dengar mesej dari telefon bimbit awak, kata Jay. Lebih baik awak baca, entahentah daripada kekasih awak, tak? Tanpa menjawab kata-katanya aku terus mengambil telefon bimbit dan mendapati benar ianya daripada Nazwan. Aku terus menjawab mesej daripadanya memberitahu aku
19

Kaulah Satu

sudah pun berada di dalam kereta api menuju ke utara. Yang tidak aku beritahu adalah aku bersama Jay, jejaka yang membuat dadaku berdebar-debar sekarang. Hmmm daripada Nazwan, kawan sekelas saya, jawabku selamba. Mengapa aku harus menghantar mesej pada Jay bahawa aku belum punya kekasih? Bukankah aku dan Nazwan begitu mesra dan akrab? Sekali lagi Jay mengukir senyum dan menunjukkan betapa lekuk lesung pipit di kedua-dua pipinya begitu menawan.

20

Fatin Nilam Sari

3
EMASA bersarapan pagi tadi, Halim memberitahu Norma yang puterinya akan sampai dari Kuala Lumpur lewat petang nanti. Dia baharu sahaja selesai bercakap dengan bekas isterinya, Hanna. Lia akan sampai dengan kereta api petang ni di Butterworth. Jadi, kau sediakan makan malam istimewa untuk malam ni, kata Halim sambil tersenyum. Dia kelihatan senang hati apabila mengetahui puterinya dalam perjalanan untuk menemuinya. Akhirnya dia mahu duduk dengan kita walaupun hanya dua bulan, Halim memandang Norma sambil menggelengkan kepalanya, masih sukar untuk percaya. Dah dua tahun aku tak tengok dia. Pasti dia dah semakin besar, semakin cantik, kata Halim lagi sambil

21

Kaulah Satu

matanya merenung jauh. Fikirannya menerawang mengingati kali terakhir dia melihat wajah Anisa Camylia. Norma diam sahaja. Dalam fikirannya dipenuhi dengan wajah Hanna. Apakah saat itu Halim juga sedang memikirkan tentang Hanna? Bukankah bekas isterinya itu juga cantik dan wajah Anisa Camylia turut menyalin wajah wanita itu, terutama sekali kulitnya yang putih kemerahan. Setiap kali ke Kuala Lumpur, Halim selalu mencari peluang untuk menemui Anisa Camylia tetapi anak itu tidak pernah ingin bertemu dengannya. Anisa Camylia memang berjaya menghindarkan diri daripada menemui papanya. Dia masih marah dengan perkahwinan Halim dan Norma. Tahun ini dia belajar di tingkatan lima, sekolah menengah. Dia memberi alasan sibuk dengan kelas tuisyen, di samping menyertai pelbagai kelab di sekolah. Apabila Halim ingin bertemu dengannya, Anisa Camylia akan mendadak sibuk berlatih untuk suatu pementasan yang latihannya tidak boleh sekalipun tidak dihadiri. Atau dia harus belajar untuk menghadapi peperiksaan yang penting, sehingga rasanya menemui papa beberapa minit sekalipun setelah pulang dari sekolah tidak sempat dilakukan. Halim menerima kesibukan Anisa Camylia dengan penuh pengertian, sementara Norma secara peribadi merasakan bahawa Anisa Camylia hanya mencari alasan untuk tidak berjumpa dengan papanya. Dia belum memaafkan Halim dan Norma. Sewaktu Norma dan Halim menikah, dia tidak datang gara-gara ketinggalan kereta api. Sedangkan Norma tahu, Anisa Camylia bukan remaja cuai yang boleh ketinggalan kereta api. Bagi Norma, alasan itu kedengaran sungguh tidak masuk akal. Halim meletakkan kesalahan pada Hanna, katanya bekas isterinya itu gagal mendidik Anisa Camylia.

22

Fatin Nilam Sari

Lia memang tak mungkin dapat datang sorang diri ke mari. Dia masih anak-anak! kata Halim. Kenapa Hanna tak mahu temankan Lia datang ke majlis perkahwinan kita? Kadang-kadang lelaki sepintar Halim boleh jadi terlalu naif. Norma tahu betapa Halim menyayangi Anisa Camylia. Dan, kunjungan ini pasti sangat bererti kepadanya. Norma sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan Anisa Camylia rasa selesa tinggal bersama mereka di rumah ini. Dia maklum benar, menikahi Halim bererti menerima kehadiran puterinya. Norma sedar bahawa hari-hari mendatang dengan kehadiran Anisa Camylia di dalam rumah mereka, bukanlah sesuatu yang mudah baginya. Dia pasti, Anisa Camylia dan Hanna adalah dua manusia yang akan menjadi musuh dan saingannya sampai bila-bila. Namun dia berjanji pada dirinya sendiri akan beralah dan mengubah persepsi itu kepada sebaliknya. Dia akan cuba sedaya upaya untuk menjadi kawan kepada Anisa Camylia. Antara dia dan Hanna pun tiada persengketaan yang jelas. Sesekali kalau panggilan daripada Hanna dijawab oleh Norma, mereka boleh berbual-bual walaupun tidak mesra. Selalunya perbualan yang serius tanpa gelak tawa. Norma dapat menerima keadaan itu dengan wajar. Hanna bukan teman dan bukan pula musuh. Dia hanya bekas isteri suaminya. Tetapi bagaimanakah dia harus menghadapi anak perempuan tunggal Halim itu? Norma teringat pada suatu malam, Halim memberitahu sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sama sekali olehnya. Dia terkejut sedikit, terus terduduk di atas kerusi berdekatan dengannya. Dadanya berdebar-debar dengan kencang sekali. Dia akan duduk di sini dengan kita? tanya Norma

23

Kaulah Satu

dengan wajah yang berpeluh. Bila? Minggu depan, kata Halim tanpa memandang wajah isterinya. Aku harap kau dapat menerimanya dengan baik di rumah ni. Aku memang mengharap dia datang, duduk dengan kita walaupun sementara saja. Aku sangat rindukan dia. Ya apa salahnya, jawab Norma, cuba bersikap tenang. Dia anak abang. Jadi saya harus menerima dia sebagai anak juga. Tetapi mahukah dia menerima aku sebagai ibu tirinya? bisik hati Norma. Dia bimbang sekali akan terjadi sesuatu yang tidak diinginkannya. Pertengkaran ataupun pergaduhan. Dia tahu benar, seorang anak perempuan itu amat setia pada ibunya. Jadi, dia yakin perhubungannya dengan Anisa Camylia tidak akan berjalan dengan mulus. Apa yang harus dibuat sekarang? Bersiap sedia menerima kedatangan anak tirinya? Apakah tujuan sebenar Hanna menghantar Anisa Camylia ke rumah mereka? Apakah mereka punya muslihat? Atau ini hanya prasangka buruk yang hadir dalam kepalanya semata-mata! Anak itu tidak punya apa-apa niat, hanya ingin bersama dengan papanya. Itu sahaja. Sudah dua tahun Halim tidak bertemu dengan puterinya. Anisa Camylia juga tidak hadir pada kenduri pernikahan mereka dua tahun yang lalu. Halim amat mengharapkan kehadiran Anisa Camylia, namun gadis itu tidak kunjung tiba. Hanna beria-ia meyakinkan Halim yang Anisa Camylia akan datang. Namun kenyataannya, Anisa Camylia tidak peduli sama sekali. Kini, Anisa Camylia berhasrat ingin tinggal dengan mereka. Berapa lamakah dia akan menginap

24

Fatin Nilam Sari

di rumah ini? Bagus... balas Halim. Sudah tiba masanya kau berbaik-baik dengan anakku. Kita sendiri pun belum ada anak. Jadi aku rasa kehadiran Lia mungkin akan membuat rumah kita lebih meriah. Dia tidak tahu apakah kemeriahan yang diharapharapkan itu akan wujud? Atau yang timbulnya nanti hanyalah keributan. Tidak. Diam-diam Norma berdoa tiada keributan yang akan berlaku. Ya. Norma menjawab sepatah. Mendengar jawapan yang begitu mendatar, Halim rasa tidak puas hati. Lalu dia berkata, kau tak suka Lia datang? Untuk memuaskan hati Halim bahawa dia sama sekali tidak kisah jika Anisa Camylia akan menetap dengan mereka, Norma membalas, tentulah saya suka. Saya akan siapkan bilik tidur untuknya. Lalu Norma mulai membeli majalah remaja dan melihat tatarias yang digunakan untuk kamar anak remaja seusia Anisa Camylia. Seboleh mungkin Norma cuba menghias kamar tidur Anisa Camylia mengikut apa yang disarankan di dalam majalah itu. Walaupun kamar tidur yang akan dihuni oleh Anisa Camylia tidak mewah, tetapi ia selesa. Tidak begitu luas tetapi tidak pula sempit. Ada almari pakaian, rak buku dan meja tulis. Katil besi bercat putih, dialas cadar berwarna merah jambu. Perabot di bilik itu semuanya dicat dengan warna putih. Norma berharap benar Anisa Camylia akan sukakan kamar itu. Dia memang tidak tahu cita rasa anak tirinya itu.

25

Kaulah Satu

Selepas bersarapan pagi itu, Norma sibuk mengemas dapur. Entah mengapa sepanjang hari itu dia rasa berdebar-debar. Setiap perkara yang dibuatnya terasa tidak kena. Apa sudah jadi dengan diriku? soal Norma. Tidak sangka dia akan menggelabah sebegitu. Seminggu yang lalu dia menerima berita kedatangan Anisa Camylia dengan hati yang tenang. Kini dia terasa semakin menggelabah apabila mengetahui Anisa Camylia sudah dalam perjalanan ke rumah mereka. Norma bergerak ke ruang hadapan. Ruang tamu sudah dibersihkan dan kelihatan kemas. Kemudian dia ke ruang halaman pula. Juga semua bunga-bunga serta rumput di halaman bersih tanpa kehadiran walau sehelai pun dedaunan kering. Dia memerhati sekeliling. Segalanya begitu damai dan tenang. Namun kedamaian tiada di dalam hatinya kala itu Mata Norma tercari-cari kelibat Halim. Halim masih duduk di beranda rumah, sambil membaca akhbar. Hari itu suaminya tidak ke kelas, walaupun hari itu dia ada jadual mengajar. Sejak setahun yang lalu Halim berhenti mengajar di universiti. Bersama temannya, Halim membuka kelas bimbingan tuisyen untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dan untuk pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kelas tuisyen yang mereka buka itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Bermula dengan hanya tiga kelas, kini mereka terpaksa mencari satu bangunan dua tingkat untuk membuka kelas yang lebih besar dan selesa. Halim memang pakar dalam bidang matematik, sains dan bahasa Inggeris. Kini Halim dan temannya yang juga bekas pensyarah itu terpaksa menggaji beberapa orang guru yang bertauliah untuk membantu mereka.

26

Fatin Nilam Sari

Norma melihat Halim meletakkan surat khabar yang baharu dibacanya di atas meja. Dia menanggalkan cermin mata lalu meletakkannya di atas surat khabar. Beberapa kali dia melepaskan keluhan yang panjang. Norma mendekati lalu bertanya, abang nak kopi? Halim berpaling ke arah Norma sambil menganggukkan kepalanya. Boleh juga. Dah pukul berapa? Pukul sebelas, jawab Norma. Argh! Lambat lagi dia akan sampai keluh Halim. Norma tidak sangka Halim begitu gelisah, tidak sabar menunggu kedatangan Anisa Camylia. Sejak pagi tadi, serba tak kena tingkahnya. Dia makan sedikit sahaja. Selalunya dia boleh menghabiskan sepinggan nasi lemak, di samping dua biji telur separuh masak. Tetapi pagi ini seleranya tertunda. Norma tidak berkata apa-apa, dia terus ke dapur untuk menyediakan air kopi.

SEJAK cuti sekolah bermula dua minggu lalu Hanna sudah memberitahu rancangan mengirim Anisa Camylia untuk tinggal bersama dengan Halim dan Norma. Idea itu memang ditunggu-tunggu oleh Halim dengan sesungguhnya. Namun dia tidak tahu apakah muslihat Hanna yang bersetuju untuk menitipkan Anisa Camylia dengannya. Aku mahu dia jadi lebih dewasa. Selama ni dia hanya tahu bergembira saja. Aku tak mahu dia jadi remaja yang liar. Aku agak sibuk kebelakangan ni. Tak cukup masa untuk memerhatikan dia setiap waktu. Lagipun hidup di KL

27

Kaulah Satu

ni memang semakin mencabar bagi anak remaja sepertinya. Dengan pelbagai masalah, remaja yang lari dari rumah, mat rempit segalanya buat aku jadi takut jika itu semua terjadi pada anak kita, Lia. Aku mahu dia belajar. Aku mahu dia tahu hidup bukan selalunya senang. Dia perlukan seorang ayah untuk membentuk peribadinya menjadi seorang wanita yang matang. Aku tak kisah. Aku betul-betul gembira kalau dia mahu duduk dengan kami, Halim menjawab dengan senang hati. Terus terang Halim menerimanya dengan senang hati jika Anisa Camylia mahu tinggal dengan dia dan Norma. Setelah usahanya untuk menemui Anisa Camylia di Kuala Lumpur selalu sahaja berhalangan. Dia pun tidak boleh berada lama-lama di sana, kerana ada tanggungjawabnya di sini juga. Dia juga tahu maksud Hanna menghantar Anisa Camylia tinggal dengannya. Tidak lain dan tidak bukan adalah supaya dia dapat mempengaruhi Anisa Camylia supaya melanjutkan pelajarannya ke institut pengajian tinggi pilihan Hanna. Sebagai bapa kepada Anisa Camylia, Hanna mahu Halim menggunakan pengaruhnya untuk mendesak Anisa Camylia supaya menyambung pelajaran. Hanna kerap kali menghubungi Halim kebelakangan ini memberitahu betapa dia kecewa dengan sikap Anisa Camylia. Anisa Camylia bercita-cita ingin memasuki sekolah seni, sedangkan Hanna berharap dia akan menjadi seorang doktor ataupun jurutera. Namun Anisa Camylia berminat untuk menjadi seorang pelukis ataupun pereka grafik. Anisa Camylia pernah memberitahu bahawa dia teringin memasuki sebuah kolej seni di ibu kota.

28

Fatin Nilam Sari

Anisa Camylia bukanlah pelajar yang bodoh. Dia memasuki kelas sains sejak di tingkatan tiga hingga tingkatan lima. Pelajarannya tidak pernah merosot. Malah dia tergolong dalam kumpulan pelajar yang cemerlang dan berbakat. Namun Hanna tidak menyukai bakat seni yang ada padanya. Bagi Hanna, bidang seni reka dan seni halus tidak dapat menjamin masa hadapan. Dia amat bimbang jika akhirnya Anisa Camylia hanya akan menjadi pelukis jalanan. Anisa Camylia memang suka dengan kehidupan yang bebas, tidak perlukan disiplin yang tinggi. Dia suka bangun lewat dari tidur kerana semalaman menghabiskan masa di hadapan komputer riba. Komputer riba itu adalah dunianya yang tidak boleh ditinggalkan. Mujur juga Anisa Camylia menerima saranan Hanna supaya meninggalkan komputer ribanya di rumah. Kau tenang sajalah, Hanna. Tahulah aku bagaimana menasihati dia. Aku pasti kau takkan kecewa. Dia pasti mahu menyambung pelajaran dan mengambil jurusan yang kau harap-harapkan. Aku harap macam tulah, Halim, kata Hanna. Kerana kau papanya. Kau lebih tahu tentang anak kau. Kerana kedegilannya sama saja dengan kau. Halim menelan liur. Kata-kata Hanna terasa begitu berbisa menusuk ke jantungnya. Namun Halim mengambil keputusan untuk berdiam sahaja. Dia tidak akan ambil hati dengan kata-kata bekas isterinya itu. Sesekali Hanna memang begitu, namun hatinya baik, bisik Halim memujuk dirinya sendiri. Halim meneguk kopi yang baharu dihidangkan oleh Norma. Terasa enak sekali kopi hasil bancuhan isterinya itu.

Hmmm benarkah Anisa Camylia mewarisi

29

Kaulah Satu

kedegilanku? Apa lagi yang anak itu warisi daripadaku? Halim berteka-teki sendiri di dalam hati.

30

Fatin Nilam Sari

4
WAK pernah pergi ke Pulau Pinang sebelum ni? tanya Jay sambil mempamerkan wajah ingin tahunya. Aku memandang Jay sekilas, tersenyum sambil menggelengkan kepala. Sebenarnya saya pernah sekali terlepas kereta api, semasa duduk membaca majalah di kafe tu, dua tahun yang lalu. Jay tertawa. Patutlah awak menggelabah betul! Takut ketinggalan kereta api lagi! Apa tujuan awak ke Pulau Pinang hari tu? Untuk menghadiri majlis perkahwinan papa saya. Saya sengaja berpura-pura leka membaca majalah hingga terlepas naik kereta api.

31

Kaulah Satu

Saya tak salahkan awak bila awak pura-pura terlupa. Kalau terjadi pada saya, saya akan buat macam tu juga. Aku mengangkat bahu, tersenyum dan berkata, join the club! Jay ketawa lagi. Kali ini dengan bersungguh hingga wajahnya memerah. Aku turut tertawa, merasakan perkara itu sungguh lucu setelah ianya menjadi kenangan. Tetapi mengapa pada hari perkahwinan papaku itu menjadi hari yang amat menyeksa batinku? Mungkin kerana aku tidak terserempak dengan Jay di kafeteria itu seperti hari ini Kali ni apa hal pula? Saya percaya papa awak takkan berkahwin lagi, kan? tanya Jay di hujung tawanya. Aku menggeleng sambil menggigit bibirku dengan kuat. Saya akan menghabiskan masa cuti dua bulan dengan papa dan ibu tiri saya. Entahlah! Aku melepaskan keluhan berat, membayangkan kebosanan yang bakal aku hadapi. Melainkan jika idea itu tidak sampai hati untuk aku ungkapkan walaupun hanya diriku sendiri sahaja yang tahu. Jangan buat kerja gila! marah hatiku. Aku baharu beberapa jam mengenali si dia, tetapi naluriku menyatakan bahawa dia seorang yang baik, penyayang dan prihatin. Ah! Banyaknya pujian untuk Jay walaupun masih terlalu awal untukku menilai dirinya. Jay diam beberapa ketika. Dia termenung panjang. Aku berkata lagi untuk menghapuskan rasa bersalah yang wujud di atas pertanyaannya tadi, dulu memang saya marah dan geram kerana papa saya kahwin. Ibu tiri saya

32

Fatin Nilam Sari

muda lagi pelajar papa saya. Tapi dah dua tahun mereka kahwin. Mungkin saya dah boleh terima. Jay tergelak perlahan. Ya, saya pun harap macam tu. Apa pun awak kena ingat sekarang wanita tu dah jadi ibu tiri awak walaupun dia masih muda. Saya tahu, kataku sambil tertawa kecil. Saya sedang cuba. Tapi saya harap dia taklah sejahat ibu tiri Cinderella? Yalah! Kalau hal tu terjadi, awak call saja prince charming! Dengan senang hati saya akan bawa awak mengelilingi Pulau Pinang. Pasti hati awak akan terubat, kata Jay sambil menunjuk ke arah dadanya dan tertawa lagi. Aku turut tertawa. Kenapa awak pergi ke Pulau Pinang? Saya? Oh saya sengaja bercuti, release tension. Sambil tu saya nak melawat nenek saya yang tinggal di sana. Awak dah kerja? Jay mengangguk. Saya main muzik dan menyanyi di sebuah kelab malam di KL. Aku teruja mendengar jawapan Jay. Tidak sangka dia seorang pemuzik. Seorang yang berjiwa seni. Terasa ada persamaan di antara kami. Aku juga penggemar muzik, meminati seni. Awak pandai menyanyi? Awak main alat muzik apa? tanyaku tidak berkelip memandang wajahnya penuh kekaguman kini. Boleh la nak hidup. Saya main piano dan juga gitar. Wow! Hebatnya pujiku tanpa sedar.

33

Kaulah Satu

Satu hari nanti awak boleh tengok persembahan saya di kelab tempat saya bekerja. Itu pun jika Cinderella dibenarkan keluar malam, kata Jay sambil tersenyum dengan wajah selambanya.

HALIM lima belas minit terlewat tiba di stesen kereta api. Dia sedikit menggelabah, mencari tempat parkir lalu terus berlari-lari anak ke arah stesen. Dia bimbang Anisa Camylia sudah tiba lebih awal dari waktu yang dijangkakan. Benar Anisa Camylia telah pun tiba dan duduk di bangku stesen, ditemani seorang jejaka. Dahi Halim berkerut. Dia memerhati dari jauh dengan nafas yang termengah-mengah. Dilihatnya Anisa Camylia begitu gembira berbual-bual dengan jejaka yang tidak dikenalinya itu. Siapakah dia? Apakah jejaka itu teman lelaki Anisa Camylia? Hanna tidak pernah memberitahunya yang Anisa Camylia sudah punya kekasih. Dia maklum benar, remaja zaman sekarang yang sudah punya pasangan walaupun masih di bangku sekolah. Masih diingatnya di usia seawal empat belas tahun dia sudah mulai jatuh cinta pada gadis yang dua tahun lebih tua daripadanya. Pada mulanya dia menganggap gadis itu seorang kakak, tetapi tidak diduga perasaan sayang mulai tumbuh di hatinya. Namun perasaan itu terhapus dengan sendiri apabila dia kian berusia dan akhirnya dia benar-benar jatuh cinta pada Hanna, ketika dia sudah pun menginjak usia dua puluh dua tahun. Hati Halim agak terganggu melihat kemesraan di antara mereka berdua. Dengan cepat dia melangkah mendekati, lalu menegur dengan suara yang agak tegas, Camylia! Dah lama kau sampai?
34

Fatin Nilam Sari

Anisa Camylia menoleh dengan cepat ke arahnya. Gadis itu berdiri dengan cepat, menyedari kehadiran Halim begitu dekat dengannya. Dia memerhati sejenak ke wajah Halim, seolah-olah tergamam kemudian baharulah bersuara lambat-lambat. Papa! Bbbaru... baru saja, papa... jawabnya mendekati lalu menghulur tangannya untuk bersalaman. Anisa Camylia tunduk menciumi tangan Halim. Siapa ni? tanya Halim sambil memandang jejaka yang berdiri di sebelah Anisa Camylia. Ni Jay kawan Lia, kata Anisa Camylia sambil memandang Jay lalu memperkenalkannya pada Halim. Jay, ni papa saya. Apa khabar uncle? tegur Jay dengan ramah. Baik, jawab Halim. Jomlah Dia segera mengheret tangan Anisa Camylia beredar dari situ. Anisa Camylia mengikut Halim pergi. Namun dia sempat menoleh ke belakang sambil mengangkat tangannya ke arah Jay. Halim geram melihat aksi Anisa Camylia sebentar tadi. Hatinya rasa tidak senang. Pelbagai perkara bermain dalam kepalanya. Namun dia cuba menenangkan dirinya sendiri. Dia memandu dengan tenang menyeberangi jambatan Pulau Pinang, kemudian memasuki pusat bandar Georgetown. Sengaja dia membawa Anisa Camylia bersiarsiar mengelilingi bandar itu sambil menunjukkan beberapa tempat menarik untuk dikunjungi. Anisa Camylia memerhati sahaja ke arah bangunan KOMTAR yang tersergam tinggi menjulang serta bangunanbangunan lain yang ada.

35

Kaulah Satu

Akhirnya Halim memandu pulang ke rumah yang dihuninya bersama isteri baharunya sejak dua tahun yang lalu. Di rumah, Norma menunggu kepulangan Halim bersama anak tirinya Anisa Camylia dengan penuh resah gelisah. Sudah beberapa kali dia menjeling jam. Dia terasa Halim sudah terlalu lama pergi menjemput Anisa Camylia di Butterworth. Norma telah menyediakan minuman petang buat mereka sekeluarga. Cucur udang baharu sahaja siap digoreng. Masih panas. Dia sudah pun menghidangkannya di atas meja makan di ruang hadapan. Dia turut memasak air dan membancuh air kopi. Dia tidak tahu minuman kegemaran Anisa Camylia. Jadi, dia hanya membancuh air kopi O panas. Anisa Camylia seorang remaja kota besar yang biasa hidup senang. Norma khuatir jika gadis itu menghadapi kesulitan menyesuaikan diri hidup di sini. Norma bimbang jika Anisa Camylia tidak betah dengan kebiasaan kehidupan dia dan Halim lalui. Dia tahu Hanna sangat memanjakan Anisa Camylia. Pelbagai kemudahan diberikan kepada anak itu. Kemudahan-kemudahan yang mungkin tidak dapat dipenuhi sekiranya dia hidup dengan papanya di sini. Walau bagaimanapun Norma ingin menyambutnya dengan sebaik mungkin. Norma amat mengharap kebaikan hatinya akan mencairkan kebekuan hati Anisa Camylia. Jadi, dia bukan sahaja membersihkan dan mengemas kamar tidur yang biasa digunakan ibunya apabila melawatnya, bahkan dia berusaha keras untuk menjadikan bilik itu seindah mungkin. Dia amat berharap Anisa Camylia akan menyukainya. Sebenarnya Norma tidak khuatir tentang makanan, kerana Halim pernah bercerita Anisa Camylia selalu berusaha

36

Fatin Nilam Sari

menurunkan berat badan. Namun awal pagi tadi Halim telah pergi ke pasar mencari ikan-ikan segar yang baharu dibawa naik ke darat. Pelbagai jenis ikan yang dibelinya. Ada ikan tenggiri, kerisi, ikan merah dan bawal. Dia meminta Norma memasak ikan bawal untuk malam nanti. Ikan bawal panggang, berserta cecah air asam sementara ikan merah dimasak kari. Bersama kuah kari itu nanti turut disediakan popadom dan sayursayuran campur. Aku ingin Lia menikmati hidangan yang lazat malam nanti, kata Halim. Di sini, tak kalah dengan apa yang ada di KL. Sebenarnya Norma berpendapat Anisa Camylia akan lebih suka makan spageti atau kentang goreng dari restoran makanan segera KFC ataupun McDonalds. Pun tetap dipenuhi juga kehendak Halim. Norma mulai memerap ikan untuk dibakar malam nanti. Dia akan menghidangkan juga ikan bakar seperti yang diminta oleh Halim. Setelah itu Norma duduk menunggu kedatangan mereka di ruang beranda hadapan rumah.

AKU memerhati rumah yang papaku diami bersama dengan perempuan itu. Betapa sederhananya rumah itu. Rumah papan bercat putih dengan tangga batu merah. Berandanya sederhana besar, turut dicat dengan warna putih bersih. Di situ terdapat dua buah kerusi rotan dan meja bulat rendah. Terdapat banyak bunga di halaman. Pelbagai jenis, ada yang kukenali dan ada juga tidak. Namun aku tertarik sekali dengan petunia merah yang tergantung di sepanjang kiri kanan beranda itu. Nampak cantik sekali. Bunga-bunga

37

Kaulah Satu

kertas, keladi dan kaktus juga ada di situ. Terjaga dengan rapi. Jelas perempuan itu amat gemar bercucuk tanam dan menghias rumah. Bukan seperti mama yang sibuk dengan kerja, sehingga di rumah kami tiada walau sebatang pun pokok bunga. Entah mengapa aku dengan cepat membandingkannya dengan mama. Kuperhati dia yang sedang berdiri di muka tangga menyambut kehadiran kami. Aku masih belum jua keluar dari kereta yang papa parkir di halaman. Aku sebenarnya salah sangka. Aku fikir papa memilih untuk tinggal di pusat bandar, di rumah batu yang dikepung tembok dan berpintu pagar besi. Namun rupa-rupanya papa memilih untuk tinggal dalam suasana kampung, yang begitu dekat dengan pantai. Aku terdengar suara ombak sayup-sayup di hujung telinga. Angin berhembus dengan nyaman saat aku membuka pintu kereta. Aku memerhati keadaan sekeliling. Benar jangkaanku, kedudukan pantai tidak jauh dari rumah papa. Hanya di belakang rumah sahaja Di belakang rumah terdapat banyak pepohon kelapa yang daunnya sedang melambai-lambai bagai mengucapkan selamat datang. Nyaman terasa kala angin membelai kulit wajahku. Papa mengeluarkan beg pakaianku dari dalam kereta. Aku mengikutnya berjalan menghala ke tangga. Lia! Apa khabar? tegur Auntie Norma dengan wajah manisnya. Aku memandangnya sekilas. Bibirku terkatup rapat, tidak bersedia untuk menjawab tegurannya itu. Hatiku berkata-kata dengan cepat, seolah-olah menjawab pertanyaan yang baharu diungkapkannya. Kau tak nampakkah aku sihat-

38

Fatin Nilam Sari

sihat saja? Kalau aku sakit, masakan aku dapat datang ke sini Camylia! Auntie Norma kau tanya tu, tegur papaku dengan wajah serius. Baik-baik saja, jawabku dingin. Aku berdiri di sebelah papa, tidak ingin bersalaman dengannya.

Auntie Norma bagaikan mengerti. Dia tidak menunggu lalu terus mendahului naik ke atas rumah.
Papa terus membawa beg pakaianku masuk ke dalam bilik yang disediakan untukku. Aku memerhati seluruh ruang bilik tidur itu. Sedikit kekaguman muncul di hatiku. Perempuan itu beria-ia menghias bilik tidur itu untuk memastikan aku rasa selesa. Tetapi itu tidak bermakna aku akan melupakan kesakitan yang telah diberikan kepada aku dan mamaku dengan mudah. Aku tidak akan mengalah dengannya! Saat aku membaringkan tubuhku yang lelah di atas tilam, aku terasa betapa empuknya tilam itu. Hampir aku terlelap dibuatnya kerana terlalu letih sepanjang hampir sepuluh jam perjalanan yang telah kutempuhi. Lia! Kau nak mandi dulu? Auntie dah sediakan minuman petang. Suara Auntie Norma mengejutkanku. Lalu aku cepat-cepat bangun dan duduk di bibir katil. Wajahku masam, menandakan aku marah kerana diganggu. Aku hampirhampir sahaja terlelap tadi, jika tidak kerana sapaannya yang mendadak itu. Dia tidak pandai mengetuk pintu ke? rungut hatiku geram. Saya nak rehat sekejap, jawabku masih dingin

39

Kaulah Satu

kemudian memandang ke arah jendela kayu yang terbuka luas. Terlihat laut lepas sayup di pandangan. Langsir tipis merah jambu itu kelihatan terbuai-buai disapa angin. Indah rupanya pemandangan dari dalam bilik ni, bisik hatiku. Kemudian aku terdengar pula suara papa, dari arah belakang Auntie Norma. Marilah makan dulu, Lia. Auntie kau buat cucur udang. Nanti air kopinya sejuk pula. Cucur udang? bisik hatiku. Memang sudah bertahun-tahun aku tidak menikmati cucur udang kerana aku alah pada makanan laut. Aku tidak boleh makan udang, sotong dan kerang. Kulitku akan timbul binti-bintik merah yang amat gatal dan panas. Miang sekali. Memikirkan tentang alahan itu sahaja membuatkan aku rasa rimas. Maaf, saya tak boleh makan udang. Alergi, kataku sambil memandang papa. Lagipun cuaca panas macam ni saya tak nak minum kopi. Saya nak minuman sejuk, jus epal ataupun oren. Papa memandang Auntie Norma, memberi isyarat mata pada isterinya itu supaya menyediakan minuman sejuk untukku. Aku tersenyum sendiri sambil berpaling melihat wajah papa yang serius memandang ke arah Auntie Norma. Dengan cepat Auntie Norma berlalu ke dapur. Lebih baik kau mandi dulu untuk hilangkan panas dan rimas tu, Lia, nasihat papa dengan lembut. Bilik air di belakang ya, katanya sebelum beredar. Aku membuka beg pakaian untuk mengambil tuala meskipun aku melihat ada sehelai tuala baharu yang digantungkan di bilik tidurku itu. Pasti perempuan itu

40

Fatin Nilam Sari

menyediakan tuala tersebut untukku. Namun aku tidak akan menggunakan barang yang menjadi miliknya. Aku terus bergerak ke bahagian belakang. Di dapur kulihat Auntie Norma sedang menyediakan air oren di dalam jag yang besar. Di situ juga kelihatan seorang perempuan tua yang kuagak adalah pembantu rumah itu. Dia sedang sibuk membasuh pinggan mangkuk. Tidak kupedulikan mereka. Aku terus bergerak mencari bilik air. Aku terkejut apabila mendapati bilik air berada di belakang rumah. Letaknya beberapa meter dari arah pintu dapur. Bermakna di dalam rumah itu tidak ada bilik air dan tandas! Bagaimana kalau aku sakit perut waktu tengahtengah malam? Aduh Aku termenung panjang di hadapan pintu bilik air. Tambah mengejutkan di dalam bilik air itu keadaannya tidak dialu-alukan langsung! Kenapa kau belum mandi? Kenapa kau termenung di situ? Teguran papa membuatkan aku terkejut. Wajah papa kulihat berubah tatkala melihat aku memandang ruang bilik air di rumahnya dengan pandangan yang jijik. Aku tahu papa marah dan tersinggung. Soalnya aku benar-benar terkejut melihat keadaan bilik air itu. Lantainya sungguhpun bersimen tetapi agak kotor dengan kesan-kesan lumut. Dinding bilik air itu diperbuat daripada zink dan tidak mempunyai atap. Sebuah kolah kecil yang tika kujenguk ke dasarnya terlihat kesan-kesan hitam dan berdaki. Aku mengambil keputusan untuk mandi dengan air di pancuran. Aku tidak akan mandi dengan menggunakan air dari kolah yang kurasakan begitu kotor. Aku memerhati sekeliling, apakah selamat mandi di situ tanpa diintip oleh orang melalui dinding zink yang jelas sudah banyak

41

Kaulah Satu

berlubang-lubang di sana sini? Tidak jauh dari situ terdapat tandas, berdinding zink juga tetapi mempunyai atap. Sekurang-kurangnya tandas itu kelihatan baharu dan bersih. Aku mandi dengan cepat, mengenakan baju dan seluar panjang lalu kembali ke rumah. Aku takut papa benarbenar marah dan tersinggung lagi jika aku enggan minum petang bersamanya. Malam nanti kita keluar sekejap ke Georgetown, kata papa, cuba mencipta kemesraan. Esok sajalah papa. Saya letih. Malam ni saya mahu tidur awal. Jawabku, tidak berani memandang wajah papa yang masih menyimpan rasa marah dan tersinggung. Baiklah. Tapi pastikan kau makan dulu sebelum tidur sebab malam ni Auntie Norma kau masak makanan istimewa. Aku memandang sekilas ke wajah Auntie Norma yang tersenyum memandangku. Namun aku tidak membalas senyumannya itu. Aku tidak peduli apakah masakan yang akan disediakannya, sama ada istimewa ataupun tidak. Aku tidak akan makan bersama papa malam nanti dan merasai air tangan perempuan itu. Anggap sahaja ini adalah peperangan pertama yang aku lancarkan terhadap perempuan yang bergelar ibu tiriku itu.

42

Fatin Nilam Sari

5
IA dah tidur... beritahu Norma sekembalinya dia dari bilik tidur Anisa Camylia. Dia duduk termenung menghadap meja makan yang penuh dengan hidangan. Ada ikan bawal bakar, air asam yang dicampur dengan bawang dan cili padi. Ada kari ikan merah bercampur kacang bendi. Hidangan itu disajikan di dalam pinggan yang baharu dikeluarkan dari dalam almari. Pinggan mangkuk yang hanya digunakan untuk tetamu istimewa di rumah itu. Halim tahu, Norma menganggap Anisa Camylia adalah tetamu istimewa. Tetapi Anisa Camylia bukan tetamu, gadis itu adalah anaknya sendiri. Dia tidak bersetuju apabila Norma beria-ia ingin menggunakan pinggan dan peralatan baharu, semuanya gara-gara kehadiran Anisa Camylia di rumah itu.
43

Kaulah Satu

Cepat sangat dia tidur. Aku dah pesan supaya dia makan dulu sebelum tidur, kata Halim tidak percaya. Halim tahu, Anisa Camylia pastinya lapar. Seharian berada di atas kereta api memang memenatkan. Petang tadi dia hanya minum jus oren tanpa menyentuh walau sepotong pun cucur udang yang lazat itu. Dia juga menolak saat Norma menawarkan biskut untuknya. Malah dia meneguk jus oren itu dengan penuh hati-hati seolah-olah bimbang ianya mengandungi racun. Halim memerhati sahaja setiap tingkah laku anaknya itu. Dia sedikit bingung. Apakah Anisa Camylia masih marah kerana dia mengahwini Norma? Mengapa begitu lama anak itu harus marah? Dua tahun sudah berlalu, dia dan Norma pun hidup bahagia sekarang. Benarkah hidupnya bahagia? Biar aku pergi panggil dia, kata Halim lalu bangun meninggalkan meja makan. Norma tersinggung. Apakah Halim tidak percaya padanya? Berkali-kali dia mengetuk pintu kamar Anisa Camylia. Dia tidak berani lagi menerobos masuk seperti petang tadi. Dapat dilihatnya wajah Anisa Camylia yang masam mencuka, rasa terganggu melihat kemunculannya. Dia terlupa hendak mengetuk pintu. Bukankah ini rumahnya sendiri, tidak pernah dia mengetuk pintu kamar ketika ibunya menginap di situ. Dia harus mengingatkan dirinya tentang kehadiran Anisa Camylia di antara mereka. Dia memang bencikan aku, bisik hati Norma dengan sedih saat dia menatap makanan yang terhidang di hadapannya. Masih terasa kepenatannya menyediakan hidangan makan malam itu. Dia sendiri yang menggiling rempah dan lada. Dia sendiri yang menumis kari dan membakar ikan. Dia melakukannya dengan gembira berbekal

44

Fatin Nilam Sari

niat hendak mengambil hati si anak tiri. Tetapi ternyata usaha itu hanya sia-sia Arwah ayah Norma dahulu pernah menentang rancangannya untuk berkahwin dengan Halim. Awalnya ayahnya tidak keberatan menerima Halim, sehinggalah dia mengetahui bahawa Halim sudah memiliki isteri dan anak. Ayah Norma, Haji Salam merupakan seorang bekas guru agama, tetapi dia seorang lelaki yang berpandangan luas, moden dan terbuka. Dia sangat mencintai ibu Norma dan menghargainya sebagaimana setiap lelaki memperlakukan pasangannya dengan wajar. Agak lama untuk Norma menyedari bahawa tiada lelaki yang istimewa, seistimewa ayahnya itu. Lelaki seperti Halim tak punya hati yang tetap. Suatu masa nanti dia akan menyakiti hatimu seperti dia menyakiti isterinya sekarang. Begitulah kata-kata Haji Salam yang tersimpan di dalam lipatan hatinya. Bukan Norma tidak berusaha untuk menyingkirkan Halim dari hatinya. Dia sudah puas menghindari Halim agar tidak mengganggunya. Namun Halim tetap datang dengan harapan dan cinta yang menggebu untuknya. Kata Halim, di antara dia dan Hanna sudah tiada bersefahaman lagi. Tiada perasaan cinta di antara mereka, hanya yang tinggal adalah tanggungjawab terhadap puteri tunggal mereka yang sedang membesar. Lalu Norma tidak kuasa lagi membohongi diri sendiri lalu menyambut cinta yang dihulurkan oleh Halim. Bukan dia tidak pernah memikirkan risiko yang bakal diterima akibat perkahwinannya dengan Halim. Dia telah membina kebahagiaan di atas air mata seorang perempuan. Dan dia pasti akan menerima akibatnya kelak. Namun di atas dorongan cinta yang begitu kuat, akhirnya dia menikahi jua lelaki itu.
45

Kaulah Satu

Setelah Halim bercerai dengan Hanna baharulah Haji Salam bersedia menerima Halim. Dia memberikan restu dan menerima Halim di dalam keluarganya. Setiap kali ada majlis ataupun keraian, Halim sentiasa dijemput sama. Kau harus sedar, hidup kau dengannya bukan mudah, nak. Dugaan akan tetap datang. Kau masih perlu menghadapi keluarganya anaknya. Kata Haji Salam mengingatkan Norma tentang Hanna dan Anisa Camylia. Dalam hidup Halim kini, perkara yang terpenting adalah remaja berusia tujuh belas tahun itu yang memandang Norma dengan pandangan yang dingin. Kata-kata yang keluar dari mulutnya juga bagaikan racun berbisa. Setiap tingkahnya juga membuatkan Norma rasa tidak selesa lagi walaupun berada di dalam rumahnya sendiri. Saat itu Norma kembali teringat pada kata-kata ayahnya. Sesuatu yang sukar mungkin boleh kau hadapi dengan tenang Norma, tapi bukan saat kau berhadapan dengan Anisa Camylia. Bisikan hatinya berulang beberapa kali. Dia memang dah tidur, kata Halim dengan wajah kesal. Tanpa makan malam. Pasti dia lapar. Norma memandang Halim melepaskan keluhan, dia tak sukakan saya. Mungkin dia letih, balas Halim. Dia bencikan saya kerana merampas abang dari Hanna. Tak usah cakap macam tu, kata Halim. Tak ada gunanya lagi, Norma! Jodoh kita ditentukan Tuhan. Cubalah abang terangkan pada Anisa Camylia. Dia akan faham nanti, jawab Halim dengan suara

46

Fatin Nilam Sari

yang lebih lembut, memujuk. Kau berusahalah memenangi hatinya. Bukan susah sangat! Dia masih muda remaja Saya dah berusaha sedaya upaya. Halim mengangguk. Aku tahu. Mungkin kau harus berusaha lagi. Ya, jawab Norma. Makanlah! Sebelum semuanya jadi sejuk. Setelah itu mereka tidak berkata apa-apa lagi seolah-olah tiada kata-kata yang sesuai diungkapkan. Selalunya acara makan malam dipenuhi dengan senda gurau di antara mereka berdua. Gurauan yang akhirnya mereka sama-sama bawa ke kamar tidur. Malam ini suasananya tambah dingin, apatah lagi di luar terdengar angin yang agak kuat menandakan hujan akan turun. Norma memaksa dirinya untuk menghabiskan nasi di dalam pinggan. Sebaliknya Halim makan dengan penuh berselera bagaikan tiada apa-apa yang telah terjadi. Dia menghabiskan dua pinggan nasi. Ikan bawal yang manis dan lembut isinya habis diratah hingga yang tinggal hanya tulang-tulangnya sahaja. Hanya kari ikan merah yang tidak berjaya dihabiskan. Selepas makan, Halim duduk di beranda belakang dapur yang menghadap ke pantai. Jika malam-malam ketiadaan Anisa Camylia, Norma senang sekali menemani Halim di situ. Ada kerusi malas tersedia di situ. Mereka akan berebut hendak berbaring di situ. Dan Halim selalu mendapat tempat itu buat dirinya dan memaksa Norma duduk di atas ribaannya. Tetapi tidak untuk malam ini. Norma membawa dirinya ke kamar, cuba untuk tidur biarpun jam belum menunjukkan pukul sepuluh malam.

47

Kaulah Satu

HANNA pulang awal daripada kebiasaannya. Entah mengapa dia pulang awal, sedangkan dia tahu tiada sesiapa yang menunggunya di rumah. Jika Anisa Camylia ada di rumah, dia selalu balik lewat. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, dia memerhati ke arah sofa yang kosong. Selalunya dia akan melihat Anisa Camylia duduk menghadap televisyen sebaik sahaja tiba di muka pintu. Setelah membersihkan diri dan menyediakan salad sebagai makan malam, Hanna duduk di sofa, tempat Anisa Camylia selalu bersantai menghadap peti televisyen. Dia terasa amat rindu pada Anisa Camylia. Di rumah, dia keseorangan dan kesepian, hanya suara dari televisyen sahaja yang menemaninya. Pagi tadi dia menghantar Anisa Camylia ke stesen kereta api supaya Anisa Camylia dapat bertemu dengan papanya. Biarpun sudah berpisah dengan Halim, dia tidak pernah tamakkan kasih sayang daripada anak tunggalnya itu. Dia mahu Anisa Camylia turut mencurahkan kasih sayang kepada Halim, biarpun bekas suaminya itu mempunyai isteri baharu. Bagi Hanna, anak tetap anak. Tidak akan terputus darah yang mengalir di dalam tubuh Anisa Camylia. Masih diingatnya dengan jelas ketika Anisa Camylia berusia setahun, dia mengambil keputusan untuk kembali menyambung kuliah. Dia mahu menjadi seorang wanita yang berkerjaya, bukan hanya semata-mata seorang isteri dan ibu. Memang ibunya menentang keras hasratnya ingin berkahwin dengan Halim semasa dia masih belum menghabiskan kuliah. Namun cintanya terhadap Halim mengatasi segala-galanya. Halim, bekas pensyarahnya sendiri. Lelaki itu dilihatnya begitu menawan. Lelaki itu mempunyai ramai

48

Fatin Nilam Sari

peminat di kalangan pelajar-pelajarnya di kampus itu termasuklah dirinya sendiri. Dan Hanna rasa bertuah sekali kerana hanya dia yang didambakan oleh Halim. Memang impian Hanna untuk menjadi seorang sarjana. Walau apa pun halangan yang ada di hadapan, tidak akan meruntuhkan semangatnya. Saat itu ibunya masih sihat dan berupaya untuk menjaga Anisa Camylia. Halim pun masih lagi bertugas di ibu kota. Hanna sedar status hanya boleh diperoleh jika seseorang itu mempunyai ilmu. Sementara pengalaman dalam pekerjaan adalah satu bonus yang menguntungkan. Lalu Hanna tidak melepaskan peluang untuk kembali belajar dan mendalami ilmu yang diminatinya. Namun tanpa sedar, kesibukannya dengan tugas dan dunia pekerjaan membuatkan dia semakin jauh dari Halim. Dan perlahan-lahan dia tenggelam di dalam kesibukan sebagai siswi dan seorang ibu. Hanna mulai lupa Halim turut memerlukan perhatian darinya. Perlahan-lahan mereka mulai kehilangan cinta yang dirasakan begitu agung suatu masa dahulu lalu perhubungan mereka disulami dengan pertengkaran demi pertengkaran. Kehadiran Norma sebagai teman baharu Halim terbukti dengan pengakuan rakan suaminya sendiri. Hampir semua orang yang rapat dengan Halim tahu tentang kehadiran gadis ini dalam hidupnya kecuali Hanna. Ternyata kini perhubungan mereka kian menjauh. Lalu Hanna meminta perpisahan tanpa rasa kesal. Hanna tidak sanggup menahan rasa cemburu apabila terkenangkan Norma kini lebih dekat di hati Halim. Dia jengkel mengingatkan setiap sesuatu hal yang dilakukan oleh

49

Kaulah Satu

Halim bersama wanita itu. Hanna terlalu marah pada perhubungan mereka yang kian retak hari demi hari namun harga dirinya terlalu tinggi untuk menunjukkan segala perasaan marah dan sakit yang dirasakannya. Hanna memang tidak gemar sama sekali menunjukkan perasaan lemah di hadapan lelaki. Dia bukannya wanita yang cengeng, suka merengek dan merayu. Dia tegas dan keras hati. Dia boleh hidup sendiri dan dia tidak suka berkongsi kasih dengan wanita lain. Akhirnya dia terdorong untuk bersikap bijaksana, dengan menunjukkan martabat sebagai wanita yang sanggup menahan emosi. Dia tidak akan menaruh dendam, marah ataupun membenci. Justeru dengan cara ini Hanna berharap Norma menyedari bahawa dialah yang meninggalkan Halim, menginginkan perpisahan terjadi. Dia bukan jenis perempuan yang menangis ditinggalkan kekasih dan berharap untuk kembali bersama. Atas sebab-sebab itulah juga dia amat kesal apabila Anisa Camylia tidak hadir ke majlis pernikahan di antara Halim dan Norma. Hanna tahu Halim kecewa kerana Anisa Camylia tidak hadir. Meskipun sebenarnya terselit rasa senang dan bahagia di hati Hanna kerana jelas sekali Anisa Camylia setia dan berpihak kepadanya. Rancangan bertukar rancangan di kaca televisyen, tiada satu pun yang melekat dalam fikirannya. Begitu jauh dia hanyut dalam arus fikiran, mengenang peristiwa demi peristiwa yang dilaluinya sekian lama. Kini televisyen sedang menyiarkan rancangan Berita Dunia Jam Sebelas. Mata Hanna tertuju ke arah meja telefon. Mengapa ianya belum jua berdering? Apa yang sedang Anisa Camylia buat sekarang?

50

Fatin Nilam Sari

Sudahkah dia berkenalan dengan Norma? Sudah tentu! Mungkin mereka sedang berbual bersama di ruang keluarga yang hangat. Akhirnya Anisa Camylia akan menyedari betapa Norma adalah wanita yang menarik, yang boleh dijadikan teman. Ataupun boleh juga menjadi seorang kakak yang selama ini tidak dia miliki. Norma tentulah bukan seperti Hanna yang cerewet, yang selalu melarang ini dan itu. Dalam waktu yang singkat, Anisa Camylia akan suka tinggal di sana. Dia juga akan menyedari bahawa dia mula menyukai Norma. Anisa Camylia juga akan sedar dia tetap menyayangi papanya. Dahulu mereka begitu rapat. Halim sangat mencintai puterinya itu. Anisa Camylia terlupa hendak menghubungi mamanya kerana terlalu asyik berada dalam keluarga Halim. Lalu dia tidak akan mengangkat telefon sekiranya Hanna menghubunginya. Dan dia tidak peduli lagi pada wanita cerewet ini walaupun Hannalah yang bersusah payah melahirkan dan membesarkannya. Dan pada penghujungnya nanti, dia akan menghubungi Hanna lalu memberitahu mamanya bahawa dia tidak akan kembali untuk tinggal bersama Hanna lagi. Dan aku menangis sendiri kerana telah kehilangan puteriku, bisik Hanna sendiri dan mulai teresak. Dia memandang ke arah mangkuk salad yang hanya berusik separuh. Jari-jarinya terasa gatal hendak menelefon ke rumah Halim tetapi ditahan hasrat yang menjentik hatinya kala itu. Jam sudah pukul sebelas sudah lewat! bisik hatinya sendiri. Anisa Camylia mungkin akan kembali semula ke pangkuan Hanna bertahun-tahun kemudian saat dia

51

Kaulah Satu

memerlukan bantuan kewangan daripada mamanya. Lalu Hanna pun memberikan satu syarat yang harus dia patuhi. Meskipun sebenarnya Hanna tidak keberatan langsung memberikan Anisa Camylia duit yang diperlukan, tetapi dia perlu mengenakan syarat itu supaya perhubungan di antara mereka tidak akan terputus terus. Oh Tuhan! Bayangkanlah memberikan pinjaman wang kepada anakku sendiri dengan mengajukan syarat, wang hanya akan diberikan jika kami dapat bertemu seminggu sekali, keluh Hanna dengan penuh kegetiran. Halim pernah berkata bahawa ketegangan selalu hadir di antara kami kerana kami begitu mirip antara satu sama lain. Baik dari segi rupa paras dan kelakuan. Tetapi aku berharap mirip yang dimaksudkan oleh Halim adalah berkaitan hal masa hadapan. Hanna mengharapkan agar Anisa Camylia menjadi sepertinya, wanita yang dapat berdiri tegak mengharungi kehidupan tanpa seorang yang bernama lelaki. Wanita yang punya cinta hebat yang tiada pada wanita lain. Hanna yang masih duduk menghadap televisyen yang terpasang sambil mengenang kisah lampau yang pernah mewarnai hidupnya terkejut apabila terdengar telefon berdering. Dia terlonjak, separuh berlari ke meja telefon. Nalurinya menyatakan Anisa Camylia yang menelefon. Memang tidak syak lagi Kenapa baru sekarang telefon? Mama tunggu dari pukul tujuh malam tadi. Mama balik awal malam ni? Kan ke biasanya mama selalu sibuk... jawab Anisa Camylia. Betul, bisik hatinya. Kebiasaannya dia asyik sibuk dengan kerjanya. Pukul sembilan malam baharu sampai di

52

Fatin Nilam Sari

rumah. Dia selalu mengingatkan rakan-rakan ataupun saudara yang rapat dengannya supaya menelefon ke rumah lewat malam sedikit. Pukul sepuluh atau sebelas malam adalah waktu yang paling sesuai. Saat itu dia sudah punya waktu untuk berbual-bual sambil menunggu mata mengantuk. Ya tak ya, jawab Hanna sambil tergelak. Macam mana? Seronok tak di sana? Okey je, balas Anisa Camylia ringkas. Okey je? Macam mana papa kau? Hanna tidak puas hati dengan jawapan Anisa Camylia. Baik-baik saja, tambah sihat! jawab Anisa Camylia sambil tergelak kecil. Hanna mengerti maksud Anisa Camylia. Tambah sihat bermakna papanya semakin gemuk. Auntie Norma? Anisa Camylia terdiam beberapa ketika kemudian dengan nada malas dia menjawab, biasa aje. Hanna menahan dirinya dari mengungkapkan pertanyaan lain yang penuh dengan rasa ingin tahu. Tidak perlu dia mempamerkan perasaan itu pada Anisa Camylia. Anisa Camylia kadang-kadang bijak mentafsir setiap tingkah laku dan nada suaranya. Macam mana Pulau Pinang? Menarik tak? Papa bawa pusing-pusing sekejap di Georgetown masa baru sampai tadi. Panasnya di sini, macam di KL juga. Rumah ni tak ada air-con. Tapi dekat dengan laut, sejuklah juga. Malam ni berangin hujan renyai sekejap tadi. Dah berhenti pun. Dah pergi ke Botanical Garden?

53

Kaulah Satu

Belum. Suruh papa bawa ke sana. Banyak rama-rama di sana. Nanti suruh juga papa bawa ke Bukit Bendera. Tengok pemandangan yang cantik. Seluruh Pulau Pinang boleh nampak! cadang Hanna. Mereka berbual agak lama, melepaskan rindu biarpun baharu sehari berpisah. Saat Hanna menyuruh supaya Anisa Camylia meletakkan telefon, gadis itu kedengaran tidak bersemangat. Walau bagaimanapun, Hanna berharap Anisa Camylia akan rasa gembira. Dia harus diberi ruang untuk menyesuaikan diri dengan cuaca dan situasi di sekelilingnya. Di hari-hari mendatang pasti Anisa Camylia akan lebih gembira. Begitulah harapan Hanna. Bagi diri Hanna, dia turut merasakan kesepian saat Anisa Camylia tiada di sisi. Apakah Halim sudah berbincang dengan Anisa Camylia tentang hasrat Hanna yang ingin anak itu memasuki universiti? Dia akan menghubungi Halim awal pagi esok. Dia tahu, Anisa Camylia suka bangun lewat. Jadi, perbualan di antara Halim dan Hanna tidak akan diketahui oleh anak itu.

AKU bukanlah sedang tidur, di saat perempuan itu datang mengetuk pintu kamarku. Aku sengaja tidak mahu bangun. Aku memadamkan lampu dan berpura-pura tidur. Namun kudengar dengan jelas setiap pergerakan dan aktiviti di rumah itu. Sementelah rumah itu rumah papan yang agak besar dengan tiga buah bilik tidur. Bilik tidurku terletak bertentangan dengan bilik tidur papa. Sebuah bilik tidur lain terletak di ruang dapur, khas untuk pembantu rumah. Pembantu rumah itu seorang

54

Fatin Nilam Sari

wanita yang berusia dalam lingkungan lima puluhan. Kudengar dia punya pertalian darah dengan Auntie Norma. Wanita itu yang dipanggil Mak Dah, dengarnya adalah pengasuh Auntie Norma semasa kecil. Kini dia turut membantu Auntie Norma menguruskan rumah itu. Aku menunggu sehingga jam sebelas malam untuk menelefon mama. Aku boleh menggunakan telefon bimbitku tetapi aku sengaja mahu menggunakan telefon rumah. Aku perlu berjimat cermat dan tidak akan menghabiskan kredit di dalam telefon bimbitku sewenang-wenangnya. Aku berjingkit-jingkit keluar dari kamar tidur menuju ke meja telefon di ruang tamu. Lampu di dapur terpasang terang, cahayanya sampai juga ke ruang tamu. Jadi dengan mudah aku dapat bergerak menghala ke meja telefon tanpa melanggar perabot-perabot yang ada. Aku tidak mahu mengejutkan perempuan itu dan papa yang mungkin sudah pun tidur. Aku memang mengelak dari bertemu wajah dengan perempuan yang tidak ingin kusebut namanya itu. Memualkan. Aku seolah-olah sudah berjanji tidak akan menyebut namanya walaupun di dalam hati. Apalagi di bibir Tidak! Aku benci padanya. Jika boleh aku mahu dia hilang dari kehidupan papa! Mulanya aku ingin menelefon Nazwan terlebih dahulu. Tetapi aku telah membalas mesej daripada Nazwan petang tadi. Jadi tiada apa lagi yang ingin aku katakan pada Nazwan. Jay turut menghantar mesej padaku senja tadi. Katanya dia ingin bertemu dengan aku esok, jika aku ada masa. Aku sengaja menolak dan menyatakan masih ada dua bulan bagi aku untuk berada di Pulau Pinang ini. Namun Jay menegaskan dia hanya mengambil cuti selama seminggu sahaja.

55

Kaulah Satu

Aku tidak mahu berjanji apa-apa! Biarpun hatiku melonjak gembira apabila dia mengajakku bersiar-siar di Taman Rama-Rama. Dia turut menyebut tentang Padang Kota yang belum pernah aku jengah! Tidak sabar rasanya hendak tunggu esok Namun aku perlu menunggu apakah rancangan papa pada hari esok? Apakah papa akan membawa aku keluar? Atau papa akan sibuk dengan kerjanya. Apa yang akan kukatakan kepada mama? fikirku berkali-kali. Apakah akan aku khabarkan pada mama bila papa mulai marah-marah kepadaku? Petang tadi debu-debu yang dibawa angin dari stesen kereta api membuatkan kulitku memerah dan aku memutuskan untuk mandi. Bilik mandinya pula tidak pernah aku bayangkan menjijikkan! Dan papa tersinggung sekali. Barangkali papa juga marah kerana aku tidur awal, sedangkan dia sudah berpesan supaya aku menikmati makan malam bersamanya dan perempuan itu. Perempuan itu telah bersusah payah memasak. Sebenarnya aku jarang makan malam. Mama mengajarku, pada waktu malam hanya makan roti, buahbuahan dan segelas coklat panas. Coklat akan memudahkan seseorang itu tidur. Makanan berat yang diambil kurang daripada empat jam sebelum tidur tidak baik untuk kesihatan. Makanan itu akan menjadi lemak yang akan menggemukkan tubuh. Itulah yang selalu dikatakan oleh mama. Aku tidak begitu lapar. Pada waktu senja tadi aku telah menghabiskan satu kampit besar kerepek kentang dan sebuku roti manis. Di dalam begku tersimpan air kotak yang dibekalkan oleh mama. Setelah berbual-bual dengan mama lebih kurang setengah jam, tekakku terasa haus sekali. Aku berniat untuk

56

Fatin Nilam Sari

mencari air sejuk di dalam peti sejuk. Aku terus menuju ke dapur. Suasana dapur yang terang-benderang memudahkan aku melihat di manakah letaknya peti sejuk. Peti sejuk di rumah itu kecil sahaja, hanya mempunyai satu pintu. Berlainan di rumah kami yang mempunyai peti sejuk besar, dua pintu walaupun hanya aku dan mama yang menghuni rumah itu. Mama suka menyimpan banyak barang makanan terutama sekali buahbuahan seperti epal dan oren. Setelah meneguk minuman, aku memandang ke arah pintu dapur yang menghala ke beranda. Aku takjub sekali terlihat bulan sedang mengambang penuh di dada langit. Cahaya melimpah ke permukaan laut yang kelihatan begitu dekat dari arah beranda itu. Aku bergerak ke pintu. Terperanjat apabila terdengar dengkur halus. Cahaya bulan yang terang membolehkan aku melihat susuk tubuh papa yang tertidur di atas kerusi malas di beranda. Kuperhati wajahnya sejenak. Papa kulihat semakin tua. Tubuhnya sedikit berisi. Kulihat jelas dari sebalik baju singlet yang dipakainya perutnya kelihatan sedikit buncit daripada dahulu. Namun dengan bangga kuakui, bahawa papa masih nampak menarik biarpun sudah terlihat sedikit uban yang memutih di tepi telinganya. Papaku memiliki raut wajah yang halus tanpa jerawat dan bertulang pipi tinggi. Kulitnya tidak secerah dahulu. Angin panas dari laut membakar wajah dan kulit lengan yang kerap kali terdedah. Matanya kecil dan ke dalam namun bersinar-sinar. Tulang keningnya tinggi dan terdapat sedikit kedutan di sudut matanya. Tubuhnya tinggi dan tegap, walaupun sedikit boroi. Mungkin dia tidak secergas dahulu

57

Kaulah Satu

lagi. Beberapa saat aku berdiri di tepi pintu memerhati papa yang sedang nyenyak tidur. Dia menggeliat, mengiring ke arahku lalu menyeru nama seorang wanita. Maria! Oh! Maria serunya. Aku terpaku dan terkejut sekali sehingga dadaku mendadak diserang debaran. Mulanya aku menyangka dia menyeru namaku. Aku sangka dia tersedar dari tidurnya namun buat kali kedua dia menyeru lagi nama itu dalam igauan yang panjang. Maria! Maria Suara itu kedengaran lebih jelas di telingaku. Aku berlari masuk ke kamar tidur dengan hati yang tidak keruan. Malam itu aku tidak dapat tidur. Hatiku dibeliti rasa khuatir. Siapakah Maria? Apakah papa dan perempuan itu memiliki anak tetapi sengaja tidak ingin memberitahuku? Apakah alasannya? Mereka tidak mahu menyakiti hatiku? Aku senang menjadi anak tunggal. Walaupun semasa kecil dahulu aku teringin sekali punya seorang kakak. Aku tidak suka adik lelaki. Adik lelaki selalunya degil dan nakal, sementara adik perempuan pula hanya akan memberikan saingan.

58

Fatin Nilam Sari

6
AGI itu aku terbangun lewat daripada kebiasaanku di rumah. Selalunya pukul sembilan pagi aku sudah bangun, pada hari cuti sekolah. Jika hari sekolah pula aku akan bangun seawal jam enam pagi. Selalunya jika sudah bangun lewat, perut akan terasa begitu lapar. Aku terus melangkah ke dapur untuk minum air sejuk terlebih dahulu. Kemudian baharulah bersarapan dengan roti atau pun mi segera. Di dapur kulihat perempuan yang namanya tidak ingin kusebut sedang duduk termenung di meja makan. Kasihan pula aku melihat wajahnya yang muram itu. Argh! Apa sudah jadi dengan diriku? Mula rasa simpati setelah papa menyeru nama perempuan semalam? Maria. Siapakah kau wahai Maria? Apakah isteri papaku ini tahu akan kewujudanmu?
59

Kaulah Satu

Berapa lamakah papa tidur di luar semalam? hatiku tertanya-tanya sendiri. Apakah papa tidur hingga ke pagi dan bermimpi yang indah-indah terhadap perempuan bernama Maria itu? Tanpa sengaja aku bernyanyi-nyanyi sendiri, senang hati, dengan tujuan untuk menyakiti hati perempuan yang tidak ingin kusebut namanya itu. Dia menegurku dengan ramah, selamat pagi, Lia! Kau nak sarapan? Ada roti canai dan kari ikan. Biar auntie hidangkan. Saya tak biasa makan roti canai, jawabku dengan pantas. Roti canai adalah mimpi ngeri seorang perempuan yang ingin mengekalkan bentuk badannya sepanjang hayat. Aku mengambil keputusan untuk tidak bersikap terlalu dingin padanya. Apa salahnya jika aku bercakap panjang sedikit dengannya. Kalau ada roti wholemeal lebih baik. Roti wholemeal tak ada. Maaflah! Tapi roti putih biasa tu adalah, jawab perempuan itu lalu bangun membuka peti sejuk. Biar auntie ambil. Kau mahu roti bakar? Aku menggeleng. Kasihan pula aku melihat ketulusannya mahu menyediakan roti bakar untukku. Dia sudah mengeluarkan mentega dan kaya dari dalam peti sejuk. Aku teringat kembali pada perempuan bernama Maria yang menjadi igauan papa semalam. Merinding bulu tengkukku mengenangkan papa mungkin mempunyai kekasih di luar sana Tak payahlah. Roti kosong saja, jawabku bersungguh-sungguh. Mentega dan kaya akan merosakkan dietku. Dia meletakkan roti di atas meja. Nak minum susu? tanya Mak Dah, ibu saudara

60

Fatin Nilam Sari

perempuan itu yang juga merangkap pembantu rumah. Dia mengelap tangannya dengan tuala kecil yang sentiasa ada di bahu, setelah selesai membersihkan cawan dan piring di dalam sink. Setelah mendengar igauan papa semalam, aku membuat keputusan untuk bercakap dengan nada lebih lembut sekiranya perempuan itu dan emak saudaranya ingin berbual-bual denganku. Aku terfikir bahawa Maria itu bukan adikku, yakni anak papa dengan ibu tiriku ini. Jelas sekali bahawa perempuan itu memang kekasih gelap papa! Argh sekarang kau merasa juga perasaan yang pernah dialami oleh mamaku! Sakit hati, marah, cemburu tetapi tidak dapat berbuat apaapa untuk menghalang perhubungan papa dan perempuan lain. Lalu apa yang dapat dilakukan hanyalah memendam rasa dan membiarkan segalanya berlalu. Saya nak minum jus, jawabku. Ada buah oren atau epal?

Auntie Norma dan Mak Dah menggeleng serentak.


Kopi? tawar Mak Dah tidak putus asa melayaniku yang banyak sekali kerenahnya. Kata mama kopi ataupun teh mengandungi kafein, tidak baik untuk kesihatan. Manakala susu amat baik untuk kesihatan jika tidak ambil berlebihan. Susu menghalang proses osteoporosis tetapi jika diambil berlebihan akan menyebabkan kegemukan. Aku hanya minum susu sekali sehari. Tetapi aku sudah biasa minum jus oren ataupun epal di waktu pagi. Ianya memudahkan pencernaan makanan dan pembuangan air besar. Seketika Mak Dah kelihatan bingung apabila aku menegaskan akan membuat jusku sendiri. Lantaran di rumah

61

Kaulah Satu

itu tiada buah-buahan, jadi aku mengambil keputusan untuk membuat jus lobak merah yang kutemui di dalam peti sejuk. Sambil memasukkan dua biji lobak merah yang telah dipotong-potong kasar ke dalam mesin pengisar, aku sibuk mengintai keadaan sekeliling. Aku mencari di manakah papaku berada. Aku dapati dia berada di meja telefon yang terletak di satu sudut ruang tamu. Kenapa sewaktu aku keluar dari kamar tidur tadi, aku tidak perasan dia ada di situ sedang bercakap di telefon? Dia bercakap dengan suara yang begitu perlahan sehingga aku langsung tidak dapat mencuri-curi dengar. Dengan siapa dia berbual agaknya. Kelihatan penuh rahsia. Kulihat perempuan yang tidak ingin kusebut namanya itu sibuk dengan kekhuatirannya sendiri. Setelah aku menolak dia menyediakan roti bakar untukku, dia kembali termenung menghadap meja makan di dapur. Aku tertanya-tanya apakah dia telah mengetahui apa yang kuketahui tentang kecurangan papa? Apakah itu yang menyebabkan dia termenung panjang pagi ini? Atau dia turut terdengar igauan papa yang menyeru nama Maria berulang kali. Tiba-tiba papa meletakkan gagang telefon dengan kuat. Dia memanggil namaku dengan suara yang agak kuat dari arah ruang tamu, Lia! Ke sini sekejap! Aku meninggalkan dapur dengan jus lobak merah yang belum habis kuminum. Hari ni kita jalan-jalan ke seluruh tempat menarik yang ada. Cakap saja kau mahu ke mana, ujar papa. Aku bungkam. Aku tidak tahu ke mana harus pergi.

62

Fatin Nilam Sari

Aku berharap dialah yang akan membawa aku ke mana sahaja. Soalnya aku tidak boleh membantah apabila mendengar suaranya yang cukup tegas seperti memerintah sahaja. Di sini ada banyak makanan yang sedap-sedap. Laksa Penang, sate ataupun nasi kandar. Laksa di sini istimewa, bukan macam di KL, kata papa lagi apabila melihat aku hanya berdiam sahaja. Siap cepat! Papa tunggu! Papa memandangku dengan wajah serius. Aku tidak mungkin dapat menolak kemahuan papa.

SEBAIK sahaja Anisa Camylia beredar masuk ke kamar tidurnya, Norma mendekati Halim yang sedang duduk di beranda hadapan. Halim bagaikan tidak sedar isterinya itu sudah lama berdiri di ambang pintu, di belakangnya. Halim masih tenggelam dengan khayalannya. Saat itu dia terkenangkan wajah Maria yang menawan. Lengganglenggoknya yang menggoda bermain-main di mata. Saat dia sedang membeli ikan di pasar awal pagi semalam, dia terserempak dengan Maria. Maria mengenakan sepasang kebaya memperlihatkan bentuk badannya yang menawan. Eh Maria! Paginya dah ke pasar? Ya. Pagi-pagi ni ikan masih segar. Hari ni ada saudara kami yang akan datang ke rumah. Jadi, Maria akan memasak. Wah! Pasti sedap masakan Maria tu. yang

63

Kaulah Satu

Mestilah bang! Terutama sekali kari dan asam pedas Maria, memang terangkat! jawab Maria sambil tertawa senang. Jauhnya abang datang beli ikan. Ada apa-apakah bang? soal Maria. Anak saya akan datang ke sini. Tinggal dengan saya dua bulan. Baguslah! Namanya Anisa Camylia, kan? Abang pernah cerita pasal dia pada Maria dulu. Ya. Namanya Anisa Camylia, jawab Halim sambil tersenyum. Bang! Kenapa lama betul abang berbual di telefon tadi? Abang berbual dengan siapa? Hanna? Pertanyaan Norma menyentak lamunan Halim. Dia memandang wajah isterinya itu. Jelas sekali Norma tidak dapat menahan gelodak kecurigaan yang mengisi hatinya kini. Banyak hal yang kami bincangkan. Hanna mahu aku memujuk Lia. Pujuk dia? Kenapa? Hanna mahu Lia masuk universiti. Lia pernah beritahu Hanna dia berminat ingin mengikuti kursus seni halus dan mahu memasuki kolej seni. Tapi Hanna mahu Lia menjadi doktor ataupun jurutera. Itu saja ke? Kenapa cakap lama sangat, berbisikbisik? tanya Norma sinis. Halim terdiam. Memang benar dia bercakap dengan Hanna pada mulanya. Hanna sendiri yang menelefonnya. Dia hanya bercakap selama lima belas minit sahaja. Kemudian diam-diam dia menghubungi Maria. Memang patut Norma

64

Fatin Nilam Sari

rasa aneh apabila melihat dia bercakap perlahan dan lama pula dengan Hanna. Aku tak mahu mengejutkan Lia, balas Halim. Aku terkejut tadi bila dia tiba-tiba dah keluar dari bilik tidur, terus ke dapur. Aku ingatkan dia akan tidur hingga pukul sepuluh pagi, lanjut Halim sambil memandang tajam ke wajah Norma, kemudian berkata lagi dengan nada separuh mengejek, kau cemburu aku bercakap dengan bekas isteriku, Norma? Kau tak patut cemburu kerana sekarang aku dan dia hanya kawan. Saya bukan cemburu. Saya cuma rasa hairan balas Norma. Tak ada yang perlu kau hairankan. Kami pernah jadi suami isteri. Tapi kami takkan bersama semula. Itu dah pasti, Norma! Jangan jadi bodoh, cemburu buta! Yalah perempuan tu memang cerdik. Satu masa dulu, abang rapat dengan Lia! Dia gunakan Lia untuk mendapatkan apa yang dia mahu, balas Norma, tidak dapat membuang ketegangan dalam suaranya. Halim mengeluh. Aku harap Lia akan mendengar kata-kataku. Memang patut Hanna rasa bimbang sebab Lia tak mahu belajar di universiti. Suara Halim mengendur, mengulum rasa bimbang. Halim memang bersetuju seratus peratus pendapat Hanna supaya Anisa Camylia melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Halim ingin melihat satu-satunya puteri milik mereka menjadi insan yang berguna. Bukan hanya seorang remaja yang menghabiskan masa dengan cinta dan lelaki. Kemudian berkahwin dan beranak-pinak. Halim ingin melihat puterinya menjadi manusia yang baik dan punya status yang disegani dalam masyarakat.

65

Kaulah Satu

Halim sempat berfikir, kalau itu yang terjadi pada anaknya Anisa Camylia bukankah dia akan menjadi persis Hanna sendiri yang sentiasa berdikari dan tidak pernah mengharap pada seorang lelaki! Aku mesti berbincang dengan Lia hari ni juga. Esok aku akan sibuk semula. Jadi, aku tak boleh bertangguh lagi, Halim mengakhiri perbualannya dengan Norma. Dilihatnya Anisa Camylia sudah keluar dari bilik. Anisa Camylia memakai seluar jean berwarna biru gelap dan t-shirt merah terang. Dia kelihatan anggun sekali biarpun wajahnya tidak bersolek. Hanya lip gloss warna merah jambu disapu di bibirnya yang tipis lagi mungil. Halim tersenyum. Dia bagaikan melihat kembali bayangan Hanna sewaktu pertama kali melihat dan jatuh cinta pada bekas isterinya itu. Ayuhlah! seru Halim sambil bangun menuju ke pintu hadapan.

HALIM memandu perlahan melalui jalan di tepian pantai. Jalan-jalan yang berbengkang-bengkok, menyebabkan Halim tidak berani memecut. Lagipun dia mahu Anisa Camylia menikmati pemandangan laut di sepanjang jalan itu. Angin bertiup dengan kencang. Anisa Camylia sengaja membuka tingkap kereta untuk menyedut udara segar dari laut. Halim membawa Anisa Camylia ke Padang Kota Lama. Mengikut sejarah, di sinilah Francis Light mendarat pada tahun 1786. Kebetulan tahun itu bersamaan dengan tahun lahir Putera Charles lalu Francis Light memberikan nama Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island.

66

Fatin Nilam Sari

Semasa Kolonel R.T. Farquhar menjadi Gabenor Pulau Pinang pada tahun 1804, kota ini telah dibina semula dengan tembok batu menggunakan buruh dari India. Pembinaan kota itu siap pada tahun 1810 semasa Norman Macalister menjadi Gabenor Pulau Pinang yang memakan belanja $80, 000.00. Hari ini Padang Kota Lama meliputi kawasan seluas 332,859 kaki persegi. Padang Kota Lama atau Fort Cornwallis mendapat namanya sempena nama Gabenor Besar Bengal iaitu Charles Marquis Cornwallis. Francis Light membina kota ini untuk melindungi pelabuhan daripada kemungkinan diserang oleh Perancis. Bangunan yang masih dapat dilihat hingga ke hari ini adalah sebuah gereja yang digunakan bukan hanya untuk penganut Kristian tetapi juga sebagai tempat upacara perkahwinan penganut agama tersebut dijalankan. Ironinya perkahwinan pertama dijalankan di situ adalah balu kepada Francis Light sendiri, Martina Rozells dan pasangannya John Timmers pada tahun 1799. Di kota ini terdapat beberapa buah meriam dan antara yang terkenal adalah meriam yang diberi nama Sri Rambai. Meriam tersebut adalah pemberian Belanda kepada Sultan Johor pada tahun 1606. Bagaimanapun Portugis telah mengambil meriam itu lalu dibawa ke Jawa pada tahun 1613 dan kekal di sana hingga tahun 1765 sebelum dibawa ke Kuala Selangor pada tahun 1871. Kemudian tentera British membawanya ke Fort Cornwallis. Menurut ceritanya, Meriam Sri Rambai mempunyai kuasa yang luar biasa. Sesetengah orang percaya, jika seorang perempuan meletakkan bunga di dalam meriam itu, ia boleh meningkatkan kesuburan mereka.

67

Kaulah Satu

Di kota ini juga terdapat galeri sejarah, kraf tangan dan kedai cenderamata. Di sini juga terdapat pentas terbuka, di mana pemuzik dan penghibur tempatan mengadakan persembahan mereka. Menjelang pukul dua petang, Halim memandu keluar dari Fort Cornwallis. Mereka dua beranak makan sate di Sate Hut, Arked Ria KOMTAR. Restoran itu memang menjadi kesukaan Halim. Ada pelbagai jenis makanan di situ yang menjulang selera para pengunjungnya.

KENAPA kau tak mahu sambung belajar di universiti? Papa melemparkan soalan sambil memandangku dengan tatapan penuh tanda tanya. Dengan berhati-hati aku cuba menjelaskan bahawa aku amat meminati bidang seni. Aku suka melukis dan melakar. Aku berangan-angan ingin menjadi seorang pelukis seperti Latiff Mohidin. Disebabkan dia adalah idolaku, jadi aku telah membaca tentang liku-liku perjuangan hidupnya di dalam sebuah ensiklopedia. Latiff Mohidin pernah melanjutkan pelajaran hingga ke Academy of Fine Arts, di Berlin. Kemudian beliau mengikuti pula kursus seni goresan di Atelier La Courriere di Paris. Selepas itu, beliau ditawarkan biasiswa untuk meneruskan kursus di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat. Nah! Lihatlah betapa hebatnya seorang anak muda Melayu yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu. Tidak mustahil aku juga boleh menggapai hal yang sama jika aku gigih berusaha. Siapa kata bidang seni lukis ini tidak akan membawa seseorang itu ke mana-mana? Siapa kata bidang seni lukis hanya akan berakhir di tepian jalan?

68

Fatin Nilam Sari

Memang semasa kecil dahulu aku bercita-cita ingin menjadi seorang doktor atau jurutera. Tetapi, setelah meningkat remaja aku tidak menginginkan profesion itu sebagai masa hadapanku. Aku mahu menjadi seorang manusia yang bebas dari kongkongan. Aku adalah seorang perintis yang memulakan sesuatu dari sehelai kertas kosong tanpa sebarang warna. Siapa pemuda yang papa jumpa di stesen kereta api hari tu? Tiba-tiba papa mengubah haluan perbualan apabila dia gagal membalas kembali segala hujah tentang cita-cita dan masa hadapanku. Siapa namanya? Jay? Mama kau tahu pasal Si Jay tu? Papa memandangku tidak berkelip. Macam mana kau kenal dia? Hatiku menjerit kesal. Kenapa papa menyoalku seperti aku telah melakukan satu kesalahan besar? Aku hanya berkawan. Bukannya aku melakukan sesuatu yang tidak senonoh. Tidakkah papa lihat betapa sopannya Jay? Malah papa yang bertindak agak kasar dan biadab di hadapan Jay dengan mengheret tanganku pergi tanpa ucapan salam. Saya kenal dia di atas kereta api, jawabku tanpa menceritakan bagaimana Jay yang baik hati itu telah mengembalikan beg sandangku dengan selamat. Untuk apa aku menceritakannya jika papa enggan percaya! Mama kau kata kau juga ada kawan di KL? Kawan sekolah. Kau juga selalu keluar pada hari minggu. Itu biasalah papa. Takkan nak duduk di rumah aje. Saya keluar beramai-ramai. Kadang-kadang sampai sepuluh orang. Berpasangan?

69

Kaulah Satu

Mengarutlah pa! Semua kawan-kawan perempuan, jawabku dengan cepat. Kau ni cuba bohongkan papa macam papa tak pernah muda dulu! Sekonyong-konyong aku teringat pada Maria. Dadaku terasa panas membakar. Aku mengecilkan mataku dan hampir-hampir sahaja meledak pertanyaan begini dari bibirku; papa! Siapa Maria? Papa mulai menduakan Auntie Norma seperti papa curang pada mama dulu? Sekarang rasa simpatiku pada Auntie Norma bertambah lagi beberapa peratus. Dan aku mula ingin menyebut namanya di dalam hatiku. Aku tidak begitu marah lagi padanya, berbanding rasa geram dan marah aku pada papaku. Aku kecewa sebenarnya. Papaku cuba menjadi ayah yang sempurna tetapi jelas sekali perwatakan itu langsung tidak sesuai dengannya. Sikap papa membuatkan aku mula rasa rimas. Kadangkala sikap mama juga melemaskan aku. Setiap kali aku membawa teman-temanku datang ke rumah, mama selalu menggunakan kesempatan itu untuk menyoal siasat mereka. Tinggal di mana? Orang tuanya siapa? Kerja apa? Dan apakah kami menjalani kegiatan riadah yang sihat. Apakah masing-masing punya teman lelaki atau pun tidak. Dan aku selalu mengingatkan teman-temanku terutama sekali Roslinda, jangan sesekali pecahkan rahsia. Jika tidak, peluang aku untuk keluar setiap hari minggu pasti akan berantakan. Aku berharap, mama atau papa, percaya bahawa aku tidak akan melakukan sesuatu di luar batasan. Aku bukan bodoh! Aku tahu mana yang baik dan mana yang tidak. Ibu

70

Fatin Nilam Sari

bapa seolah-olah beranggapan anak mereka tidak ada keupayaan berfikir, menolak yang buruk dan menerima yang baik. Kata-kata papa sebentar tadi kubiarkan sahaja berlalu. Setelah makan, kami kembali berpusing-pusing di sekitar bandar. Akhirnya kami tiba di Taman Botani. Kami singgah di situ dan berjalan-jalan di kawasan sekitarnya. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Bukit Bendera. Kita tengok Bendera, kata papa. pemandangan dari atas Bukit

Aku mengikut sahaja. Hari ini milik papa dan aku tidak akan membantah apa-apa. Kuharap papa tidak akan mendesakku mengikut kehendak mama dan meminggir pandanganku sendiri. Akulah yang akan menjalani kehidupanku ini, hendaknya janganlah mereka mengatur hidupku dan memaksaku menurut apa yang mereka percaya baik untukku. Hari sudah pukul lima petang tetapi kami masih belum pulang. Papa membawaku ke tepian Pantai Tanjung Bungah. Di sana terdapat banyak gerai di tepi laut. Papa memberhentikan keretanya di satu kawasan parkir tidak jauh dari deretan gerai itu. Rojak buah paling terkenal di sini. Gerai ni selalu penuh dengan orang, kadang-kadang sampai tak cukup tempat duduk, cerita papa. Di antara deretan gerai yang tersebar di sepanjang Pantai Tanjung Bungah, terdapat jua pepohon kelapa dan ru yang melambai-lambai disapa angin laut. Tempat makan ini sangat terkenal dan besar. Memang jelas sekali bukanlah satu kebohongan sekiranya ramai orang yang datang, tempat itu akan menjadi sesak. Andai papa mengajakku berjalan di sepanjang

71

Kaulah Satu

petang sambil menunggu matahari terbenam, tentulah aku akan gembira. Tetapi ternyata tidak. Papa mengajak aku singgah di gerai itu lalu memesan makanan. Segera setelah memesan makanan, dia langsung memulakan percakapan. Lia betul-betul tak mahu masuk universiti, nak? Kan saya dah cakap, saya minat bidang seni lukis dan grafik. Saya akan memohon masuk ke kolej seni. Tak menyesal kerana tak memilih masuk ke universiti dan meneruskan pelajaran dalam bidang sains? Buat apa saya memaksa diri memasuki bidang yang saya tak minat? Bukan ke hanya buang masa dan duit. Aku mencari helah. Rojak buah di sini memang enak. Kuah petisnya pekat, cukup pedas, masam dan manis. Aku terlupa bahawa aku alah kepada udang. Kuharap tubuhku tidak akan menjadi merah-merah dan bengkak. Buah-buahan di dalam rojak itu sungguh mewah. Cukup segalanya dengan mangga, betik, timun, sengkuang, kacang tanah dan lain-lain lagi. Aku melupakan kejengkelan hatiku dengan sikap papa yang terus mahu memaksaku memohon untuk memasuki universiti. Keputusan SPM pun belum keluar, papa dan mama sudah sibuk-sibuk mahu mengatur perjalanan masa hadapanku. Aku menyuap sepotong hirisan buah mangga muda yang rangup. Kemudian kuaduk-aduk jus buah epal yang baharu dihantar ke mejaku. Aku ingin sekali bertanya pada papa, siapakah Maria. Tetapi aku takut papa mengamuk dan lantas meminta aku supaya tidak mencampuri urusan hidupnya. Seorang bapa dibenarkan mencampuri urusan hidup anaknya tetapi seorang anak sama sekali dilarang mencampuri urusan hidup orang tuanya. Adilkah begitu? soal

72

Fatin Nilam Sari

hatiku. Kenapa orang mesti masuk universiti? tanyaku, membayangkan wang yang banyak boleh diperoleh dengan bekerja. Bukan setiap orang mendapat pekerjaan yang baik, walaupun keluar dari universiti. Bill Gates sendiri tidak menyelesaikan kuliahnya di universiti tetapi dia berjaya membina empayar perniagaannya sendiri dengan membangunkan program Microsoftnya yang terkenal dan diguna pakai di seluruh dunia. Jadi, memasuki universiti bukan jaminan seratus peratus untuk berjaya mendapat wang yang banyak di kemudian hari. Tetapi kepintaran otak manusia mengendalikan hidupnya adalah punca segala kesenangan dan kemakmuran yang dimilikinya. Papa tertawa lembut. Menjadi pelajar universiti seorang siswazah. Ada tempat yang baik dan dipandang tinggi dalam masyarakat. Orang yang berilmu ada darjatnya yang tersendiri. Dia akan sentiasa menjadi rujukan dan dicari bila diperlukan. Sudut mataku melirik ke arah papa lalu berkata, hanya itu saja ke? Dipandang tinggi dalam masyarakat. Tapi ada juga orang yang berjaya membina perniagaan dengan hanya bersekolah setakat tingkatan tiga, atau tamat darjah enam. Mengapa dia tak dipandang tinggi? Sedangkan dia juga berjaya cari duit, bina perniagaan, ada rumah besar, kereta besar segala-galanya besar. Papa terdiam. Kenapa papa tiba-tiba beri ceramah macam saya ni pelajar papa pula? Mama yang suruh ya? Benar dugaanku, pasti ada udang di sebalik batu

73

Kaulah Satu

dari tekad mama mengirim aku ke mari. Papa menghela menghembuskannya. nafas lebih keras lalu

Bukan kerana mama, nak. Papa cakap begini untuk kebaikan kau sendiri. Masa depan itu harus ditentukan supaya kau tahu ke manakah matlamat dan hala tuju kau suatu hari nanti. Papa menerangkan segalanya dengan tenang. Nadanya yang bijaksana mengejutkan aku.

BIDASAN kata-kata Anisa Camylia yang agak pedas menuduh, seakan benar tidak memungkinkan Halim bisa menasihatinya sebagai bapa, membuat hatinya sedikit tercalar. Halim hampir mengalah, ingin membenarkan Anisa Camylia menentukan masa hadapannya sendiri, namun kata-kata itu bagaikan tidak termuntah keluar dari mulutnya. Halim mengeluh perlahan. Tak ada ibu bapa yang tak menginginkan kebaikan dan kejayaan dalam hidup anaknya, Lia, kata Halim dengan penuh hati-hati. Maafkan papa. Selama ni papa tak ada di samping kau untuk memerhati kau setiap saat. Dan papa bukannya ingin bersyarah seperti papa berdepan dengan pelajar papa. Kau anak papa satu-satunya. Papa harap kau faham. Halim ingin mengatakan dia tetap sependapat dengan Hanna berhubung masa hadapan Anisa Camylia, namun dia sendiri terkejut. Hatinya jadi sedih. Dia terasa bahawa dia telah gagal menjadi seorang ayah yang baik. Halim berfikir sementara sebelum melontarkan kata-kata dengan nada lembut, bagaimana kalau Lia kuliah di sini? Tinggal terus dengan papa. Di sini pun ada banyak

74

Fatin Nilam Sari

universiti dan kolej. Anisa Camylia tidak menjawab. Lama dia terdiam. Jari-jarinya memutar straw di dalam gelas. Jus epalnya masih ada separuh dalam gelas yang tinggi dan kurus itu. Halim menunggu Anisa Camylia menyahut. Namun gadis itu hanya terus berdiam diri. Kau tak suka tinggal dengan kami? tanya Halim lagi. Anisa Camylia menggeleng. Bukan macam tu balas Anisa Camylia sambil memandang jauh. Mama tinggal sorang di KL. Di sini papa sudah ada Auntie Norma. Papa takkan keseorangan. Lebih-lebih lagi Anisa Camylia tidak menghabiskan kata-katanya. Halim lihat Anisa Camylia menutup mulut dengan telapak tangannya. Halim tertanya-tanya apakah yang ingin dituturkan oleh Anisa Camylia tetapi tidak jadi diungkapkannya.

SETELAH papa tiba-tiba mengajakku tinggal dengannya, hal pertama yang terlintas di fikiranku adalah bagaimana dengan mama. Mama tinggal keseorangan di Kuala Lumpur. Bagaimana dengan teman-temanku? Aku tidak punya kawan di sini hanya Jay. Jay pun tinggal di Kuala Lumpur dan hanya pulang bercuti selama seminggu. Memang segalanya serba sukar jika aku tinggal dengan papa. Lebih-lebih lagi bagaimana aku mahu melihat wajah Auntie Norma. Aku terasa ingin menyebut namanya terus-menerus sekarang. Bolehkah kami menjadi kawan? Atau dapatkah dia memainkan peranannya sebagai seorang ibu ataupun sekurang-kurangnya

75

Kaulah Satu

seorang kakak? Diam-diam wajah Auntie Norma mulai hadir di fikiranku. Lalu aku membayangkan dia di hadapan rumah papan kecil yang comel itu asyik dengan pepohon bunganya. Tanpa dia mengetahui bahawa papaku sedang menduakannya di luar sana. Papa berlagak seolah-olah hidup mereka berdua kekal bahagia. Akhirnya papa mengambil keputusan untuk menceraikan Auntie Norma lalu menikahi Maria. Apa akan jadi kepada Auntie Norma selepas itu? Dia tidak meneruskan studinya selepas bernikah dengan papaku. Dia bukan seperti mamaku yang punya kelulusan tinggi, punya pekerjaan yang baik dan punya anak. Aku akan terus setia terhadap mamaku sampai bila-bila. Seorang anak perempuan tidak akan mengkhianati ibunya buat selamalamanya. Lalu aku bertanya pada diriku sendiri; apakah jika aku berbaik-baik dengan Auntie Norma, bermakna aku mengkhianati mamaku? Suatu masa dahulu, semasa papa masih tinggal bersama-samaku dan mama, dia pun sering berada di luar. Alasannya dia sibuk dengan kuliah, menghadiri ceramah dan membentangkan kertas kerja. Dia sering dijemput oleh badan-badan kerajaan ataupun swasta untuk melontarkan idea dan ceramah-ceramah motivasi serta hal lain-lain. Papaku memang mahir dalam hal itu. Namun ironinya jelas sekali papa akan kebuntuan dalam menasihati diriku. Aku dan mama memang sentiasa tinggal berdua di rumah tanpa ditemani pembantu rumah. Mama memang tidak suka ada orang lain di dalam rumah kami. Justeru itu mama lebih suka mengemas sendiri rumah pada hari minggu. Aku mengagumi mama dalam soal ini. Dia benarbenar wanita yang berdikari dan kuat semangat. Aku sebenarnya mahu menjadi seperti mama. Tetapi aku tidak akan menuruti kehendaknya supaya aku menjadi
76

Fatin Nilam Sari

seorang doktor ataupun jurutera. Aku hanya ingin meminjam semangat kental yang dimilikinya. Aku tidak akan mahu tinggal dengan papa meskipun aku telah memadamkan beberapa peratus rasa marah dan benciku pada Auntie Norma. Walaupun mama sering kali tenggelam dalam kesibukan menghadapi pekerjaan, aku tetap tidak suka membayangkan mama tinggal sendirian di Kuala Lumpur tanpa aku di sisinya.

77

Kaulah Satu

7
APA tidak langsung mengajakku pulang setelah selesai makan di gerai Tanjung Bungah. Kami berpusing-pusing sekitar bandar, melalui Jalan Masjid Negeri. Papa mengajakku singgah untuk solat asar yang sudah tiba di penghujung waktu. Kemudian kami sempat pula singgah di Tuition Centre milik papa yang dikongsi dengan rakannya Encik Baharom. Papa membawaku ke pejabat. Kebetulan Encik Baharom ada di pejabat itu, walaupun petang sudah begitu lewat. Dia masih belum pulang. Ini anak aku, Baha. Anisa Camylia. Oh, Anisa Camylia. Apa khabar? tegur Encik Baharom.

78

Fatin Nilam Sari

Baik uncle, jawabku. Tiba-tiba dari arah pintu, masuk seorang perempuan yang begitu manis dan cantik. Dia berwajah lembut, berkulit putih kuning dan berambut panjang separas bahu. Dia mengenakan sepasang baju kurung daripada sutera Itali yang menawan. Abang Halim! Baru datang? Dia menegur papaku dengan yang nada mesra. Ya, Maria. Kau ada kelas petang ni? Maria! Aku terkejut. Diakah perempuan bernama Maria yang menjadi igauan papaku itu? Biar betul! Mataku tidak berkelip memandangnya yang bergerak mendekati kami. Dia tersenyum ke arahku lalu menegur, inikah Anisa Camylia, anak abang yang selalu abang ceritakan tu? Ya. Inilah Lia. Anisa Camylia! balas papa dengan mesra. Helo Lia! Apa khabar? Aku masih berdiri mematung, memandangnya dengan pandangan yang dingin. Dia tersenyum, tidak langsung tersinggung biarpun tangannya yang terhulur ke arahku tidak kusambut. Lia! Kenapa diam? Jawablah Auntie Maria tanya tu! desak papa. Auntie? kataku dengan nada sinis. Bukankah lebih elok kalau saya panggil kakak? Dia lebih muda daripada Auntie Norma, kan? Papa terkejut mendengar kata-kata itu. Wajah Maria dan papa berubah menjadi kelat. Encik Baharom yang sibuk membalik-balikkan buku di atas mejanya pura-pura tidak mendengar perbualan kami.

79

Kaulah Satu

Jangan biadab, Lia! Kalau papa kata kau mesti panggil auntie janganlah banyak soal! kata papa memberikan amaran dengan suara yang sedikit keras. Saya bukan biadab. Itu memang kenyataan! kataku tersenyum sinis. Hatiku berbisik; siapa yang makan cili tentulah dia terasa pedas. Sepatutnya Maria tidak terasa hati kerana aku memuji usianya yang muda belia. Aku bukannya mengeji! Aku tersenyum. Saya tersilap ke? Aku menujukan pertanyaan itu pada Maria. Mahu saya panggil kakak atau auntie? Terpulanglah, jawab Maria ringkas lalu berjalan ke mejanya. Papa memandangku dengan pandangan tajam. Kemudian tersenyum pada Maria dan Encik Baharom lalu meminta diri. Dia mengheret tanganku dengan kasar menuju ke ruang hadapan. Di situ terdapat tangga menghala ke tingkat atas. Terdapat banyak kelas di atas bangunan itu. Di bawah adalah bilik guru dan juga pejabat. Di bahagian belakang ada pantri, tandas dan dua buah bilik rehat guru dan pelajar. Kau betul-betul memalukan papa. Kau tahu Maria tu siapa? Aku hanya mengangkat bahu. Ingin sahaja kukatakan, siapa lagi kalau bukan kekasih papa tetapi katakata itu tidak terluah. Aku takut jika papa mengamuk dan menuduh aku sengaja mereka-reka cerita. Dia adik Encik Baharom, rakan kongsi papa. Dia juga seorang tutor di sini. Jadi, tolong hormati dia! Aku tidak menjawab. Wajahku masam mencuka. Aku tidak tahu mengapa kini aku jadi bertambah kasihan

80

Fatin Nilam Sari

pada Auntie Norma. Lalu beberapa peratus rasa marah dan dendamku pada Auntie Norma mulai terpadam lagi. Aku melepaskan keluhan. Papa, saya nak balik. Saya dah letih sangat. Okeylah, balas papa sambil bergerak keluar menuju ke kereta yang diparkir di medan parkir yang terletak bertentangan dengan pusat tuisyen itu.

RAMLAH, teman sepejabat yang turut mengalami perceraian dan menjadi ibu tunggal pernah bertanya kepada Hanna; apa yang akan dia lakukan sekiranya suatu hari nanti Anisa Camylia mengambil keputusan untuk hidup berdikari. Anisa Camylia semakin meningkat remaja dan akan menjadi dewasa dalam masa beberapa tahun lagi. Sedangkan Hanna semakin hari semakin tua. Sesuai sifatnya sebagai seorang wanita yang semakin tua, semakin lemah dan tidak mempunyai teman. Hanna agak terganggu mengingati pertanyaan Ramlah itu. Kala itu dia menjawab dengan nada meremehkan kata-kata Ramlah, kita takkan dapat menghalang masa Masa akan terus berubah, manusia berubah. Tiada yang kekal. Kita mesti terima apa juga peredaran dan putaran yang berlaku. Baharu dua hari dia ditinggalkan oleh puterinya itu, fikiran-fikiran negatif mulai berlegar-legar dalam mindanya. Dia tertanya-tanya apakah Anisa Camylia sudah semakin mesra dengan Norma. Dia yakin Anisa Camylia semakin rapat dan sayangkan papanya seperti semasa dia masih kecil. Anisa Camylia tidak boleh tidur kalau Halim belum pulang dari kerja. Anisa Camylia cenderung menunggu Halim pulang, baharulah dia dapat melelapkan mata.

81

Kaulah Satu

Kalau jatuh sakit pula seperti demam, Anisa Camylia mahu tidur di sisi Halim di atas katil mereka. Biarpun katil menjadi agak sempit, kerana Anisa Camylia tidur lasak, namun Halim tetap selesa. Halim tidak pernah marah. Dia membiarkan Anisa Camylia tidur bersama mereka selama yang diingininya. Lalu Anisa Camylia sering kali membuat helah menyatakan dia masih demam kerana mahu tidur bersama papa dan mamanya. Anisa Camylia tidak mungkin boleh hidup berdikari, demikian putus Hanna untuk menyedapkan hatinya sendiri. Anisa Camylia tidak akan meninggalkannya sendiri di sini, menjalani hari-hari sepinya seorang diri. Hanna tersentap apabila telefon di mejanya berdering panjang. Sejak Anisa Camylia tiada di rumah, dia sering kali tenggelam dalam lautan khayalan. Dia juga kini selalu pulang cepat ke rumah dan menunggu Anisa Camylia menghubunginya. Jika anak itu tidak menghubunginya hingga lewat malam, awal pagi esok dia akan menelefon Halim, bertanya apakah segalanya okey di sana. Hanna menjawab panggilan dan menyelesaikan perbualan dengan cepat. Dia lebih senang tenggelam dalam arus fikirannya sendiri. Kerja-kerja semua sudah dibereskan. Ada beberapa minit lagi sebelum tiba waktu makan tengah hari. Hanna memang tidak punya rancangan hidup masa hadapan selain daripada bersama Anisa Camylia. Sudah tentu dia akan meneruskan kerjanya hingga khidmatnya tidak diperlukan di syarikat itu. Selepas pencen, apa yang harus dia lakukan? Barangkali dia akan menjaga cucu anak Anisa Camylia. Barangkali Anisa Camylia sudah pun bernikah dan mempunyai anak-anak. Bagaimana jika Anisa Camylia memulau institusi perkahwinan dan hidup berkeluarga

82

Fatin Nilam Sari

setelah dia melihat kegagalan orang mempertahankan rumah tangga mereka?

tuanya

dalam

Hanna jadi kalut. Terus terang dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Anisa Camylia tidak boleh membenci alam perkahwinan semata-mata kerana kegagalan Hanna dan Halim mempertahankan rumah tangga mereka. Apakah suatu hari nanti Anisa Camylia akan menuruti jejak langkahnya? Menjadi ibu tunggal seperti dirinya juga? Hanna cuba mendail nombor telefon bimbit Anisa Camylia. Panggilannya tidak berbalas. Entah ke mana Anisa Camylia pergi hari ini, bisik hatinya. Apakah Anisa Camylia sudah lupa padanya yang menunggu panggilan daripada anak itu setiap hari dan malam? Sekarang Anisa Camylia tidak memerlukan dirinya lagi. Dia sudah berada di samping papa dan ibu tirinya, Norma. Hanna telah melewati tahap demi tahap dalam hidup Anisa Camylia. Sejak dia lahir, merangkak, bertatih dan berlari. Hanna tiba-tiba merindui saat terindah dalam hidupnya. Saat Anisa Camylia amat memerlukan dirinya sehingga anak itu tidak boleh ditinggalkan walaupun seminit! Jika ditinggalkan pasti Anisa Camylia akan menangis. Dia akan menuntut supaya dipujuk, dipeluk dan dicium. Namun sampai pula ketikanya Anisa Camylia merasa malu jika dipeluk walaupun sedetik kala berpisah. Hanna berpendapat seorang wanita sepatutnya mempunyai karier atau aktiviti positif di luar rumah. Menyibukkan diri untuk melupakan segala masalah. Akhirnya mahligai kaca yang didirikannya dihempas mimpi yang menjadi kenyataan. Seorang ibu berasa sedih dan kesal kerana tidak diperlukan oleh anak-anak yang beranjak dewasa. Sekurang-kurangnya mereka masih memiliki kehidupan yang memberi erti di hujung kehampaan itu.

83

Kaulah Satu

Mereka mempunyai kerjaya dan wang untuk menyara hidup sendiri di hati tua. Dan ketika bayangan menakutkan seakanakan menjadi kenyataan, rasa takut tetap muncul. Mama, kenapa orang yang berkahwin tak boleh setia? tanya Anisa Camylia pada suatu malam setelah dua hari dia berada di rumah Halim. Hanna terkejut sedikit menengar pertanyaan Anisa Camylia yang kedengaran begitu serius sekali. Kenapa kau tanya macam tu, Lia? Masa mama kahwin dengan papa, mama dan papa sama-sama saling menyayangi, kan? Hanna sebenarnya sudah bersiap sedia dengan penjelasan sekiranya Anisa Camylia bertanya kenapa harus terjadi perpisahan di antara dia dan Halim. Namun saat dia dan Halim berpisah, Anisa Camylia tidak pernah menanyakan soalan itu. Lalu Hanna memutuskan untuk menjawab soalan Anisa Camylia dengan sejujur mungkin. Ya Lia. Memang mama masih sayang pada papa. Sehingga sekarang pun perasaan tu masih ada. Tapi papa dan mama telah dipisahkan oleh garisan takdir hidup masingmasing. Kami memang masih sayang-menyayangi di antara satu sama lain, tapi bukan seperti dulu lagi. Masa mama kahwin dengan papa, mama tentu takkan menyangka papa akan berlaku curang dan mempunyai teman wanita lain. Betul, kan? Mama memang tak tahu akan terjadinya perceraian, kan? Soalan Anisa Camylia kedengaran semakin aneh di telinga Hanna. Hanna berasa sulit sekali untuk menjawab pertanyaan Anisa Camylia. Dia yakin, memang Anisa Camylia

84

Fatin Nilam Sari

benar-benar ingin tahu. Justeru itu dia tidak boleh berselindung. Dia harus terus bersikap jujur dengan anak perempuannya itu. Bercakap soal perasaan memang perkara yang susah, Lia. Setiap yang berlaku di luar kehendak dan kemahuan kita. Kadang-kadang kita mengharap perkara lain, tetapi lain yang terjadi. Mama tak mungkin dapat menghalang papa kau untuk jatuh cinta lagi, seperti yang terjadi di antara papa dan Auntie Norma. Kalau begitu lelaki memang suka menyakiti hati wanita, ya mama? Rasa sakit hanya muncul bila kita tak dapat terima sesuatu. Memaksa orang yang kita cintai untuk membuat pilihan adalah satu sikap mementingkan diri sendiri, ego. Itulah pendapat mama. Kenapa begitu? Kalau kita benar-benar mencintai seseorang, lepaskan dia. Biarkan dia menikmati bahagia dengan caranya sendiri. Cinta tak semestinya memiliki. Cinta juga tak semestinya harus dibalas. Jadi, kenapa papa dan mama berkahwin? Kalau perkahwinan itu hanya satu belenggu. Bukankah tanpa perkahwinan, perasaan akan bebas dari rasa disakiti dan menyakiti? Bukan semua perkahwinan akan berakhir dengan perceraian, Lia. Masih banyak perkahwinan yang unggul di sepanjang hayat. Ini soal takdir, nak! Lagipun jika kami tak menikah, kami takkan dapat kau, sayang. Ya! Betul juga. Terima kasih mama. Lia sayang mama... kata Anisa Camylia mengakhiri perbualan pada malam itu.

85

Kaulah Satu

Mama juga sayang padamu, Lia! bisik Hanna berulang kali sambil memandang telefon di atas meja yang kini kaku. Malam itu Hanna sukar melelapkan matanya seperti dua malam yang lalu. Dia begitu merasai ketiadaan Anisa Camylia di rumah dan rasa kehilangan itu turut dibawanya ke pejabat. Jangan bersedih, kata Ramlah semasa makan tengah hari esoknya. Dia hanya pergi bercuti dengan papanya. Dia akan pulang ke pangkuan kau, Hanna... katanya lagi separuh memujuk. Hanna memaksa bibirnya mengukir senyuman yang hambar.

86

Fatin Nilam Sari

8
ORMA memerhati Anisa Camylia meletak telefon dengan wajah muram. Dia kelihatan agak lesu sejak pulang dari berjalan-jalan dengan Halim sepanjang hari itu. Simpati tumbuh di hati Norma saat gadis itu melangkah longlai masuk ke kamarnya. Mungkin dia benar-benar tidak sedap badan. Pasti dia keletihan, seharian dibawa Halim mengelilingi bandar. Malam semalam Norma tahu dia berjaga hingga larut malam. Dia terhendap-hendap melewati kamar tidur Norma untuk menelefon ibunya. Norma masih belum tidur. Dia menunggu Halim masuk ke kamar tetapi ternyata Halim tidak masuk ke bilik tidur malam itu. Tidak pernah Halim sedingin ini dengan Norma. Dan tidak pernah Halim meninggalkan Norma tidur sendirian di kamar sejak mereka berkahwin.

87

Kaulah Satu

Lia! Malam ni kita makan mi hailam. Cepat mandi ya! kata Norma sebelum Anisa Camylia menghilang ke dalam kamarnya. Anisa Camylia menoleh dan menjawab dari jauh sahaja, saya tak makan malam, auntie. Lagipun saya terlalu letih. Saya mahu terus tidur. Tapi pastikan mandi dulu, ya! Barulah sedap tidur... pesan Norma seikhlasnya. Anisa Camylia memandang Norma dengan jelingan yang tajam. Dengan cepat Norma memahami maksud tatapan tajamnya itu. Dia tidak suka Norma bercakap banyak dengannya, apalagi mencampuri urusan hidupnya. Dia hendak mandi ataupun tidak, itu masalahnya sendiri. Mendadak Norma rasa menyesal berbicara panjang lebar sambil menasihati Anisa Camylia. Bukankah jelas sekali Anisa Camylia telah menetapkan pendiriannya tidak akan bercakap dengan Norma penuh mesra? Dia hanya hadir di situ sebagai anak Halim, tetapi bukan sesiapa pada Norma. Kenyataan itu membuatkan Norma rasa sedih sekali. Dia mulai menyibukkan dirinya di dapur menyiapkan mi hailam. Tidak sampai lima minit kemudian Anisa Camylia keluar dengan tuala tersangkut di bahu menghala ke pintu dapur. Norma pura-pura tidak melihatnya. Namun dia segera memasang lampu di luar, supaya lorong menghala ke bilik air menjadi terang. Bilik air memang tidak ada lampu, namun ianya tidaklah terlalu gelap, kerana bilik air tidak mempunyai atap. Terdedah pada langit yang dihiasi dengan bulan penuh. Anisa Camylia langsung tidak mengucapkan terima kasih. Dia terus turun menghala ke bilik air dengan membiarkan pintu dapur ternganga luas. Anisa Camylia mandi dengan cepat. Tidak sampai sepuluh minit dia sudah naik kembali ke rumah. Lalu
88

Fatin Nilam Sari

terburu-buru masuk ke kamar. Dia tidak menegur Norma yang sibuk menyediakan mi hailam. Dia benar-benar tidak berniat hendak menikmati makan malam, fikir Norma. Lalu malam itu hanya Norma dan Halim sahaja yang menghadap meja makan. Ke mana abang bawa Lia? Nampaknya dia letih sangat, kata Norma prihatin. Jalan-jalan sekeliling bandar. Sempat juga aku bawa dia ke pusat tuisyen. Oh Kening Norma terangkat sedikit. Biarpun sudah setahun beroperasi, Norma sendiri baharu sekali dibawa Halim ke sana. Norma tidak pernah menuntut ingin selalu ke pusat itu. Memang dia tidak tahu apa yang harus dibuatnya di situ. Dia tidak suka ikut terlibat dengan kegiatan suaminya. Lagipun di situ tempat suaminya mencari rezeki. Lebih baik dia tidak mengganggu lelaki itu bekerja. Esok aku akan kerja semula. Dah dua hari aku cuti. Musim cuti panjang begini walaupun tak banyak kelas yang buka, tapi aku tetap perlu ke sana. Suka hati abanglah jawab Norma sambil mengunyah mi hailamnya perlahan-lahan. Dilihatnya Halim makan dengan berselera sekali. Sudah dua kali dia menambah mi hailam ke dalam mangkuknya. Sedap? tanya Norma seolah-olah ingin bermanja. Halim sekadar berkata, ya boleh tahan! Norma sedikit kesal. Mengapa lelaki begitu kedekut untuk memuji isterinya sendiri? Biar bagaimana sedapnya masakan si isteri, dia tidak akan melemparkan sebarang pujian. Kalau isterinya cantik dan sempurna pun

89

Kaulah Satu

dia tidak akan memberikan pujian. Apa salahnya jika dia memberi sedikit pujian yang akan terkesan begitu mendalam di dalam hati isterinya. Walaupun perkara itu kecil sekali, tetapi kesannya akan dia rasai sepanjang malam. Begitu juga sebaliknya. Kesan daripada keengganannya mengakui satu hakikat itu membawa kesedihan yang berpanjangan di hati Norma. Walaupun perkara itu sangat kecil untuk dijadikan isu, namun ia tetap menyakitkan!

MASIH kuingat pandangan Auntie Norma yang kelihatan membendung sendu. Aku tidak mengendahkan sikap prihatinnya. Mulanya aku memang tidak ingin mandi walaupun badanku terasa melekit. Namun sebaik sahaja aku masuk ke dalam kamar yang pengap itu, aku kegelisahan. Memang aku tidak boleh tidur dengan tubuh yang kepanasan dan keletihan begini. Lalu aku mencapai tuala untuk mandi. Setelah mandi aku berbaring dengan selesa di atas tilam, sambil meluruskan otot-otot yang kejang. Dari arah dapur aku tidak lagi mendengar suara papa dan Auntie Norma berbual. Mereka makan dalam suasana yang senyap. Apakah mereka memang begitu? soalku sendiri. Mereka jarang berbual ketika makan atau mereka berasa segan untuk menunjukkan kemesraan di hadapanku? Aku pasti, telahanku yang kedua lebih tepat. Mereka segan kerana aku sudah menjadi gadis remaja yang mempunyai hati dan perasaan. Tiba-tiba aku teringat pada Jay. Lalu aku menjangkau tangan memasang lampu meja yang terletak di tepi katil dan mencari telefon bimbitku di dalam beg tangan.

90

Fatin Nilam Sari

Aku menghantar pesanan ringkas pada Jay.

Hai! Sdg buat apa? Dh tdr?


Tidak lama kemudian aku mendapat jawapan daripada Jay.

Blm. Sy tgk tv. Esk awk buat apa? Blh kt jmpa?


Aku terdiam sejenak. Mataku membaca SMS Jay berulang kali sambil berfikir. Keluar dengan Jay esok? Pasti seronok. Esok papa akan kembali bekerja. Tiba-tiba hatiku menjadi muram semula. Pasti papa tidak sabar untuk menemui Maria yang cantik dan muda belia itu.

Blh. Di mana?
Aku berdebar menunggu jawapan daripada Jay.

KOMTAR. Pkl 10 pg.


Aku tersenyum riang.

OK.
Aku meletakkan telefon bimbit di atas meja semula. Mataku menatap siling yang samar-samar. Hanya lampu suram di atas meja menebar cahaya ke seluruh kamar kecil

91

Kaulah Satu

itu. Aku berangan-angan tentang pertemuan dengan Jay. Tiba-tiba aku rasa bersalah pada Nazwan. Jahatnya aku! Mengapa aku harus berkawan dengan Jay sedangkan aku telah berjanji untuk setia pada Nazwan? Aku teringat pada kata-kata mama yang baharu kudengar lewat corong telefon tadi; bercakap soal perasaan memang perkara yang susah, Lia. Setiap yang berlaku di luar kehendak dan kemahuan kita. Kadang-kadang kita mengharap perkara lain, tetapi lain yang terjadi.

Argh! Aku dan Jay tidak punya sebarang perasaan. Kami hanya kawan, bisikku berulang kali sambil menarik selimut. Lampu kupadamkan. Keletihan membuat aku terlelap dengan cepat.
Aku terjaga semula lewat tengah malam. Suasana di dalam rumah sunyi dan sepi. Semua orang sudah tidur. Aku berpusing ke kiri, mencari keselesaan dan cuba untuk kembali tidur. Tetapi aku tidak dapat melelapkan mata. Aku dilanda homesick. Memang aku rindukan kamar tidurku sendiri dan mama. Tiba-tiba aku teringat pada Auntie Norma dan wajahnya yang muram. Sejenak aku cuba mengerti apa yang ada di dalam fikirannya setiap kali berhadapan denganku. Aku yakin dia menghadapi saat-saat yang sukar, seperti diriku juga yang sukar menerima kehadirannya. Aku jadi bertambah kasihan padanya apabila teringat pula pada Maria. Apa yang menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan papa, seorang suami dan juga seorang bapa? Jika dia hanya berpegang pada cinta, jelas perasaan cinta itu begitu rapuh sekali. Pernah kudengar, mama menyatakan Auntie Norma tidak sempat menghabiskan kuliahnya. Dia baharu berada di

92

Fatin Nilam Sari

tahun dua saat mulai bercinta dengan papa. Setelah menikah, papa tidak mengizinkan dia menyambung pelajaran. Malang bukan? Mama ternyata jauh lebih beruntung. Mama memiliki kerja dan aku, anaknya tetapi Auntie Norma tidak punya apa-apa sekiranya dia ditinggalkan oleh papa. Kenapa sekarang aku memikirkan nasib Auntie Norma? Aku yakin dia tidak menikmati masa muda dengan sepuas-puasnya. Dia telah terbelenggu dalam ikatan pernikahan dan menjadi isteri papaku. Papa memerintahkan dia hanya duduk di rumah menjadi suri rumah sepenuh masa. Papa tidak mahu isteri keduanya menjadi seperti mamaku yang menuntut cerai dengan berani kerana mempunyai kerjaya yang kukuh. Kasihan kau Auntie Norma, bisik hatiku lagi. Aku tahu dia menikah dengan papa ketika berumur dua puluh lima tahun. Aku pernah mendengar mama berkata papa telah melanggar etika dengan mencintai gadis separuh usia papa. Auntie Norma akan menghadapi kepahitan yang sama seperti yang dialami oleh mamaku. Tiba-tiba di luar kehendakku, aku bangun dan bergerak menuju ke luar kamar. Aku melintasi dapur yang terang-benderang. Memang di rumah ini punya peraturan, lampu dapur tidak akan dipadamkan sepanjang malam. Aku menuju ke beranda luar, menghadap ke laut. Papa tidak ada di beranda itu. Namun sangat mengejutkan kerana aku melihat susuk tubuh Auntie Norma. Kudengar esakan halusnya. Aku tidak jadi hendak keluar. Aku berpatah semula ke kamar dengan dada berdebar-debar. Apa sudah jadi? Kenapa dia menangis sendiri di beranda pada tengah-tengah malam begini? Apakah dia sudah tahu kecurangan papa? Siapa yang mengkhabarkan kepadanya? Atau dia memang

93

Kaulah Satu

sudah lama tahu? Pernah aku terbaca satu pepatah tentang hidup. Katanya, hidup bagaikan bumerang. Apa yang pernah kita lakukan terhadap orang lain, suatu saat nanti akan berbalik semula kepada kita. Kini aku rasakan bumerang yang pernah dilemparkan oleh Auntie Norma telah berputar kembali kepadanya. Dan meskipun kesetiaanku pada mama membuatkan aku sukar bersikap ramah padanya, aku tetap tidak dapat mencegah rasa kasihan yang hadir bergandaganda di dalam hatiku lalu mencairkan segala rasa marah dan benci. Aku terasa seperti ingin memujuknya saat mendengar esakan halusnya tadi Esakan yang turut menyiat hati dan perasaanku.

94

Fatin Nilam Sari

9
PA gunanya aku pergi sebegini jauh daripada mama, jika tidak dapat memanfaatkan waktuwaktu bersendirian ini dengan sebaiknya. Duduk memerap di dalam kamar tidur, bukanlah kebiasaanku jika berada di rumah. Di Kuala Lumpur, ada sahaja kegiatan yang aku lakukan. Di sekitar rumahku sahaja, ada banyak cyber cafe, restoran dan bistro, kedai buku dan kompleks membeli-belah. Atau aku akan pergi ke rumah Roslinda. Terkadang Roslinda akan ke rumahku. Tetapi aku tidak pernah bersendirian. Pagi itu, aku bersiap-siap selepas papa berangkat ke tempat kerjanya. Auntie Norma tiada di dapur semasa aku turun mandi. Sempat aku tanyakan pada Mak Dah yang sibuk memberi makan arnab peliharaan Auntie Norma di dalam kandang di belakang rumah. Katanya Auntie Norma ke pasar. Aku segera menyelinap keluar sebelum dia pulang.

95

Kaulah Satu

Aku memang tidak pernah menaiki bas. Jadi lupakan sahaja soal menaiki bas yang kulihat langsung tidak ada kelas. Aku segera menahan teksi yang baharu lewat. Sempat kuperhati jam di pergelangan tangan kiri yang menunjukkan ke angka sembilan tiga puluh minit pagi. Sempat aku memenuhi janjiku dengan Jay. Aku meminta pemandu teksi menghantarku ke KOMTAR. Kulihat Jay sudah pun menungguku di hadapan kompleks tersebut. Sebaik sahaja keluar dari teksi, aku terus mendapatkannya. Dia kelihatan gembira melihatku datang. Dia tersenyum sehingga lesung pipitnya terserlah. Saya ingatkan awak tak datang. Sorry, saya lewat sikit, kataku sambil memerhati sekeliling. Tidak sabar rasanya untuk menghabiskan masa dengan Jay. Entah apa rancangannya hari itu. Yang pasti aku hanya akan mengikutnya ke mana sahaja. Kami ke Taman Rama-Rama, di Teluk Bahang. Terhibur hatiku melihat pelbagai jenis rama-rama yang cantik. Terdapat lebih 150,000 spesies rama-rama di dunia. Rama-rama adalah makhluk yang sangat cantik yang dijadikan oleh Tuhan. Ada sesetengah spesies rama-rama dipelihara khas untuk mendapatkan sutera. Sutera terdiri daripada rembesan kelenjar liur beluncas besar yang selalu disebut ulat sutera. Hasilnya disebut serikum ataupun serikultur iaitu penghasilan sutera. Kemudian kami menyusuri jalan-jalan di Georgetown. Jay membawaku ke tempat para pelukis jalanan mempamerkan lukisan-lukisan mereka, setelah dia tahu aku meminati bidang seni lukis. Melihat mereka yang begitu gigih mempamerkan hasil karya mereka di tepian jalan, aku bersemangat untuk menjadi lebih baik daripada mereka. Aku
96

Fatin Nilam Sari

perlu mendapatkan ilmu pengetahuan terlebih dahulu. Teringat kata-kata papa, hanya dengan ilmu pengetahuan, manusia akan dipandang tinggi dalam masyarakat. Kami juga sempat ke kedai buku. Aku membeli beberapa buah novel romantis yang ditulis oleh penulis kesukaanku. Jay ingin membayar dengan wangnya tetapi aku menolak dengan sekeras-kerasnya. Jay tidak puas hati lalu dia membelikan aku sekuntum bunga ros merah yang berbalut cantik. Aku menerimanya dengan senang hati. Kemudian kami ke sebuah kafeteria di Jalan Macalister. Saat duduk berhadapan dengan Jay di kafeteria itu, aku tiba-tiba teringatkan papa. Jika papa tahu aku keluar dengan Jay hari ini, pasti papa akan marah. Maaflah! Aku perlu melegakan rasa tegang yang hadir dalam hatiku dengan keluar berjalan-jalan. Bila teringatkan papa, wajahku bertukar muram sehingga Jay menegur perubahan moodku itu. Hey, kenapa awak diam saja? tanya Jay ingin tahu. Saya letih... jawabku sengaja berhelah. Kita isi minyak dulu, pasti hilang letih. Awak nak makan apa? tanya Jay sambil merenung menu. Aku malas hendak memilih. Kuserahkan sahaja pada Jay. Dia memilih western food. Aku cuba menyuap makanan. Perut memang pedih kelaparan dan lutut terasa begitu kejang. Awak minat tengok konsert? Ataupun teater? Jay bertanya. Hey! Janganlah! Cukup saya dah letih macam nak pengsan. Jangan ajak saya ke mana-mana lagi. Lepas makan ni, saya nak balik, jawabku pantas. Jay ketawa.

97

Kaulah Satu

Jangan cepat mengalah. Penat tu biasalah! Kat KL awak tak biasa jalan-jalan ke? tanyanya lagi. Tapi taklah segila hari ni. Dari pagi sampai ke petang, tak balik-balik lagi! balasku tersenyum. Anak yang baik gumam Jay. Aku tergelak kecil. Anak yang baik? Bukan! Saya budak nakal! Hmmm nakal tak apa, asalkan bukan jahat, Lia! Walaupun kita baru berkenalan tapi rasanya macam dah kenal lama, kata Jay sambil merenung ke dalam mataku. Jatuh cinta sebenarnya satu detik yang singkat. Itulah saat-saat yang terindah mata terpukau, hati berdenyut, ungkapnya perlahan, romantis sekali. Wow! Aku tak tahu apa yang harus aku katakan. Yeah balas Jay. Jatuh cinta hanya satu pandangan sesaat, yang selebihnya adalah pergaulan panjang yang menuntut tanggungjawab dan kejujuran. Aku mengangguk. Aku cuba mengerti apa yang dikatakan oleh Jay. Tetapi di manakah kejujuran dalam perhubungan di antara papa dan Auntie Norma? Entah mengapa hatiku menyoal sendiri. When sorrows come, they come not in single spies, but in battalions, kata Jay dengan lancar sekali. Aku memandang Jay dengan dahi berkerut. Tidak mengerti mengapa dia harus meminjam kata-kata William Shakespeare. Namun aku mengerti maksud yang mahu dia sampaikan. Saya tahu awak bukan hanya letih tapi awak seperti bersedih. Awak pura-pura aje gembira. Aku mengeluh.

98

Fatin Nilam Sari

Awak ni ahli nujum ke? tanyaku sambil melindungi kepedihan hatiku dengan tersenyum manis. Ahli nujum bukan pujangga pun bukan. Saya hanya meminati karya-karya William Shakepeare, balas Jay. Awak tahu tak kata-kata ini; what is past is prologue. Saya tahu Jay tergelak kecil. William Shakepeare. Ucap kami serentak. Lalu kami sama-sama tertawa. Jangan lupakan hari semalam. Semalam adalah permulaan hari ini, kata Jay. Tapi jangan sampai hari semalam yang pahit meracuni kegembiraan hari ini Itu kata-kata siapa pula? tanyaku seraya tersenyum. Kemuraman di wajahku telah pun hilang. Kata-kata saya sendiri, jawab Jay, mengulum senyuman tiada putusnya. Hmmm pemuzik yang romantis! balasku tanpa sedar memujinya. Jay tertawa lalu berkata, lepas ni saya hantar awak balik. Entah mengapa setelah selesai makan, aku terasa berat sekali hendak berpisah dengan Jay. Dia teman yang sangat menyenangkan, pandai mengambil hati dan membuat aku lupa segala masalah. Berbual dengannya seolah-olah masa begitu cepat sekali berlalu. Jay menolong mendapatkan teksi untukku. Dia mengucapkan selamat tinggal dengan wajah ceria dan berharap untuk berjumpa lagi esok. Katanya hari Sabtu nanti dia akan pulang ke Kuala Lumpur. Namun aku menolak. Esok aku ingin menghabiskan masa sendirian di tepian

99

Kaulah Satu

pantai. Di kedai buku tadi aku sempat membeli kertas lukisan serta water colour. Aku berhasrat ingin melukis esok. Sepanjang perjalanan pulang, aku memikirkan tentang petualangan papaku. Maaf papa! Semua anak perempuan di dunia ini jika berada dalam situasi yang sedang aku hadapi sekarang, akan mengambil sikap sepertiku apabila mengetahui bapa mereka bukanlah lelaki yang boleh dibanggakan. Lelaki yang cenderung menyakiti hati wanita yang mencintainya. Aku bukanlah kini berada di pihak Auntie Norma. Batinku menjerit menyatakan papa tidak adil dalam permainan perasaannya terhadap mama, Auntie Norma dan Auntie Maria. Baharu beberapa hari berada di sisi papa, aku sudah dapat mengenali siapakah papaku itu sebenarnya! Saat tiba di hadapan rumah, aku terkejut mendapati di rumah itu ada ramai tetamu. Banyak kereta terpakir di tepian jalan menghala ke rumah. Aku tidak tahu ada majlis di rumah hari ini. Tiada sesiapa memaklumkannya padaku. Aku bimbang jika ada yang menyangka aku sengaja melarikan diri padahal ada kenduri di rumah. Mengapa papa tidak memberitahuku awal-awal? Patutlah pagi-pagi lagi Auntie Norma sudah ke pasar. Kudapati kereta papa pun ada. Aku terpinga-pinga sendiri. Aku yakin akan dimarahi dengan teruk oleh papa. Aku menyelinap keluar tanpa pengetahuannya. Aku yakin papa balik awal dari kerja pada hari ini, semata-mata kerana majlis yang diadakan di rumah. Saudara-mara Auntie Norma memang ada di sekitar Pulau Pinang ini. Memang Auntie Norma berasal dari sini. Malah rumah ibu bapa Auntie Norma tidak jauh dari rumah papaku ini. Dan kudengar juga, bahawa rumah ini didirikan papa di atas tanah ibu bapa Auntie Norma. Aku jadi tidak sedap hati kerana harus melalui

100

Fatin Nilam Sari

ruang tamu yang penuh dengan orang untuk masuk ke bilikku. Aku cuba menyelinap melalui pintu dapur kerana tidak mahu bertembung dengan papa. Saat aku mahu naik, kudengar suara Auntie Norma menegur, kau ke mana Lia? Pertanyaan kemarahan. Malah pengertian. itu langsung tidak mengandungi ianya dilahirkan dengan penuh

Errr saya keluar ke kedai buku, kataku dengan suara yang agak gugup. Mujur aku memang membawa pulang beberapa buah novel serta kertas lukisan. Aku yakin Auntie Norma dapat melihatnya dengan jelas. Aku bukan sekadar berbohong. Ada majlis apa ni auntie? tanyaku benar-benar ingin tahu. Tak ada yang istimewa. Hanya majlis doa selamat selepas asar. Yang datang pun saudara-mara dan jiran terdekat, beritahu Auntie Norma. Cepat masuk! Boleh makan pulut dan rendang. Masih ada tetamu yang belum makan. Kali ini aku mematuhi kata-kata Auntie Norma tanpa bantahan. Aku masuk ke kamar menyimpan buku-buku yang aku beli tadi lalu kembali ke dapur untuk menikmati pulut kuning dan rendang daging. Terasa enak sekali rendang dan pulut kuning yang dihidangkan oleh Auntie Norma. Ketika mataku mencari-cari kelibat papa setelah selesai makan, aku melihat dia sedang berkumpul di ruang tamu. Bukan bersama-sama dengan sanak saudara Auntie Norma tetapi dia bersama dengan Uncle Baharom dan adik perempuannya, Auntie Maria. Serta-merta wajahku menjadi hangat, hatiku marah kerana papa berani menjemput Uncle

101

Kaulah Satu

Baharom dan Auntie Maria ke rumah. Bagaimana jika Auntie Norma mengesyaki sesuatu?
Kupandang Auntie Norma yang sibuk melayani saudara-mara dan jiran-jiran tetangga. Sebahagian daripada mereka mulai meninggalkan rumah itu menjelang waktu maghrib. Aku memerhati papa yang terus asyik berbual dengan Uncle Baharom. Sungguh sulit menjadi seorang anak perempuan kepada seorang papa yang kuketahui sangat menyayangiku sementara di saat yang sama aku melihat betapa rendahnya penghargaan dan tanggungjawabnya kepada wanita bergelar isteri. Aku berasa lebih selamat sekiranya menjauhkan diri daripada papa buat sementara waktu, sebelum perasaanku menjadi muak. Malam itu mama menelefonku. Majlis sudah selesai. Papa dan Auntie Norma berehat di kamar mereka. Mereka tidur awal sementara aku menjawab panggilan dari mama yang datang pada jam sembilan malam. Papa ada beritahu Lia apa-apa? mama bertanya. Apa maksud mama? Meskipun aku faham maksud mama, tetapi aku sengaja pura-pura tidak mengerti. Papa juga pandai berbohong padaku. Bapak borek, anak rintik! Benar dugaanku, mama memang ingin mengambil kesempatan saat aku berada di sisi papa. Dia mahu papa menyokong pendapatnya supaya mendesak aku memasuki universiti. Dahulu aku lebih banyak mendengar dan menurut kata-kata papa berbanding mama. Namun waktu dan keadaan telah mengubah pendirianku. Dengar sini, seru mama terdengar putus asa di seberang talian. Tadi mama dah dapatkan informasi dan borang

102

Fatin Nilam Sari

permohonan masuk universiti di Internet. Lia hanya perlu pilih saja. Mama tak kisah sekiranya Lia memilih Universiti Utara Malaysia supaya berada dekat dengan papa. Mama sangat-sangat berharap, sekurang-kurangnya Lia fikirkan hal ni. Tolong jangan menolak mentah-mentah, mama seperti merayuku. Aku diam. Tidak mahu berjanji apa-apa. Kau dah fikirkan hala tuju masa depan kau dengan sebenar-benarnya Lia? soal mama. Masih lambat lagi, mama. Ada empat bulan lagi, kataku dengan tenang. Sekurang-kurangnya kau fikir pasal cita-cita, nak... mama memujuk lagi. Sudah, mama. Kan Lia dah cakap, Lia nak jadi pelukis. Tapi bukan pelukis jalanan, mama. Lia nak jadi pereka grafik dan pelukis profesional. Anisa Camylia, zaman sekarang ni mahu jadi apa pun, kau takkan dihargai kalau tak ada pendidikan yang tinggi, tak ada diploma ataupun ijazah. Ingat tu! Kau menghadapi dunia yang semakin mencabar! Jangan sampai kau ketinggalan. Kali ini mama meletakkan gagang tanpa kata-kata manis dan ucapan salam.

103

Kaulah Satu

10
ARI ini Anisa Camylia memberitahu Halim, dia mahu mengikut papanya ke pusat tuisyen. Katanya dia mahu berbincang dengan Halim tentang kursus yang bakal diambilnya di universiti. Halim menjadi takjub. Dia bersetuju untuk membawa Anisa Camylia ke pusat tuisyen itu dan melihat dia bekerja. Anisa Camylia mahu mengikuti kursus bahasa Inggeris yang dijalankannya. Norma tidak menyertai mereka berdua bersarapan. Dia turun ke halaman menyiram bunga-bunga yang memenuhi halaman yang agak luas itu. Dia membiarkan Halim dan Anisa Camylia berbual-bual dengan tenang dan bebas tanpa kehadirannya. Pagi ini Anisa Camylia agak bersemangat. Dia juga makan nasi goreng yang dimasak oleh Norma dengan penuh berselera. Halim segera mengajak anak perempuannya itu ke

104

Fatin Nilam Sari

kereta. Dia sudah terlewat. Kelas bahasa Inggeris sudah bermula saat mereka tiba di kelas tuisyen itu. Pelajar pagi itu tidak ramai. Hanya separuh daripada kelas yang memuatkan lebih kurang tiga puluh buah meja. Anisa Camylia mengambil tempat duduk di hadapan. Dia gembira melihat papanya beraksi di hadapan kelas. Suara lelaki itu sungguh bertenaga, lantang dan menyenangkan. Buat seketika dia lupa, ditenggelami oleh rasa kagum pada papanya yang bercakap dalam bahasa Inggeris dengan fasih. Anisa Camylia sepatutnya rasa bangga kerana papanya memang seorang lelaki yang bijaksana. Tetapi papanya kurang bijak dalam soal hati dan perempuan. Itulah sahaja satu-satunya hal yang dikesali oleh Anisa Camylia. Anisa Camylia berkesempatan bertemu sekali lagi dengan Maria pada waktu rehat. Halim dan Anisa Camylia minum di pantri pusat tuisyen itu. Anisa Camylia menyediakan kopi segera untuk papanya sementara dia hanya minum air suam. Maria datang membawa bekas berisi kuih yang dibawanya dari rumah. Dia membuka tutup bekas itu lalu meletakkan potongan kuih berwarna hijau yang nampak begitu lembut dan melekit-lekit. Cubalah rasa kuih ni, Lia, pelawa Maria sambil meletakkan sepotong kuih di dalam piring dan menghulurkannya di hadapan Anisa Camylia. Dia turut meletakkan sepotong kuih berwarna hijau itu di dalam piring Halim sambil tersipu-sipu dan tersenyum dalam diam. Dia bimbang Anisa Camylia melihat aksinya yang malu-malu tetapi mahu itu. Bibir Anisa Camylia tercebik. Dia amat benci melihat kepura-puraan yang ditunjukkan oleh Maria.

105

Kaulah Satu

Cubalah rasa, Lia. Tak ada kuih ini di KL, nak, sokong Halim sambil tergelak kecil dan menjeling Maria. Maria membalas jelingannya sambil tersenyum simpul. Terima kasih. Saya tak biasa makan. Takut sakit perut. Anisa Camylia sengaja mencari alasan. Halim ketawa lagi. Takkan sakit perutlah. Kuih ni manis dan lemak. Lagipun ianya dibakar lama. Betul kan Maria? Ya, jawab Maria. Anisa Camylia mengambil garpu, memotong kuih itu sedikit lalu memasukkannya ke dalam mulut. Dia mengunyahnya perlahan-lahan. Hmmm... sedap juga kuih ini! Lembut, manis dan lemak. Seperti puding. Kuih ni dibuat daripada tepung, gula, telur dan santan. Warna hijau ni adalah daun pandan. Wangi, kan? kata Halim sambil makan dengan lahap. Sudah pergi ke Padang Kota? tanya Maria kepada Anisa Camylia. Anisa Camylia diam dan terus mengunyah kuihnya. Liakan jarang sekali ke sini, jadi terlanjur datang, pergilah ke sana. Entah bila akan datang lagi ke sini, kata Maria dengan ramah meskipun Anisa Camylia tidak langsung menyambung perbualan itu. Anisa Camylia seru Halim sambil mencuit lengan anaknya. Mata Halim mengisyaratkan supaya Anisa Camylia menjawab kata-kata Maria. Anisa Camylia berkata, saya dah pergi ke sana. Semalam saya juga dah menjelajah Georgetown. Habis satu bandar saya jelajah. Dari satu kompleks ke satu kompleks.

106

Fatin Nilam Sari

Kau pergi dengan siapa? tanya Halim. Sorang. Jangan tipu papa! Jangan-jangan kau keluar dengan lelaki yang papa jumpa di stesen kereta api tu! Anisa Camylia menggigit bibirnya dengan kuat. Dia tidak dapat membohongi papanya lagi. Wajahnya sudah merah padam. Betul kan Lia? desak Halim. Anisa Camylia mengangguk. Beraninya kau! Percaya pada lelaki yang baru kau kenal, kata Halim setelah Anisa Camylia menceritakan bagaimana dia mengenali Jay. Dia lelaki yang baik, pa, jawab Anisa Camylia mempertahankan Jay. Pa, malam tadi, mama minta saya kuliah di UUM. Apa pendapat papa? Sengaja Anisa Camylia cepat-cepat mengubah haluan perbualan mereka. Maria yang mendengar kata-kata itu segera memandang wajah Halim. Ada rasa kurang senang di hatinya. Mama kau izinkan kau tinggal dengan papa? Anisa Camylia mengangguk. Muslihatnya jelas dapat menyelamatkan dia daripada diserang oleh Halim. Persoalan mengenai Jay terus terkubur begitu sahaja. Apa boleh buat! Jika Anisa Camylia terpaksa meninggalkan mamanya, dia sanggup untuk berkorban demi menyedarkan papanya supaya tidak terus mempermainkan hati seorang wanita. Jika boleh dia tidak mahu perpecahan terjadi dalam keluarga papanya dan Auntie Norma. Aneh perasaannya sudah benar-benar berubah terhadap Auntie Norma sekarang! Dia mahu Auntie Norma terus menjadi ibu

107

Kaulah Satu

tirinya. Dia dapat rasakan bahawa keadaan tidak akan setenang dan sebaik semasa Auntie Norma menjadi isteri papanya. Dia langsung tidak percayakan Maria! Halim tidak melanjutkan kata-katanya lagi. Anisa Camylia melihat Maria dan Halim saling berpandangan. Tautan mata mereka begitu lama, bagaikan Anisa Camylia tiada di tengah-tengah mereka. Anisa Camylia berdeham dengan kuat, sehingga Halim berpaling dan meminta diri untuk memasuki kelas. Anisa Camylia mengikut papanya pergi.

NORMA memerhati Anisa Camylia yang asyik memicit punat alat kawalan televisyen mencari rancangan yang diminatinya. Nampaknya dia gelisah sepanjang pagi ini. Selepas sarapan dia terus menghadap televisyen sahaja. Norma merasakan keanehan sikap Anisa Camylia sejak kebelakangan ini. Sudah seminggu berada di rumah itu, puteri Halim masih melayaninya dengan dingin. Sebagai seorang anak yang pertama kali berada di tengah-tengah keluarga papanya, Anisa Camylia rasa wajib membuat laporan kepada mamanya yang khuatir. Apakah ibu tirinya seorang wanita yang baik? Yang sentiasa melayani makan minum dan segala keperluannya? Mungkin itulah yang selalu ditanyakan oleh Hanna. Barangkali Hanna bimbang tempatnya di sisi Anisa Camylia itu bakal direbut oleh si ibu tiri. Jangan bimbang, Hanna! Anak kau tetap anak kau, takkan pernah menjadi anakku! gerutu Norma di dalam hati. Si ibu tiri yang ini tidak pernah membuka apa-apa langkah untuk memenangi hati si anak. Apalagi mengubah perasaan benci kepada suka. Anisa

108

Fatin Nilam Sari

Camylia tidak akan suka kepada Norma, wanita yang telah mengambil tempat mamanya di sisi Halim. Anisa Camylia sentiasa menyimpan rasa curiga, sangsi, marah dan benci kepadanya. Walaupun sikapnya tidak sekeras ketika dia baharu tiba di sini seminggu lalu, tetapi Norma tetap merasakan Anisa Camylia membina satu tembok yang kukuh di antara mereka. Perbualan mesra di antara mereka tidak mungkin terjadi. Jika ada pun hanyalah percakapan tentang hal-hal penting sahaja. Halim sering kali gagal menyembunyikan kekesalannya di hadapan Norma. Dia meminta Norma merapati Anisa Camylia. Halim mahu anak itu menjadi sebahagian daripada keluarga ini. Lalu jika Halim rasa tegang dan marah, dia melepaskan kemarahannya itu kepada Norma. Halim tidak pernah melemparkan rasa marahnya pada Anisa Camylia. Dia menyatakan Norma tidak pandai mengambil hati puterinya itu. Sedangkan dia hanya budak-budak! Kau tak tahu macam mana nak ambil hatinya? kata Halim pada suatu malam. Budak-budak? Dia dah tujuh belas tahun, bukan budak-budak lagi. Dia dah remaja! Dah boleh berfikir dengan baik. Lagipun saya dah buat yang terbaik. Apa lagi yang mesti saya lakukan untuk puaskan hatinya? Halim terdiam seketika apabila Norma menyoalnya begitu. Anisa Camylia lebih suka menyingkirkan diri daripada mendekati Norma. Dia sering menghabiskan masanya di pantai ataupun memerap di dalam kamar. Beza umur kau dengan dia hanya sepuluh tahun

109

Kaulah Satu

aja. Kau baru dua puluh tujuh tahun. Susah sangat ke nak berbual dengan dia? Halim berkata dengan nada suara yang memperlekehkan Norma. Dia ke sini bukan nak jumpa atau bermesra dengan saya... tapi dengan abang. Abang pula selalu sibuk sekarang. Apa yang abang sibukkan? Halim tidak menjawab. Dia berbaring dengan menelangkupkan tubuhnya. Tanpa kata pun Norma sudah mengerti. Dia mahu Norma mengurut tubuhnya yang kepenatan. Tanpa arahan Halim, Norma bangun mengambil minyak kayu putih. Dia mulai menyapu minyak di bahu suaminya. Halim merengus. Tak payah urut! Pening kepala aku cium bau minyak tu! Dahi Norma berkerut kehairanan. Dia tidak sangka Halim menolak untuk diurut padahal itulah antara perkara yang amat disenanginya. Apalagi bau minyak kayu putih itu selalu membuatkan dia cepat terlena. Norma menyimpan semula minyak itu ke dalam almari. Kemudian dia membongkokkan badannya untuk memungut baju kemeja Halim yang terdampar di atas lantai. Suaminya jarang sekali memakai minyak wangi ataupun cologne. Namun samar-samar deria bau Norma menangkap aroma minyak wangi yang asing sekali. Wangian ini begitu lembut dan menawan. Haruman yang pertama kali dihidu oleh Norma. Dada Norma bergetar. Tidak mungkin seorang lelaki memakai minyak wangi yang baunya begitu lembut sekali. Norma memandang ke arah Halim yang tergolek di atas katil, tubuh lelaki itu bertelangkup. Dia suka tidur dalam keadaan meniarap begitu. Norma menghidu baju kemeja suaminya beberapa

110

Fatin Nilam Sari

kali. Wangian itu masih ada melekap di situ. Bau haruman yang begitu manis, campuran bunga melati, pic, vanila dan cendana. Oh jelas sekali ianya adalah haruman milik seorang wanita! Norma segera merenyukkan baju kemeja Halim itu lalu memasukkannya ke dalam bakul pakaian kotor yang terletak di sudut dinding bilik tidur. Dadanya sebak, bercampur baur dengan rasa kesal yang mendalam. Dia duduk bersandar di dinding sambil memandang ke arah katil. Apakah Hanna juga pernah mengalami saat-saat begini, semasa dia dan Halim sedang dilamun cinta? Entah mengapa soalan itu menerjah tempurung kepalanya saat itu. Norma tidak mampu membendung air matanya lagi.

111

ISBN:- 978-967-5067-13-6 Jumlah muka surat :- 436 Harga Runcit :- S/M: RM19, S/S: RM22 Harga Ahli KKN :- S/M: RM15, S/S: RM18 Sinopsis: Anisa Camylia menjejakkan kakinya ke Pulau Pinang dengan satu misi yang satu : memporak-perandakan rumah tangga papanya dan Auntie Norma dengan harapan keluarganya akan bersatu kembali. Ironis sekali tatkala misinya telah berubah kepada menyelamatkan Auntie Norma apabila mata hati Anisa Camylia terbuka luas menyaksikan petualangan papanya dengan perempuan lain.

Pertembungan pertamanya dengan Jay di stesyen kereta api Kuala Lumpur Sentral telah menggoyah tugu cintanya dengan Nazwan. Lantas dia terperangkap di dalam permainan perasaan ini. Berjayakah Anisa Camylia dalam misinya untuk menyelamatkan ibu tirinya itu? Siapakah satu-satunya insan yang bertakhta di hati Anisa Camylia??? Jatuh cinta hanyalah satu pandangan sesaat... pandangan yang memukau, menggetar seribu rasa. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan KAULAH SATU di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai

  • Cheese
    Cheese
    Dokumen68 halaman
    Cheese
    kelabk
    100% (3)
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • GK
    GK
    Dokumen88 halaman
    GK
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Usd
    Usd
    Dokumen150 halaman
    Usd
    kelabk
    50% (2)
  • CIM Bab 1-10
    CIM Bab 1-10
    Dokumen45 halaman
    CIM Bab 1-10
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Dokumen43 halaman
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    Dokumen108 halaman
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    Dokumen104 halaman
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    kelabk
    100% (1)
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • Mandi Pagi
    Mandi Pagi
    Dokumen93 halaman
    Mandi Pagi
    Syafiq Rizuan
    Belum ada peringkat
  • GB
    GB
    Dokumen206 halaman
    GB
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Kys PDF
    Kys PDF
    Dokumen112 halaman
    Kys PDF
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • LVD
    LVD
    Dokumen149 halaman
    LVD
    kelabk
    100% (1)
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Dokumen65 halaman
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Kon Trak
    Kon Trak
    Dokumen95 halaman
    Kon Trak
    kelabk
    67% (3)
  • Cerpen
    Cerpen
    Dokumen229 halaman
    Cerpen
    nisascr
    Belum ada peringkat
  • STR
    STR
    Dokumen71 halaman
    STR
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KSJ
    KSJ
    Dokumen99 halaman
    KSJ
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • NLBB
    NLBB
    Dokumen106 halaman
    NLBB
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • S&S
    S&S
    Dokumen97 halaman
    S&S
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • SKAN
    SKAN
    Dokumen104 halaman
    SKAN
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KS
    KS
    Dokumen113 halaman
    KS
    kelabk
    Belum ada peringkat