Anda di halaman 1dari 1

Inovasi Pedagogi

Praktikum kali kedua ini semestinya telah mencabar minda dan kreativiti saya dalam menghasilkan lebih banyak alat bantu mengajar yang sesuai dengan topik yang diajar untuk kali ini. Dalam praktikum kali ke-2 ini, saya telah berjaya menggunakan LCD sebagai bahan bantu mengajar saya. Oleh itu, saya menggunakan Power Point sebagai teknik penerangan dan penyampaian utama disamping menggunakan audio dan video yang sesuai. Selain itu, saya juga menghasilkan Kalendar Gergasi dan Multiplication Board yang dapat diguna pakai berulang-ulang kali. Ini merupakan satu kejayaan memandangkan saya dapat menjimatkan kos serta masa dalam menghasilkan alat bantu mengajar yang baik dan bermutu. Saya juga telah berjaya mencipta pelbagai lagu, pergerakan dan permainan yang menarik bagi murid-murid terutamanya bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Terdapat juga lagu bagi mata pelajaran Matematik yang telah saya cipta contohnya the Calendar Song. Dengan lagu tersebut, murid-murid dapat mengingati turutan bulan dan secara tidak langsung akan membantu mereka mengira bulan di dalam setahun. Oleh itu, saya berharap akan dapat menghasilkan pelbagai lagi alat bantu mengajar yang baik dan bermutu serta membuahkan idea-idea yang bernas bagi membantu menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif dan berkesan.