Anda di halaman 1dari 2

Pengangkutan awam merupakan kenderaan yang menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dengan mengenakan tambang yang berpatutan mengikut

jarak perjalanan. Antara contoh pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan masyarakat ialah bas, kereta api, LRT dan monorel. Kemudahan pengangkutan awam ini sangat baik dari pelbagai aspek tetapi kebanyakan masyarakat kita kurang berminat serta tidak mengetahui tentang kebaikan pengangkutan awam yang telah disediakan. Antara kebaikan apabila menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ialah dapat menjimatkan kos atau perbelanjaan seharian. Apabila menggunakan pengangkutan awam, ia dapat menjimatkan perbelanjaan seharian kerana tambang yang dikenakan adalah berpatutan mengikut jarak detinasi yang ditujui. Selain itu, penumpang hanya membayar tambang sahaja untuk pergi ke mana-mana destinasi yang hendak ditujui dengan mudah dan berpatutan. Penggunaan pengangkutan awam amat menjimatkan kos kerana pengguna tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli bahan api seperti petrol dan disiel. Hal ini demikian kerana, harga bahan api tersebut telah meningkat tahun demi tahun. Pasaran bahan api di dunia sering meningkat berikutan kekurangan sumber bahan mentah dan kebanyakan telaga-telaga minyak di dunia semakin berkurangan. Disamping itu, penggunaan pengangkutan awam ini juga, pengguna tidak perlu lagi membayar told an bil parker untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah tanpa membelanjakan wang yang banyak. Pihak kerajaan juga mengambil langkah untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dengan mewujudkan pengangkutan awam. Perkhidmatan awam yang telah disediakan dapat mengurangkan bilangan kenderaan persendirian terutamanya di Bandar-bandar besar yang persat membangun seperti ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Apa bila masyarakat menggunakan pengangkutan awam dalam urusan harian mereka seperti pergi ke pejabat, mereka dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya. Impak daripada penggunaan pengangkutan awam ini menyebabkan, pergerakan trafik lebih lancer, terutamanya di bandar-bandar besar tanpa berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk. Disamping itu, terdapat segelintir pengguna yang kurang berminat untuk menggunakan pengangkutan awam. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kurang minatnya mereka terhadap pengankutan awam. Mutu perkhidmatan awam yang sedia ada kurang memuaskan adalah merupakan antara faktor tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna kurang selesa untuk menggunakannya. Selain itu, sesetengah pemandu pengangkutan awam tidak mematuhi jadual perjalanan dan menyebabkan pengguna sukar untuk merancang perjalanan meraka. Ketepatan jadual perlu dititik beratkan, kerana pengguna perlu mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan di tempat kerja mereka dan risikonya adalah besar. Disamping itu, bilangan penumpang yang menggunakan pengangkutan awam begitu ramai dan ia menyebabkan kurang keselesaan kepada penumpang seperti bas dan monorel. Kadang kala, pengguna perlu berdiri kerana tiada tempat duduk yang kosong akibat pengguna yang ramai dan padat. Seterusnya, kekerapan jadual perjalanan seperti bas, yang mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke destinasi yang ditujui juga menjadi punca utama pengguna kurang minat untuk menggunakan kemudahan ini.

Faktor lain yang menjadi punca kurang minat masyarakat terhadap pennggunaan pengangkutan awam ialah sikap pemandu itu sendiri yang kadang kalanya melanggar peraturan jalan raya. Hal ini boleh membahayakan nyawa penumpang yang menggunakannya. Kemalangan jalan raya selalu berlaku dan ia banyak melibatkan bas. Faktor ini menyebabkan pengguna menjadi fobia untuk menggunakannya. Selain itu, di dalam kesibukan dan kesesakan dalam kenderaan pengangkutan awam seperti bas dan LRT, risiko berlakunya jenayah adalah tinggi seperti mengambil kesempatan ke atas kaum wanita dan jenayah seluk saku. Kesan jenayahjenayah ini mengakibatkan mereka takut untuk menjadikan pengangkutan awam ini sebagai kenderaan mereka terutamanya kaum wanita. Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya maka sebagai akhirulkalam, pengangkutan awam banyak mendatangkan manfaat dalam memudahkan manusia menjalani urusan seharian. Semua lapisan masyarakat Malaysia digalakkan menggunakan pengangkutan awam. Sekiranya langkah yang drastik dan efektif ini tidak diikuti, sudah tentu banyak masalah akan timbul dalam kehidupan kita di bumi yang fana ini. Jika dikaji sehingga ke akar umbi, masalah ini berpunca daripada asap kenderaan. Oleh itu, pihak kerajaan juga hendaklah memainkan peranan yang vital dengan menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia agar setanding dengan negara-negara gergasi yang lain bak peribahasa Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah. Oleh hal yang demikian, anggota masyarakat perlu menyokong langkah kerajaan yang berstrategi serampang dua mata bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Sesungguhnya, kemajuan dalam pengangkutan awam yang disokong sepenuhnya oleh rakyat Malaysia akan dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan insan seiring dalam memenuhi aspirasi negara menjelang pencapaian Wawasan 2020.