Anda di halaman 1dari 45

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Bersyukur ke hadrat-Nya kerana limpah kurnia-Nya kami berjaya menyelesaikan tugasan ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Tuan Haji Abdul Rahman Bin Zakaria kerana sudi membimbing dan memberi tunjuk ajar sebelum, semasa dan selepas pengajaran mikro serta atas kesudian beliau memimpin kami sepanjang kami menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, sekalung penghargaan juga kami ucapkan kepada pihak IPG Kampus Darulaman di atas kemudahan yang disediakan seperti alatan-alatan setor sukan yang mencukupi dan kemudahan rujukan di perpustakaan yang dapat membantu kami mendapat maklumat dan rujukan tugasan pada kali ini. Paling utama sekali warga Sekolah Kebangsaan Jitra II yang sudi memberikan kebanaran kami mengadakan program mikro teaching ini, Tidak lupa juga jutaan terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa kami kerana sentiasa menyokong dan memberi kepercayaan kepada kami melakukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Mereka menyumbang sokongan dan harapan yang amat bermakna buat setiap daripada kami untuk melangkah dengan lebih yakin di institusi ini dan menyiapkan tugasan yang diberikan dengan semangat yang jitu. Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana sentiasa membantu dan memberi tunjuk ajar yang sangat berguna sepanjang tugasan ini diberikan. Kolobrasi yang amat membina antara setiap seorang adalah amat di hargai. Akhir sekali, segala sokongan, tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan daripada semua pihak kepada kami amat kami hargai. Sekian, terima kasih

ISI KANDUNGAN

BIODATA DIRI

NAMA NO IC UMUR OPSYEN KELAS AMBILAN ALAMAT

: AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD : 910624 08- 5763 : 21 TAHUN : PENDIDIKAN KHAS ( MASALAH PEMBELAJARAN) : PISMP PK/PJ/BM 2 : JANUARI 2011 : NO 59, PARIT SATU KG PADANG LALANG 34400 SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL, PERAK DARUL RIDZUAN : NO 489, LORONG MELUR 27, TAMAN MELUR JALAN WANG TEPUS 06000, JITRA, KEDAH DARUL AMAN : ZAINAB BINTI HAMID : AHMAD FUAD BIN ABDULLAH : Dayat_Buzz@yahoo.com : KEJAYAAN HANYA DATANG DENGAN PENGORBANAN

ALAMAT DI IPDA

NAMA IBU NAMA AYAH E-MEL MOTTO HIDUP

BIODATA DIRI

NAMA NO KAD PENGENALAN KUMPULAN AMBILAN ALAMAT

: NURUL SYAZWANI BINTI NORDIN : 900219-11-5384 : PK / PJ/ PS : JANUARI 2011 : LOT 4686 JALAN PENGKALAN PANDAN LUAR, 42000 KEMAMAN, TERENGGANU.

NO TEL TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR STATUS ANGKA GILIRAN MATLAMAT

: 014-5057219 : 19 FEBRUARI 1990 : TERENGGANU : BUJANG : 2011181340138 : INGIN MENJADI GURU YANG MENGHORMATI DAN DIHORMATI.

BIODATA

Nama Umur No K.P

: Siti Hajar Nabila Binti Shukri : 21 Tahun : 910225-03-5582

Tarikh Lahir : 25 Febuari 1991 Alamat : Bt 16, Kg Chabang Tiga Bator 16370 Jelawat Bachok, Kelantan

Alamat IPDA : No 246 Jalan Melur 19, Taman Melur Jitra Kedah Kursus Ambilan Kelas Num tel Num waris : Pogram Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP) Semester 4 2012 : Januari 2011 : Pendidikan Khas / PJ/ BM 2 Semester 4 2012 : 019 4211238 : 014-8087351

Sek terakhir : Smk Jelawat Motto Email : Kejayaan Bermula Dari Hati Yang Berkemahuan : shn_91@yahoo.com

fezee

solehin

BIODATA

NAMA NO IC KUMPULAN ALAMAT NO TEL TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR STATUS HOBI MOTTO HIDUP HARAPAN

:SYUKRIAH SOLEHA BINTI JAAFAR :911001-11-5430 :PK/BM/PS :1421.RUMAH WADEN IPSAH, 08000, SUNGAI PETANI KEDAH. :0194989671 :1 OKTOBER 1991 :HOSPITAL BESUT :BUJANG :MENONTON TV, MEMBACA :USAHA TANGGA KEJAYAAN :BERJAYA DIMANA-MANA SAHAJA

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan

kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Jenny (1961) dan

Williams (1964) mengatakan bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Pendidikan jasmani melibatkan perancangan aktiviti seperti menyediakan rancangan pengajaran harian sebelum sesuatu aktiviti pengajaran dilakukan. Justeru itu, pelbagai aspek perlu diambil kira dalam merangka rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani terutamanya kemahiran, standard dan hasil pembelajaran, yang perlu dikuasai oleh murid. Berbeza dengan mata pelajaran lain pendidikan jasmani mementingkan penguasaan murid dalam tiga aspek utama iaitu psikomotor , kognitif dan juga afektif dalam merancang sesuatu aktiviti pengajaran. Aspek psikomotor menekankan penguasaan murid dalam melakukan pergerakan asas dan kecergasan fizikal. Manakala kognitif menekankan pemahaman murid terhadap topik yang diajar dan afektif melibatkan pembinaan emosi dan sosial murid melalui pengajaran pendidikan jasmani. Bagi menghasilkan rancangan pengajaran harian yang baik kurikulum standard sekolah rendah kssr dan kurikulum bersepadu sekolah rendah perlu dijadikan rujukan agar menepati criteria yang diinginkan. Selain itu, pendidikan jasmani juga menggalakkan teknik dan gaya pembelajaran secara akses kendiri , kendiri dan terarah kendiri yang memberi penumpuan untuk meningkatkan pelbagai kecerdasan murid. Pemilihan teknik dan kaedah pengajaran pendidikan jasmani mlelibatkan tiga perkara iaitu tajuk, matlamat pengajaran dan aras pengajaran guru agar bertepatan dengan perancangan yang telah dilakukan. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran bersesuian dengan aras kebolehan murid agar objektif pengajaran tercapai dan murid memperoleh apa yang ingin disampaikan oleh guru.

Kesimpulannya, kurikulum dan pendagogi pendidikan jasmani mempunyai perkaitan dengan falsafah pendidikan Negara dimana terdapat kesinambungan yang wujud dalam matlamat utama aktiviti pj iaitu membangun dan meningkat keupayaan murid dari aspek kognitif, psikomotor dan juga afektif . Melalui aktiviti pj secara amnya dapat memenuhi hasrat fpk melalui peningkatan dan perkembangan nilai sosial seperti bekerjasama , bertolak ansur, sabar dan sebagainya. Selain itu,pembinaan dan pengembangan aspek mental dan intelek seperti tafsiran juga boleh berlaku melalui aktiviti pj. Pendedahan pengajaran mikro sangat perlu kepada guru-guu pelatih supaya mereka dapat merancang, menilai dan merasai sendiri pengalaman berhadapan dengan murid aga bersedia menjadi guru yang berkualiti dalam arus pendidikan masa kini.

RPH

LAPORAN SEBELUM

Pengajaran mikro adalah latihan mengajar dan persiapan awal yang dilaksanakan oleh guru pelatih sebelum menempuhi pengajaran yang sebenar di sekolah sama ada semasa berpraktikum ataupun semasa ditugaskan di sesebuah sekolah sebagai seorang guru. Kami telah diminta oleh Encik Rahman untuk mengadakan pengajaran mikro di sekolah yang telah dipilih. Sekolah yang kami telah pilih untuk melaksanakan pengajaran mikro kami ialah di Sekolah Kebangsaan Jitra II. Keputusan untuk melakukan pengajaran mikro disana tercapai hasil perbincangan antara kami dengan Encik Rahman. Tugas kemudiannya diserahkan kepada penyelaras kami iaitu Ahmad Hidayat dan Syukriah Soleha untuk berunding dan meminta kebenaran kepada pihak sekolah iaitu melalui guru besar Sekolah kebangsaan Jitra II dan Guru Pendidikan Jasmani di situ. Setelah kebenaran tercapai, kami diberi tarikh yang sesuai untuk menjalankan sesi pengajaran iaitu pada 28 Ogos 2012 dan senarai kelas yang akan kami lakukan sesi pengajaran. Satu surat kebenaran telah ditulis oleh penyelaras untuk dihantar ke timbalan pengarah untuk diluluskan dan dihantar ke sekolah yang telah dipilih. Pihak sekolah meminta kami untuk menyenaraikan alatan-alatan yang akan kami guna kerana pihak sekolah memberikan kerjasama mereka untuk meminjamkan alatan yang mereka ada sepanjang berlangsungnya pengajaran mikro di sekolah terbabit. Sebelum melaksanakan pengajaran mikro di Sekolah Kebangsaan Jitra II, kami telah menyiapkan diri kami dengan Rancangan Pengajaran Harian. Undian antara kumpulan telah dijalankan untuk menetapkan kumpulan dan kelas yang akan mereka lakukan sesi pengajaran. Setelah itu, satu perbincangan antara kumpulan kami telah berlangsung untuk berbincang mengenai Rancangan Pengajaran Harian yang akan di bina untuk melancarkan sesi pengajaran yang akan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Jitra II. Untuk memastikan Rancangan Pengajaran Harian yang betul dan tepat, kami telah merujuk pensyarah kami iaitu Encik Rahman.

Penyediaan rph dilakukan bersama sama dalam kumpulan.Rancangan pengajaran harian yang kami hasilkan adalah berdasarkan kurikulum standard sekolah rendah ( KSSR) kerana kami mendapat kelas tahun 2 untk diajar. Selepas menghasilkan rph berdasarkan kepada tunjang yang telah didipilih . Kami berbincang pula dengan pensyarah pembimbing untuk semakan dan penambahbaikan. Setelah diperbetulkan oleh pensyarah. Kami memastikan sekali lagi alatan yang digunakan oleh kumpulan kami semasa pengajaran mikro teaching nanti di sekolah yang dipilih. Taklimat diberikan untuk setiap ahli bagi memastikan perjalanan pelaksanaan mikro teaching ini berjalan dengan lancar dan menepati masa yang telah diperuntukkan bagi setiap kumpulan. Tugasan untuk mengendalikan program mikro teaching ini telah dibahagikan setiap ahli kumpulan kami bermula daripada peringkat set induksi hingga penutup. Hal ini bagi memberikan setiap daripada kami berpeluang untuk mengajar murid. Reasi daripada setiap ahli adalah baik dan tidak sabar untuk mengajar. Setiap daripada kami juga diingatkan kembali nasihat pensyarah pembimbing yang telah diberikan sebelum kami menjalankan program mikro teaching ini. Apabila sampai disekolah, kami mendapat giliran yang ketiga dalam

melaksanakan program ini. Kami memilih tempat yang sesuai untuk sesi pengajaran kerana pada pagi itu, kebayakan kawasan dipadang dipenuhi dengan air kerana hujat lebat diawal pagi. Saya ditugaskan untuk merakam dan mengambil gambar dan video untuk sesi pengajaran kami. Hidayat ditugaskan untuk ke kelas tahun 2 seroja untuk memanggil murid yang terlibat dalam sesi mikro teaching kami. Seramai sepuluh orang murid terlibat dalam sesi ini.Mereka diberikan taklimat sedikit oleh Hidayat mengenai apa yang mereka akan lakukan bersama kumpulan kami. Akhir sekali, kami mempersiapkan diri sebelum menjalankan sesi pengajaran mikro dengan membuat sedikit ulangkaji rancangan pengajaran harian dan kami menyenaraikan alatan yang akan kami gunakan dan meminjamnya daripada setor unit Pendidikan Jasmani.

LAPORAN SEMASA

Sesi pengajaran Pendidikan Jasmani telahpun dikendalikan terlebih dahulu oleh kumpulan pertama. Kami selaku kumpulan kedua telah mengambil alih sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani bagi masa kedua. Kehadiran kami telah disambut baik oleh warga sekolah terutamanya kelas 2 Seroja yang sentiasa aktif dan bersemangat untuk bersukan meskipun struktur padang yang basah dan berlumpur. Kelas 2 Seroja telah menempatkan seramai 35 orang murid namun kerana pada hari tersebut, sekolah telah mengadakan majlis raya menjadikan hanya segelintir sahaja yang memakai pakaian sukan dengan lengkap dibenarkan turun ke padang. Sebahagian murid yang tidak memakai pakaian sukan hanya dibenarkan melihat dari sisi padang atas faktor keselamatan. Bagi pemulaan pengajaran, set induksi telah dikendalikan oleh saudara Mohamad Hafeeze Bin Noor selama 4 minit. Hafezee memulakan aktiviti dengan pemanasan badan dan sedikit regangan mudah kerana murid telahpun melakukan pemanasan badan pada masa pertama bersama kumpulan pertama. Seterusnya bagi perkembangan pengajaran telah diambil alih oleh saudari Nurul Syazwani Binti Nordin. Kemudian diikuti langkah 2, 3 dan 4 oleh Siti Hajar Nabila Shukri, Syukriah Soleha Jaafar, Mohd Solehin Ahmad Bidrul dan Mohd Hidayat. Untuk pengajaran selama 30 minit ini, kumpulan kami telah memilih tunjang dalam subjek pendidikan jasmani iaitu Pergerakan Lokomotor iaitu Imbangan. Topik yang kami ajar ialah melompat sebelah kaki (HOPPING) untuk murid tahun 2 berasaskan sukatan pelajaran tahun 2 KSSR. Dalam sesi pengembangan ini, kami telah menjalankan aktiviti Laga Ayam, Stesen berhalang iaitu Stesen 1 (Melompat sebelah kaki kedalam gelung), Stesen 2 (Berjalan di atas tali sambil mengimbang badan) dan Stesen 3 (Melompat sebelah kaki dalam bulatan ketinting. Untuk aktiviti kemuncak , kumpulan kami telah memilih permainan lari arnab lari. Gaya pembelajaran bermula dengan aktiviti individu semasa set induksi, kemudian aktiviti berpasangan, kumpulan kecil dan aktiviti kemuncak juga dalam bentuk kumpulan kecil bersaing antara mereka menerusi permainan lari arnab lari.

Kumpulan kami merasakan susunan ini memudahkan murid untuk belajar bekerjasama dan memudahkan sesi pengajaran di mana bermula tahap individu, berpasangan dan seterusnya berkumpulan apabila sesi pengajaran menjadi semakin kompleks. Kami menekankan nilai bekerjasama semasa langkah 1 dan 2 di mana mereka perlu melakukan aktiviti berpasangan dan kumpulan kecil. Nilai kerjasama ini perlu dititikberatkan memandangkan mereka perlu melakukan aktiviti bersama-sama. Mereka juga akan saling tolong-menolong apabila salah seorang antara mereka yang tidak memahami dan mengikuti kemahiran yang disampaikan oleh guru. Bagi langkah kemuncak iaitu permainan lari arnab lari, kami menekankan nilai berdisiplin di mana terdapat syarat dan peraturan yang perlu diikuti oleh murid. Hal ini kerana murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan lawan perlu bermain secara jujur dan berdisiplin bagi memastikan sesi pengajaran berjalan lancar dan tiada sebarang kecederaan ataupun tipu muslihat berlaku. Sepanjang sesi pengajaran, kami menekankan Kemahiran Mendengar yang terkandung dalam Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB) di mana setiap murid harus patuh dan mendengar apa yang cuba disampaikan oleh guru. Cuaca yang mendung serta angin yang kuat menjadikan setiap guru perlu lantang bersuara dan tegas agar murid patuh dan mendengar arahan yang disampaikan oleh guru jelas dan tepat. Sepanjang sesi pengajaran, kami mendapati Kemahiran Mendengar yang cuba disampaikan dapat diikuti oleh murid-murid. Mereka juga berdisiplin dan mematuhi peraturan yang telah diberikan. Hasilnya mereka dapat menghabiskan permainan dengan jayanya dan memenuhi objektif iaitu menunjukkan kesungguhan semasa melakukan aktiviti. Penggunaan bahan bantu mengajar yang terdiri dari Gelung Rotan 36 buah, Tali Skipping 15, Marker 1 set dan Skitel 10 buah telah digunakan sebaik mungkin. Bagi memastikan setiap langkah pengajaran berjalan lancar, kami sesama ahli kumpulan telah membantu menyusun alatan yang ingin digunakan terlebih dahulu. Ini juga menjadikan setiap langkah pengajaran akan selesai mengikut minit yang ditetapkan. Kerjasama antara guru seperti ini boleh dijadikan contoh kepada murid-murid.

Sepanjang sesi pengajaran, pengurusan bilik darjah adalah terkawal. Perjalanan pembelajaran berjalan dengan lancar dengan komitmen murid yang tinggi dan semangat untuk bermain meskipun terdapat sedikit kekangan iaitu padang basah dan cuaca yang sejuk dan mendung. Terdapat seorang murid yang terlalu aktif namun perjalanan sesi pengajaran masih terkawal dengan menjadikan murid berkenaan sebagai ketua pemanasan badan dan juga sebagai pembantu guru dalam menunjukkan beberapa contoh ringkas. Semasa langkah 1 iaitu permainan Laga Ayam, murid tersebut telah menunjukkan cara imbangan badan yang betul berpandukan guru berserta peraturan yang telah ditetapkan sambil diperhatikan oleh murid-murid yang lain. Rasionalnya kami memanggil murid berkenaan untuk menunjukkan demostrasi ialah mengelakkan murid tersebut bosan dengan sesi pengajaran di samping member motivasi kepadanya untuk melakukan aktiviti kepada rakan-rakan yang lain. Kami sentiasa berusaha untuk menjadikan kelas lebih teratur dan berkesan dengan menjalankan aktivitiaktivit yang lebih menarik dan dapat difahami murid murid. Dalam sesi pembelajaran tersebut, murid- murid memberikan komitmen dan respon yang memberangsangkan. Mereka seronok melakukan aktiviti dan sesi pengajaran dan pembelajaran mempunyai komunikasi dua hala iaitu antara guru dan murid. Sepanjang sesi pengajaran juga kami menetapkan peraturan di mana murid yang tidak dapat mengikuti atau tidak dapat memahami apa yang disampaikan guru perlu mengangkat tangan dan bertanya terus kepada guru. Kami juga menetapkan setiap guru yang mengajar perlu menunjukkan demostrasi kepada murid-murid agar mereka boleh melakukan aktiviti peniruan dan seterusnya boleh mengikuti sesi pengajaran dengan tepat.

Selepas aktivit kemucak, kami terus ke langkah seterusnya iaitu penutup. Oleh kerana masa yang singkat, kami melakukan aktiviti gerak kendur iaitu pergerakan kreatif. Murid diminta untuk meniru gaya lalang ditiup angin dan meniru gaya bunga mengembang dan mengucup. Pergerakan kreatif ini membantu murid untuk lebih mengembangkan aspek kognitif mereka di samping mempelbagaikan aktiviti agar sesi pengajaran menjadi lebih menarik. Murid-murid kelihatan gembira dengan aksi dan gambaran pergerakan kreatif masing-masing. Sebelum tamat, kami mengadakan sesi soal jawab secara ringkas dengan murid. Ternyata mereka memahami sesi pengajaran dengan menjawab soalan yang ditanya dengan baik. Seterusnya guru membuat kesimpulan dan murid kembali ke kelas masing-masing untuk sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Sebelum dibenarkan pulang, kami dikehendaki untuk mengisi borang

pemerhatian terhadap kumpulan lain dan memerhatikan setiap pengajaran yang disampaikan oleh kumpulan lain. Kesemua kumpulan selesai menjalankan sesi pengajaran sekitar jam 11.45 tengahari. Kami berbesar hati dan terharu dengan kehadiran Guru Besar dan Penolong Kanan yang sanggup turun ke padang melihat sesi pengajaran Pendidikan Jasmani kami. Tepat jam 12 tengahari, kami semua menjamu selera di kantin sekolah bersama murid-murid yang menikmati juadah jamuan hari raya.

LAPORAN SELEPAS

Walaupun padang dipenuhi air, Selepas menjalankan program microteaching disekolah kebangsaan Jitra 2 , saya dapati banyak respon dan input daripada sesi pengajaran kami daripada pensyarah, guru pendidikan jasmani dan murid yang terlibat dalam program mikro teaching kami ini. Kelas kami yang terdiri daripada empat kumpulan selesai membentangkan sesi pengajaran dan pembelajaran masing masing kepada murid kelas yang terpilih. Memastikan pelajar yang mengikuti sesi pengajaran ini menjalani sesi menyejukkan badan untuk menggelakkan kecederaan. Sesi memanaskan badan penting dalam menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dalam sesi pnp supaya pelajar dapat menyediakan tubuh badan mereka dalam keadaan sedia melakukan aktiviti yang sedikit lasak dan menggelakkan berlakunya kecederaan. Sesi memanaskan badan ini diketuai oleh Hafezee selama 5 minit. Murid memberikan kerjasama yang baik dan mengikut arahan dengan baik dan betul .Turut dijalankan sesi menyejukkan badan supaya badan yang digunakan kembali dalam keadaan yang stabil. Setelah selesai pengajaran microteaching ini, setiap daripada kami yang mengendalikan sesi pengajaran perlu memastikan murid murid bebas daripada mengalami sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti. Murid murid juga diingatkan agar tidak bergurau semasa mereka yang boleh membahayakan mereka dan mendengar arahan kami. Hal ini penting sebagai langkah untuk mengelakkan daripada sebarang berlakunya kejadian yang tidak dingini semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini berjalan. Pnp yang dijalankan mendapat reaksi positif daripada murid. Murid mengambil bahagian dalam setiap bahagian bermula dari awal hingga akhir Secara keseluruhan , pembahagian tugas adalah memuaskan dengan setiap daripada kami diberikan peluang untuk mengajar mengikut sesi pengajaran bermula daripada memanaskan badan, set induksi, langkah pembelajaran hingga ke sesi menyejukkan badan.Hal ini sangat berguna kepada setiap daripada kami sebagai pengalaman mengajar dalam keadaan situasi yang sebenar.

Selepas

menjalankan

program

microteaching

ini

kami

mengadakan

perbincangan semasa kami dalam menghasilkan sebuah laporan yang lengkap mengenai program mikro teaching ini yang akan dihantar kepada pensyarah untuk disemak. Setiap daripada kami telah dibahagikan tugas untuk membuat laporan . Pengumpulan maklumat, penulisan dan pendokumentasian hingga terhasilnya sebuah laporan. Kami saling membantu sesama kami supaya tugas menjadi ringan dan tidak wujud sebarang masalah komunikasi serta memastikan laporan dihantar mengikut tarikah yang telah ditetapkan. Setelah selesai sesi pengajaran , setiap kumpulan telah diingatkan supaya memastikan peralatan yang digunakan semasa program mikro teaching itu adalah cukup dan berada dalam keadaan baik. Oleh itu, dalam kumpulan kami, Saya telah diminta untuk mengira kembali jumlah alatan yang digunakan supaya cukup . Hal ini kerana alatan yang digunakan adalah dipinjam daripada stor sukan institut.Oleh itu adalah sangat penting untuk memastikan alatan yang dipinjam dihantar dalam keadaan baik dan cukup. Kesemua alatan yang digunakan oleh kumpulan kami cukup dan berada dalam keadaan yang baik. Antara prosedur yang dijalankan dalam permohonan peminjaman stor sukan (1) Pastikan mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani terlebih dahulu sebelum mengambil peralatan sukan dari stor. (2) Sebagai langkah keselamatan, elakkan datang ke stor bersendirian tanpa memaklumkan kepada KJ dan pensyarah. (3) (4) Membuat surat kebenaran meminjam peralatan dari stor sukan. Gunakan peralatan sukan mengikut kperluan sebaik-baiknya. Dilarang menyalahgunakan peralatan-peralatan tersebut. Kami juga berbincang kembali dengan pensyarah mengenai p&p yang dijalankan sama ada berkesan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan. Setelah kami menjalankan sesi microteaching ini. Kami berjumpa dengan pensyarah untuk penambahbaikan untuk sesi pengajaran yang akan datang serta format laporan yang perlu ditulis sebagai tugasan kami untuk mata pelajaran ini, PJM3110.

Saya juga sempat berbincang sedikit dengan guru pendidikan jasmani di sekolah itu yang turut memerhatikan sesi pengajaran yang kami lakukan . Dia memberikan respons positif dan menyatakan sesi pengajaran kami dilakukan dalam keadaan yang terkawal dan boleh dipelbagaikan lagi aktiviti dalam sesi pengajaran Meneliti borang pemarkahan( Panduan penilaian Pengajaran Mikro) yang telah diisi pleh penilai semasa menjalankan program pnp . Semasa kami menjalankan sesi pengajaran kepada murid . Kumpulan lain memerhatikan sesi pengajaran kami dan dikehendaki memberikan penilaian markah kepada kami memalui dua orang wakil setiap kumpulan. Kami juga menyediakan satu jadual dan tarikh pelaksanaan tugasan ini bermula daripada taklimat pensyarah , urusan dengan pihak sekolah yang dipilih hingga perlaksanaan dan pendokumentasi kerja kursus ini . Penyediaan jadual ini membantu kami dalam merangkan dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan dan memberi peluang kepada kami Pelbagai tenik pengajaran yang digunakan semasa melakukan sesi pengajaran. Sebagai seorang guru, harus mengetahui teknik manakah yang sesuai digunakan dalam sesi pengajaran supaya P&P berkesan kepada murid . Dalam pengajaran mikroteaching yang kumpulan kami jalankan ini , kami telah menggunakan kaedah pembelajaran kontekstual yang melibatkan komunikasi antara guru dengan murid. Pada permulaan sesi pengenalan, kami menunjukkan contoh terlebih dahulu kepada murid

Berdasarkan pemerhatian terhadap kedua-dua sesi P&P PJPK yang saya ikuti, antara teknik yang digunakan oleh guru kepada kelasnya ialah teknik arahan. Guru memberi arahan kepada murid untuk mengeluarkan buku teks dan buku latihan serta meletakkannya di atas meja. Apabila guru mengarahkan murid untuk berdiri dan melakukan aktiviti regangan, murid mengikut arahan guru setelah melihat demonstrasi oleh guru. Selain itu, teknik penyelesaian masalah juga diterapkan dalam P&P PJPK

tersebut. Sebagai contoh, guru mengajukan pertanyaan kepada murid mengenai fungsi jantung dan paru-paru. Murid-murid cuba berfikir tentang fungsi jantung dan paru-paru kemudian menyatakannya kepada guru. Kami mengucapkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program microteaching di Sekolah Kebangsaan , iaitu guru pendidikan jasmani , Cikgu tajuddin, Guru besar , Pihak staf sekolah dan murid , rakan sekelas serta pensyarah pembimbing , Tuan Haji Rahman bin Zakaria. . Menganalisa setiap kekurangan ketika pnp dilaksanakan Murid aktif dan mendengar arahan guru yang mengajar dan membuat aktivit yang dikehendaki Kami berjaya mengendalikan bahagian sesi masing- masing dengan baik dan mengikut masa yang telah ditetapkan Murid murid gembira dengan pnp

SENARAI SEMAK ALATAN YANG DIGUNAKAN LAMPIRAN 1

BIL

ALATAN

JUMLAH YANG DIPINJAM

JUMLAH YANG DIPULANGKAN

CATATAN

1 2 3 4 5 6 7 8

Gelung rotan Tali skipping Marker Skitel

36 5 1 set 10

36 5 1 set 10

ANALISIS PENGAJARAN PELAKSANAAN PENGAJARAN MIKROTEACHING DI SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA II . 1. Set induksi - BAIK 2. Permulaan BAIK 3. Perkembangan- BAIK 4. Pengurusan kelas-BAIK 5. Komunikasi - BAIK 6. Kualiti pengajaran dan pembelajaran-MEMUASKAN 7. Penutup-BAIK 8. Aplikasi nilai semasa p&p-BAIK 9. Kekuatan yang boleh dicontohi10. Aspek yang boleh dipertingkatkan-

JADUAL PERANCANGAN TUGASAN MIKROTEACHING

TENTATIF/AKTIVITI Perbincangan dengan pensyarah Microteaching Membuat perbincangan dengan sekolah yang hendak dipilih Membuat surat kebenaran ke sekolah mengenai program

TARIKH PERLAKSANAAN 23 Julai 2012

26 Julai 2012

30 Julai 2012

Kelulusan daripada Timbalan Pengarah

31 Julai 2012

Menghantar surat kebenaran TIMBALAN PENGARAH ke sekolah yang dipilih Taklimat KKP oleh Pensyarah Penasihat

3 Ogos 2012

19 Ogos 2012

Persediaan ke sekolah

27 Ogos 2012

Pergi Ke Sekolah / Pelaksanaan Aktiviti Mikroteaching

28 Ogos 2012 29 Ogos 20 September 2012

Menyiapkan laporan tugasan Mikroteaching

Menghantar tugasan

20 September 2012

PENUTUP

REFLEKSI INDIVIDU

Refleksi Individu oleh Nurul Syazwani Nordin Refleksi Individu oleh Nurul Syazwani Nordin
Syukur, Alhamdulillah kerana saya dan rakan-rakan dari kumpulan 2 telah menjalani mikro-teaching dengan jayanya di SK Jitra II. Banyak pengalaman baru yang telah saya perolehi dari sesi pengajaran selama 30 minit. Ini merupakan pengalaman pertama saya selaku bakal guru menyiapkan RPH sendiri yang tepat berpandukan Sukatan Pelajaran terkini dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara 2 hala dengan murid. Ia merupakan pengalaman baru yang tidak saya lupakan meskipun tempoh masa sesi pengajaran adalah satu masa sahaja. Saya tiba di sekolah lewat 15 minit kerana kesibukan lalu lintas. Namun ia tidak menjadi halangan besar kerana sesi pengajaran kumpulan bermula jam 8.45 pagi. Saya telahpun diberikan tugas menjalani sesi pengajaran bagi Langkah 1 iaitu selama 12 minit. Oleh kerana kemahiran yang ingin disampaikan adalah Imbangan maka saya telah memilih permainan laga ayam tanpa menggunakan bahan. Permainannya mudah dan ringkas di mana ia dijalankan secara berpasangan. Oleh kerana ramai murid yang tidak dibenarkan turun padang kerana tidak berpakaian lengkap, hanya seorang sahaja murid perempuan manakala selebihnya adalah murid lelaki. Saya telah berpasangan untuk murid perempuan berkenaan dan mula membahagikan pasangan masing-masing dengan kiraan 1 dan 2. Murid-murid 2 Seroja patuh dan mula berada dalam baris menghadap pasangan masing-masing. Sepanjang sesi pengajaran yang dikelolakan oleh saya, saya mendapati muridmurid memberikan sepenuh perhatian dan mereka sangat teruja untuk melakukan aktiviti. Saya juga mendapati terdapat seorang murid yang terlalu aktif dan sukakan perhatian. Bagi memastikan kawalan bilik darjah sentiasa lancar, saya memanggil murid berkenaan untuk membantu saya menunjukkan demostrasi permainan laga ayam dengan tepat. Murid terlebih dahulu diberikan nombor 1 dan 2 dan diikuti nombor 1 disebelah kiri manakala nombor 2 disebelah kanan. Kumpulan nombor 1 dan nombor 2

akan berpasangan dan mula bermain laga ayam. 3. Murid 1 dikehendaki untuk memegang kaki kiri menggunakan tangan kanan dan murid berkenaan melompat sebelah kaki sambil menolak rakan menggunakan bahu Murid 2. Seterusnya aktiviti diulangi oleh pasangan masing-masing. Syarat bagi permainan yang ditetapkan ialah kaki tidak boleh dilepaskan. Hal ini kerana kemahiran yang hendak disampaikan ialah imbangan maka mereka perlu mengimbangkan badan dengan sebaik mungkin sebelum cuba menolak bahu pasangan mereka. Ia juga dikenali sebagai imbangan statik. Sepanjang 12 minit ini, saya mendapati kesemua murid dapat mengikuti permainan laga ayam dengan sebaik mungkin. Bagi pengajaran, saya telah menggunakan teknik pembelajaran masteri. Permaian laga ayam ini mudah namun terdapat beberapa pasangan yang tidak dapat mengikuti langkah pengajaran saya. Oleh hal demikian, saya mendapati mereka perlu diberikan perhatian dan tunjuk ajar secara komunikasi 2 hala. Pembelajaran masteri ialah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan

peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Meskipun tempoh sesi pengajaran saya terhad 12 minit namun saya berusaha untuk memastikan kesemua murid dapat memahami dan melakukan permainan laga ayam dengan betul. Bermula dari langkah 1 sehingga langkah kemuncak, saya mendapati rakan-rakan juga menggunakan teknik pembelajaran masteri di mana murid yang belum menguasai kemahiran diajar satu persatu sebelum memulakan pengajaran seterusnya.

Sepanjang sesi pengajaran saya, saya telah menitipkan nilai kerjasama. Kerjasama wujud antara pasangan masing-masing apabila mereka cuba untuk berlaga bahu dan membuat imbangan dengan sebelah kaki. Kerjasama ini juga amat penting di mana apabila pasangan tidak dapat melakukan kemahiran imbangan tersebut, pasangan mereka akan membantu dan menunjuk ajar sehingga mereka boleh melakukan permainan laga ayam ini. Bagi Belajar Cara Belajar pula saya menekankan kemahiran mendengar di mana murid-murid mendengar terlebih dahulu arahan guru dan barulah mereka mula melakukan aktiviti. Howard Gardner mendefinisikan Kecerdasan Pelbagai sebagai `an intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural settings (Frames of Mind, 1983). Teori Kecerdasan Pelbagai merupakan kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Kebolehan ini membolehkan murid belajar untuk menjana idea dan pendapat mereka dalam menyelesaikan masalah baru. Di samping itu, mereka juga akan memperolehi kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang benilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Oleh hal demikian, saya telah menerapkan Kecerdasan Kinestatik, Kecerdasan Visual Ruang dan Kecerdasan Interpersonal. Tuntasnya, sebagai bakal guru, saya merasakan peranan guru bukan sahaja mendidik menjadi insan yang cemerlang dari segi JERIS malah sebagai guru, kita perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dgn menyediakan gaya pembelajaran yg sesuai dgn minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Permasalahan yang dihadapi pula ialah masa yang tidak mencukupi dan terhad. Masa pengajaran dan pembelajaran kedua bermula jam 8.15 pagi sehinggan 8.45 pagi telahpun dikendalikan oleh kumpulan pertama. Mereka melakukan aktiviti ketangkasan iaitu skipping. Saya mendapati mereka mengambil masa yang lebih bagi setiap aktiviti dan mengakibatkan kumpulan kami mula sesi pengajaran lewat 10 minit dari masa yang ditetapkan iaitu sekitar jam 9 pagi. Dapat disimpulkan di sini ialah permasalahan yang timbul pada sesi pengajaran tersebut ialah masa yang tidak mencukupi dan menganggu sesi pengajaran yang seterusnya.

Bagi cadangan penambahbaikan, saya merasakan setiap guru perlu melakukan demostrasi tanpa perlu banyak bercakap sebagaimana murid belajar dari peniruan. Ia boleh menjimatkan masa di sampag setiap guru perlu peka dengan masa dan langkah pengajaran yang telahpun disusun dalam RPH. Selain itu, setiap ahli kumpulan dikehendaki menyusun peralatan terlebih dahulu dan membantu setiap ahli kumpulan agar sesi pengajaran akan terus tersusun dan lancar tanpa sebarang masalah teknikal. Masalah kedua yang dikenalpasti ialah komunikasi. Meskipun komunikasi 2 hala wujud namun saya mendapati saya mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan murid-murid Tahun 2 Seroja. Saya mendapati mereka menggunakan loghat Kedah manakala saya pula cuba untuk berkomunikasi secara formal dengan mereka. Sebagai bakal guru, saya merasakan guru perlu mahir dalam berkomunikasi agar apa yang cuba disampaikan dapat difahami dan didengari secara jelas oleh murid-murid. Sistem pengudaraan di padang yang terbuka juga menjadikan guru perlu lantang dalam bersuara agar arahan yang diberikan jelas dan dapat diikuti oleh semua murid-murid. Kesimpulan, saya merasa sangat bertuah kerana diberikan tugasan ini di samping menimba pengalaman baru sebagai persedian awal untuk saya menjalani latihan mengajar pada semester hadapan. Barulah saya sedar tugas mengajar diperingkat kanak-kanak adalah sukar. Suasana sebenar mengajar murid-murid arus perdana dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini tidaklah senang sebagaimana yang disangka yang sebagai guru, kita perlu bijak bagi menjadikan sesi pengajaran kita menarik dan berjalan lancar. Bagi mereka yang tidak memahami tugas seorang guru, akan menganggap semua orang boleh mengajar, namun hakikatnya tidak semua orang boleh mengajar anak muridnya dengan cemerlang tanpa adanya latihan.Oleh yang demikian, tugas mulia ini haruslah dipikul bersama untuk merealisasikan insan yang terbaik dalam negara kita ini. Tugasan sebegini amat berguna kepada saya kerana dapat memperlihatkan kelemahan yang dimiliki dan dilakukan ketika sesi pengajaran Kelemahan yang ada bukanlah sebagai suatu keburukan pada diri sendiri tetapi adalah untuk memperbaiki teknik, kaedah, pendekatan dan juga strategi yang digunakan ketika mengajar.

Tidak dinafikan, terdapat banyak kesilapan yang dilakukan ketika mengajar buat kali pertama ini. Diharapkan segala tunjuk ajar yang diberikan akan membantu untuk saya dan rakan-rakan yang lain dalam meningkatkan kualiti pengajaran di masa hadapan.

() Nurul Syazwani binti Nordin

REFLEKSI INDIVIDU Bismillahirahmanirahhim.. Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinanNya saya dan rakan-rakan yang lain dapat menyiapkan tugasan kurikulum dan pedagogi pendidikan jasmani pada semester ini. Pada kali ini, saya dan rakan-rakan telah diberikan tugasan untuk melaksanakan tugasan pengajaran mikro di sekolah secara berkumpulan. Setelah melakukan undian saya telah ditempatkan di kumpulan tiga yang terdiri daripada enam orang ahli kumpulan, Pada peringkat permulaan melakukan tugasan ini, saya dan rakan-rakan kumpulan telah duduk berbincang untuk sama-sama memilih tajuk pengajaran yang bakal kami lakukan memandangkan kumpulan saya telah mendapat murid tahun dua untuk dilakukan pengajaran mikro. Ksmi mengambil masa yang lama untuk merangka perancangan aktiviti yang ingin dilakukan bersesuaian mengikut kurikulum standard sekolah rendah ( kssr ) yang telah digunakan disekolah bagi murid tahun 2. Kesulitan timbul apabila kami tidak tahu bagaimana untuk membina rancangan pengajaran menggunakan kssr memandangkan semester ini merupakan semester pertama yang mendedahkan kami dengan kssr bagi matapelajaran pendidikan jasmani. Kami juga perlu memikirkan alatan yang hendak dibawa dan digunakan bersesuaian dengan aktiviti yang dipilih. Hasil perbincangan yang telah dilakukan kami telah sepakat untuk memilih tajuk melompat sebelah kaki ( HOPPING) dengan mengaplikasikan pergerakan lokomotor untuk diajar kepada murid-murid tahun 2. Setelah perancangan aktiviti selesai saya dan rakan telah membina rancangan pengajaran harian yang lengkap untuk disemak oleh pensyarah pendidikan jasmani iaitu Encik Rahman bin zakaria. Setelah disemak oleh pensyarah pembimbing terdapat beberapa perubahan yang perlu dilakukan oleh kumpulan saya memandangkan rancangan pengajaran yang dibina tidak menepati kriteria kurikulum standard sekolah rendah (kssr) yang perlu dilakukan.

Setelah itu, saya dan rakan-rakan telah berkumpul sekali lagi pada waktu malam untuk membaiki semula RPH bagi kumpulan kami memandangkan kami perlu kesekolah pada keesokan harinya. walaupun masing-masing kepenatan namun komitmen terhadap tugasan tetap ditunjukkan. Saya dan rakan-rakan telah sama-sama membuat perubahan pada rancangan pengajaran harian kami dengan merujuk kepada garis panduan standart pengajaran pendidikan jasmani kssr tahun dua. Setelah menyiapkan rph kami secara tidak langsung telah memahami serba sedikit cara bagi membuat rancangan pengajaran pj bagi kurikulum kssr. Pada keesokan harinya, kami telah ke sekolah kebangsaan jitra 2 untuk melaksanakan amali pengajaran mikro. Pertama kali tiba disekolah jitra dua perasaan saya agar gementar memandangkan ini merupakan kali pertama saya melakukan pengajaran pj yang sebenar dihadapan murid. Namun dengan sokongan oleh ahli kumpulan yang lain saya telah bersemangat untuk menyelesaikan tugasan kami dengan sebaik mungkin. Namun ad masalah lain yang telah timbul apabila kami melihat padang yang sepatutnya digunakan telah dipenuhi air memndangkan hujan telah turun pada pagi tersebut. Masing-masing risau dan memikirkan jalan terbaik untuk meyelesaikan masalah agar tugasan kami dapat dijalankan. Setelah mencari tempat yang bersesuaian dengan memikirkan aspek keselamatan murid kami telah memulakan tugasan pengajaran kami. Setelah pengajaran mikro bermula saya dapat melihat setiap ahli kumpulan telah melakukan peranan masing-masing dengan baik walapun sedikit kekok pada mulanya. Saya telah mengajar murid-murid dibahagian perkembangan yang melibatkan aktiviti di berjalan diatas tali sambil mengimbangkan badan dan melompat kedalam gelung menggunakan sebelah kaki. Pada pengamatan saya muridmurid berjaya melakukan aktiviti tersebut dengan baik kerana mereka memahami arahan yang diberikan dan mereka gembira dengan aktiviti yang dilakukan. Walaubagaimanapun sebenarnya terdapat kekurangan yang perlu dibaiki oleh saya semasa melakukan pengajaran dimana saya perlu lebih peka terhadap ketepatan ,masa, penggunaan tempat dan alatan semasa melakukan aktiviti. Selain itu, saya juga perlu memberikan arahan yang jelas kepada murid-murid memandangkan pengajaran dilakukan dipadang sekolah agar murid dapat memahami dan mendengar dengan jelas

penyampaian pengajaran. Jika diberi peluang pada masa akan datang saya akan berusaha memperbaiki diri saya dalam penyampaian pengajaran dimana mungkin saya akan menukar kaedah pengajaran yang lebih menarik dengan mengabungjalinkan muzik agar murid lebih berminat untuk melakukan aktiviti. Saya juga akan mencuba untuk melakukan aktiviti pengajaran mengikut peruntukan masa yang telah diagihkan dalam RPH agar setiap aktiviti yang direncanakan berjalan lancar dan mengikut masa hal ini sangat penting kerana masa dapat menentukan penyampaian pengajaran guru dapat dilakukan dengan sempurna ataupun tidak. Pengurusan masa yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran disamping memastikan topic pengajaran dikuasai oleh murid. Kesimpulannya, melalui tugasan ini banyak pengalaman baru yang telah diperolehi oleh saya bermula dengan pengalaman melakukan rph dan melaksanakan tugasan rph yang dirancang. Melalui tugasan ini juga telah memberikan pendedahan kepada saya senario semasa menjalankan praktkum disekolah pada semester hadapan. Semoga dengan selesainya tugasan pendidikan jasmani pada kali ini dapat memberikan saya dan rakan-rakan persediaan mental dan fizikal bagi menjadi seorang guru pendidikan jasmani yang sebenar pada satu hari nanti. Dengan pengalaman kali ini akan saya gunakan semasa melakukan praktikum pada semester hadapan. Akhir kata ucapan terima kasih saya hulurkan buat pensyarah pembimbing dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam melaksanakan tugasan pada kali ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang lemah itu adalah kekurangan saya sendiri.

() Siti Hajar binti Shukri

REFLEKSI INDIVIDU Tugasan ini adalah satu tugasan wajib yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan untuk subjek PJM 3110 ini. Pensyarah Pembimbing untuk mata pelajaran ini adalah En. Rahman bin Zakaria. Kumpulan kami terdiri daripada saya sendiri, Ahamd Hidayat bin Ahmad Fuad iaitu Hafezee,Hajar,Solehin,Syukriah dan Nurul Syazwani. Dalam pelaksanaan tugasan ini, kami perlu menghasilkan satu RPH dan menjalankan satu sesi pengajaran mikro selama 30 minit dalam sesi kuliah subjek tersebut. Untuk kelas tahun 2 yang menggunakan format pengajaran KSSR.

Dalam menghasilkan tugasan ini, terdapat satu kekuatan yang sangat ketara adalah kerjasama di antara ahli kumpulan kami iaitu seramai 4 orang seperti yang telah dinyatakan di atas. Perbincangan antara kami serta bimbingan daripada pensyarah telah kami telah berbincang setelah menerima tugasan ini dan bersetuju untuk menghasilkan satu RPH berkaitan pergerakan asas lokomotor iaitu berjalan, berlari dan melompat untuk pelajar tahun 2 mengikut kurikulum KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah). Perbincangan telah berjalan dengan sangat baik dan proses pencarian maklumat serta bahan juga amat mudah dengan sokongan dan kerjasama semua ahli kumpulan. Setelah menghasilkan RPH tersebut, pembahagian tugas untuk pengajaran mikro dilakukan. Pembahagian ini untuk memberikan setiap daripada kami peluang untuk mengajar dan mendapat pengalaman sebenar situasi pengajaran bersama murid sekolah yang sebenar.

Semasa sesi pengajaran mikro, semua ahli kumpulan memberikan komitmen yang sangat baik dan sesi pengajaran tersebut telah berjalan dengan sangat lancar. Kesefahaman dan kerjasama yang kuat ini merupakan satu kekuatan yang amat mendorong kumpulan kami untuk menghasilkan tugasan ini. Bimbingan daripada pensyarah juga amat memberikan bantuan dalam menghasilkan tugasan yang terbaik bagi kumpulan kami.

Melalui perbincangan dengan pensyarah

kami dapati masih lagi kekurangan

ilmu dan pengalaman dalam penyediaan satu rancangan pengajaran harian untuk murid sekolah rendah. Hal ini penting dalam memastikan objektif pengajaran pendidikan jasmani dapat disampaikan dengan betul dan tercapai di akhir pengajaran. Melalui penjumpaan ini, beberapa kesilapan dalam penyediaan rph diketahui oleh kami dan beberapa penambahbaikan dimasukkan dalam rph untuk menjadikannya lebih baik dan bertepatan dengan objektif pembelajaran dan tahap kurikulum murid. Hal ini juga sangat berguna kepada kami semasa menjalani praktikum di semester hadapan dan pengajaran semasa menjadi guru pendidikan jasmani di sekolah nanti. Sebagai seorang penyelaras subjek ini saya telah belajar banyak ilmu baru mengenai prosedur untuk menjalankan aktiviti luar dengan betul dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan melalui permohonan rasmi kepada guru besar sekolah, penulisan surat rasmi dan kebenaran pihak pengarah, serta komunikasi dengan guru pendidikan jasmani di sekolah serta urusan peminjaman alatan sukan yang digunakan daripada stor institut. Kesemua pengalaman ini adalah satu ilmu baru yang sangat berguna kepada saya sebagai seorang pendidik dalam menjalankan urusan menjalankan sesuatu aktiviti di tempat lain mengikut saluran yang betul agar tidak mewujudkan sebarang kesulitan kepada saya dan pihak lain serta tidak menunjukkan

profesionalisme seorang kakitangan pendidik. Pelbagai tenik pengajaran yang digunakan semasa melakukan sesi pengajaran. Sebagai seorang guru, harus mengetahui teknik manakah yang sesuai digunakan dalam sesi pengajaran supaya P&P berkesan kepada murid . Dalam pengajaran microteaching ini, ahli kumpulan kami menggunakan teknik arahan dengan setiap pergerakan perbuatan murid mengikut arahan guru. Teknik digunakan berdasarkan situasi pembelajaran ketika itu. Aktiviti yang dijalankan juga sememangnya khusus untuk pembinaan kognitif ,afektif dan psikomotor dalam tubuh badan murid khusus untuk membentuk murid yang aktif bersukan dan cerdas.. Aktiviti yang dijalankan juga bertepatan dengan tahap kebolehan murid dan kesesuaian dengan keaktifan dan pemahaman mereka yang masih dalam tahap penerimaan.

Terdapat beberapa masalah dan kelemahan yang kami hadapi dalam menghasilkan mikro teaching ini. Antaranya ialah penyediaan rph yang kurang bersesuaian. Mungkin pada peringkat permulaan ini, kami masih belum mahir dalam membuat penyediaan rph ini. Oleh itu, setelah menghasilkan rph , kami berjumpa dengan pensyarah penasihat untuk bimbingan dan penambahbaikan rph ini untuk digunakan dalam sesi mikroteaching.

Masalah yang lain ialah padang yang digunakan dipenuhi air. Pada awal pagi, semasa kami tiba di padang sekolah. Saya dapati padang sekolah telah ditakungi air akibat hujan lebat di awal pagi. Fenomena ini adalah biasa bagi kebanyakkan padang sekolah. Oleh itu, setiap kumpulan mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan pnp , tempat yang kurang dipenuhi air. Murid juga diminta menanggalkan kasut mereka untuk menggelakkan kasut mereka basah dan rosak dan boleh mengganggu sesi pembelajaran yang lain.

Masalah lain yang wujud sewaktu perjalanan microteaching ini ialah masa yang tidak mencukupi dan terhad. Masa pengajaran dan pembelajaran kedua bermula jam 8.15 pagi sehinggan 8.45 pagi telah pun dikendalikan oleh kumpulan pertama dan seterusnya untuk kumpulan kedua. Saya mendapati mereka mengambil masa yang lebih bagi setiap aktiviti dan mengakibatkan kumpulan kami mula sesi pengajaran lewat 10 minit dari masa yang ditetapkan iaitu sekitar jam 9 pagi. Keadaan ini sering berlaku kepada situasi seorang guru yang mengajar pendidikan jasmani,

Keadaan ini boleh diatasi dengan guru melakukan terus aktiviti yang diajarkan dengan mengurangkan masa penerangan dan terus kepada aktiviti yang difokuskan. Guru juga boleh meminta murid supaya menunggu terus giliran. Murid boleh terus melakukan aktiviti apabila seorang murid telah selesai melakukan aktiviti. Murid juga boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang kecil supaya mempercepatkan sesi pengajaran dan bertukar aktiviti setelah selesai

Antara penambahbaikan yang boleh dijalankan guru boleh mengajar dengan memperbanyakkan aktiviti dan berdasarkan kepada kebolehan pelajar mengikut kognitif pelajar tertentu . Aktiviti itu bercorakan kreatif dan menghiburkan dan membina kognitif, afektif dan psikomotor murid seperti permainan kanak-kanak.Guru juga boleh menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di tempat yang tidak berair jika padang yang ingin digunakan dipenuhi air. Hal ini memastikan sesi pengajaran dijalankan juga walaupun keadaan sebaliknya. Tugasan ini sememangnya telah banyak memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada kami dalam mempertingkatkan kualiti kerja kami sebagai guru untuk kegunaan di sekolah masing-masing dan panduan pada masa akan datang.

() Ahmad Hidayat Bin Ahmad Fuad

REFLEKSI INDIVIDU

FEZEE

REFLEKSI INDIVIDU

SOLEHIN

REFLEKSI INDIVIDU

SYUK

LAMPIRAN