Anda di halaman 1dari 12

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PADA MASA KINI AMAT MENCABAR SEKALI TERUTAMA DALAM MENANGANI PERUBAHAN SEMASA.

1.Huraikan cabaran-cabaran semasa dalam dunia pendidikan yang dialami kini.

1.1 Proses Globalisasi Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata amat berat. Pendidikan yang menjadi teras pembentukan mana-mana generasi turut terpanggil dan terheret untuk menangani cabaran era globalisasi. Acuan pendidikan yang tepat dan bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju pembinaan tamadun manusia dan negara di Malaysia khususnya umat Islam. Menurut Kamus Dewan global bermaksud dunia seluruhnya. Manakala , globalisasi membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang sering kita dengar kini adalah dunia tanpa sempadan. Fenomena globalisasi ini berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan pendidikan. Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan sesiapa yang tidak turut serta akan ketinggalan. Proses globalisasi ini berlaku dalam tiga bentuk utama iaitu teknologi, ekonomi dan ideologi. Ketiga-tiga bentuk ini saling berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai hubungan secara langsung dengan dunia pendidikan. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan.

1.2 Peranan Guru mengikut Falsafah pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara Namun perlaksanaan terhadap konsep kesepaduan dalam pendidikan ini masih kabur dalam usaha mencapai matlamat melahirkan individu yang seimbang. Ini dapat dilihat pada arus pembangunan dan teknologi yang berlaku tidak seiring dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menuntut tindakan yang bersepadu dalam kehidupan masyarakat dan pembangunan nasional. Cita-cita materialistik dan duniawi yang menghantui pemikiran masyarakat menyebabkan perlaksanaan FPN dalam sistem pendidikan tidak terlaksana dengan berkesan bahkan nilai-nilai murni dan didikan agama dan moral sebenarnya tidak dianggap suatu yang utama. Penghayatan terhadap nilai-nilai agama dan moral hanya suatu teori yang tertulis sahaja. Proses pengajaran dan pembelajaran tertumpu kepada proses kognitif yang dikira penting untuk menghadapi peperiksaan dan bernilai komersil untuk masa depan pelajar.

1.3

Kemahiran dalam Penggunaan ICT

Perkara yang paling penting bagi guru zaman globalisasi ini ialah meningkatkan kemahiran dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional.

Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin. 1.4 Membentuk Modal Insan yang Cemerlang

Seorang guru yang berkualiti perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik. Guru juga mestilah berupaya membuat keputusan,menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati

mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat. Jadual 1: Peranan Dan Tugas Guru

Guru Sebagai Tenaga Pengajar


Guru Sebagai Pembimbing

Guru Mempengaruhi Tingkah Laku Pelajar

PERANA N DAN

Guru Sebagai Agen Perubanan

TUGAS

Guru Sebagai Pengganti Ibu Bapa

GURU
Guru Sebagai Penyelidik

Guru Sebagai Agen Sosial

Guru Sebagai Penyampai Maklumat

Guru Sebagai Pengamal Reflektif

2. Cabaran-cabaran Semasa Dalam Dunia Pendidikan Pada Masa Kini 2.1 Pengenalan

Dunia era globalisasi memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan dalam bidang teknologi dilihat memberi kesan secara langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku turut membawa bersama isu dan cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan pusat pengajian lain. Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelut sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah ke dalam dunia hiburan, layaran yang bukan-bukan menjadi trend masyarakat menyebabkan berlakunya gejala negatif di kalangan pelajar yang amat pesat. Ini memaksa organisasi yang terbabit supaya menyemak semula kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh global tersebut. Ini bermakna sistem pendidikan Malaysia mengalami banyak cabaran pada masa sekarang. cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakan dengan penuh kesungguhan. Beberapa cabaran yang dilihat memberi kesan pada guru ialah :

i- Berpandangan Konservatif Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang yakin ianya benar-benar membawa faedah kepada mereka juga kepada murid. Situasi akan menjadi lebih celaru apabila perubahan itu menyebabkan guru merasakan kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea dan pendapat guru sebagai penyampai maklumat dan pemudah cara, sedangkan maklumat yang diperoleh oleh pelajar dari dunia luar lebih banyak lagi. Guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu lebih berkesan.

ii- Penambahan Beban Guru Beban guru yang melampau dalam sesuatu bidang pekerjaan yang dihadapi oleh pekerja serta organisasi mampu memberi kesan yang negatif bukan sahaja pada pelajar tetapi juga pada organisasi itu sendiri. Dalam konteks sekolah, guru ditetapkan melaksanakan pelbagai tugasan yang berkaitan dengan akademik, pentadbiran dan ko-kurikulum. Masa mereka lebih banyak dihabiskan di tempat kerja berbanding di rumah. Mereka bergelut dengan tugas masing-masing dari pagi kekadang sehingga malam dengan mengajar kelas tambahan. Di waktu pagi guru telah ditetapkan dengan jadual masing-masing, dengan tujuan melancarkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Di sebelah petang guru pula terlibat dalam ko-kurikulum seperti kelab dan persatuan, badan beruniform dan kelas tambahan sekurang-kurangnya dua kali seminggu, sementara malam guru diberi tugas untuk mengajar kelas malam pada murid-murid yang terlibat dengan peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya, ada juga sekali-sekala diadakan perjumpaan dan mesyuarat PIBG atau lain-lain program bagi penambahbaikan satu-satu aktiviti yang hendak dijalankan. Ini menyebabkan kerja di rumah tidak berjalan dengan lancar, seperti komunikasi dengan keluarga, menyelesaikan masalah anak-anak, suami atau isteri, melakukan aktiviti bersama ahli keluarga juga terbantut, jiran tetangga pun kadang-kadang kita tidak bertegur sapa menyebabkab cacatnya institusi hidup bermasyarakat dalam konsep hidup berkomuniti. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis pada pihak berkenaan dan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan bidang pengajaran seperti mesyuarat, menghadiri kursus, hari sukan, hari ko-kurikulum dan banyak lagi. Ini menyebabkan guru itu ponteng kerja dengan alasan yang kukuh. Guru bertindak demikian untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Kekerapan guru ponteng samada cuti sakit, cuti rehat dan lain-lain akan menyebabkan prestasi pelajar akan jatuh apabila guru gagal menghabiskan sukatan pelajaran yang terkandung dalam Rancangan Pengajaran Tahunan. Justeru, adalah tidak wajar guru dulu dan sekarang dijadikan perbandingan kerana zaman teknologi serba canggih ini, semuanya perlu direkodkan

secara berkomputer walaupun rekod bertulis turut perlu dibuat sendiri dan direkodkan dengan kemas. Maklumat lain seperti rekod pinkaman buku teks dan keputusan peperiksaan perlu kemas dan kini disegerakan. Bukan semua guru ada komputer atau lebih parah lagi bukan semua guru celik komputer. Sebagai contohnya setiap tahun guru perlu mengemaskini maklumat murid serta data peribadinya. Selain itu, kutipan yuran, perlu dibuat sendiri dan direkodkan dengan kemas dan betul. Tidak kurang juga beban guru ditambah dengan memyediakan soalan-soalan peperiksaan hampir tdua atau tiga bulan sekali. iii - Kekurangan Sokongan Pihak Pentadbiran Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum, keceriaan kelas , mengasah minat murid dengan lebih mendalam di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan dari segi : a) Kewangan b) Motivasi dan dorongan
c) Pengiktirafan

d) Penyediaan peralatan untuk proses pengajaran dan pembelajaran e) Mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah Kepimpinan pengetua atau Guru besar juga menyumbang kepada faktor cabaran guru semasa. Kepimpinan yang menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti mewujudkan pertelingkahan dengan kakitangan sekolah jika mereka menerima gaji statik. Terdapat juga pengetua atau guru besar yang bersifat autokritik, tidak memberi perhatian dan perihatin dengan masalah yang oleh guru dan keluarga mereka. Ada juag sesetengah pengetua atau guru besar bersikap anarkik iaitu pemimpin tersebut kebebasan penuh pada guru tersebut untuk menguruskan perjalan sekolah, ini akan menimbulkan konflik dan menimbulkan keadaan yang tidak kondusif serta huru- hara.

iv- Sikap Negatif Pelajar Isu ini amat membimbangkan dan semakin tidak boleh dibendung lagi. Hasrat kerajaan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi ujian dari segi keberkesanannya kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang membawa masuk pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya tempatan masyarakat kita. Banyak cabaran yang mesti ditempuhi oleh individu, ibu bapa, komuniti dan tidak ketinggalan juga pada guru-guru terpalit juga dengan isu globalisasi ini. Kemudahan dari global ini amat mudah, hanya di hujung jari sahaja. Namun demikian generasi pelajar ini mesti lebih berhati-hati dalam memilih segala maklumat yang diperolehi supaya tidak tergolong dalam maklumat-maklumat yang tidak baik, melanggar batas agama, adat dan batasan. Jika yang baik dicari maka dapatlah maklumat yang baik, dan sebaliknya jika dicari yang buruk maka buruklah maklumaaat yang diperolehi. Terpulang pada individu itu sendiri dan juga cara didikan yang diterima dari kedua ibu bapa mereka. Amatlah penting membekalkan didikan agama dalam diri individu pelajar ini sejak dari mereka kecil lagi. Gejala lepak, buli, merokok, penagihan dadah, ponteng kelas,arak, seks bebas, rempit, gengster dan akhirnya masalah yang lebih parah ialah kes pembuangan bayi hasil daripada hubungan seks bebas dan haram ini di antara mereka. Masalah-masalah ini sekarang sudah menjadi terbiasa meskipun di sekolah-sekolah luar bandar. Apa akan terjadi jika masalah ini tidak dibendung dari awal oleh kita, Malaysia akan hancur, rebah menyembah bumi. Oleh yang demikian pelajar mestilah mempunyai nilai kesedaran sendiri, berhati-hati untuk bersosial pada laman web tertentu dalam keperluan harian mereka. Adalah difahamkan terdapat banyak maklumat positif yang boleh meransang minda pelajar dan dalam masa yang sama banyak juga maklumat negatif yang boleh merosakkan pelajar. Individu pelajar mestilah bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi kerana mereka adalah merupakan tunjang kepimpinan pada masa akan datang.

v) Hala Tuju dan Perancangan Dasar Sentiasa Berubah Pada peringkat awal, sistem pendidikan di negara kita hanya berteraskan pendidikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga sahaja. Ianya berdasarkan konsep warisan.Ibu bapa akan mengajar segala kemahiran yang dimiliki kepada anak-anak. Oleh itu modal insan yang dilahirkan hanya mempunyai kemahiran yang diberikan oleh ibu bapa mereka sahaja. Kebanyakan ibu bapa pula menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok dan madrasah. Pendidikan semasa era penjajahan dilihat kurang signifikan dalam membangunkan modal insan. Ini disebabkan oleh hala tuju dan falsafah pendidikan Inggeris tidak memberi peluang kepada masyarakat Melayu khususnya untuk mengembangkan bakat dan kebolehan mereka. Selain itu, pendidikan yang bersifat bebas menyebabkan terdapatnya jurang dalam pendidikan yang akhirnya membantutkan pembangunan modal insan. Semasa zaman pascamerdeka pula, hala tuju falsafah pendidikan lebih bercorak ingin membangunkan modal insan. Hal ini selaras dengan ucapan Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau masih menjawat jawatan Perdana Menteri, ucapan itu sempena Hari Pekerja. Beliau menyeru rakyat supaya berganding bahu agar sisitem pendidikan negara mampu melahirkan modal insan yang kekal relevan dengan kehendak industri pasaran semasa serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Antara usaha beliau ialah penubuhan banyak universiti dengan berbagai jurusan yang ditawarkan. Tujuannya ialah untuk melahirkan tenaga yang terlatih dalam beberapa bidang yang relevan, khususnya pembangunan penduduk yang mampu memberi sumbangan kepada negara. Berbeza dengan dasar pendidikan zaman sekarang, semua tugasan yang diberi pada guru bukanlah semata-mata mengajar sahaja, kesemua data yang diperolehi dari murid akan diisi secara on-line saja oleh guru, samada boleh dilakukan di sekolah maupun di rumah, tidak kira waktu siang atau sebaliknya.

Guru-guru dibebankan dengan berbagai tugasan yang bukan sekadar tugas mengajar sahaja. Guru-guru ditugaskan untuk mencatat rekod kesihatan, RMT dan banyak lagi.Para pelajar juga mendapat maklumat daripada internet selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas sahaja. Manakala dasar pendidikan sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa. Kalau dulu mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeri, namun tidak sampai sepuluh tahun, sistem ini sudah ditukar kepada sistem lain pulan. Daripada KBSR ditukar kepada KSSR. Yang mana kemahiran murid disukat mengikut bandband yang telah ditetapkan. Ini amatlah memeningkan para guru, pentadbir dan ibu bapa.

II. Bincangkan sejauh mana kesan cabaran tersebut terhadap masyarakat

i- Agungkan Pendidikan Dari Luar Sehubungan dengan cara hidup dunia sekarang yang tanpa sempadan dan saling berkatian antara satu sama lain, pendidikan di negara kita menjadi terbuka kepada dunia luar sama ada untuk belajar mahupun untuk melakukan perubahan kepada benda lain. Contohnya untuk menubuhkan cawangan universiti asing di sini. Hal ini akan memberi kesan yang amat besar kepada IPT tempatan, terutamanya IPTS. Para pelajar akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja apabila mereka menamatkan pengajian nanti. Ini jelas terjadi apabila berlaku graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan berbanding graduan IPT tempatan. Ini juga akan menyebabkan IPT tempatan akan mengalami masalah kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan, khususnya IPT yang bersaiz kecil. ii- Bahasa Melayu Dipinggirkan Kecanggihan dalam menerima maklumat dari globalisasi, contohnya internet yang tiada sempadan ini telah meminggirkan sendiri bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, ini kerana maklumat yang diperolehi kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Bahkan kebanyakan IPTS telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar.Ini sudah terbukti bahawa bahasa melayu tidak mampu lagi menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut. iii- Tujuan Pendidikan Beralih Arah Ahli-ahli korporat akan memesatkan lagi bidang pengkormersilan pendidikan dengan mengaut keuntungan melalui bidang ini.Hal ini sangat dibimbangi kerana ianya berterusan tanpa kawalan, matlamat objektif asal pendidikan akan terkorban, demi mencapai keuntungan semata-mata. Kelayakan masuk pelajar tidak diambil kira, seperti dikenakan syarat yang yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang berpengalaman,kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui, keadaan pelajar yang terlalu sosial dan banyak lagi. Mereka menitik beratkan pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Kalau dibandingkan hanya 20 peratus sahaja pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan pelajar bukan bumiputera di IPTS. Jika permasalahan ini tidak dibendung akan meluaskan jurang antara dua golongan ini. Hanya yang kaya sahaja menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran.Jadi sampai bila mereka dapat membela nasib keluarga mereka yang terbelenggu dalam kemiskinan ini.Perkara ini juga sangat bertentangan dengan dasar kerajaan kita untuk melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang dan bangsa. iv- Penghayatan Ilmu Akan Terpesong Pelajar ke sekolah atau mana-mana institusi pengajian hanyalah sematamata untuk tujuan peperiksaan sahaja. Ini sebagai rutin untuk memenuhi tugasan yang diberikan sahaja. Penghayatan ilmu semakin terhakis, ini akan melahirkan generasi cerdik pandai tanpa seimbang dengan norma-norma hidup seorang insan. Pernah kita terbaca dalam akhbar seorang guru agama mencabul murid, seorang peguam mengupah bunuh orang yang tidak disenanginya, seorang kakitangan awam pecah amanah dan ratusan lagi kes-kes yang datangnya dari mereka yang berpelajaran tinggi, apatah lagi mereka yang tidak berpendidikan tinggi.

Mereka telah menggunakan kemahiran yang mereka miliki dengan melakukan perkara-perkara yang negatif. Kesan buruk ini harus disedari oleh semua pihak dan bersedia dengan langkah yang komprehensif, ini adalah untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk lagi berlaku. v- Rasa Hormat Pada Guru Terhakis Jika dahulu insan yang bernama guru amatlah dihormati oleh semua golongan, pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Tetapi malangnya hari ini guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang lebih baik. Kadang kala ada yang menyaman guru atas perbuatan guru terhadap pelajar mereka yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan apa yang telah dicurahkan oleh guru. Jika ada salah guru kerana merotan murid yang membuat kesalahan, terus berita itu digembar-gemburkan seolah-olah guru itu seorang yang tidak berperikemanusiaan. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yabg tidak menitikberatkan pelajaran dan menuding terus jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anakanak mereka. Walhal masa mereka bersama anak-anak mereka adalah lebih panjang dan lebih penting lagi berbanding dengan guru itu sendiri. Ibu bapa juga tidak faham akan peranan guru menyebabkan mereka menganggap guru hanyalah mengajar mata pelajarantertentu sahaja dan anak mereka perlu lulus mata pelajaran tersebut, tetapi guru juga berperanan dalam mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni, jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Malangnya hari ini, ibu bapa lebih mementingkan kecermelangan dari akademik semata-mata dan menganggap pembentukan sahsiah terpuji tidak penting dan inilahsebabnya anak-anak mereka tidak boleh ditegur, walaupun telah melakukan kesalahan. Sepatutnya ibu bapa datang berbincang dengan guru bukan semata-mata mendengar daripada anak-anak mereka, menghuraikan kesilapan, bukan sanggup datang menyerang pihak sekolah dan membuat pendedahan kepada pihak media.