Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU PETI SURAT 10491 88805 KOTA KINABALU SABAH

TEL : 088-210646 088-210979 FAKS: 088-217124 LamanWeb : http://www.sabah.edu.my/mpg Emel : mpg@sabah.edu.my

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING 2011 ANJURAN PISMP PENDIDIKAN JASMANI SEMESTER 4 AMBILAN JANUARI 2010 INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS GAYA KOTA KINABALU

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING 2011 ISI KANDUNGAN


BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. PERKARA 1.0 Kertas kerja Pertandingan Bola Baling tertutup IPG Kampus Gaya 2.0 Dikemukakan oleh 3.0 Kumpulan sasaran 4.0 Tujuan Pertandingan Bola Baling 5.0 Latar belakang Pertandingan Bola Baling 6.0 Objektif Pertandingan Bola Baling 7.0 Matlamat Pertandingan Bola Baling 8.0 Tarikh Pertandingan Bola Baling 9.0 Masa Pertandingan Bola baling 10.0 11.0 12.0 13.0 14.0 15.0 16.0 17.0 Tempat Pertandingan Bola Baling Peraturan Bola Baling Sistem pertandingan Carta organisasi Senarai bidang tugas ahli jawatankuasa Bola Baling Tentatif program pertandingan Bola Baling 2011 Anggaran perbelanjaan Penutup

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING 2011


1.0 TAJUK Pertandingan Bola Baling tertutup peringkat IPG Kampus Gaya 2011 DIKEMUKAKAN OLEH Guru Pelatih Opsyen PISMP PJ Semester 4 Ambilan Januari 2010 IPG Kampus Gaya. KUMPULAN SASARAN Terbuka Kepada semua guru pelatih IPG Kampus Gaya. TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan memohon kelulusan kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya untuk mengadakan Pertandingan Bola Baling tertutup peringkat IPG Kampus Gaya. LATAR BELAKANG Pertandingan Bola Baling pada tahun 2011 diadakan pada 14 Oktober hingga 15 Oktober yang akan mengambil masa selama 2 hari, bertempat di gelanggang Bola Baling, padang Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Karnival Bola Baling ini dianjurkan oleh PISMP PJ Semester 4 AMBILAN JANUARI 2010 Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Gaya, yang dinaungi oleh Encik Raymie A.Bakar dan terbuka kepada semua guru pelatih IPG Kampus Gaya. Pertandingan Bola Baling pada kali ini akan disertai oleh pasukan-pasukan yang dibentuk oleh guru pelatih IPG Gaya sahaja. 6.0 OBJEKTIF 6.1 Melahirkan guru pelatih yang berbakat dalam bidang sukan. 6.2 Membimbing guru pelatih untuk menguasai kemahiran-kemahiran dalam bola baling 6.3 Melahirkan semangat kerjasama antara pasukan dan ahli-ahli yang mengelola pertandingan. 6.4 6.5 Mengeratkan hubungan di kalangan guru-guru pelatih. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman guru-guru pelatih dalam mengelola dan menguruskan pertandingan. 6.6 Pengaplikasian pembelajaran kemahiran PJM 3111 Bola Baling melalui pengelolaan dan pengurusan pertandingan `

2.0

3.0

4.0

5.0

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING 2011


7.0 MATLAMAT 7.1 Melahirkan guru pelatih yang berkebolehan dalam pengurusan dan pengelolaan.Melatih guru pelatih dalam kepimpinan dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas. 7.3 Mempelajari teknik asas permainan Bola Baling. 7.4 Berkerjasama sesama ahli-ahli pertandingan Bola Baling untuk mengeratkan silaturahim. 7.5 Melahirkan guru pelatih yang berdaya saing dan berfikiran kreatif dan kritis dalam melaksanakan sesuatu tugas. 8.0 9.0 TARIKH MASA : : 14 Oktober hingga 15 Oktober 3.00 petang 6.00 petang (14 Oktober). 7.30 pagi 12.00 tengah hari (15 Oktober) Gelanggang Bola Baling IPG Kampus Gaya

10.0

TEMPAT

11.0

PERATURAN BOLA BALING 11.1 PERATURAN AM BOLA BALING 11.1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF) yang terkini. 11.1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, Undangundang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. 11.1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :11.1.3.1 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan

kepada Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). 11.1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Bola Baling adalah muktamad.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING 2011


11.2 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BOLA BALING 11.2.1 Setiap pasukan sekurang-kurangnya mempunyai 10 orang peserta. Sekira pemain kurang daripada 7 orang, penyertaan terbatal. 11.2.2 Pakaian mestilah lengkap dan seragam. 11.2.3 Pemakaian aksesori adalah dilarang. 11.2.4 Setiap peserta mesti berkuku pendek. 11.2.5 Rambut haruslah diikat dengan kemas. 11.2.6 Semua peserta mesti datang 1 jam lebih awal sebelum pertandingan dimulakan. Pendaftaran peserta haruslah dilakukan 30 minit sebelum perlawanan. Jika lewat 5 minit, maka kemenangan tanpa bertanding akan diberikan kepada pasukan lawan. 11.2.7 Permainan akan dimulakan pada 3.00 petang (14 Oktober) dan 7.30 pagi (15 Oktober) 11.2.8 Menjalankan aktiviti memanaskan badan sebelum perlawanan dijalankan. 11.2.9 Hanya pemain yang disenaraikan dalam borang penyertaan sahaja dibenarkan untuk mendaftar. 11.2.10 Permainan separuh masa pertama ialah 5 minit, masa rehat 1 minit dan separuh masa kedua ialah 5 minit. 11.2.11 Ketua Pasukan hendaklah membuat undian di luar gelanggang sebelum permainan bermula untuk menentukan hantaran tengah. 11.2.12 Keputusan pengadil adalah muktamad.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING 2011

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING 2011

12.1

GELANGGANG DAN PERALATAN 12.2.2 Gambar rajah di bawah menunjukkan ukuran Gelanggang Bola Baling.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING 2011

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING 2011

12.2

PERALATAN 12.3.1 Permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola perlu di sediakan oleh penganjur mengikut spesifikasi berikut mengikut jantina:

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING 2011


12.0 CARTA ORGANISASI STRUKTUR JAWATANKUASA PERTANDINGAN MINI BOLA BALING PISMP PJ SEMESTER 4, 2011 13.1: AHLI JAWATANKUASA INDUK TERTINGGI PENAUNG PENSYARAH PEMBIMBING PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI NAIB BENDAHARI : Puan Salmah binti Abdullah : Encik Raymie A.Bakar : Mohd Eswadie Bin Salleh : Ahmad Tharmizi Bin Damit : Mohd Azwan Bin Hj.Yunus : Norfifinah Binti Nordin : Fitri Aisyah Binti Dulah

13.2: AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA AJK PERALATAN TEKNIKAL KESELAMATAN CENDERAHATI DOKUMENTASI MAKANAN JURUACARA PUBLISITI & PROTOKOL BUKU PROGRAM NAMA :Mohd Faridzul Bin Kasim :Roslan Bin Ramli : Edward Poil : Ummi Kalhum Binti Mohd Mokhtar : Kevin Poh Kim Soon : Felicia Pearl Fidelis : Annflorin Liuh : Qawiem Khairani Bin Mohd Yassin : Jessica Adrianne Vincent : Diana Habirin Lapongan : Herose Wong : Mohd Zahrin Bin Salidin : Ainun Mardiah Binti Ibrahim : Qawiem khairani Bin Mohd Yassin : Azizah Binti Kadim

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING 2011


14.0 SENARAI BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN BOLA BALING AJK 1) PENGERUSI TUGAS Memastikan kelancaran sesuatu mesyuarat. Mengendalikan mesyuarat supaya berjalan lancar dan menghasilkan natijah yang bernas. Menjadi orang yang paling aktif (bukan monopoli) dan bertindak sebagai fasilitator. Bertanggungjawab dalam memastikan semua peralatan yang diperlukan semasa pertandingan disediakan lebih awal dan dikembalikan ke tempat yang sepatutnya selepas pertandingan. Bertanggungjawab memastikan pertandingan berjalan dengan lancar. Bertanggungjawab dalam memastikan disiplin dan keselamatan semasa pertandingan berlangsung dipatuhi. Bertanggungjawab dalam memastikan perjalanan pertandingan terkawal. Bertanggungjawab dalam memastikan penyediaan hadiah siap sebelum pertandingan. Memastikan penyediaan sijil siap sebelum pertandingan. Memastikan penyediaan cenderahati siap sebelum pertandingan. Menyediakan pelaporan sebelum, semasa dan selepas melakukan kuliah renang Memastikan jualan mencukupi kepada semasa pertandingan Memeriksa kebersihan semasa dan selepas jualan Memainkan peranan sebagai pengerusi majlis Menyediakan teks ucapan kepada tetamu jemputan

2) PERALATAN

3) TEKNIKAL 4) KESELAMATAN

5) CENDERAHATI 6) DOKUMENTASI 7) MAKANAN 8) JURUACARA

10

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING 2011


15.0 TENTATIF PROGRAM PERTANDINGAN BOLA BALING 2011 Tarikh Masa : : 14 Oktober hingga 15 Oktober 2011 0300 petang 0500 petang 0730 pagi 1200 tengah hari Tempat : Gelanggang Bola Baling IPG Kampus Gaya

16.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

15.1 PERBELANJAAN 15.1.1 Hadiah Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga = = = = = = RM 49.67 RM 46.67 RM 43.67 RM 40.00 RM 20.00 RM200.00

15.1.2 Jualan 15.1.3 Cenderahati JUMLAH 15.2 PENDAPATAN Pembayaran yuran RM 20.00 X 10 JUMLAH

= =

RM200.00 RM 200.00

11

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA BALING 2011


17.0 PENUTUP Pertandingan Bola Baling tertutup peringkat IPG Kampus Gaya 2011 diharap dapat mencapai objektifnya iaitu meningkatkan tahap kemahiran asas bola baling disamping memberi pendedahan kepada guru pelatih mengenai pengelolaan dan pengurusan sukan amnya kepada semua aktiviti sukan, khasnya kepada sukan bola baling. GAYA HIDUP SIHAT

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

.......................................................... (MOHD AZWAN BIN HJ.YUNUS) Setiausaha, Pertandingan Bola Baling, PISMP PJK Semester 4, Ambilan Januari 2010, IPG Kampus Gaya, Sabah.

....................................................... (ENCIK RAYMIE A.BAKAR) Penasihat, Pertandingan Bola Baling PISMP PJK Semester 4, Ambilan Januari 2010, IPG Kampus Gaya, Sabah.

Disahkan Oleh,

..................................................... (MOHD FARID BIN ABDULLAH) Ketua Jabatan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Gaya, Sabah.

Diluluskan Oleh,

................................................. (SALMAH BINTI ABDULLAH) Pengarah, IPG Kampus Gaya, Sabah. 12

Anda mungkin juga menyukai