Anda di halaman 1dari 18

UNIT 2 ISU-ISU DAN TREND DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran ini nanti pelajar dapat: 1. Menjelaskan definisi pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. 2. Membanding bezakan antara gaya hidup sedentari, gaya hidup aktif dan gaya hidup sangat aktif. 3. Meramal kesan yang diperolehi oleh individu mengikut peringkat umur hasil daripada pendidikan jasmani dan kesihatan. 4. Merancang program yang bertujuan memupuk minda masyarakat untuk menghargai kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan.

PENGENALAN
Apakah dia pendidikan jasmani dan kesihatan? Apakah perbezaan antara pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan dan sukan? Mengapakan jasmani dan kesihatan perlu dididik dan apakah kaitannya dengan sukan dan aktiviti manusia seharian? Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti hidup dan kaitannya dengan gaya hidup? Apakah kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan terhadap peningkatan kualiti hidup manusia? Semua persoalan ini akan digarap dalam perbincangan Unit 1 ini.

Senario Masyarakat
Kanak-kanak suka bermain, remaja gemarkan akitiviti mencabar seperti sukan ekstrem dan orang dewasa cenderung melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi bagi mendapatkan keseronokan dan kepuasan diri. Dewasa ini masyarakat mula melibatkan diri dalam aktiviti fizikal seperti bersenam, bersukan, menari, dan bereakreasi kerana mereka menghargai nilai sosial, mental dan fizikal yang terkandung dalam aktiviti yang diikuti. Situasi ini menggambarkan gaya hidup masyarakat yang sihat dan aktif. Namun terdapat juga masyarakat yang tidak mementingkan kecergasan fizikal dan kesihatan yang baik dalam gaya hidupnya kerana faktor kekangan masa dan kurangya kecelikan minda terhadap kepentingan aktiviti fizikal. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab dan cabaran pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan untuk membuka minda masyarakat tentang kepentingannya dalam membentuk gaya hidup sihat dan aktif.

Definisi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan


Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan adalah disiplin ilmu yang saling berkaitan antara satu sama lain. Secara umumnya, pendidikan jasmani merujuk kepada proses yang dilaksanakan oleh individu untuk mencapai tahap kemahiran dan kecergasan fizikal, mental dan Aktiviti yang melibatkan sosial secara optimum melalui aktiviti fizikal yang ketahanan fizikal: dijalankan; meningkatkan kualiti kesihatan dan perkembangan tubuh badan yang harmoni dan Eco-challenge seimbang; memperbaiki ciri-ciri fizikal dan maraton kemahiran kendiri; dan membina kesempurnaan merentas desa kemahiran motor bagi tujuan perlaksanaan rutin pengembaraan kerja harian. Kaedah utama dalam pendidikan jasmani adalah melalui latihan aktiviti fizikal yang merangkumi aktiviti pergerakan semulajadi dan siri pergerakan asas, aktiviti sukan dan aktiviti ketahanan fizikal. Pendidikan kesihatan pula adalah satu proses yang dipelajari oleh individu mengenai kesihatan dan cara untuk meningkatkan kesihatan diri. Ia wujud dalam bentuk program pendidikan bagi menyalurkan maklumat mengenai literasi kesihatan bagi meningkatkan tahap kesihatan di kalangan individu dan masyarakat. Selain daripada penyampaian maklumat, pendidikan kesihatan juga berfokus ke arah memberi motivasi dan peningkatan tahap keyakinan diri di kalangan masyarakat untuk memperbaiki status kesihatan. Pada masa kini, pendidikan kesihatan lebih terserlah dalam konsep memperomosikan kesihatan melalui kaedah pendidikan. Aktiviti yang melibatkan pergerakan semula jadi dan siri pergerakan asas: gimnastik olahraga tarian

Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan, bolehkan anda membezakan maksud konsep berikut? Apakah perkaitan antara antara konsep yang dinyatakan dengan pendidikan jasmani dan kesihatan? Huraikan idea anda melalui lakaran peta minda di bawah.

Latihan

Main

Permainan

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Sukan

Aktiviti Senggang

Aktiviti Atletik

Tip:
Huraian definisi permainan, main, sukan, aktiviti senggang dan rekreasi, dan aktiviti atletik yang berikut ini mungkin boleh membantu anda untuk menjawab persoalan di atas.

Latihan

Pergerakan fizikal yang boleh meningkatkan kadar tenaga yang digunakan oleh badan Satu bentuk hiburan yang dilakukan secara bebas, spontan bagi mendapatkan keseronokan. Ia tidak semestinya melibatkan aktiviti fizikal. Tidak mempunyai kepentingan material dan tiada sebarang keuntungan diperoleh daripadanya. Kesudahan aktiviti tersebut tidak penting dan tidak diukur. Adakalanya melalui aktiviti main individu dapat menonjolkan hubungan sosial. Aktiviti main yang lebih terurus, mengandungi undang-undang yang eksplisit, mengandungi elemen perlawanan atau pertandingan antara dua pihak, mempunyai sekatan masa, ruang dan siri tingkah laku yang ditunjukkan oleh pemain. Kebebasan masa dari tugas seharian yang boleh digunakan untuk aktiviti bersifat atau tidak bersifat fizikal. Aktiviti yang dilalui oleh individu yang berkemahiran tinggi dalam aktiviti fizikal, aktiviti yang dijalankan adalah terurus. Menekankan tentang kemahiran fizikal, keberanian, dan penggunaan tenaga, mempunyai latar yang formal, aktiviti pertandingan yang mempunyai institusi dan organisasi, mempunyai ganjaran berbentuk intrinsik dan ekstrinsik, mempunyai proses sosialisasi, undang-undang aktiviti yang telah diselaraskan dan dikuatkuasa oleh oleh agensi kawalan rasmi. Aspek organisasi aktiviti dan teknikal amat penting dalam sukan. Pembelajaran kemahiran asas perlu dipelajari

Main

Permainan

Aktiviti Senggang dan rekreasi Atletik

Sukan

Secara amnya, pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan sering digunakan dalam konteks pendidikan di sekolah atau universiti. Namun pendidikan jasmani dan kesihatan juga wujud dalam dunia sukan dan atletik seperti pusat senaman aerobik, pusat kecergasan fizikal dan kelab sukan yang mementingkan tentang pembinaan kemahiran, peningkatan kecergasan dan semangat rekreasi.

Apakah yang dimaksudkan dengan sukan dan sains sukan?


Selain daripada pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan, sukan adalah satu disiplin yang paling banyak menerima implikasinya daripada perlaksanaan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Secara umumnya, sukan adalah aktiviti fizikal yang diurus melalui sistem peraturan sama ada secara formal atau tidak formal, melibatkan pertandingan, persaingan antara dua pihak atau dalaman diri individu bagi mendapatkan keseronokan, nilai rekreasi dan ganjaran (Lumpkin, 2005). Sukan melibatkan penggunaan aktiviti dan kecergasan fizikal oleh individu yang terlibat. Kajian saintifik mengenai sukan sangat menitikberatkan elemen kecergasan fizikal, kemahiran, fisiologi, kesihatan hingga mewujudkan dimensi baru dalam dunia aktiviti fizikal iaitu sains sukan atau sains latihan.

Apakah yang dimaksudkan dengan sains sukan? Sains sukan atau sains latihan bermaksud analisis saintifik mengenai pergerakan tubuh badan manusia, yang merangkumi aspek fisiologi latihan, biomekanik, kinesiology, anatomi, fisiologi, tingkah laku motor dan aspek perubatan sukan. Melalui sains sukan atau sains latihan, aktiviti fizikal dalam pendidikan jasmani dan kesihatan dapat ditingkatkan kualitinya bagi menjamin kualiti gaya hidup yang sihat. Pada abad yang ke 19, sukan menjadi kaedah pendidikan jasmani yang paling utama. Ciri-ciri pertandingan dalam sukan adalah aspek pendidikan yang sangat penting, manakala latihan fizikal yang sistematik adalah faktor utama yang menyumbang kepada pencaopaian sukan.

Masyarakat masa kini mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan bagi membentuk gaya hidup yang sihat. Individu yang cergas dan sihat dikatakan mampu melakukan aktiviti fizikal dengan tahap keupayaan yang optimum. Cuba anda senaraikan ciri-ciri individu yang bersikap positif terhadap pendidikan jasmani dan kesihatan dan bandingkannya dengan ciriciri individu yang bersikap negatif. Ciri-ciri individu yang bersikap positif terhadap pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan
1

Ciri-ciri individu yang bersikap negatif terhadap pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan
1

Tip:
Menurut Lumpkin (2005), berikut adalah ciri-ciri individu yang telah dididik fizikal dan kesihatannya sebagaimana yang didefinisikan oleh National Standards for Physical Education (NASPE) iaitu: 1) 2) 3) 4) 5) Individu yang telah mempelajari kemahiran yang bersesuaian untuk melakukan pelbagai bentuk aktiviti fizikal. Individu yang fizikalnya cergas. Individu yang sering melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Individu yang mengetahui kebaikan dalam penglibatan aktiviti fizikal, serta keburukan jika tidak melakukan aktiviti fizikal. Menilai aktiviti fizikal sebagai sesuatu yang bermakna dalam meningkatkan gaya hidup sihat

NASPE (2004) telah menggariskan 6 standard nasional untuk pendidikan jasmani yang diguna pakai hingga ke hari ini iaitu: Menunjukkan kompetensi dalam kemahiran motor dan corak pergerakan yang diperlukan dalam pelnagai jenis aktiviti fizikal. Menunjukkan kefahaman tentang konsep, prinsip, strategi dan taktik dalam pergerakan untuk diaplikasikan dalam pembelajaran dan penghasilan aktiviti fizikal. Melibatkan diri secara kerap dalam aktiviti fizikal. Mencapai dan mengekalkan tahap pencapaian kecergasan fizikal. Mempamerkan rasa tanggungjawab individu dan tingkah laku sosial melalui penghargaan terhadap diri sendiri dan orang lain dalam konteks aktiviti fizikal. Memberi nilai yang bermakna kepada aktiviti fizikal untuk tujuan cabaran yang positif, ekspresi kendiri dan interaksi sosial.

KUALITI HIDUP (QUALITY OF LIFE QOL)


Individu yang sihat biasanya berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan jangka hayatnya. definisi kualiti hidup antara seseorang individu dengan individu yang lain adalah tidak sama. Sejauhmana kualiti hidup seseorang adalah bergantung kepada kebolehannya untuk menikmati kehidupannya dengan penuh sempurna. Keupayaan untuk berjalan, melihat, merasa, berlari semuanya itu menyumbang terhadap kualiti hidup. Bagaimana aktiviti fizikal mampu mengubah kualiti hidup manusia? Melalui aktiviti fizikal, risiko kematian akibat penyakit jantung dapat dikurangkan begitu juga dengan masalah stroke, kanser perut, diabetes dan tekanan darah tinggi. Di samping itu, aktiviti fizikal juga mampu mengurangkan masalah obesiti yang secara tidak langsung menyumbang ke arah pertumbuhan tulang, sendi dan otot yang sihat, mengelakkan penyakit tulang, mengurangkan masalah kebimbangan dan kemurungan.

Konsep health-related quality of life (HRQL) turut diguna pakai dalam konteks klinikal yang menjurus kepada penilaian HRQL dari aspek fungsi fizikal dan sosial, kesejahteraan individu, aktiviti peranan dan persepsi individu terhadap tahap kesihatan (Rajeski & Mihalko, 2001; Shumaker, Anderson & Czaikowski, 1990). Hasil kajian HQRL mendapati aktiviti fizikal member kesan positif ke atas kesihatan seperti: Latihan fizikal mempunyai kesan yang baik terhadap HRQL pesakit yang mengalami penyakit kemurungan (Singh, Clements &Fiatarone, 1997), koronari jantung (Lavie & Milani, 1997), dan kegagalan fungsi pelbagai organ (Wehler et al., 2003). Aktiviti fizikal dalam bentuk latihan daya tahan atau rintangan mempunyai hubungkait yang positif dengan HQRL tanpa dipengaruhi oleh faktor usia, kesihatan dan jenis aktiviti (Rajeski & Mihalko, 2001). Data daripada Behavioral Risk Factor Surveillance System (2001) menunjukkan bahawa individu yang mengikuti aktiviti fizikal yang telah disarankan mempunyai tahap HQRL yang tinggi berbanding mereka yang kurang melibatkan diri (Brown, et al., 2003).

Pernahkah anda berfikir tentang perasaan anda pada hari ini? Apakah perasaan yang sedang anda alami? Adakah anda rasa gembira? Adakah anda berasa sihat dan segar? Adakah anda berasa sangat bermotivasi? Atau adakah anda merasakan bahawa hari ini adalah hari paling malang dalam hidup anda? Jawapan kepada persoalan ini adalah status kualiti hidup anda. Pernahkah anda memikirkan status kualiti hidup anda pada masa sekarang? Berdasarkan skala 1 hingga 10 mengenai tahap kualiti hidup, cuba anda menilai diri anda sendiri, dan nyatakan pada skala berapa nilai kualiti hidup anda pada hari ini.

0 Sangat Teruk

5 Sederhana

10 Sangat Bagus

Selain daripada itu anda boleh menilai sejauh mana kualiti hidup anda dengan cuba menjawab soal selidik berkaitan kualiti hidup yang boleh diperoleh daripada laman web berikut: http://www.associationfornetworkcare.com/pdf/newlongitudinal.pdf http://www.promotingexcellence.org/downloads/measures/mcgill_qol.pdf

Cuba senaraikan 4 faktor yang mempengaruhi kualiti hidup anda:

Tip:
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kehidupan kontemporari manusia menyebabkan masyarakat mula menitikberatkan pendidikan jasmani dan kepentingan melakukan aktiviti fizikal iaitu: 1) Ancaman terhadap penyakit kardiovaskular menyumbang terhadap keperluan melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan kekuatan otot jantung. Tabiat pemakanan yang tidak sihat. Kesedaran untuk meningkatkan jangka hayat dengan cara yang sihat. Faktor perkembangan teknologi secara tidak langsung telah mengurangkan tahap pergerakan fizikal manusia, dan sekaligus meningkatkan kadar masa rehat dan senggang. Peningkatan tahap stres kehidupan akibat tuntutan kerjaya dan perkembangan semasa.

2) 3) 4)

5)

Dengan menggunakan peta minda di bawah, cadangkan bagaimana pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan dan sukan boleh menyumbang kepada peningkatan status kualiti hidup yang positif di kalangan masyarakat Sumbangan tersebut boleh dikenalpasti menerusi aktiviti-aktiviti khusus yang boleh dijalankan di dalam konteks pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan dan sukan. Anda boleh mula mencambahkan idea anda di dalam peta minda yang disediakan di bawah ini.

Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan

Sukan

Tip:
Apakah jenis aktiviti fizikal yang biasa anda dilakukan?

Aktiviti Aerobik

Aktiviti yang melibatkan pergerakan otot besar seperti lengan, kaki dan peha secara berulangan. Semasa aktiviti ini dijalankan, kadar pernafasan dan denyutan jantung akan meningkat. Sekiranya nafas dan kadar denyutan jantung anda meningkat pada tahap yang sederhana semasa melakukan aktiviti, ini menunjukkan aktiviti aerobik yang anda lakukan mempunyai intensiti yang sederhana seperti berjalan pantas, berjogging dan berbasikal. Latihan yang tidak memerlukan pengambilan oksigen yang mencukupi bagi mengekalkan aktiviti latihan yang berterusan, cukup sekadar atlit menggunakan pernafasan yang ada bagi menggantikan tenaga simpanan (latihan yang pendek seperti berlari untuk lompat tinggi dan latihan jeda) Latihan yang dijalankan secara ringkas dan pendek (30 minit). Latihan jangka panjang (12 bulan). Aktiviti yang meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot sama ada dengan menggunakan alat khas atau menggunakan kaedah semulajadi seperti latihan angkat berat

Latihan Anaerobik

Latihan akut

Latihan kronik Aktiviti resistence

Selain daripada aktiviti latihan yang dinyatakan di atas, di bawah ini disenaraikan jenis-jenis aktiviti fizikal yang bersifat sederhana dan lasak yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian: Aktiviti Sederhana Berjalan laju, menari rentak perlahan atau sederhana, berbasikal, berkayak Sukan golf, sofbol, badminton, pingpong Aktiviti Lasak Berjogging, berlari, basikal lasak, lompat bertali, dan berenang

Aktiviti masa senggang

Aktiviti sukan

Sukan tenis, bola tampar, bola keranjang, bola jaring, bola sepak. Membersihkan halaman rumah, membuat kerja rumah dengan intensiti yang tinggi.

Aktiviti di rumah

Berkebun, memotong rumput, membasuh kain yang sedikit, mencuci kereta, bermain dengan

anak, mengemas rumah Aktiviti pekerjaan Khidmat pembantu rumah, mengemas restoran, berdiri dan berjalan semasa melakukan kerja Mengajar tarian, pekerjaan bertani, melakukan pergerakan yang berintensiti tinggi semasa berkerja.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


Kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan dapat dilihat menerusi sumbangannya ke arah membina individu yang sihat dari aspek minda dan tubuh badan. Banyak kajian menunjukkan bahawa kekerapan melakukan latihan fizikal boleh meningkatkan kesan psikologi manusia seperti mengurangkan kesan negatif seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan, meningkatkan kesan positif seperti keyakinan diri, semangat dan kesejahteraan hidup, dan menjadi salah satu cara latihan psikoterapi dan penghalang kebergantungan terhadap pengambilan dadah dalam rawatan penyakit kecelaruan emosi. Sebagai contoh, kajian mendapati bahawa latihan yang menggunakan kedua-dua acute aerobic exercise dan resistance exercise efektif dalam mengurangkan kebimbangan (Hale, Koch & Raglin, 2000). Mungkin dalam sesetengah kes, kebimbangan tidak terus berkurang tetapi mengambil masa 30 hingga 90 min selepas latihan yang dikenali sebagai delayed anxiolytic effect iaitu kelewatan pengurangan kebimbangan disebabkan faktor intensiti latihan atau komponen kebangkitan dalam kebimbangan itu sendiri (Cox, et al, 2000). Perbincangan tentang kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan merangkumi tiga aspek penting kehidupan manusia iaitu domain fizikal, kognitif dan afektif. Selain itu, perbincangan ini turut menjelaskan sumbangan dari dua konteks yang berbeza iaitu pendidikan jasmani dan kesihatan secara am yang meliputi keperluan dalam kehidupan individu seharian dan juga pendidikan jasmani dan kesihatan secara khusus, iaitu kepentingannya terhadap perkembangan individu mengikut peringkat usia.

Kepentingan Fizikal
Gaya Hidup Sedentari: Kehidupan yang tidak aktif, kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Berlaku di kalangan masyarakat di negara membangun dan sedang membangun. Aktiviti duduk, membaca, menonton televisyen, aktiviti komputer seperti menaip dan bermain permainan video sepanjang hari tanpa melakukan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani dan kesihatan memberi peluang kepada individu dan masyarakat untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kefahaman tentang kepentingan melakukan aktiviti fizikal. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan ke atas fizikal ini membantu dalam usaha pencegahan penyakit merbahaya, kawalan keselamatan diri dan mengelak dari mengalami kecederaan, di samping dapat mengurangkan kadar kehidupan yang tidak sihat dan kematian serta meningkatkan tahap kesihatan mental. Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan mendidik individu supaya melakukan senaman dengan kerap bagi mengawal diri dari terdedah dengan gejala penyakit merbahaya. Dewasa ini, kebanyakan doktor

bersetuju bahawa faktor obesiti merupakan punca kepada banyak gejala penyakit. Tanpa pengurusan diet yang betul dan pengambilan makanan yang berlebihan, serta ditambah lagi dengan gaya hidup sedentari, masyarakat akan lebih terdedah dengan risiko penyakit merbahaya seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Kepentingan terhadap fizikal individu dan masayarakat yang lain: Peringkat Rendah Kepentingan Pendidikan jasmani pada peringkat rendah lebih berfokus terhadap didikan dalam aspek pergerakan motor asas seperti kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor, kemahiran manipulatif, kemahiran motor kasar dan halus. Pendidikan kesihatan pula lebih berfokus terhadap didikan awal dalam menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan, memberus gigi, dan berpakaian bersih. Remaja mengaplikasikan pergerakan asas dalam sukan yang diceburi. Dengan kekuatan serta kemahiran fizikal yang dimiliki membolehkan mereka mengikut pelbagai jenis sukan, aktiviti lasak dan mencabar serta aktiviti senggang dan rekreasi. Remaja mula mengenali potensi diri berdasarkan kekuatan dan kemahiran fizikal, sekaligus berupaya menetapkan pilihan aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan potensi diri masingmasing. Individu atau masyarakat dewasa yang terdidik dari aspek jasmani dan kesihatan akan mencapai tahap kematangan fizikal yang sihat dan positif dalam mengharungi kehidupan yang lebih kompleks. Pendidikan jasmani dan kesihatan memberi peluang untuk mereka memilih gaya kehidupan yang cergas dan sihat, dan berupaya melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian sebagai usaha untuk mengekalkan kualiti hidup yang sempurna.

Pertengahan

Tinggi

Kepentingan Kognitif
Pendidikan jasmani dan kesihatan dapat diterapkan ke dalam minda masyarakat melalui medium visual, auditori, dan taktil. Pembentukan skema mental melalui interaksi antara fizikal dan alam sekitar melalui kaedah aktiviti fizikal dilihat berupaya menyelesaikan banyak masalah kehidupan. Kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan itu sendiri dapat dilihat Visual berdasarkan kuapayaannya membentuk Menggunakan kaedah melihat perkembangan minda yang sihat serta membantu melalui poster, paparan slide, individu untuk berfikir secara lebih rasional terhadap gambar rajah, peta minda kepentingan memiliki gaya hidup yang sihat dan tayangan video dan cergas. sebagainya.

Auditori Menggunakan kaedah mendengar melalui syarahan, rakaman suara, dan perbincangan.

Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan juga meningkatkan keupayaan kognitif individu kerana banyak pengetahuan tentang sukan, aktiviti fizikal serta keperluan gaya hidup sihat dapat difahami dan di analisis dengan jelas bagi tujuan meningkatkan kesedaran minda terhadap kepentingannya. Program yang diaturkan untuk pendidikan jasmani dan kesihatan berupaya menyalurkan maklumat mengenai kepentingan kesihatan, pemakanan, garis panduan kesihatan dan latihan fizikal serta kepentingan menjaga kebersihan dalaman dan luaran. Selain itu, pengetahuan yang mendalam tentang pendidikan jasmani dan kesihatan juga menjadi asas kepada pembentukan personaliti sukan di kalangan individu. Kepentingan terhadap kognitif individu dan masyarakat yang lain: Peringkat Rendah Kepentingan Kajian menunjukkan kanak-kanak aktif belajar melalui pengalaman dan interaksi terhadap persekitaran. Pengalaman ini dapat dilalui melalui kaedah aktiviti fizikal apabila kanakkanak memanipulasi fizikalnya untuk meneroka persiktaran bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Remaja mempunyai sifat ingin tahu yang sangat mendalam, lebih aktif dalam pembelajaran serta cenderung untuk berinteraksi dengan rakan sebaya melalui kaedah aktiviti fizikal seperti bermain, bersenam, dan berlatih sama ada bagi tujuan untuk memenuhi keperluan fizikal, emosi atau sosial. Kemahiran fizikal yang dimiliki digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan permasalahn hidup seharian. Individu dewasa mempunyai kelebihan dalam aspek kematangan fikiran. Mereka lebih memahami tujuan aktiviti fizikal dan kesihatan dalam pencegahan penyakit dan kecederaan, serta berupaya membanding beza antara kebaikan dan keburukan sesuatu bentuk gaya hidup untuk kebaikan kehidupan sepanjang hayat. Individu yang matang dari aspek didikan jasmani dan kesihatan dapat memahami dengan baik fungsi mekanikal fizikal manusia, sistem fisiologi, peranan aktiviti fizikal dalam pengembangan sosial dan psikologi.

Taktil Menggunakan fizikal badan untuk melakukan pergerakan seperti menyentuh, memegang atau memanipulasi alat.

Memang tidak dinafikan bahawa pendidikan jasmani dan kesihatan bertujuan untuk mendidik kesihatan fizikal individu. Fizikal yang sihat membolehkan individu berfungsi secara lebih berkualiti di dalam kehidupannya. Sebagai contoh, apabila tubuh badan sihat dan cergas, sistem jantung berupaya berfungsi dengan baik untuk mengalirkan darah dan kandungan oksigen yang berkualiti. Oleh itu lebih banyak nutrien yang dapat beredar di keseluruhan tubuh termasuk otak. Peredaran darah, oksigen serta nutrien yang stabil membantu dalam proses konsentrasi dan pengukuhan stamina individu untuk berfikir.

Pertengahan

Tinggi

Kepentingan Afektif
Penghargaan kendiri merujuk kepada penilaian individu atau pandangan peribadinya terhadap keupayaan diri sendiri. Keyakinan diri Keyakinan diri merujuk kepada konsep psikososial yang berkaitan keyakinan individu terhadap penilaian peribadinya, kebolehan, keupayaan serta kuasa yang dimilikinya. Keupayaan fizikal secara tidak langsung memberi kesan terhadap status penghargaan kendiri individu. Penghargaan kendiri yang positif dapat meningkatkan tahap kebolehan dan keyakinan diri dalam melakukan aktiviti fizikal sama ada dengan tujuan untuk bersukan, beriadah atau berekreasi, atau pun untuk menyelesaikan rutin tugas seharian. Sehubungan itu, sikap, tabiat dan persepsi adalah elemen utama yang perlu dipupuk supaya individu dan masyarakat dapat mengharagi nilai pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan dengan sebaik mungkin.

Sikap Gambaran mental dan penilaian individu terhadap ciriciri persekitaran Tabiat Tingkah laku yang berterusan dan sering kali melakukan sesuatu perkara yang sama ianya menjadi rutin harian seseorang individu itu. Persepsi: Tanggapan awal individu mengenai persekitarannya.

Banyak juga nilai yang boleh dipelajari dari pendidikan jasmani dan kesihatan selain yang disebutkan di atas seperti nilai kerjasama, semangat berpasukan, semangat kesukanan, mengajar diri menerima kekalahan dan kekecewaan, dan merasa kegembiraan dan kepuasan.

Kepentingan terhadap afektif individu dan masayarakat yang lain:

Peringkat Rendah

Kepentingan Penghargaan kendiri dari aspek fizikal amat penting bagi kanak-kanak kerana melaluinya mereka mendapat pengiktirafan daripada rakan sebaya dan dapat membina hubungan yang positif. Selain itu penglibatan yang positif dalam aktiviti fizikal juga dapat menyumbang kepada perasaan gembira dan berpuas hati di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan teori psikososial, kanak-kanak mempunyai pelbagai inisiatif dalam kebanyakan aktivitinya. Jika didik dengan kaedah perlaksanaan inisiatif yang bagus, maka aktiviti yang dihasilkan menjadi lebih realistik dan bermakna, serts dapat mengelakkan rasa bersalah sekiranya aktiviti yang dihasilkan tidak menjadi (Schultz & Schultz, 2005).

Pertengahan

Pada peringkat pertengahan, pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan dapat memperkembangkan ciri-ciri kepimpinan, nilai sosialisasi dan kemahiran penetapan matlamat di kalangan individu. Penglibatan dalam aktiviti fizikal dapat membantu dalam mengawal emosi dan mood, serta menjadi penentu dalam indeks kesejahteraan psikologi secara keseluruhannya. Selain itu, keaktifan diri juga menjadi pemangkin kepada darjah motivasi seseorang. Aktiviti fizikal juga menggalakkan semangat perpasukan, nilai kerjasama dan semangat kesukanan di kalangan individu. Individu dewasa melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan memperuntukkan nilai penghargaan ke atas status kesihatannya kerana untuk memenuhi keperluan peribadinya. dalam konteks ini, faktor sikap, tabiat dan persepsi memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan pendekatan gaya hidup sihat di kalangan individu.

Tinggi

Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan, apakah sumbangan yang boleh anda berikan dalam memupuk aspek fizikal, kognitif dan afektif di kalangan individu masyarakat melalui program pendidikan jasmani dan kesihatan yang anda jalankan? Senaraikan sumbangan tersebut. Fizikal 1. 1. Kognitif 1. Afektif

2.

2.

2.

3.

3.

3.

4.

4.

4.

5.

5.

5.

APAKAH KONSEP PENTING YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN?
Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan mempunyai komponen yang penting ke arah Gaya Hidup Aktif pelaksanaannya dan tujuannya untuk mendidik Gaya hidup yang menyumbang masyarakat supaya menghargai kecergasan fizikal ke arah kesejahteraan fizikal, dan kesejahteraan diri. Komponen tersebut ialah mental dan sosial dengan aktiviti fizikal, kecergasan fizikal, kecergasan melibatkan diri dalam aktiviti berlandaskan kesihatan, kecergasan berlandaskan fizikal dan senaman secara kemahiran, kesihatan dan kesejahteraan hidup. kerap sekurang-kurangnya 3 Untuk membentuk sikap, tabiat dan persepsi positif, hingga 5 kali seminggu. maka tujuan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan haruslah berfokus ke arah mengoptimumkan kualiti hidup masyarakat melalui komitmen yang berpanjangan untuk melakukan aktiviti fizikal dan pengalaman sukan.

Aktiviti Fizikal

Merangkumi semua pergerakan fizikal yang menyumbang ke arah peningkatan tahap kesihatan.

boleh

Kecergasan Fizikal

Dibentuk melalui latihan daya tahan dan bebanan yang mencukupi kadar kekerapan, kekuatan, dan jangka masa untuk meningkatkan keupayaan jantung dan fungsi tubuh badan. Tahap kecergasan yang diukur berdasarkan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan, dan komposisi lemak badan. Tahap kecergasan yang diukur berdasarkan keupayaan melakukan pergerakan fizikal dari aspek ketangkasan, kekuatan, kuasa, koordinasi, imbangan dan masa reaksi. Kesejahteraan tubuh badan dan minda yang berdasarkan ketiadaan kesakitan dan penyakit. diukur

Kecergasan berlandaskan kesihatan Kecergasan berlandaskan kemahiran Kesihatan

Kesejahteraan hidup

Faktor kognitif, emosi, rohani dan fizikal yang mempengaruhi tingkah laku yang sihat.

Pernahkah anda menilai tahap kesihatan diri anda? Cuba anda lakukan penilaian kendiri ini dan kenal pasti tahap kesihatan anda.

1 Ketahui risiko berat badan anda.


Dapatkan Indeks Jisim Tubuh anda dengan berpandukan formula di bawah, kemudian kenalpasti status BMI anda berdasarkan skala yang disediakan. Formula: Indeks Jisim Tubuh (BMI) = Berat badan (kg) [Ketinggian (m) x Ketinggian (m)]2 Skala BMI: Panduan Mengira BMI Kurang dari < 20 Kurang berat badan 20 hingga 25 Berat badan unggul 25 hingga 30 Berlebihan berat badan Lebih dari > 30 Obesiti

Adakah anda mengamalkan gaya hidup yang aktif? Diri anda berada dalam kategori gaya hidup: Sedentari Aktif Sangat aktif : Melakukan sedikit aktiviti fizikal atau senaman, atau langsung tidak melakukan aktiviti fizikal atau senaman Kerap melakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu. Selalu melakukan aktiviti fizikal atau senaman, dan melibatkan diri dalam aktiviti lasak.

3 Sejauh manakah tahap kesihatan mental anda?


Anda boleh mengenalpasti status kesihatan mental anda dengan cuba menjawab soal selidik berikut:
DASS21 Nama: Tarikh: Sila baca setiap kenyataan di bawah dan bulatkan pada nombor 0,1,2 atau 3 bagi menggambarkan keadaan anda sepanjang minggu yang lalu. Tiada jawapan yang betul atau salah. Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab mana-mana kenyataan. Skala pemarkahan adalah seperti berikut: 0 Tidak langsung menggambarkan keadaan saya 1 Sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan saya. 2 Banyak atau kerapkali menggambarkan keadaan saya. 3 Sangat banyak atau sangat kerap menggambarkan keadaan saya

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

Saya dapati diri saya sukar ditenteramkan Saya sedar mulut saya terasa kering Saya tidak dapat mengalami perasaan positif sama sekali Saya mengalami kesukaran bernafas (contohnya pernafasan yang laju, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan senaman fizikal) Saya sukar untuk mendapatkan semangat bagi melakukan sesuatu perkara Saya cenderung untuk bertindak keterlaluan dalam sesuatu keadaan Saya rasa menggeletar (contohnya pada tangan) Saya rasa saya menggunakan banyak tenaga dalam keadaan cemas Saya bimbang keadaan di mana saya mungkin menjadi panik dan melakukan perkara yang membodohkan diri sendiri Saya rasa saya tidak mempunyai apa-apa untuk diharapkan Saya dapati diri saya semakin gelisah Saya rasa sukar untuk relaks Saya rasa sedih dan murung Saya tidak dapat menahan sabar dengan perkara yang menghalang saya meneruskan apa yang saya lakukan Saya rasa hampir-hampir menjadi panik/cemas Saya tidak bersemangat dengan apa jua yang saya lakukan. Saya tidak begitu berharga sebagai seorang individu Saya rasa yang saya mudah tersentuh Saya sedar tindakbalas jantung saya walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal (contohnya kadar denyutan jantung bertambah, atau denyutan jantung berkurangan) Saya berasa takut tanpa sebab yang munasabah Saya rasa hidup ini tidak bermakna

0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2

3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3

20 21

0 0

1 1

2 2

3 3

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (2010)

RUMUSAN
Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan bertujuan untuk mendidik individu dan masyarakat tentang kepentingan meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan fizikal. Individu sihat mengamalkan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman, serta melibatkan diri dalam aktiviti yang lasak dan mencabar, berbanding individu yang mengamalkan gaya hidup sedentari, yang sedikit sahaja atau langsung tidak melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan senaman. Individu yang terdidik jasmani dan kesihatannya mempunyai sikap, tabiat dan persepsi yang positif terhadap usaha menjaga kesihatan diri. Mereka lebih matang dalam menilai gaya hidup yang sihat bagi mengekalkan status kualiti hidup yang sempurna. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan harus diterapkan ke dalam diri individu dan masyarakat kerana dewasa ini banyak faktor yang menyumbang ke arah masalah kesihatan seperti faktor gaya pemakanan yang tidak sihat, gaya hidup moden yang penuh santai, faktor kesibukan kerja, dan peningkatan tahap stres akibat tekanan hidup seharian.

KATA KUNCI
Pendidikan jasmani Pendidikan kesihatan Sukan Latihan Main Permainan Aktiviti fizikal Kecergasan fizikal Aktiviti senggang Aktiviti rekreasi Kualiti hidup Gaya hidup sedentari Gaya hidup aktif

PENILAIAN KENDIRI
1. Huraikan definisi pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. 2. Jelaskan kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan terhadap individu berdasarkan peringkat kehidupan. 3. Bezakan antara gaya hidup sedentari, gaya hidup aktif dan gaya hidup sangat aktif, dan berikan contoh. 4. Bincangkan bagaimana pendidikan jasmani dan kesihatan boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti hidup. 5. Fikirkan satu program yang boleh dilaksanakan bertujuan untuk mendidik minda masyarakat supaya lebih menghargai pendidikan jasmani dan kesihatan. Nyatakan aktiviti yang boleh dijalankan, serta objektifnya.

RUJUKAN
Brown, D. W., Balluz, L. S., Heath, G. W., Moriarty, D. G., Ford, E.S., Giles, W. H., & Mokdad, A. H. (2003). Associations between recommended levels of physical activity and health-related quality of life: Findings from the 2001 Behavioral Risk Factor Surveillance System (BRFSS) survey. Prev Med. 37, 520-528. Lumpkin, A. (2005). Introduction to physical education, exercise science, and sport studies. New York: Mc GrawHill.

Rejeski, W. J, & Mihalko, S. L. (2001). Physical activity and quality of life in older adults. J Gerontol A Biol Sci Med Sci 2001, 56:23-35. Shumaker, S. A, Anderson, R. T, & Czajkowski, S. M. (1990). Psychological tests and scales. In Quality of life assessment in clinical trials. Edited by Spilker B. New York: Raven Press. 95-113. Singh, N. A, Clements, K. M, & Fiatarone, M. A. (1997). A randomized controlled trial of progressive resistance training in depressed elders. J Gerontol A Biol Sci Med Sci. 2, 27-35. Lavie, C. J, Milani, R. V. (1997). Effects of cardiac rehabilitation, exercise training, and weight reduction on exercise capacity, coronary risk factors, behavioral characteristics, and quality of life in obese coronary patients. Am J Cardiol, 79, 397-401. Wehler, M., Geise, A., Hadzionerovic, D., Aljukic, E., Reulbach, U., Hahn, E. G., & Strauss, R. (2003). Health-related quality of life of patients with multiple organ dysfunctions: individual changes and comparison with normative population. Crit Care Med, 31, 1094-1101.