Anda di halaman 1dari 8

TEMA: BIOTEKNOLOGI

TEMA: BIOTEKNOLOGI Pengenalan Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Pada abad ke 21, ini bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian. Bioteknologi juga adalah suatu bidang yang menggunakan teknologi atau kaedah untuk memanipulasikan organisma hidup bagi tujuan : 1. Menghasilkan atau mengubahsuai hasil sesuatu produk biologi 2. Meningkatkan mutu hasil keluaran ternakan atau tanaman 3. Membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam sesuatu tujuan yang khusus Definasi Bioteknologi Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu biologi dan teknologi. Kamus Dewan mentakrifkan biologi sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara teknologi itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi. Dasar Bioteknologi Negara Kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat, telah meletakkan bidang ini sebagai salah satu bidang berkepentingan untuk dimajukan dalam Pelan Rancangan Malaysia ke-8. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru. Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala sektor awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka ruang kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara. Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri bioteknologi kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat peratus menjelang 2015 dan lima peratus pada 2020. Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat kecemerlangan iaitu bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal akan dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil. Bioteknologi adalah satu teknik atau proses yang melibatkan penggunaan sains yang berkaitan dengan benda hidup untuk menyelesaikan masalah @ penghasilan produk yang bermanfaat untuk manusia Antara Kaedah yang Digunakan dalam Bioteknologi

1.Kejuruteraan genetik - Kejuruteraan genetik ialah teknologi pemindahan segmen-segmen DNA yang membawa maklumat genetik daripada suatu organisma kepada suatu organisma sasaran yang lain. Secara ringkasnya, gen-gen bagi ciri-ciri yang dikehendaki dikeluarkan daripada satu spesies organisma hidup dan dimasukkan ke dalam orgasnisma yang lain. Kebaikan kejuruteraan genetik untuk tumbuhan ialah: Buah yang besar dapat dihasilkan Buah tanpa biji Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan haiwan perosak Tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan perubahan alam sekitar. 2. Teknologi kultur tisu - Teknologi kultur tisu tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu: penyelenggaraan organisasi atau perkembangan jisim sel yang tidak tersusun (dikenali sebagai kalus yang dihidupkan dalam medium sintesis). - Kultur sel tumbuhan ialah kultur kalus yang terbit daripada pembahagian sel yang dikekalkan dalam medium agar atau dalam bentuk ampaian menggunakan medium cecair. Kalus yang muncul akan dijadikan asas untuk menghasilkan suatu tumbuhan anak yang mempunyai ciri tumbuhan induk yang asal. Kebaikan kultur tisu ialah: 1. dapat mengekalkan ciri tumbuhan induk yang baik 2. dapat menggandakan anak benih tumbuhan dengan mudah 3. dapat menghasilkan tumbuhan yang baru menggunakan satu sel sahaja. Keburukan kultur tisu ialah: 1. bukan semua sel atau tisu dapat diklonkan. 3. Kaedah pengklonan - Kaedah ini melibatkan penggunaan keratan batang pada suatu tumbuhan dalam pembiakan aseks. Misalnya pokok bunga raya, tumbuhan baru atau klon yang seiras dengan tumbuhan induk dihasilkan melalui pembahagian sel secara mitosis. - Contoh lain, Petani melakukan pengklonan dengan memotong batang rayap ubi keledek dan menanamkannya. Setelah batang rayap itu ditanam, ia akan tumbuh menjadi pokok-pokok ubi keledek yang baru. Pokok-pokok ubi keledek ini merupakan klon ubi keledek dan mempunyai kod genetik yang sama dengan pokok induknya. Penanaman secara keratan, tut, bebawang dan belahan umbisi merupakan cara-cara pengklonan yang diamalkan oleh petani sejak zaman dahulu. Kebaikan pengklonan ialah: 1. Ciri-ciri yang baik pada induk dapat dipilih dan diwariskan 2. bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam masa yang singkat 3. menyebabkan tumbuhan berbunga dan berbuah dengan lebih cepat 4. menjamin keseragaman baka yang baik 5. pengklonan tumbuhan melibatkan pembiakan vegetatif (tidak memerlukan agen pendebungaan) dan boleh dilakukan pada bila-bila masa keburukan pengklonan ialah: 1. Klon-klon mempunyai rintangan yang sama terhadap penyakit dan perosak. Sekiranya satu

klon diserang penyakit @ perosak, semua klon yang tidak mempunyai daya rintangan terhadap serangan atau penyakit akan mati. 2. Pengklonan dijalankan dalam keadaan terkawal, jika persekitaran luar berubah menjadi tidak sesuai , keseluruhan klon akan musnah. 3. Klon tidak menunjukkan sebarang variasi dari segi genetik. Kepentingan/sumbangan bioteknologi 1. sumbangan dalam bidang perubatan - penggunaan teknologi kejuruteraan genetik, genetik seseorang dapat diubahsuai sebagai contoh, genetik manusia kerdil boleh melahirkan manusia normal - selain itu dapat kaedah ini juga dapat mengurangkan risiko penyakit mental - Melalui Bioteknologi juga vaksin melalui hormon haiwan telah dicipta. Vaksin bertindak sebagai antibodi. Contohnya, vaksin menghalang bakteria seperti Hepatitis B daripada bertindak dalam sel-sel badan. Hal ini dapat mengurangkan bilangan pesakit Hepatitis B. - Teknologi kejuruteraan genetik juga dapat mengelakkan penyakit tertentu seperti kanser, diabetis dan lain-lain - Kaedah ini juga membantu ibu-ibu yang sukar mengandung melalui teknik in-vitro 2. sumbangan dalam bidang pertanian - baka ternakan dan tanaman terbaik dapat dihasilkan - keadah kultur tisu dan pengklonan mempercepatkan pembiakan tanaman - kaedah ini juga dapat menghasilkan baka padi yang mengeluarkan hasil padi yang banyak dan cepat matang. Contohnya, benih padi Mahsuri dan MR 168 - pengklonan haiwan membolehkan pembiakan secara besar-besaran dan mempunyai daya tahan penyakit - penggunaan hormon membolehkan haiwan cepat membesar dan matang - Selain itu, kaedah kimera dan teknik in-vitro juga diperkenalkan. Baka-baka yang baik diambil untuk tujuan pembiakan 3. sebagai sumber tenaga alternatif - pengeluaran biogas daripada selulosa dan bahan buangan pertanian dapat membekalkan tenaga kepada manusia - bioteknologi juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan tenaga fosil yang semakin lama semakin kehabisan - selain itu ia dapat mengurangkan pencemaran alam. 4. mengatasi masalah pencemaran alam sekitar - pembuangan sampah mendatangkan masalah bau dan merebakkan kuman - melalui kaedah bioteknologi di cipta mikroorganisma. Mikrob ini mampu mempercepatkan pereputan bahan buangan manusia. - Selain itu, mikrob ini juga mampu menguraikan najis atau bahan kumbahan sepenuhnya - justeru alam sekitar dapat dikurangkan malah sumber air yang bersih dapat dibekalkan. 5. memajukan industri pengeluaran makanan - ramuan bahan kimia meningkatkan hasil pengeluaran makanan manusia - dengan menggunakan kaedah tertentu dalam bioteknologi, menjadikan makanan lebih sedap dan tahan lama - mikrob dan bakteria digunakan dalam menghasilkan pewarna, pemanis dan perasa dalam makanan.

6. sumbangan dalam sektor ekonomi dan sosial - Jika industri bioteknologi berjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar. Keburukan/Ancaman Penggunaan Bioteknologi Walaupun bioteknologi memberi sumbangan yang besar dalam beberapa bidang namun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam. Manusia sebagai bahan ujikaji -Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja digunakan antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan yang mendatangkan risiko serius. -Hal ini diibarat seperti meletakkan manusia sebagai tikus makmal. Keselamatan dalam proses biotek tidak dijamin -Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. -Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, pencemaran genetik tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia). Merosakkan organ dalaman -Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia. Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear. -Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji. -Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media. Menyebabkan penyakit dan kehilangan nyawa -Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan. -Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang

membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA). Menyebabkan mutasi gen pada tanaman lain -Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain CONTOH SOALAN Pengenalan bioteknologi telah membawa banyak manfaat dalam bidang pertanian negara dengan aplikasi pengubahsuaian genetik dan penggunaan mikroorganisma. Huraikan pernyataan di atas. Skema: 4 + 0 1 Meningkatkan kualiti - Hasil yang lebih baik drp sebelumnya - Saiz dan bentuk yang lebih besar dan manis - Lebih tahan lama, jangka hayat yang panjang, tidak mudah rosak, lambat ranum - tahan pengaruh atau ancaman seperti penyakit atau bencana alam - Mutasi aruhan - Meningkatkan pembesaran yang lebih cepat matang - Kawalan virus dn Patogen MARDI 2 Meningkatkan produktiviti /kuantiti keluaran -Jumlah hasil yang dikeluarkan meningkat dalam jumlah yang berganda. - Contoh: Tanaman padi dengan menggunakan baka M123, Malinja dan Mahsuri -Menambahkan kuantiti makanan Negara / dapat menampung keperluan sumber makanan Keluaran juga tidak terjejas walaupun ada pengaruh seperti iklim. Hasil keluaran sepanjang masa (tidak perlu bermusim) 3 Penghasilan baka baru -Penciptaan sepsis baru yang boleh dijadikan induk untuk penghasilan yang lebih berkualiti - Mengambil kelebihan baka asal dan menyesuaikannya dengan keadaan setempat dalam Negara - Contoh: kacukan lembu tempatan (tahan cuaca panas) dengan ciri-ciri lembu freasian (banyak susu) - In vitro - Embrio persenyawaan - Penghasilan produk baru agro pertanian - Peningkatan produktiviti pertanian - Peningkatan kualiti - Membiakkan spesis yang menghadapi ancaman kepupusan 4 Kepelbagaian hasil keluaran - Hasil keluaran dipelbagaikan - Contoh: tisu bunga orkid yang dikultur dapat menghasilkan bunga yang pelbagai dalam

bentuk dan saiz yang berbeza - Penghasilan pelbagai produk hiliran - Contoh: kelapa sawit bukan hanya dapat menghasilkan minyak masak tetapi juga pelbagai barangan lain seperti sabun, lilin, barangan kosmetik dan biodiesel. 5 Meningkatkan inovasi/ Kajian dan penyelidikan - Penumpuan kerajaan kepada bioteknologi dalam sektor ini akan lebih membangunkan dan memodenkan seKtor pertanian. - Lebih banyak aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan - kajian dapat meningkatkan hasil keluaran negara -kajian untuk memperbaiki kelemahan juga dijalankan sentiasa -mengalakan inovasi dalam pelbagai bidang - Kerjasama dengan Negara maju juga dilakukan bagi memperoleh teknologi mereka -Contoh: Jepun dan Amerika Syarikat Persidangan Bioteknologi di Boston telah berjaya menandatangani 10 MOU antara Malaysia dengan institut penyelidikan dan firma swasta Amerika Syarikat 6 Memajukan teknologi pertanian - Penekanan kepada bidang bioteknologi secara langsung meningkatkan usaha untuk memodenkan sektor pertanian - Penciptaan dan penggunaan teknologi pertanian moden - Pemindahan teknologi dari luar negara spt Jepun

Soalan 2 : Bioteknologi dan teknologi genetik kian berkembang maju. Teknologi genetik haiwan, tumbuhan-tumbuhnan dan manusia semakin penting dalam kehidupan kita. Huraikan kesan kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia. Skema: ( 2 + 2) 1. Kesan baik kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia 2. Kesan buruk kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia. 1 Kesan baik Teknologi genetik membantu pengenalan identiti seseorang Mayat dapat dikenal pasti identitinya melalui ujian terhadap tisu, rambut dan tulangnya. Mangsa perang, pembunuhan, kebakaran dapat dikenalpasti. Hal ini membantu pihak forensik dan polis Perogol dan penjenayah mudah disabitkan kesalahannya melalui ujian DNA Dalam kes rebutan anak, ujian DNA dapat mengenal pasti ibu dan bapa kandung dengan tepat. Kemajuan teknologi ini banyak membantu dalam penyelesaian kes sivil dan kes jenayah di mahkamah 2 Teknologi ini meningkatkan taraf kesihatan manusia Penyakit jiwa disebabkan faktor genetik

Kini, genetik seseorang dapat diubahsuaikan melalui kejuruteraan genetik Hal ini dapat mengelakkan seseorang mewarisi penyakit genetik Contoh: faktor kekurangan hormon pertumbuhan manusia mengakibatkan kekerdilan. Manusia kerdil berkemungkinan melahirkan anak yang kerdil juga. Manusia kerdil dapat melahirkan anak yang sempurna melalui manipulasi hormonnya. Bahan kimia daripada lintah dapat menyembuhkan glaukoma. Dapat mencipta pelbagai jenis ubat-ubatan. Mikroorganisma telah diubahsuai genetiknya untuk menghasilkan ubat seperti insulin, antibiotik dan vaksin. Dengan ini, mencegah penyakit kronik. Menghasilkan ubat-ubatan daripada daun, batang dan akar kayu atau herba (neutralsentikel) 3 Bioteknologi juga dapat mengatasi masalah pencemaran Bahan kumbahan manusia mengancam kehidupan kita Kuman pembawa penyakit akan merebak Mikrob dapat mempercepat pereputan bahan buangan Mikrob menguraikan najis sepenuhnya Dengan itu, pencemaran alam dapat di atasi 4 Bioteknologi merevolusikan bidang pertanian dan ternakan Baka-baka ternakan terbaik dihasilkan melalui kaedah kimera, in-vitro dan permanian berhadas. Dapat menghasilkan haiwan kacukan seperti selembu dan kambiri. Pengklonan biri-biri Dolly membolehkan pembiakan secara besar-besaran Contoh: - Kambing yang menghasilkan susu yang lebih banyak - Ayam yang menghasilkan telur yang lebih besar dan bervitamin - Ikan yang lebih besar dan tahan lasak dengan keadaan persekitaran Kaedah Kultur tisu, bahagian pohon di ambil, sel-sel tunggal diasingkan dan dibiakkan menjadi tumbuhan lengkap. Dengan ini mempercepat pembiakan tanaman. Kultur tisu berjaya menghasilkan beberapa jenis buah-buahan secara besar-besaran. Mutasi aruhan menghasilkan baka tanamanan yang lebih baik seperti padi yg mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi, tumbesaran yang lebih cepat matang dan mengluarkan hasil yang tinggi. Bitekologi juga dapat meningkatkan kandungan nutrisi tanaman. Penghasilan makanan secara besar-besaran dapat dijalankan. 5 Membekalkan tenaga alternatif Tenaga alternati f seperti biofuel dan biojisim Sisa pertanian diproses menjadi sumber tenaga. Dapat mengurankan kebergantungan kepada sumber tenaga konvestional Minyak sawit diproses untuk menjadi biodisel yang mesra alam Sisa kumbahan najis ternakan boleh menghasilkan tenaga biojisim. 6 Memajukan industri pengeluran makanan Penghasilan makanan yang lebih berkualiti secara besar-besarab Perasa, perwarna dan pemanis makanan dihasilkan menerusi penggunaan mikrob dan bakteria Penghasilan vitamin dan enzim yang lebih berkualiti

5 Kesan buruk Teknologi ini boleh disalah gunakan Pengklonan manusia dapat melahirkan manusia yang sama genetiknya. Tujuannya utk mendapatkan organ ganti. Dengan ini, manusia akan menjadi bahan komersial untuk dijual. Manusia mungkin diklonkan untuk menjadi hamba seks dan sebagainya. Manusia yang telah mati dapat diklonkan jika spertma atau DNA nya disimpan dengan baik, seolah-olah manusia yang sudah mati dapat hidup semula. 6 Sistem kekeluargaan dan sosial menjadi huru hara Manusia mungkin tidak perlu berkahwin lagi utuk mendapatkan zuriat. Bayi tabung uji dapat dilahirkan dengan mudah dan seseorang perempuan tidak perlu lagi berkahwin untuk mendapatkan anak. Hubungan sesama manusia akan hilang sebagai lambang cinta antara dua insan. Sebaliknya seks hanya menjadi satu permainan untuk keseronokan sahaja. Hubungan seks rambang akan berleluasa
Sumber : cikgusalmiah.blogspot.com