Anda di halaman 1dari 6

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

PERSATUAN PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN SEPAKAT JAYA (Kumpulan Pengakap 014) Kertas kerja pengujian lencana kepandaian Lencana Ahli Berenang Lencana Ahli Penunggang Basikal

Visi Sekolah Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang Misi Sekolah Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

Misi Pengakap Malaysia Membangunkan satu sistem kepengakapan yang berkesan dan berkualiti sebagai asas pembinaan insan yang sempurna. Melahirkan warganegara Malaysia yang baik berasaskan pendidikan dan latihan pengakapan yang bermutu. Membina watak, sahsiah dan peribadi kanak-kanak supaya menjadi individu yang berdisiplin, bermaruah, berdaya maju, berdaya saing, bersopan santun, berbudi bahasa, berdikari dan berakhlak mulia.

Visi Pengakap Malaysia Membina sistem berpengakap dan pengakapan yang unggul, bersepadu, dinamik dan sarwajagat (universal)

1. Pendahuluan Dalam 3sistem pembelajaran pengakap kanak-kanak, terdapat tahap-tahap penguasaan yang akan dilalui oleh anggota pengakap kanak-kanak. Ujian ini terbahagi kepada beberapa peringkat yang dipanggil ujian lencana iaitu Lencana Wajib, Lencana Kegemaran, Lencana Pengetahuan dan Lencana Perkhidmatan dan seterusnya penganugerahan Lencana-lencana Kemajuan iaitu Keris Gangsa, keris Perak dan Keris Emas. Ujian Lencana wajib adalah salah satu daripada aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Sepakat Jaya. program ini disertai oleh muridmurid yang menjadi ahli persatuan pengakap sekolah. Aktiviti ini telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang ko-kurikulum. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan dalam aktiviti seharian mereka nanti.

2. Matlamat Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan pengetahuan asas ilmu berenang dan juga menunggang basikal. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji tahap ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti-aktiviti yang disusun adalah berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.

3. Objektif 3.1 3.2 3.3 Menilai kemahiran ilmu pengakap yang dipelajari oleh ahli pengakap. Memberi pengiktirafan kepada ahli yang berjaya. Memberi peluang kepada ahli pengakap merasai pengalaman dalam menyertai program kepengakapan. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan social.

3.4

4. Kumpulan sasaran 4.1 Ahli pengakap kanak-kanak tahun tiga, empat, lima dan enam.

4.2 4.3

Jumlah peserta adalah 22 orang sahaja Jumlah pemimpin dan penolong pemimpin adalah empat orang.

5. Tarikh cadangan 5.1 Tarikh yang dicadangkan ialah 5 Mei 2012 (Sabtu)

6. Tempat 6.1 Kampung Sg Berlian (rumah Cikgu Talib)

7. Jawatankuasa kerja Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Pemimpin Pendaftaran Makanan Alatan Keselamatan Perasmian Penutup Fasilitator/ Penilai En. Md. Idris b. Md. Satar (Guru Besar) En. Rosli b. Saman (GPK Ko-kurikulum) En. Abdul Razak b. Hamid (GPK 1) Pn. Atiqah bt Ahmad (GPK Hal Ehwal Murid) En. Mohd Shukri b. Mohamad Jani (P. Pemimpin PPKK) Pn. Shazrin bt. Abu Bakar En. Talif b. Awang Cik Nurul Ain bt. Sat En. Rahimi b. Talib En. Mohd Fikri b. En. Mohd Zarizi b. Ramlan

8. Perbelanjaan Bil 1 2 3 Perkara makan Lencana Alatan jumlah 9. Tentative program Tarikh 5/5/2012 Masa 8.00 pagi 8.30 pagi 9.00 pagi Aktiviti Pendaftaran Taklimat pemimpin - Taklimat asas berbasikal dan undang-undang jalan raya. - Asas berenang Praktikal Ujian lencana basikal Ujian lencana renang Makan tengahari Bersurai Nilai RM 2.00 X 30 orang RM 2.00 X 22 PKK Jumlah RM60.00 RM 44.00

RM 104.00

10.00 pagi 11.00 pagi 12.00 tghari 1.00 petang 2.00 petang

10. penutup Kami mengharapkan aktiviti yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti ini akan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi melahirkan modal insan yang cemerlang. Kerjasama daripada pihak tuan pula amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh

Disemak oleh:

.. (MOHD SHUKRI B. MOHAMAD JANI) Penolong Pemimpin Pengakap SK Sepakat Jaya

................... (EN. ROSLI B. SAMAN) GPK Ko-Kurikulum SK Sepakat Jaya

Disahkan oleh:

............ (EN. MD IDRIS B. MD. SATAR) Guru Besar SK SEPAKAT JAYA

Anda mungkin juga menyukai