Anda di halaman 1dari 24

TERHAD*

Skema Pemarkahan
Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA 1. Pertumbuhan cerpen amat pesat terutama zaman selepas perang 1946 1960-an. Berdasarkan penyataan di atas: (a) Jelaskan persoalan-persoalan yang digarap oleh penulis dalam cerpen pada era tersebut. (b) Nyatakan faktor-faktor yang menyuburkan pertumbuhan cerpen zaman itu. [16] [ 9]

Skema (a) : Persoalan-persoalan cerpen F1 : Nasionalisme H/C: Cerpen-cerpen yang menyentuh kesedaran dan pergerakan kebangsaan bagi menuntut kemerdekaan. Contoh cerpen Darah Dan Air Mata,dan Runtuh,karya Keris Mas dan Hidup Dalam Dunia Pura-pura, karya Ahmad Boestaman, F2 : Kahwin paksa, cinta muda-mudi dan seks H/C: Cerpen-cerpen seperti ini menjadi pilihan penulis muda yang baru mencuba bakat / lebih kepada unsur hiburan, terutama untuk golongan muda-mudi. Contoh cerpen Ayahnya Pesan Ayahnya, karya Jimmy Asmara. F3 : Kesempitan dan keperitan hidup golongan miskin H/C: Masalah yang dihadapi golongan miskin dan berpendapatan rendah di kampung-kampung dan bandar. Contoh cerpen Cinta Sawah Padi, karya Awam il-Serkam dan cerpen Keinsafan, karya Keris Mas, Menjual Tanah Air, oleh Usman Awang F4 : Keagamaan dan moral H/C: Pergolakan dan pertembungan di antara kaum muda yang berpendirian moden dan maju dengan kaum tua yang konservertif. Contoh cerpen Anak Syurga, oleh Wijaya Mala. F5 : Darurat H/C: Pergolakan politik dan kepayahan hidup masyarakat zaman darurat. Contoh cerpen Kejadian dalam Estet, karya Keris Mas dan Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi, oleh Usman Awang. F6 : Sindiran H/C: Sindiran kepada golongan tertentu dalam masyarakat seperti golongan penulis muda yang angkuh; contoh cerpen Ingin Jadi Pujangga, oleh Asmal / pemimpin politik yang suka menabur janji palsu contoh Pilihan raya, oleh Usman Awang. Pilih 4 isi sahaja. 1 isi = 4 Markah (2 markah fakta, 2 huraian/contoh) 4 isi X 4 Markah = 16 Markah. Skema (b) : Faktor-faktor pertumbuhan cerpen 2

TERHAD*

F1 : Peraduan pengarang H/C: Penganjuran pelbagai peraduan oleh badan-badan penerbitan seperti DBP, akhbar Berita Harian, akhbar Utusan Melayu dan Esso-GAPENA. F2 : Kepesatan penerbitan akhbar dan majalah. H/C: Banyak akhbar dan majalah diterbitkan oleh DBP dan penerbitan swasta lain. Contoh Dewan Budaya, Dewan Sastera (DBP); Majalah Wanita, Mingguan Wanita, Keluarga dsb. F3 : Pertambahan bakat-bakat baru H/C: Kegiatan persatuan-persatuan penulis nasional yang berusaha mencungkil bakat-bakat baru. Contoh PENA dan GAPENA F4 : Anugerah dan hadiah lumayan H/C: Meransang penulis lama dan baru menghasilkan karya bermutu. Contoh Peraduan Menulis Cerpen DBP 1957, Berita Harian menawarkan RM100.00 bagi cerpen-cerpen yang tersiar setiap Khamis dan Berita Minggu, Utusan Malaysia menawarkan hadiah wang tunai

Pilih 3 isi sahaja. 1 isi = 3 Markah (1 markah fakta, 2 huraian/contoh) 3 isi X 3 Markah = 9 Markah.

TERHAD* 2. Kemunculan pengkritik yang mendapat pendidikan formal berteraskan teori Barat telah menimbulkan polimik Penggunaan Pendekatan Barat dengan Pendekatan Melayu. Dengan mengemukakan tokoh-tokoh yang terlibat, bincangkan isu tersebut. [25] Skema F1: H/C: Polemik antara Yahya Ismail dengan Shahnon Ahmad Isu berkisar tentang konsep kritikan dan penilaian. Yahya berpendapat bahawa sastera Melayu harus belajar dari Barat yang merupakan kerabat kesusasteraan dunia. Manakala bagi Shahnon kritikan mestilah bersuasanakan Malaysia kerana sastera Melayu mempunyai nilai, budaya, sejarah dan ukuran sendiri. Polemik antara Mohd Affendi Hassan dengan S.Othman Kelantan Mohd Affendi Hassan merupakan pengkritik yang keras dan sensional. Beliau mengkritik S.Othman yang menurutnya sebagai pengarang pandai menulis tetapi tidak pandai mengarang. Polemik ini menimbulkan pemusuhan yang berpanjangan. Moha Affendi juga turut mengkritik karya-karya Usman Awang, Latif Mohidin, Shahnon Ahmad, A.Samad Said dll sebagai penulis yang menjadi metos lantaran terlalu dipuja dan dipuji. Polemik yang dicetuskan oleh Ismail Hussein Polemik ini menyentuh tentang konsep kesusasteraan nasional Malaysia dan tentang masalah sama ada sasterawan harus menulis soal kota atau desa. Bagi Ismail kesusasteraan Malaysia harus berbahasa Malaysia dan menukilkan kehidupan bercorak Malaysia. Polemik antara Kassim Ahmad dengan Shahnon Ahmad Isu berkisar tentang definisi kesusasteraan Islam. Shahnon merumuskan definisi sastera Islam sebagai sastera kerana Allah dan berhikmah untuk manusia. Bagi Shahnon, seni sastera hendaklah memberi manfaat kepada manusia di dunia dan akhirat. Sementara bagi Kassim Ahmad, sastera Islam dicipta oleh manusia denggan menggunakan bahasa dan mengandungi keindahan, kebenaran dan kebaikan mengikut estetika untuk manusia. Polemik antara Mohd Affendi Hassan dengan Muhammad Haji Salleh Polemik ini berhubung dengan konsep sastera Islam. Namun polemik ini lebih merupakan krisis peribadi yang mengungkit tentang kelemahan diri.

F2: H/C:

F3: H/C:

F4: H/C:

F5: H/C:

1 isi = 5 m (2 markah fakta, 3 H/C) 5 isi x 5 m = 25 markah

TERHAD*

Bahagian B : CERPEN DAN NOVEL 3. Baca petikan novel di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya; Memang nak baliklah. Tapi saya ini susah sikit, Pak Salim. Sudin berhenti di situ lalu menuangkan oren dari botol ke dalam gelas besar yang berisi ketul-ketul ais. Dia kemudian mengangkat gelas itu, minum agak banyak sekali gus. Kemudian katanya, Orang tua itu tak habis-habis nak marah saja. Marah macam mana? Pak Salim berdiri di hujung meja memerhatikan Sudin seperti kehairanan. Takkan Pak Salim tak tahu. Sudin memandang muka Pak Salim, menguji. Pak Salim datang dekat lalu duduk di seberang meja di hadapan Sudin. Muka Pak salim berkilat seperti berminyak. Muka itu juga berkedut-kedut, kurang daging banyak kulit. Janggut dan misainya jarang-jarang dan tidak bercukur. Semak nampaknya. Tetapi air muka itu jernih dan sentiasa senyum. Dia melihat ke muka Sudin. Imam itu bukan apa. Dia tak suka dikacau. Sekarang ini dia bertambah susah nampaknya. Susah macam mana? Susahlah. Orang kampung berpecah-pecah. Budak-budak muda selalu bergaduh. Tak macam dulu, masa kami muda-muda, kampung ini aman. Kalau ada selisih faham, cakap imam dan ketua kampung didengar orang ( Dipetik daripada Keris Mas,2003. Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 88-89 )

(a) Dengan memberikan contoh, huraikan tiga teknik penceritaan dan keberkesanannya yang terdapat dalam petikan di atas (b) (c) Huraikan dua mesej dalam petikan tersebut. Jelaskan empat perwatakan negatif Sudin dalam novel ini.

[9] [4 ] [12]

TERHAD*

Skema : a) Penggunaan teknik penceritaan

F1: Teknik Dialog H/C1: Kata bual atau perbualan yang melibatkan dua watak atau lebih. Dialog antara Sudin dengan Pak Salim tentang sikap Imam Saad ayah Sudin yang masih marah terhadapnya. Kesan: berhasil menghidupkan lagi perlukisan watak dalam sesebuah karya. F2: Teknik Pemerian/naratif/penceritaan secara langsung H/C2: Gambaran tentang sesuatu peristiwa, kejadian dan seseorang watak yang dinyatakan secara langsung oleh pengarang. Pengarang menceritakan secara langsung tentang raut wajah Pak Salim yang berminyak, berkedut dan janggut serta misai yang tidak terurus. Kesan :Dapat memberikan gambaran tentang sesuatu peristiwa, kejadian dengan lebih jelas dan mudah difahami pembaca. F3: Teknik imbas kembali H/C3: Satu teknik penceritaan pengarang menyajikan babak atau peristiwa yang telah berlaku. Pak Salim mengimbas kembali tentang masa mudanya dahulu ketika itu keadaan kampung aman dan penduduknya menghormati cakap imam dan ketua kampung. Kesan :berhasil menguatkan perkembangan plot cerita, pembaca dapat mengetahui peristiwa-peristiwa sebelumnya Pilih 3 isi sahaja 1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 1 markah H/C, 1 markah kesannya ) 3 isi x 3 markah = 9 markah b) Dua mesej dalam petikan F1: H/C: Jangan berpecah belah Membawa mesej tentang pentingnya menjaga keamanan dan perpaduan dalam sesebuah kampung. Pak Salim mengimbas kembali tentang keamanan yang wujud di kampong Pulai ketika beliau muda-muda dulu. Menghormati orang tua/imam/ketua kampung Kita mestilah menghormati orang tua/imam/ketua kampung agar wujud keamanan.Penduduk kampung Pulai dahulu begitu patuh dan hormat kepada imam dan ketua kampung dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga wujud keamanan di kampung tersebut. Jangan suka bergaduh Membawa mesej tentang pentingnya peranan golongan muda dalam mewujudkan keamanan dalam sesebuah kampung. Pak Salim menyatakan golongan muda yang selalu bergaduh menyebabkan keadaan kampung tidak tenteram dan menimbulkan masalah kepada Imam Saad

F2: H/C:

F3: H/C:

TERHAD*

F4: H/C:

Jangan cepat marah Kita hendaklah cuba mengawal kemarahan agar dapat menjernihkan keadaan. Sudin cuba menangani kemarahan ayahnya Imam Saad dengan bertanya dengan Pak Salim punca kemarahan ayahnya agar dapat menjernihkan suasana.

Pilih 2 isi sahaja 1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah H/C ) 2 isi x 3 = 6 markah c) Perwatakan negatif Sudin F1: H/C: F2: H/C: Seorang suka berjudi Sudin selalu pergi ke Genting untuk berjudi. Dia juga menggunakan kereta second hand yang dibeli dengan harga yang murah daripada mereka yang kalah judi. Seorang yang suka berhutang Sudin pernah meminta pinjam daripada YB Mohd Yusof untuk melangsaikan hutangnya sebanyak RM 5,000. Sudin juga memberitahu YB Mohd Yusof bahawa dia tidak pernah tidak berhutang kerana pekerjaannya sebagai broker mesti berhutang.(gali lubang timbun lubang) Seorang yang pendendam Sudin berdendam terhadap Mat Akil yang pernah memukulnya dan menuduh melarikan gayah. Beliau menggunakan Mat Akil untuk menentang Lebai Maarup sehingga Mat Akil dipenjarakan kerana cuba menikam Lebai Maarup. Seorang yang penghasut Sudin cuba menghasut penduduk kampung yang tinggal di tanah keluarga En Muhamad supaya memberontak bagi menuntut hak ke atas tanah yang didiami mereka tetapi cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh YB Mohd Yusof Seorang yang licik Sudin suka mengambil kesempatan dan sebagai orang tengah kepada YB Mohd Yusuf dan Tauke Chan, beliau cuba mempengaruhi Penghulu Mahmud agar menyertai rancangan membina projek perumahan di tanah milik keluarganya. Sudin berharap akan dapat ganjaran yang besar bagi menyelesaikan hutangnya. Seorang yang cuba merasuah Sudin pernah cuba merasuah penghulu Mahmud dalam bentuk rasuah sebuah kereta Mercedez sebagai ganjaran bagi mendapatkan sebidang tanah untuk dijual kepada Tauke Chan.

F3: H/C:

F4: H/C:

F5: H/C:

F6: H/C:

Pilih 4 isi sahaja 1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh ) 4 isi x 3 markah = 12 markah

TERHAD*

4. Sila baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya; Saya memilih untuk tidak mendapat keputusan dengan ijazah yang baik daripada mendedahkan kisah Jarah ke pengetahuan orang lain, walaupun orang itu ialah profesor saya sendiri! (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.), 2003. Cerpen Perjalanan yang Tak Direncana dalam Mutiara Sastera Melayu Moden, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 144)

(a) (b) (c)

Jelaskan watak Saya seperti yang digambarkan dalam petikan cerpen di atas. Berdasarkan petikan cerpen di atas, bincangkan dua nilai utama yang terdapat pada watak saya dan Jarah. Huraikan empat gambaran masyarakat yang terdapat dalam cerpen ini. Skema permarkahan:

[5] [8] [12]

(a) Watak saya ialah: F1 : Seorang pemuda F2 : Seorang mahasiswa yang sedang menyiapkan tesis ijazahnya F3 : Seorang yang baik (kuat iman) kerana tidak terpengaruh dengan ajakan melakukan kejahatan (zina) F4 : Berperikemanusiaan kerana tidak sanggup mendedahkan aib Jarah F5 : Jujur dan berterus terang sewaktu menyatakan niatnya bertemu Jarah F6 : Amanah kerana boleh menyimpan rahsia F7 : Menghargai orang lain kerana mengutus surat kepada Jarah pada akhir cerita tersebut walaupun kepada seorang pelacur. Pilih 5 isi sahaja 1 isi = 1 markah (1 markah) 5 isi x 1 markah = 5 markah

TERHAD*

(b) Dua nilai utama yang terdapat pada watak saya dan Jarah. F1 H/C : Kejujuran : Sewaktu melanggan Jarah, Pemuda/mahasiswa tersebut tidak seperti lelaki lain. Beliau hanya menyewa masa Jarah untuk tujuan menyiapkan kajian tesis. Jarah juga jujur menyatakan kejahatan Kak Ngah kepada Mak Cik Timah. : Keikhlasan : Sewaktu melanggan Jarah juga, Pemuda/mahasiswa tersebut secara ikhlas menyatakan tujuannya yang sebenar. Jarah juga ikhlas menceritakan kisah aib dirinya kepada mahasiswa. : Berperikemanusiaan : Pemuda/mahasiswa memilih tidak mendedahkan hasil kajiannya kepada khalayak demi Memelihara aib Jarah : Budaya berterima kasih dan penghargaan : Pemuda/mahasiswa telah mengutuskan surat berlambangkan university sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Jarah tidak menyangka pemuda tersebut mengirim surat kepadanya (tanda penghargaan). : Bertanggungjawab : Pemuda/mahasiswa bertanggungjawab menyimpan rahsia subjek kajiannya. Jarah juga bertanggungjawab semasa menjaga anak-anak Kak Ngah.

F2 H/C

F3 H/C F4 H/C

F5 H/C

*Catatan : 1 fakta mesti dihurai secara bersama watak pemuda dan Jarah Pilih 2 isi sahaja 1 isi = 4 markah (2 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh) 2 isi x 4 markah =8 markah

TERHAD*

(c) F1 H/C

Huraikan empat gambaran masyarakat yang terdapat dalam cerpen : : Masyarakat hipokrit : Digambarkan pada penduduk bandar yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Dalam cerpen ini, seorang lelaki yang digelar Abang Soh dengan mesra mempelawa Jarah kononnya untuk pulang ke Kelantan, namun sebaliknya berlaku. : Mesyarakat yang prihatin dan berperikemanusiaan. : Dalam cerpen ini, digambarkan masih ada golongan yang prihatin dengan permasalahan yang berlaku. Contohnya, Mahasiswa/pemuda yang pada awalnya untuk mendapatkan bahan kajian tetapi akhirnya bertindak merahsiakan keaiban orang lain (mangsa penganiayaan) : Masyarakat yang suka memandang serong kepada orang lain. : Digambarkan dalam cerpen, orang kampong berserta ayah tiri Jarah menganggap Jarah Jarah seorang yang rosak maruahnya walaupun belum dibuktikan. : Masyarakat yang porak peranda/pincang/bermasalah : Menggambarkan masyarakat yang pincang seperti yang dialami oleh keluarga Jarah. Jarah dituduh berkelakuan sumbang, kemudiannya melarikan diri ke rumah Kak Ngah. Kemudian meninggalkan rumah Kak Ngah dan terperangkap dengan sindiket pelacuran. : Masyarakat yang mementingkan maruah : Cerpen ini secara jelas menceritakan golongan masyarakat yang sangat sensitif dengan maruah seorang wanita dan keluarga. Keluarga Jarah sangat malu dengan kejadian yang menimpa Jarah sehingga sanggup membiarkan Jarah keluar dari kampungnya.

F2 H/C

F3 H/C F4 H/C

F5 H/C

Pilih 4 isi sahaja 1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh) 4 isi x 3 markah =12 markah

10

TERHAD*

Bahagian C : DRAMA 5. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. DAHLAN: Kalau saya ada anak, bolehlah Taman Pendidikan Islam hantar anak saya belajar di England. ZAKIAH: Maaf, encik. Buat sementara ini belum ada rancangan kita nak menghantar anak-anak kita ke England. Hajat kita nak membanyakkan hantar ke negara-negara Islam seperti Mesir, Pakistan, Makkah dan Sumatera. Sumatera negeri tetangga kita yang sama kebudayaan, kesenian, agama dan sejarahnya dengan kita. ( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.),2003. Drama Lawyer Dahlan dalam Mutiara Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 206)

(a) (b) (c)

Siapakah Zakiah dalam petikan di atas? Apakah tujuan Zakiah berjumpa Dahlan? Nyatakan reaksi Dahlan terhadap tujuan Zakiah tersebut.

[2] [2] [6] [15]

(d) Isu pendidikan telah diutarakan dalam petikan di atas. Huraikan lima isu pendidikan yang terdapat dalam drama ini. Skema : (a) Siapakah Zakiah dalam petikan di atas.

F1: Pemungut derma dari Taman Pendidikan Islam. 1 isi = 2 Markah (b) Apakah tujuan Zakiah berjumpa Dahlan.

F1: Memungut derma untuk seorang anak tani ke Mesir / untuk Taman Pendidikan Islam. 1 isi = 2 Markah

11

TERHAD*

(c)

Nyatakan reaksi Dahlan terhadap tujuan Zakiah tersebut.

F1: Dahlan tidak mahu menderma atas alasan tiada anak. F2: Dahlan bertanya pada Zakiah bolehkah Taman Pendidikan Islam menghantar anaknya belajar ke England. F3: Dahlan mengatakan kelulusan pengajian di Mesir, Pakistan, Makkah dan Sumatera tidak tinggi dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kita. F4: Dahlan meminta Zakiah jangan kecil hati atas sikapnya itu. Pilih 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah 3 isi x 2 markah = 6 markah (d) Huraikan lima isu pendidikan yang terdapat dalam drama ini.

F1: Sekolah agama rakyat yang kekurangan sumber kewangan. F2: Mengutip derma untuk menyambung pelajaran ke luar negeri. F3: Ramai pelajar Melayu meneruskan pengajian di Mesir, Pakistan, Makkah dan Sumatera. F4: Terdapat juga pelajar Melayu yang menyambung pelajaran ke negara Barat seperti England. F5: Masyarakat berpendidikan Barat yang lupa diri / asal usul. F6: Kerajaan menyediakan biasiswa kepada pelajar yang layak untuk menyambung pelajaran ke luar negeri. Pilih 5 isi sahaja. 1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh) 5 isi x 3 markah = 15 markah

12

TERHAD*

6. Berdasarkan drama Malam Ini Penyu Menangis karya Nordin Hassan dalam Mutiara Sastera Melayu Moden jawab soalan-soalan yang mengikutinya. (a) Nyatakan tiga simbol yang terdapat dalam drama ini dan jelaskan maksud setiap simbol tersebut. (b) Drama ini dikatakan mempunyai pelbagai gaya baru yang tersendiri, nyatakan unsur-unsur gaya baru tersebut. (c) Nyatakan tiga judul drama Nordin Hassan selain drama Malam Ini Penyu Menangis. Skema Pemarkahan (a) Nyatakan tiga simbol yang terdapat dalam drama ini dan jelaskan maksud setiap simbol tersebut. F1 : Simbol lembaga hitam. H/C: Lambang J.M. Aziz ditimpa penyakit kusta. F2 : Simbol selendang. H/C: Lambang kepada sayap malaikat. F3 : Simbol api. H/C: Lambang kepada iblis. F4 : Simbol penyu menangis. H/C: Lambang penderitaan J.M.Aziz. Pilih 3 isi sahaja. 1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh ) 3 isi x 3m = 9 markah [9] [10] [6]

13

TERHAD*

(b) Drama ini dikatakan mempunyai pelbagai gaya baru yang tersendiri, nyatakan unsur-unsur gaya baru tersebut. F1 : Penggunaan sajak, seperti sajak Laut. F2 : Penggunaan pantun, iaitu pantun ketika menggambarkan pertemuan J.M.Aziz dengan Cik Lijah. F3 : Penggunaan tarian, seperti tarian Inang Rodat. F4 : Penggunaan slide, seperti slide gambar J.M.Aziz. F5 : Penggunaan video, seperti video gambar J.M.Aziz. F6 : Penggunaan skrin, seperti skrin gambar J.M.Aziz. F7 : Penggunaan watak sebenar seperti J.M.Aziz / Cik Lijah / Nabi Ayob / Hugh Clifford / Uji Rashid / Sofea Jane Pilih 5 isi sahaja. 1 isi = 2 markah. 5 isi x 2m = 10 markah

(c) Nyatakan tiga judul drama Nordin Hassan selain drama Malam Ini Penyu Menangis. F1 : Drama Bukan Lalang Ditiup Angin. F2 : Drama Anak Tanjung. F3 : Drama Jangan Bunuh Rama-Rama. F4 : Drama Cindai. F5 : Drama Tiang Seri Tegak Berlima. F6 : Drama Pintu. F7 : Drama Sirih Bertepuk Pinang Menari. Pilih 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah. 3 isi x 2m = 6 markah 14

TERHAD*

Bahagian D : SAJAK

Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya Ke Ruang Katarsis Zaen Kasturi Sesudah mengisi mimpi sesia diranjang nyedar Apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata Poyang moyang yang tumpah ke cankir resah Resah mengeliat ke tanah Resah mengeliat ke rimba Resah memulas ketulang bangsa Barangkali kitalah penanam padi hampa Membiarkan anak-anak keridik mencuri meresik Malinja dan mahsuri dibandang galauan Hingga gugup mangatur genta pertama Gugup lahir di mata kita Gugup lahir di suara kita Gugup membiak di mana-mana Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia Harus jadi manusia tanpa menolak untuk jadi Menusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan Yang ligat memetik kecapi keluhuran Kerana kita lupa apa yang tersimpang di dalam album bangsa Album bangsa pernah menyimpan sejuta potrek bangsa Luka berpinar ke nyali jagat Luka berputar kerohaniah umat Luka menyetak haluan kiblat Esok kita bakal mengali tanah Dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri Ke manakah bangkai dosa akan dikirim Ke kali tujuh penjuru gunung Atau ke laut tujuh penjuru tanjung Sedang kita pernah menari ala canggung maharisi Di kaki bicara bicara nihilisme. Sempurnakah kekesalan kita dengan Melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa

15

TERHAD*

Jerit kita nanti cuma tulang-tulang yang tidak Sempat ditalkinkan pada saat pertama lolongan angin tenggara Memintal duka bersama Pekik kita nanti Cuma darah-darah yang tidak sempat Dikebumikan pada saat pertama ruang hujang selatan Menganyam gugup yang bergantung didada Mari kita lagukan canggung katarsis Arena kita nanti bukan lagi saujana padang lalang Muzik kita nanti bukan lagi tubuh sayap merpalang Ayunkan roh anak ke pintu hakiki Dodoikan nyali anak ke perabung maknawi Temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangi Dan selimut iman dari tuhan. (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny), 2003, Mutiara Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Hlm 304-305) (a) (b) (c) Jelaskan tema sajak di atas Jelaskan gaya bahasa perulangan dan kesan penggunaanya dalam sajak di atas Jelaskan unsur intuisi penyajak berdasarkan sajak di atas. [4] [12] [9]

Skema Pemarkahan (a) F 1: H: Jelaskan tema sajak di atas [4]

Cinta tanah air i Penyajak menyuarakan rasa bimbang terhadap masa depan tanah kelahiran beliau. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa mereka tempuhi demi menyelamatkan tanah air @ ii sejarah membuktikan penderitaan nenek moyang kita dalam usaha memerdekakan tanah air. @ iii penyajak melahirkan rasa bimbang terhadap fenomena yang berlaku dewasa ini dimana ekonomi dikongsi dan dimonopoloi orang lain Sesudah mengisi mimpi sesia di ranjang nyedar Apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata Poyang moyang yang tumpah ke cankir resah

Contoh

Fakta :2markah 16

TERHAD* H/C : 2 markah (b) F 1: H/C: Jelaskan gaya bahasa perulangan dan kesan penggunaanya dalam sajak di atas

[12]

Kesan:

Anafora iaitu perulangan perkataan di awal baris dalam dua baris atau lebih Resah mengeliat ke tanah Resah mengeliat ke rimba Resah memulas ke tulang bangsa Berkesan menimbulkan keindahan bunyi Memberi penegasan kepada maksud Keindahan kepada perasaaan dan emosi Keindahan pengucapan semasa mendeklamasi Epifora Perulangan kata atau frasa di akhir baris Gugup lahir di mata kita Gugup lahir di suara kita Berkesan menimbulkan keindahan bunyi Memberi penegasan kepada maksud Keindahan kepada perasaan dan emosi Keindahan pengucapan semasa mendeklamasi Responsif Perulangan kata di tengah baris berturutan dua baris atau lebih Ke kali tujuh penjuru gunung Atau ke laut tujuh penjuru tanjung Berkesan menimbulkan keindahan bunyi Memberi penegasan kepada maksud Keindahan kepada perasaan dan emosi Keindahan pengucapan semasa mendeklamasi

F 2: H/C: Kesan:

F 3: H/C: Kesan:

17

TERHAD*

F 4: H/C: Kesan:

Asonansi Perulangan bunyi vokal dalam deretan kata /baris Temani tidur mereka dengan mimpi-mimpi wangiperulangan Vokal i Unsur bunyi yang merdu Ada rentak/irama Kesan harmoni /seimbang dan wujud kesepaduan dalam pengucapan Aliterasi Perulangan bunyi konsonan dalam baris Sesudah mengisi mimpi sesia diranjang nyedar Perulangan konsonsn s Unsur keindahan bunyi Kemerduan semasa mendeklamasi Unsur kesepaduan dalam irama

F 5: H/C: Kesan:

Pilih 3 isi. 1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 2 markah H/C, 1 markah kesan) 3 isi x 4 markah = 12 markah (c) F 1: H/C: Unsur intuisi penyajak berdasarkan sajak di atas. [9]

Cinta dan kasih sayang terhadap tanah air Kesedihan penyajak terhadap nasib tanahair yang pernah dijajah satu ketika dahulu. Sesudah mengisi mimpi sesia diranjang nyedar Apakah yang sempat kita kutip lewat darah dan air mata Poyang moyang yang tumpah ke cankir resah

F 2: H/C:

Bimbang Keadaan ekonomi tanah air penyajak melahirkan rasa bimbang terhadap fenomena yang berlaku dewasa ini dimana ekonomi dikongsi dan dimonopoloi orang lain. Resah mengeliat ke tanah Resah mengeliat ke rimba Resah memulas ketulang bangsa

F 3: H/C:

Kesal dan bimbang sejarah hitam tanahair Penyajak menyuarakan rasa bimbang terhadap masa depan tanah kelahiran beliau. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa mereka tempuhi demi menyelamatkan tanah air Kita tidak lagi pernah bertanya kenapa manusia Harus jadi manusia tanpa menolak untuk jadi Menusia yang tegar meniup seruling kemanusiaan 18

TERHAD* Yang ligat memetik kecapi keluhuran Kerana kita lupa apa yang tersimpang di dalam album bangsa F 4: H/C: Mengharapkan Kesejahteraan penyajak mengharapkan ketenangan dan kesejahteraan untuk masa depan generasi dan negara. Esok kita bakal mengali tanah Dan menggalas cangkelong maut dari kulit sendiri Ke manakah bangkai dosa akan dikirim Ke kali tujuh penjuru gunung Atau ke laut tujuh penjuru tanjung Sedang kita pernah menari ala canggung maharisi Di kaki bicara bicara nihilisme. Sempurnakah kekesalan kita dengan Melimpahkan air mata nanah ke luka bangsa

Pilih 3 isi 1 isi 3 markah 1 isi = 3 markah ( 2 markah fakta, 1 markah H/C ) 3 isi x 3 m =9 markah Skema

Baca sajak di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Doa Terakhir Zaihasra Yang kupeluk tubuh lelahmu yang kucium rambut lusuhmu yang berderai airmataku,dingin subuh menggigit kulit dan jantungku berdetap ketika embun turun mencecah bumi menghitung denyut waktu saat akhir nafasmu membawa pergi apa yang kumiliki!

Ibunda, 19

TERHAD* selamanya kudengar deburan ombak hidupmu seadanya kutampung penderitaanmu , sedang kudratku lemah untuk menahannya; doaku mungkin lewat terkabul di mana pada alam luas ini suaraku sering tenggelam punca betapa pilunya embun terakhir menyentakku tiada lagi senyum di bibir lukamu

Ibunda, kalaulah mungkin aku berdosa setelah saling kita bermaaf; janganlah kau bawa lukaku bersamamu aku telah belajar membaca wajah laut mengoyak wajah pasir,menyimbak suria menggenggam angina menyusuri wajah malam namun, maafkan aku demi cintamu.

Pulanglah bonda ke dalam kehidupan abadi setelah datang dengan berani! akan kukenang matamu dalam merenungku mengungkapkan penyerahan hayat perjalanan 74 begitu panjang pertarungan suka duka adalah impian kau membangunkan mimpi dan aku adalah benteng yang mendepani kehidupanmu.

Bagaikan batu pualam onggokan pusaramu memanggilku pulang ke kampung laman 20

TERHAD* setelah lama dan jauh, musafir dan berkelana pedih mataku berair mata segengam rindu jadi selaut duka setabah dukaku menampung rasamu

Ibunda, meski di sini kita berpisah dan di tamanku belum selesai kutanam bunga kau adalah segalanya bagiku tenang dan tenanglah dalam doa kita pasti bertemu

Dewan Sastera April 1988 Dewan Bahasa Dan Pustaka

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny] 2003 Mutara Sastera Melayu Moden Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka hal 292-293)

(a) (b) (c)

Jelaskan Lima persoalan dalam sajak di atas Gambarkan Citra aku dalam sajak diatas Nyatakan gaya bahasa bagi baris-baris di bawah : (i) menggigit kulit dan jantungku berdetap (ii) selamanya kudengar deburan ombak hidupmu

[15] [6]

[2] [2]

21

TERHAD*

(a)

Lima persoalan dalam sajak di atas

[15]

F1 H C

Kesedihan atau kepiluan mengenang pemergian yang paling disayangi Penyajak begitu sedih apabila ibu iaitu orang yang paling disayangi meninggal dunia yang berderai air mataku

F2 H

Kasih sayang seorang anak kepada ibu Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya dizahirkan dalam sajak tersebut.Penyajak menangis apabila ibunya meninggal dunia.

yang berderai air mataku

F3 H

Penderitaan hidup Semasa hidup ibu penyajak hidup menderita dan penderitaan ini dapat dirasai oleh penyajak namun beliau tidak mampu untuk menanggung penderitaan ibunya

seadanya kutampung penderitaanmu,sedang kudratku lemah untuk menahannya; doaku mungkin lewat terkabul.

22

TERHAD*

F4 H

Harapan seorang anak agar ibunya mengampunkan dosanya Seorang mengharapkan keampunan ibunya atas segala dosa semasa ibunya masih hidup walau pun mereka sering bermaafan

kalaulah mungkin aku berdosa Setelah kita saling bermaaf; Jangan kau bawa lukaku bersamamu

F5 H

Reda dengan ketentuan Ilahi Penyajak reda dengan kentetuan Ilahi.Manusia akan kembali kealam yang abadi setelah sampai masanya

Pulanglah bonda ke dalam kehidupan abadi

F6 H C

Setiap manusia akan menempuh detik kematian Hidup manusia di alam ini akan menempuh kematian. menghitung denyut waktu saat akhir nafasmu

Pilih 5 isi 1 isi 3 markah 1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah H/C ) 5 isi x 3 m =15 markah

23

TERHAD*

(b)

Citra aku dalam sajak diatas

[6]

F1 H

Aku sangat menyangi ibunya Pada saat-saat kematian ibunya ,penyajak memeluk dan mencium ibunya sambil menangis

yang kupeluk tubuh lelahmu Yang kucium rambut lusuhmu

F2 H

Seorang anak yang sentiasa menjaga kebajikan ibunya Semasa ibunya masih hidup Aku sedaya upaya cuba mengurangkan penderitaan ibunya walaupun beliau sendiri berada dalam kepayahaan

kutampung penderitaannyamu,sedang kudratku Lemah untuk menahannya ; doaku mungkin lewat terkabul

F3 H

Anak yang sentiasa berdoa untuk ibunya Aku sentiasa berdoa untuk mengubah nasib ibunya yang sentiasa dalam Penderitaan. Setelah kematianya ibunya Aku tetap berdoa

lemah untuk menahannya ;;doaku mungkin lewat terkabul .. Dalam doaku kita pasti bertemu.

F4 H

Anak yang sentiasa memohon kemaafan dari seorang ibu Aku sentiasa memohon kemafaan kepada ibunya terhadap kesalahan yang mungkin dilakukan terhadap ibunya.

setelah kita saling bermafaan.

24

TERHAD*

Pilih 2 isi

1isi 3markah 1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah H/C ) 2isix3m= 6markah

(c)

gaya bahasa bagi baris-baris di bawah

menggigit kulit dan jantungku berdetap Fakta -pesonfikasi

[2]

selamanya kudengar deburan ombak hidupmu Fakta : metafora

[2]

25